Kategori: LTTE Adalah Pertubuhan Pengganas
Najib bagi AS Dolar 1 Juta Kepada Pertubuhan Pengganas LTTE.
![1-najib-haram. [downloaded with 1stBrowser]](https://partiamanahmalaysia.files.wordpress.com/2019/10/1-najib-haram.-downloaded-with-1stbrowser.jpg?w=840)
LTTE Adalah Pertubuhan Pengganas
Hentikan campur tangan politik untuk kes tangkapan beberapa individu yang dikaitkan dengan LTTE di Malaysia.
Beberapa ahli politik dari kerajaan dan pembangkang yang mempertikai tangkapan beberapa individu yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kumpulan pengganas LTTE dari Sri Langka mempertikai tangkapan yang dilakukan oleh PDRM.
Tindakan beberapa ahli politik ini sama sekali telah mencampuri urusan Polis dan hasrat kerajaan era baru yang mahu PDRM bebas dari campur tangan dari pihak luar. Kenyataan beberapa ahli politik cuba kaitkan dengan kaum lebih mengeruhkan tindakan PDRM untuk membanteras LTTE yang dilihat cuba dikembangkan di Malaysia.
Rekod pihak berkuasa membuat tangkapan terhadap kumpulan pengganas dan mereka yang bersimpati kepada Daesh, ISIS, JI dan lain-lain kumpulan pengganas dulu tidak dijadikan modal politik dan kaum. Seharusnya mereka yang berada ditampuk kepimpinan parti politik meredakan keadaan dengan memberi sokongan padu kepada PDRM membanteras kumpulan pengganas dari terus bertapak dan berkembang di Malaysia.
Informasi TEMPUR اينفورماسي تمڤور
Website : www.informasitempur.com
Instagram : informasitempur
Strategi . Teknologi . Industri