Peguam Negara Tommy Thomas dilaporkan mendakwa Jho Low mencuri lebih RM41.8 bilion dana 1MDB.

Image may contain: people sitting

1-najib-haram. [downloaded with 1stBrowser]1 RAJA BOHONG1 Jho Low Sufi1 jho low sifu1 umno digantung1 umno rasuah

Peguam Negara Tommy Thomas dilaporkan mendakwa Jho Low mencuri lebih RM41.8 bilion dana 1MDB.

PUTRAJAYA; Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hanya boleh mengesahkan jumlah dana 1MDB yang diseleweng apabila ahli perniagaan Low Taek Jho ditahan.

“Nilai sebenar tidak akan dapat disahkan selagi kita tidak dapat menahan Jho Low,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya pada sidang media di Ibu Pejabat SPRM, hari ini.

Latheefa berkata demikian ketika diminta mengesahkan kenyataan Peguam Negara Tommy Thomas yang berkata kerajaan percaya Low atau lebih dikenali sebagai Jho Low telah melarikan lebih AS$10 bilion (RM41.8 bilion) dana 1MDB.

Sebelum ini Thomas juga berkata, pihak berkuasa Malaysia kini dalam perbincangan dengan Goldman Sachs untuk menggugurkan tuduhan jenayah terhadap tiga anak syarikat bank tersebut berkaitan dengan skandal 1MDB.

Putrajaya pada ketika ini sedang berusaha mendapatkan ganti rugi sebanyak AS$3.3 bilion (RM13.2 bilion) daripada bank AS itu dan menuduhnya membantu Jho Low dalam penyelewengan dana 1MDB.

Penyiasat pula berkata kira-kira AS$4.5 bilion (RM18 bilion) diseleweng daripada 1MDB.
Pada bulan Dis lalu, Malaysia memfailkan tuduhan terhadap Goldman Sachs (Asia) LLC, Goldman Sachs International (UK) dan Goldman Sachs (Singapura), dan menuntut AS$2.7 bilion (RM10.8 bilion) dalam bentuk denda dan pulangan sebanyak AS$600,000 (RM2.4 bilion).

Jho Low dipercayai bersembunyi di negara China dan terus mengawal kepentingan perniagaannya di Hong Kong. Akhir bulan lalu, Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador memberi bayangan Jho Low dijangka dibawa pulang ke Malaysia hujung tahun ini. Beliau berkata Jho Low dilindungi pihak tertentu untuk bersembunyi di sebuah negara menyebabkan dia sukar diekstradisi. Sukar untuk saya beri timeline (tempoh masa untuk bawa pulang Jho Low) sebab dia lari sudah terlalu lama namun saya berusaha untuk cuba percepatkannya, mungkin hujung tahun ini,” katanya.

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan