Tiada peruntukan ‘undi tidak percaya’ dalam Perlembagaan Persekutuan

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Undang-undang) Takiyuddin Hassan. Gambar: Bernama

Tiada peruntukan ‘undi tidak percaya’ dalam Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan atau Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat tidak memperuntukkan tatacara yang berhubung usul undi tidak percaya kepada perdana menteri, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Bahagian Undang-undang) Takiyuddin Hassan.

Katanya, Yang di Pertuan Agong yang mempunyai kuasa prerogatif berkenaan perkara ini hendaklah memutuskan melalui cara sendiri untuk membuat penentuan.

“Antaranya Yang di Pertuan Agong boleh menentukan apa-apa cara yang sesuai untuk menentukan individu yang pada hematnya mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, termasuklah dengan menerima apa-apa dokumen yang dikemukakan mahupun dengan mendapatkan kenyataan lisan atau bertulis daripada setiap ahli Dewan Rakyat,” katanya dalam jawapan penggulungan perbahasan Belanjawan 2021 hari ini.

Sebanyak 25 usul undi tidak percaya diterima dan dimasukkan dalam Aturan Urusan Mesyuarat bagi Mesyuarat Ketiga, bagaimanapun Takiyuddin menegaskan perkara tersebut tidak diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Fasal (4) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan menyatakan, 43. (4) Jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, maka perdana menteri hendaklah meletakkan jawatan Jemaah Menteri melainkan jika atas permintaannya Parlimen dibubarkan oleh Yang di Pertuan Agong.

Katanya, Yang di Pertuan Agong yang mempunyai kuasa prerogatif berkenaan perkara ini hendaklah memutuskan melalui cara sendiri untuk membuat penentuan.

“Walaupun Fasal (4) Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan mengenai kedudukan jika perdana menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat, Fasal tersebut tidak memperuntukkan tatacara untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri.

“Oleh itu, tatacara tersebut hendaklah sebagaimana yang diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat,” katanya.

Takiyuddin berkata, usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri boleh dibawa ke Majlis Mesyuarat sekiranya teratur dan mematuhi Peraturan Mesyuarat 26(1) dan 27(3) dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat yang berhubungan dengan kehendak mengenai pemberitahu usul.

Katanya, usul undi tidak percaya juga tertakluk kepada Peraturan Mesyuarat 14 dan 15 dalam Peraturan-Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat masing-masing mengenai susunan Aturan Urusan Mesyuarat dan peruntukan bagi mendahulukan Urusan Kerajaan.

Bagaimanapun katanya, Yang di Pertua Dewan Rakyat mempunyai kuasa dan budi bicara untuk menentukan bila perbahasan usul boleh dibuat dengan mengambil kira urusan kerajaan.

“Selaras dengan Peraturan Mesyuarat 15(1) Peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, pada tiap-tiap hari persidangan mesyuarat, urusan kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.

“Sehubungan itu, urusan-urusan lain termasuk usul persendirian yang turut terdiri daripada usul tidak percaya hanya akan dibahaskan selepas semua urusan kerajaan selesai,” katanya.

Berhubung Usul Undi Percaya terhadap perdana menteri seperti yang dikemukakan Ahmad Zahid Hamidi (BN- Bagan Datuk), Takiyuddin berkata, usul ini juga termasuk sebagai usul persendirian.

Katanya, ianya juga tertakluk kepada Peraturan 15 (1), Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, dimana urusan Kerajaan hendaklah didahulukan daripada urusan-urusan lain.

