Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

SEBELAS BULAN LAGI KITA AKAN BERTEMU DENGAN RAMADHAN, JIKA ALLAH SWT IZINKAN.

No photo description available.

RINGKASAN JUZ 30

Kita telah tiba di garisan penamat, segala ayat-Nya telah kita lewati dari kulit ke kulit seakan-akan ini adalah akhir pertemuan dan kita akan berpisah. Maka al-Quran membekalkan kita dengan bekalan yang paling penting dalam perjuangan risalah al-Quran. Ia meminta kita merenungi semula hal-hal keimanan yang merupakan asas kepada seluruh emosi dan tindakan kita. Imanlah yang membentuk emosi, cara berfikir dan tindakan. Jika sejahtera iman maka sejahteralah semuanya.

PERISTIWA HARI INI

Kewafatan Imam al-Bukhari pada tahun 256 Hijrah, seorang muhaddith yang ulung hingga kini.

MERINDUIMU RAMADHAN

Kini kita benar-benar telah berada pada penghujung Ramadhan. Selamat bergraduasi peserta kem Ramadhan!

Jadikan bekal-bekal taqwa yang dikutip sepanjang Ramadhan kali ini sebagai perisai dan penguat dalam menghadapi hari yang seterusnya.

Semoga Ramadhan kali ini benar-benar menjadi milik kita!

#RamadhanMilikKita

 

PERPISAHAN DENGAN RAMADHAN DENGAN CURAHAN AIR TANPA DISEDARI

Image may contain: text

RINGKASAN JUZUK

Berdakwahlah, ajaklah mereka yang ada di sekitar kita untuk mendekati seterusnya memahami Islam dan hakikat beriman kepada Allah sebagaimana yang telah kita nikmati. Pastikan tindakan yang pertama selepas kita menikmatinya adalah berdakwah. Itulah mesej besar al-Quran kali ini. Bermula dari surah al-Mulk, juzuk yang terkandung padanya 11 buah surah ini dimulai dengan menceritakan akan kerajaan Allah s.w.t ke atas seluruh makhluk-Nya.

PERISTIWA HARI INI

Perang Medina-Sidonia di Sepanyol pada tanggal 92 Hijrah, tentera Muslim dipimpin Thareq bin Zeyad.

MERINDUIMU RAMADHAN

Satu hari sebelum berakhirnya Ramadhan, mari kita menoleh ke belakang dan merenungi diri. Di manakah kedudukan kita selepas Ramadhan ini. Adakah meningkat? Atau sekata? Atau menurun? Sekurang-kurangnya kita mempunyai satu hari untuk berbuat sesuatu pada bulan Ramadhan, yang hanya akan ditemui satu tahun selepas ini.

#RMK: Ramadhan Milik Kita!

http://risalahharmoni.com/produk/rmk-ramadhan-milik-kita/

Tel: +601110619907
Email: admin@risalahharmoni.com / risalahharmoni@gmail.com
Portal: http://risalahharmoni.com/

RAMADHAN MADRASAH IBADAT YANG TIADA GANGGUAN SYAITAN AKAN MENINGGALKAN KITA

No photo description available.

RINGKASAN JUZUK

Juzuk ini pula berfokuskan komitmen kepada Islam dalam segenap sudut. Setelah kita menelusuri al-Quran, bermula dari perincian berkenaan hakikat Islam sebagai cita-cita kita, hinggalah kaedah-kaedah praktikal perlaksanaannya, kini kita telah mahir dan maklum tentang makna kehidupan dan tujuan-tujuannya. Kini, kita perlu memberi sepenuh komitmen kepada tuntutan-tuntutan tersebut. Juzuk 28 dimulai dengan akhir surah al-Hasyr hinggalah surah at-Tahrim.

PERISTIWA HARI INI

Difardhukan Zakat Fitrah pada tahun 2 Hijrah, ia disabitkan oleh al-Quran, hadis dan ijma’ para ulama’.

MERINDUIMU RAMADHAN

Ramadhan umpama kem latihan yang syaitan dibelenggukan, puasa diprogramkan sebagai latihan dan ibadah-ibadah yang seumpama dengannya. Keluar dari kem ini, kita akan temui cabaran yang sebenar, bukti kejayaan kem latihan tersebut adalah apabila kita mampu mengharungi cabaran-cabaran di luar kem.

#RMK: Ramadhan Milik Kita!

http://risalahharmoni.com/produk/rmk-ramadhan-milik-kita/

Tel: +601110619907
Email: admin@risalahharmoni.com / risalahharmoni@gmail.com
Portal: http://risalahharmoni.com/

LAMBAIAN PERPISAHAN RAMADHAN PENUH BERKAT SEMAKIN JELAS

No photo description available.

RINGKASAN JUZUK

Surah-surah dalam juzuk ini az-Zariyat, at-Tur, an-Najm, al-Qamar, ar-Rahman, al-Waqi’ah dan al-Hadid ditambah dengan surah Qaf membicarakan berkenaan konflik memilih antara kesesatan ataupun petunjuk. Antara syurga dan neraka, antara nikmat atau siksa, kesemua hal dalam hidup ini adalah berkenaan memilih dan mengambil keputusan. Bacalah dan hayatilah juzuk ini untuk belajar memilih dan mengambil keputusan berpandukan ruh al-Quran.

PERISTIWA HARI INI

Perlantikan Abdul Malik bin Marwan pada 65 Hijrah sebagai Khalifah Kerajaan Islam Umayyah.

MERINDUIMU RAMADHAN

Kini Ramadhan sudah hampir tiba ke penghujungnya. Bagaimana dengan kita? Adakah telah terlihat kesan-kesan Ramadhan pada diri kita? Adakah kita sudah siap bersedia menjalani kehidupan tanpa Ramadhan? Mampukah kita?

#RMK: Ramadhan Milik Kita!

http://risalahharmoni.com/produk/rmk-ramadhan-milik-kita/

Tel: +601110619907
Email: admin@risalahharmoni.com / risalahharmoni@gmail.com
Portal: http://risalahharmoni.com/

 

DUA KEMUNCAK LAILATUL AL-QADR YANG TERLALU SINGKAT

No photo description available.

RINGKASAN JUZUK

Surah Muhammad, al-Fath dan al-Hujurat diturunkan setelah hijrah Nabi s.a.w ke Madinah. Fokus perbahasannya ialah tentang sosok Nabi Muhammad s.a.w yang kita cintai sendiri, keimanan, ketaatan dan etika berurusan dengan Nabi s.a.w. Ia merupakan satu perlambangan bahawasanya Nabi s.a.w itu dicontohi dengan meneliti sirahnya secara keseluruhan, bukan secara terpotong-potong. Islam adalah negara dan kekuasaan, Islam juga aqidah dan ibadah.

PERISTIWA HARI INI

Sayidah Nafisah di Kaherah pada tahun 193 Hijrah, seorang isteri dan ibu yang mulia.

TADABBUR SURAH AL-QADR

“Sejahteralah malam itu hingga terbit fajar” al-Qadr:5
Betapa terhadnya masa yang ada untuk Lailatul Qadr. Ia menandakan dua perkara. Pertamanya, alangkah pelik mereka yang tidak mampu memberi komitmen untuk ibadah. Yang kedua, rebutlah peluang yang terhad ini kerana tidak ada lagi peluang pada waktu yang lain.

#RMK: Ramadhan Milik Kita!

http://risalahharmoni.com/produk/rmk-ramadhan-milik-kita/

Tel: +601110619907
Email: admin@risalahharmoni.com / risalahharmoni@gmail.com
Portal: http://risalahharmoni.com/

PARA MALAIKAT MENCATAT AMALAN ORANG MUKMIN DENGAN PENUH KASIH SAYANG PADA LAILATUL AL-QADR

No photo description available.

