Lokman Adam ditahan lokap, disyaki lakukan ugutan jenayah dan hina Muhyiddin -Polis

KUALA LUMPUR – Bekas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Lokman Noor Adam direman sehari bagi membantu siasatan berhubung sebuah video disyaki menghina Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed berkata, unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian Pendakwaan dan Undang-Undang JSJ Bukit Aman telah memulakan siasatan berhubung satu laporan polis terhadap Lokman, semalam.

“Kita melakukan siasatan ke atas sebuah video yang telah dimuat naik oleh Lokman kerana disyaki mempunyai unsur ugutan jenayah dan menggunakan perkataan jelik terhadap kepimpinan Perdana Menteri,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Huzir berkata, pihaknya turut merampas gajet dipercayai digunakan untuk memuat naik video tular itu.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955,” katanya.
Terdahulu, Timbalan Pengarah (Siasatan dan Perundangan) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mior Faridalathrash Wahid mengesahkan penahanan Lokman, semalam.
Difahamkan, Lokman ditahan ketika sedang bersiaran langsung melalui Facebook di restoran miliknya berhampiran Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini, kira-kira jam 11 malam.
Beliau turut membuat hantaran di Facebook meminta bantuan peguam. – FMT

https://www.tuncarlos.com/2020/11/lokman-adam-ditahan-lokap-disyaki.html

Hamzah ugut UMNO, TYT Sabah dan Zahid, kata Lokman.

Twitter (https://twitter.com/f4kr0ls00d/status/1321980110358994944?s=24)
Cikgu S0’0d But Heard
Hamzah ugut UMNO, TYT Sabah dan Zahid, kata Lokman. https://t.co/zQVDnJNvZa