Bekas pemimpin masjid dipenjara 27 bulan salahguna lebih $370,000

Ab Mutalif Hashim mengaku bersalah bulan lalu terhadap enam tuduhan pecah amanah melibatkan lebih $300,000. FOTO: WONG KWAI CHOW

BEKAS pengerusi Lembaga Pentadbir Masjid Darussalam yang menyalahguna lebih $370,000 daripada pungutan derma masjid itu telah dijatuhi hukuman penjara dua tahun tiga bulan pagi tadi (Rabu, 24 April).

Ab Mutalif Hashim, 58 tahun, menggunakan wang tersebut membayar bil kad kredit, elaun keluarga, dan perbelanjaan pelancongan dan perubatan.

Dia melakukan kesalahan itu antara 2006 dengan 2013, dan telah mengaku bersalah bulan lalu terhadap enam tuduhan pecah amanah yang melibatkan lebih $300,000.

Lapan lagi tuduhan serupa yang berkaitan dengan baki jumlah wang itu telah diambil dalam pertimbangan semasa hukuman, menurut laporan The Straits Times.

Ab Mutalif merupakan pengerusi masjid di Commonwealth Avenue West itu dari 2003 hingga Ogos 2010, sebelum menjadi pengerusi sukarela sehingga Mac 2013.

Bagi setiap tuduhan pecah amanah, dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda.

 

https://www.beritaharian.sg/setempat/bekas-pemimpin-masjid-dipenjara-27-bulan-salahguna-lebih-370000?&utm_source=whatsapp&utm_medium=social-media&utm_campaign=addtoany&fbclid=IwAR29IS2Bgq6cn09L3CyzvHYu9nbO9febjXoumATgHSM7w7p-38TfxAVES1A

 

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan