Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

12 SEBAB DONG ZONG DAN MCA BERASA KEPALA MEREKA SUDAH BESAR

DONG ZONG UEC DALAM LINDUNGAN

INILAH SEBABNYA KENAPA DONG ZONG DAN MCA BERASA KEPALA MEREKA SUDAH BESAR

1. Masa berkuasa, Annuar Musa lah Melayu yg paling lantang mempertahankan UEC

2. Masa berkuasa, Annuar Musa lah Melayu yg dilihat paling ke depan begitu akrab dengan Dong Zong

3. Masa berkuasa, PM dari UMNO lah yg melakar sejarah menjadi PM pertama menghadiri program Dong Zong

4. Masa berkuasa, PM dari UMNO lah yg melakar sejarah membawa Dong Zong ke Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya

5. Depan orang Cina, UMNO lah parti Melayu yg paling lantang bermati-matian nak mempertahankan sekolah vernakular

6. Depan orang Cina, UMNO lah parti Melayu yg paling lantang bermati-matian nak iktiraf UEC

7. Depan orang Cina, UMNO lah parti Melayu yg paling bangga melanjutkan tempoh pajakan 99 tahun sekolah vernakular

8. UMNO lah parti Melayu yg paling lantang mengisytihar bahawa sekolah2 vernakular akan dipertahankan sbb kedudukan SJKC/T terjamin di bawah Perlembagaan Persekutuan

9. Ketua Pemuda UMNO yg kononnya dikatakan pejuang Melayu dengan bangganya menghantar anak sendiri ke sekolah Cina

10. Presiden PAS yg kononnya dikatakan pejuang Islam dengan bangganya menghantar cucu sendiri ke sekolah Cina

11. PAS sahabat terbaru UMNO, merupakan pembela tegar sekolah vernakular sejak sekian lamanya

12. MCA, iaitu sahabat ta’awun UMPAS merupakan pembela tegar sekolah vernakular sejak sekian lamanya

Masa berkuasa cakap lain, masa hilang kuasa cakap lain

Depan Cina cakap lain, depan Melayu cakap lain C&P.

Skandal 1MDB: 13 Dis keputusan lucut hak RM15 juta wang Umno Kedah

UMNO KEDAH PATUT DIHARAMKAN

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menetapkan 13 Disember untuk keputusan permohonan pihak pendakwaan bagi melucut hak ke atas wang berjumlah RM1,054,019.22 yang disita daripada Badan Perhubungan Umno Kedah.

Dalam penghujahan oleh Timbalan Pendakwa Raya Abdul Rashid Sulaiman di depan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazal, mahkamah diberitahu sebahagian daripada RM15 juta yang disalurkan ke akaun bank Umno Kedah oleh bekas perdana menteri Najib Razak beberapa tahun lalu adalah dari Tanore Finance Corporation.

Katanya, enam cek berjumlah RM15 juta itu diberikan kepada Umno Kedah antara April 2012 dan Jun 2013 adalah hasil daripada kegiatan haram.

Berikut ialah enam cek yang diterima Umno Kedah – RM1 juta (diterima pada 25 April 2012); RM1 juta (6 Jun 2012); RM2 juta (10 Jan 2013); RM5 juta (6 Mac 2013); RM5 juta (5 April 2013) dan RM1 juta (19 Jun 2013).

Abdul Rashid berkata sebahagian transaksi itu berlaku selepas Najib menerima RM2.08 bilion yang disalurkan ke akaun peribadinya daripada Tanore, antara 22 Mac 2013 dan 10 April 2013.

“Adalah tidak wajar untuk seorang perdana menteri menerima wang dalam jumlah yang begitu besar dalam akaun milik peribadi.

“Ia untuk tujuan politik, namun timbul persoalan di mana dapat wang itu (walaupun) tiada undang-undang yang menghalang responden daripada terima wang,” katanya.

Abdul Rashid membangkitkan kesahan sumber dana daripada Najib ketika bekas perdana menteri itu sendiri berdepan dengan sejumlah dakwaan berhubung kes 1MDB-Tanore di bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Activiti Haram 2001 (Amla).

Sementara itu, peguam yang mewakili Umno Kedah, G Nadaraja berhujah bahawa wang yang diberikan kepada anak guamnnya telah habis dibelanjakan pada 2014.

“Semua wang telah digunakan, tidak ada lagi baki. Pada 2017 dan 2018, Umno Kedah menerima sumbangan pihak luar berjumlah RM28.

“Tidak ada kaitan untuk pemohon mengaitkan baki wang dengan kegiatan haram,” katanya.

Nazlan kemudian menetapkan 13 Disember untuk keputusan kes itu.

Terdahulu, Nazlan menolak permohonan Umno Kedah agar beliau menarik diri daripada mendengar saman pelucuthakan SPRM.

