Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Tukar MB bukan sejarah yang dibanggakan – Sultan Perak

Tukar MB bukan sejarah yang dibanggakan - Sultan Perak

KUALA KANGSAR: Krisis politik hingga menyebabkan pertukaran kerajaan dan Menteri Besar bukanlah perkara yang boleh dibanggakan

Sebaliknya, Sultan Perak Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menitahkan perkara itu merupakan cerminan kepada kegagalan sebuah pentadbiran

“Sejak berlangsungnya Pilihan Raya Umum keempat belas, sudah tiga kali istiadat pelantikan Menteri Besar dilakukan perkara yang mencatatkan sejarah baharu yang tidak pernah berlaku dalam sesuatu penggal Dewan Negeri sebelum ini

”Tetapi perkara ini bukanlah sejarah yang mahu dibanggakan perkara yang berlaku akan tercatat dalam sejarah sebagai cerminan kegagalan dan bukannya kejayaan

”Kegagalan kepimpinan dalam kalangan ahli-ahli politik mendapat jaminan sokongan padu secara konsisten untuk membolehkan fikiran dan tenaga ditumpukan mentadbir urus negeri secara terbaik bagi kepentingan rakyat,” titah Sultan Nazrin

Baginda bertitah demikian pada Istiadat Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Jawatan Menteri Besar Perak Ke-14, Datuk Saarani Mohamad di Istana Iskandariah, di sini hari ini

Tambah Sultan Nazrin, setiap ahli Dewan Negeri yang dipilih adalah atas kepercayaan rakyat yang meletakkan harapan bahawa ADUN tersebut akan dapat membantu mereka.

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tukar-mb-bukan-sejarah-yang-dibanggakan-sultan-perak-272481

Berpada-padalah berpolitik, biar ada sempadannya – Titah Sultan Nazrin

Berpada-padalah berpolitik, biar ada sempadannya – Titah Sultan Nazrin

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menzahirkan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada ahli-ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan yang terdiri daripada ahli-ahli Dewan yang mewakili Pakatan Harapan.

Titahnya, mereka masing-masing telah berusaha sedaya mungkin memberikan khidmat terbaik selama tempoh 22 bulan menjunjung amanah Beta dan memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat.

Sultan Nazrin bertitah, persidangan Dun kali ini menyaksikan perubahan susunan tempat duduk sebahagian besar ahli-ahli Dewan.

Titahnya, susulan berlakunya polemik politik pada awal tahun ini, kerajaan yang mendapat perkenan Tuanku yang dibentuk pasca PRU14 telah kehilangan majoriti.

“ADUN Chenderiang yang telah Beta perkenan mengangkat sumpah jawatan sebagai Menteri Besar Perak, telah menyembahkan warkah peletakan jawatan pada 10 Mac 2020.

“Perkenan Beta menerima peletakan jawatan Ahli Dewan Negeri Chenderiang sebagai Menteri Besar, mengakibatkan Kerajaan yang Beta perkenan dibentuk pada 12 Mei 2018, dengan sendirinya bubar,” titahnya.

Baginda bertitah ketika Istiadat Perasmian Pembukaan Mesyuarat Pertama, Tahun Ketiga, Dewan Negeri Yang Keempat Belas Perak Darul Ridzuan, disini hari ini.

Tuanku turut bertitah agar kerajaan yang telah diperkenankan melaksanakan tanggungjawab dengan penuh jujur dan ikhlas, berteraskan undang-undang serta berlandaskan perlembagaan.

“Kepercayaan Beta yang mahukan sebuah pentadbiran yang amanah
dan berintegriti hendaklah senantiasa dijunjung, harapan rakyat yang mahukan barisan pemimpin yang bersih dan tidak menyalahgunakan kuasa, wajib dipenuhi.

“Berpada-padalah berpolitik, berpolitik biar ada sempadannya, kebajikan rakyat jangan dikorbankan dan masa hadapan negeri jangan dimusnahkan kerana kepentingan peribadi, kerana percaturan politik yang keterlaluan, atau kerana dorongan sifat tamak dan haloba untuk mengumpulkan kekayaan diri, bagaikan tidak mengenal batasan,” titah Tuanku.

Berita penuh:https://perakinsights.com/2020/05/12/sultan-perak-zahir-penghargaan-dan-terima-kasih-kepada-exco-exco-pakatan-harapan/

Berpada-padalah berpolitik, biar ada sempadannya – Titah Sultan Nazrin

Sultan Nazrin minta pemimpin tunjuk contoh terbaik pematuhan PKP

Sultan Nazrin minta pemimpin tunjuk contoh terbaik pematuhan PKP

Sultan Nazrin bertitah agar umat Islam kekal menjalankan pelbagai ibadah pada bulan Ramadan dengan melakukannya bersama keluarga di rumah masing-masing. – Gambar fail

1 TIM MENTERI KENDURI1 ULAMAK JAHAT PERAK1 PKP KKM 51 PKP KKM 31 PKP KKM1 PKP KKM 2

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah hari ini meminta para pemimpin mematuhi sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dikuatkuasakan sejak 18 Mac lalu dan menjadi teladan kepada rakyat.

“Baginda turut menyeru agar mereka yang berada di peringkat kepimpinan mempamerkan sebaik contoh teladan kepada rakyat jelata dengan mematuhi sepenuhnya PKP,” kata Datuk Pengelola Bijaya Diraja Perak, Kol (B) Datuk Abd Rahim Mohamad Nor menerusi satu kenyataan.

Abdul Rahim berkata Sultan Nazrin turut bertitah supaya rakyat bersedia berkorban untuk satu tempoh yang diperlukan demi kesejahteraan jangka panjang dalam menghadapi pandemik COVID-19.

“Sultan Nazrin dan Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim peka dan memahami kesusahan serta kerumitan yang dihadapi rakyat ketika mematuhi arahan PKP, terutama bagi yang bekerja atau berniaga secara harian yang putus mata pencarian dan pendapatan disebabkan perintah tersebut,” kata Abd Rahim.

Abd Rahim berkata bersempena Ramadan ini, Sultan Nazrin turut menasihati umat Islam agar memahami, menghargai dan membantu segala usaha serta penat lelah petugas barisan hadapan yang meletakkan diri dalam bahaya untuk menangani penularan serta merawat pesakit COVID-19.

“Baginda amat memahami ikatan dan sentimen umat Islam semasa Ramadan, jika menurut tradisi melakukan pelbagai aktiviti ibadah secara beramai-ramai bertujuan mengimarahkan masjid dan surau,” katanya.

Abd Rahim berkata Sultan Nazrin bertitah agar umat Islam kekal menjalankan pelbagai ibadah pada bulan Ramadan dengan melakukannya bersama keluarga di rumah masing-masing.

Beliau berkata Sultan Nazrin dan Tuanku Zara turut menzahirkan rasa dukacita kerana majlis berbuka puasa untuk meraikan rakyat di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar yang menjadi kelaziman setiap kali Ramadan tidak diadakan tahun ini sebagai langkah membendung penularan wabak COVID-19.

Pada masa sama, katanya Sultan Nazrin, Raja Muda Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Di-Hilir Perak Raja Iskandar Dzulkarnain Sultan Idris Shah pada tahun ini juga tidak berangkat untuk berbuka puasa serta bersolat di masjid-masjid di seluruh daerah sepanjang Ramadan.

Menurut Abd Rahim, Sultan Nazrin dan Tuanku Zara mengucapkan selamat berpuasa kepada umat Islam dan turut mengajak rakyat berdoa semoga keadaan kembali pulih seawal mungkin bagi membolehkan kehidupan berjalan seperti biasa.

— BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/sultan-nazrin-minta-pemimpin-tunjuk-contoh-terbaik-pematuhan-pkp-239745

agaknya Sultan pun dah naik menyampah dengan kerajaan tebuk Atap.. boleh pulak relax Exco,Tim Menteri kesihatan relax jer berkumpul makan sekali.. tanpa rasa bersalah pulak tu.. depa dibiarkan tanpa tindakan..

Sultan Perak ni datang dari susur galur cerdik pandai.. Tu sebab Exco exco tebuk atap Perak. korang ada tengok upacara rasmi angkat sumpah..depa angkat sumpah dalam bilik jer..

Time ni lah orang cerdik pandai macam DG Kesihatan, Sultan dan Pembesar baru boleh nampak beza keupayaan pemimpin dan Menteri… 🙂

•IpohMali

Sultan Nazrin: Lepas 62 tahun, agenda perpaduan masih samar

Tahap pencapaian agenda membentuk rakyat yang bersatu teguh kepada sebuah negara merdeka yang berdaulat masih samar walaupun telah mencapai kemerdekaan selama 62 tahun, demikian titah Sultan Perak Sultan Nazrin Shah.

