Pakej ransangan ekonomi RM50 bilion sia-sia? PM Paling Gagal.

Ini kali kedua aku tulis Pakej Prihatin yang dibentang PM tebuk atap adalah sia sia.. Bila membaca berita lebih 2 ribu lagi pekerja Malindo diberhentikan Kerja setelah beribu pekerja Air Asia dan MAS ini tanda jelas kegagalan Kerajaan PN dan PM tebuk atap..

Ini baru sektor Penerbangan, agaknya bagaimana dengan sektor hiliran yang ada kaitan dengan mereka.. apapun asas kepada kegagalan ini seperti yang aku tulis seawal mac dulu.. Ianya tidak bersasar.. Bantuan diagihkan semborono.. Seperti Ali Baba yang tabur duit bila jumpa harta karun di dalam gua…

Bayangkan Sudah lah Pakej pertama yang melibatkan suntikan Fiskal RM 45 Billion tidak bersasar.. Bantuan kali kedua berjumlah RM 10 Billion, PM tebuk atap ulang kesilapan yang sama..hanya semata mata mengejar kemenangan PRN Sabah.. agaknya takda sorang pun dalam PN ada kemampuan berfikir..

Bayangkan bantuan BPN pada fasa pertama saja sudah melibatkan kos kewangan lebih RM 12 Billion.. dan RM 10 Billion dalam pakej bantuan Prihatin 2.0.. lebih malang tidak ada tumpuan yang bersasar seperti mereka yang kehilangan Pekerjaan mahupun yang bekerja sendiri..

Lebih teruk, kakitangan awam dan Pekerja GLC dan Swasta yang masuk dalam kategori M40 dapat berpendapatan tetap.. Mereka tetap layak terima BPN.. Ini sudah menghilangkan hak mereka yang betul2 Layak seperti Penjaja pasar malam atau mereka yang dibuang kerja..

Bayangkan kalau sejak awal, Tumpuan Pakej Prihatin dibuat lebih berhemah dan bersasar.. Dah pasti mereka yang terpaksa menganggur.. Kehilangan Pekerjaan masih dibela.. Katalah Pakej Prihatin, BPN mengecualikan kelompok M 40 dari kakitangan awam dan swasta yang berpendapatan RM 3000 keatas dikecualikan..

kemungkinan 4 Juta dari jumlah 10 Juta BPN itu tidak layak.. dah pasti rakyat kehilangan pekerjaan akan terbela.. Sebagai contoh, Dari jumlah 4 Juta yang masih terima gaji tetap RM 3 ribu keatas..Kalau peruntukan RM 5 Billion itu diagihkan kepada 450 Ribu penganggur dan mereka yang bekerja sendiri..Depa layak terima RM 1 ribu Sebulan selama 1 Tahun..

Itu sebab aku sentuh dan puji Model Singapura.. Kenapa ? Model Singapura antara yang terbaik..Bantuan mereka bersasar,.. mereka melihat kepada keperluan sektor yang benar2 terjejas…

sebagai contoh sektor Perhotelan dan Penerbangan mereka akan dibayar gantian pendapatan sebanyak 75% dari nilai gaji depa.. manakala sektor F&B sebanyak 50%.. Gantian ini dibuat pada gaji mereka dibawah SD 4600(Rm 12 ribu)… Bukan hanya pekerja, hatta Industri Penerbangan depa pun..Kerajaan depa Bailout pada waktu sukar..

Bagaimana Yang bekerja Sendiri ? INDIVIDU bekerja sendiri (SEP) yang layak, seperti pemandu teksi,Pemain muzik Jalanan, Penjaja, guru Quran, Guru Tuisyen Persendirian depa akan menerima $1,000( RM 3000 ) Selama 9 Bulan.. dan ditambah 3 Bulan lagi dalam pakej tambahan pada bulan Mei.. maknanya mereka dibantu selama setahun dengan jumlah SD 1000 setiap bulan.. ni tak termasuk bantuan baucer barang dapur dan Elektrik..

Kalau diukur dari size Pakej Prihatin, Kita dengan Singapura lebih kurang saja.. Tapi mereka jauh lebih bersasar.. Tapi nak buat macam mana.. Seperti aku tulis seawal Mac dulu.. PM dan Menteri PN tebuk atap perasan pandai.. Tujuan depa bukan nak selesai kemelut Ekonomi..Cuma nak beli hati makcik Kiah dan pakmat tempe.. Tujuan dep nak dipuji.. Nak menang Pilihanraya.. Ini sungguh tak bertanggung jawab..

Dulu bila aku sebutkan Pakej Prihatin ini sia sia.. ada ramai yang pertikai..dan hari ini kita dapat lihat bagaimana terdesaknya rakyat.. sampaikan duit simpanan sendiri pun depa nak keluarkan walaupun itu simpanan hari tua depa..

Jika sejak awal Pakej itu bersasar..Tak perlu pun rakyat keluarkan Rm 500 sebulan dari KWSP.. apalagi perlu keluarkan RM 10 ribu… Tapi itulah wajah Kerajaan dan PM tebuk atap.. Menteri ramai, Otak takda.. Macam mana PM tebuk atap gagal urus wabak Covid-10..mcm tu lah depa gagal urus Ekonomi.. Jadi apa yg diharapkan Kerajaan bani melayu Islam macam ni..Skit pun tak berguna..

Berita Penuh :http://suarapakatandaily.com/archives/30423

Mahyuddin Menyebabkan Negara Malaysia Berhutang Sebanyak RM181.5 bilion?

Pinjaman kasar k’jaan naik kepada RM181.5 bilion?

Pinjaman kasar k’jaan naik kepada RM181.5 bilion?

Jumlah pinjaman kasar kerajaan persekutuan dijangka meningkat 31.5 peratus berbanding anggaran asal iaitu kepada RM181.5 bilion atau 12.6 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) di tengah-tengah keperluan untuk membiayai langkah-langkah rangsangan Covid-19.

Keperluan pinjaman kasar dianggarkan masih ketara sekitar 11 peratus daripada KDNK berikutan ketidaktentuan persekitaran ekonomi 2021, demikian menurut Kementerian Kewangan.

Sebanyak RM94.7 bilion daripada jumlah pinjaman kasar digunakan untuk membiayai semula hutang yang matang manakala RM86.5 bilion untuk membiayai defisit, katanya dalam Laporan Tinjauan Fiskal 2021 yang dikeluarkan di Kuala Lumpur.

Kementerian itu berkata pinjaman dalam negeri kekal sebagai sumber utama pembiayaan dan dianggarkan berjumlah RM181.5 bilion atau 99.9 peratus daripada jumlah pinjaman kasar manakala baki sebanyak RM30 juta adalah daripada pinjaman projek luar pesisir.

Hampir keseluruhan pembiayaan termasuk keperluan pakej rangsangan ekonomi diperoleh melalui sumber dalam negeri bagi mengurangkan pendedahan risiko kadar pertukaran asing.

Terbitan Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) dijangka mencatat RM73 bilion atau 40.2 peratus daripada jumlah pinjaman kasar pada tahun 2020, Terbitan Pelaburan Kerajaan Malaysia (MGII) at RM76.5 bilion atau 42.1 peratus, katanya.

Selain itu, bil perbendaharaan yang diperoleh bagi pengurusan tunai dan kecairan dijangka meningkat dua kali ganda kepada RM32 bilion, berbanding purata terbitan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Oleh yang demikian, jumlah hutang kerajaan persekutuan dijangka meningkat kepada sekitar 61 peratus daripada KDNK dengan nisbah hutang statutori sekitar 58 peratus pada tahun 2021.

Berita Penuh :https://www.malaysiakini.com/news/549724

Seorang peguam failkan saman terhadap kerajaan Malaysia

Seorang peguam memfailkan saman terhadap kerajaan Malaysia di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi di sini hari ini berhubung keputusan Yang di-Pertuan Agong yang enggan bertindak atas nasihat Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk mengisytiharkan darurat.

Saman pemula itu difailkan oleh Syed Iskandar Syed Jaafar selaku plaintif menerusi Tetuan R Kengadharan & Co dan menamakan kerajaan Malaysia selaku defendan tunggal.

Menerusi pernyataan tuntutan berkenaan, plaintif yang berusia 53 tahun itu menuntut mahkamah menentukan perkara itu berdasarkan Artikel 40 dan 150 Perlembagaan Persekutuan.

Beliau menuntut sama ada Yang di-Pertuan Agong mempunyai budi bicara untuk tidak mengisytiharkan darurat walaupun Perdana Menteri atau Kabinet menasihatkan sebaliknya.

Untuk rekod, Artikel 40 menyatakan secara umum membahas tentang perlunya Yang di-Pertuan Agong bertindak sesuai dengan nasihat Kabinet atau menteri yang bertindak di bawah kekuasaan umum Kabinet.

Artikel 150 pula membahas mengenai kuasa Yang di-Pertuan Agong untuk mengeluarkan pengisytiharan darurat di mana terdapat situasi menyentuh keselamatan, ekonomi, atau ketenteraman awam di Persekutuan atau mana-mana bahagiannya terancam.

Plaintif juga menuntut untuk menentukan sama ada Akta A514 yang meminda Perkara 150 dengan menambah Fasal-fasal (8) dan (9) adalah melanggar Perlembagaan Persekutuan dan oleh itu adalah terbatal dan tidak sah.

Beliau turut menyatakan bahawa Parlimen tidak berhak untuk meminda Perkara 150 untuk menyingkirkan bidang kuasa Mahkamah Tinggi untuk memeriksa kesahihan suatu keputusan yang telah dibuat di bawah Perkara 150(1).

Pemindahan tersebut melanggari sepenuhnya (cuts across) kuasa semakan kehakiman yang merupakan sebahagian daripada struktur asas Perlembagaan Persekutuan.

Pada 25 Oktober lalu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menolak pengisytiharan darurat kerana tiada keperluan untuk melaksanakannya di negara ini atau mana-mana bahagian negara ini ketika ini.

Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Indera Ahmad Fadil Shamsuddin dalam satu kenyataan berkata, keputusan itu dicapai selepas Yang di-Pertuan Agong memperhalusi permohonan dan berbincang dengan Raja-raja Melayu.

Menurut beliau, selepas melihat situasi yang sedang dihadapi negara, Al-Sultan Abdullah merasakan kerajaan sekarang telah berjaya menangani wabak Covid-19 dengan baik dan berkesan.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/107706/BERITA/Nasional/Peguam-saman-kerajaan-berhubung-darurat

Rakyat Berjuang Untuk Terus Hidup Tetapi Menteri Agama Ingin Melaksanakan Hudud RUU 355

Menteri di Jabatan Perdana menteri (Hal Ehwal Agama) Dr Zulkifli Mohamad berkata kerajaan akan memberi laluan kepada pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 , atau lebih dikenali sebagai Akta 355 sebelum melaksanakan penyeragaman undang-undang jenayah syariah di negeri-negeri.

Jelas Zulkifli, ini kerana pindaan Akta 355 akan meningkatkan bidang kuasa Mahkamah Syariah untuk membicarakan dan menghukum di bawah undang-undang jenayah syariah negeri.

“Penyeragaman undang-undang jenayah syariah tersebut masih tidak dapat dilaksanakan buat masa ini untuk memberi laluan kepada pindaan Akta 355 yang akan meningkatkan bidang kuasa membicara dan bidang kuasa menghukum Mahkamah Syariah yang akan memberi kesan secara langsung terhadap hukuman-hukuman yang diperuntukkan di bawah undang-undang jenayah syariah tersebut,” katanya menerusi jawapan bertulis Dewan Rakyat bertarikh 5 Nov.

