Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Pertuduhan pecah amanah terhadap Najib lengkap, kata pendakwaan

Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram.

Pertuduhan pecah amanah terhadap Najib lengkap, kata pendakwaan

Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu pertuduhan pecah amanah jenayah (CBT) yang dihadapi bekas perdana menteri Najib Razak lengkap apabila wang RM42 juta diseleweng daripada SRC International Sdn Bhd.masuk ke dalam akaun peribadi Najib .

Timbalan Pendakwa Raya V Sithambaram berhujah dalam kes pecah amanah, kesalahan itu lengkap apabila terdapat penyelewengan yang tidak jujur berhubung dana RM42 juta tersebut.

“Kami menyatakan wang itu telah disalahgunakan daripada SRC International Sdn Bhd. Jadi kesalahan itu lengkap…persoalan mengenai resit wang itu tidak timbul. Ia tidak penting, tiada siapa yang kerugian atas kehilangan itu,” katanya dalam hujahan di akhir kes pendakwaan yang didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Mohd Nazlan Mohd Ghazali hari ini.

Sithambaram menjelaskan kes CBT dan pengubahan wang haram dua pertuduhan yang berbeza yang memerlukan elemen yang berbeza untuk membuktikannya, dan mereka tidak membuat pertuduhan yang tidak betul.

“Kerugian/kehilangan salah atau keuntungan salah bukanlah ‘ramuan’ yang perlu dibuktikan dalam CBT dan isu yang berkaitan dengan resit yang dibangkitkan oleh pihak pembelaan bukanlah ‘bahan’ yang perlu dibuktikan dalam CBT.

“Resit itu bahan bagi kesalahan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AMLA). Sama ada ia adalah sama dengan RM42 juta dalam kes CBT bukanlah satu pertimbangan memandangkan bahannya berbeza,” katanya.

Menjawab hujah pihak pembelaan berkaitan kesahihan dan kebolehterimaan dokumen yang dikemukakan pihak pendakwaan sebagai bukti, Sithambaram berkata berdasarkan Seksyen 71 AMLA, membolehkan pendakwa raya atau pihak berkuasa untuk mendapatkan apa-apa dokumen atau salinan dokumen bawah akta itu.

“Undang-undang membenarkan ia untuk diterima,” katanya dan menambah Parlimen yang meluluskan undang-undang itu membuat perbezaan jelas mengenai bagaimana bukti itu ditunjukkan bawah akta ini, iaitu pertuduhan yang dihadapi Najib.

Najib, 66, berdepan tiga tuduhan pecah amanah (CBT) dan satu tuduhan salah guna kuasa berkaitan dana SRC International Sdn Bhd berjumlah RM42 juta.

Perbicaraan Ku Nan Tertangguh Kerana Ku Nan Mohon Tukar Hakim

Image may contain: 1 person, text

Bukankah sepatutnya perbicaraan rasuah Ku Nan bermula hari ini DAN TERPAKSA DITANGGUHKAN.

KENAPA TIBA-TIBA KU NAN mintak tukar hakim lain setelah pemberi rasuah terhadap Ku Nan mengaku bersalah tempohari ??!

Asal saja pemimpin² UMNO nak dibicara di mahkamah dlm kes² jenayah rasuah mereka pelbagai taktik licik diberi utk nak melengahkan perbicaraan mereka berlangsung.

NAMPAK TAK !!

Info penting 1MDB yang didedahkan dalam mahkamah

11 tindakan zalim najib

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

Image may contain: text

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=10217122960138399&set=pcb.10217122960498408&type=3&theater

 

Dalam hingar bingar kita membincangkan tentang perkukuhkan ekonomi Islam, sebenarnya sedang berlangsung perbicaraan kes 2.6 billion 1MDB ex PM Najib Razak yang sudah masuk hari keempat.

Dua hari ini, saksi utama, Datuk Amhari, bekas pegawai khas kepada Najib Razak memberi keterangan.