1 JANGAN SOKONG PENGKHIANAT NEGARA1 HADI MUNAFIK

Terkenal sebagai Raja yang lantang dan tegas membuat teguran jika ada yang tidak kena, Sultan Nazrin bertitah proses membina warga merdeka yang bersatu padu, memiliki satu identiti nasional tidak boleh ditangguhkan kerana ia jaminan kepada kelangsungan kedaulatan negara.

Baginda bertitah sejak merdeka, negara dirahmati dengan pelbagai kejayaan antaranya keamanan dan kemakmuran, hak memilih kerajaan terjamin, pembangunan prasarana pesat berlaku, peluang ekonomi terbentang luas serta rakyat bebas memiliki harta.

“Tidak berlaku bencana alam ke peringkat melumpuhkan ekonomi negara, bekalan makanan mencukupi, program pendidikan pelbagai khidmat sosial disediakan, kebebasan beragama dijamin, rakyat masih bebas bersuara, media terus diterbitkan, keselamatan negara dan keselamatan rakyat dilindungi oleh tentera serta polis.

“Dalam kesyukuran menyenaraikan kejayaan, satu perkara yang tahap pencapaiannya masih samar dan jika tidak segera ditangani berkemungkinan menjadi kelam ialah agenda membentuk rakyat yang teguh bersatu kepada sebuah negara merdeka yang berdaulat,” titah baginda pada Istiadat Menghadap Sembah Taat Setia, Menjunjung Duli dan Penganugerahan Darjah Kebesaran negeri Perak sempena Hari Keputeraan ke-63 baginda di Istana Iskandariah hari ini. Turut berangkat Raja Permaisuri Perak Tuanku Zara Salim.

Pada istiadat hari ini, Sultan Nazrin berkenaan menganugerahkan Darjah Kebesaran Negeri Perak kepada 19 penerima, manakala istiadat sesi kedua melibatkan 234 penerima dijadualkan pada 16 Nov ini, juga di Istana Iskandariah.

Selain itu, Sultan Nazrin bertitah slogan dan retorik atas nama kaum serta agama bernada ekstrem dan semakin bergema perlu dihentikan segera kerana ia ibarat bara yang jika tidak dibendung akan menyemarakkan api permusuhan seterusnya membawa kemusnahan kepada negara.

“Negara ketika ini memerlukan paradigma yang progresif yang membolehkan rakyat berasa senang dan selesa, tidak memiliki prasangka dan curiga, sebaliknya berminda terbuka menghargai kepelbagaian yang dikurniakan di bumi ini,” titah Sultan Perak.

Dalam titah yang sarat dengan pesanan serta teguran membina itu, Sultan Nazrin berpesan bahawa setiap negara pada setiap masa menghadapi pelbagai cabaran dan ancaman berbentuk ekonomi, politik, sosial selain ancaman dari luar yang boleh menggugat kestabilan serta ketenteraman.

“Cabaran dan ancaman paling dekat yang sangat kritikal boleh meruntuhkan negara dengan pantas adalah ledakan lava kemarahan sesama rakyat berpunca daripada perselisihan kaum perselisihan agama,” pesan Sultan Nazrin.

Sehubungan itu, Sultan Nazrin bertitah bahawa negara ketika amat memerlukan diplomat bagi menjalinkan persaudaraan dengan berpandangan jauh, matang, sabar, tenang dan rasional agar suhu panas dapat diturunkan dan negara dihindarkan daripada bencana disebabkan perselisihan kaum serta agama.

Berdasarkan perkembangan semasa, Sultan Nazrin bertitah agar semua pihak mengingati kembali amaran bekas Menteri Dalam Negeri Tun Dr Ismail Abdul Rahman pada tahun 1960 yang menyatakan bahawa cabaran komunalisme yang boleh memecahbelahkan rakyat tidak boleh diperangi secara bersenjata atau diisolasi kerana ia tumbuh dalam diri setiap rakyat.

“Amaran Tun Dr Ismail amat perlu diperingatkan kembali dalam suasana minda warga berlainan kaum, agama yang kelihatan semakin cenderung mencari perbezaan daripada mencari persamaan, lebih mirip melukis sempadan pemisahan daripada mencari titik pertemuan,” demikian pesanan Sultan Nazrin.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/499295?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3BOdS-9Dqzr6nL1jcJdVc-JRAiyTgA-zoJ_bsU-dPyB-LIZrMHsivedF0

Daulat Tuanku!

Walaupun aku rakyat Johor, tapi inilah sultan kesayangan aku. Sebabnya mudah. Sultan Nazrin tak pernah berlagak pandai. Apatah lagi kaya. Sedangkan Baginda adalah seorang yang berpendidikan tinggi.

Ucapan Baginda tak pernah berbentuk merendahkan martabat rakyat. Dan seringkali yang Baginda tuturkan adalah perpaduan kaum. Kalaulah semua rakyat Malaysia boleh berfikiran seperti Baginda, nescaya negara kita akan makmur.

Islam yang diwarisi melalui kelahiran perlu dilengkap dengan pengisian – Sultan Nazrin Shah.

Image may contain: 1 person, text

Seperti IMAN tidak dapat dijual beli tidak pula diwarisi waimah ketua keluarga iman atau ustaz belum tentu lagi anak dia beriman…

Oleh sebab itu perlulah ada pengisian agama dalam setiap jiwa anak2 muda agar lebih mudah memahami agama.

#SultanPerak
#SayangiMalaysia
#MalaysiaBaharu
#PertahankanMalaysia

Perbuatan menakutkan ummah secara keterlaluan amat merugikan – Sultan Nazrin

Perbuatan menakutkan ummah secara keterlaluan amat merugikan - Sultan Nazrin

Sultan Nazrin bertitah umat Islam mempunyai tanggungjawab besar untuk membantu negara, merangka formula, memperkenalkan program Islam yang berkesan dan menyemai kembali pegangan tauhid dan keimanan – Gambar fail

PUTRAJAYA: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah bertitah kegemilangan Islam pada satu masa dahulu meninggalkan legasi dan idealisme tinggi, namun kemajuan sesuatu bangsa tidak boleh bergantung pada legasi dan idealisme semata-mata.

Titah baginda, survival umat Islam perlu dibina melalui pembinaan kekuatan minda dan menyuntik keyakinan untuk bersaing dan berlumba, bukan dengan kaedah menakut-nakutkan, sehingga ummah mempunyai prejudis dan merasakan diri sebagai makhluk asing apabila berada dalam situasi yang dikelilingi bukan Islam.

“Perbuatan menakut-nakutkan ummah samalah seperti budaya menakut-nakutkan anak-anak Melayu di kampung pada era pra dan pascamerdeka dengan cerita-cerita puntianak dan hantu kubur, hingga anak-anak tersebut dibunuh keberanian mereka, lalu menjadi pengecut dan penakut.

“Perbuatan menakut-nakutkan ummah secara keterlaluan, teramat merugikan, kerana ummah akan hilang keyakinan, dan ummah akan gentar untuk bersaing di dunia yang lebih besar, apabila berada di luar kepompong kumpulan sendiri,” titah baginda dalam Titah Diraja sempena sambutan Jubli Emas Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI), di sini, pada Khamis.

Bernama melaporkan Sultan Nazrin bertitah negara Islam dibangunkan oleh ummahnya melalui sifat dan tingkah laku dan bukan menerusi penjenamaan nama negara.

Titah baginda, negara dan organisasi tidak dapat mendakwa diri masing-masing sebagai Islam jika warga dan ahlinya tidak mengamalkan sifat-sifat seorang Muslim yang sejati.

“Setiap organisasi Islam dan setiap seorang umat Islam memiliki tanggungjawab fardu kifayah untuk meletakkan negara ini berada pada landasan yang betul, agar menjadi sebuah negara yang sejahtera dan mendapat keampunan Ilahi,” titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah umat Islam mempunyai tanggungjawab besar untuk membantu negara, merangka formula, memperkenalkan program Islam yang berkesan dan menyemai kembali pegangan tauhid dan keimanan yang kukuh dalam kalangan ummah agar nilai-nilai murni, jujur, amanah dan ikhlas menjadi darah daging setiap umat Islam.

Baginda bertitah umat Islam mempunyai cabaran berat untuk mentransformasikan minda dan jiwa agar ia merdeka dan meletakkan sepenuh pengabdian kepada Allah SWT serta tidak akan bersekongkol, sebaliknya berani menentang kemungkaran.

Titah baginda setiap keluarga Islam wajib sedar bahawa Islam yang diwarisi melalui kelahiran itu perlu diperlengkap dengan pengisian.

