Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Muslim Rohingya yang Dikira Tenggelam di Perairan Malaysia Ditemukan Bersembunyi di Semak-semak

Muslim Rohingya yang Dikira Tenggelam di Perairan Malaysia Ditemukan Bersembunyi di Semak-semak

LANGKAWI, MALAYSIA (voa-islam.com) – Duapuluh enam migran Rohingya yang dikhawatirkan tenggelam di Malaysia setelah sebuah kapal yang digunakan untuk menyeberang, ditemukan dalam keadaan hidup, bersembunyi di semak-semak di sebuah pulau, kata seorang pejabat, Senin (27/7/2020).

Pencarian untuk para pengungsi Muslim dari Myanmar itu dilakukan pada akhir pekan setelah seorang migran yang bepergian dengan kapal yang sama berhasil sampai ke pulau dan meningkatkan kewaspadaan.

Dia awalnya mengatakan perahu itu terbalik – tetapi kemudian mengakui itu tidak benar, dan sisanya dari kelompok itu ditemukan Ahad malam, kata kepala penjaga pantai Mohamad Zubil Mat Som kepada AFP.

Semua migran, yang tiba di sebuah pulau kecil di lepas pantai resor Langkawi, telah ditahan dan akan menjalani tes virus Corona, sebelum diserahkan ke otoritas imigrasi, katanya.

Muslim Rohingya yang lolos dari penganiayaan di tanah air mereka di negara bagian Rakhine Myanmar sering melakukan penyeberangan melalui laut ke Malaysia, tetapi pihak berwenang telah berusaha untuk memblokir mereka dari pendaratan dalam beberapa bulan terakhir karena ketakutan penyebaran virus.

Mohamad Zubil mengatakan diyakini bahwa penyelundup manusia telah memindahkan Rohingya dari kapal besar ke kapal penangkap ikan yang lebih kecil sebelum membawa mereka ke darat.

“Kami telah mengidentifikasi penyelundup manusia, yang termasuk seorang lelaki Rohingya. Kami akan segera menangkap mereka,” katanya.

Banyak Muslim Rohingya yang pergi ke Malaysia berangkat dari Bangladesh, tempat ratusan ribu orang mendekam di kamp-kamp pengungsi setelah melarikan diri dari penumpasan militer di Myanmar tiga tahun lalu.

Malaysia yang mayoritas Muslim telah lama menjadi tujuan favorit bagi minoritas, dengan banyak yang bekerja di pekerjaan bergaji rendah mulai dari konstruksi hingga pertanian.

Tetapi pihak berwenang telah berusaha untuk memblokir kapal dari kedatangan sejak awal pandemi, meskipun beberapa telah berhasil mendarat.

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengatakan bahwa negara Asia Tenggara itu tidak lagi dapat mengambil lebih banyak migran Rohingya ketika ekonomi tengah berjuang untuk pulih setelah dikurung secara ketat. (TNA)

 

APAKAH KEZALIMAN KERAJAAN MELAYU/ISLAM RASIS (PN) TERHADAP ROHINGYA SETARAF DENGAN KEJAHATAN YAHUDI DAN AMERIKA TERHADAP UMAT ISLAM ?

60 pelarian Rohingya maut dalam bot ke Malaysia

1 MAZA ROHINGYA

AFP – April 17, 2020 8:37 AM

TEKNAF: Seramai 60 etnik Rohingya maut dalam sebuah bot yang sarat dengan ratusan orang terkandas di Teluk Benggala lebih 2 bulan, kata 2 pelarian terselamat kepada AFP pada Khamis.

Mereka berkata, kapten kapal pukat tunda itu yang membawa lebih 500 lelaki, wanita dan kanak-kanak, turut terbunuh dalam satu pergaduhan dengan pelarian atas bot terbabit.

Hampir sejuta etnik Rohingya tinggal di kem sangat kotor dekat sempadan Bangladesh dan Myanmar, selepas melarikan diri daripada tindakan ketenteraan pada 2017. Ribuan orang cuba melarikan diri ke negara lain dengan bot usang yang sarat dengan penumpang.

Seorang lagi pelarian terselamat, Anwarul Islam berkata, selepas Malaysia dan Thailand menghalang bot itu memasuki perairan mereka, ia kembali ke Bangladesh di mana mereka diselamatkan pengawal pantai pada lewat malam Rabu lalu.
“Terdapat lebih 500 orang dalam bot yang sarat itu. Sekurang-kurangnya 60 daripada kami maut atas bot. Kami mengadakan solat jenazah atas bot dan membuang jenazah mereka ke laut,” katanya melalui telefon kepada AFP.

“Kami tiada makanan, air bersih atau ubat.

“Kapten cuba merogol salah seorang wanita kami dan berlaku pergaduhan,” kata Islam sambil menambah lelaki itu terbunuh dalam pergaduhan dan mayatnya dicampak ke laut.

Kenyataannya disokong Anwar Alam, seorang lagi pelarian terselamat yang berkata, mereka terkandas di laut selama 2 bulan 18 hari.

“Kami memasuki (perairan) Malaysia 3 kali, tetapi mereka tak benarkan. Ramai daripada kami mati dalam keadaan panas dan peluh. Terlalu ramai orang atas bot, kebanyakannya wanita dan kanak-kanak,” kata Alam kepada AFP di tenggara Bangladesh.

“Kapten bot terbunuh dalam pertengkaran antara kami dan kru.”

Kelaparan

Seorang pemimpin komuniti Rohingya di Bangladesh yang enggan dinamakan berkata, 482 orang menaiki bot itu.

Itu bermakna lebih 50 orang mungkin sudah mati.

“Ia membuat beberapa percubaan untuk mendarat di Malaysia, tetapi ditolak. Kami fikir beberapa bot membawa Rohingya masih berada di laut.”

Pengawal pantai Bangladesh berkata, pelarian yang terselamat memaklumkan 32 orang maut atas bot itu yang cuba memasuki Malaysia dan Thailand, serta mayat mereka dibuang ke laut.

Pengawal pantai, Shah Zia Rahman memberitahu AFP hampir 250 wanita dan kanak-kanak antara 400 atau lebih pelarian yang diselamatkan daripada bot itu pada lewat malam Rabu lalu di daerah Cox’s Bazar, tenggara Bangladesh.

“Mereka kelaparan,” katanya.

Agensi pelarian Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu berkata, mereka “terlampau kekurangan zat makanan dan air”.

“Badan mereka sudah menjadi rangka. Ada yang sehingga berjanggut atas bot,” kata ketua polis tempatan, Masud Hossain.

Media Bangladesh memetik seorang penumpang bot itu sebagai berkata, Malaysia tidak membenarkan bot terbabit memasuki perairan negara kerana pandemik Covid-19.

“Kami gagal mendarat di pantai Malaysia selepas beberapa percubaan,” Mohammad Jubayer memberitahu portal berita bdnews24.com.

Ketua Pengarah Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, Mohamad Zubil Mat Som berkata, kawalan di sempadan maritim diperketatkan.

Hanya beberapa penumpang terselamat itu mempunyai kad pelarian daripada kem dan ramai yang menaiki bot terbabit di Arakan, negeri Rakhine di Myanmar, kata pengawal pantai, Hamidul Islam.

Katanya, mereka ditahan kerana memasuki Bangladesh secara haram dan seorang jurucakap PBB mengesahkan kumpulan pelarian itu kemudiannya diserahkan kepada Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR).

Sejak akhir tahun lalu, agensi penguatkuasaan undang-undang Bangladesh menahan kira-kira 1,000 Rohingya di kampung pesisir pantai dan bot yang dalam perjalanan ke Malaysia.

Biraj Patnaik daripada Amnesty International membidas “sikap kerajaan lain tidak bersimpati” dengan penderitaan Rohingya yang melarikan diri daripada “jenayah terhadap kemanusiaan” di Myanmar.

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/04/17/60-pelarian-rohingya-maut-dalam-bot-ke-malaysia/

 

APA MUSLIHAT DI SEBALIK ISU ROHINGYA?

1 TABUNG MEMALI.1 ROHINGYA D.

Berhati hati isu Rohingya
APA MUSLIHAT DI SEBALIK ISU?

Tiba2 isu Rohingya menjadi panas selepas seramai 60 etnik Rohingya maut dlm sebuah bot yg sarat dgn ratusan org yg terkandas di Teluk Benggala lebih 2 bulan. Kejadian itu berlaku selepas Thailand dan Malaysia menolak utk menerima mereka mendarat.

Pada awalnya emosi saya juga hampir terpengaruh dgn isu ini tetapi saya mengambil pendekatan tunggu dan lihat.

Najib dan Hadi Awang 4 tahun lalu berdiri satu pentas dlm himpunan di panggil Himpunan Solidariti Ummah Untuk Rohingya dgn nada keras Najib mengutuk dan akan membela nasib Rohingya, begitu juga Hadi Awang. Berteriak rakyat Rohingya dan penyokong kedua parti. Lihatlah Melayu UMNO dan PAS sebagai pembela Islam.

Yg menghairankan saya kenapa Hadi Awang yg kini bergelar Menteri dan Menteri2 UMNO berdiam diri ke atas isu Rohingya? Dah ada kuasa atau dulu Hadi hanya retorik utk menarik undi Melayu ?

Tak nafikan dalam setandan pisang tak semuanya elok. Memang ada perangai2 buruk dilakukan kaum Rohingya ini. Tapi adilkah ketika ini netizen diusik emosi mereka seolah Rohingya begitu keji sekali berbanding pendatang yg lain?

Tiba2 sejarah Rohingya pengganas muncul. Tiba2 Rohingya dianggap pendatang yg menggugat peluang pekerjaan warga tempatan. Tiba2 Rohingya difitnah mahu mempunyai hak seperti rakyat Malaysia?????? Tiba2 Rohingya dianggap pengotor seolah olah bangsa Bangladesh itu bersih.

Mari kita baca hujahan DS Anwar Ibrahim. Menurut Anwar Ibrahim ada 6.7 juta pekerja asing di Malaysia, yakni 40% dari tenaga kerja Malaysia. Mereka terdiri……

a) 2.7 juta yg ada permit yg sah (pekerja asing yg sah)

b) 4 juta yg tiada permit (PATI – pekerja asing yg tidak sah)

Perlu dijelaskan di Malaysia ada 60,000 orang pelarian Rohingya di Malaysia yg berdaftar dgn UNHCR. Mereka bukan tenaga kerja di Malaysia. Mereka tak dibenarkan bekerja di Malaysia secara rasmi. Kebanyakannya bekerja sendiri. Maka mereka tidak pernah membolot peluang pekerjaan utk orang Melayu.

YANG BOLOT PELUANG PEKERJAAN DARI ORANG MELAYU IALAH WARGA INDONESIA DAN BANGLADESH.

SOALNYA MENGAPA PANIK DENGAN 60 RIBU ROHINGYA…

PADAHAL YG PATUTNYA – IALAH PANIK DENGAN 6.7 JUTA INDON & BANGLA – MEREKA INILAH YG SEBABKAN MELAYU MENGANGGUR DAN MEREMPIT !

BANYAK WARGA INDON DAH DAPAT KERAKYATAN MALAYSIA

MAKA JANGAN PANIK.. NANTI KENA PENDEMIK DALAM OTAK!

Apa yg dikatakan oleh DS Anwar ada kebenarannya dan perlu kita fikirkan. Mengapa rakyat difokuskan oleh media ke arah isu Rohingya?

Lebih pelik video yg memaparkan ucapan Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (Merhrom) Zafar Ahmad Abdul Ghani telah dibuat subtitles yg kononnya dia meminta hak sama rata, kerakyatan dan mengatakan Melayu bodoh ( berlainan dari ucapannya )?

Malah ada suara penyamaran kononnya org Rohingya menghina Melayu tersebar di Whatsapp. Tak cukup dgn itu Rohingya dituduh sebagai pembawa Covid-19. Sdgkan fakta dari jumlah pesakit bukan begitu.

Atas dasar itu kita kena berhati hati atas isu Rohingya yg saya anggap sedikit complicated. Kita memahami kita tidak boleh menerima kehadiran mereka dlm jumlah yg begitu ramai tetapi mengapa ada agenda memburuk burukkan Rohingya.

Mengapa Rohingya sahaja dianggap ancaman bukannya kpd warga Indonesia dan Bangladesh yg memonopoli pekerjaan rakyat tempatan?

Sedangkan warga Bangladesh menguasai pekerja di kedai2 minyak, Pasaraya, Kedai Serbaneka, hotel 1/2/3 bintang, pengawal keselamatan dan bermacam macam lagi di KL. Dulu semua pekerjaan itu dimiliki anak muda Melayu.

Adakah ada agenda utk menghalalkan kemasukkan warga Bangladesh ke negara ini dlm jumlah yg begitu ramai? Kita kena tunggu dan lihat sebelum emosi kita dipengaruhi oleh pihak2 tertentu. Atau adakah ada isu lain yg cuba dialihkan?

Kita sebagai rakyat atau netizen berhati hati menulis dlm isu Rohingya. Lagi pun kita bukan seperti lembu yg dicucuk hidung kan….👍 Fikir di luar kotak.

Cukuplah emosi anti Cina Dap itu telah merosakkan minda kita. Cukuplah kita melihat perangai busuk hati agamawan. Enough is enough…. kita mesti menjadi masyarakat yg berfikir dan tidak mudah dibuli

Kita sudah jadi mangsa emosi Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun… cukuplah minda kita dibodohkan begitu sekali…rajinlah membaca dan rajin berfikir… Never trust anyone who has not brought a book with them🤣

SUDAH LAMA UMNOPAS MENGGUNA NAMA PELARIAN ROHINGYA UNTUK MENGUMPUL DANA DEMI KEPENTINGAN PARTI, APAKAH DANA DARI QATAR DAN LAIN-LAIN DANA UNTUK ROHINGYA UMNOPAS TELAH TUNAIKAN DENGAN BAIK, KALAU TABUNG SYUHADA’ MEMALI PUN, BOLEH DISALAHGUNAKAN OLEH PAS ?

 

 

Pihak polis sedang menyiasat hantaran media sosial berkaitan isu Rohingya – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

1 MUR1 ROHINGYA D.1 ROHINGYA C

Rakyat diminta bertenang, hantaran media sosial membenci pelarian Rohingya disiasat

Rakyat diminta bertenang, hantaran media sosial membenci pelarian Rohingya disiasat

Oleh MALAYSIA DATELINEApril 27, 2020 4:16 pm

Kerajaan menasihatkan supaya rakyat Malaysia bertenang dan tidak menimbulkan isu-isu yang membangkitkan kemarahan sehingga boleh mencetuskan perkara yang tidak diingini ekoran isu pelarian Rohingya.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, pihak polis sedang menyiasat segala bentuk hantaran media sosial berkaitan cubaan masuk etnik tertindas tersebut ke negara ini.

Menurutnya, polis sedang menyiasat audio, video dan berita terbabit yang tular di media sosial baru-baru ini sehingga mencetuskan sentimen kebencian dalam masyarakat.
“Malaysia adalah sebuah negara aman dan kita terkenal dengan negara sangat bertimbang rasa oleh sesiapa saja yang ada di bumi Malaysia ini.
“Jadi saya harap kita bertenang dan kita beri peluang kepada pihak polis untuk menyiasat perkara-perkara yang ditimbulkan. Insyaallah polis akan siasat semua perkara yang ditimbulkan di dalam media sosial, YouTube dan sebagainya,” jelasnya.
Beliau berkata demikian dalam sidang media harian di Putrajaya hari ini apabila diminta mengulas bagaimana pihak keselamatan mengendalikan sentimen antipelarian Rohingya supaya tidak mengundang keganasan.

Ismail Sabri turut menyuarakan kehairanannya mengapa isu kedatangan Rohingya secara tiba-tiba meletus memandangkan rata-rata rakyat Malaysia bersimpati dengan nasib dialami mereka sebelum ini termasuk dibakar hidup-hidup dan dibunuh dengan kejam.
“Semua berita itu menyebabkan kita sebagai sebuah negara menerima mereka waktu itu dan tak ada isu pun.
“Tapi akhir-akhir ini tiba-tiba isu ini menjadi besar dan ini juga menghairankan pihak berkuasa.
“Pihak polis terutamanya kerana akhir-akhir ini terlalu banyak berita-berita melalui media sosial, video misalnya dikeluarkan yang menimbulkan kemarahan rakyat kepada mereka,” ujarnya.

Sehubungan itu, pihak polis, ujarnya, sedang menyiasat hal tersebut memandangkan ada dakwaan menyatakan sesetengah video dan audio itu adalah palsu.
“Walau bagaimanapun tiada sesiapa pun boleh menentukan kesahihan palsu atau tidak kecuali pihak polis,” tambahnya lagi.
Tidak terkecuali
Pemerhatian Malaysia Dateline mendapati reaksi kemarahan sebahagian besar rakyat berhubung isu pelarian Rohingya begitu ketara apabila aktivis warganegara Malaysia turut menjadi sasaran kebencian mereka.
Duta Malaysia Majlis Rohingya Eropah (ERC), Tengku Emma Zuriana Tengku Azmi antaranya bukan sahaja digelar pengkhianat negara bahkan dilihat berdepan dengan buli siber yang turut mengancam keselamatan ahli keluarganya.

Selain gambar lengkap dengan kenyataan palsu, data peribadi berkaitan saman nombor plat kereta serta nombor kad pengenalan beliau dikongsi sejumlah individu dan pentadbir kumpulan Facebook tidak bertanggungjawab termasuk membuat semakan status Bantuan Prihatin Nasional.
Tiga laman kumpulan Facebook (FB) yang telah dikenal pasti menceroboh keselamatan privasi Tengku Emma Zuriana serta menggalakkan serangan netizen terhadapnya adalah “32 Juta Rakyat Malaysia Tolak Rohingya” (29,809 pengikut); Bersatu.Tv (7,597), dan Bersatutv (104,000).
Laman kumpulan FB Bersatu.Tv dan Bersatutv difahamkan media rasmi milik Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).
Turut menimbulkan kebencian dan kemarahan orang ramai terhadap aktivis tersebut secara peribadi adalah pemilik akaun FB Web Schneider dengan 3,402 rakan dan Ammar Daniel yang menyembuntikan jumlah rakan.
Tidak terkecuali menjadi serangan orang ramai adalah pemimpin parti politik sama ada di pihak Perikatan Nasional (PN) lebih-lebih lagi Pakatan Harapan (PH).
Paling teruk diserang Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan pendiriannya dalam Tazkirah Nuril Anwar semalam serta Pengarah Komunikasi AMANAH, Khalid Samad merangkap Ahli Parlimen Shah Alam melalui siri ciap di Twitter beliau.
Malah, Ahli Jawatankuasa Pusat Pas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz yang antara lain menasihatkan orang Islam sepatutnya menyatakan rasa bersyukur dengan membantu umat yang tertindas serta berfikir untuk menyelesaikan isu bukannya menghamburkan kebencian dan dendam turut mendapat serangan netizen.

Minta maaf Malaysia, Zafar Ahmed bukan pemimpin kami – Komuniti Rohingya

 

Minta maaf Malaysia, Zafar Ahmed bukan pemimpin kami - Komuniti Rohingya

KUALA LUMPUR: Beberapa persatuan dari komuniti Rohingya di negara ini memohon maaf kepada kerajaan persekutuan serta seluruh rakyat Malaysia atas beberapa kenyataan individu bernama Zafar Ahmed Abdul Ghani yang dilihat menimbulkan kemarahan beberapa pihak.

Dalam satu kenyataan bersama, 17 persatuan Rohingya dari pelbagai negara hari ini menegaskan, Zafar Ahmed tidak pernah dipilih mewakili komuniti itu, serta tiada hak untuk membuat kenyataan mengenai kaum Rohingya di Malaysia.

“Dia telah diguna oleh musuh kami di Malaysia dan di Myanmar untuk mencemarkan imej kami, serta mengganggu penempatan aman di Malaysia sementara kami menunggu untuk dibenarkan pulang ke Myanmar atau pergi ke negara lain.

“Malah, amat membingungkan bahawa Zafar Ahmed tidak boleh menulis mahu pun berbicara dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu, atau apa-apa bahasa sekali pun, dengan fasih, tetapi dia mampu membuat kenyataan yang tidak berpatutan, sekali gus merisikokan penempatan aman kami di sini,” kata komuniti berkenaan lagi.

Baru-baru ini Zafar, yang mendakwa dirinya sebagai Presiden Pertubuhan Hak Asasi Manusia Etnik Rohingya Myanmar Malaysia (MERHROM), dikatakan telah menuntut beberapa perkara dari kerajaan Malaysia seperti peluang pekerjaan, akses kesihatan dan pendidikan.

Namun, beberapa media melaporkan beliau menafikan pernah mengeluarkan kenyataan seperti Melayu bodoh, menuntut hak kerakyatan penuh pelarian Rohingya dan mempertikaikan pihak penguatkuasa Malaysia menolak bot pelarian berkenaan daripada mendarat di negara ini.

Dalam pada itu, komuniti berkenaan berkata, mereka sebulat suara mengecam tindakan Zafar Ahmed yang mengeluarkan kenyataan dari semasa ke semasa.

“Kami merayu kepada pihak berkuasa Malaysia untuk mengambil tindakan tegas ke atasnya, jika tidak, individu ini akan terus mengeluarkan kenyataan yang berisiko tinggi dan boleh membahayakan nasib kaum Rohingya di negara ini.

“Kami juga bersyukur kerana kerajaan Malaysia dan rakyatnya masih membenarkan kami untuk terus tinggal sementara menunggu penempatan di negara ketiga, dan kami memohon kepada semua agar mempunyai belas ehsan kepada nasib kaum Rohingya yang semakin rapuh,” kata mereka lagi.

Kenyataan itu ditandatangani oleh:

1. Arakan Watch (www.arakanwatch.org)
2. Human Rights Association for Rohingya (HURAR)
3. Ethnic Rohingya Committee of Arakan (ERCA)
4. Rohingya Arakanese Refugee Committee (RARC)
5. Rohingya Education And Development Organization (READ)
6. Da’wah & Empowerment Association for Rohingya (DEAR)
7. Rohingya Cooperative Society (RCS)
8. Rohingya Association in Malaysia (RAM)
9. Rohingya Islamic Society in Malaysia (RISM)
10. Rohingya Youth Care (RYC), Malaysia
11. Rohingya Youth Development Forum (RYDF)
12. United Islamic Rohingya Organization for Development (UNROD)
13. Women for Rohingya (W4R)
14. Rohingya Islamic Center (RIC)
15. Australian Burmese Rohingya Association (ABRA)
16. Arakan Rohingya Youth Association (ARYA)
17. Rohingya Writers Network

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/minta-maaf-malaysia-zafar-ahmed-bukan-pemimpin-kami-komuniti-rohingya-240213

JANGAN TERLALU RASIS DENGAN ISLAM/MELAYU SEHINGGA KITA KELIRU DALAM ISU MUSLIM ROHINGYA.

1 ROHINGYA 10

SEOLAH ASAP PALSU YANG MENGELIRUKAN KITA DALAM ISU MUSLIM ROHINGYA.

Oleh: Dr Riduan Mohamad Nor

Tanahair ini sentiasa membahang panas dengan pelbagai isu yang menunjal-nunjal nurani kita. Seolah hilang keberkatan dan kemuliaan Ramadhan dilaman jiwa sebahagian umat Islam dinegara ini apabila isu pelarian Rohingya meledak sehingga membakar erti persaudaraan Islam. Segala bahan lama medsos dikitar semula bagi merencah api kebencian kepada pelarian Rohingya, bertimbun konotasi negatif dibalut pada kelompok pelarian ini . Pengotor, pemalas, kaduk naik junjung, pembelit, penipu dan seribu gelaran jelik sehingga kita terlupa sedang memasuki bulan rahmat dan bulan pengampunan.

Segalanya berakar daripada radius kurang daripada lima kilometer daripada pasar borong Selayang, pusat tumpuan masyarakat Myanmar meraih rezeki dan dikatakan bersikap ” besar kepala” . Bersambung dengan apa yang diviralkan tuntutan rakyat Rohingya untuk mendapatkan hak dinegara “semenanjung emas ” maka sebahagian kita seolah hilang kewarasan. Bahkan tanpa pemerincian , siapa sahaja terkait dengan Mynmar dikira sebagai Rohingya, bergentayangan maklumat salah dan separuh benar yang ditelan oleh masyafakat kita. Seorang pegawai tinggi tentera kelmarin menafikan bahawa dia menulis naratif sejarah etnik Rohingya yang menyatakan bangsa ini berasal daripada Bangladesh dan terusir kerana kebobrokan nilai dan sikap.

Ironisnya, kerajaan Islam Arakan atau pemetaan geografi dizaman kontemporari ini dikenali sebagai Rakhine State adalah asalnya sebuah kerajaan Islam yang berdaulat dizaman dahulu. Arakan daripada perkataan arkan ,arkanu atau rukun adalah merujuk kepada rukun Islam. Pada tahun 1913, kerajaan Islam Arakan pernah menghantar bantuan kewangan kepada khilafah Uthmaniah yang sedang berperang di Balkan. Kelicikan British memasukkan wilayah ini kedalam Burma sehinggalah Burma yang dimerdekakan pada tahun 1948. Bermulalah pemencilan kepada muslim Rohingya di Arakan dengan sejarah penindasan yang lebih daripada tujuh dekad.

Penghapusan etnik Rohingya berjalan dengan sistematik , bangsa ini dibodohkan dengan cara dinafikan hak untuk mendapat pendidikan . Mereka hanya meminta hak mereka sebagai manusia ,bahkan mereka hilang hak sebagai warganegara Mynmar. Jutaan etnik Rohingya melarikan diri termasuk ke Malaysia yang dipercayai mereka saudara muslim mereka. Hampir dua juta berkampong di wilayah Cox Bazaar di bangladesh. Mendiami kawasan padat dan kotor di Kem Khutuphalong, thangkhali,Bhakupali, Teknaf dan sekitarnya.

Nasib mereka kurang baik kerana berjiran dengan negara miskin Bangladesh dengan populasi lebih 160 juta penduduk. Dinegara miskin itulah nasib tuah badan mereka menumpang, ada yang mengambil risiko menaiki bot untuk melarikan diri ke negara lain akhirnya berbulan dilambung samudera Laut Andaman. Kematian mengintai mereka sehingga ada kalangan kita dengan mudah melayangkan amarah ” elok sangat Rohingya mati dibunuh tentera Mynmar, bagus mereka mati sahaja kelaparan ditengah lautan” dan pelbagai lagi bahasa kecaman bersalut api kebencian. Saya terlibat secara langsung dilapangan operasinal membantu muslim tertindas ini bersama NGO Muslim care Malaysia, pernah ke Mynmar, Bangladesh, Acheh Utara menyantuni mereka dan sejujurnya inilah pelarian paling malang dalam sejarah dunia!.

Saya mengesyaki ada sesuatu yang cuba dipesongkan perhatian kita semua dalam isu Muslim rohingya ini. Dalam tirai yang berlapis-lapis, rakyat seolah tidak menyedari apabila isu kerakyatan mula timbul pada apungan apabila orang kuat Jabatan Pendaftran Negara ditahan pihak keselamatan kerana sindiket menjual kad pengenalan.

Ironinya pula , semasa medsos menggelegak dengan ribuan warga Tanah besar China tidak keluar daripada Malaysia, seolah rakyat dipalingkan agar terlupa pada pangkal isu yang sebenar. Asap palsu mula direkayasa , rakyat tidak lagi bercakap isu lambakan pelancong asing yang tidak muncul setelah tamat tempoh visa. Puluhan ribu pelancong daripada Tanah Besar China ‘menghilang’ dengan visa sementara mereka. Rakyat sepatutnya wajar untuk bertanya dan perlu tahu apa yang terjadi kepada warga asing ini, apatah lagi permohonan menjadi warga negara Malaysia meningkat dengan mendadak dizaman kerajaan PH dalam tempoh 22 bulan. Jangan kita lupa ,dizaman kerajaan PH pula mengumumkan 22 billion ringgit nilai rumah mewah tidak terjual dan alan dibuka belian kepada warga asing. Ini semua menimbulkan kesangsian rakyat terutama warga Bumiputera yang sebahagian masih lagi berada dalam lingkaran ganas kemiskinan. Kluster kayangan warga asing ini masuk dengan berkepuk wang tidak sebagaimana etnik Rohingya yang papa dan tanpa pendidikan asas.

