Menteri Cetak Duit akan cetak lebih, wang negara bakal turunkan nilai – Jalil Rasheed

Bekas ketua pegawai eksekutif (CEO) PNB, Jalil Rasheed menolak idea supaya mencetak wang untuk membantu merancakkan ekonomi.

Ini susulan cadangan Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal supaya Bank Negara mencipta lebih banyak wang kertas untuk diagihkan kepada rakyat untuk dibelanjakan.

Bercakap di radio BFM pada Isnin lalu, timbalan menteri itu berkata, ini boleh dilakukan dengan “pengampunan hutang” untuk membantu rakyat.

Katanya, ini boleh dilaksanakan menerusi dasar kewangan “wang helikopter” dengan bank pusat secara langsung mencipta iaitu dengan mencetak wang dan memberikannya kepada rakyat supaya mereka dapat membelanjakannya.

Malah katanya, ini adalah beberapa langkah yang boleh dilaksanakan, dan negara memerlukan dasar inovatif dari bank pusat.

Wang helikopter merujuk kepada dasar mencipta atau mencetak sejumlah besar wang baru untuk diedarkan di kalangan rakyat, untuk merangsang ekonomi semasa kemelesetan.

Walau bagaimanapun, Jalil tidak bersetuju dan berpendapat bahawa dasar seumpama itu tidak akan berjaya.

“Mencetak wang bukan penyelesaian buat Malaysia. Ia menurunkan nilai mata wang – sekarang pun ringgit sudah cukup lemah – apabila terlalu banyak sedang beredar.

“Ini seperti membahagikan kek dari 10 keping menjadi 20 keping. Bahagian anda menjadi lebih kecil,” ciapnya di Twitter malam tadi – tanpa membuat sebarang sebutan mengenai Wan Fayhsal.

Jalil berkata, dasar seperti itu mungkin hanya dapat dilaksanakan di Amerika Syarikat (AS).

Ini kerana mata wang dolar digunakan untuk perdagangan antarabangsa, dan lebih banyak wang yang beredar masih akan mendapat permintaan tinggi.

Negara-negara yang mengamalkan dasar wang helikopter telah menyaksikan hiper inflasi seperti di Zimbabwe dan Venezuela.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/551428

KWSP masih belum buat keputusan benarkan pengeluaran RM10,000 dari akaun 1

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) belum membuat keputusan membenarkan pengeluaran wang dari Akaun 1 dan masih dalam peringkat perbincangan dengan Kementerian Kewangan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya (CEO), Tunku Alizakri Alias berkata, KWSP tidak akan menggadaikan masa depan pencarumnya dengan membuat keputusan melulu atau terpengaruh dengan mana-mana desakan berhubung isu berkenaan.

Tunku Alizakri berkata, meskipun berdepan pelbagai tekanan termasuk daripada ahli politik yang sebulat suara menyokong pengeluaran RM10,000 dari Akaun 1, katanya, ia tidak akan mematahkan semangat pasukannya dalam membuat keputusan terbaik demi jaminan masa depan pencarum.

“Saya faham ramai orang marah, bimbang, rungsing kerana kesan pandemik ini yang tidak pernah berlaku kesan sebesar ini.

“Mungkin, saya menjadi orang paling dibenci di Malaysia sekarang kerana membuat keputusan yang tidak popular.

“Biarlah orang kecam saya tetapi akan jalankan tugas saya untuk melindungi masa depan ahli,” katanya seperti dipetik Harian Metro.

Kata Tunku Alizakri, KWSP mendengar pandangan semua pihak sebelum membuat keputusan berhubung perkara itu.

“Kita akan melihat semua aspek secara menyeluruh dengan mengimbangi keperluan semasa ahli sebelum membuat keputusan rasional yang bukan saja akan menyelesaikan masalah hari ini tetapi menjamin kelestarian masa depan ahli,” katanya lagi.

Tunku Alizakri turut mendedahkan bahawa berdasarkan statistik KWSP, sejumlah 43 peratus atau 5.38 juta ahli di bawah umur 55 tahun mempunyai simpanan kurang daripada RM10,000 dalam Akaun 1 mereka.

Statistik itu menunjukkan bahawa 54 peratus atau 137,000 daripada 245,000 ahli yang berumur 54 tahun pada 2020, mempunyai simpanan kurang daripada RM50,000 dan bakal mengharungi hidup persaraan dengan pendapatan hanya RM200 sebulan bagi tempoh 20 tahun.

“Jumlah RM200 itu adalah sangat jauh daripada paras kemiskinan negara iaitu RM2,208 untuk satu isi rumah dan juga RM2,450 untuk perbelanjaan asas seorang warga emas seperti yang dinyatakan dalam kaji selidik oleh Pusat Penyelidikan Kesejahteraan Sosial (SWRC),” katanya lagi.

Tambahnya lagi, faktor gaji yang rendah menjadi punca ramai pencarum mempunyai simpanan yang sedikit dalam Akaun 1.

“Sebelum ini ramai pencarum yang memiliki gaji asas rendah di mana selebihnya adalah dalam bentuk elaun.

“Namun, keadaan itu kini sudah bertambah baik susulan penetapan gaji minimum yang dilaksanakan oleh kerajaan,” katanya lagi.

Cadangan untuk membenarkan pengeluaran wang simpanan dalam Akaun 1 mendapat pelbagai reaksi, dengan sesetengah pakar berkata langkah itu bukanlah penyelesaian yang baik dalam membantu rakyat berdepan kesempitan ekonomi.

Ada pula yang mempersoalkan hikmah menyimpan wang untuk kegunaan pada waktu sukar, sedangkan kesulitan ekonomi sudah pun melanda sekarang.

Ketika membentangkan Belanjawan 2021 pada Jumaat, Menteri Kewangan Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz mengumumkan yang pencarum akan dibenarkan mengeluarkan RM500 sebulan daripada Akaun 1 selama 12 bulan, atau berjumlah keseluruhan RM6,000.

Pengeluaran itu boleh dilakukan bermula Januari 2021.

Tengku Zafrul turut meminta Tunku Alizakri agar bersikap fleksibel dalam perkara itu.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/550664

Kerajaan Pintu Belakang kacau return kpd pencarum KWSP.

1 ERIC PAULSEN 21 HUTANG 1MDB

Kenapa Samurai Bon? – Mendan Sagor

Knp Samurai bon? rm35 bil akan ganggu dividen kita jika diambil dr KWSP.

https://www.bernama.com/bm/am/news_covid-19.php?id=1850694

1. Kwsp ni tunai ada kat tangan dalam 7% dari jumlah asetnya. Rm71 bilion (data 2018).

2. Kalau ada 1 trilion pun aset, tunai ditangan dalam RM10 bilion je.

3. Hampir 90% semua di.laburkan.

4. ROI pelaburan ni semua dalam 6.5%.

5. Total caruman rm71 bil setahun manakala total pengeluaran rm48 bil. Kira2 hanya rm4.8bil caruman ni simpan dalam cash.

6. Jadi kwsp kenalah dapat 5% atau 6.5% punya pulangan. Kalau kerajaan pinjam pun, jangan lah bagi kurang dr itu. Kalau tidak pencarum akan kehilngan dividen.

7. Jadi kalau tun pinjam bon samurai 1%, kira tun tak.kacaulah pulangan kwsp…betui tak?

8. Oh ya…rm71 bil tu kena ingat..tiap2 tahun juga rm48 bil pengeluaran pencarum buat.

9. Jadi nak pakai duit kwsp tu apa.kata declare terus berapa rate kerajaan bayar balik pinjaman dr kwsp tu?

10. Sembang kwsp ada 1 trilion…sebenarnya ko ambil pinjaman 35 bil akan kacau return kpd pencarum.

11. Itu pun ada tak faham antara dana kerajaan vs dana negara.

12..Nak minta petronas bayar dividen khas ? memang tak boleh pun. Dengan harga minyak jatuh ni…berapa lah lebihan petronas ada.

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan