Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

HUKUM MAKAN BERSAMA ORANG KAFIR – Ulamak umnopas berfikiran cetek.

Image may contain: 6 people, people smiling, people sitting and people eating

HUKUM MAKAN BERSAMA ORANG KAFIR

Pagi ini, 11/05/19 saya dapat sekeping gambar dengan satu soalan ringkas : “Salam.Ustaz. .mohon pncerahan ni . .demo buko poso skali ni lagu mano?”

JAWABAN:-
1- Tidak ada sekatan untuk kita makan dengan orang kafir. Nabi Saw pernah datang ke rumah orang dan makan di sisi mereka. Pada masa itu, mereka selalunya makan dalam talam yang sama dan tidak diriwayatkan baginda berasa tidak senang dengan mereka.

2- Ketika Syaikh Bin Baaz rahimahullah di Tanya tentang soalan ini, beliau menjawab; Makan bersama orang lafir tidak haram, apabila ada keperluan mendorong berbuat demikian atau ada masalaht syarak (yang menguntungkan agama), tetapi jangan jadikan mereka sebagai RAKAN, TAULAN atau SHABAT, nanti kamu akan makan bersama mereka tanpa sebab syarei (untuk tujuan dakwah). Namun jika ada keperluan, seperti makan bersama sebagai tamu (menjaga adab dan akhlak) atau untuk mengajak mereka kepada Allah atau kerana sebab-sebab syarei yang lain, maka itu diharuskan.

3- Dalam fatwa Lajnah Da`imah; Sekadar makan bersama orang kafir atau duduk bersama mereka atau bermu`amalah menjual sesuatu kepada nya atau membeli sesuatu daripadanya atau seumpamanya dalam urusan bertukur manfaat dunia YANG TIDAK MEMUDARATKAN ORANG ISLAM pada agama mereka atau dunia mereka .. itu masih belum terkeluar dari garis ajaran Islam.

4- Bahkan berbuat baik kepada dan berbudi kepada mereka tidak dianggap maksiat selagi mana mereka TIDAK MEMERANGI kita orang Islam dalam urusan agama dan mereka belum menjadi musuh perang kepada kita. Allah berfirman; “Allah tidak menegah kamu daripada orang yang tidak memerangi kamu dalam urusan agama dan tidak berusaha mengeluarkan kamu daripada rumah kamu (negara/kuasa) untuk kamu berbuat baik kepada mereka dan berlaku adil terhadap mereka. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang berlaku adil”- al-Mumtahinah/8

5- Mengenai gambar tersebut, ia bergantung kepada status orang kafir berkenaan sama ada dia TIDAK MEMUSUHI ISLAM atau SUDAH JELAS MEMUSUHI ISLAM.. Anda selidik apa yang telah mereka lakukan terhadap Islam dan fikirlah sendiri. Antara perkara yang perlu anda lihat ialah;-

a- Adakah perkara-perkara yang menjadi asas kepada KETUANAN ALLAH, seperti perlaksanaan Hukum Syarak dalam pemerintahan negara disokong atau ditentang?

b- Adakah imej Islam dan tuntutannya dihalang atau dipertahankan dan ditingkatkan?

c- Adakah kedudukan Islam, pemimpin Islam dan umat Islam diancam samada secara terang atau tersembunyi atau sebaliknya?

Sekian, terima kasih.

UMNOPAS TIDAK LAYAK BERCAKAP TENTANG HUKUM INI, KERANA DILUAR MAJLIS MAKAN ATAU BERBUKA PUASA MEREKA  BERGELOMBANG DENGAN DOSA RASUAH DAN PECAH AMANAH. JANGAN BERLAGAK WARAK SEMASA BERBUKA PUASA TETAPI SEPANJANG TAHUN MENCURI DAN MROMPAK WANG RAKYAT.

Jika mereka sanggup makan bersama dan bersama2 memerangi rasuah dan pecah amanah, maka amat boleh duduk makan bersama, sekiranya yang menentang Islam seperti MCA dan MIC serta sebagainya juga boleh duduk makan bersama kerana semasa makan kita boleh zahirkan adab2 makan secara Islam sehingga mereka tertarik kepada Islam. Rasulullah berdakwah tanpa mengkafirkan abu jahal secara terang-terangan, Rasulullah tidak berputus asa berdakwah kepada kaum Quraisy dan yahudi. Perjanjian Hudaibiyah adalah bukti Rasulullah bertolak ansur dengan golongan bukan Islam, walaupun sudah berlaku peperangan. Kita di Malaysia berdakwah bukan kerana Islam tetapi berdakwah supaya orang pangkah parti kita, yang kita namakan dengan nama Islam sebagai perangkap ke[ada umat Islam. Malah kita seolah-olah berdakwah agama Islam, hakikatnya kita berdakwah untuk dipilih menjadi YB dan mendapat gaji untuk periuk nasi kita sendiri.

Kenapa MCA Dan MIC tidak berbuka puasa bersama umnopas ? Marilah kita berdakwah di Jalan Allah dan menyeru kebaikan tanpa mengira masa dan tempat. Hadis Rasulullah SAW yang mafhumnya : Orang yang sentiasa berakhlak mulia akan mendapat pahala sepanjang hayatnya tanpa mengira masa dan tempat.

Allah SWT Maha Kaya Dan Maha Pemurah , Allah SWT Mampu Memberi Pahala kepada semua manusia yang melakukan amal kebajikan tanpa mengira parti atau bangsa. Dengan Aqidah yang betul mereka mendapat pahala dan keberkatan hidup di dunia dan Akhirat, tetapi jika aqidah tidak betul, Allah SWT memberi kerahmatan hidup di dunia. Sekiranya  seseorang bukan Islam melakukan kebaikan dan juga melakukan dosa ( tidak berkaitan makhluk ), apabila masuk Islam Allah SWT memberi pahala kepadanya dengan segala kebajikan yang telah dilakukan sebelum memeluk Islam Dan Allah SWT memaafkan segala dosa yang dilakuknnya sebelum memeluk Islam. Maha Suci Allah SWT dari terpengaruh dengan dakyah sesat umnopas yang memperjudikan agama untuk kepentingan peribadi dan kebendaan dunia semata-mata.