Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Doktor di Amerika buat kajian, cuba buktikan doa boleh sembuh pesakit Covid-19

Doktor berkenaan akan menilai berapa lama pesakit itu memerlukan bantuan ventilator, berapa ramai pula yang mengalami kegagalan organ, seberapa cepat pula pesakit ini akan dibebaskan dari rawatan intensif dan berapa ramai yang akan mati. Sumber (gambar): Harakah Daily

دوكتور د اميريك بوات كاجين، چوبا بوقتيكن دعا بوليه سمبوه ڤساكيت چوۏيد-19

#TTFCovid19: COVID-19 telah menyedarkan kita betapa sesetengah kelompok manusia lebih percaya kepada teori konspirasi daripada doktor dan sains. Manakala sekolompok lagi percaya bahawa hanya doa sahaja kunci kepada permasalahan mereka. Namun doa tanpa usaha, sama dengan anda mengharap laci terbuka tanpa anda berusaha membukanya, ia akan menjadi satu perkara yang sia-sia.

Seorang doktor berketurunan India-Amerika, yang tinggal di Kansas City, Dr. Dhanunjaya Lakkireddy selalu tertanya-tanya apakah doa mampu membuatkan sesuatu perkara itu menjadi berbeza? Dan sekarang, dia sedang sibuk menyiapkan jawapan kepada persoalannya.

Beliau telah memulakan kajian pada 1 Mei lalu dan akan menyelidik manfaat doa bagi kesihatan pesakit COVID-19, lapor National Institutes of Health.

Kajiannya akan bermula dengan membahagikan pesakit kepada dua kumpulan. Kumpulan pertama akan dipilih secara rawak dan akan didoakan dalam lima bentuk agama yang popular iaitu Kristian, Hindu, Islam, Yahudi, dan Buddha. Manakala kumpulan kedua yang terbahagi kepada 500 orang akan membentuk kumpulan kawalan.

 

Doktor di Amerika buat kajian, cuba buktikan doa boleh sembuh pesakit Covid-19

5 org telah di tahan SPRM

1 SKANDAL MAKMAL

1 PN ROMPAK COVID

1 CURI COVID UNTUK BOS

 

1 MCA ANTI HUDUD1 PAS TOLAK HUDUD1 PERBEZAAN PH DAN PN1 PN GADAI NEGARA.1 BODOH MELAYU

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah memanggil beberapa syarikat bagi membantu siasatan berhubung dakwaan mendapat kontrak secara tidak layak bagi menyediakan kelengkapan makmal yang dianggarkan bernilai RM30 juta.

Sumber SPRM berkata, ia turut termasuk sebuah syarikat pembinaan yang didakwa memperolehi projek pembinaan makmal Kementerian Kesihatan.

Menurut sumber itu, siasatan kini terarah kepada proses pelantikan kontraktor bagi setiap perolehan untuk memastikan ianya dilaksanakan tanpa rasuah, salah guna kuasa dan perlu mematuhi undang-undang serta peraturan ditetapkan.

“Tidak ada syarikat yang spesifik tetapi ada beberapa syarikat telah dipanggil untuk membantu siasatan termasuk syarikat pembinaan yang dikatakan memperoleh projek pembinaan makmal,” kata sumber itu kepada Astro AWANI pada Selasa.

 

Sebelum ini media melaporkan SPRM menyiasat sebuah syarikat yang didakwa secara tidak layak mendapat kontrak kelengkapan makmal dianggarkan bernilai RM30 juta.

Dalam pada itu, sumber itu turut mengesahkan tiada tangkapan dibuat ke atas mana-mana pegawai kementerian tersebut sepertimana yang didakwa sesetengah pihak.

“Berita mengenai SRPM telah membuat tangkapan ke atas mana-mana pengawai kementerian adalah tidak benar,” katanya.

Sumber itu bagaimanapun menegaskan, pembelian berbentuk darurat bukan satu syarat untuk sewenang-wenangnya melantik mana-mana kontraktor tanpa garis panduan yang ditetapkan.

“Ia mesti terdiri daripada kontraktor yang mempunyai lesen, kelayakan dan kepakaran dalam bidang tertentu.

“SPRM akan melaksanakan siasatan secara menyeluruh. Kami minta agar hentikan sebarang spekulasi. Jika ada maklumat boleh terus salurkan kepada SPRM,” kata sumber itu lagi.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya ketika dihubungi meminta agar semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi berhubung dakwaan terbabit.

Ini kerana, jelas beliau, sebarang bentuk spekulasi akan menganggu siasatan dan menjatuhkan imej organisasi dan individu yang ditohmah.

