Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Tajuddin sedih Annuar Musa meroyan setelah dipecat

Tajuddin sedih Annuar Musa meroyan setelah dipecat

Dakwaan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa bahawa UMNO menyokong untuk bekerjasama dengan DAP dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah tidak benar.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman berkata, tidak pernah ada gerakan atau cadangan dikemukakan mana-mana pemimpin dan ahli parti ke arah kerjasama itu yang jelas bertentangan dengan dasar parti.

“Itu semua tuduhan palsu oleh mereka-mereka yang cuba nak memburuk-burukkan kepimpinan Presiden, Timbalan Presiden dan pemimpin-pemimpin UMNO yang lain.

“Tidak lain tujuannya menghasut ahli-ahli UMNO untuk menyalahkan kepimpinan dengan perbuatan tidak mengikut dasar parti yang menolak Anwar dan DAP,” katanya pada sidang akhbar selepas menyampaikan bantuan kepada mangsa banjir di pusat pemindahan sementara (PPS) Dewan Serbaguna Chikus, Langkap di sini pada Khamis.

Menurutnya, adalah tidak adil menyifatkan wujud usaha menubuhkan pakatan kerjasama politik bersama DAP dan Presiden PKR itu dengan bersandar kepada pertemuan antara parti.

“Kalau saya nak jumpa Lim Guan Eng atau Lim Kit Siang sekalipun, apa salahnya tak kan tak boleh jumpa.

“Bukan bermakna apabila jumpa, maka kita nak ada satu gerakan untuk menubuhkan satu pakatan kerjasama politik,” katanya.

Justeru beliau berkata, UMNO tidak perlu melayan pendedahan dibuat Menteri Wilayah Persekutuan itu yang disifatkan dalam keadaan terdesak.

Katanya, ia termasuklah tiada keperluan untuk menubuhkan jawatankuasa khas peringkat parti bagi menyiasat kesahihan dakwaan berkenaan.

“Kita pun sedihlah kenapa dia meroyan sangat, orang lain pun pernah dulu dipecat dan diberhentikan dari jawatan itu jawatan ini.

“Untuk jawatan Setiausaha Agung BN umpamanya, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz pernah memegang jawatan itu dan diberhentikan sebelum diganti dengan Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

“Tetapi tidak ada pula Datuk Nazri meroyan macam Annuar ni, elok je dia,” katanya.

Sumber: https://www.sinarharian.com.my/article/118099/BERITA/Politik/Tuduhan-Annuar-tidak-betul-Tajuddin

Panas! Annuar Musa dedah Presiden Umno arahkan MN tidak didaftar – Tahniah UmnoBn.

Setiausaha Agung BN yang dipecat, Annuar Musa mendakwa bahawa PAS telah mengusulkan supaya gabungan Muafakat Nasional (MN), yang terdiri daripada parti itu dan Umno, didaftarkan, tetapi Umno menolaknya.

Dakwaan itu berbeza dengan apa yang dikatakan oleh Naib Presiden PAS, Mohd Amar Abdullah bahawa terdapat masalah dalam mendaftarkan gabungan itu dengan Pendaftar Pertubuhan (RoS) kerana nama tersebut telah didaftarkan oleh pihak lain.

Menurut Annuar, masalah mendaftarakan MN tidak ada kaitan dengan alasan yang diberikan oleh Mohd Amar, tetapi hakikatnya, Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi yang mengarahkan kepemimpinan Umno supaya tidak mendaftarkan MN.

“Langsung tak ada kena-mengena (apa yang dituduh oleh Mohd Amar),” katanya.

Annuar menjelaskan bahawa keputusan itu telah beberapa kali berubah sejak kedua-dua pihak menandatangani piagam gabungan berkenaan pada bulan September tahun lalu.

Dia ketika itu adalah setiausaha agung Umno. Semalam, dia dipecat sebagai setiausaha agung BN.

Dia berkata, bahawa pada peringkat awal, tidak ada rancangan untuk mendaftarkan MN, tetapi Umno berubah fikiran untuk mendaftarkan gabungan itu.

“Kemudian berlaku peristiwa PAS jadi ahli PN, maka PAS jadi ahli PN, dikatakan apa pula nak daftar MN? Sedangkan Umno buat keputusan tak jadi ahli PN, maka berubah tak daftar.

“Kemudian berubah lagi oleh kerana PN daftar maka MN patut daftar, saya diarah buat draf perlembagaan dan sebagainya.

“Kemudian pada November, bila kita nak masuk bincang tentang pendaftaran, kita diarah oleh presiden (Ahmad Zahid) supaya bawa usul dalam mesyuarat itu supaya tak didaftarkan,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Annuar mendakwa bahawa PAS yang mahu pendaftaran gabungan itu diteruskan.

“Secara jujurnya, mesyuarat terakhir PAS syorkan supaya didaftarkan, tapi Umno tak nak,” katanya.

Bulan lalu, Amar berkata, jika kedua-dua parti ingin meneruskan pendaftaran, mereka harus menukar nama.

Walau bagaimanapun, gabungan itu akan terus menggunakan nama “Muafakat Nasional” tanpa mendaftarkannya.

Sumber: https://www.malaysiakini.com/news/557845

UMNO sah putus hubungan dengan PPBM – TAHNIAH KEPADA UMNO Kerana Menolak Parti Keji, Pintu Belakang.

KENYATAAN MEDIA
1. Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 6 Januari 2021 (Rabu) mengambil maklum mengenai perjalanan Mesyuarat Perwakilan Bahagian-Bahagian dan Sayap-Sayap Wanita, Pergerakan Pemuda dan Pergerakan Puteri yang berakhir pada 3 Januari 2021.
2. Mesyuarat juga memperhalusi semua usul yang dibangkitkan oleh 189 Bahagian-Bahagian UMNO yang telah bersidang di seluruh Malaysia. Antara usul-usul utama yang dibangkitkan oleh majoriti besar UMNO Bahagian-Bahagian:
– Mempertahankan hubungan kerjasama dengan PAS melalui Muafakat Nasional mengambil kira sentimen permuafakatan yang telah dibina ketika 22 bulan bersama-sama sebagai pembangkang.
– Memutuskan hubungan dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semasa menghadapi Pilihanraya Umum ke-15.

– Menggesa supaya Pilihanraya Umum Ke-15 dapat diadakan sebelum berakhir suku pertama 2021 bagi membolehkan mandat baharu diserahkan kepada rakyat, tertakluk kepada keadaan COVID-19.
3. Maka, berasaskan usul-usul utama yang dibangkitkan oleh Bahagian-Bahagian; dan atas faktor-faktor berikut: 
– Usul-usul ini menyentuh soal dasar dan pendekatan asas yang akan mempunyai kesan besar kepada masa hadapan parti dan negara;
–  Perhimpunan Agung UMNO akan diadakan pada 31 Januari 2021;
–  Peruntukan Perlembagaan UMNO dimana usul-usul Bahagian akan diangkat ke Perhimpunan Agung;

Mesyuarat bersetuju untuk membawa usul-usul ini ke Perhimpunan Agung UMNO pada 31hb Januari 2021 ini bagi dibahas dan diputuskan di peringkat tertinggi parti sebagaimana peruntukan Perlembagaan tersebut.
4. Mesyuarat juga memutuskan untuk menambah kekuatan jentera parti daripada negeri-negeri bagi usaha membantu mangsa-mangsa banjir termasuk pasca banjir. Skuad Sayang Wanita dan Skuad Sabil Pemuda juga telah dan akan digerakkan dengan lebih hebat.
5. Bagi tujuan menyelaras semua gerak-kerja penyampaian bantuan kepada mangsa banjir, sebuah ‘Pasukan Khas UMNO Menangani Bencana’ ditubuhkan dan akan dipengerusikan oleh YB Datuk Seri Shahidan Kassim. 
6. Mesyuarat juga mengambil maklum mengenai pertukaran jawatan Setiausaha BN yang digalas semula secara tradisinya oleh Setiausaha Agung UMNO. Perkara ini sudah mendapat persetujuan lisan Presiden-Presiden Parti Komponen dan akan diabsahkan dalam Mesyuarat Dewan Tertinggi BN dalam masa terdekat.
SHAHRIL HAMDAN6 JANUARI 2021

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/umno-sah-putus-hubungan-dengan-ppbm.html#ixzz6j0Xm2jl5

https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/umno-sah-putus-hubungan-dengan-ppbm.html

TAHNIAH KEPADA UMNO KERANA MEMECAT ANNUAR MUSA (TALI BARUT PAS DALAM UMNO).

