Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Terbukti Kerajaan PH Amat Lemah.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak saman kerajaan untuk melucut hak terhadap RM212.97 juta yang didakwa berkaitan dengan dana 1MDB daripada Umno.

Hakim Mohamed Zaini Mazlan menolak saman melucut hak itu ketika permulaan prosiding pagi ini.

Zaini memutuskan baki wang di dalam akaun bank Umno pada Mei 2019 tidak berkaitan dengan sebarang duit yang didakwa didepositkan oleh bekas presidennya Najib Razak.

Loading…

“Tidak ada baki wang yang dimasukkan oleh DSNR (Najib Razak) dalam akaun (Umno),” katanya, sambil menambah bahawa RM192 juta itu telah lama dibelanjakan.

Umno dalam serahan kepada mahkamah menegaskan bahawa 192 juta sudah dibelanjakan semasa pilihan raya umum lalu, antaranya untuk aktiviti politik lain.

Umno adalah antara 41 entiti dan individu yang dikenakan saman pelucuthakkan dari SPRM untuk mendapatkan sejumlah RM270 juta wang yang didakwa berkaitan dengan 1MDB.

Loading…

Dalam prosiding yang sama, Zaini juga menolak saman kerajaan untuk melucutkan dana didakwa berkaitan 1MDB daripada Wanita MCA, Perano Sdn Bhd dan Binsabi Sdn Bhd.

Jumlah yang dinyatakan dalam saman perlucutanhak itu berjumlah RM300,000, RM337,634.78, dan RM777,250 masing-masing dari Wanita MCA, Perano dam Binsabi.

Perano adalah anak syarikat firma tekstil Jakel Trading, manakala Binsabi merupakan syarikat pengurusan acara.

Loading…

Ketika membaca penghakiman lisan secara ringkas hari ini, Zaini berkata peguam Umno berjaya menunjukkan tidak ada RM192 juta yang didakwa disimpan dalam akaun bank CIMB milik parti politik itu.

Hakim itu merujuk kepada pertikaian saman melucut hak itu bahawa RM192 juta hasil daripada kegiatan haram telah masuk ke akaun Umno daripada akaun Najib melalui cek antara April dan Ogos 2013. Akaun Umno kemudian dibekukan pada tahun 2018 sebagai sebahagian daripada siasatan oleh SPRM.

“Saya melihat baki akaun responden (Umno) tidak boleh dikatakan sebahagian wang daripada DSNR.

Loading…

“Pengeluaran daripada akaun bank responden (sebelum akaun dibekukan pada 2018) memberi justifikasi kepada responden bahawa wang itu telah lama dibelanjakan.

“Tidak ada wang DSNR di dalam akaun (Umno) yang ditinggalkan. Sekalipun kita menganggap wang itu datang dari sumber tidak sah, namun perintah melucut hak hanya boleh dibuat terhadap (jumlah RM192 juta),” kata Zaini. – Malaysiakini

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2020/02/cubaan-kerajaan-tuntut-wang-umno-gagal.html#ixzz6DJrxPljR

PH Menggalakkan Umnopas Menabur Fitnah Kerana Tidak Ada Tindakan Tegas Terhadap Umnopas Sampai Masa Kini.

Image may contain: 1 person, text

Follow · 2 hrs 

 

Tiga juta ahli UMNOnajib tak dapat projek MEROYAN la Jkkkkkk macai walaun super taksub — with Nick KhairulSaleh KamilAzura Man Azura ManBersatu MacheMohd Mat NasirFadh NorHunter Panji SemirangAzura Zura and Johan Yami.

Maszlee Kecewa Dilihat Timbul Banyak Krisis, Media Lapor Isu Sensasi – PH Amat Lemah Dan Lembab.

PH MELALUI MENTERI MULTIMEDIA DAN KDN YANG AMAT LEMAH MENYEBABKAN KEBAIKAN KERAJAAN PH TIDAK DI KETAHUI OLEH RAKYAT.

Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik berkata media hanya melaporkan isu sensasi dan sensitif dan kurang menyiarkan laporan mengenai pencapaian yang dibuatnya.

Oleh itu, Maszlee berkata beliau dilihat timbul banyak krisis kepada kepimpinan.

“Akhirnya, saya sebagai menteri menerajui KPM lebih dilihat sebagai menimbulkan banyak krisis kepada kepimpinan seperti isu Jawi, Sarapan Percuma,” katanya.

Terdahulu, Maszlee mengumumkan peletakan jawatannya dalam satu sidang media khas di Putrajaya petang ini.

https://www.kinitv.com/video/919fd456-4687-4dba-8245-fe6c343c9f97?fbclid=IwAR2J8jilShsHOmGLkTsLoD4BMVzVDuEe8JJP7Ihja9ngsockJuu3D0Mp0nI

Harap ramai lagi menteri seperti Maszlee – Pemuda Umno Johor

Nota : PH Tidak Pandai Menggunakan Media Untuk Menyampaikan Kebenaran

Pemuda Umno Johor juga menggesa Dr Maszlee melepaskan jawatan MP Simpang Renggam kerana terbukti beliau seorang yang gagal.

Sebentar tadi, negara di kejutkan dengan berita peletakkan jawatan Dr Maszlee Malik sebagai Menteri Pendidikan menerusi sidang media yang berlangsung bagi memaklumkan mengenai perkara itu.

Desas-desus politik juga mula timbul susulan peletakkan jawatan Dr Maszlee di mana Menteri Pendidikan itu dilihat sebagai ‘kambing hitam’ dalam barisan kepimpinan Pakatan Harapan (PH) bagi memberi ruang untuk Perdana Menteri, Dr Mahathir membuat rombakan kabinet tatkala berlaku krisis dalaman dalam PH.

Namun, biarlah desas-desus itu berlegar dan diselesaikan secara dalaman kepimpinan PH, dan apa yang ingin ditekankan Pergerakan Pemuda Umno Johor di sini adalah mengenai prestasi Dr Maszlee sendiri sebagai ahli parlimen.

Pertamanya, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada Dr Maszlee Malik atas sifat tanggungjawab meletak jawatan selaku menteri pendidikan di atas kegagalan beliau menguruskan beberapa perkara berkait dalam soal dasar pendidikan.

Banyak perkara-perkara dasar dilihat gagal ditangani secara berkesan oleh beliau. Meletakkan jawatan sebelum isu pendidikan negara semakin teruk di bawah kepimpinannya adalah satu keputusan tepat.

Kegagalan Dr Maszlee menguruskan dan bertegas dalam soal tulisan Jawi, program sarapan percuma misalnya banyak mencetuskan kontroversi.

Malah Dr Maszlee juga dilihat lemah dalam menangani perkara dasar pendidikan negara dan sering tunduk pada gertakan DAP.

Jika persepsi atau pencapaian yang dianggap gagal dilakukan Dr Maszlee sebagai menteri pendidikan yang terpalit pelbagai isu, rakyat juga menilai prestasi dan kad laporannya sebagai ahli parlimen Simpang Renggam.

Pemuda Umno Johor juga ingin menggesa supaya Dr Maszlee turut melepaskan jawatan sebagai ahli parlimen Simpang Renggam kerana telah terbukti beliau seorang yang gagal.

Janji-janjinya kepada pengundi seperti penghapusan tol Simpang Renggam sehingga hari ini menemui masih belum terlaksana.

Saya berharap agar Dr Maszlee berjiwa besar dan melepaskan jawatannya sebagai wakil rakyat.

Di sebalik kegagalan demi kegagalan yang ditunjukkan oleh menteri-menteri Pakatan Harapan, Pemuda Umno Johor menyarankan juga agar lebih ramai menteri bersifat seperti Dr Maszlee yang melepaskan jawatan beliau kerana amanah yang diberikan gagal dilaksanalan sama ada dasar pertadbiran mahupun manisfesto.

 

https://www.malaysiakini.com/letters/505683?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR19TpEVEdJliScBOKT8X2AW_SEZ9P3Cl_7rtiTh0ENBMYW8Tay9YenDH24

Rombakan Kabinet – Siapa Gugur, Siapa Kekal?

1 JUJUR MEMBAWA KEBAIKAN1 JGN PEMBELA PENGKHIANAT

Usai kekalahan teruk Pakatan Harapan di PRK Tanjung Piai, satu persoalan yang kerap timbul adalah tentang desas-desus rombakan kabinet. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak menolak kemungkinan bahawa kabinet akan dirombak demi memastikan kerajaan Pakatan Harapan kekal efisien dan lebih kukuh di mata rakyat.

Solidaritas melakukan pungutan suara dalam talian untuk mendapatkan maklum balas dari rakyat Malaysia tentang prestasi 28 orang menteri Pakatan Harapan. Pungutan suara selama 48 jam itu dimulakan pada hari Khamis, 21 November dan telah mendapat respon dari 16,710 responden.

Berikut adalah dapatan dari pungutan suara tersebut:

10 Menteri Dengan Undian Tertinggi Untuk Digugurkan

Dalam dapatan tersebut Menteri Perpaduan Nasional & Kesejahteraan Sosial, Waytha Moorthy mendapat undian tertinggi untuk digugurkan dengan 82.6% responden memilih beliau. M. Kulasegaran, Menteri Sumber Manusia di tempat kedua dengan 69.4% undian diikuti oleh Mohamaddin Ketapi (Pelancongan, Seni dan Budaya) yang mendapat 53.9% undian.

Tujuh lagi menteri lain dengan undian tertinggi untuk digugurkan mendapat undi yang hampir sama. DAP mendahului senarai dari segi jumlah menteri dengan tiga pemimpinnya tersenarai, manakala dua pemimpin masing-masing dari PKR dan Amanah turut tersenarai. Bersatu dan Warisan masing-masing mempunyai seorang menteri dari parti tersebut dalam senarai. Waytha Moorthy pula dilantik sebagai menteri atas tiket senator dan selaku pemimpin NGO.

10 Menteri Dengan Undian Terendah Untuk Digugurkan

Dari sudut bertentangan pula, Dr. Dzulkefly Ahmad (Amanah) selaku Menteri Kesihatan mendapat undian terendah untuk digugurkan dengan hanya 12.9% undi. Presiden Bersatu, Muhyiddin Yassin merangkap Menteri Dalam Negeri berada di tempat kedua dengan 16.3% undi diikuti rapat oleh Saifuddin Abdullah (PKR), Menteri Luar Negeri dengan 16.8% undi.

Dr. Maszlee Malik, Menteri Pendidikan yang dikhabarkan paling tidak popular oleh sebuah portal media bagaimanapun mendapat undian kelima terendah dengan hanya 22.4%. Bersatu dan PKR mempunyai paling ramai pemimpin tersenarai dalam kelompok ini, masing-masing tiga menteri diikuti dua menteri Warisan dan seorang dari DAP dan Amanah.

Lapan lagi menteri lain berada dalam kelompok pertengahan, dengan julat undi tertinggi dalam kelompok ini dipegang oleh Zuraida Kamaruddin, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (45%) manakalah undi terendah milik Baru Bian, Menteri Kerja Raya dengan 27.1% undi.

Dapatan ini walau bagaimanapun hanyalah satu pungutan suara mudah namun boleh dijadikan asas untuk menilai rombakan kabinet sebenar yang akan dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan nanti.

NOTA : JADIKAN TEGURAN SEBAGAI PEMBAKAR SEMANGAT UNTUK MELAKUKAN TERBAIK.

Rombakan Kabinet – Siapa Gugur, Siapa Kekal?

Kerajaan perlu guna media rasmi ubah persepsi negatif

 

KUALA LUMPUR, 22 NOV: Kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan Harapan (PAKATAN) disaran menggunakan media rasmi milik mereka dengan sebaiknya, kata pengamal media, Nazri Kahar.

Beliau yang juga editor di sebuah agensi media terkenal di negara ini berkata, seharusnya kerajaan yang sudah memerintah hampir dua tahun itu menggunakan sepenuhnya media dari Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA) dan Radio Televisyen Malaysia.

“Saya lihat media ini masih tidak membawa agenda kerajaan dan tidak menjawab salah faham rakyat terhadap Kerajaan PAKATAN.

“Ia termasuk isu kontroversi mengenai kononnya DAP mendominasi kerajaan, subsidi yang dipotong serta agenda nasional mengenai perumahan.

“Persepsi ini masih tidak dapat dijelaskan sehingga dilabelkan sebagai gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi pembentangan pada Seminar Pasca Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai anjuran ILHAM Centre di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, di sini, hari ini.

Turut sama membentangkan hasil kajian ialah Ketua Penyelidik ILHAM Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim; Felo ILHAM Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid; Pengarah Eksekutif SAUDARA, Lim Hong Siang dan Wartawan Malaysian Insight, Cham Kok Leong.

Pada 16 November lalu, Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada PAKATAN dengan majoriti besar 15,086 undi.

Wee Jeck Seng (BN) mendapat 25,466 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada PAKATAN, Karmaine Sardini (10,380 undi).

Nazri Kahar melontar pandangan ketika sesi pembentangan ketika Seminar PRK Tanjung Piai di Universiti Malaya, Petaling Jaya pada 22 November 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Kerajaan perlu guna media rasmi ubah persepsi negatif