Dia berkata demikian menjawab pertanyaan lisan Dewan Rakyat oleh Mohd Fasiah Mohd Fakeh (Bersatu – Sabak Bernam) yang bertanyakan mengapa dan setakat mana perbezaan undang-undang syariah di antara negeri-negeri di negara ini.

Mohd Fasiah juga bertanya apakah langkah kerajaan bagi menyeragamkan undang-undang syariah di negara ini bagi mengelakkan salah faham dan kekeliruan di kalangan umat Islam dan melicinkan serta memperkemaskan pentadbiran undang-undang syariah.

Jelas Zulkifli, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) telah mengemuka cadangan untuk menyeragamkan undang-undang jenayah syariah kepada Majlis Raja-Raja dan ia telah diberi perkenan.

Untuk rekod, pada Julai tahun lalu, menteri agama ketika itu, Mujahid Yusof turut memaklumkan bahawa Majlis Raja-Raja secara asasnya bersetuju dengan langkah Jakim untuk menyeragamkan undang-undang jenayah syariah di negara ini.

Mujahid ketika itu berkata ia dijangka dapat direalisasikan tahun ini.

Sementara itu, Zulkifli dalam jawapan lisannya berkata, kerajaan melalui Jakim juga telah membentangkan cadangan untuk menyeragamkan undang-undang syariah lain termasuk undang-undang jenayah syariah dan undang-undang profesion guaman syarie kepada negeri-negeri melalui Majlis Dialog Undang-Undang dan Persidangan Penyelarasan Undang-Undang Syarak dan Sivil untuk mendapatkan pandangan dan maklum balas negeri-negeri.

“Cadangan tersebut telah dipersetujui oleh negeri-negeri. Cadangan tersebut juga telah dibentangkan oleh Jakim dalam Mesyuarat MKI (Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia) dan telah dipersetujui oleh MKI,” katanya.

Pada April 2017, kerajaan BN membenarkan anggota parlimen Marang merangkap Presiden PAS Abdul Hadi Awang untuk membentangkan usul persendirian bagi meminda Akta 355. Sehingga kini RUU tersebut masih belum dibahaskan.

Memandangkan PAS kini sebahagian daripada kerajaan Perikatan Nasional, parti itu berhadapan gesaan supaya meneruskan usul RUU itu.

Untuk rekod, Abdul Hadi menggesa pindaan Akta 355 bagi meningkatkan hukuman Mahkamah Syariah berhubung kesalahan jenayah.

Berita penuh :https://www.malaysiakini.com/news/549699

Rakyat Tidak Gembira Kerana Belajawan 2021 Mengutamakan JASA

Rata-rata rakyat tampak tidak gembira dengan Belanjawan 2021 yang dibentangkan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz petang tadi.

Bagi mereka, tiada perkara menarik yang boleh membuatkan rakyat tersenyum dengan pembentangan belanjawan kali ini.

Yang sinis berkata, kalau ada pun yang menarik hanyalah tentang kejayaan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim yang berjaya membuatkan Speaker, Azhar Azizan Harun terpaksa membuat U-Turn dengan membenarkan kesemua 222 Ahli Parlimen berada di Dewan Rakyat mendengar pembentangan Belanjawan 2021

Jika semalam beliau mengeluarkan arahan hanya 80 Ahli Parlimen saja dibenarkan berada di Dewan Rakyat, hari ini berikutan desakan Anwar yang kemudian disokong empat Ahli Parlimen UMNO, Azhar terpaksa mengubah keputusannya dengan rasa yang cukup kecewa.

Kekecewaannya jelas terpancar apabila beliau kemudian menyatakan agar di lain kali permohonan seperti itu seharusnya diberi notis awal terlebih dahulu kepadanya.

Apakah ini petanda awal Belanjawan 2021 akan berdepan masalah ketika pengundian nanti?

Dua perkara yang paling membuatkan rakyat kecewa dan tidak puas hati ialah berkaitan pengeluaran wang daripada KWSP dan perlanjutan tempoh moratorium pinjaman bank.

UMNO, khususnya melalui Najib Razak, sejak dua tiga minggu lalu, giat mendesak kerajaan agar membenarkan rakyat mengeluarkan wang caruman sebanyak RM10 ribu daripada Akaun 1 KWSP.

Pengeluaran wang itu adalah untuk tujuan mereka menyelesaikan urusan kehidupan berikutan pandemik Covid19 yang membuatkan ramai hilang pekerjaan dan tiada pendapatan.

Dengan RM10 ribu dapat dikeluarkan dan jika pasangan turut berbuat demikian, bermakna jumlah RM20 ribu yang ada dalam tangan mampu menyelesaikan banyak urusan kehidukan, antaranya tentang bil-bil yang tertunggak.

Jika kebenaran itu diberikan, ia dianggarkan mampu memberi manfaat dan keselesaan kepada kira-kira 4.7 juta pencarum.

Malangnya, desakan dan permintaan UMNO itu tidak dipedulikan oleh Tengku Zafrul.

Dalam pembentangannya, beliau mengumumkan hanya pencarum hilang pekerjaan dibenarkan mengeluarkan wnag daripada Akaun 1 KWSP dengan jumlah RM500 sebulan selama setahun.

Dalam erti kata lain, jumlah dibenar dikeluarkan adalah RM6000 sahaja, tetapi dengan RM500 sebulan, apa yang boleh diselesaikan?

Itu pun, oleh kerana ia terhad kepada mereka yang hilang pekerjaan, manfaatnya hanya untuk 600 ribu pencarum semata-mata berbanding sasaran daripada cadangan asal ialah 4.7 juta pencarum.

Bagi moratorium pinjaman bank, kedua-pihak iaitu UMNO dan PH telah membuat desakan agar ia dilanjutkan selama tiga atau enam bulan lagi bagi tujuan meringankan beban hidup rakyat akibat Covid19.

Desakan ini juga tidak diterima, sebaliknya Tengku Zafrul sekadar mengumumkan moratorium bersasar untuk golongan B40 di mana mereka yang berkenaan perlu berurusan dengan pihak bank untuk memohonnya.

Selain itu, mereka juga diberi pilihan sama ada mengambil moratorium selama tiga bulan atau mengurangkan jumlah bayaran bagi tempoh enam bulan dengan membuat perisytiharan bahawa pendapatan mereka telah berkurangan.

Yang nyata di sini, desakan UMNO dan PH langsung tidak diberi perhatian oleh PH, walaupun ia adalah untuk manfaat majoriti rakyat.

Dalam hal ini, ada yang berkata – inilah padahnya bila wakil bank dan bukan wakil rakyat jadi Menteri Kewangan.

Baik UMNO atau PH, terutama berkaitan dua aspek di atas iaitu pengeluaran wang KWSP dan moratorium pinjaman bank, adalah bahaya bagi masa depan mereka jika menyokong kelulusan Belanjawan 2021 ketika pengundian nanti.

Menyokongnya bererti tidak peduli terhadap keperluan rakyat yang majoritinya benar-benar perlukan wang daripada KWSP dan moratorium dilanjutkan lagi.

Sebaliknya, dengan menolak belanjawan dan menunjukkan kebersamaan terhadap keperluan hidup rakyat, peluang memenangi PRU akan datang adalah lebih cerah, terutama jika PRU15 diadakan seawal tahun depan.

Berita penuh :https://shahbudindotcom.net/2020/11/06/belanjawan-2021-tidak-menarik-malah-bahaya-jika-undiannya-disokong.html

Zaharin dedahkan broker tender libatkan anak VVIP

PANAS !! Zaharin dedahkan broker tender libatkan anak VVIP

Ini kisah diberi tahu kepada saya. Tapi itulah ceritanya yang berpindah dari mulut ke mulut. Benar atau tidak, terserah kepada siasatan pihak berkuasa.

2. Cerita dia begini.. Sekarang banyak anak Menteri jadi broker jika ada tender di Kementerian bapaknya. Khabarnya bapa dia yang jadi Menteri. Bagi maklumat kepada anak dan menantu akan senarai penender yang istilah orang bisnes ‘masuk bakul’.

3. Maka anak atau menantu akan berjumpa dan berunding apa dia dapat jika membantu. Penender dan kontrektor mana yang tak percaya.. jika anak atau menantu menteri tolong Lobikan.

4. Ada orang bercerita dengan saya. Seorang usahawan Melayu masuk tender ada kaitan IT di Jabatan Imigresen. Pihak JiM dan KDN sudah buat penilaian dan penapisan. Maka berkesudahan dua syarikat di nilai layak.

5. Kerana nilai tender melebihi 1 billion ringgit. Kelulusan dan lepas uji kelayakan dengan kemampuan perlu di perbuat oleh MoF (Kementerian Kewangan)

6. Maka di Pengerusikan oleh KSP (Ketua Setiausaha Perbendaharaan) Di ceritakan mereka yang mengetahui dalam mesyuarat itu dibincangkan Surat dari penender yang syarikat penender itu dari PLC atau syarikat tersenarai dalam Bursaham melalui pejabat tingkat 5 di Perdana Putra.

7. Ceritanya surat minta sokongan dari Malaysia One (bukan Najib Razak) oleh syarikat itu dibawa oleh menantu Malaysia One. Tapi Malaysia One tidak buat surat rasmi, dia cerdik. Dia memokan dalam pelekat kuning yang mungkin ‘for your eyes only’ dalam surat sokongan syarikat PLC itu.

8. Moral of story.. Ini apa? Anda jawablah sendiri.

9.Apa pun tahniah kepada pegawai khasnya Jawatankuasa Tender MoF bersikap telus. Walau pun memo pelekat itu for your eyes only tetap dibawa perbincangan dalam mesyuarat.

Sehingga sekarang tender ‘tergantung’ untuk dibuat keputusan kerana memo pelekat kuning dari Malaysia One.

SangKelembai
Nov 5, 2020
Kuala Lumpur.

Zaharin Mohd Yasin

Pasca belanjawan, pemimpin Umno desak Muhyiddin letak jawatan

Cadangan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin untuk melibatkan Pakatan Harapan (PH) dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) akan membawa malapetaka buat negara, kata Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Razlan Rafii.

Razlan berkata kerajaan kabinet serta kumpulan ahli parlimen Kerajaan sudah cukup untuk membantu Muhyddin mentadbir tanpa memerlupkan input pembangkang.

“Saya bukan mahu jadi penentang kepada kerajaan PN, namun apa yang cuba di cadangkan oleh perdana menteri adalah satu malapetaka kepada Negara sekali lagi,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Malam tadi dalam satu wawancara bersama Astro Awani, perdana menteri mempertimbangkan kemungkinan memperluas kerjasama dwiparti dengan pembangkang melangkaui Belanjawan 2021.

Beliau berkata ini barangkali termasuk mengundang pembangkang untuk menghadiri mesyuarat tertentu kerajaan.

“Bagi saya ini langkah permulaan, saya fikir untuk satu peringkat lain saya nak pelawa pembangkang untuk sama-sama duduk dalam Majlis Tindakan Ekonomi yang saya pengerusikan tiap-tiap minggu.

“Atau nak uruskan masalah Covid-19, yang saya pengerusikan tiap-tiap hari,” katanya pada wawancara berkenaan.

Dalam pada itu, Razlan mendakwa dalam tempoh 22 bulan PH memerintah, banyak kerosakan yang dilakukan yang menjejaskan rakyat.

Razlan memetik beberapa program dan cadangan agenda yang dipromosikan pemimpin PH ketika gabungan itu memerintah, termasuk syiling kripto, pemberian RM30 e-dombet dan “kereta terbang”.

“Sekiranya Muhyddin berkeras mahu membawa PH ke dalam kerajaan semula, seeloknya dipulangkan semula jawatan perdana menteri itu kepada Yang di-pertuan Agong,” katanya lagi.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/549952

Saya tak faham mengapa PKPB dilaksanakan seluruh negara kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis Shj-Prof. Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman

Prof. Datuk Dr. Lokman Hakim Sulaiman
Profesor Kesihatan Awam, IMUKL
Mantan Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Kesihatan Awam), KKM sebelum besara pilihan pd 2017

Saya tak faham mengapa PKPB dilaksanakan seluruh negara kecuali Kelantan, Pahang dan Perlis dan sehingga sebulan sekali gus. Atas pertimbangan apa tindakan drastik ini diambil? Kecuali Sabah dan Labuan, saya tak nampak sebarang perubahan ketara yang luar biasa dalam insiden kumulatif SAR-CoV-2 (Rajah 4).

Perubahan insiden mingguan SAR-CoV-12 di negeri-negeri yang terlibat juga tidak menunjukkan sebarang perubahan ketara (Rajah 5). Insiden mingguan di Melaka, Sarawak, Johor, Perak dan Terenganu terlalu rendah sampai tak nampak, menyamai rendahnya insiden di Pahang dan Kelantan. Namun tetap dikenakan PKPB.

Sekalipun jika dikeluarkan negeri “outlier” (Sabah & Labuan) seperti di Rajah 6, insiden di Melaka, Sarawak, Johor, Perak dan Terengganu adalah rendah di bawah 5 per 100,000 penduduk seminggu. Bagi yang faham ilmu epidemiologi, keputusan untuk melaksanakan PKPB berdasarkan angka sebegini adalah terlalu drastik dan keterlaluan. Malah Kedah yang sudah menunjukkan tren penurunan yang signifikan turut dikenakan tindakan yang sama.

Hatta bagi Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang, apakah PKPB menyeluruh seluruh negeri satu-satu jalan mengawal keadaan? Apakah PKPP (dipertingkat) terhadap mukim atau kejiranan yang bermasalah tidak boleh dilaksanakan, yang sudah tentu memberi impak ekonomi yang lebih sederhana berbanding PKPB menyeluruh?

Timbul pertanyaan apakah sebenarnya “end game” yang ingin dicapai melalui tindakan ini? Apakah kita mahu memutuskan langsung penularan virus ini dalam masyarakat melalui PKP? Jika itu matlamatnya, saya katakan ia ADALAH SESUATU YANG MUSTAHIL dicapai dalam tempoh 6 bulan sekalipun, tampa adanya vaksin dan ubat yang berkesan. Jika dilaksanakan selama 6 bulan, saya jamin ekonomi Malaysia akan lumpuh.

Jika sekadar untuk menurunkan insiden, apakah paras insiden yang hendak dicapai? Jika insiden di Johor antara 0.2 hingga 1.5 per 100,000 penduduk seminggu sudah dianggap tinggi dan perlu melaksanakan PKPB, apakah angka yang hendak dicapai sebelum PKPB boleh ditamatkan, 0.5 per 100,000 penduduk? Penentuan “end game” ini amat penting bagi mengukur kejayaan sesuatu tindakan. Rasional bagi penetapan angka ini mesti berasaskan bukti (evidence-based public health intervention).

