MCA sokong unsur komunis?Naib Presiden MCA yang juga Ketua MCA Pulau Pinang, Tan Teik Cheng berkata kertas dinding di restoran hanya hiasan. Reaksi dari polis adalah keterlaluan.Apa komen penyokong PAS/UMNO dan Mufti dari Utara?
Kategori: MCA KOMUNIS
Menteri pengangkutan umum akan letak jawatan
Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong mendakwa Projek Landasan Berkembar Lembah Klang Fasa 2 (KVDT 2) bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH) “tidak mengikut prosedur perolehan kerajaan”.
Wee memberitahu Dewan Rakyat, beliau akan meletak jawatan jika kenyataannya terhadap PH terbukti salah.
Pada awal ucapannya, Wee mendakwa bekas menteri pengangkutan Loke Siew Fook gagal memaklumkan kepada Kabinet anggaran kos projek KVDT 2 boleh dikurangkan, selepas mendengar dua laporan dibentangkan Opus Consultants pada 2018.
Dua minit selepas menteri berucap, Loke (PH-Seremban) mencelah dan berkata: “Itu fakta yang salah, beliau mengelirukan Dewan dan tipu fakta.”
Speaker Azhar Harun kemudian mematikan mikrofon Loke dan memintanya membenarkan Wee menamatkan ucapan.
Wee meneruskan dengan mempersoal cadangan Loke kepada Kementerian Kewangan supaya mempertimbangkan Opus Consultants sebagai sebuah perunding bebas, apabila bekas menteri itu mendakwa laporan dibentang kepadanya tidak rasmi.
“Surat niat juga telah pun dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan pada masa itu kepada Opus Consultants, cuma sebelum surat setuju terima sempat dikeluarkan, kerajaan PH telah runtuh,” katanya.
Pekikan tercetus apabila Wee berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan projek KVDT 2 bawah PH tidak dilaksanakan mengikut prosedur perolehan kerajaan dan ia harus dilakukan melalui tender terbuka.
“Itu lagi satu tipu, itu lagi satu fakta yang mengelirukan Dewan. Apa yang (kita) tidak mengikut prosedur?” soal Loke.
“Saya sedang membaca satu fakta yang telah dikeluarkan oleh SPRM,” kata Wee. “Kalau ada apa-apa unsur yang (menunjukkan) saya menipu, saya (akan) meletak jawatan.”
“Projek itu diberikan oleh (bekas menteri pengangkutan) Liow Tiong Lai, kamu pun menjadi (sebahagian) Kabinet (pada) masa itu,” kata Loke dan mendorong Azhar mematikan mikrofon mereka sekali lagi.
Sebelum ini, dilaporkan Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd, kontraktor projek KDVT 2 memfailkan saman terhadap kerajaan Perikatan Nasional (PN) atas keputusannya membatalkan kontrak itu.
Keputusan Kementerian Pengangkutan membatalkan pemberian projek dan membuka semula kepada tender dilakukan susulan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Abdul Aziz mengatakan, kerajaan PH menganugerahkan 101 projek melalui rundingan terus.
Kerajaan Barisan Nasional (BN) pada 2017 menganugerahkan projek itu kepada Dhaya Maju LTAT tetapi kontrak berkenaan dibatalkan susulan perubahan kerajaan pada 2018.
Kerajaan PH kemudian melantik semula Dhaya Maju LTAT untuk meneruskan projek itu selepas pengurangan skop dan kosnya.
Ka Siong guna ‘MAFIA’ serah projek KVDT 2 kepada syarikat China
Anthony Loke tidak faham kenapa Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong mahu menamatkan projek Landasan Berkembar Elektrik di Lembah Klang Fasa 2 (KVDT 2) yang kononnya diberi oleh Kerajaan PAKATAN HARAPAN menerusi rundingan terus.
Anthony Loke bertanya apakah benar bahawa kontrak itu dibatalkan dan mendakwa Ka Siong pada 14 April, telah meminta firma itu untuk memberikan subkontrak keseluruhan projek tersebut kepada sebuah “syarikat China”
Sekiranya tuduhan seperti ini dilemparkan terhadap mana-mana Menteri dari DAP sudah tentu kami dilabelkan sebagai menjual kepentingan negara kepada China dan memangsakan kontraktor Bumiputera.
Setiausaha Organisasi DAP itu mendedahkan keputusan Presiden MCA itu telah menyebabkan 8,512 pekerja hilang pekerjaan dan memberi kesan negatif kepada 261 syarikat pembekal yang kebanyakannya syarikat Bumiputera.
Malah kata Anthony Loke, Persatuan Kontraktor Bumiputera telah merayu kepada Menteri Pengangkutan dan Menteri Kewangan supaya projek diteruskan. Namun suara mereka tidak didengar di Putrajaya.
Justeru beliau mempersoalkan di mana pejuang-pejuang Melayu dan Bumiputra dalam kalangan Kerajaan PERIKATAN NASIONAL yang tidak memperjuangkan ratusan syarikat Bumiputera ini.
Sementara itu Kesatuan Pekerja-Pekerja Keretapi Tanah Melayu Berhad (RUM) menyatakan sokongan kepada Anthony Loke kerana menuntut jawapan dari Kementerian Pengangkutan berhubung dakwaan kontraktor dari China sedang disasarkan berkaitan projek KVDT2.
Pembatalan ini memberi implikasi kepada kelewatan penyiapan projek yang boleh mengakibatkan kerencatan larian tren penumpang sehingga mengganggu pengguna yang menggunakan perkhidmatan perkeretapian khususnya dilembah klang.
Dari sudut keselamatan landasan ianya memberi risiko kepada larian tren yang boleh terjadinya kegelinciran kerana landasan KVDT 2 berada dalam keadaan berisiko.
Menurut RUM pendapatan KTMB juga turut terjejas bilamana penggunaan tren dikurangkan berdasarkan kerja – kerja pembaikan di bawah projek KVDT 2, apatah lagi bila penamatan kontrak KVDT 2 mewujudkan tempoh kelewatan yang melampau berbanding tempoh projek KVDT 2 yang dianugerahkan kepada Syarikat Daya Maju LTAT Sdn Bhd.
RUM juga mengungkit peranan apa yang namakan “MAFIA” yang boleh dikaitkan melalui projek – projek yang sedang diusahakan termasuk projek KVDT 2 sehingga strategi susun atur penamatan kontrak Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, Datuk Kamaruzaman Zainal yang tidak berasas tanpa alasan munasabah, kerana tempoh kontraknya selama 2 tahun berakhir pada 21 Oktober 2021.
“RUM juga sedar tujuan cadangan pelantikan Encik Mohd Rani Hisham Samsuddin sebagai Ketua Pegawai Eksekutif KTMB, yang mempunyai agenda tersirat oleh kumpulan yang Rum gelar ‘MAFIA’, untuk rekod Encik Mohd Rani Hisham Samsuddin adalah Presiden KTMB yang menulis surat mencadangkan kepada Menteri Kewangan agar tidak menganugerahkan projek KVDT 2 kepada Syarikat Daya Maju LTAT Sdn Bhd.” dakwa kenyataan itu.
Makluman: Artikel ini tidak semestinya menggambarkan pendirian rasmi JOMChannel.Net
Bersenjatakan dua Ahli Parlimen sahaja, MCA telah berjaya mendapat berbagai kuasa.
Hebat MCA. Bersenjatakan dua Ahli Parlimen sahaja, MCA telah berjaya……
1. Pelabuhan strategik Kelang, Penang, Melaka dia sapu.
2. Ruang udara dia control dengan memecat CEO Melayu CAAM dan digantikan CEO Cina.
3. Peruntukan sekolah swasta Cina dia naikkan dari RM40 juta kepada RM58 juta.
4. Sekolah swasta Cina yang dimiliknya bagi biasiswa UEC tanpa had.
5. Penentang jawi/khat dilantik Timbalan Menteri Pendidikan.
6. Pelawan undang-undang Islam dilantik Timbalan Menteri Perpaduan.
Hari ini MCA tambah lagi seorang penentang khat/jawi dan pemegang sijil palsu dalam Kerajaan.
BUKTI MCA MEMPERGUNAKAN MELAYU
Mungkin ramai tidak perasan yang minggu ini, MCA bergaduh pula dengan UMNO bahagian Tanjung Malim apabila UMNO menyatakan keinginannya untuk bertanding di Tanjung Malim pada PRU akan datang. MCA berhujah bahawa kerusi tersebut merupakan ‘kerusi tradisi’ mereka.
Sememangnya UMNO lebih berhak bertanding di Tanjung Malim memandangkan majoriti penduduknya ialah orang Melayu beragama Islam. Manakala kaum cina hanyalah 20% lebih. Saya juga mengharapkan agar Pakatan Harapan mengetengahkan calon Melayu dari PKR atau AMANAH untuk kerusi ini nanti.
Apa yang menarik perhatian saya dalam isu ini ialah, situasi ini serupa dengan peristiwa PRK Tanjung Piai yang lalu di mana UMNO dan MCA di kawasan tersebut saling berbalah berkenaan kerusi tersebut sehinggalah MCA mengugut untuk keluar BN. Akhirnya UMNO terpaksa berkempen untuk memenangkan calon BN walaupun tidak rela tetapi apakan daya, mereka tidak sanggup lihat BN kalah walaupun ada alternatif calon Melayu lain iaitu BERJASA.
Saya tidak menolak jika MCA akan guna ‘modus operandi’ yang sama untuk PRU yang akan datang kerana peluang mereka untuk memenangi kerusi parlimen atau DUN hanyalah di kawasan majoriti Melayu dan mereka tahu pengundi Melayu akan setia dengan ‘lambang dacing’. Manakala, pengundi cina memang sudah lama pun menolak mereka kerana majoritinya lebih percayakan PH.
GERAKAN telah meninggalkan BN dan kerusi yang ditandingi mereka sangatlah banyak. Sepatutnya MCA fokus untuk mengisi ‘kekosongan’ ini. Tetapi, tidak mustahil juga MCA memang tamak jika mahukan kerusi majoriti Melayu dan kerusi majoriti bukan Melayu yang ditinggalkan oleh GERAKAN.
Sebagai contoh, kerusi-kerusi di seluruh Pulau Pinang yang didominasi oleh DAP, kenapa MCA tidak mahu fikir pula selepas GERAKAN sudah tinggalkan BN? Apakah MCA mahu DAP terus memerintah Pulau Pinang?
Kepada UMNO pula, apakah mereka akan bertolak ansur dengan MCA lagi untuk PRU akan datang dengan menggadaikan kerusi-kerusi majoriti Melayu kepada mereka? Pada masa yang sama, UMNO berebut kerusi dengan BERSATU pula. Lebih baik kerusi-kerusi majoriti Melayu, termasuk yang ditandingi oleh MCA dahulu dibahagi-bahagikan antara UMNO, BERSATU dan parti-parti Melayu lain juga. Tidakkah itu lebih rasional?
Kita sudah saksikan, wakil-wakil rakyat MCA yang memenangi kerusi majoriti Melayu selama ini tidak pernah pun menyebelahi agenda Melayu dan Islam. Malah, mereka melukakan hati kita lagi dengan kenyataan-kenyataan mereka terutamanya dalam membela sekolah vernakular, isu jawi dan sebagainya.
Saya harap agar rakyat di akar umbi dapat bangkit memulakan gerakan bagi mendesak blok-blok parti politik, sama ada PN atau PH untuk meletakkan calon-calon yang sesuai terutamanya di kawasan majoriti Melayu Muslim. Selepas itu, terserahlah untuk anda memilih sesiapa pun kerana hak mengundi ialah hak masing-masing. Yang paling utama ialah selepas PRU-15 nanti, ahli-ahli parlimen majoritinya ialah orang Islam, sesuai dengan Malaysia sebagai negara Islam.
Dengan ini, lebih mudah untuk kita mengangkat hak-hak orang Islam di peringkat penggubalan undang-undang di parlimen nanti. Kita perlu memikir melangkaui kerangka politik kepartian, kerana sebenarnya ekosistem politik itu jauh lebih penting.
Wallahu’alam.
Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
20 Jun 202
____
Sumber:
https://web.facebook.com/450309788374603/posts/3990919684313578/?_rdc=1&_rdr
https://www.sinarharian.com.my/…/MCA-tetap-pertahan-kerusi-…
https://www.sinarharian.com.my/…/MCA-carilah-kerusi-lain-se…
MCA tetap bertegas bertanding Tg Malim walaupun UMNO tak setuju
Inilah bukti MCA Abang Long dalam PN.
Kan saya sudah kata. MCA adalah Abang Long dalam PN.
Bersenjatakan hanya dua Ahli Parlimen sahaja (Wee Ka Siong Ayer Hitam & Wee Jeck Seng Tanjung Piai), MCA telah membiulkan lebih 100 Ahli Parlimen Melayu Muslim Bumiputera.
Pelabuhan MCA sapu.
Ruang udara MCA control.
Peruntukan sekolah swasta Cina MCA naikkan.
Pembantah Jawi MCA naikkan jadi Timbalan Menteri Pendidikan.
Penentang RUU355 MCA angkat sebagai Timbalan Menteri Perpaduan.
MCA tetap bertegas bertanding Tg Malim walaupun UMNO tak setuju
Kafir Harbi MCA Sentiasa Berusaha Memecahbelahkan Umat Islam.
Mohon maaf tuan/puan, bukan saya bermaksud menganggu.
Ini sangat penting untuk kita ketahui bersama. Supaya terjaga Iman dan islam kita.
1. Kafir HARBI MCA menyedari kesulitan mereka untuk MEMBINASAKAN Ummat Islam, selama Ummat Islam MASIH BERSATU. Kenapa?!
Karena mereka yakin bahawa selagi masih bersatu Ummat Islam ini mereka akan mendapatkan PERTOLONGAN ALLAH.
Oleh karena itu mereka (kafir harbi MCA itu) SELALU BERUSAHA untuk MEMECAH-BELAH atau MENCERAIBERAIKAN Ummat Islam.
Di antaranya, dengan membuat (menggunakan) media sosial sebagai Alat perang saraf mereka.
2. Ada 4 persoalan yang paling sering mereka ketengahkan sebagai the subjek untuk MEMBUAT KEGADUHAN di tengah Ummat Islam iaitu:
POLITIK (pencapaian kekuasaan dengan segala gejolaknya)
IKHTILAF (khilafiyyah atau perbedaan pemahaman yang diperkeruh dengan rasa paling benar)
STATUS SOSIAL (termasuk di dalamnya urusan kekayaan, derma/kontribusi, dan kesenjangan), dan
‘AIB (keburukan-keburukan, termasuk di dalamnya ghibah dan fitnah PH).
3. Mereka mengeluarkan belanja untuk MENGERAHKAN ORANG-ORANG UPAHAN seperti umnopas supaya mengolah keempat subjek tadi agar menimbulkan GEJOLAK dan HURU-HARA di tengah Ummat Islam.
4. Orang-orang upahan terdiri dari umnopas melakukan BERBAGAI MACAM CARA untuk melaksanakan tugasnya. Berbagai media mereka pergunakan demi mencapai objektif mereka.
5. AKSI PECAH-BELAH dengan menggunakan media sosial merupakan aksi yang mereka anggap paling EFEKTIF dan paling MUDAH DIPANTAU oleh bos-bos MCA.
Penentuan bayarannya pun dianggap paling mudah untuk diperkirakan sebagai upahan mereka.
6. Apabila seorang AKTOR PEMECAH-BELAH membuat POSTINGAN dan mendapatkan 100 komen dalam sehari, maka di hari itu dia mendapatkan insentif sebanyak RM50.00 yang akan dikreditkan dalam akaunnya.
Kemudian dibayar di akhir bulan tersebut. Jadi dalam sebulan dia mampu mendapatkan upah sebanyak RM1500.00 bahkan kadang-kadang melebihi nya.
Kalau perolehan komennya lebih banyak, tentu insentifnya juga lebih banyak. Bahkan ada juga yang boleh mendapatkan insentif RM5000.00 dalam sebulan.
Lalu bagaimana kalau komen yang mereka dapatkan cuma sedikit? Ya, tentu sedikit juga perolehan insentifnya. Bahkan kalau dalam sebulan dia hanya mendapatkan komen RATA-RATA di bawah 20 perhari, maka pasti dia DIPECAT. Oleh kerana itu, setiap aktor akan berusaha HABIS-HABISAN untuk mendapatkan komen sebanyak-banyaknya.
7. Informasi ini dihimpun dari BERBAGAI SUMBER yang dapat dipercaya. Lantas….. Bagaimana menghadapinya?! JANGAN KOMEN… JANGAN KOMEN… JANGAN KOMEN, inilah tindakan paling bijak kita.
Kalau kita komen, berarti kita MEMBERI SOKONGAN kepada umnopas untuk mendapatkan wang dengan cara MEMECAH-BELAH UMMAT. Bahkan…..secara tidak disedari, kita telah MEMBANTU KAFIR HARBI MCA untuk MEMBINASAKAN Ummat Islam!.