Rakyat wajar merasa bimbang dengan Teori konspirasi bidak catur musuh Islam untuk membawa masuk bangsa- bangsa luar demi mengucar-kacirkan sosiobudaya negara ini yang dilihat mempunyai peranan dalam komuniti dunia Islam. Dunia Islam tidak lagi memandang negara Arab sebagai sumber rujukan politik dan kebaikan. Negara bukan Arab seperti Turki dan Malaysia diintai sebagai kuasa semak dan imbang dalam komuniti Islam antarabangsa. Malangnya bacaan sosio politik kita amat lemah dan mudah terpancing dengan emosi sehingga menghujam semahunya saudara Islam kita. Saya tidak menafikan etnik ini juga mempunyai tampang negatif dan sisi gelapnya ,namun berpada-padalah kita dalam menghukum . RBA memancing kita agar saling bermusuhan dan membenci sesama muslim sehingga melupakan isu pokok yang sebenar.

Di wilayah Asia Tenggara ini, hanya negara Malaysia, Indonesia dan Brunei sahaja mempunyai majoriti umat Islam, kaum peribumi masih teguh memegang akidah Islam walau digoda untuk murtad. Tanah Jawi ini sepanjang sejarahnya diidamkan oleh bangsa-bangsa asing , kerajaan mestilah tegas dalam isu lambakan warga asing,mengadakan pemutihan kewarganegaraan serta menghukum pengkhianat negara yang terlibat dengan isu sindiket penjualan kad pengenalan sehingga nilainya ratusan ribu ringgit. Ubatlah sebelum negara ini berantakan !.

( Penulis ialah Aktivis bantuan Kemanusiaan Muslim Care Malaysia, Pengerusi LESTARI)

Kebanyakan Pekerja Asing juga Frontliner, Mengapa Mereka Di Hina ?

1 ROHINGYA C

Kebanyakan Pekerja Asing juga Frontliner, Mengapa Mereka Di Hina ?

Malu aku membaca kebanyakan reaksi rakyat Malaysia, apalagi ianya datang dari kalangan orang agama, sebagai muslim sejak PKPD di Selangor Mansion dan Masjid India melibatkan warga Asing.. yang terbaru melibatkan isu Rohingya..membaca reaksi mereka..sedih aku baca…

Pelbagai penghinaan yang ditulis, Bangsa tak guna, Pemalas, Pengotor, halau mereka balik ke negara mereka..Seolah olah mereka ini sama taraf dengan haiwan atau hamba abdi..Sedangkan kebanyakan mereka alah saudara sesama muslim..

kalau nak cari sifat2 jahat tu..tak kurang nya ada pada rakyat kita sendiri,, yang duduk dalam timbunan sampah di Kedah tu bukan rohingya, tapi bangsa Melayu..kalau begitu Ashabiyah nya kita , tidak ada bezanya kita dengan Trump dan sentimen white supremacy nya..

Begitu tebalnya semangat Ashabiyah,racistnya sebahagian rakyat kita.. Kita boleh kritik atas kelemahan Kerajaan mengawal mereka.. atau sikap sebahagian dari mereka..tetapi tak perlu sampai menghina dan membawa sentimen kebencian kepada mereka..mereka juga manusia..

Di Singapura, Sejak kes COVID-19 melonjak naik disebabkan kes melibatkan pekerja asing di Dormitori mereka.. Rakyat Singapura ramai dari kalangan mereka yang bersimpati berlumba lumba memberikan sumbangan , menghantar makanan menghargai khidmat mereka dalam ekonomi.. Mereka tak salahkan warga dan pekerja asing biarpun kes COVID di Singapore 90% darinya datang dari asrama pekerja asing..

Kelmarin bila mendengar ucapan PM Singapura, Hsien Long.. Aku rasa malu.. Bagaimana sifat sebagai muslim tidak ada dan hilang dari orang muslim sendiri.. apa kata Hsien Long dalam ucapannya yang disiarkan secara langsung ?

” kami harus menjaga pekerja asing.. seperti mana kami menjaga warga Singapura.. Kami akan menjaga kesihatan dan mata pencarian mereka..ini adalah tanggung jawab dan kewajipan kami..”..

Tidakkah kita sebagai muslim rasa malu.. mana nilai dan sifat insani dan kemanusiaan kita ? Sebagaimana kita tidak layak menghina kelompok tabligh..Begitu juga kepada warga asing…mahupun pekerja asing..

Sebenarnya kalau kita faham, sebahagian mereka inilah frontliner bagi negara kita.. ada diantara mereka yang terlibat dalam sektor pembinaan dan perladangan.. , Perkhidmatan pembersihan dan pembentungan..dan pelbagai aktiviti Ekonomi.. Kalau takda pekerja asing ini rasanya ekonomi kita akan lumpuh..

Lihatlah di pasaraya, Hospital, Sektor Pembinaan, Kilang kebanyakan yang terlibat adalah pekerja asing..Apakah kita ingat sektor ini mampu diisi oleh rakyat tempatan.. Apa yang jadi masalah dalam negara kita, Bila selama ini pekerja asing dieksploitasi oleh majikan,Kapitalis hatta orang orang Politik..

Sampaikan ada pertuduhan melibatkan akses pekerja asing ini ,Syarikat yang membekalkan mereka ini dikuasai oleh adik beradik menteri.. sebenarnya inilah contoh perdagangan manusia yang dilakukan secara legal melalui jalan jalan Politik..Mereka kaya kerana mempunyai akses kepada Kerajaan dan orang orang Politik.. hatta yang membekalkan mereka ini dengan kerakyatan dan IC bukan kah kerja orang kita sendiri ?

Kenapa Singapura mampu mengatur, dan menyusun penempatan warga asing mereka secara sistematik.. kenapa tidak kita.. ? Sebab ramai dari kalangan pemimpin Politik..mereka hanya bersandiwara.. Kononnya nak tunjuk jaguh membela sesama Islam..hakikatnya.. hanya bertujuan mencari keuntungan Politik..

Soal penguasaan warga asing dalam Ekonomi bukan perkara baru..begitu juga jenayah..bukan hanya melibatkan warga Rohingya..hatta kalau kita lihat bagaimana warga India, Bangladesh dan Indonesia selama ini bermaharaja lela..

Cukuplah kita lihat kedai2 Acheh dan sekitar Chow kit.. Sebab apa ini berlaku ? Sebabnya pentadbiran negara kita dipenuhi dengan rasuah dan salahguna kuasa.. mereka ini tak mampu untuk datang, berniaga..kalau tidak ada warga tempatan yg khianat, yang menjual lesen dan permit untuk mereka…Hari ini bagi menutup salah laku, dan dosa dosa silam mereka, mereka mengajak kita utuk turut sama memainkan politik kebencian..

yang menyebabkan banyak hak Melayu tergadai kepada warga asing.. adalah kerja mereka.. itulah yang mereka lakukan sekian lama dalam Politik.. Segala Dosa Dosa UMNO gadai tanah dan hak Melayu dan Islam..akhirnya mereka cuba salahkan DAP.. 🙂

Ipohmali

Rohingya: Apabila meminta hak menjadi manusia bertukar kepada sentimen kebencian

1 ROHINGYA 10

JADI, apa yang baharu tentang Rohingya? Bukan baharu lagi kalau isu tentang ini didebat seputar penindasan, mangsa keganasan atau dilabel yang hodoh-hodoh sahaja. Oh ya, baru saya teringat, sejak beberapa minggu ini, begitu rancak perbualan dan perbincangan di platform dan akaun media sosial saya tentang etnik digelar makhluk paling malang sekali di dunia oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ini.

Ini baharu : Bahawa, rancaknya mereka- lebih tepat kalau disebut netizen, mereka berkicau tentang Rohingya, mengenai asal-usul mereka, hal berkaitan sejarah dan kaitkan pula dengan faktor sebenar kedatangan mereka ke negara jiran, sehingga mendapat berjuta-juta balasan.

Ada juga, dan ini juga baharu : Status yang melewati di paparan Facebook, menuduh saya rasis, tidak patriotik, menyebelahi satu pihak dan mendakwa saya membisu sebagai pengkaji Rohingya.

Maka, tulisan ini dibawa dan saya mahukan ia berdiri dengan adil dalam maknanya, iaitu meletakkan sesuatu di tempatnya. Tempat di sini dirujuk kepada saya, warga tempatan serta sebagai pengkaji budaya dan sosiologi Rohingya dan Rohingya, etnik tertindas sebagai pemegang status pelarian.

Sambil menulis sebagai reaksi kepada pemerhatian dua tiga minggu ini, pandangan ini dihasilkan dengan penuh hati-hati, sangat tertib – bukan kicauan balas yang bergerak kerana emosi turun naik disebabkan perkembangan tertentu, tetapi digerakkan berdasarkan kepada fakta, etika dan data, medan yang barangkali tidak digunakan, atau setidak-tidaknya dilupakan oleh netizen semasa membahaskan perkara ini.

Tetapi, kicauan itu juga tidak baharu bukan? Tanya salah seorang sahabat alam maya saya, dihantar satu mesej secara peribadi. Ya, jawab saya, sebelum kemudiannya menyambung, ini, pada hemat saya, propaganda terancang menjadikan Rohingya alat menyemai kebencian atas kepentingan pihak tertentu.

Untuk tulisan ini, saya mahu mulakan dengan fakta. Ketika ketakutan akibat dan kesan COVID-19, dengan mata jadi cemas memerhatikan dompet dan poket makin menipis, angka-angka momok pula meningkat catat pesakit positif dijangkiti, gelisah dihimpit kematian makin menjadi-jadi, berlegar-legar di media sosial mendakwa mereka penyebar virus halimunan ini. Maka ekonomi perut, lekas memberi reaksi.

Dalam kita hampir sahaja menyerah dan meniti hari melelahkan, cukup mudah untuk mencari sesiapa sahaja boleh dijadikan bahan. Nah, di sini, kita seolah-olah terlupa siapa dan bagaimana. Contohnya, kita pernah “mengiyakan” Rohingya ialah pelarian, kita bantu mereka atas dasar kemanusiaan. Ketika itu, kempen menyantuni mereka cukup semarak. Kalau kita belum lupa, pemimpin negara juga pernah hadir dalam satu rapat umum untuk solidariti kepada etnik ini. Tetapi apa sudah jadi sekarang? Sejarah mereka (yang belum tentu ada benarnya) digali semula, mencurah-curah mendakwa mereka bangsa yang zalim, maka jangan kita terima mereka, sudah diberi betis mahu peha, ini sikap tidak tahu diuntung.

Begini. Saya faham dan difahamkan, kemarahan dan kebencian ini bertitik-tolak kepada insiden di mana mereka ditahan di perairan masuk ke Malaysia dan dikhuatiri membawa jangkitan. Kemudian rasa tidak puas hati ini bertukar marah pula apabila mereka dikatakan enggan disaring, langgar Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD). Ia kemudian dibawa ke medan media sosial. Dapat difahami, daripada tidak puas hati bertukar marah dan menjadi benci pula kalau perbincangan beralih arah. Diburukkan dengan satu tuntutan”tidak berterima kasih sifatnya” oleh individu dikatakan pemimpin persatuan Rohingya, media makin rancak membincangkan isu ini. Semua elemen, tidak puas hati ada, marah dan benci sahaja – “notoRohingya” menyusuli perbincangan yang tersedia.

Kepada dakwaan-dakwaan ini, saya mahu katakan begini. Mereka ini Rohingya, bukan Muslim Myanmar atau Bangladesh. Mereka ini tiada pasport atau dokumen, hanya ada kad UNHCR. Mereka ini pelarian, mudah dimanipulasi, tidak mendominasi perniagaan tempatan. Mereka menunggu untuk dibantu, makan minum dan menyara keluarga. Kalau ada yang mendakwa “mereka semua” kini sudah begitu melampau, mungkin ia didorong membuat kenyataan secara “pukul rata” menyamakan Rohingya dan Muslim Myanmar dan juga Bengali dari Bangladesh.

Apa yang saya belajar dan kaji, juga hasil pembacaan ratusan buah buku, tiga kelompok ini adalah etnik yang berasingan, lalu menerima nasib berbeza walaupun menumpang di tanah yang sama. Ambil contoh di Pasar Borong Selayang, berdasarkan kajian untuk tesis Ph.D saya, “The Myanmar Rohingyas, Challenges Faced by “refugee” Community in Malaysia”, kebanyakan peniaga adalah Muslim Myanmar, dan bukan Rohingya.

Semua pemilik perniagaan asing adalah milik Muslim Myanmar (ada juga bukan Muslim) dan mereka bukan pelarian, memiliki pasport, justeru senang bawa masuk barang dari Myanmar dan kemudiannya berjual beli di negara ini.

Kebanyakan yang bekerja dengan mereka ini adalah dari Bangladesh dan Rohingya sekadar pekerja bawahan bergaji cukup makan. Namun, barangkali kerana rasa tidak puas hati, kita jadi tersalah marah dan mungkin juga buruk sangka.

Di Indonesia bezanya, hampir tiada lagi pelarian Rohingya disebabkan mereka semua sudah ditempatkan ke negara ketiga termasuk Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Sweden. Kalaupun ada, mereka di tempatkan di pusat penempatan, tidak berselerak seperti di Malaysia. Di Malaysia, data menunjukkan, sudah beberapa ribu pelarian juga ditempatkan di negara ketiga tetapi prosesnya amat perlahan.

Pelarian Rohingya berhak dapat perlindungan di Malaysia kerana mereka lari dari penghapusan etnik oleh tentera Myanmar.

Sebab itu, atas patuh kepada undang-undang antarabangsa, Malaysia benarkan mereka tinggal di Malaysia sehingga keadaan selamat untuk mereka pulang ke negara asal. Jadi, apa isunya? Kalau itu faktanya, mereka yang marah-marah sehingga ada petisyen “katakan tidak kepada Rohingya”, sudah kenapa?

Dalam hal ini, saya juga mahu senada dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang mengakui cara tangani isu etnik tertindas ini perlu bijak selain beliau melihatnya lebih kepada situasi yang berlaku di Malaysia kerana ketika ini seluruh dunia menghadapi kesukaran untuk berada dalam keadaan stabil ketika berhadapan dengan COVID-19.

Kemudian saya mahu menyentuh mengenai etika dan manusiawi. Begini : Kalau Rohingya beragama Buddha, maka tiada sebab mereka perlu dihapuskan atas hujah tidak memberontak di negara sendiri, Myanmar.

Maka Malaysia menjadi destinasi mereka sebab negara kita adalah negara Islam. Ini adalah pendirian Malaysia dan juga pendirian Pertubuhan Negara Islam (OIC), malah, menjadi asas pembelaan terhadap mereka.

Mereka lari dan menjadi pelarian untuk selamatkan nyawa dan aqidah. Mereka, dalam bahasa Arab, adalah kaum Muhajirin dan kita adalah kumpulan Ansor. Di peringkat ini, kita sebagai Ansor wajar menyantuni mereka sebagai kaum Muhajirin.”Inilah sirah paling utama Rasulallah dalam membentuk negara Islam Madinah, sewaktu peristiwa Hijrah.

Kalau itu belum cukup, saya sentuh sedikit mengenai manusiawi. Rakan saya, Aslan ada menulis mengenai sentimen anti-Rohingya ini di FB beliau. Saya petik beliau berkata, “Amat ironi sekali, apabila Aylan Kurdi, anak Syria, mati terdampar  di pantai, kita menangis melolong; tapi kita menolak ratusan pelarian yang kelaparan tiba dengan bot.” Katanya lagi, alangkah tidak manusiawi apabila kita semua seolah-olah bersetuju bahawa permintaan mereka untuk mendapat hak menjadi manusia dikatakan aneh, seolah-olah ketamadunan hilang tamadunnya. Mereka minta diberi kerja, peluang pendidikan dan diterima sebagai manusia – hak untuk semua manusia di dunia ini, tanpa terkecuali pelarian tiada negara seperti Rohingya.

Saya kaitkan apa yang ditulis Aslan itu dengan kenyataan ini. Ketika mana perang terdapat wabak COVID-19 masih belum tentu bila akan berakhir, ada sedikit perkaitan bagaimana wabak ini secara tidak langsung mengangkat semula kepentingan ilmu kemanusian dan sains sosial kepada kemanusian. Perbahasan bukan berlegar tentang sifat ketulenan sains itu, tetapi lebih kepada tentang sikap, perangai, norma, nilai dan budaya sesebuah masyarakat dan ketamadunan.

COVID-19 ini sebenarnya menonjolkan persoalan tentang kepimpinan, struktur dan sistem kerajaan, proses pembuatan dasar dan cabaran penyampaian perkhidmatan. Komunikasi menjadi kunci ketika mana manusia berada dalam kebingungan mencari hala tuju berdepan dengan apa yang mereka tidak pernah alami sebelum ini. Dalam situasi ini, sejarah tetap menjadi pedoman dalam mencari model merencana tindakan. COVID-19 mengajar kita bukan sahaja tentang virus dan perubatan tetapi mengangkat kepentingan pemahaman kita tentang manusia dan kemanusiaan.

Sebagai pengkaji, saya kira tiada yang baharu tentang sentimen anti-Rohingya ini. Ia akan tenggelam, bermusim, sama juga seperti bantuan-bantuan kita berikan kepada pelarian lain, iaitu berebut-rebut beri ketika ramai memberi. Kawalan perasaan bercampur emosi ini juga tidak akan pernah berubah, – ada simpati dan benci – kerana darjah kefahaman kemanusiaan kita turun naik selari dengan perkembangan semasa.

Sebagai manusia, saya beranggapan, apa yang “baru” menimpa Rohingya ini, tidak selari dengan ajaran dan sirah Rasullah, apa lagi ketika umat Islam baru sahaja dalam minggu pertama menyambut Ramadan di mana umat Islam disaran menjadikan bulan penuh berkat ini sebagai madrasah untuk melonjakkan ketaqwaan dan ibadat kepada Allah.

Saya mahu menamatkan tulisan ini dengan memetik kenyatan bahawa, selepas sesuatu kejadian besar, pasti ada perubahan besar. Contohnya, selepas Perang Dunia Pertama, British perlukan lebih banyak pendapatan disebabkan menanggung kerugian yang banyak dalam perang. Apabila peristiwa 13 Mei berlaku, ia menumbangkan pemerintahan Tunku Abdul Rahman dan aspirasi beliau terhadap Malaysia. Tanpa kuasanya, Malaysia jadi berbeza apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) dilaksanakan.

Wabak COVID-19 tentunya ada impak yang akan mengubah negara, yang dinantikan kita semua. Kalau perubahan itu dari sudut sosial dan perhubungan sesama, nampaknya, perubahan adalah berbentuk kepayahan dan kesusahan untuk memecahkan mentaliti penjarakkan sosial dan skeptikal sesama kita. Dan, belum tahu bila akan berakhir sekali pun, isu Rohingya, manusia dan manusiawi, adalah salah satu daripadanya. Ini kerana, ada pihak menjadikannya isu perkauman dan keagamaan walaupun pandemik ini barangkali seputar isu kesihatan global, ilmu sains sosial dan kemanusiaan serta geografi.

http://www.astroawani.com/berita-dunia/rohingya-apabila-meminta-hak-menjadi-manusia-bertukar-kepada-sentimen-kebencian-240120?utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=26042020-rohingya%3A_apabila_meminta_


*Dr Azlinariah Abdullah juga merupakan penulis buku “Air Mata Kesengsaraan Rohingya : Identiti, Pelarian dan Penindasan”.

**Kenyataan di dalam artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan Astro AWANI.

ROHINGYA YANG BAIK

1 ROHINGYA 10

ROHINGYA YANG BAIK

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Ramai duk cherita pasal Rohingya yang hawaq dan menyakitkan hati, meh saya cherita pula Rohingya yang baik yang saya pernah jumpa.

2) Hampir semua Rohingya yang baik yang saya jumpa adalah kaki surau/masjid. Ada yang kerja sebagai tukang rumah, tukang jaga kebun, dan kerja-kerja pembantu yang lain.

3) Baik lelaki, atau perempuan, atau tua, atau muda, semuanya berwatak baik, lemah lembut tutur-kata, jauh sekali untuk buat perangai huduh sebagaimana watak-watak ‘Rohingya’ yang anda sekalian marahkan.

4) Mereka bukan pemalas, bukan pengotor. Mereka rajin dan pembersih. Jika mereka sampai awal di masjid/surau, mereka tolong buang tahi-tahi cicak jika ada. Sentiasa kemas walaupun pakaian mereka agak lusuh mungkin sebab dah lama. Ada yang kepala tak ada rambut, tapi bawa sikat. Rupanya untuk sikat janggut.

5) Mereka rajin solat berjamaah, suka duduk dengar kuliah ustaz mengajar, solat-solat sunat pun kerap buat, tidak miss sedekah dalam tabung masjid setiap hari Jumaat, dan sebagainya.

6) Jarang berbual dengan orang. Tetapi suka layan dengan baik orang yang mahu berbual dengan mereka. Hati mereka pilu dan sedih jika ditanya mengenai kaum keluarga di Myanmar. Ada yang cherita anak dibunuh depan mata. Ada yang menitis air mata.

7) Ada seorang tukang rumah Melayu, memiliki ramai pekerja pada mulanya. Pekerja datang dan pergi. Sehingga ada dua orang Rohingya yang baik bekerja dengannya. Disebabkan rajin dan soleh, dia mengambil mereka sebagai pekerja tetap dan disediakan kepada mereka rumah dan makan minum.

8 ) Tukang rumah itu siap cherita kepada orang, Tuhan beri rezeki kepadanya dapat dua pekerja yang lebih baik daripada 10 pekerja yang dia pernah ada. Datang dengan tidak reti apa pasal pertukangan dan pembinaan, sekarang sudah mahir bermacam perkara.

9) Kebanyakan Rohingya baik yang saya temui, semuanya rajin dan multi-tasking dalam bab kerja-kerja lasak walaupun perwatakan mereka lemah lembut. Jika mereka hadir gotong-royong rumah kenduri, mereka ringan tulang membantu.

10) Mungkin anda yang sangat benci Rohingya, kerana selalu jumpa ‘Rohingya yang hawaq’. Ataupun mungkin anda tersalah identify antara Rohingya dan etnik Myanmar Muslim yang lain yang rupa seakan Rohingya. Atau orang Myanmar non-Muslim yang serupa rupa paras mereka?

11) Ada orang kata, tidak semua Rohingya baik. Orang juga boleh kata tidak semua Rohingya jahat. Jangan tersalah hukum dan generalize semua Rohingya sama. Saya pernah jumpa yang baik-baik, dan pernah jumpa yang hawaq. Yang hawaq ni pintu pagar rumah orang pun dia cabut bawak lari jual. Entah betul ke tak yang hawaq tu ‘Rohingya’.

Sekian

ATM, PDRM dan APMM TELAH MELAKUKAN TERBAIK TERHADAP PELARIAN ROHINGYA.

1 ROHINGYA A

Sentimen Anti-Rohingya semakin meningkat sejak tindakan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menghalau kehadiran bot yang membawa pendatang Rohingya minggu lalu yang cuba menceroboh negara berhampiran Pulau Langkawi.

Ia menjadi panas apabila beberapa pihak menentang tindakan ATM berkenaan dilihat tidak berperikemanusian. ATM menafikan mereka bertindak demikian sebaliknya menyediakan makan dan minum sebelum dihalau keluar dari perairan negara.

Ia menjadikan isu viral apabila rakyat Malaysia rata-ratanya menyokong tindakan ATM sebelum itu mereka berjaya bolos di Pulau Langkawi ketika negara dalam perhatian untuk melawan Virus Covid 19.

ATM bersama Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) dikerah keseluruhan anggota dan aset bagi mengekang kemasukan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) dikhuatiri membawa virus Covid 19

ATM, PDRM dan APMM menghadapi kekangan aset berikutan jumlah aset untuk dikerah beroperasi tidak mencukupi.

Selain itu, negara – negara jiran turut tidak memberikan kerjasama. Ia mendorong memudahkan PATI memasuki negara kita apabila ada Pasukan Keselamatan dan Penguatkuasa negara jiran bersekongkol dengan sindiket PATI.

Beberapa laporan sebelum ini menyebut sindiket PATI memperoleh maklumat keberadaan kapal Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), APMM serta Pasukan Polis Marin (PPM) dari Pasukan Penguatkuasaan dan Keselamatan negara jiran.

Isu Pendatang Rohingya makin panas apabila terdapat beberapa pihak terutama dari orang Rohingya menuntut kelebihan dan kemudahan dari Kerajaan Malaysia.

Ia sekaligus meningkatkan sentimen anti-Rohingya dikalangan rakyat Malaysia. Beberapa pihak tidak bertanggungjawab turut mempermainkan agama menyatakan keperluan menerima mereka di Bumi Malaysia.

Pembongkaran demi Pembongkaran berlaku termasuk klimaks pengumumkan kawasan ke-6 Perintah Kawalan Pergerakan Dipertingkatkan sekitar Pasar Borong Selayang dilihat mereka seperti cuba mencabar kesabaran rakyat Malaysia.

Seperti yang dikatakan sebelum ini, BUKAN TAK NAK TOLONG TAPI ADA BATASNYA, mereka mengunakan Kad UNCHR sebagai lesen besar untuk kebebasan didalam negara.

Menuntut kemudahan kesihatan, pendidikan malah ekonomi dilihat satu permintaan yang melampui bagi seorang yang menumpang di tanah orang.

Sikap tidak mahu berasimilasi dengan penduduk tempatan juga memperlihatkan sentimen anti-Rohingya terus meningkat pada masa akan datang.

Mereka juga bersikap dingin, kotor serta agresif juga memperlihatkan mereka akan terus dipandang negatif oleh masyarakat.

Jika kita terus menerima mereka yang kini meningkat lebih 100,000 orang tidak mustahil menigkat kepada jutaan orang.

Pulau Langkawi yang sebelum ini Pusat Peranginan Bertaraf Antarabangsa bakal berubah menjadi pusat penempatan haram bagi pendatang haram ini.

Sudah pasti kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk menjaga kebajikan mereka ini. Pasti keselamatan kita sebagai rakyat pastinya tidak lagi selamat.

Cox Bazar di Chittagong, Bangladesh yang menjadi penempatan mereka setelah lari dari Myanmar kini menjadi pusat jenayah terbesar di Bangladesh apabila kes penyeludupan tidak kira dadah dan manusia dilakukan disana.

Malah, kegiatan samseng dan gangsterism turut meningkat di penempatan terbabit. Ia menambah pening bagi Pasukan Keselamatan dan Penguatkuasaan Bangladesh.

Selepas habis PKP, diharap kerajaan menilai untuk mempertingkatkan dan mengukuhkan pasukan keselamatan dan penguatkuasaan negara melibatkan memperoleh aset baharu, meningkatkan kemahiran serta teknologi serta menambah anggota.

Pada Rakyat Malaysia terus menyokong Pasukan Keselamatan dan Penguatkuasaan serta pastikan Pendatang asing ini agar mereka sedar ini adalah Malaysia bukan lagi tempat asal mereka.

Jadi Rakyat yang berguna pada negara dan fikir masa depan anak cucu kita. Ini Tanah Kita, Ini Bumi kita bukan hakmilik orang lain.

-MDR-