[SOLIDARITI DrZAKIR NAIK]
2 Zulhijjah 1440 H | 4 Ogos 2019
1. Pada 1 Ogos 2019 (Khamis), Penasihat DAP iaitu Lim Kit Siang telah mengeluarkan kenyataan yang menyokong saranan yang dibuat oleh peguam Anas Zubedy yang menyarankan agar pakar perbandingan agama, Dr Zakir Naik keluar dari negara ini secara sukarela dengan empat sebab;
a)Kehadiran Dr Zakir Naik akan mencetuskan pergaduhan ‘keluarga’ (keharmonian kaum).
b)Kehadiran Dr Zakir Naik akan beri kesan negatif kepada orang bukan Islam terhadap Islam.
c)Metod dakwah yang digunakan tidak berkesan di Malaysia,kerana bukan Islam di Malaysia tidak dibenaran berhujah apabila orang Islam yang menyampaikan ceramah.
d)Kehadiran pendakwah tersebut akan perlahankan proses pemulihan politik di negara ini.
2. Kenyataan Lim Kit Siang bertentangan dengan kenyataan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir pada Jun lalu yang menyatakan bahawa Dr Zakir Naik tidak akan diekstradisi ke India ekoran bimbang beliau tidak mendapat keadilan yang sepatutnya.
3. Kenyataan yang dibuat oleh Penasihat DAP dan peguam Anas Zubedy adalah tidak berasas. Ini dapat dijelaskan dengan beberapa faktor;
a)Dr Zakir Naik bukan pesalah jenayah dan beliau tidak mengancam keselamatan mana- mana negara termasuk India.
b)Dr Zakir Naik merupakan seorang intelektual Islam yang diiktiraf di seluruh dunia.
c)Seperti yang dinyatakan di atas, kenyataan Lim Kit Siang tidak selari dengan kenytaan yang dibuat oleh Tun M.
d)Metod dakwah secara perbandingan agama yang dilakukan oleh Dr Zakir Naik tidak pernah memaksa mana- mana orang bukan Islam untuk memeluk Islam. Firman Allah dalam surah al- Baqarah ayat 256 yang bermaksud “Tidak ada paksaan dalam agama (Islam), kerana sesungguhnya telah nyata kebenaran (Islam) dari kesesatan (kufur)”.
e)Kehadiran Dr Zakir Naik dapat menyatukann umat Islam apabila umat Islam datang berkumpul untuk menghadiri sesi ceramah beliau yang difahamkan akan berlangsung di Kelantan pada bulan ini.
4. Akhir sekali, GAMIS Sarawak mengecam tindakan Lim Kit Siang yang mengeluarkan kenyataan berkenaan Dr Zakir Naik. Jika ada yang perlu keluar dari Malaysia, orang yang layak ialah kamu Penasihat DAP, Lim Kit Siang. GAMIS Sarawak juga berharap agar kerajaan sekarang tidak terpengaruh dengan desakan bukan Islam yang menginginkan Dr Zakir Naik dihantar ke India. Kehadiran pendakwah itu ke Malaysia seharusnya menjadi kebanggaan kerana beliau merupakan aset negara dalam aspek ilmu Islam.
“MARA BERSAMA ISLAM”
Mohammad Ashraff Bin Sanuddin
Timbalan Majlis Tarbiyah dan Kepimpinan
Gabungan Mahasiswa Islam Se- Malaysia (GAMIS)
Negeri Sarawak.
*RUJUKAN*
[1]Zakir Naik perlu tinggalkan Malaysia – Kit Siang. August 1, 2019. Retrieved from http://m.utusan.com.my/…/zakir-naik-perlu-tinggalkan-malays…
[2]‘Kit Siang yang patut keluar Malaysia, bukan Zakir Naik’ – Malaysia kini. August 1, 2019. Retrieved from http://m.malaysiakini.com/news/486251
[3]Zakir Naik: Mapim harap kerajaan tidak terpengaruh desakan bukan Islam. August 2, 2019. Retrieved from http://www.astroawani.com/…/zakir-naik-mapim-harap-kerajaan…
