1. KADA dan YPEIM membentuk smart partnership dimana KADA menyediakan senarai petani miskin dan YPEIM akan salurkan bantuan bantuan kepada mereka.
2. KADA merancang untuk melaksanakan projek tanaman ubi keledek vitato atau sweet potato melibatkan penyertaan petani miskin di jajahan Bachok di satu kawasan akan ditentukan kemudian. KADA sedang mengenalpasti petani miskin dan petani biasa yang berminat untuk menyertai projek ini yang berpotensi besar bagi meningkatkan pendapatan mereka.
3. KADA sedang berunding dengan sebuah agensi bagi membolehkan agensi berkenaan menyediakan benih, input pertanian dan kapakaran kepada petani terlibat.
4. KADA akan membuat perancangan jadual penanaman supaya tanaman vitato ini tidak terjejas dengan bencana banjir sepertimana berlaku di Pasir Putih baru-baru ini. Penanaman akan dilakukan pada masa yang sesuai supaya hasil tanaman dapat diambil sebelum musim banjir tiba.
5. Pada tahun 2020, KADA akan menganjurkan hari vitato bagi mempromosikan tanaman vitato di jajahan Bachok.
6. KADA sedang mengenalpasti kadar kerosakan tanaman padi akibat banjir gelombang pertama baru-baru ini. Tetapi KADA menjangkakan kadar kerosakan tidak lah besar kerana banjir berlaku setelah selesai musim menuai dan tanaman musim baru di kebanyakkan kawasan masih belum bermula. KADA akan menyenaraikan petani yang tanaman padi mereka rosak akibat banjir dan nama mereka akan dihantar ke Kementerian Pertanian untuk tindakan selanjutnya. Bantuan kepada pesawah padi yang terjejas kerana bencana seperti banjir dan kemarau adalah di bawah kendalian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
7. Berkaitan dengan cadangan kerajaan untuk mengembangkan industry tenusu dengan mewujudkan kandang besar untuk ternakan lembu susu, KADA akan mencadangkan kepada kerajaan supaya ianya dikembangkan ke peringkat mukim secara kecil kecilan untuk diusahakan oleh penternak dan petani kecil serta perlukan diperluaskan kepada industry kecil berasakan tenusu seperti pengeluaran icecream dan sebagainya. Ini bagi menambahkan sumber pendapatan rakyat terutamanya penduduk kampong.
— with Kak Hana.