Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Saman Teresa Kok terhadap Azwanddin selesai cara baik

Kes saman fitnah difailkan Menteri Industri Utama, Teresa Kok Suh Sim terhadap Presiden Pertubuhan Jaringan Melayu Malaysia (JMM) Azwanddin Hamzah diselesaikan secara baik di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Saman itu adalah berhubung ucapan berbaur fitnah yang mengaitkan menteri berkenaan dalam insiden kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, Subang Jaya.

Peguam S.N.Nair yang mewakili Kok berkata kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan kes secara baik di luar mahkamah selepas defendan (Azwanddin) bersetuju untuk mengemukakan permohonan maaf yang diterbitkan di tiga surat khabar iaitu Sinar Harian, The Star dan Sin Chew Daily.

“Jumlah wang bagi penyelesaian kes berkenaan tidak dapat didedahkan kepada pihak media,” katanya kepada pemberita selepas prosiding kes di dalam kamar Pesuruhjaya Kehakiman Rohani Ismail yang kemudiannya merekodkan penyelesaian kes itu dengan dihadiri peguam Sarah Abishegam.

Nair berkata defendan juga perlu menarik balik ucapan yang telah diterbitkan semula olehnya di media sosial.

Kok, yang juga Ahli Parlimen Seputeh dan Azwanddin turut hadir pada prosiding kes itu yang ditetapkan untuk perbicaraan hari ini. Namun, Kok dilihat meninggalkan mahkamah sebelum kes itu selesai.

Sementara itu, Kok dalam kenyataan kepada media berkata, beliau amat gembira kerana Azwanddin telah memohon maaf secara terbuka dan akan melakukan penarikan balik sepenuhnya atas semua kenyataan dipersoalkan yang dilakukannya terhadap Kok secara salah yang mengaitkannya dengan One City Development Sdn Bhd, yang melibatkan insiden di kuil Seafield pada November tahun lepas.

“Saya sentiasa dari awal lagi dengan sekeras-kerasnya menafikan mempunyai sebarang hubungan dengan One City dan kekal begitu. Meskipun Azwanddin masih menghubungkan saya dengannya dan saya tiada pilihan tetapi menyaman beliau bagi membersihkan nama saya dan mendapatkan keadilan,” katanya.

Kok selaku plaintif memfailkan saman itu pada 8 Jan lepas dengan menamakan Azwanddin atas kapasiti peribadinya sebagai defendan pertama dan selaku presiden JMM sebagai defendan kedua.

Dalam penyataan tuntutan, Kok mendakwa Azwanddin sebagai presiden JMM telah menyampaikan ucapan yang antara lain mengandungi perkataan-perkataan berunsur fitnah secara lisan, fitnah bertulis dan pembohongan dalam satu perhimpunan yang diadakan di Dataran Seni Klang, Selangor pada 25 Dis tahun lepas.

Dakwanya, ucapan itu dalam pengertian biasa dan pengertian semula jadi bermaksud antara lain bahawa beliau bersifat rasis, telah menyalahgunakan kedudukannya sebagai menteri dan bertindak secara tidak adil serta tidak jujur, tidak beretika dan tidak berprinsip sebagai seorang menteri.

Menteri itu mendakwa bahawa ucapan itu diterbitkan dengan tujuan menghasut orang awam dan memburuk-burukkan plaintif dan disampaikan secara tidak bertanggungjawab kepada orang ramai dan secara khusus dibuat bagi mendapat sensasi murahan untuk mencetuskan kekacauan dan kemungkinan membawa bahaya secara fizikal dan kemudaratan lain kepada plaintif.

Oleh itu, plaintif memohon ganti rugi am, ganti rugi teruk dan ganti rugi teladan serta injunksi untuk menghalang defendan sama ada melalui ejen dan/atau mana-mana orang lain daripada terus menuturkan, menulis atau menerbitkan ucapan yang sama dan kos.

– Bernama

https://www.malaysiakini.com/news/485853?fbclid=IwAR0jZoOpMQ4fXGTGgydYCIgZZYhKVU5q92zQ0xYsweS-dmcrhSXp3f6z_Ow

 

1,058 Pembeli Rumah fail Saman Terhadap PR1MA

Image may contain: 10 people, people standing

KESIAN MEREKA DIBODOHKAN PEGUAM UMNO

Ini latar belakangnya:
Dulu zaman UMNO harga rumah PR1MA RM350,000.
Sekarang zaman PH harga rumah PR1MA RM250,000.

Mamat-mamat yang membeli rumah PR1MA pada zaman UMNO dihasut peguam Umno untuk failkan saman. Alasannya sebab ‘ditipu’.

Saya sebagai bekas penuntut undang-undang nak nasihatkan pembeli-pembeli ini jangan tolol sangat. Lain kali jangan lupa ask for second opinion. Tanyalah pandangan dan nasihat peguam-peguam korporat ataupun peguam-peguam yang tidak mempunyai kepentingan politik.

Kalau tanya peguam UMNO ini, sudah tentu dia akan kata “boleh menang”. Tapi menang kalah bukan motifnya. Motif utamanya sengaja nak cari modal burukkan kerajaan PH.

Zaman UMNO mahal, dia krik krik krik.
Zaman PH kalau harga dikekalkan, yakinlah dia akan hentam PH.
Sekarang PH turunkan harga, dia ajak saman PH pulak.

Ini namanya pemBANGANG, bukan pembangkang.

Kes ini bukan sahaja tidak boleh menang, malah tinggi keberangkaliannya di-‘struck out’ sebelum perbicaraan. Maksudnya tak payah sampai peringkat bicara akan dibuang kes. Kes-kes mahkamah lazimnya kene ‘strike out’ apabila mahkamah/hakim berasa kes ini tidak mempunyai asas, merepek dan membuang masa.

Sebab apa? Sebab surat perjanjian antara penjual dengan pembeli, surat perjanjian loan antara bank dan pembeli semuanya telah ditandatangani.

Masih tak faham? Saya buat analogi dalam bahasa paling mudah:

Ali membeli sebatang ubat gigi Colgate pada harga RM8.50 minggu lalu. Minggu ini TESCO tukar strategi pemasaran dan umum jualan murah. Maka harga ubat gigi Colgate diturunkan kepada RM7.90. Boleh ke Ali yang membeli Colgate pada harga RM8.50 minggu lalu, menyaman TESCO sebab kononnya telah mengalami kerugian sebanyak RM0.60? Boleh?

Kalau boleh, sila daftarkan diri ke Hospital Tanjung Rambutan serta merta selepas membaca posting ini.

TERIMA BIAYA DAP: AMANAH KELANTAN SAMAN KETUA EKSEKUTIF PKINK DAN PORTAL TRANUNGKITE.

TERIMA BIAYA DAP: AMANAH KELANTAN SAMAN KETUA EKSEKUTIF PKINK DAN PORTAL TRANUNGKITE.

Parti Amanah Negara Negeri Kelantan memfailkan dua saman di mahkamah berkait dengan fitnah menerima biaya DAP di Mahkamah Tinggi Kota Bharu.

Menurut peguam Hisham Fauzi yang mengendalikan kes-kes tersebut, saman pertama telah difailkan oleh penasihat AMANAH Kelantan, Datuk Husam Musa.

“Saman berkenaan adalah terhadap Ahli Lajnah Politik dan Pilihan Raya Pas Kelantan yang juga Ketua Eksekutif, Perbadanan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan (PKINK) Datuk Dr. Wan Zawawi Wan Ismail.

“Ia berkaitan penyiaran tulisan di akaun Facebooknya yang menuduh bahawa AMANAH negeri Kelantan menerima duit dari seorang taukey judi dari parti DAP untuk digunakan bagi menjatuhkan Kerajaan Pas Kelantan.

“Gambar Husam turut disiarkan bersama-sama dengan artikel tersebut,” katanya kepada Malaysia Dateline.

Saman kedua pula kata beliau yang juga Pengarah Undang-undang Pakatan Harapan (PH) Kelantan, telah difailkan atas nama Pengerusi AMANAH Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah.

“Ini berkaitan tindakan sebuah portal pro-Pas iaitu Tranungkite yang telah menyiarkan artikel bahawa AMANAH Kelantan sedang bekerjasama dengan Umno Kelantan bagi menjatuhkan Kerajaan Pas Kelantan.

“Tulisan ini kemudiannya banyak dikongsi (share) oleh pengguna media sosial dan tersebar luas,” katanya.

Kedua-dua kes ini menurutnya masih di peringkat pengurusan kes di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Malaya Kota Bharu dan tarikh pengurusan kes terdekat ialah pada 7 Febuari ini.

“Justeru, saya sebenarnya tidak terkejut apabila sekarang ini heboh diperbincangkan mengenai Datuk Mohd Amar, Timbalan Menteri Besar Kelantan yang membuat kenyataan terbuka menuduh AMANAH menerima pembiayaan dari Umno untuk menjatuhkan Kerajaan Pas Kelantan.

Berita penuh https://malaysiadateline.com/terima-biaya-dap-amanah-kela…/…

Terima biaya DAP: AMANAH Kelantan saman Ketua Eksekutif PKINK dan portal Tranungkite

TERBAIK.

 

Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membayar RM200,000 Saman Fitnah

PESURUHJAYA PAS Perak, Razman Zakaria. – Foto Muhaizan Yahya

IPOH: Mahkamah Sesyen hari ini memerintahkan Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria membayar RM200,000 kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Changkat Jering, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, berkaitan kes saman fitnah.

Saman itu difailkan oleh Mohammad Nizar, dua tahun lalu.

Hakim D Sunita Kaur Jessy membuat keputusan selepas mahkamah berpuas hati kenyataan Razman selaku defendan yang tersiar di akhbar Sinar Harian, 2 Jun 2015, berunsur fitnah terhadap Mohammad Nizar sebagai plaintif.

Sebelum ini, Mohammad Nizar yang juga bekas Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak dan kini Timbalan Pengerusi Parti Amanah Negara (PAN) Perak, memfailkan saman fitnah, RM3 juta di Mahkamah Tinggi di Ipoh.

Bagaimanapun, mahkamah kemudian membuat keputusan kes itu lebih sesuai didengar di Mahkamah Sesyen.

Plaintif memfailkan saman itu terhadap dua perenggan dalam artikel akhbar berkenaan yang mengaitkannya sebagai menyokong konsep negara sekular yang diperjuangkan DAP.

Plaintif diwakili oleh Asmuni Awi dan Fitri Asmuni manakala defendan diwakili oleh Mohd Zamri Ibrahim dan Ahmad Azhar Sharin.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah, Mohd Zamri berkata alasan mahkamah ketika membuat keputusan itu ialah plaintif berjaya membuktikan artikel itu ada unsur fitnah, penerbitan sudah berlaku dan tuntutan balas dan bukti dikemukakan defendan tidak cukup kuat untuk menolak saman plaintif.

Katanya, beliau akan mendapatkan nasihat anak guamnya sama ada untuk memohon penangguhan keputusan itu atau membuat rayuan di Mahkamah Tinggi.

Asmuni berkata, pihaknya mengemukakan dua saksi sepanjang perbicaraan kes itu berlangsung manakala defendan tidak mengemukakan saksi lain kecuali dirinya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/11/349015/razman-kena-bayar-rm200000-kepada-nizar/amp?fbclid=IwAR16UnPN0fsaNr4vs0bjH1FeioCVCXoVHAQWCMifRjLMI0lP0k54wdTfFy0

Nurul Izzah menang saman fitnah RM1 juta

Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar hari ini menang dalam kes saman fitnahnya terhadap anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berhubung pertemuannya dengan ‘puteri Sulu’ Jacel Kiram.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengarahkan Ismail dan Khalid masing-masing membayar RM600,000 dan RM400,000 kepada penyandang kerusi Parlimen Lembah Pantai itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Faizah Jamaluddin turut mengarahkan mereka membayar kos berjumlah RM80,000, dan membenarkan injunksi melarang mereka mengulangi perkataan fitnah dalam mana-mana penerbitan atau penyiaran.

Faizah berkata, Khalid telah memfitnah Nurul Izzah ketika beliau dalam satu acara di masjid Bukit Aman pada 22 Mei 2015 memberitahu hadirin bahawa Nurul Izzah bertemu dengan musuh negara yang membunuh anggota keselamatan.

Bagi Ismail Sabri (gambar) pula, Faizah berkata beliau membuat fitnah pada hari sama dalam majlis berkhatan anjuran Umno Bahagian Bera. Ismail Sabri adalah ketua Umno Bahagian itu.

Dalam acara itu, Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sementara itu mendakwa Nurul Izzah telah mengkhianati negara dan mengisytiharkan perang terhadap Yang di-Pertuan Agong, dan boleh dipenjara bawah Kanun Keseksaan dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (Pota).

“Kenyataan itu memberikan pandangan buruk terhadap plaintif dan menyebabkan beliau berdepan kebencian dan cemuhan,” kata pesuruhjaya kehakiman itu.

Faizah berkata mahkamah tidak dapat menerima hujah Peguam Kanan Persekutuan Normastura Ayub – yang mewakili Khalid dan Ismail Sabri – bahawa perkataan “saya kira” dan “saya anggap” yang digunakan Ismail Sabri telah merendahkan “tahap” fitnah yang diutarakan.

Beliau berkata Khalid (gambar) dan Ismail Sabri sepatutnya tahu Nurul Izzah telah mengeluarkan kenyataan tiga hari sebelum itu, iaitu pada 19 Mei, yang menyatakan kekesalannya ekoran penyiaran gambarnya bersama Jacel di media.

Gambar itu diambil di sebuah forum di Filipina yang dihadirinya.

Gambar itu pertama kali dimuat naik oleh Jacel sendiri, dan mencetuskan kecaman orang ramai dan komen daripada Khalid dan Ismail Sabri.

Nurul Izzah kemudian menfailkan saman pada November 2015.

Perlindungan bersyarat

Khalid mendapat perlindungan bersayarat memandangkan beliau mengeluarkan kata-kata itu kepada pemberita atas kedudukannya sebagai ketua polis negara pada masa itu.

Namun, Faizah tidak membenarkan hujah pembelaan sama terhadap Ismail Sabri, kerana beliau hadir ke program di Bera – tempat beliau mengeluarkan kenyataannya – atas kapasiti sebagai pemimpin Umno dan bukannya menteri.

Faizah juga berkata kedua-duanya berniat jahat kerana tidak mendapatkan penjelasan daripada Nurul Izzah walaupun beliau telah mengeluarkan kenyataan berhubung perkara itu.

Wang untuk keluarga mangsa

Mengulas keputusan itu, Nurul Izzah berkata wang saman yang dimenanginya akan disalurkan kepada anggota keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden pencerobohan Lahad Datu pada 2013.

“Mereka membuat pelbagai tuduhan terhadap saya (kononnya sebagai pengkhianat). Tetapi saya seorang patriot,” katanya.

“Dalam kita memasuki PRU ke-14 ini adalah peringatan kepada kita untuk mengamalkan politik baru dan bersih. Mereka menyerang saya di Parlimen menggunakan media arus perdana,” katanya lagi.

Peguam Nurul Izzah, Sivarasa Rasiah beri=kata keputusan itu adalah peringatan daripada mahkamah kepada mereka yang berkuasa, terutama IGP, untuk memastikan kenyataan mereka adil dan tidak bersifat fitnah.

[Baca berita asal]

https://m.malaysiakini.com/news/420401?fbclid=IwAR3LyUBnrngQoNIhCxe38NAIX_iSM_SyORLJ86pTNmzvF_Xph1_LvjI8A-A