Bagaimana Menteri Pelancongan Dan KSU Serta Pegawai2 Kanan Kementerian Boleh Benarkan Tattoo Malaysia Expo 2019 Separuh Bogel Berlangsung ?

Ekspo berkenaan yang berlangsung selama tiga hari dan disertai peserta dari 35 negara tidak pernah mendapat kelulusan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA

KENYATAAN MEDIA

MOTAC TIDAK ANJUR ACARA TIDAK SOPAN

PUTRAJAYA, 2 Disember 2019 – Kementerian Pelancongan Seni Dan Budaya akan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019, susulan peragaan separuh bogel diadakan pada acara tersebut.

Menterinya Datuk Mohamaddin Ketapi berkata beliau telah mengarahkan agensi di bawah MOTAC iaitu Malaysia Convention and Exhibition Bureau (MyCeB) untuk menyiasat perkara tesebut.

“Expo ini bukanlah kali pertama diadakan di Malaysia dan semenjak ia mula diadakan pada 2015 seperti di Kota Kinabalu, Sabah, tiada kejadian seumpama berlaku dan dipamer ke khalayak ramai”.

“Saya difahamkan ia diadakan secara tertutup tetapi ia telah melanggar ketatasusilaan”. “Saya telah mengarahkan agensi MOTAC, MyCeB untuk menyiasat perkara ini”.

“Penganjuran acara bertaraf antarabangsa adalah baik untuk industri pelancongan negara tetapi bukan dengan cara penganjuran sebegini”.

“Ia tidak mempamerkan wajah sebenar Malaysia yang penuh kesopanan dan kesusilaan”, katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Jelas Mohamaddin, sebarang kelulusan untuk peragaan separuh bogel tidak pernah dikeluarkan pihaknya.

“Adalah satu yang mustahil bagi kementerian untuk meluluskan sebarang permohonan penganjuran yang ada elemen-elemen lucah seperti itu sebab itu bukan budaya Malaysia, lebih-lebih lagi apabila majoriti rakyat Malaysia adalah beragama Islam”.

“Kita akan menanti laporan penuh siasatan dari MyCeB dan kita tidak akan teragak- agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya mereka didapati melanggar syarat yang telah ditetapkan,” katanya.

Dikeluarkan oleh:
YB Datuk Mohamaddin Ketapi
Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

Mohamaddin Ketapi
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia

https://www.malaysiakini.com/news/502031?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR14DhwUwvRfRv3mEiipPOTAFpploawGLz_sW8uN95-5xB5AGCs_znPvbJQ

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan