Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

MELIHAT NIAT JAHAT SEBENAR UMNO

1 RENUNGAN MELAYU

MELIHAT NIAT JAHAT SEBENAR UMNO

Mantan MB Terenganu Ahmad Said berkata …

UMNO telah memerintah Msia selama 57 years dan masih bercerita penting nya menjaga kepentingan hak org melayu .. Malayu terancam … Malayu hidup dibawah kemiskinan dan mcm mcm lagi,Ahmad said ingin bertanya .. 57 tahun UMNO memerintah Negara Islam sebagai agama rasmi kita ,Apa yg UMNO buat selama ini, jika benar agama kita terancam atas dasar apa? Di sini fakta,

1) Malaysia ada 9 Sultan dan Raja, dan semuanya Melayu dan

2) PM & DPM, memegang kekuasaan tertinggi Negara, semuanya melayu

3) sejak 1974,Kementerian kewangan adalah org melayu

4)selain pulau pinang, semua ketua menteri dan menteri Besar semuanya melayu

5) Majoriti menteri2 pusat adalah melayu,menteri yg menjaga Kementerian yg penting diketuai oleh org melayu,

6) dari 222 ahli Parlimen lebih dari 50% adalah melayu

7) lebih dari 93% pekerja jabatan kerajaan dari kakitangan rendah hingga pegawai tinggi org melayu. Malays.

8) dasar ekonomi baru yg (DEB)adalah untuk manfaat org melayu,

9) 80% koata tanah dikhaskan untuk org melayu

10)ada diskaun istimewa untuk pembelian rumah dan saham untuk org melayu

11)jawatan tertinggi di semua sektor dan cawangan ketenteraan dan Polis ialah org melayu,

12)syarikat bukan kerajaan (GLC)dikawal oleh org melayu,Ahmad said mempersoalkan bagaimana org melayu yg mempunyai kuasa penuh di semua intitusi penting dan menjadi tunjang politik Negara, bagaimana boleh dikatakan org melayu terancam dan ekonomi dalam kehidupan sosial diancam bahaya oleh kaum minoriti.

Sebenarnya pemimpin UMNO dan kroni2 yg tamak haloba sanggup berbohong dan membuli org melayu,dan menjadikan org dan Cina sebagai mangsa, Ahmad Said menyeru org Malayu Agar bangkit dan melihat niat jahat syaitan sebenar UMNO.

Terbukti Najib Manusia Pengkhianat Kepada Agama Dan Bangsa Yang Dilindungi Oleh Ulamak Umnopas.

Image may contain: 5 people, people smiling, text

Mufti Perlis selar cubaan hapus bukti, tipu laporan audit

Image may contain: 1 person, text

1 MAZA LRG KHIANAT1 NOR SALWANI1 SALAHUDDIN HERO1 TUN M DAN ANWAR1 6 JAHANAM KHADAM MCA

Mufti Perlis selar cubaan hapus bukti, tipu laporan audit

Lega bila muhaddith/faqih dah mula ada suara di atas kebenaran yang lebih adil dan majmu’.

Sebelum perbicaraan, tiada siapa pertikai ketulenan tandatangan Najib

‘Sebelum perbicaraan, tiada siapa pertikai ketulenan tandatangan Najib’
Okt 22, 2019 (Dikemaskini Okt 22, 2019)
Hariz Mohd

KES NAJIB | Syarikat-syarikat yang didakwa terlibat dalam proses pemindahan RM42 juta daripada SRC International sehingga ia sampai ke akaun AmBank Najib Razak “semua agak gembira”, sehinggalah bekas perdana menteri itu didakwa di mahkamah, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu hari ini.

Ketika penghujahan pendakwaan, DPP V Sithambaran berkata hanya Najib yang mempertikai ketulenan tandatangannya yang membenarkan pemindahan RM32 juta keluar dari akaunnya pada Disember 2014 dan Februari 2015.

Malah pada ketika itu pun, katanya, isu tandatangan Najib hanya berbangkit kemudian (afterthought) kerana Najib tidak pernah membuat apa-apa rungutan berkenaan perkara itu sebelum perbicaraan.

Kata Sithambaran lagi, pemindahan RM42 juta daripada SRC International dan Gandingan Mentari Sdn Bhd (GMSB) menggunakan tandatangan elektronik (e-signature), atau menurut pendakwaan tanda tangan ‘cut and paste’, tidak pernah dipertikai syarikat itu.