Bukankah postingan si aktor PEMECAH-BELAH itu berisi ghibah dan fitnah? Apakah dibiarkan saja? Jangan dikomen?! Ya. Jangan komen! Maksudnya, jangan komen DI BAWAH POSTINGANNYA.
Jadi….. Bagaimana cara MENYANGGAH atau melawannya? Buat saja POSTINGAN BARU. Dan jawab dan sanggah di postingan baru kita itu.
8. Mari kita pertahankan KEUTUHAN UMMAT dan menjauhkan diri dari MCA Harbi Dan Umnopas.
Semoga Allah SWT sentiasa menolong kita semua. Aamiiin…..
BUKTI MALAYSIA BERADA DIBAWAH KAWALAN MCA KOMUNIS.
Datuk A Kadir Jasin dedahkan Jalil Rashid dipaksa keluar PNB kerana telah mengenal pasti beberapa kes “meragukan” yang melibatkan wang PNB beratus juta.
Monday, June 15, 2020.
Ada Percubaan Jadikan PNB “Gravy Train”
A Kadir Jasin
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ
Zeti dan Abdul Jalil: Jadi mangsa kerana bongkar keburukan.
KALAU orang Melayu kenal diri dan mengamalkan ciri-ciri bangsa dan agama mereka maka jadilah mereka insan yang unggul, iaitu seorang yang berbudi kerana dia Melayu dan beriman kerana dia Muslim.
Insan budiman kerana berbudi dan beriman.
Tetapi maaf cakaplah kalau saya ulang sebut bahawa sangat banyak Melayu hari ini yang palsu budi dan imannya.
Bangsa sekadar slogan politik dan agama bahan peragaan untuk dihebahkan melalui tampalan media sosial.
Walaupun semakin ramai Melayu berpendidikan tinggi tetapi ramai tidak kenal diri. Mereka menjadi hamba kepada kejahilan dan kemiskinan, feudalisme dan kebergantungan.
Akibatnya banyak usaha murni untuk membawa kebaikan kepada bangsa Melayu dan agama Islam, khususnya dan negara, amnya bukan saja menjadi sia-sia malah ditentang habis-habisan.
Cerita Tan Sri Wan Zulkiflee Wan Ariffin dinyahkan daripada jawatan Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas dan Abdul Jalil Rasheed daripada kerusi yang sama di Permodalan Nasional Berhad (PNB) adalah petanda kehilangan budi dan iman orang Melayu.
Orang Melayu yang diuar-uarkan sebagai sabar dan bertolak ansur sedang dihasut supaya mengamuk atas nama maruah Melayu dan pemerintahan Melayu-Islam.
Dendam Neo-Kleptokrasi
Maka ahli profesional dan eksekutif Melayu taraf dunia yang dilantik oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) – yang ada DAP di dalamnya – untuk membersihkan syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) daripada korupsi elit politik era kleptokrasi Umno-Barisan Nasional telah dan sedang dibuang secara sistematik.
Kalau kerajaan Umno-BN zaman kleptokrasi Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak korup dan hegemonik, kerajaan Perikatan Nasional (PN) pimpinan Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin adalah semberono (reckless) dan pendendam (vengeful).
Lebih malang bagi ahli profesional Melayu, kaki pukul (hatchetman) yang dihantar untuk membelasah mereka adalah teknokrat Melayu sendiri.
Maaf cakaplah kalau saya kata bahawa dalam konteks ini, Menteri Kewangan, Senator Tengku Zafrul Abdul Aziz, perlu menilai dirinya sendiri kerana besar kemungkinan beliau kini menjalankan peranan itu.
Ini adalah kerana sebagai Menteri Kewangan beliau mempunyai kuasa yang amat luas ke atas GLIC dan GLC. Siapa lagi kalau bukan beliau yang memecat ahli profesional Melayu dan membawa masuk ahli politik sebagai pengerusi dan ahli lembaga pengarah?
Wan Zulkiflee ditunjukkan pintu keluar kerana mempertahankan hak Petronas daripada dijadikan pertaruhan dalam perjudian politik Muhyiddin untuk mendapat sokongan elit politik Sarawak dan mungkin juga selepas ini, Sabah.
Dua buah negeri Borneo ini adalah pengeluar utama minyak dan gas di mana peranan Petronas adalah besar.
Abdul Jalil, anak pegawai imigresen dari Raub, Pahang telah berjaya dihambat keluar daripada PNB atas alasan keraguan mengenai persekolahannya – beza di antara London School of Economics & Politics (LSE) dan University of London. Beliau meletakkan jawatan hari ini.
Isu persekolahan beliau hanyalah alasan. Kalau pihak berkuasa pasaran modal di Singapura, Hong Kong dan United Kingdom yang lebih tinggi piawaiannya boleh memberi lesen kepada Abdul Jalil mengapakah tiba-tiba persekolahan beliau menjadi isu kepada Muhyiddin dan Zafrul serta budak-budak mereka?
Mengapa ia menjadi isu kepada Suruhanjaya Sekuriti (SC) sekarang apabila ia telah meluluskan permohonan beliau pada bulan September lalu?
Jumpa Najis
Jawapannya adalah Abdul Jalil dan Pengerusi baru PNB, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, telah mula menemui dan mengambil tindakan ke atas pelaburan-pelaburan PNB yang meragukan dan bermasalah.
Di sini, saya mengutuk sekeras-kerasnya usahawan Melayu yang berjaya kerana bantuan kerajaan, termasuk melalui Dasar Ekonomi Baru (DEB) tetapi masih bergantung kepada kerajaan dan menjadikan PNB “gravy train” mereka.
Saya kenal ramai daripada mereka. Malah saya kenal ibu bapa mereka. Saya menulis seawal tahun 1980-an tentang bagaimana ibu bapa mereka mendapat kontrak dan konsesi di bawah DEB.
Sehingga ini, saya telah berjaya mendapat maklumat mengenai dua atau tiga kes yang mungkin menjadi punca tercetusnya usaha untuk menyingkirkan Abdul Jalil. Satu mengenai pembelian tanah dan satu lagi mengenai pelaburan dalam kegiatan minyak dan gas.
Saya akan menyebut hanya satu kes dulu kerana ia sudah pun dibincangkan secara meluas sejak 2017 lagi. Yang lain itu, tunggu dulu. Kita tengok apa pengganti Abdul Jalil akan buat.
Kes ini adalah berkaitan penjualan sebidang tanah kerajaan seluas 19.14 ekar berhampiran Istana Negara kepada Jakel Land Sdn Bhd dengan harga RM646 juta atau 22 peratus di bawah harga yang diiklankan.
Kita semua tahu bahawa Jakel adalah syarikat anak emas zaman Mohd Najib. Baru-baru ini ia menjadi berita besar apabila salah seorang adik beradiknya menuduh “orang Melayu tak pandai baca”.
Apa kena mengena Jakel dengan PNB? Jakel Land Sdn Bhd adalah perkongsian sama rata di antara Jbiz Development Sdn Bhd (mewakili Jakel) dengan Symphony Life Bhd dan PNB.
Yang menjadi masalah dan persoalan adalah mengapa hanya PNB yang mengeluarkan lebih banyak duit untuk bayar harga tanah tersebut sedangkan nisbah pegangan saham sama iaitu masing-masing 33.3 peratus. Nampak seolah-oleh peranan Jakel cuma mendapatkan kebenaran membeli tanah dan Symphony menjadi pemaju.
Saya dimaklumkan yang PNB telah memberi “pinjaman” RM225 juta kepada syarikat usaha sama itu. Keseluruhan jumlah yang ditanggung oleh PNB adalah RM250 juta manakala Symphony dan Jakel hanya mengeluarkan RM25 juta setiap satu.
Jakel mendakwa dirinya 100 peratus Bumiputera. Kepala empayar adik-beradik ini ialah Datuk Mohamed Faroz Mohamed Jakel.
Mohamed Feroz saudagar nombor satu Jakel
Symphony pula adalah syarikat senaraian Bursa Malaysia yang dimiliki oleh Tan Sri Azman Yahya yang terkenal sebagai Pengarah Urusan Danaharta zaman krisis ekonomi Asia 1997-98.
Diura-urakan yang Ahmad Zulqarnain dari Khazanah Nasional Berhad akan mengambil tempat Abdul Jalil. Beliau pernah bekerja di bawah Azman di Symphony (dulunya Bolton Bhd) dan Danaharta.
Azman adalah salah seorang ahli lembaga Pengarah Khazanah yang dilantik oleh Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak ketika menjadi Perdana Menteri merangkap Pengerusi Khazanah.
Peralat PNB
Bagi usahawan Bumiputera yang cuba memperalatkan PNB dengan melobi Muhyiddin dan Zafrul supaya memecat Abdul Jalil atau bertindak dengan cara yang menguntungkan mereka, saya kata “sialan kamu”.
Tidak cukup lagikah apa yang kamu dan ibu bapa kamu dapat daripada kerajaan sehingga mahu memperkudakan PNB?
PNB adalah instrumen DEB yang bertujuan memberi peluang kepada Bumiputera miskin memiliki sebahagian kecil kekayaan negara. Itu pun mereka hendak “pelekoh” juga?
Kesimpulannya, kalau inilah cara kerajaan Melayu-Islam PN mempolitikkan GLIC dan GLC, kesudahannya hanya profesional dan eksekutif yang tidak berjiwa rakyat dan “mediocre” saja akan bersedia bekerja dengannya.
Dewan Bahasa mentakrifkan “mediocre” sebagai “tidak berapa baik”.
Cuma satu saja. Kita bernasib kerana keadaan tidak seperti dahulu lagi. Kerajaan dan pesekongkolnya tidak selamat lagi bersembunyi di belakang tembok kuasa, undang-undang dan kerahsiaan.
Media sosial telah memberikan rakyat jelata kuasa untuk memperkasakan mahkamah pendapat umum – the court of public opinion – untuk melawan kerajaan kleptokrasi baru ini.
Namun saya masih ada sedikit keyakinan bahawa masih ada sebilangan kecil melayu profesional yang tidak sanggup menjadi tali barut kepada pencuri dan penyangak kerana di sanubadi mereka tersemat nilai murni untuk melakukan kebaikan kepada negara dan rakyat jelata.
Wallahuaklam. Terima Kasih.
SENARAI 10 YB MELAYU MUSLIM DALAM DAP BERBANDING MCA KOMUNIS TIADA YB MELAYU ISLAM.
SENARAI YB MELAYU MUSLIM DAP
Yang memenangi kerusi PARLIMEN / DUN PH PRU14;
1- Ustaz Sheikh Umar Bagharib Ali, Adun Paloh Exco Johor.
2- Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, PARLIMEN Raub Pahang.
3- Young Syefura Othman, Adun Ketari Pahang.
4- Dr. Aziz Bari, Adun Tebing Tinggi Exco Perak.
5- Noorita Sual, PARLIMEN Tenom, Sabah.
6- Norhizam Hasan Baktee, Adun Pengkalan Batu, Exco Melaka.
7- Zairil Khir Johari, Adun Tanjung Bungah, Exco Pulau Pinang
8- Syerleena Abd Rashid, Adun Sri Delima Pulau Pinang.
9- Edry Faizal Eddy Yusof Adun Dusun Tua Selangor.
10- Jamaliah Jamaludin, Adun Bandar Utama Selangor.
Tidak pernah berlaku dlm sejarah 13 kali pilihanraya umum, parti Dap memecah tradisi mencalonkan sebegitu ramai melayu islam pada PRU14, 10 darinya menang kawasan cina hasil majority undi MAJMUK.
Parti Dap pernah dipimpin oleh seorang india iaitu Karpal Singh. Dap parti majmuk keahliannya ada melayu cina india pribumi Sabah Sarawak.
Sebaliknya MCA adalah parti 100% cina. MIC solid india tanpa elemen melayu!
Justeru tuduhan Dap agen komunis cina adalah langsung tidak masuk akal kecuali bagi psikiatri tegar umno haprak saja.
MCA Komunis Kuasai pelabuhan, gesa kemasukan pelancong China
Kuasai pelabuhan, gesa kemasukan pelancong China: MCA jadi Abang Long dalam kerajaan PN
Bekas Bendahari MCA Datuk Seri Chuah Poh Khiang secara terbuka menggesa kerajaan Perikatan Nasional (PN) membuka semula pintu negara kepada pelancong perniagaan dari rakan dagang serantau secara berperingkat termasuk China.
Dalam kenyataannya semalam, Presiden Persatuan Jalur dan Laluan Malaysia itu berkata, langkah tersebut penting bagi menjana semula perdagangan dan pelaburan luar negara dalam persekitaran ekonomi domestik yang lembap.
Walau bagaimanapun gesaan Poh Khiang yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal MCA-Republik Rakyat China itu dianggap berbahaya untuk keselamatan dan kedaulatan negara.