“Siasatan sedang dijalankan dan biarlah SPRM menjalankan tanggungjawab,” katanya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/beberapa-syarikat-dipanggil-sprm-berhubung-kontrak-makmal-rm30-juta-241589

Setakat ini 5 org telah di tahan SPRM. Mereka adalah Pegawai Tugas-Tugas Khas 1, YBMK bernama Shukri, SUSK YBMK Sharil Abdullah (Kembar dia Shahar Abdullah- Sekrg Timb Menteri Kewangan) SUB Perolehan KKM En Wan, Timb SUB Perolehan KKM En Fauzi dan seorg kontraktor Ketua Pemuda UMNO Tg Piai En Yusri. Semua mereka ini telah kantoi dan ada transaction duit berjuta. Menteri Kesihatan Adham Baba juga terlibat dan sekrg cuba minta tolong SPRM dan PM utk gugurkan kes.

PAKEJ RANSANGAN KERAJAAN HANYA SIA SIA..

1 PECAH AMANAH1 PN PAU RAKYAT1 PN PAU RAKYAT 2

PAKEJ RANSANGAN KERAJAAN HANYA SIA SIA..

Bila Kerajaan melanjutkan tempoh PKP tanpa melonggarkan aktiviti Ekonomi, Pakej rangsangan yg diumumkan Kerajaan hany lah sia sia.. malah kegelisahan tentang Nasib Ekonomi ini bukan hanya diluahkan Najib Razak.. Tetapi Khalid Nordin semalam..

Meneliti ucapan Muhyidin semalam.. ternyata dia hari ini baru sedar, bahawa dia akan berhadapan dengan krisis besar ekonomi selepas ini..jelas Pakej ransangan yang diumumkan Muhyidin tidak bersasar dan akhirnya menjadi sia sia..kata Muhyidin negara kehilangan RM 2.4 Billion sehari nilai Ekonomi..

Mungkin Menteri Kewangan baru pandai buat unjuran..Dari soal bantuan BPN, Bantuan Prihatin yang ternyata gagal dan tidak bersasar.. Masih ramai yang merungut sehingga hari ini bantuan BPN tidak kunjung tiba.. Mungkin baru sedar unjuran mereka tidak tepat..

Malah ramai kelompok Makcik Kiah yang diilhamkan dari skrip ucapan Muhyidin untuk membeli hati mereka…. hari ini kelompok makcik Kiah dah mula merungut dan membawang.. Mana tidaknya.. RM 1600 yang dianggap mewah menggantikan kehilangan pendapatan Sebulan..rupanya dah jadi 2 Bulan.. maknanya hanya RM800 Sebulan.. lagi teruk ramai makcik2 kiah ini merungut tak dapat meniaga dalam bulan Ramadhan ini..

hatta pakej rangsangan Ekonomi yang dibanggakan bernilai RM 250 Billion jelas petanda resah diwajah Muhyidin semalam.. Dia tahu apa akibat besar yg akan melanda Negara ini selepas tempoh PKP tamat..Dan mungkin Menteri Kewangan juga baru tahu.. Inilah antara sebab terlebih yakin…Apakah mereka akan buat pakej ransangan kedua pulak ?

Umpamanya mudah, Bantuan 3 Bulan subsidi Gaji.. ia hanya kan dapat menampung sebahagian kerugian jika SME menutup operasinya sebulan..bayangkan bila ia berlarutan sehingga 2 Bulan.. Apa yang akan dihadapi kelompok SME ?

Sebagai contoh mudah contoh kedai mikro yang diberikan kerajaan adalah Salon, Salon ada 2 pekerja.. katakanlah 2 pekerja ini gaji mereka setiap mereka adalah RM 1500, ini paling rendah,setaraf pegunting rambut warga India dan Rohingya..

Jika setiap orang bergaji RM 1500 itu disyaratkan memiliki KWSP dan SOCSO, dan disyaratkan gaji dan elaun mereka tidak dipotong dalam tempoh PKP..dah pasti dari jumlah itu RM 300 lagi terpaksa ditanggung majikan, Menjadikan RM 1800.. bila 2 bulan jumlahnya RM 3600.. Dari jumlah itu gantian untuk 3 Bulan 1200 setiap bulan.. subsidi gaji tetap RM 3600..itupun kalau pekerja buat caruman..

Jadi apalagi yang terpaksa ditanggung majikan, Sewa kedai ? Stok barang ? Utliti yang lain selama dua bulan… ini bisnes berkaitan dengan perkhidmatan..bayangkan kalau kedai di yang mempunyai Stok yang mempunyai tarikh luput seperti roti , makanan dan minuman ringan ? maka kesannya lebih teruk..

Dan cuba kita bayangkan bagaimana SME yang lebih besar.. Sebagai contoh Francaise, F&B seperti Secret, tealive yang banyak dipasar pasar raya.. atau rangkaian DIY.. Sewa bulanan di Pasaraya saja paling kurang RM 10 ribu sebulan..hatta Mydin lot kedainya lebih RM 14 ribu sebulan.. Apa akan jadi ?

Jumlah Pasaraya saja dah lebih 1000 buah.. Berapa lot lot kedai yang terlibat ? termasuklah Foodcourt2 mereka…Ini baru contoh kecil.. belum masuk rangkaian kedai mamak..Kalau Syarikat Pembuatan seperti Perabot.. pekilang kecil.. lagi lah teruk..

Ok sementara ni makcik kiah masih boleh seronok..walaupun dah start marah2…jadi dalam kita bakal menghadapi krisis ekonomi yang besar selepas ini, jangan pula lencongkan isu Rohingya dan Pekerja Asing untuk mengalihkan kemarahan rakyat..

Sebab orang khianat mandat rakyat ni..korek lah banyak manapun Duit Kerajaan dan rakyat..Depa akan gagal…Dan sudah terbuktipun, Pakej ransangan Ekonomi yang pertama ternyata gagal..hanya sedap didengar.. 🙂

Ipohmali

Bala terus menimpa kerajaan pintu belakang (PN) Pasca Covid 19.

 

1 MENTERI AGAMA PINTU BELAKANG

Sehebat mana ilmu dan warak seseorang tetapi apabila bersekongkol dengan jemaah perngkhianat pasti akan dibenci oleh Allah SWT. Tambahan pula bersekongkol dengan mereka yang rasis yang menghukum kafir kepada semua musuh politik mereka, pasti semakin jauh dengan agama Allah SWT.

1 EBIT KAFIR1 AMANAT HADI

Menghukumkan mati syahid apabila berperang dengan musuh politik sehingga  terbunuhnya 4 orang anggota Polis dalam peristiwa Memali.

1 KERA SUMBANG 2

Bersekongkol dengan mereka yang lebih bahaya berbanding DAP kerana mencabar Islam Dan Majlis Raja2.

14 KEBIADABAN MCA TERHADAP ISLAM YANG MENJADI KEBANGGAAN PAS & UMNO

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2020/04/22/14-kebiadaban-mca-terhadap-islam-yang-menjadi-kebanggaan-pas-umno/

 

Bagaimana NORMA BAHARU ( New Norm )
SELEPAS WABAK COVID ?

Adakah kita sudah bersedia ?

Apa yang bakal berlaku selepas PKP ?

Tujuan aku tulis ni , Bukanlah untuk Creat Panic . Tapi niat aku adalah untuk semua orang bersedia dengan apa yang bakal kita sama sama tempuhi nanti .

Ramai yang ingat , Selepas sahaja PKP ditamatkan . Kita akan menjalani kehidupan seperti biasa .

Rangkaian covid boleh dihentikan , Tetapi untuk membunuh Virus tersebut adalah sesuatu yang belum diketahui kerana belum ada penawarnya . Jadi , kita masih belum selamat .

Sangkaan itu Mungkin betul , Tapi yang pasti selepas PKP , Kita semua akan menjalani kehidupan dengan New Norm

Kalau perasan sebelum ni , PM awal awal lagi dah sebut , Kita kena biasakan Dengan kehidupan baru Iaitu New Norm .

New Norm ini adalah keadaan dimana kita bakal bebas namun masih dalam keadaan terkawal , ianya Atas risiko masing masing .

Walaupun kes covid dah Zero , Tetapi kemungkinan untuk wujudnya jangkitan wabak semula adalah “ Possible “ Yang akan menyebabkan sporadik iaitu jangkitan baru .

Walaupun kita akan bebas keluar semula .

Tetapi , Ada beberapa syarat yang perlu dipatuhi .

1 ) Masih mengamalkan social distancing pada jarak 1 Meter

2 )Keluar bila memerlukan sahaja . Terus pulang kerumah selepas waktu bekerja

3 )Tidak dibenarkan menghadiri atau mengendali majlis yang melibatkan pengumpulan ramai orang seperti Majlis kahwin , konvensyen dan sebagainya

4 ) Tidak dibenarkan keluar negara untuk beberapa tempoh , sehingga satu dunia bebas dari covid . Bila agaknya satu dunia akan bebas dari covid ? Mungkin mengambil masa 1-2 tahun .