TERKINI: Tok Mat sahkan Bersatu nak bunuh Umno

BERSAMA KITA TINGGALKAN PARTI KEJI, PINTU BELAKANG YANG MUNAFIK /TAQIYAH TERHADAP AGAMA DAN BANGSA.

PETALING JAYA: Timbalan Presiden UMNO, Mohamad Hasan menegaskan beliau tidak akan berdiam diri sekiranya parti itu terus ditekan oleh PPBM termasuk usaha untuk merampas kubu UMNO.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rantau berkata PPBM perlu berusaha untuk menawan kerusi milik pembangkang yang dahulunya rakan mereka di dalam Pakatan Harapan.
“Kita bukan dengki atau nak bunuh siapa-siapa tetapi kau (PPBM) yang nak bunuh kita. Takkan UMNO dayus nak diam sahaja. Saya selaku timbalan presiden parti saya akan lawan untuk parti,” katanya dalam program bual bicara anjuran Studio UN9 di Facebook, malam ini.
Mengulas lanjut, beliau yang juga bekas menteri besar Negeri Sembilan berkata, UMNO-PAS-PPBM sudah bersetuju tiada adegan pertandingan tiga penjuru pada pilihan raya umum nanti.

“Kita dah setuju, dia (PPBM) mesti hormati asas ini. Kenapa nak berkubang dalam kubang kita? Kau pergilah berkubang dalam kubang PKR-Amanah-DAP yang ada dekat 100 kerusi boleh rebut. Sesuatu tak betul di sini,” katanya.
Mohamad berkata, PPBM perlu mengamalkan strategi berbeza daripada yang dibawa UMNO dengan menumpukan kawasan yang belum dikuasai gabungan PN.
“Ni kau berkubang dalam ‘red ocean’ yang dah sesak dengan UMNO dan PAS. Ni datang lagi seorang nak rebut ‘market share’ (kubu) kita. Sudah tentu UMNO tak suka… tak selesa. Bila ini terjadi, janganlah salahkan UMNO,” katanya.
Mengenai kerjasama UMNO dan PAS menerusi Muafakat Nasional (MN), beliau menegaskan, hubungan dua parti terbesar itu berjalan dengan baik atas dasar semangat penyatuan ummah, bukannya berpaksikan matlamat politik seperti digembar-gemburan oleh sesetengah pihak.

“Pada 14 Sept 2019, UMNO dan PAS tandatangan Piagam MN yang hanya menumpukan bagaimana kita nak satukan Melayu-Islam supaya tidak berpecah.
“Dari awal kita dah tahu, UMNO dan PAS ini umpama air dan minyak… tak mungkin boleh bercampur berdasarkan ideologi. Jadi kita tegaskan MN bukan satu entiti politik, hanya gerakan berteraskan agama dan semangat ‘brotherhood’ sesama Muslim,” katanya.
Beliau juga menjelaskan, UMNO dan Pas masih bermesyuarat atas platform MN dalam usaha memperkemaskan gerakan Melayu-Islam supaya orang Melayu tidak berpecah seperti sebelum ini.
“Kita masih bersama dan bermesyuarat walaupun PAS dah sertai PN. Apa yang kita mahu, gerakan ini diperkemas lagi supaya orang Melayu tidak berpecah,” katanya. – FMT

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/tok-mat-sahkan-bersatu-nak-bunuh-umno.html#ixzz6j0VsOD7K

TERKINI: 189 dari 191 Umno Bahagian tolak Bersatu

KERAJAAN KEJI PINTU BELAKNG SEMBURIT KINI DITOLAK OLEH RAKYAT MALAYSIA.

KUALA LUMPUR: Akar umbi UMNO memberi isyarat jelas menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).
Ini berdasarkan keputusan 189 daripada 191 bahagian yang selesai bermesyuarat semalam membawa usul menolak sebarang kerjasama antara kedua-dua parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Utusan Malaysia difahamkan, 191 bahagian yang selesai bersidang, sebanyak 189 daripa­danya mengusulkan untuk menolak kerjasama dengan…
Berita penuh menyusul…– Utusan

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/terkini-189-umno-bahagian-tolak-bersatu.html#ixzz6j0UCYmPe

TERKINI: 189 dari 191 Umno Bahagian tolak Bersatu

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/terkini-189-umno-bahagian-tolak-bersatu.html#ixzz6j0TsKOml

Tahniah Kepada Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi Kerana Berusaha Menjatuhkan Kerajaan Keji Pintu Belakang.

Dakwaan Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyatakan sokongan kepada Presiden PKR Anwar Ibrahim secara bertulis membangkitkan persoalan sama ada PH patut menerima sokongan daripada mereka yang sedang dibicarakan atas pertuduhan rasuah.
Dua pemimpin PH yang dihubungi Malaysiakini terbuka dengan idea itu manakala seorang lagi menolaknya.
Dakwaan sokongan itu dibuat Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa dalam sidang media hari ini, sehari selepas dipecat daripada jawatan Setiausaha Agung BN.
Bagi Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub, pendedahan Annuar itu bukanlah perkara mengejutkan.

“Kita sudah maklum lama tentang sokongan itu…Sejak 23 September lalu, apabila Anwar kata dia ada majoriti kukuh dan meyakinkan,” katanya.
Dia berkata sesiapa saja bebas untuk memberi sokongan, termasuk Zahid untuk menyokong Anwar, jika matlamatnya adalah untuk menumbangkan kerajaan “pintu belakang” Perikatan Nasional (PN).
Bagaimanapun, katanya, sama ada PH patut tubuh kerajaan dengan Zahid adalah soal lain.
“Kita akan kendalikan soal ini bila tiba ketikanya (we will cross the bridge when we get there),” katanya lagi.
Salahuddin juga berkata, jika kerajaan PN tumbang, dia lebih memilih penubuhan kerajaan baru untuk mengekang Covid-19 dan memulihkan ekonomi, berbanding pelaksanaan pilihan raya umum.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pasir Gudang Hassan Karim berkata, kedudukan Zahid sebagai presiden Umno yang memiliki 38 ahli Parlimen dan kira-kira tiga juta ahli tidak boleh disamakan dengan dia sebagai individu yang berdepan perbicaraan di mahkamah.
“Jika Anwar terima sokongan presiden Umno untuk membentuk kerajaan Persekutuan yang kuat bersama-sama PKR dan DAP melibatkan rakyat semua kaum, bagi saya itu perkembangan politik yang baik,” katanya yang merupakan bekas pengerusi PKR Johor.
Bagaimanapun, katanya lagi, ia mesti dilaksanakan dengan syarat Zahid tidak mengaitkan sokongannya itu dengan 47 pertuduhan rasuah, pecah amanah jenayah dan pengubahan wang haram yang dihadapinya.
“Anwar mesti menjamin kedaulatan undang-undang, tiada gangguan terhadap proses keadilan membabitkan Zahid.
“Kebebasan kehakiman perlu dipelihara,” katanya.

Bagaimanapun, Setiausaha Agung Umno Ahmad Maslan mendedahkan antara punca Umno tidak puas hati dengan PN adalah penerusan kes mahkamah terhadap parti itu dan sejumlah pemimpinnya.
Dalam pada itu, Hassan berkata sokongan Zahid mestilah ditujukan bagi membina sebuah negara untuk semua dan perlindungan terhadap hak warga.
Katanya lagi, Zahid perlu membantu dalam soal reformasi institusi, usaha membanteras rasuah, kemiskinan dan penambahbaikan tadbir urus kerajaan.
Jika syarat-syarat ini dipersetujui, katanya lagi, tidak salah untuk Anwar menerima sokongan Zahid.
“Kepada Anwar dan Zahid, saya berpesan – jika mereka ingin dikenang sebagai patriot dan negawaran, jangan janya memikirkan PRU seterusnya, tetapi mestilah memikirkan nasib generasi rakyat yang seterusnya,” katanya lagi.
Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua pula menolak sekerasnya kerjasama dengan Zahid.
“Kita tak patut bekerjasama dengan penyangak,” katanya ringkas.