Mungkin ada bukti-bukti epidemiologi yang hanya kerajaan saja yang tahu dan tidak boleh dikongsi dengan umum. Saya berharap ia benar-benar bukti yang kukuh. Saya juga berharap, kerajaan mengambil kira keberkesanan kos bagi setiap strategi yang dilakukan. Saya dan beberapa pakar kesihatan awam lain telah berulang berulang kali mencadangkan agar dikaji semula kaedah mengurus wabak ini. Keberkesanan kos wajar dijadikan landasan dalam membuat keputusan. Kaedah yang lebih kos-efisien mengelakkan pembaziran bagi mencapai hasil yang sama.

Lebih berat, jika rakyat sudah tekun melaksanakan SOP solat berjemaah, apakah kewajarannya ditutup semua masjid termasuk di kawasan tidak bermasalah? Sejak PKP yang lalu, dan selepas masjid Sri Petaling, di masjid mana telah berlaku kluster Covid-19? Kita cukup sensitif, hanya satu kes di kalangan jemaah, seluruh masjid ditutup sedangkan tiada cluster yang terjadi. Dan kini berdasarkan SOP PkPB, seluruh negara kecuali di 3 negeri ini, aktiviti ibadah berjemaah dihentikan untuk tempoh 1 bulan lagi (kami di Lembah Klang dah nak masuk bulan ketiga). Allah menguji siapa sebenarnya? Saya terpanggil membangkitkan isu ini kerana saya mempunyai sedikit ilmu dalam bidang epidemiologi penyakit berjangkit dan saya mempunyai keraguan mengenai kewajaran tindakan menutup masjid di negeri-negeri terlibat di bawah PKPB sekarang ini. Saya dengan ini menyuara pandangan sayabdan berlepas tangan dari keputusan yang diambil. Moga Allah mengampuni dan melindungi saya dan kita semua.

Sekadar memberi pandangan peribadi dan tidak mewakili mana-mana pihak.

LHS08112020

Peruntukan kepada JASA begitu tinggi, sukar diterima -Najib

“Pada masa baik dan ekonomi sedang berkembang, ada perlunya kerajaan mempunyai unit komunikasi untuk menerangkan dan mempertahankan dasar-dasar kerajaan agar ianya tidak disalah faham atau diputar belit oleh pihak yang mahu hasut dan tipu Rakyat.”
“Tapi pada zaman krisis di mana peruntukan lebih diperlukan untuk selamatkan Rakyat, kenaikan peruntukan 4 kali ganda berbanding zaman BN adalah sukar diterima orang ramai.”

Begitulah kenyataan bekas Perdana Menteri Dato Seri Najib Razak mengenai jumlah peruntukan untuk Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA) yang begitu tinggi iaitu sebanyak RM85.5 juta setahun.

Bukan saja Najib, Umno yang juga sebahagian daripada komponen Kerajaan PN juga percaya peruntukan yang dikhususkan kepada JASA di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia merupakan jumlah yang berlebihan dan perlu diberikan penjelasan segera, kata naib presiden parti itu, Khaled Nordin.
“Kita alu-alukan wujudkan semula Jasa, tetapi peruntukan sebesar ini memerlukan penjelasan lanjut. Perlu dijelaskan mengapa perlunya peruntukan yang besar.
“Kalau ada justifikasi munasabah, ia OK untuk peruntukan besar. Mungkinkah kerajaan yang lemah memerlukan ‘pembesar suara’ yang lebih besar,” katanya kepada FMT.
Dalam anggaran perbelanjaaan persekutuan bagi tahun 2021 di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia disiarkan yang di laman rasmi Kementerian Kewangan menyebut tentang fungsi Jasa, iaitu membangunkan komuniti sehingga ke peringkat akar umbi melalui komunikasi berkesan antara kerajaan dan rakyat.
-TunCarlos.com

Najib Razak

https://www.tuncarlos.com/2020/11/peruntukan-kepada-jasa-begitu-tinggi.html