Berpuasa dan Bersolat Terawih Tetapi Berzina Dengan Ibu Sendiri.

1 zina ibu sendiri.

Kita solat dan berpuasa tetapi hakikatnya kita membuat pinjaman dengan bank riba yang mengaku sistem Islam disebabkan ada ulamak upahan bank bernama Penal Syarie yang sanggup mengenakan riba dengan kadar yang rendah kepada kita. Jika kita fikir kadar riba yang kita persetujui dengan kadar 2.5% tersebut dan kadar tersebut sebagainya sebagai kadar kepanasan api neraka, sanggupkah kita masuk Neraka dengan kadar kepanasan dengan api Neraka 2.5%?. Sanggupkah kita berzina dengan ibu sendiri ?, kerana kita sanggup membuat pinjaman bank riba yang bertopengkan sistem syariah.

Kerajaan sepatutnya membayar gaji kepada pegawai bank dan duit pinjaman yang bank diberikan kepada kita adalah dari khazanah kekayaan negara. Keuntungan bank berbentuk pinjaman yang berdasarkan keuntungan perniagaan biasa, mengikut nilai semasa sahaja tanpa bersandarkan peratus riba semata-mata dan akad yang dibuat adalah akad pada masa kita masih hidup, kita belum pasti hidup selama 25 tahun akan datang. Apa yang berlaku sekarang, ulamak upahan bank mengatakan akad yang dilakukan adalah mengikut jumlah tahun pinjaman yang kita persetujui. Contoh, kita beli rumah pada tahun 2020 dan tempoh pinjaman kita selama 25 tahun, jadi akad yang kita lakukan pada hari ini, sebanarnya diniatkan pada tahun 2045 dengan harga semasa pada tahun 2045, inilah kerja ulamak upahan bank yang bergelar Penal Syariah lantikan golongan kapitalis berjubah dan berkopiah. Nauzubillahhi Mihum.

Marilah kita berbanyakan istighfar kerana kita semakin jauh denga nilai sebenar agama Islam, penipuan di atas penipuan, ulamak menipu ulamak, ulamak menipu umarak , ulamak mengambil kesempatan di atas kejahilan umarak dan rakyat yang tidak diberi pendedahan, ulamak bersekongkol dengan umarak untuk sama-sama mencari pangkat dan kemewahan tanpa mengira halal atau haram, menjadikan rasuah sebagai hadiah dan duit upahab atau duit kopi dan sebagainya, mengikut selera mulit dan lidah mereka.

Agama Islam tidak maju kerana umat Islam sendiri menggunakan sistem ciptaan manusia dan mengenepikan undang2 Allah SWT. Imam Al-Mahdi sahaja yang akan memperbetulkan semua hujjah2 ulamak upahan yang berada bersama golongan kuffar kapitalis, yang sama-sama merompak khazanah negara dengan pedang, jika mereka belum meninggal semasa Imam Mahdi diutuskan, atau anak-anak cucu mereka akan berhadapan dengan imam Al-Mahdi. Semoga kita tidak putus beristighfar kepada Allah SWT kerana kita mengaku Islam tetapi kita tidak mampu mempamerkan kemuliaan Islam kepada agama lain dan bangsa lain kerana kelemahan iman kita dan kita telah tertipu dengan perhiasan dunia yang telah syaitan hiasi dengan begitu menarik dan indah. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membantu kita keluar daripada jerat syaitan yang amat bijak dan pintar ini. Alhamdulillah, Lafaz Al-Quran belum diubah oleh ulamak upahan kerajaan kapitalis. Yakinlah kita semua, ulamak-ulamak upahan ini akan binasa sebagaimana akan binasanya golongan akidah sesat apabila Imam Al-Mahdi menegakkan Kebenaran, kerajaan mereka yang bertopengkan Islam akan hancur, universiti2 mereka yang bertopengkan Islam akan hancur, bank2 Islam rekaan mereka akan hancur apabila Imam Al-Mahdi menegakkan Islam tanpa riba dan rasuah dan maksiat dengan penuh Adil,  Tanpa Kezaliman dalam semua bidang, bidang perundangan, perbankan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Hasbunallahu Wanikmal Wakil – La Haula Wala Quwwata Illa Billah.