Pua sebelum ini menolak usaha untuk menubuhkan kerajaan dengan sokongan Najib Razak ketika bekas perdana menteri itu melobi BN untuk menyokong Anwar.
Terdahulu hari ini, Annuar mendakwa dia melihat bukti “hitam putih” yang Zahid membuat perakuan bertulis bagi menyokong Anwar dalam usahanya menumbangkan kerajaan BN.
Pada Oktober lalu, Anwar mendakwa dia telah mendapat majoriti untuk menubuhkan kerajaan. Ketika itu, Zahid dan Najib dikatakan telah menandatangani perakuan bersumpah (SD) untuk menyokong Anwar.
Bagaimanapun, Istana Negara berkata Anwar gagal memberikan senarai nama bagi menyokong dakwaannya.
Pada Disember, tercetus pula khabar angin yang Anwar telah mendapatkan 113 SD bagi membuktikan majoritinya.
Ketika itu, Annuar mendakwa usaha pembentukan kerjasama Anwar dan Umno sedah berjalan.

Pada 15 Disember, iaitu beberapa hari selepas khabar angin bertiup, PH gagal dalam usaha terakhirnya untuk menolak Belanjawan 2021.
RUU Belanjawan 2021 lulus selepas disokong 111 ahli Parlimen dan ditolak 108 yang lain.
Susulan itu, Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden Amanah Mohamad Sabu menggesa pembangkang untuk berhenti mengharapkan sokongan ahli Parlimen kerajaan.
“Tidak ada satu pun ahli parlimen kerajaan mengundi (menolak belanjawan) bersama PH, termasuk mereka yang kononnya menyokong Anwar.
“Jelas ahli parlimen kerajaan ini sangat pandai dengan permainan politik untuk mengaut kelebihan dan meraih keuntungan daripada kerajaan PN,” kata mereka dalam kenyataan bersama.
Bagaimanapun Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution menyuarakan keyakinan yang Anwar masih mampu membuktikan majoritinya, sama ada di Dewan Rakyat mahupun melalui SD. – Mkini

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/pemimpin-pkr-amanah-terbuka-bersama-zahid-umno-tumbang-pn.html#ixzz6j0SRfdzI

Pemimpin PKR, Amanah terbuka bersama Zahid, Umno tumbangkan PN

Read more: https://cin-ca.blogspot.com/2021/01/pemimpin-pkr-amanah-terbuka-bersama-zahid-umno-tumbang-pn.html

Link untuk share ke Facebook: https://t.me/cincanews/3631

Facebook: facebook.com/cincanewstoday

Telegram: t.me/cincanews

“APA SEBENARNYA UMNO INGINKAN?”

“APA SEBENARNYA UMNO INGINKAN?”

1. Saya mengikuti rapat perkembangan yang sedang berlaku di dalam UMNO dan ramai bertanya apakah respon saya. Sekiranya parti memutuskan semua Menteri UMNO perlu letak jawatan, saya akan patuh dan letak jawatan.

2. Walaubagaimanapun, dalam menentukan kerjasama politik, UMNO harus mempunyai hala tuju, objektif dan sebab yang jelas dalam merancang jalan kehadapan parti. Pertimbangan yang dibuat jangan bersandarkan emosi dan kesan jangka masa pendek.

3. Ini adalah kerana keputusan yang bakal dibuat parti akan menentukan jatuh bangunnya UMNO, memberi kesan kepada nilai dan asas perjuangan UMNO, dan juga kedudukan UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

4. Jika parti berkeputusan untuk tidak meneruskan kerjasama dengan Bersatu, parti harus putuskan dengan siapa UMNO akan bekerjasama menjelang PRU15. Adakah dengan DAP? Adakah dengan PKR?Atau bersendirian?

5. Perancangan kerjasama politik UMNO harus dibuat dengan teliti kerana pilihanraya bukannya esok. UMNO mesti lakukannya dengan penuh tanggungjawab dan kebijaksanaan.

6. Iktibar yang harus diambil oleh UMNO adalah kita (BN) hanya menang 79 kerusi pada PRU-14 daripada 133 kerusi yang kita menangi pada PRU-13. Ini bermakna kita kehilangan 54 kerusi.Kita harus insaf dari pengalaman ini.

7. Tambahan, kita masih berperang dengan COVID-19. Kes harian masih tinggi.Negara juga sedang dilanda banjir.Ekonomi juga sedang dipulihkan.Jumlah rakyat yang terkesan semakin meningkat.Parti UMNO sedang diberi peluang untuk buktikan kepada rakyat bahawa pemimpin kita prihatin, berkemampuan, dan bersungguh-sungguh untuk mengurus krisis dan menitikberatkan kepentingan rakyat.

8. Pemimpin UMNO diberi amanah mengetuai Kementerian Pertahanan yang  bertanggungjawab terhadap soal keselamatan negara dan menangani penularan COVID-19; mengetuai Kementerian Kesihatan yang memegang tanggungjawab besar memimpin petugas barisan hadapan negara; mengetuai Kementerian Sains Teknologi dan Inovasi yang sedang berusaha keras mendapatkan bekalan vaksin secepat mungkin. Kita sepatutnya komited dalam usaha untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat.

9. Pada hemat saya inilah harapan rakyat di bawah kepada pemimpin UMNO. Bukan berpolitik merebut kuasa yang tiada kesudahan.Akhirnya rakyat mual dan hilang keyakinan.

10. Kepada ahli Majlis Kerja Tertinggi yang akan bermesyuarat pada malam ini, biar ahli parti dan rakyat jelas apa sebenarnya UMNO inginkan. Putuskanlah yang terbaik.

1- Surat Sokongan kpd Anwar Ibrahim sahih

2- Rundingan Sulit Dengan DAP Benar

3- Percubaan nak Jatuhkan Kerajaan PN berkali kali

4- Agenda peribadi nak lepaskan masalah diri

5- MN tak didaftar kerana UMNO kluk klek

6- UMNO yg jemput PPBM masuk MN

7- Agenda serang PAS memburukkan PAS dari kalangan pimpinan UMNO

8-Usul kerjasama DAP benar OBAXE=”�v�Iy�R

Jahatkah Zahid Hamidi ?

1. Mengadakan perjumpaan dengan Anwar untuk jatuhkan Kerajaan Pintu Belakang Semburit..

2. Mengutip SD untuk gagalkan Bajet 2021..

3. Menghantar SD kepada YDPA menyatakan sokongan kepada Anwar..

4. Mengarahkan supaya mendaftarkan Munafik, dalam masa sama supaya tidak didaftarkan dengan alasan PAS sudah bersama Kerajaan Pintu Belakang Semburit..

5. Menjemput PPBM sertai Munafik (MN), selepas dipersetujui PPBM terus diamkan diri..

6. Menipu mengatakan usul UMNO menolak bersama PPBM sebanyak 181 Bahagian, sedangkan hanya 99 Bahagian..

7. Memecat TSAM tanpa berbincang dengan MCA dan MIC..

𝗔𝗽𝗮𝗸𝗮𝗵𝗭𝗮𝗵𝗶𝗱𝗻𝗧𝗵𝗲𝗚𝗮𝗻𝗴𝗺𝗮𝗵𝘂𝘀𝗲𝗯𝗲𝗻𝗮𝗿𝗻𝘆𝗮.??

Yang berusaha menyatupadukan Melayu didalam Kerajaan Pintu Belakang Semburit dan Munafik MN dianggap pengkhianat, yang berunding dengan Anwar dan DAP dianggap hero..

UMNO sudah jauh lari perjuangan asal bila dipimpin oleh Kluster Mahkamah..

Maklumlah mereka ini semua pernah bekerja di bawah Anwar.. C&P.

UNTUK BACAAN AHLI UMNO SAHAJA

UNTUK BACAAN AHLI UMNO SAHAJA

Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tuan Guru Hj. Hadi Awang bersama dua Setiausaha Agung, Hamzah Zainuddin dan Takiyuddin Hassan telah tahu gerakan dilakukan oleh pemimpin Umno proksi Najib Razak.

Kepala bagi menjatuhkan perpaduan Melayu Islam Pintu Belakang ini adalah Najib Razak melalui Jazlan, Ahli Parlimen Machang. Malah kronologi ini telah diketahui awal oleh Muhyiddin Yassin.

8 Oktober – MP Machang, Rompin dan Najib bertemu di Pavilion. Najib cerita kenapa nak bekerjasama dengan Anwar Ibrahim. Turut bersama ketika itu MP Tanjong Karang, Arau dan Padang Rengas.

9 Oktober – MP Machang, Rompin, Arau dan Padang Rengas buat keputusan dan memilih Anwar Ibrahim.

11 Oktober – MP Machang bertemu DS Zahid Hamidi meminta jaminan jika perancangan Najib berjaya DS Zahid Hamidi perlu melantik Najib sebagai Pengerusi BN.

14 Oktober – MP machang, Rompin dan Arau bertemu Najib Razak.

17 Oktober – Tengku Muda berjumpa Najib Razak, Anwar Ibrahim, Tajuddin Rahman dan Anthony Loke.

Tengku Muda mengatakan YDPA tidak mahu tengok Najib Razak masuk ke dalam kerana Najib Razak adalah Orang Kaya 8.

Anwar bersumpah – kluster mahkamah akan dilepaskan sekiranya beliau menjadi PM.

18 Oktober – MP Machang berjumpa Najib Razak dan meminta supaya perancangan ini ditangguhkan sebab seluruh bahagian Umno di Kelantan tolak Anwar Ibrahim.

Pada sebelah malam, MP Jerantut, Kimanis dan Padang Besar bersetuju agar rancangan ini ditangguhkan.

19 Oktober – Mesyuarat MKT Umno, Tanjong Karang dan Machang diherdik oleh majoriti MKT dalam mesyuarat MKT Umno susulan perancangan untuk menjatuhkan kerajaan.

Najib Razak – 4 bulan selepas mengambil alih kerajaan, menjelaskan beliau tidak kutuk kerajaan supaya rakyat sokong Muhyiddin Yassin.

Najib Razak kecewa kerana Hamzah tidak menunaikan janji berkaitan kes mahkamah melibatkan dirinya, Rosmah Mansor serta anak-anaknya.

Manakala Zahid Hamidi mendakwa Hamzah ugut akan mengambil tindakan ke atas Nurul Hidayah iaitu anaknya.

20 Oktober: Jawatankuasa Noah berjumpa MP dan menyerahkan RM20 juta kemudian Najib serah 12 Akuan Bersumpah kepada Anwar Ibrahim.

1. Pekan

2. Pontian

3. Bagan datuk

4. Rompin

5. Pasir Salak

6. Padang Rengas

7. Kinabatangan

8. Baling

9. Machang

10. Arau

11. Besut

12. Jerantut

Malah Presiden Umno, Zahid Hamidi dua kali melanggar janji yang mereka telah persetujui bersama.

Ramai orang Umno tidak tahu krisis Menteri Besar Perak adalah permulaan Umno dengan DAP.

Malah PM Tan Sri Muhyiddin Yassin ‘fuck off’ Zahid Hamidi manakala TG Hadi Awang kata Presiden Umno manusia ‘munafik’.

Orang Umno fikir Pas tidak dapat menerima Amanah.Namun, anda semua tersilap sebab Pas telah berunding dengan Mat Sabu.

Namun, Presiden Amanah berpendirian tidak akan menyertai Perikatan Nasional sekiranya Najib dan Zahid bersama dalam kerajaan.

Bagaimanapun, Mat Sabu bersedia bersama Perikatan Nasional sekiranya dua individu ini tidak bersama dalam kerajaan pimpinan Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin Yassin, Tuan Guru Hj. Hadi Awang Munafik bersedia dengan “exit plan” jika Umno menarik sokongan mereka kepada Kerajaan Pintu Belakng Semburit pimpinan majoriti Melayu Islam.

Bersatu: 50

Warisan: 11

Pas: 18

GPS: 18

Amanah: 11

Pejuang:4

Bebas: 1 (Maszlee)

Jumlah: 113

Semoga Allah SWT Percepatkan Kejatuhan Kerajaan Pintu Belakang Semburit Munafik – In Sya Allah.

Umno sedia berkerjasama dengan PKR DAP dan Amanah – Tajuddin

Pengarah Pilihan Raya UMNO Tajuddin Abdul Rahman tidak menolak parti itu bekerjasama dengan mana-mana pihak termasuk bekerjasama dengan PKR, DAP dan Amanah.

Katanya, dalam politik kerjasama dengan mana-mana pihak bukan suatu yang mustahil.

“Apa sahaja boleh berlaku dalam politik,” katanya ketika diminta mengulas laporan sebuah blog yang mendakwa akan wujud satu gabungan antara BN, PKR, DAP dan Amanah.

Sumber berita

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2021/01/04/tak-mustahil-umno-kerjasama-dengan-pkr-dap-amanah-kata-tajuddin/