Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Program Multaqa Ulama Asia Tenggara Bagaikan Tidak Tidak Wujud Dan Tidak Ada Promosi

Image may contain: 5 people, people sitting

YB Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa adalah sahabat ambo dari alam pengajian ketika di Mesir dahulu. Beliau pernah tinggal serumah sekali dengan ambo dan kami sangat rapat bahkan seperti adik beradik.

Tidak ada nilai ukhuwah yang dapat melenturkan hubungan persaudaraan ini kerana Ukhuwah Islamiah ini berpaksikan ketaqwaan kepada Allah.

Kini beliau adalah seorang Menteri Hal Ehwal Agama. Usaha beliau membawa mesej kedamaian dan kesejahteraan sebagai orang yang paling penting berperanan di Malaysia dari sudut hal ehwal agama, akan terus disambut baik.

Matlamat kita jelas untuk memastikan agama di Malaysia dapat diamalkan dengan penuh keharmonian tanpa ada peperangan dan persengketaan.

Islam sebagai agama persekutuan, bebas disebarkan dan disampaikan oleh setiap lapisan masyakat di Malaysia.

Islam yang sebenar perlu difahami oleh umat Islam. Nilai akhlak yang tinggi, dan sikap hormat menghormati haruslah menjadi dasar keperibadian umat Islam di Malaysia.

Alhamdulillah Multaqa Ulama Asia Tenggara kalini, beliau turun sebanyak dua kali. Pertama sebagai perasmi multaqa dan keduanya sebagai tetamu kehormat untuk turut sama meyaksikan pelancaran Multaqa Ulama Sedunia 2020 yang disempurnakan oleh Perdana Menteri Malaysia, YAB Tun Dr Mahathir Mohammad.

Terima kasih atas perhubungan dan sokongan ini sahabatku.

#DrMujahidYusuf
#pasca_muat19