Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Hadi Terus Menunggang Agama Islam Untuk Memuakan Nafsu Serakahnya.

1 HADI JAHAT2 HADI MENIPU

[ ‘ibrah & perjuangan ]

TUNGGANI AGAMA, sepuasnya…

Pak Daeng, bekas Naib Presiden Pas zaman alMarhum Ustaz Fadzil Nor dulu, (kalau tak silap) sekarang masih Pengerusi JK Tatatertib party itu, ketika ziarah awal kami ke rumah beliau pada September 2013 dulu, sebut berkali-kali pada kami;

“Ikhwah, antum kena berani tukar Ustaz Hadi itu daripada terus menjadi Presiden party kita”

Kami tanya kenapa (…dan “siapa” gantinya)?

Maka jawab Pak Daeng;

“Ustaz Hadi itu tak akan rela dan tak akan setuju untuk sesiapa pun jadi ketua pada Pakatan Rakyat hari ini. Dia mahu kita (Pas) saja jadi ketua, dia mahu paksa semua orang ikut kehendak kita. Jadi kalau Anwar jadi Ketua, dia akan cipta pelbagai alasan untuk tolak tahaaluf ini…”

“Kalau antum tak tukar Ustaz Hadi itu sekarang (dengan Presiden baru yg dinamakan orangnya), maka ana bimbang Pakatan Rakyat ini pasti berpecah kelak”

“Sebab ana sangat kenali Ustaz Hadi itu sejak kami dalam Barisan Alternatif lagi, dia adalah seorang yg tak tahu berkawan dengan orang lain”

Ikhwah yg dirahmati,

Kenyataaan Pak Daeng itu adalah antara kisah² awal yang yg saya lakarkan dalam tulisan lampau (2013-2014) “mesti tukar Ustaz Hadi” yg Pak Daeng (Dr Daeng Sanusi Daeng Meriuk) peloporkan sebelum Muktamar 2013 (7 tahun lepas). Khasnya pasca peristiwa khianat kerusi di DUN Kota Damansara dlm PRU13 itu.

Siri ziarah saya ke teratak Pak Daeng (yg lama ditinggalkan oleh party) sebaik pulang dari luar Negara, rasanya hampir 10 kali, sampailah awal tahun 2015 itu, satu yg cukup bermakna buat saya. Banyak ‘ibrah saya dah catatkan, dah kongsikan.

Saya tak hairan, satu per satu lagi alasan dan rekaan hukum terus diciptakan demi memuaskan nafsu politik Tok Guru itu hari ini.

Kalau dahulu dia berhukum pelbagai alasan demi tolak TunM dari jadi calon YB dan jadi PM. Pelbagai kutukan & sindiran dibuat utk tolak TunM.

Lepas itu, dia & party dialah juga yg “menyondol” Pejabat PM dan TunM dan memujanya setiap hari, dan mencipta pelbagai ialasan baru demi menolak pula Pakatan Harapan melaksanakan janji menggantikan TunM dengan Anwar yg kita meterai dengan rakyat itu.

Juga jangan terkejut kelak lepas Anwar naik, benda yg samalah dia ulangi dengan pelbagai alasan agama lain digunakan untuk himpit Anwar pula. Perangai sama Tok Guru itu sejak dulu…

Politik itu satu ‘IBRAH.

#Beruntunglah mereka yg mampu mengamatinya susur galur ‘ibrah itu sebagai pedoman politik hari ini…

p/s –

Ini pertemuan terakhir dengan Pak Daeng dulu…

Isytihar Perang

1 AZAB PEMBOHONG

-Isytihar Perang-

Setelah beberapa hari berfikir dan istikharah, saya buat keputusan untuk publish tulisan ni.

Hari tu saya ada up status ringkas kenapa saya tak up atau share apa² provokasi kaum. Juga ada saya up status ada tulisan saya nak up tapi takut sensitif. Ada yang suruh tulis jawi lah apa lah. Tapi saya nak tulis rumi. So tentang kenapa saya tak mahu up pasal provokasi kaum, pasal cina biadap, pasal terbalikkan bendera (macam isytihar perang sebab dulu DAP bawak penyapu merata isytihar “sapu melayu” sebelum tercetusnya rusuhan kaum 13 Mei),

Hari ni saya jawab.

Jawapannya mudah.

Saya tak bodoh untuk promosikan sebuah “keganasan”.

Memainkan sentimen perkauman bermakna meniupkan api peperangan.

Korang yang tak pernah perang ni tahu ke tak perang tu apa?

Punya sembang lah 13 Mei, 13 Mei, 13 Mei, masalahnya korang tau tak apa tu 13 Mei? Apa berlaku?

Saya berguru dengan beberapa guru yang pernah berperang. Mereka ajarkan saya, perang bukan pilihan, ianya terjadi. Bukan dicari. Jangan sekali-kali mencari perang. Kamu bakal ustaz, bakal pemimpin masyarakat, kamu kena ajarkan umat supaya elak perang kerana perang adalah fitnah iblis. Memang iblis sudah sumpah untuk sesatkan kita.

Perang adalah antara dosa yang paling besar. Apabila perang berlaku, segala rule of law akan terhapus. Kita SEMUA akan berada dalam situasi “self survival”. Manusia akan keluar segala sifat binatangnya.

Tiada lagi undang-undang, semuanya bebas dilakukan.

Boleh pecah rumah, pecah supermarket, boleh culik orang, boleh rogol orang, boleh sembelih sesiapa sahaja, boleh curi apa sahaja. Bekalan air, elektrik, makanan, internet, akan terputus. Lembu, kambing, ayam akan dicuri. Hidup akan jadi berkelompok dan masing-masing jadi brutal. Kelompok mana yang kuat, dia kuasai kawasan. Tiada siapa boleh tidur malam kerana bila² masa rumah akan dipecah masuk oleh orang asing untuk merompak, mencuri, menyembelih, merogol.

Inilah PERANG. Inilah DARURAT.

Orang yang pernah merasa perang, tidak akan mahu ianya berulang.

Kita rasa kita hebat, kita rasa kita kuat, kita rasa kita majoriti, kita rasa boleh menang.

Tapi setiap perang pasti akan ada “Collateral damage”. Macam mana dengan nasib wanita, kanak-kanak, orang tua dan orang-orang lemah lainnya?

Hospital, sekolah, pejabat, bank, semuanya akan ditutup.

Macam mana dengan harta dalam bank? Bank dah kena rompak.

Kemungkinan duit pun dah tak laku, hanya sistem barter yang laku sebab orang bandar mana ada tanah nak tanam padi, bela lembu ayam. Jadi terpaksa bergantung makanan dari supermarket semata-mata.

Saya mengembara melihat dunia, saya melawat ramai mangsa perang, saya melawat negara kaya dan miskin.

Orang mangsa perang selalu berpesan supaya jangan sekali-kali mulakan perang. Sebab bila ia mula, akan makan bertahun-tahun.

Orang luar akan bebas keluar masuk seperti di Syria. Boleh culik ramai anak dan wanita kita untuk dijual sebagai hamba dan pelacur atau dijual organ seperti yang berlaku pada rakyat Syria.

Memang senang nak provok. Share video racist, share bangsat² Zionist funded dari parti Komunis punya provokasi. Biar semua mengamuk.

Memang. Memang mereka harap kita mengamuk. Supaya perang berlaku, darurat berlaku, kekecohan berlaku, jadi sempadan boleh dibuka untuk “tuan²” mereka keluar masuk tanah Melayu untuk assassinate “individu tertentu” tanpa dikesan atau dikenakan tindakan undang-undang memandangkan negara sedang “darurat” dan “perang”. Siapa sahaja boleh mati di tepi jalan sebagai mangsa perang. Tiada siapa akan fikir ia pembunuhan terancang atau konspirasi pihak tertentu.

Makanya, saya tidak lakukan apa-apa provokasi terutamanya keganasan, perang kaum, sembang gajah terbang 13 Mei. Kerana saya TIDAK BODOH.

Korang pun tahu dengan izin Allah tulisan saya boleh mempengaruhi orang. Anytime saya boleh tulis sesuatu untuk membentuk batalion² perang. Kalau zaman Jepun dulu mereka guna suratkhabar, guna poster dan propaganda pada orang ramai. Asia For Asia katanya. Boleh menghasut orang ramai dengan flyers Dan lain². Zaman sekarang pulak orang guna media sosial.