Ramai warganegara China yang kononnya melancong ke Malaysia tidak pulang ke negara mereka termasuk pembongkaran sindiket menjual MyKad selain ancaman penularan pandemik Covid-19.
Untuk rekod, Laporan Ketua Audit Negara 2018 Siri 2 mendedahkan 76,258 (95.6 peratus) daripada 79,799 warga China mengikut Sistem Imigresen Malaysia (MyIMMs) yang melawat ke negara ini sepanjang 2016 hingga 2018 tidak mempunyai rekod tarikh keluar.
Tahun lalu gempar pengakuan seorang wanita warga China yang gagal dalam sesi temu bual berikutan tidak boleh berbahasa kebangsaan bagi mendapatkan pasport.
Wanita warga asing itu kemudiannya mengaku membeli MyKad itu daripada sindiket sebelum polis berjaya menahan seorang lagi lelaki warga China di Lapangan Terbang Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 9 Ogos tahun lalu.
Ekoran itu, sekurang-kurangnya 20 individu berusia 32 hingga 70 tahun termasuk Penolong Pengarah Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) Pulau Pinang ditahan setakat September tahun lalu.
Kementerian Dalam Negeri (KDN) juga kemudiannya membatalkan semua MyKad yang dijual kepada warga China ekoran kes tersebut.
Berusaha membanjiri
Mengulas gesaan pemimpin MCA itu, aktivis Adrian Lim Chee En berpendapat MCA sekarang sedang berusaha membanjiri Malaysia dengan kemasukan warga China.
“Covid-19 belum selesai, ratusan ribu warganegara China belum diusir, tapi Cina Komunis MCA sudah bersuara menggesa pembukaan sempadan agar warga China boleh ramai-ramai masuk,” bidasnya dipetik dari Facebook beliau.
Menurutnya, majoriti Ahli Parlimen Muslim PN berjaya diperbodohkan oleh MCA yang hanya mempunyai dua wakil sahaja dalam kerajaan.
“Begitulah hakikatnya. Bersenjatakan hanya dua orang Ahli Parlimen Cina kafir sahaja, MCA telah berjaya menjinakkan dan membiulkan lebih 100 orang Ahli Parlimen Melayu Muslim PN,” tempelaknya.
Adrian juga menyifatkan MCA telah menjadi ‘Abang Long’ di Putrajaya pada masa ini termasuk menguasai semua pelabuhan utama dan ruang udara.
Selanjutnya, beliau berkata, penguasaan MCA dalam kerajaan PN dapat dilihat pada pertambahan dana untuk sekolah swasta Cina serta biasiswa pendidikan tanpa had.
“MCA mempunyai hanya dua Ahli Parlimen iaitu Dewa Wee Ka Siong dan Penaja Pakej Umrah Wee Jeck Seng. Namun, mereka sudah menjadi Abang Long dalam Kerajaan sekarang.
“Semua pelabuhan utama Malaysia seperti Pelabuhan Kelang, Pelabuhan Penang dan Pelabuhan Melaka kini dikuasai oleh Pengerusi Cina Kafir yang dilantik oleh MCA.
“Selain itu, MCA telah pecat bekas CEO (Ketua Pegawai Eksekutif) Pihak Berkuasa Ruang Udara (CAAM) yang merupakan orang Melayu Muslim dan menggantikannya dengan seorang Cina Kafir.
“Selepas sempadan laut dan udara dikuasai, mereka berjaya naikkan peruntukkan sebuah Sekolah Swasta Cina dari RM40 juta ke RM58 juta.
“Sekolah Cina swasta tersebut memberi biasiswa UEC (Sijil Peperiksaan Bersama) tanpa had. Unlimited UEC Scholarships,” jelasnya lagi.
Untuk rekod, tiga pelabuhan utama iaitu di Pulau Pinang, Kelang dan Melaka didominasi pemimpin MCA mulai April lalu.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong yang juga Presiden MCA turut melantik Chester Voo Chee Soon sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu CAAM berkuatkuasa 1 Jun lalu.
Menurut Ahli Parlimen Ayer Hitam itu, pelantikan Chee Soon yang merupakan seorang juruterbang dan pengarah operasi penerbangan di sebuah syarikat penerbangan domestik itu mengikut Seksyen 21 selepas disyor dan dipertimbangkan oleh CAAM.
Kuasai pelabuhan, gesa kemasukan pelancong China: MCA jadi Abang Long dalam kerajaan PN