5).Tidak digalakkan untuk bercuti dan belegar di shopping mall , Pawagam mahupun Pasar Borong

6). Sentiasa mengamalkan personal hygiene , Hand sanitization , Menutup bersin dengan siku , Memakai Mask jika perlu .

7).Tidak digalakkan melepak di warung , Kedai mamak dan sebagainya . Tiada lagi tontonan Live bolasepak di premis makanan

Apa yang akan berlaku seterusnya ?

1 – Pemilik Microbisnes juga akan terkesan dengan kerugian . Disebabkan pelanggan hanya keluar untuk membeli makanan bila perlu sahaja .

2- Macrobisnes juga akan terkesan Seperti Kilang pengeluar , Dan mungkin mereka akan kurangkan bebanan dengan mengurangkan jumlah pekerja .

3- Sektor Perhotelan / Resort / Kelab golf / Shopping complex / Taman tema – Tidak akan menerima kunjungan seperti dulu lagi

4- Syarikat penerbangan juga akan terkesan bila mana mereka hanya boleh dibenarkan untuk terbang dalam negara sahaja

5- Syarikat penjualan kereta akan turut terjejas kerana faktor ekonomi pembeli yang terjejas . Siapa yang akan beli kereta dalam keadaan ekonomi tidak stabil ?
Ada ke bank yang sanggup beri hutang dalam keadaan macam ni ?

6- Sektor pakian dan servis kecantikan juga akan terjejas . Pelanggan akan mengutamakan perbelanjaan dapur dari kecantikan

7- Bagaimana dengan sekolah / Kolej dan universiti ? Perkara ini agak rumit untuk dibincangkan kerana ianya mempengaruhi pelbagai aspek yang bakal melanggar syarat sosial distancing . kita tunggu dan lihat apa keputusan yang akan dibuat

8- Syarikat pembekal perubatan akan terus sukses kerana mempunyai demand yang tinggi

9 . Rakyat akan mula berjaga jaga , Dan cuba mengelakkan risiko jangkitan .
Rakyat akan lebih peka dengan personal hygiene .

10 – Oh ya ! Siapa yang mahu beli hartanah dalam keadaan ekonomi yang merosot ?

11- Perniagaan perabot juga akan terkesan . Siapa yang mahukan perabot baru dikala income bulanan tidak menentu?

Dan banyak lagi .

Kesimpulan disini , Selepas tamat waktu PKP , Itu bukan lah titik noktah kerana rawatan utaman untuk covid masih belum lagi ditemui . Oleh itu.. Risiko jangkitan dan kematian masih tinggi .

6 bulan yang akan datang , Adalah tempoh kritikal yang lebih mencabar dimana rakyat perlu bersedia mental dan fizikal untuk mengharungi fasa pemulihan ekonomi .

Saranan

1 Berjimat sebaik mungkin . Apa saja duit simpanan yang ada , Simpanlah selagi boleh .

2- Basuh semula pakian lama , Dan pakai semula . Jangan bazir duit simpanan dengan pakaian yang baru

3- Hidup dalam besederhana

4- Jimatkan pengunaan elektrik dan air

5- Tangguh dahulu plan percutian sehingga income mula stabil

6- Kurangkan kos perbelanjaan makanan Dengan hanya membeli makanan yang perlu sahaja . . Jangan bazirkan duit dengan makanan pesanan yang ditempah diluar Sebaiknya masak dirumah lebih menjimatkan

7 Jangan bazirkan wang dengan gadget elektronik yang tidak diperlukan .

8 Kurangkan pengunaan kenderaan untuk menjimatkan kos tol , kos selenggara dan kos minyak

9 Menumpang dengan ahli keluarga . atau menyewa rumah . Elakkan pembelian hartanah buat masa ini . Loan pun susah lepas , & Belum tentu lagi pekerjaan yang ada akan masih kekal .

Berikut adalah beberapa saranan sahaja , Untuk memastikan kita boleh survive dalam tempoh 6 bulan – 12 bulan akan datang

New Norm adalah kehidupan baharu yang bakal kita tempuhi . Yang pastinya Bukan mudah , Tetapi adalah untuk keselamatan Nyawa Masing Masing

Dan Ingatlah . Untuk tempoh Ini
“ Cash Is King . “

Jimatlah sebaik mungkin .

Apa yang bakal berlaku seterusnya ? Tiada siapa yang tahu

Marilah kita berdoa agar penawar virus ini dapat dijumpai dengan segera , Barulah kita boleh menjana ekonomi kita seperti dulu

Wallahualam