“Bank dibenarkan untuk menerima tanda tangan seumpama itu selaras dengan surat perlindungan (letter of indemnity) dan disahkan oleh (bekas pengurus perhubungan AmBank) Joanna Yu.

“Tidak pernah ada apa-apa dakwaan berkenaan kemasukan atau pengeluaran wang yang salah daripada SRC International dan GMSB berdasarkan tandatangan ‘cut and paste’ ini.

“Kegagalan mempertikai tandatangan ‘cut and paste’ ini ialah pengakuan oleh syarikat tersebut bahawa transaksi dana jutaan ringgit dibuat dengan kebenaran dan autoriti setiap syarikat.

Sehingga hari ini, pemindahan jutaan ringgit ini tidak dicabar oleh SRC dan GMSB. Hanya tertuduh yang mempertikai tandatangan ketika perbicaraan.

“Tiada siapa yang mengambil tindakan dan semua agak gembira, sehinggalah perbicaraan ini bermula. Saya menganggap ini tidak lebih sekadar afterthought (hal yang difikirkan kemudian),” katanya.

‘Wang telah digunakan’

Pihak pendakwaan juga menyangkal dakwaan pembelaan bahawa Jho Low mungkin memalsukan tandatangan Najib di dokumen bank, yang berkaitan dengan ‘transaksi terbalik’ kepada Permai Binaraya Sdn Bhd (Rm37 juta) Putra Perdana Construction Sdn Bhd (RM5 juta).

Ketika pemeriksaan balas dengan Yu, pihak pembelaan cuba menunjukkan Jho Low sebagai perancang untuk menterbalikkan transaksi sebanyak RM32 juta itu.

Joanna Yu
Sithambaran berhujah yang Najib tahu tentang transaksi itu kerana penyata bank diberikan kepada pemegang mandat akaunnya (Nik Faisal Ariff Kamil) tetapi bank tidak disaman kerana membuat silap transaksi.

“Malah ketika tertuduh menutup akaunnya pada Mac 2015, dia tidak bertanya kepada bank berkenaan RM32 juta yang ‘hilang’ dari akaunnya.

“Maka tertuduh tidak boleh mengubah pendiriannya – dengan berkata ia adalah (transaksi) ‘reversal’ tetapi pada satu ketika berkata dia tidak tahu apa-apa kerana tidak menandatangani P277 (dokumen berkaitan).”

Mahkamah juga diberitahu yang wang yang dikatakan masuk ke akaun Najib daripada keluarga diraja Saudi telah habis digunakan sebelum RM42 juta daripada SRC International masuk ke akaun itu.

Menurut Sithambaram, keterangan Yu mengesahkan bahawa sejumlah RM160 juta yang dimasukkan ke akaun Najib dengan nombor akhir 880 telah digunakan sepenuhnya sebelum 30 September 2014.

Akaun sama memiliki baki RM848,242.89 pada 26 Disember 2014, sebelum sejumlah RM27 juta daripada Ihsan Perdana Sdn Bhd dimasukkan ke akaun itu.

Jho Low atur bayaran deposit keselamatan untuk diseleweng

1 PENIPU AAAA1 PENIPU AAA1 PENIPU AA1 PENIPU A1 4 perkara akan ditanya1 BANGSA KU A1 KERIS UMNO LAYU1 KEJAYAAN SYAITAN1 SUARA SYAITAN

1 Khadam Terbaru Umno

 

Jho Low atur bayaran deposit keselamatan untuk diseleweng

Mahkamah Tinggi di sini hari ini diberitahu bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mengatur pembayaran deposit keselamatan berjumlah AS$576, 943, 490 kepada Aabar Investments PJS (Aabar) bagi pengambilalihan Tanjong Energy Holdings Sdn Bhd (TEHSB) bertujuan untuk diselewengkan.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata demikian pada perbicaraan hari ke-15 kes Najib melibatkan dana 1MDB.

“Kesimpulannya pengambilalihan TEHSB selesai melalui pembiayaan menggunakan pinjaman penyambung berjumlah RM6.17 bilion dan terbitan bon berjumlah AS$1.75 bilion. Terdapat lebihan yang banyak daripada hasil pembiayaan untuk pengambilalihan tersebut.

“Namun saya ingin tegaskan bahawa saya langsung tidak tahu menahu bahawa lebihan wang untuk pembayaran deposit keselamatan berjumlah AS$576,943,490.00 kepada Aabar adalah untuk diseleweng,” katanya.

Menurutnya, ia dibuat secara niat baik berdasarkan dokumentasi yang disediakan oleh Jasmine Loo (peguam 1MDB), Terence Geh (pengarah 1MDB) dan Tim Leissner (Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Asia).

“Saya pasti tidak akan meluluskan kiriman wang tersebut sekiranya saya tahu bahawa ia adalah untuk diseleweng.

“Setelah penyiasatan dilakukan barulah saya tahu yang deposit keselamatan ini diaturkan oleh Jho Low untuk membolehkan wang 1MDB masuk ke dalam akaun yang dikawal olehnya untuk tujuan penyelewengan,” katanya.

Terdahulu ketika dirujuk kepada ‘1MDB board meeting minutes 4/2012’ bertarikh 18 Jun 2012 oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram, saksi pendakwaan kesembilan itu berkata dalam mesyuarat tersebut beliau membentangkan mengenai transaksi pengambilalihan 100 peratus ekuiti TEHSB sudah pun selesai.

“Selain itu saya juga ada membentangkan mengenai pengarah serta urusan maklumat kewangan TEHSB. Antara maklumat penting adalah Pengerusi TEHSB adalah Datuk Wan Ahmad Shihab iaitu Pegawai Khas Perdana Menteri masa itu iaitu Najib.

“Nama beliau (Datuk Wan Ahmad) dimajukan oleh Jho Low kepada saya. Selain itu Mohamed Ahmed Badawy Al-Husseiny iaitu CEO Aabar Investments PJS juga seorang pengarah dalam TEHSB. Ini adalah satu lagi faktor semasa itu yang meyakinkan saya akan kesehahihan hubungan 1MDB dengan Aabar,”

 

https://www.sinarharian.com.my/article/49938/BERITA/Mahkamah/Jho-Low-atur-bayaran-deposit-keselamatan-untuk-diseleweng?fbclid=IwAR3JPkWM2C_3fz4KP27ohZTpQr09RhE44B0HppewbbX9VgIBtS-qiwGZlK8

Lebihan bayaran deposit keselamatan US$790,354,855 masuk ke akaun Najib

Lebihan bayaran deposit keselamatan US$790,354,855 masuk ke akaun Najib

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa lebihan bayaran deposit keselamatan berjumlah US$790,354,855.00 kepada Aabar Investment PJS Ltd (Aabar) yang dibayar oleh 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dimasukkan ke akaun milik Datuk Seri Najib Tun Razak untuk tujuan penyelewengan.

Bekas Ketua Pegawai Eksekutif 1MDB, Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi, 49, berkata demikian semasa membacakan pernyataan saksinya pada har ke-15 perbicaraan kes Najib membabitkan dana 1MDB.

“Kesimpulannya, pengambilalihan Genting (Genting Sanyen) telah selesai melalui pembiayaan menggunakan bridging loan berjumlah RM700 juta dan terbitan Bon berjumlah US$1.75 bilion. Saya akui memang terdapat lebihan yang sangat banyak daripada hasil pembiayaan untuk pengambilalihan tersebut,” katanya.

Bagaimanapun saksi pendakwaan kesembilan menegaskan bahawa beliau langsung tidak tahu menahu bahawa lebihan wang untuk pembayaran deposit keselamatan berjumlah US$790,354,855 kepada Aabar adalah untuk diseleweng oleh pihak lain.

“Pembayaran deposit keselamatan itu dibuat secara penuh percaya berdasarkan dokumentasi yang disediakan oleh Jasmine Loo (peguam 1MDB) Terence Geh (Pengarah 1MDB) dan Tim Leissner (Ketua Pegawai Eksekutif Goldman Sachs Asia).

Setelah penyiasatan dilakukan barulah saya tahu yang deposit keselamatan ini diaturkan oleh Jho Low (ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho) untuk membolehkan wang 1MDB masuk ke dalam akaun yang dikawal olehnya untuk tujuan penyelewengan yang seterusnya dimasukkan ke akaun milik Najib.

Sekali lagi, Jasmine Loo sebagai pegawai yang dipertanggungjawabkan, telah datang kepada saya untuk membentangkan dapatan dan dokumen yang banyak bagi menunjukkan aspek teknikal kewangan dan proses pelaburan sepertimana sebelum ini, pemerolehan Tanjong Energy Holding Sdn Bhd (TEHSB).

Beliau menunjukkan dokumen yang meyakinkan saya bahawa 1MDB perlu membayar kepada Aabar Investment PJS Ltd sebanyak US$790,354,855 yang ditanggung melalui lebihan terbitan Bon US$1.75 bilion sebagai deposit keselamatan kepada International Petroleum Investment Co (IPIC) yang merupakan penjamin Bon tersebut,” katanya semasa pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Kanan Datuk Seri Gopal Sri Ram.

Saksi penting pendakwaan itu berkata itu merupakan tindakan yang sama sepertimana beliau menyatakan alasan dalam remittance TEHSB sebelum ini yang 1MDB perlu lagi sekali membayar deposit keselamatan kepada anak syarikat IPIC iaitu Aabar sebagai cagaran dan akan dipulangkan semula selepas tawaran awam permulaan (IPO).

Beliau berkata seperti transaksi TEHSB sebelum ini, beliau beranggapan yang bayaran itu sudah dipersetujui oleh dua-dua belah pihak iaitu IPIC dan pemilik saham 1MDB dan Perdana Menteri iaitu Najib.

“Ini adalah kerana rundingan jaminan ini diterajui oleh PMO. Kemudiannya, saya telah dimaklumkan oleh Jasmine Loo bahawa dokumen remittance yang berjumlah US$790,354,855 telah ditandatangani oleh Terence Geh dan Ketua Pegawai Kewangan (CFO) 1MDB, Azmi Tahir, untuk dibayar ke akaun Aabar Investment PJS Ltd di BSI Bank SA, Lugano, Switzerland daripada akaun Falcon Private Bank (Hong Kong) milik syarikat 1MDB Energy (Langat) Limited (1MELL) (anak syarikat 1MDB).

“Sekali lagi, saya tidak tahu siapa yang menentukan jumlah pembayaran US$790,354,855 tersebut yang pada pendapat saya adalah sangat besar jika dibandingkan dengan jumlah keseluruhan Bond yang diterbitkan sebanyak US$1.75 bilion bagi pembelian IPP Genting Sanyen.

“Namun, saya tidak curiga dan tidak mempersoalkannya kerana pada masa itu saya menganggap ini adalah sesuatu yang sudah dipersetujui oleh Datuk Seri Najib dan pihak IPIC, berdasarkan pelan tindakan dan perbincangan saya dengan Jho Low,” katanya.

Shahrol Azral berkata beliau juga percaya pada masa tersebut bahawa wang deposit keselamatan berkenaan akan dikembalikan semula kepada syarikat apabila IPO bagi perniagaan tenaga syarikat dibuat untuk penyenaraian di Bursa Saham Kuala Lumpur (KLSE).

Katanya walaubagaimanapun, wang tersebut tidak pernah dikembalikan semula kepada syarikat walaupun setelah 1MDB gagal melaksanakan penyenaraian perniagaan tenaga ke KLSE.

Saksi itu berkata bayaran US$790,354,855 kepada Aabar Investments PJS Limited dibuat pada 19 Okt 2012.

Beliau berkata proses pengambilalihan Genting, pada pandangannya dibuat dalam keadaan sangat tergesa-gesa jika dibandingkan dengan pengambilalihan TEHSB.

Katanya semua kelulusan hanya melalui Director Circular Resolution (DCR) tanpa dibentangkan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah (BOD) 1MDB.

“Keadaan tergesa-gesa ini disebabkan tekanan Jho Low yang menyatakan pinjaman dan jaminan daripada pihak IPIC ini harus disegerakan kerana ada faktor kerjasama G2G (kerajaan dengan kerajaan) dan juga mesti diselesaikan sebelum PRU ke-13 untuk memastikan cukup perhatian daripada Datuk Seri Najib sebelum beliau akan sibuk berkempen.

Selepas daripada itu, saya telah dipindahkan ke Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dan jawatan CEO telah diambil alih oleh Hazem Abdul Rahman.

Saya tidak tahu menahu secara terperinci kenapa opsyen Aabar telah ditamatkan kerana saya tidak lagi terlibat secara langsung dalam sebarang perbincangan dan urusan pihak terbabit. Walau bagaimanapun, saya hanya tahu maklumat ini secara am sahaja melalui media,” katanya.

Shahrol Azral dilantik sebagai pengarah di Pemandu yang merupakan unit di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) pada 15 Mac 2013.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan keempat-empat kesalahan itu di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat yang sama. Perbicaraan berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.– BERNAMA

1 Khadam Terbaru Umno1 3 King1 BABI RASUAH1 A PENYAMUN MSIA1 KENCING AAAAAA1 HADI KAHWIN1 PENIPU AAAA1 PENIPU AAA1 PENIPU AA1 PENIPU A1 KERIS UMNO LAYU1 BANGSA KU A

Berita penuh https://malaysiadateline.com/lebihan-bayaran-deposit-keselamatan-us790354855-masuk-ke-akaun-najib/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR1qWhPVKmLj7otu-gzx1Yn2NKD77csgtzi0sZjAtxjz3NepgQpdnmUF_kA

Lebihan bayaran deposit keselamatan US$790,354,855 masuk ke akaun Najib

Lebai-Lebai Umno Yang Belum Menyerah Diri Dan Belum Mengembalikan Harta Rompakan Kepada Rakyat

Image may contain: 11 people, people smiling, text

1 A PENYAMUN MSIA1 BABI RASUAH1 AAA RASUAH1 AAA RASUAH 21 BUKTI AMAT JELAS1 KENCING AAAAAA1 HADI KAHWIN1 PENIPU AAAA1 PENIPU AAA1 PENIPU AA1 PENIPU A1 4 perkara akan ditanya

 

KeluargaPengkhianat Negara – Boss Perpaduan Ummah

Image may contain: 5 people, people smiling, text

1 PENIPU AAAA

Bukan ka Najib pernah cakap siapa yang tak bayar cukai adalah pengkhianat negara?

Nampaknya Najib sendiri dan anak-anaknya tak pernah bayar cukai.

Seorang lagi Najib Razak, Mohamad Nizar, menjadi sasaran saman Putrajaya yang menuntut RM13.1 juta dalam bentuk cukai yang belum dibayar.

Ahli perniagaan berusia 41 tahun itu menyertai bapanya, Najib serta adik-beradiknya, Mohd Nazifuddin dan Nooryana Najwa dalam berdepan dengan tindakan undang-undang oleh kerajaan yang cuba mendapatkan semula cukai, masing-masing sebanyak RM1.69 bilion, RM37.6 juta dan RM10.3 juta.

https://m.malaysiakini.com/news/493551

Umnopas yang keras hati

11 tindakan zalim najib1 BANGSA KU A1 KENCING AAAAAA1 PENIPU AAAA1 PENIPU AAA1 PENIPU AA1 PENIPU AIngat Mati

Hati yang keras ialah hati yang tidak terasa berdosa apabila ia buat dosa.                         Hati yang keras merasa nikmat apabila makan rasuah dan melakukan maksiat kepada Allah SWT.                                                                                                                                               Hati yang keras ialah hati yang tidak pandai memberi kasih sayang sesama manusia.       Hati yang keras adalah hati taksub kepada sesama kaum mereka dan menolak segala kebaikan kaum lain.                                                                                                                       Hati yang keras adalah hati yang sanggup menipu sesama bangsa dan menyembunyi kebenaran demi kepentingan peribadi dan pertubuhan tertentu.
Hati yang keras ialah hati yang tidak sangka dirinyalah penyemarak sengketa.
Hati yang keras ialah hati yang tidak langsung nampak dirinya memiliki sifat mazmumah tebal, sedangkan yang dia nampak hanya mazmumah orang lain.
Hati yang keras ialah hati tiada keinginan untuk solat wajib atau berberjamaah.
Hati yang keras ialah hati yang tiada keinginan beribadah.
Hati yang keras ialah hati yang tiada keinginan menambah ilmu, bahkan dirasakan dirinya banyak ilmu, tak ingin berukhuwah dan bersilatulrahim.
Hati yang keras ialah hati yang tiada rasa hormat kepada orang lain bahkan dirasakan semua orang  kena hormat dia.

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/09/15/sejarah-umno-dan-pas-bercerai-kali-pertama-dahulu

Wajah Pemimpin Perpaduan Ummah Yang Dermawan Duit Haram

Image may contain: 2 people, people smiling, text