Antara info penting yang didedahlan dalam mahkamah:

1- Najib Razak dan Jho Low, mengatur pelan bailout hutang 1MDB dengan berjumpa dengan GLC GLC dari negara China pada tahun 2016.

Najib Razak meminta GLC GLC ini menanggung hutang 1MDB dengan SRC. Sebagai imbalan, GLC GLC ini akan dapat tender projek projek infrastruktur mega di Malaysia.

Antara projek projek yang masuk dalam perbincangan ialah ECRL, KL Bangkok Speed Rail, dan Trans Sabah Gas Pipeline.

Gila kan? Kalau ini tak masuk dalam definisi jual kedaulatan negara, tak tahulah kita nak kata apa.

2- Jho Low, dalam usaha menutup kepincangan kepincangan 1MDB, bertindak menghasilkan dokumen dokumen sokongan ‘palsu’ yang tiada nilai.

3- Jho Low, adalah orang yang sangat rapat dan orang kepercayaan Najib Razak. Jho Low telah berkawan dengan Riza Aziz dan juga Rosmah Mansor sejak Remaja.

4- Jho Low pernah diberi mandat oleh Najib, untuk bermesyuarat dengan YDPA (Sultan Terengganu semasa itu) berkenaan dengan TIA (Terengganu Investment Authority) nama asal bagi 1MDB.

——————————-

Saya tak faham, dah teruk macam ni pun, dengan rilek beliau mendabik dada dan jerit #maluapaboskurr.

Lagi tak faham, ada kawan kawan Pas yang duduk lambung lagi exPM kita ni

Najib memohon maaf kepada polis selepas menengkingnya.

Image result for najib tengking polis

https://web.facebook.com/PemudaAmanahKubangKerian/videos/431613750907069/?t=3

https://web.facebook.com/PemudaAmanahKubangKerian/videos/431613750907069/

Semalam masa tonton Awani laporan Perbicaraan Najib.. tengok visual Najib tiba di Mahkamah.. nampak mukanya macam orang bermasalah.. mesti ada masalah besar yg kita tak tahu..

Sekejap tadi aku baru berkesempatan tonton video Malaysiakini, Terkejut aku bila tengok Najib menjerit, tengking Anggota Polis.. memang sah lah Najib sekarang jiwanya kacau..

Anwar dulu pun tak sampai tahap tu walapun ketika dia dipenjara.. Susah kalau bekas bekas PM dn Pemimpin yang terlatih dalam Politik ni nak tengking anggota Polis ni, maknanya Najib betul betul tengah Stress..Tak lama lagi kalau Tak sakit jiwa, dia masuk Hospital lah tu..

Nasiblah Penyokong PH ni jenis tak pandai Troll Macam Najib.. kalau dapat kat geng depa pemimpin PH tengking Polis macam tu.. 7 hari 7 malam depa main isu pemimpin PH kurang ajar dengan anggota Polis.. ini baru penyokong PH periksa kereta anggota Polis pun depa dok jadikan isu mcm penyokong PH sembelih anggota Polis macam Kat memali..

Tu lah Najib.. suka sangat Troll orang.. Last last jiwa sendiri yang sakit..

Peguam Negara Tommy Thomas mendedahkan penyata Ambank Najib

Peguam Negara Tommy Thomas mendedahkan dalam pernyataan pembukaannya pada 3 April bahawa Najib mengeluarkan 15 cek peribadi dari akaun Perbankan AmPrivate miliknya.

15 penerima itu ialah Vital Spire Sdn Bhd (RM140,000), Zulkarnain & Co (RM2.5 juta), Centre for Strategic Engagement (RM300,000), Lim Soon Ping (RM238,914), ABX Transmasters Sdn Bhd (RM100, 000), parti politik berpusat di Sabah, Upko(RM1 juta), Yayasan Penyayang Tun Abdul Razak (RM400,000), Solar Shine (RM1 juta), Asmadi Abu Talip (RM50,000), Manisah Othman (RM13,800) Moz Malaysia Sdn Bhd (RM56,500), Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang (RM1 juta), Syadillah Enterprise (RM77,300), Umno bahagian Johor Bahru (RM300,000) dan firma guaman Wan Aishah Mubarak (RM3.5 juta).

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=2315007365489439&set=a.1439044606419057&type=3&theater

17 CEK AMBANK MEMBUKTIKAN NAJIB MELAKUKAN PENGGUBAHAN WANG HARAM

Image may contain: 1 person, indoor and close-up

1 PEROMPAK UMNO1 MELAYU TANPA AMANAH

Image may contain: 2 people

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: 1 person

 

MACAI-MACAI PEMBANGANG UMNOPAS SELALU TANYA, MANA BUKTI NAJIB CURI/ROMPAK/SONGLAP DUIT?

(Ini buktinya. Baca tau? Jangan tanya lagi nanti, ‘mana buktinya’. Selepas baca, sebarkan supaya macai-macai Pembangang baca juga)

Senarai transaksi-transaksi di bawah adalah berdasarkan bukti gambar cek yang telah ditunjuk di mahkamah. Pegawai-pegawai Bank Negara Malaysia, AmBank, malah orang yang bikin paip & tangki di rumah Najib semuanya telah dipanggil memberi keterangan.

1. 12 Disember 2014
RM20 juta dari akaun SRC International (211-202-200973-6) disalurkan ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan program-program Yayasan 1MDB. Ihsan Perdana dipimpin oleh Shamsul Anwar Sulaiman, seorang bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput merangkap bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

2. 21 Januari 2015
RM3.5 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201189-8) disalurkan ke akaun firma guaman peguam UMNO Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

3. 30 Januari 2015:
RM240,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Vital Spire Sdn Bhd.
(Saya belum kenal pasti syarikat apa ini)

4. 2 Februari 2015:
RM2.5 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun firma guaman Zulqarnain & Co.

5. 8 Februari 2015
RM300,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Centre For Strategic Engagement Sdn Bhd, sebuah syarikat propaganda & analisis politik.

6. 12 Februari 2015
RM238,914 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Lim Soon Peng, seorang pemaju hartanah yang memiliki Titijaya Land Berhad.

7. 12 Februari 2015
RM100,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun syarikat ABS Trend Master Sdn Bhd, sebuah syarikat perabot dapur.

8. 12 Februari 2015
RM400,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Rumah Penyayang Tun Abdul Razak yang terletak di Pekan, Pahang.

9. 12 Februari 2015
RM50,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Asmadi Abu Talib, calon BN yang kalah dalam PRU14 di kerusi DUN Merbau Pulas, merangkap Ketua Bahagian UMNO Padang Serai

10. 12 Februari 2015
RM13,800 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun peribadi Manisah Othman.
(Saya belum kenal pasti siapa ini)

11. 13 Februari 2015
RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun UPKO, sebuah parti komponen BN pada ketika itu.

12. 17 Februari 2015
RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Solar Shine Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mencetak payung, kemeja, topi, kalendar, cawan & ‘hadiah-hadiah’ 1 Malaysia yang diagihkan dalam musim PRU.

13. 24 Februari 2015
RM77,300 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Syadilah Enterprise.

14. 24 Februari 2015
RM56,500 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Moz Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat paip air yang diupah menjalankan kerja-kerja pembaikpulihan paip-paip di rumah Najib di Langgak Duta.

15. 26 Februari 2015
RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Jawatankuasa UMNO negeri Pulau Pinang.

16. 26 Februari 2015
RM300,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun UMNO Bahagian Johor Bharu

17. 9 Mac 2015
RM103,361.17 dari akaun syarikat (202-1160010-0) disalurkan ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan program-program Yayasan 1MDB. Ihsan Perdana dipimpin Shamsul Anwar Sulaiman, seorang bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput merangkap bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

JUMLAH AGIHAN: RM30.87 JUTA

———-

TAPI…… Peguam Najib kata pendakwaraya kene buktikan wang ini adalah haram, kemudian Najib pun kata dia tidak tahu apa-apa.

Najib & peguamnya TIDAK MENAFIKAN transaksi-transaksi ini. Maksudnya mereka setuju apa yang didedahkan peguam negara dan kerajaan.

Apa yang dipersoal peguam Najib adalah sama ada Najib tahu mengenai aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam akaun banknya. Dalam erti kata lain, hujah pembelaan Najib adalah “akaun dia digunakan orang lain”.

Saya nak tanya para pembaca:
Ada ke org dalam dunia ini yang TIDAK TAHU apa sedang berlaku dalam akaun banknya?
Ada ke korang kenal siapa-siapa yang bagi akaun bank dorang kepada orang lain untuk dipakai?
Akaun tetiba muncul beratus-ratus juta pun tidak tau?
Bank tak pernah telefon, tak pernah emel, tak pernah tanya?

Mana logiknya?

SEMOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN TUGAS SPRM DAN MEMPERMUDAHKAN JUGA NAJIB SERTA KELUARGA MEMASUKI PENJARA.

Pihak Pendakwaan kes SRC Najib, Akan Membuktikan 9 Bukti kepada Mahkamah

1 A H DOA TETAP IMAN1 PEROMPAK UMNO

 

Bermula Esok, Pihak Pendakwaan kes SRC Najib, Akan Membuktikan kepada Mahkamah seperti berikut :
1-Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa tertuduh terlibat secara langsung dalam keputusan bagi pihak Kerajaan Malaysia untuk memberi jaminan kerajaan bagi pinjaman berjumlah RM4 bilion yang diterima oleh SRC International Sdn Bhd daripada Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (“KWAP”).
2-Bukti juga akan menunjukkan bahawa pada bulan Disember 2014, kad kredit yang dituduh, dicaj sebanyak USD130,625 bagi perbelanjaan yang dibuat di Chanel, sebuah kedai fesyen eksklusif di Honolulu.
3-Pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa cek peribadi dikeluarkan, antaranya sebagai bayaran untuk kerja-kerja pengubahsuaian yang dilaksanakan di kediaman tertuduh di Jalan Langgak Duta, Kuala Lumpur, kediaman tertuduh di Pekan, Pahang, dan juga cek dikeluarkan kepada pelbagai parti politik komponen Barisan Nasional.
4-Dalam membuktikan tuduhan menyalahguna kedudukannya, bukti dalam bentuk lisan, dokumentari serta keadaan akan dikemukakan oleh pihak pendakwaan bagi menunjukkan cadangan penubuhan SRC International Sdn Bhd, cadangan penubuhan geran RM3 billion, permohonan SRC International bagi mendapatkan pinjaman kerajaan RM3.95 billion, pelantikan Lembaga Pengarah SRC International, dan Nik Faisal Ariff Kamil sebagai Ketua Pegawai Eksekutif SRC International.
5-Pihak pendakwaan juga akan menunjukkan perkara-perkara yang membawa kepada kelulusan oleh kerajaan Malaysia, menerusi Kementerian Kewangan, pemberian jaminan kerajaan untuk RM2 billion berpihak kepada SRC International dan pemberian jaminan kerajaan untuk RM2 billion lagi yang berpihak kepada syarikat itu (SRC International).
6-Bukti juga akan menunjukkan perkara berhubung pengaliran wang berjumlah RM42 juta, dari SRC International, disalurkan menerusi akaun syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd (subsidiary milik penuh SRC International Sdn Bhd) dan Ihsan Perdana Sdn Bhd (dikatakan dilantik sebagai rakan kongsi tanggungjawab sosial korporat SRC International).
7-Bagi pertuduhan pecah amanah (CBT), pihak pendakwaan akan membuktikan bahawa Najib, sebagai Perdana Menteri dan Menteri kewangan, serta Penasihat Emeritus kepada SRC International, semasa diberi kepercayaan terhadap wang milik SRC International, melakukan CBT dengan merujuk kepada wang RM27 juta, RM5 juta dan RM10 juta milik SRC International.
8-Pihak Pendakwaan juga akan menampilkan bukti bahawa bahawa Najib terbabit dengan penggubahan wang haram dengan menerima RM42 juta, sebagai hasil daripada kegiatan yang menyalahi undang-undang, dalam akaun Perbankan AmPrivate.
9-Bukti juga akan menunjukkan bahawa Najib mengeluarkan 15 cek daripada akaun banknya yang berjumlah RM10,776,514.00. C&P.

Najib Menggunakan Khidmat BlackWater (Pembunuh Upahan Amerika Di Iraq)

Image result for Najib dan corallo di malaysia

1 A NAJIB

Image result for blackwater in iraq

Image result for blackwater in iraq

Pembunuh Upahan Amerika Untuk Membunuh Umat Islam Di Iraq.

Bekas perdana menteri Najib Razak didakwa mendapatkan khidmat pakar komunikasi Republikan tahun lalu, kata satu badan pemerhati terhadap pengaruh wang dalam politik Amerika Syarikat (AS).

Merujuk rekod daftar Akta Pendaftaran Ejen Asing (foreign agents registration act, Fara), laporan Center for Responsive Politics menyifatkan Mark Corallo sebagai “ejen asing” (foreign agent on record) untuk Najib.

Undang-undang AS memerlukan ejen kepada pihak politik di luar negara itu membuat pendedahan umum secara berkala. Menurut dokumen Fara, Corallo telah menghantar dokumen itu pada 27 Mac 2018.

Dokumen itu menyatakan “Mr Najib Razak” sebagai pelanggan Corallo, sementara ruangan jenis perkhidmatan tertulis “belum ditetapkan”.

Corallo juga tidak menyatakan pendapatan yang bakal diperolehinya.

Corallo paling dikenali sebagai juru cakap pasukan peguam Presiden AS Donald Trump ketika siasatan FBI berkenaan kaitan antara kempen pilihan rayanya pada 2016 dengan kerajaan Rusia.

Sebelum itu, dia menjadi penasihat perhubungan awam untuk pasukan tentera persendirian Blackwater Worldwide, yang membunuh 17 rakyat biasa Iraq pada 2007 dalam apa yang dikenali sebagai pembunuhan Dataran Nisour di negara itu.

Dia juga merupakan juru cakap John Ashcroft ketika menjadi peguam negara AS antara 2002 hingga 2005.

‘Pakar spin Republikan’

Laman web Corallo sendiri berbangga dengan gelaran “pakar spin Republikan melalui pengalaman” (street-smart Republican spin doctor) yang diberikan oleh kumpulan pelobi ternama National Journal dan “pakar krisis” (master of disaster) oleh organisasi berita politik terkemuka Politico ekoran kemahiran pengurusan krisisnya.

Dokumen Fara menunjukkan Corallo pada masa ini bekerja di firma guaman Ashcroft di St Louis, Missouri.

Wall Street Journal sebelum ini mendakwa Najib berhubung dengan firma guaman Ashcroft sejak 2016 – ketika Jabatan kehakiman AS (DOJ) melancarkan siasatan terhadap dakwaan penyelewengan dana 1MDB.

Menurut kenyataan pendaftaran Fara Ashcroft Law Firm LLC pada 2018, ia juga memberi Najib “nasihat perundangan berkenaan salah laku pihak ketiga untuk cuba menjejaskan kestabilan kerajaan Malaysia.”

Dalam kenyataan tambahan kepada unit Fara pada 12 Disember tahun lalu, Ashcroft Law Firm LLC berkata ia tidak menerima sebarang bayaran daripada Najib kerana “gangguan dalam kerja dan sebarang keperluan bayaran”.

Tapi Jho Low bayar

Sementara itu, Center for Responsive Politics juga melaporkan bahawa dokumen Fara menunjukkan ahli perniagaan yang kini dalam buruan, Jho Low yang dituduh sebagai dalang skandal 1MDB, telah mengambil khidmat firma guaman Kobre and Kim and Schillings.

Menurut dokumen Fara itu, antara skop kerja Schillings International adalah menyedia atau menyebar maklumat berkenaan http://www.jho-low.com.

Tiada belanja dinyatakan untuk khidmat yang diberikan dan Low disifatkan sebagai mempunyai alamat di Tanjong Bungah, Pulau Pinang.

Center for Responsive Politics melaporkan bahawa dokumen awam menunjukkan Low membayar sebanyak tujuh angka kepada kedua-dua firma guaman itu dan nilainya mungkin lebih tinggi kerana sebahagian bayaran tidak dilapor kepada pendaftar Fara.

Laporan itu juga mendedahkan Reevemark LLC sebagai syarikat terbaru yang diambil Low untuk khidmat rundingan perhubungan awam.

“Reevemark dijangka menerima AS$175,000 atas kerja mempromosi Low daripada 15 Feb sehingga akhir Mac, diikuti dengan bayaran bulanan AS$125,000, mengikut kontrak awal.

“Reevemark adalah syarikat komunikasi strategik berpangkalan di New York yang ditubuhkan tahun lalu oleh bekas rakan usaha sama Sard Verbinnen, dan Low adalah prinsipal asing pertama yang dilaporkan dalam pernyataan Fara,” kata Center for Responsive Politics.

https://m.malaysiakini.com/news/468984

Najib guna pelbagai cara lengahkan perbicaraan – Tommy Thomas

Najib guna pelbagai cara lengahkan perbicaraan – Tommy Thomas

PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tommy Thomas memberitahu Mahkamah Rayuan di sini, hari ini bahawa Datuk Seri Najib Razak membangkitkan pelbagai isu untuk melengahkan perbicaraan kes pecah amanah dan menyalahgunakan kedudukan membabitkan dana SRC International Sdn Bhd yang dihadapinya.

Beliau berkata, ini dapat dilihat apabila kedua-dua pihak sebelum ini sudah bersetuju bahawa kes membabitkan dana SRC International Sdn Bhd itu dibicarakan di Mahkamah Tinggi dan pihak pendakwaan dan pembelaan tidak pernah bertelagah mengenai perkara itu.

“Pemohon (Najib) bagaimanapun membangkitkan pelbagai isu untuk melewat-lewatkan perbicaraan pada setiap peringkat kes ini.

“Permohonan untuk mencabar kuasa Pendakwa Raya dalam rayuan ini adalah tidak berasas dan sehubungan itu kami mohon rayuan ini ditolak,” katanya.

Tommy berkata demikian dalam empat rayuan interlokutori dimohon Najib membabitkan tujuh tuduhan dihadapinya membabitkan dana SRC International.

Najib merayu keputusan Mahkamah Tinggi menolak permohonannya untuk mendapatkan perintah larangan tehadap media dan orang ramai daripada membincangkan dan menerbitkan kenyataan mengenai merit kes SRC International dihadapinya.

Najib juga merayu keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang menolak permohonannya untuk mendapatkan beberapa dokumen mengenai kes itu, rayuan terhadap pelantikan Datuk Sulaiman Abdullah mengetuai pendakwaan dan rayuan mengenai sijil pindahan kes daripada Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi oleh pendakwaan.

Pada 4 Julai tahun lalu, Najib mengaku tidak bersalah di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pecah amanah dan satu pertuduhan menyalah guna kedudukan untuk kepentingan peribadi membabitkan RM42 juta berkaitan syarikat SRC.

Beliau kemudian didakwa dengan tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana sama.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan diketuai Datuk Zabariah Mohd Yusof, bersama-sama Datuk Rhodzariah Bujang dan Datuk Lau Bee Lan, menetapkan Khamis ini bagi keputusan rayuan terbabit.

3044 dibaca
Peguam Negara, Thommy Thomas tersenyum ketika meninggalkan Mahkamah Tinggi di Putrajaya, Malaysia hari ini. – Foto
EPAhttps://www.bharian.com.my/berita/kes/2019/03/542429/najib-guna-pelbagai-cara-lengahkan-perbicaraan-tommy-thomas?t=123&fbclid=IwAR1JLes-XCLhOa0OpVIn9LgpT4QVXgTC5sOpV5ThvxyVEsHJ6SjYXqZPZtw