PENGURUSAN TERTINGGI KOPERASI SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD

Image may contain: 3 people

KENYATAAN BAGI PELANTIKAN BARU PENGURUSAN TERTINGGI KOPERASI SAHABAT AMANAH IKHTIAR MALAYSIA BERHAD

Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad telah melantik pengurusan baru bagi menerajui Koperasi bermula Januari 2019.

Encik Mazri Bin Mahmood telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) yang baru bermula dari 17 Januari 2019 bagi menggantikan Dato’ Mohd Syukri Bin Abdul Majid yang telah meletakkan jawatannya pada Januari yang lalu.
Koop Sahabat juga turut melantik Encik Mohd Suhairy Bin Mat Sari sebagai Pengurus Besar Bahagian Pengurusan & Korporat pada 22 Januari 2019 dan Encik Azlan Bin Jamil sebagai Pengurus Besar Bahagian Pelaburan & Perniagaan pada 17 Januari 2019 yang lalu.

Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad optimis dengan pelantikan baru barisan pengurusan tertinggi ini akan membawa Koop Sahabat ke arah kecemerlangan dan kejayaan yang lebih tinggi serta terus menjaga kepentingan dan kebajikan anggota secara keseluruhan.

Jabatan Komunikasi Korporat & Keanggotaan
Koperasi Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia Berhad
03-6270 1236