TASBIH HADI – ANTARA WIRID DAN SOKONGAN

TASBIH – ANTARA WIRID DAN SOKONGAN

Tamrin Tun Ghafar

Isnin – 23/11/2020
( 1 – 22 )

  1. Biasanya jumlah semut akan bertambah mendampingi gula namun kini kita dapati jumlah semut berkurangan walau pun sudah 9 bulan berada di meja.
  2. Katanya YDP Agong berpuas hati apabila dimaklumkan Muhyiddin mempunyai sokongan yang meyakinkan, justeru diperkenankan sebagai Perdana Menteri yang baru.
  3. Muhyiddin dan juak – juaknya berpelukan dan ada yang berpesta sehingga menitiskan air mata kegembiran dengan berita perlantikan itu.
  4. PENGKHIANATAN yang diikuti dengan tertubuhnya Kerajaan Pintu Belakang atau mengikut istilah Hadi, Kerajaan Tebuk Atap adalah ekoran peristiwa ‘Langkah Sheraton’.
  5. TIDAK BOLEH DINAFIKAN 3 pelakun utama RAMPASAN KUASA tersebut ialah Muhyiddin, Azmin dan Hamzah sedangkan yang lainnya adalah pelakon tambahan sahaja yang memegang perisai dan tombak.
  6. Setelah menangguhkan Perasmian Sidang Parlimen dari bulan Mac ke Mei, dari 222 jumlah keseluruhan , sokongan terhadap Muhyiddin HANYA 114 Ahli Parlimen sahaja; dan kini 113 satelah Ahli Parlimen Grik meninggal dunia baru – baru ini ( ALFATIHAH ).
  7. TIDAK PASTI sama ada Mahyuddin telah bercakap benar atau telah berjaya MEMBOHONGI YDP Agong dengan jumlah sebenar yang didapati.
  8. 2 hari lagi iaitu pada hari Rabu 25hb November 2020 , Ahli – Ahli Parlimen AKAN mengundi sama ada menyokong atau menolak Belanjawan 2021 yang telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan.
  9. Berbagai – bagai pendapat dan syarat telah diberi dan ada yang menggangap jika tidak menyokongnya ia merupakan sebagai PENGKHIANAT.
  10. Penolakan Belanjawan bermakna UNDI TIDAK PERCAYA kepada Kerajaan Tebuk Atap tetapi ia TIDAK BERERTI gaji dan pencen tidak boleh dibayar seperti sebelum ini.
  11. Dengan majoriti 2 Kerusi sahaja walaupun mempunyai Kabinet yang terbesar di dunia; Menteri dan 3 orang Duta bertaraf Menteri dan Timbalan yang berjumlah 72 orang kesemuanya,!Muhyiddin, Azmin dan Hamzah mungkin tidak dapat tidur lena.
  12. UMNO yang merupakan Parti yang terbesar dalam Kerajaan sekarang TELAH TERLALU BERLEMBUT DAN MENGALAH kepada Muhyiddin, seolah – olah TELAH DIPUKAU.
  13. ALLAH SWT sedang menguji PAS yang SEJAK PENUBUHANNYA berjuang untuk mewujudkan undang – undang dan akhirnya menubuhkan negara Islam , dengan memberi mereka kuasa, namun setakat ini segala apa yang dipejuangkan itu adalah RETORIK semata – mata.
  14. Umat Islam khususnyanya Ahli – Ahli akar umbi PAS tertanya – tanya apakah PAS dibawah pimpinan Hadi sudah mempunyai fatwa baru, menghalalkan yang haram.
  15. Apa sudah jadi dengan RUU355, penutupan semua kedai dan pusat judi termasuk Kasino di Genting Highland dan pengharaman dan penutupan kedai – kedai arak dan kilang pengeluaran arak.
  16. Orang Islam juga menuntut Kerajaan yang mana PAS berada bersama membersihkan negara ini dari SEGALA aktiviti maksiat seperti yang diperjuangkan.
  17. ALLAH SWT Sedang memerhati apakah Ahli – Ahli Parlimen PAS ( Parti Islam SeMalaysia ) akan terus menyokong PENGKHIANAT yang terbukti telah bergelumang dengan maksiat seperti Muhyiddin dengan isteri orang, Nika Gee, Azmin dengan kes SEMBURITnya dan fitnah Hamzah terhadap Anwar.
  18. Menarik sokongan terhadap PENGKHIANAT TIDAK bererti mengkhianati seseorang.
  19. Saya yakin Ahli – Ahli Parlimen PAS pun sedar bahawa HANYA ALLAH SWT Sahaja yang menentukan segala – galanya TERMASUK rezeki dan kedudukan , asalkan kita LAKSANAKAN SEGALA PERINTAHNYA dan MENJAUHKAN DIRI DARI SEGALA LARANGANNYA.
  20. Berdoa dan Berzikir itu sememangnya baik dan di galakan namun apa faedahnya jika ianya setakat di bibir sahaja TANPA mrlaksanakan segala yang diPerintah ALLAH SWT.
  21. Bagi mengekalkan jawatan Muhyiddin sekali lagi TERPAKSA berbaik dan berjanji dengan semua pihak.
  22. TIDAK MUSTAHIL TASBIH DI TANGAN DIGUNAKAN BUKAN UNTUK BERWIRID TAPI UNTUK MENGHITUNG JUMLAH UNDI YANG AKAN DIPEROLEHI.

Wassalam
Terima Kasih..

Anwar Ibrahim ulas isu moratorium, KWSP dan peruntukan besar kepada JASA

Anwar ulas isu moratorium, KWSP dan peruntukan besar kepada JASA

Mengulas mengenai Belanjawan 2021, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim berkata ada keperluan untuk membahaskan beberapa unjuran yang menurutnya “membimbangkan”, antaranya unjuran cukai korporat yang hanya berkurang sebanyak RM4 bilion.
Berdasarkan Tinjauan Fiskal dan Anggaran Hasil Kerajaan Persekutuan 2021 oleh Kementerian Kewangan, unjuran cukai korporat bagi 2021 adalah RM59.4 bilion berbanding RM63.7 bilion pada 2019.

“Itu sukar diterima kerana perniagaan banyak yang hampir bangkrap atau kerugian atau (hanya mendapat) keuntungan kecil, melainkan (syarikat seperti) Top Glove, ada satu dua (seumpanya).
“Dalam mengira unjuran, ini membimbangkan. Perlu ada sikap yang lebih telus, yang menyatakan fakta kerana ia akan mempengaruhi dasar kita,” katanya lagi.

Anwar turut membandingkan peruntukan kepada Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) – yang membabitkan peruntukan sebanyak RM85.5 juta – dengan peruntukan kepada beberapa golongan seperti orang kurang upaya (OKU) yang menurutnya, mendapat peruntukan yang kecil.

“Oleh itu, dalam perbahasan kita, saya akan mulakan Isnin, saya akan tunjukkan angka-angka ini, kerana bila kita lihat, baru kita tahu.
“Kalau tidak, rakyat hanya lihat, ‘saya dapat RM500, RM300’, tapi kita kena lihat keseluruhannya bagaimana,” tambahnya.
Menurut Anwar, pemberian bantuan tunai kepada golongan memerlukan adalah baik tetapi bukanlah jawapan untuk pemulihan ekonomi.
“Tetapi (apa yang diperlukan adalah) satu rangka yang teratur (untuk memulihkan ekonomi),” katanya.

Ketiadaan moratorium bayaran balik menyeluruh kepada semua peminjam serta ketiadaan kebenaran menyeluruh untuk semua pencarum mengeluarkan wang KWSP, turut disentuh Anwar.
“Saya ingat menteri kewangan ini lebih memihak kepada kepentingan bank, bukan kepentingan peminjam dan ekonomi,” katanya mengulas soal moratorium menyeluruh.
“Keduanya soal pinjaman KWSP, walaupun ada hujah (untuk) mempertahankan kepentingan masa depan (pencarum), tetapi bila orang itu dalam keadaan sesak pada masa sekarang, maka sejumlah pinjaman itu harus diperluaskan, tidak hanya kepada satu kategori kecil,” katanya. 
-MalaysiaKini

https://www.tuncarlos.com/2020/11/anwar-ulas-isu-moratorium-kwsp-dan.html

TERKINI -Tengku Razaleigh Hamzah (Penyelamat Umno) Tetap Hadir Semasa Perbahasan Belanjawan 2021

KUALA LUMPUR: Surat tular yang mendakwa Tengku Razaleigh Hamzah mengumum untuk tidak mengambil bahagian dalam perbahasan mengenai Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat bukan surat sebenar kepada Speaker.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh sumber pejabat Ahli Parlimen Gua Musang itu.

Surat itu kononnya adalah permohonan kepada Speaker Dewan Rakyat oleh Pengerusi Lembaga Penasihat UMNO berkenaan untuk mengemukakan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri.

Surat berkenaan ditulis dalam bahasa Inggeris dan menjadi tular di media sosial pada Ahad.

Pada para akhir surat berkenaan, ia menyebut:
“Oleh kerana keabsahan kerajaan kini masih belum ditentukan, saya terikat dengan suara hati dan sumpah jawatan yang telah lafazkan. Justeru, saya tidak dapat mengambil bahagian dalam sesi perbahasan belanjawan tersebut.”
Sekiranya benar keputusan itu dibuat Tengku Razaleigh, ini bermakna kerajaan Perikatan Nasional akan hilang satu undi untuk meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021.
Malah, jika ia berlaku, akan timbul juga persoalan sama ada ahli parlimen lain yang akan mengikut tindakan tersebut. 
-AstroAwani

https://www.tuncarlos.com/2020/11/surat-mengatakan-ku-li-tak-hadir-ketika.html

Najib cuba kumpul SD sokongan MP BN terhadap Anwar?

Najib cuba kumpul SD sokongan MP BN terhadap Anwar?

Najib cuba kumpul SD sokongan MP BN terhadap Anwar?

Aiman Hanif

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dikatakan masih berusaha mendapatkan akuan bersumpah (SD) Ahli Parlimen BN, bagi menyokong Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri.

Menurut sumber, minggu lalu satu pertemuan antara Najib dengan pemimpin BN diadakan di sebuah hotel di ibu kota.

“Najib masih berusaha mendapatkan SD Ahli Parlimen BN bagi menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri menggantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Satu pertemuan berlangsung di sebuah hotel di Kampung Baru, minggu lalu.

“Pada pertemuan itu pihak Bossku menempah tempat untuk 23 orang, namun yang hadir sekitar sembilan orang saja,” katanya kepada Malaysiapost.

Sembilan Ahli Parlimen BN yang hadir pada pertemuan itu antaranya, Presiden Umno, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Sebelum ini, nama Najib dan Ahmad Zahid terkait dengan surat sokongan yang diserahkan kepada Istana Negara bagi menyokong Anwar sebagai Perdana Menteri.

Bagaimanapun perkara itu dinafikan oleh jurucakap Umno, dan mendakwa surat berkenaan adalah palsu.

Namun, tiada sebarang penafian rasmi dikeluarkan Najib berhubung surat berkenaan yang mengaitkan namanya.

Dalam pada itu sumber mendakwa, usaha Najib untuk mengumpul SD sokong tidak berhasil apabila jumlah Ahli Parlimen BN yang hadir tidak seperti diharapkan.

“Saya difahamkan usaha untuk mendapatkan SD itu tidak berjaya memandangkan sembilan orang saja Ahli Parlimen BN yang hadir,” katanya lagi.

Malaysiapost sedang berusaha mendapatkan respon Ahli Parlimen BN yang didakwa hadir ke pertemuan itu untuk komen lanjut.- Malaysiapost

ARAK DIBENARKAN JUAL DI KEDAI RUNCIT – TUAN GURU ANNUAR MUSA (ASWAJA).

15 Senarai Ustaz Penglipur Lara Dan Raja Lawak SeMalaysia

Senarai Ustaz Penglipur Lara.

1. Don Daniyal

2. Muhd Zainul Asri

3. Nazrul Nasir

4. Dusuki Rani

5. Zamihan Mat Zain

6. Abu Syafiq7.

PU Faiz8. Nurrudin al-Bajanri

9. Muhaizad Mohamed

10. Habib Ali Zainal Abidin

11. Habib Umar

12. Habib Syech

13. Habib Ali Jufri

14. Abdullah Khairi

15. Muhadir Joll

Ada yang sebar hadis palsu, kisah karut, akidah sesat seperti madad ya hussain dsb.Kalau ada lagi, tambah diruangan komen.

https://web.facebook.com/groups/851474771608701/user/100043718075024