RINGKASAN JUZUK

Menariknya, kali ini al-Quran menghimpunkan enam surah yang dimulai dengan Haa’ Miim. Seakan-akan Haa’ dan Miim adalah kod menandakan bahawa surah-surah tersebut ada persamaan mesej dan nilai. Surah-surah ini mempunyai mesej yang sepunya iaitu; Surah Makkiah, nilai al-Quran, kisah Musa a.s serta pengikutnya dari kalangan Bani Israel serta perpindahan risalah dari Bani Israel kepada legasi Nabi Muhammad s.a.w dari jalur Ismail a.s.

PERISTIWA HARI INI

Perang Ain Jalut dimenangi oleh tentera Muslimin mengatasi tentera Monggol pada tahun 658 Hijrah.

TADABBUR SURAH AL-QADR
“Pada malam itu turunlah malaikat dan ruh dengan izin Tuhan untuk mengatur semua urusan” al-Qadr:4
Begitulah digambarkan betapa para penghuni langit bersungguh-sungguh ingin merakamkan ibadah yang dilakukan oleh kita pada malam tersebut. Ia menandakan kemuliaan Lailatul Qadr di sisi mereka, apatah lagi kita.

#RMK: Ramadhan Milik Kita!

http://risalahharmoni.com/produk/rmk-ramadhan-milik-kita/

Tel: +6011-10619907
Email: admin@risalahharmoni.com / risalahharmoni@gmail.com
Portal: http://risalahharmoni.com/

KERUGIAN BESAR BAGI MEREKA YANG TIDAK MERAIKAN KEDATANGAN LAILATUL AL-QADR

No photo description available.

RINGKASAN JUZUK

Az-Zumar dan Ghafir adalah dua surah yang syahdu. Membacanya membuatkan jiwa jadi nyaman dan tenteram. Keduanya mengajar kepada kita keindahan bersandar dan kembali kepada Allah baik pada waktu senang atau sukar. Az-Zumar bertumpu pada kisah dua rombongan sama ada ke syurga atau neraka, Ghafir adalah perlambangan Allah s.w.t yang Maha Pengampun. Kembalilah kepada Pencipta, nescaya Dia sudi menerimamu walau apapun keadaan kamu.

PERISTIWA HARI INI

Pembinaan Masjid Amru bin al-‘Ash pada 20 Hijrah, Masjid pertama yang dibina di Mesir.

TADABBUR SURAH AL-QADR

“Lailatul Qadr lebih baik dari seribu bulan” al-Qadr:3
Begitulah istimewanya Lailatul Qadr. Seakan-akan hayat kita dipanjangkan berkali-kali ganda lamanya dan sepanjang tempoh itu kita beribadah dengan khusyu’ dan rendah hati kepada Allah s.w.t. Bukankah rugi barangsiapa yang tidak memiliki Lailatul Qadr?

#RMK: Ramadhan Milik Kita!

http://risalahharmoni.com/produk/rmk-ramadhan-milik-kita/

Tel: +6011-10619907
Email: admin@risalahharmoni.com / risalahharmoni@gmail.com

TADABBUR SURAH AL-QADR

No photo description available.

RINGKASAN JUZUK

Surah as-Shaffat membincangkan perihal bertawakkal atau berserah diri kepada Allah meskipun tanpa kita memahami hikmah tersembunyi daripada arahan-arahan dan perintah-perintah yang ada, manakala surah Shad meminta agar kita terus teguh dengan tawakkal walau apapun yang bakal terjadi. Maka bertawakkallah, carilah nilai dan makna tawakkal yang amat indah dari dua surah ini, as-Shaffat dan Shad. Seharusnya seorang mu’min bersikap menyerah diri kepada Allah s.w.t.

PERISTIWA HARI INI

Kelahiran Ahmad bin Toulun pada tahun 220 Hijrah, seorang tokoh besar pada era Kerajaan Abbasiyah.

TADABBUR SURAH AL-QADR

“Tahukah kamu apakah dia Lailatul Qadr?” al-Qadr:2
Ia bukan semata-mata persoalan. Ia adalah satu peringatan kepada yang sambil lewa untuk mencari Lailatul Qadr, sebagai satu sindiran kepada yang telah mengetahui Lailatul Qadr tetapi dia tidak menikmati kelazatannya.

#RMK: Ramadhan Milik Kita!

http://risalahharmoni.com/produk/rmk-ramadhan-milik-kita/

Tel: +6011-10619907
Email: admin@risalahharmoni.com / risalahharmoni@gmail.com
Portal: http://risalahharmoni.com/

MENGHAYATI RAHSIA TERKANDUNG DALAM SURAH AL-QADR

No photo description available.

RINGKASAN JUZUK

Istislam atau Tawakkal yang diterjemah ke Bahasa Melayu sebagai berserah diri merupakan pokok perbahasan juzuk ini dan juzuk yang seterusnya. Al-Ahzab menjelaskan perlunya bertawakkal ketika situasi sulit, Saba’ mengajar kita bahawa bertawakkal adalah jalan menuju peradaban, manakala Fathir mengatakan bahawa ia jalan kemuliaan, akhir sekali untuk juzuk ini adalah Surah Yasin yang mengatakan bahawa komitmen dalam dakwah adalah bukti tawakkal.

PERISTIWA HARI INI

Kewafatan Ibn Asbagh pada tahun 536 Hijrah, seorang pemimpin Muslimin di Cordova, Sepanyol.

TADABBUR SURAH AL-QADR

“Kami menurunkannya di malam al-Qadr” al-Qadr:1
Al-Quran diturunkan secara keseluruhan dari luh mahfuz ke langit dunia. Ia adalah sebuah perlambangan pentingnya tilawah dan tadabbur (baca dan hayati) terhadap al-Quran, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan, pada 10 malamnya yang terakhir.

#RMK: Ramadhan Milik Kita!

http://risalahharmoni.com/produk/rmk-ramadhan-milik-kita/

Tel: +6011-10619907
Email: admin@risalahharmoni.com / risalahharmoni@gmail.com
Portal: http://risalahharmoni.com/

RASULULLAH SAW MENGGANDAKAN IBADAT PADA LAILATUL ALQADR

Image may contain: text

RINGKASAN JUZUK

Ketika ar-Rum membawa kita melihat tanda-tanda kekuasaan Allah di sekitar kita, as-Sajadah membuat kita tunduk sujud akan kebesaran-Nya. Surah Luqman memberi jalan praktikal sebagai bukti ketundukan kita kepada kuasa itu, iaitulah memelihara institusi keluarga. Melihat dan menekuni ayat-ayat Allah menjadikan kita lebih kenal dan cinta kepada-Nya, mengenali-Nya membuat kita rasa kerdil lantas bersujud. Buktikan keimanan dengan menjaga keluarga dari kemungkaran.

PERISTIWA HARI INI

Syeikh Farhan as-Sa’adi pada 1356 Hijrah syahid di tali gantung, pemimpin para syuhada Al-Qassam.

BARULAH LAILATUL QADR

A’isyah r.a berkata, “Nabi s.a.w apabila memasuki 10 malam terakhir, beliau megetatkan pakaiannya (menjauhi wanita), menghidupkan malamnya (dengan ibadah dan ketaatan) dan membangunkan keluarganya (mengejutkan agar turut serta)”

#RMK: Ramadhan Milik Kita!

http://risalahharmoni.com/produk/rmk-ramadhan-milik-kita/

Tel: +6011-10619907
Email: admin@risalahharmoni.com / risalahharmoni@gmail.com
Portal: http://risalahharmoni.com/

 — with Amir Izzuddin.