Sultan Nazrin bertitah keagungan Islam perlu dicerminkan melalui sifat dan watak insaniah ummah, bukan pada apa yang diuar-uarkan, atau apa yang dimegahkan, dengan menceritakan kisah kehebatan tokoh-tokoh Islam zaman silam, yang sudah pun menjadi sejarah.

“Tidak siapa yang akan mempedulikan apa yang diuar-uarkan, jika yang diuar-uarkan sangat bercanggah dengan sifat dan watak yang menjadi bukti hidup yang sedang disaksikan oleh dunia pada hari ini,” titah baginda.

Titah Sultan Nazrin, umat Islam yang cintakan agama dan memahami ajaran Islam yang sebenar juga tidak harus berpeluk tubuh, memilih menjadi penonton dan majoriti yang membisu dengan merelakan Islam dirampas oleh kumpulan yang memanipulasikan Islam untuk tujuan sempit.

“Agama terbukti memiliki satu tenaga kekuatan dan daya tarikan luar biasa untuk boleh menggerakkan orang ramai.

“Oleh itu, agama terdedah untuk dijadikan instrumen bagi mencapai cita-cita sempit individu atau kumpulan, jika orang ramai dapat diyakinkan dan jika orang ramai tanpa terlebih dahulu memeriksa fakta dan kesahihan, dan tanpa berfikir, menerima slogan atau retorik agama yang dilaungkan,” titah baginda.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/perbuatan-menakutkan-ummah-secara-keterlaluan-amat-merugikan-sultan-nazrin-222016

PAS BERDEGIL DENGAN TITAH TUANKU

PAS BERDEGIL DENGAN TITAH TUANKU

Walaupun berulang kali Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah agar orang politik tidak boleh menyalahgunakan platform masjid, tetapi Pas tetap berdegil!! Mereka memandang enteng dengan titah Tuanku. Tetap cuba juga untuk melanggarinya walaupun sudah berulang kali menegur dan menasihati.

Semua tahu, siapa individu ini. Antara pimpinan tertinggi Pas Pusat. Semua tahu akhlaknya bagaimana, semua tahu penulisan-penulisannya bagaimana. Dan mengikut semakan Ya Akhi, individu yang digelar tuan guru ini tidak mempunyai tauliah di negeri Perak.

Mohon JAIPk ambil tindakan kepada jawatankuasa masjid ini yang seringkali membawa masuk pimpinan-pimpinan Pas untuk membawa agenda murahan mereka. Kome try la dengar kuliah di masjid itu, penuh dengan agenda politik kepartian.

DAULAT TUANKU!!

Jawatankuasa kariah masjid ada cita-cita politik berundurlah secara mulia – Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah

Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah pada Persidangan Jawatankuasa Kariah Peringkat negeri Perak di Ipoh. – Foto Abdullah Yusof

IPOH: Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah mahu semua pihak yang sudah diberikan amanah sebagai jawatankuasa kariah masjid supaya bersifat tegas dan bijaksana.

Mereka juga seharusnya tidak membenarkan diri dimanipulasi atau diperalatkan oleh mana-mana kumpulan politik.

Titah baginda, jika ada pihak yang memiliki agenda dan cita-cita politik, baik dalam kalangan ahli jawatankuasa yang dilantik, begitu juga penceramah yang diberikan tauliah, mereka hendaklah secara jujur, dan mulia berundur diri, daripada bersifat gunting dalam lipatan.

“Jawatankuasa kariah, hendaklah pada setiap masa bersifat berkecuali daripada politik kepartian. Ceramah yang berlangsung di dalam masjid dan surau hendaklah juga tidak memihak atau mencemuh mana-mana parti politik agar tidak menimbulkan keresahan dalam kalangan ahli kariah,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian pada Persidangan Jawatankuasa Kariah Peringkat Negeri Perak, di sini hari ini.

Yang turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Pendidikan Islam, Luar Bandar dan Pembangunan Usahawan negeri, Asmuni Awi.

Titah Sultan Nazrin, pemegang amanah yang diberikan tanggungjawab mengurus masjid di negeri Perak, wajib memahami falsafah kewujudan serta peranan utama masjid, sebagai institusi menyatupadukan ummah, institusi yang wajib dimuliakan, diimarahkan dan wajib dilindungi daripada sebarang perbuatan dan percakapan yang boleh menodai kesuciannya.

“Sedar, musuh utama yang besar mencemari masjid dan memecahbelahkan ummah ialah kegiatan politik berpuak.

“Ummah hari ini berpecah kerana budaya yang diamalkan untuk memancing pengaruh dan mendapatkan sokongan politik, sangat bercanggah dengan ajaran dan nilai murni Islam.

“Mengaibkan dan memburukkan lawan dijadikan senjata utama dan semakin digalakkan, mengatasi usaha untuk melakukan yang makruf, kebenaran sudah dikorbankan kerana emosi sudah mengatasi kerasionalan.

“Fitnah menjadi lumrah, diolah, termasuk oleh kalangan yang mematuhi Rukun Islam yang lima, bersyahadah, menyempurnakan solat, menunaikan zakat, berpuasa dan mengerjakan haji; penyebaran fitnah dipermudahkan dan dirancakkan dengan adanya media sosial,” titah baginda.

Titah Sultan Nazrin lagi, sekian lamanya, sejak umat Islam di negara ini mengenali politik, masjid sentiasa menjadi tempat idaman untuk disemaikan pengaruh bagi mendapat laba politik.

Baginda bertitah, disebabkan kelemahan pemantauan, pernah berlaku peristiwa solat dua imam dalam satu masjid, serta ada masjid hanya dikunjungi kumpulan politik tertentu tetapi dipulaukan oleh kumpulan politik lawan.

“Akhir-akhir ini, individu daripada kumpulan politik tertentu menggunakan beberapa pertubuhan bukan politik dan bukan kerajaan (NGO) untuk menembusi masjid dan memperkenalkan program tertentu untuk dijalankan dalam masjid dan dalam kawasan masjid.

“Program yang membawa jenama tertentu, dijadikan topeng melindungi niat sebenar. Amatlah janggal jika penceramah yang diberikan tauliah, diberikan penghormatan berceramah, menyalahgunakan amanah diberikan dengan menyelitkan unsur-unsur yang mencerca, menyindir dan merendahkan petugas Jabatan Agama Islam Negeri dan Polis Diraja Malaysia,” titah baginda.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/10/621011/jawatankuasa-kariah-masjid-ada-cita-cita-politik-berundurlah-secara?fbclid=IwAR0kLTune8zQPLGZuodXvP5PW0ilVcnX-F2NNYqqmye833BRMRD1v0JhABM

Yaakob Azman

Ampun,
Daulat Tuanku

 

Amaran Diraja Terhadap Umnopas Yang Rasis – Sultan Perak

1 Jom Boikot Umnopas Rasis.1 HADI ROSAKKAN ISLAM

1 Najib MunafikGENG LAWYER BURUK KELANTAN1 PAS PUTAR ALAM

Umnopas yang suka melaga-lagakan rakyat Malaysia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api permusuhan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Kita sebagai umat Islam dan rakyat Malaysia yang hidup dalam keadaan  maju dan harmoni mesti menolak serta menangkis dakyah jahat parti umnopas agar keharmonian kaum dan sikap saling hormat menghormati perbezaan agama terus dapat dinikmati bersama oleh generasi kita dan juga generasi anak cucu kita di bumi Malaysia tercinta.

Sila layari

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph

untuk melihat betapa dahsyat dan buruknya wajah sebenar umnopas serta betapa busuknya hati orang-orang umnopas dalam menyebarkan fitnah.

 

365 KEJAYAAN CEMERLANG KERAJAAN PAKATAN HARAPAN

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/07/08/365-kejayaan-cemerlang-kerajaan-pakatan-harapan/

9 Mei Berakhirnya 72 Peristiwa Hitam Ciptaan Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/10/9-mei-berakhirnya-72-peristiwa-hitam-ciptaan-najib/

Penyokonh Umnopas Rasis Nazrul Nazari Tidak Sabar lagi Menunggu Peristiwa  13 Mei Berulang Untuk Membunuh Cina Dan India

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/13/penyokonh-umnopas-rasis-nazrul-nazari-tidak-sabar-lagi-menunggu-peristiwa-13-mei-berulang-untuk-membunuh-cina-dan-india/

 

Amanat Penting Lokman Adam Kepada Golongan Rasis Malaysia – KDN Sila Bertindak Segera

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/08/17/amanat-penting-lokman-adam-kepada-golongan-rasis-malaysia-kdn-sila-bertindak-segera/

Kalau terjumpa fitnah melibatkan Kaum, Agama & Raja, tolong screenshot & hantar ke WhatsApp 016-2206262 (SKMM). Sebarkan.