Jadi saya tidak sewenang-wenang boleh tulis sesuatu yang kesannya buruk. Sebab saya orang agama. Saya ada guru tareqat, ada guru tasawuf, ada kesan yang saya kena fikir. Bukan boleh main ikut nafsu nak tulis dan provok. Saya hanya boleh guna pengaruh yang ada untuk ajak manusia pada Allah, tauhid yang benar, sunnah nabi, cinta dan sayang nabi. Dan kalau berlaku juga perang, ya sudah, kami sudah sedia bersama hizib² perang dan rabitah² bersanad kami.

Umat Islam itu penyayang dan lemah lembut, tapi bukan pengecut. Umat Islam tidak mengganggu dan provokasi tetapi kalau berlaku keganasan, mereka sudah siap sedia pertahankan diri, harta dan maruah.

Saya tinggal dengan orang Arab di negara Arab, kiri kanan atas bawah saya semuanya jiran Arab mangsa perang dari Iraq dan Syria.

Saya lihat dan rasai sendiri pedihnya hidup mereka merempat di negara orang.

Yang paling sedih, peperangan telah mengakibatkan ramai umat Islam jadi murtad, atheist, tiada agama dan tak kenal siapa Allah Rasul.

Sangat sedih bila tunjukkan pada anak² Syria kalimah Allah dan tanya apa ini, mereka jawab tak tahu.

Kalau perang berlanjutan selama 7 tahun, bayi yang lahir pada awal perang akan membesar 7 tahun tu dalam keadaan jahil, barbaric, brutal, tiada belas kasihan dan jadi penjenayah, kerjanya hanya mencuri dan mencarut. Ramai juga yang terlibat dadah untuk cari ketenangan.

So, ini ke yang korang nak?

Korang boleh jaga ke anak perempuan, isteri, saudara perempuan, ibu, nenek korang dari kejahatan manusia?

Kalau anak perempuan korang kena culik dan dijadikan hamba seks tentera kafir macam di Syria dan Iraq, apa korang boleh buat?

Korang pernah tengok manusia dilapah hidup-hidup?

Pernah tengok ke sekumpulan manusia tangkap lelaki dari satu kampung dan bunuhnya perlahan-lahan dengan korek² dadanya dengan pisau untuk keluarkan jantungnya?

AKU PERNAH.

Walaupun bukan live depan mata.

Saya ada ramai kawan mangsa perang yang kongsikan video yang mereka dan rakan mereka rakam sendiri keganasan² yang berlaku akibat perang. Dan mereka juga adalah saksi mata kepala segala kekejaman tu.

Ada yang tengah jalan-jalan dengan isteri dan anak perempuan, tiba² si bapa kena sniper, pecah kepala. Anak dan isteri diculik untuk dijadikan pelacur.

Ada yang dah geram lama kat sorang perempuan ni, tapi perempuan tu dah kahwin. Bla perang berlaku, dia carik perempuan tu, culik dan jadikan hamba seks dia.

Ada yang dah lama geram dengan jiran dia. Bila perang berlaku, dia sembelih jiran dia.

Sebab mereka tahu, mereka sudah outlaw. Ketika perang, tiada lagi law, tiada polis, tiada mahkamah, tiada undang-undang. Silap² dengan polis dan tentera pun jadi jahat, nak selamat kena rasuah, serah body dan lain-lain. Ni semua berlaku di luar negara.

Undang-undang mana nak lindungi korang waktu perang?

Polis, tentera semua akan sibuk berperang jugak.

“Habis tu, tak kan nak biar kaduk naik junjung, kita ada maruah, kita bukan pengecut.”

Hello brother.

Aku Melayu. Ini tanah Melayu. Kita ada Sultan Melayu. Hanya Sultan kita sahaja boleh keluarkan arahan jihad. Selain mereka, jihad korang tak sah. Mati katak je.

Tu satu.

Keduanya. Aku Melayu. Ini tanah Melayu. Ada sebab kenapa keturunan kita sentiasa bertolak ansur dan bersabar dan biarkan je apa orang asing nak buat apa mereka suka. Mereka bakar masjid, baling kepala khinzir dalam masjid, hina nabi, hina Allah, bunuh bomba, bunuh ahli bait, marah azan, hina Jawi sebagai taik lembu, mereka boleh provok apa mereka suka. Mereka memang dibayar untuk semua tu dan terima arahan dari “supreme leader” diorang. Keturunan kita, Sultan kita, nenek moyang kita, terus layaaaannn aje. Hingga dalam sejarah dunia, kitalah satu²nya bangsa yang paling tolak ansur.

British kita maafkan, Jepun kita maafkan, Cina Komunis pun kita maafkan siap bagi kerakyatan, daftarkan parti politik untuk mereka , siap bagi undi jadi menteri lagi untuk anak keturunan mereka yang satu masa dulu menyembelih nenek moyang kita.

Kita bertolak ansur, move on dan biarkan je. Semua tu ada sebab. Bahkan walaupun bangsa kita ditindas dan ditindas, kita tak pernah terhapus, melayu dulu dan sekarang sama je. Walaupun melayu suka kutuk Melayu, bangsatkan sesama melayu, tapi time kahwin, pakai busana Melayu siap keris jugak. Waktu raya, pakai baju melayu siap sampin jugak. Pergi surau tetap dengan baju melayu dan kain pelikat, sama je sejak dulu sampai sekarang.

Tak kan melayu hilang di dunia tu bukan saja² disebut.

“Habis tu? Sampai bila nak sabar? Sampai habis semua hilang? Tiada lagi hak atas tanah sendiri?”

Tak… Buatlah apa pun. Demi Allah hal itu tidak akan berlaku.

Sekali lagi saya tegaskan, tanah ini tanah Berdaulat. Tanah ini bertuan. Tanah ini ada tuannya yang menjaga. Tiada orang asing yang berjaya memiliki tanah ini kecuali sementara. Bertukarlah berapa ratus bangsa pun menjajah. Tetap akhirnya tanah ini kembali jua kepada tuannya.

“Jadi tak kan nak biar mereka hina kita? Sampai bila? Kita kena ajar mereka!”

Bodoh. Ini pemikiran bodoh dan iblis.

Sekumpulan anak² dajjal yang Zionist funded ni buat hal, pastu nak bunuh berjuta orang lain yang tak terlibat hanya kerana mata mereka sama sepet? Atau kulit mereka sama hitam?

Tahu apa tu marah nyamuk bakar kelambu?

Korang tak ada kawan bangsa lain ke atas muka bumi ni? Makan gelak bersama, tiba-tiba kau nak bunuh dia? Hanya kerana mata dia sepet atau kulit dia gelap? Hancur sebuah keharmonian dan persahabatan sekian lama?

Saya ramai kawan Cina, India, Bengali, ada yang muslim ada yang belum muslim. Saya sayang mereka. Kami saling menghormati. Korang ada tak? Ke korang tak bercampur?

Lagi² Cina dan India di Kelantan yang mempunyai kadar racism yang rendah berbanding negeri lain. Cina India kat sana jangankan bahasa Melayu, loghat Kelantan pun pekat. Kalau negeri lain, bahasa Melayu standard pun tergagap, yang jadi menteri pun pelat teruk.

Saya tengok di sesetengah tempat di utara pun ramai Cina India yang cakap loghat utara sama pekat dengan orang tempatan. Kadang nampak mereka lebih “Melayu” dari Melayu. Mereka lebih pandai Jawi dari kebanyakan Melayu lain.

Saya jumpa Cina di Melaka dulu tengok anak beranak cakap Melayu. Bila dengan mak bapak, cakap Melayu. Tapi sesama anak cakap Cina. Pelik pulak. Bila kenal² dan tanya, rupanya mak ayah keluarga tu tak reti cakap Cina walaupun mereka pure Cina. Tapi anak² pandai cakap Cina sebab masuk sekolah Cina.

Macam mana pula dengan muallaf? Oh muallaf takpa, dia saudara Islam kita. Tapi muallaf tu ada saudara yang belum Islam jugak, so macam mana? Diorang pun tungkus lumus tunjuk akhlak, dakwah dan menyentuh hati saudara² belum Islam lain kepada Islam. Tiba-tiba dah jadi rusuhan kaum, semua kena?

So yang jenis tak racist macam ni kau nak lancar perang jugak?

Sebab kalau dah lancar perang atas nama kaum. Tentulah yang tak bersalah pun tiba² kena sembelih. Bila huru-hara berlaku, tiada lagi “damage control”.

So kena paham permainan Iblis Dajjal ni betul-betul.

Biasanya mereka create war menggunakan “a group of people” yang claim diri “mewakili” sesebuah kelompok besar. Kadangkala “suara” tu diterima oleh beberapa kelompok yang lain tapi sekadar sokongan dari jauh.

Illuminati telah create group² ni untuk manusia berbunuhan dengan skala besar.

Contoh. Mereka cipta group Zionist yang kononnya mewakili bangsa Yahudi. Padahal mereka cuma satu pertubuhan ekstrimis yang guna nama agama Yahudi. Jadi ramai sekali Yahudi sebenar menentang fahaman Zionisme dan negara haram Isra*l tu. Di Amerika para Yahudi sebenar selalu berkumpul buat bantahan pada Zionist. Maka kesan dari kumpulan kecil ekstrimis ni yang claim mewakili bangsa besar, maka seluruh Yahudi dibenci dan bila² masa akan cetus perang.

Begitu juga mereka cipta teroris ISIS. Kononnya mewakili Islam. Padahal ianya sekelompok ekstrimis yang membawa fahaman Wahhabi Jihadi dan fokus mereka lebih kepada membunuh muslim tak sefahaman. Mereka menyerang negara² Islam sahaja. Kalau ada negara kafir yang mereka sedang, itu cuma serangan kecil dan umpama “wayang” sahaja yang mereka adalah sekumpulan pengganas yang membunuh sesiapa sahaja. Disebabkan mereka, habis semua muslim sedunia difitnah, berlaku Islamophobia sampai ramai yang takut dan paranoid dengan muslim. Sampai jadi kes bunuh dalam masjid di NZ dan lain-lain negara.

Begitu juga di Malaysia, ada kumpulan tertentu yang ekstrim dan sangat racist bekerja keras untuk kuasai negara dan anggap mereka mewakili satu bangsa lalu melakukan provokasi-provokasi kepada bangsa lain untuk menumpahkan darah. Jadi disebabkan mereka, seluruh bangsa dianggap jahat, racist seperti mereka dan mesti dibunuh/dihalau. Padahal kumpulan tu je yang ekstrim dan racist dan berperangai Komunis, majoriti bangsanya pulak hanya jadi “mangsa penipuan” sebab kumpulan tu tabur janji manis. Jadi nampak macam “betul” kumpulan itu mewakili seluruh bangsa. Padahal dah mula di kalangan bangsa tu dah sedar yang mereka pun kena game, disebabkan permainan racist kumpulan tu, maka bangsa mereka semakin dibenci, produk mereka diboikot, banyak perniagaan mereka yang dulu gah kini terpaksa ditutup. Bila kumpulan tu dimarah, dengan mudah mereka spin dan salahkan orang lain.

So, konsep deception a group of people represent the whole nation ni adalah fitnah besar untuk manusia yang sengaja dibuat untuk menumpahkan darah.

So kalau nak benci, benci hanya pada kumpulan teroris, racist dan Komunis tu je. Bukan pada seluruh bangsa. Itu tak cerdik namanya.

“Mereka kafir, bunuh je.”

Kata guru kami, mana² muslim yang berfikir seperti ini, adalah anak² iblis.

Sebab orang kafir kalau kita bunuh, mereka akan terus ke neraka tanpa bicara dan kalau kita dahagakan sangat nak hantar umat nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم ke neraka, fahamilah hanya 1 makhluk sahaja yang telah bersumpah akan bawak seramai mungkin anak Adam ke neraka.

Iaitulah Iblis.

Jadi kalau kau begitu gembira menghantar anak Adam ke neraka, apa beza kau dengan Iblis?

“Habis tu nabi dan sahabat dulu pun pergi perang.”

Kau pun sama termakan hujah orientalis yang kononnya agama Islam tersebar dengan pedang dan pertumpahan darah.

Padahal Rasul kita mengelak seboleh mungkin daripada perang sebab perang itu fitnah.. Selagi boleh bincang, mereka bincang. Tapi kalau dah kena serang, nak cangak apa lagi? Pertahan diri lah cerdik. Bahkan tidak sedikit yang masuk Islam ketika berperang.

Waktu perang pun masih berdakwah!

Jadi dalam fikiran mereka, mereka nak orang kafir ini masuk Islam, bukannya fokus mereka nak hantar kafir² ini ke neraka. Orang kafir serang mereka jadi mereka terpaksa pertahan diri.

Kita pulak?

Kita pulak yang buat provokasi dan nak perang berlaku.

“Ala sembang pumpang pumpang semua orang boleh, aku jumpa ramai orang macam kau, asyik bahas masalah, tapi tak bagi penyelesaian.”

Ok, penyelesaian dia simple . 2 step je.

1. Sabar dengan segala provokasi dari ejen Zionist ni, mereka tak akan berhenti provok, habis isu ni, isu baru pulak next week, next month, next year. Kerana mereka memang nak perang berlaku kemudian akan ada campur tangan kuasa luar, PBB dan lain-lain yang akhirnya akan gugat kuasa raja-raja Melayu dan mungkin perlembagaan baru diperkenalkan dengan dibuang hak² istimewa bumiputera oleh PBB kononnya demi kedamaian. Pastu diberi pula autonomi seperti yang berlaku di banyak negara seperti Sudan, Palestin dll yang akhirnya akan membentuk negara sendiri, diiktiraf pulak oleh Amerika dengan buka kedutaan. Lalu bumiputera akan dihalau, tanah dirampas, rumah dirobohkan, seperti yang berlaku di Palestin. Saya dok bagi hint lama dah tak paham². Ni saya cakap direct, kalau tak paham jugak, saya tak tau nak cakap apa dah. Keselamatan saya sekeluarga pun mungkin terancam sebab ni tapi untuk elak yang lebih buruk berlaku, kita ambik mudarat yang lebih kecil.

2. Kuasa mereka terletak pada penguasaan ekonomi. Naik kepala sebab rasa diri kaya. Semua kononnya perlukan mereka. So, senang je. Kempenlah buy muslim first. Eh Tak, saya tak hasut atau suruh boikot. Tak… Saya suruh sokong produk muslim je. Paham² sendiri lah. Saya tak kata sokong produk “Melayu” sahaja, tapi produk Muslim. So kita tak racist kan? Saudara² Islam kita tetap saudara walaupun lain bangsa.

Ni penyelesaiannya.

So macam mana?

Nak kembali bangkit secara aman sebagai bangsa yang hebat macam dulukala atau lancar perang yang akan musnahkan negara, harta dan keluarga kita? Korang nak ke anak perempuan korang dilacurkan kepada tentera Komunis?

Zakuan Faiz Selempang Merah a.k.a “Macai Sultan Dulu Kini Selamanya”
20 Ogos 2019
Tanah Syam

*Gambar sekadar hiasan yang bermakna. Kena tangkap sorang, tumbuh yang lain macam kanser.

*Jangan rasa selesa dengan istilah “majoriti” sebab majoriti akan kalah dengan strategi, lagipun majoriti hanya atas kertas. Pada realiti? Berapa ramai tali barut dan berapa ramai “pelancong hilang”? Ingat diorang tak buat persediaan atau ambik pengajaran dari peristiwa lepas?

*Kalau berlaku perang. Rileks. Biar ATM dan PDRM setelkan, kita jangan keruhkan keadaan. Tunggu arahan ATM dan Sultan apa nak buat.

*Kita hanya bersedia, bukan provokasi dan tambah garam ke luka. Penuhkan diri dengan ilmu dulu.

Kredit : Fb Zakuan Faiz C&P

Hadi Semakin Meroyan Kerana Tak Dapat Jadi PM

1 JEMAAH SESAT

Ustaz Hadi ni..

• Pak Lah jadi PM, dia sokong Pak Lah. Nak tubuh unity government. Mujur Tok Guru Nik Aziz gagalkan.

• Najib jadi PM, dia sokong Najib. Punya la dia sokong, sampai melingkup kuasa Najib dan Rosmah.

• Dr Mahathir jadi PM, dia sokong Dr Mahathir. Kesian, baru tadi melingkup impian kerajaan pintu jamban.

• Lepas ni, kalau betui Anwar jadi PM, orang kata dia akan sokong Anwar pulak. Hahaha.. Orang la kata😆

• Kalau Lim Kit Siang jadi PM, ada orang kata Kit Siang pun dia akan sokong😆😆😆

Dia sendiri, tak dapat2 nak jadi Perdana Menteri..

Hakikatnya Tol Telah Dimansuhkan Semenjak 2018 Tanpa Rakyat Sedari

2 DOSA SAHABAT DGN PEROMPAK

Dalam belanjawan 2018.. Najib mengumumkan dua pondok Tol dimansuhkan.. kutipan tol di Sungai Rasau dan Batu Tiga, Selangor.. Berapa Kos yang Kerajaan perlu bayar pampasan masa tu, RM 2 Billion..

Bayangkan Kerajaan terpaksa bayar Rm 2 Billion pampasan bersamaan RM102 juta setahun dengan jumlah tempoh berbaki 20 Tahun.. sedangkan Tol itu sepatutnya tamat konsesinya 2018.. dan pintu Tol itu hanya dengan nilai RM 1 sekali bayaran..

Tapi dalam Pengstrukturan semula Plaza Tol Seluruh Negara.. Kerajaan hari ini tidak ada klausa kenaikan Tarif Tol, Tidak ada pampasan yang dibayar ..boleh kata hampir semua Plaza Tol yg kerajaan,KWSP ada kepentingan kadar tolnya diturunkan 18%..

Antara yang diturunkan termasuk lah kadar tol di jambatan Pulau Pinang.. Kalau rakyat Pulau Pinang pula akan dapat tambahan Diskaun, dari bayaran Rm 7 kepda RM 4.. cuma dalam perjanjian baru tempoh Konsesi ditambah..

Kalau pintol Tol yang kadar bayarannya RM 1 Kos pemansuhan sudah RM 1 Billion.. Agaknya berapa nilai dan kos yang terpaksa dibayar Kerajaan untuk Mansuhkan semua plaza Tol.. Mungkin Plaza Tol Utara Selatan sahaja menelan kos lebih RM 30 Billion dan keseluruhan plaza Tol adalah RM 100 Billion..

Buat masa ini sudah pasti Kerajaan tidak ada kemampuan.. Kalau ada pun reab Tunai adan sumber kwangan yg boleh guna, Apakah Muansabah kerajaan gunakan RM 30 Billion hanya untuk mansuhkan Tol sedangkan jumlah RM 30 Billion itu kerajaan boleh bagi kepada 300 ribu rakyat rumah yang bernilai RM 100 ribu atau Kereta proton X70 kepada mereka secara perucma.. hampir mustahil..

Bayangkan, Zaman Najib ditandatangani perjanjian baru dengan PLUS.. Bila Kerajaan pegang ekuiti..antara perjanjiannya kenaikan tarif Tol setiap 3 tahun dan pampasan.. Tangguh saja setia 3 Tahun kerajaan perlu bayar setiap tahun hampir RM 1 Billion..

Ada yang tanya ? Jadi Bila kerajaan dan lanjut konsesi 20 Tahun, Takdalah Tol percuma.. Kena tunggu 30 tahun lagi lah… Tidak juga.. Bayangkan, Kerajaan PH hari ini boleh membatalkan Perjanjian kenaikan setiap 3 tahun dan Pampasan kepada PLUS.. Kenapa tidak.. kita boleh mansuhkan tempoh Konsesi bila Kerajaan ada kemampuan kewangan..

Jadi apakah hasrat Kerajaan untuk Bagi Tol Percuma hancur musnah.. InsyaAllah….peluang bagi genarasi hadapan untuk menggunakan highway tampa tol akan dapat direalisasikan jika tadbir urus dana negara tidak di selewengkan..jika sekiranya baru ada lebihan 4juta udah semua exco pakai merc..jgn harap le nak tol free..