Nazlan yang turut mengendalikan kes SRC International Sdn. Bhd dan memutuskan agar Najib membela diri, berkata saman pelucuthakkan berkaitan 1MDB tidak ada kena-mengena dengan perbicaraan SRC.

“Saya dapati responden gagal menunjukkan risiko berpihak (untuk saya mendengar kes itu).

“Saya akan teruskan dengan perbicaraan (saman pelucuthakkan terhadap Umno Kedah),” katanya selepas mendengar penghujahan bantahan awal daripada Umno Kedah.

Nadaraja berkata wujud risiko berpihak yang nyata bagi Nazlan mendengar saman pelucuthakkan itu kerana beliau ada akses terhadpa dokumen dan bukti untuk kes SRC.

Umno Kedah merupakan antara 41 entiti yang dihadapkan saman pelucuthakan SPRM yang bertujuan mendapatkan semula RM270 juta yang dikatakan berasal daripada 1MDB.

Saman itu menyasarkan RM1,054,019.22 daripada Umno Kedah.

Turut hadir di mahkamah ialah Timbalan Pendakwa Raya SPRM Allan Suman Pillai dan peguam R Hanita, yang mewakili Kedah Umno.

SPRM sebelum ini berkata pihaknya telah memfailkan saman perlucuthakan sivil terhadap 41 responden untuk memperoleh semula dana kira-kira RM270 juta yang mempunyai kaitan dengan 1MDB.

Tindakan itu diambil mengikut Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan (AMLA) berikutan SPRM percaya wang berkenaan dipindahkan daripada akaun bank Najib.

https://www.malaysiakini.com/news/499675?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR0UasCvC4TCICb5kWQ4eWJRaC1ScANLDhtTOnIfaGh71VEvUxnliqDWqZw

ROS teliti memorandum desak haramkan UMNO

TIMBALAN Ketua Setiausaha (Dasar dan Kawalan) Kementerian Dalam Negeri Datuk Wan Ahmad Dahlan Ab. Aziz (dua, kiri) bersama Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia Masyati Abang Ibrahim (kiri) melepaskan para peserta konvoi sempena Majlis Pelancaran Jelajah Hiper 2019 di Kementerian Dalam Negeri. – Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) sedang meneliti memorandum yang mendesak supaya UMNO diharamkan kerana didakwa menerima wang daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Ketua Pengarahnya, Masyati Abang Ibrahim, berkata pihaknya sudah menerima memorandum berkenaan termasuk yang diserahkan kepada ROS di beberapa negeri termasuk Kelantan, Perak dan Perlis.

Katanya, penelitian terhadap memorandum dan dokumentasi berkenaan akan dibuat berdasarkan peruntukan serta bidang kuasa yang termaktub di bawah Akta Pertubuhan 1966 dan Peraturan Pertubuhan 1984.

“Kita sudah melihat senarai dikeluarkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), iaitu termasuk individu, persatuan yang berdaftar serta parti politik. Dari segi parti politik, kita ada menerima beberapa memorandum desakan untuk menyatakan apa tindakan selepas SPRM mengeluarkan senarai terbabit.

“Tindakan kita ketika ini ialah meneliti memorandum berkenaan mengikut bidang kuasa yang diberikan, tidak lebih dari itu. Buat masa ini, kita tidak akan menyatakan apa-apa kerana perkara ini turut berada (dibicarakan) di mahkamah.

“Tiada tempoh masa ditetapkan untuk proses penelitian kerana (kemungkinan) ada lagi perkara (lain) dari masa ke semasa,” katanya kepada media selepas menghadiri Majlis Pelancaran Jelajah Himpunan Sinergi Pertubuhan Kebangsaan Tahun 2019 (HiPER’19), di sini hari ini.

Ketika ditanya sekiranya ada kemungkinan UMNO akan diharamkan, Masyati berkata terdapat pelbagai proses yang perlu dilalui sebelum sesebuah parti itu diharamkan.

“Kita tidak boleh kata ia akan diharamkan atau sebaliknya, kerana kita dalam proses meneliti dahulu. Banyak proses yang kita akan lihat, sekiranya ada yang tidak mematuhi akta di bawah bidang kuasa kita, kita akan maklumkan.

Isnin lalu, Pemuda Pakatan Harapan (PH) menghantar memorandum kepada ROS bagi menggesa tindakan keras dikenakan ke atas UMNO yang didakwa menerima dana berjumlah RM212 juta daripada 1MDB.

Ketua Penerangannya, Ulya Aqamah Husamudin, dilaporkan berkata perbuatan rasuah itu adalah jenayah yang tidak boleh dimaafkan kerana wang 1MDB sepatutnya digunakan untuk pembangunan ekonomi negara bukan untuk kepentingan parti dan kegunaan UMNO.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/06/578624/ros-teliti-memorandum-desak-haramkan-umno?fbclid=IwAR1FaOWyiA-P8D3cJYhhqEZuuRlXoIdQ9dBT_S8GhkYMMYKVhcI9Oenu6DE