Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Segerakan Undang-Undang Mengikat Integriti Wakil Rakyat

1 AZMIN SYAITAN1 TANGAN PENGKHIANAT1 PARTI SYAITAN

 

Selagi mana Malaysia tidak ada akta berkaitan mengikat intergriti YB daripada dijual beli & khianat mandat rakyat , maka selamanya Malaysia akan dihidang dengan politik cacamerba .

Sejak 1961 isu ini tidak pernah selesai.

1961 – Kerajaan Pas Terengganu dikhianati
1977 – Kerajaan Pas Kelantan dikhianati
1985 – Kerajaan PBS Sabah diberi tekanan
1994 – Kerajaan PBS Sabah dikhianati
2008 – Kerajaan PR Perak Dikhianati
2020 – Kerajaan PH Pusat dikhianati , Kerajaan PH Melaka , Johor , Perak Kedah dikhianati

semua pengkhianatan ini bukan berdiri atas asas kukuh samada rasuah , rompak atau curi duit rakyat. Tapi hanya kerana nafsu sarakah , bergaduh sesama parti dan hilang jati diri . Dan inilah corak kepimpinan yang dilakar oleh orang tua hari ini untuk diceritakan kepada anak cucu kelak. Mereka diberi amanahb, kemudian mereka khianat tanpa rasa berdosa. Malah ada yang juak berkata ” padan muka sifulan , kami lompat tinggai dia..” tanpa sedikit rasa bersalah terhadap rakyat yang memberi kepercayaan. Apabila dipersoal , pandai mereka menyorok dibelakang singgahsana Tuanku .

” Ampun Tuanku beribu ampun , Sembah derhaka patik atas keputusan tuanku sekalian menghalalkan terus menerus kerja jahat politikus murahan ini..”

Sekali lagi , Rakyat harus mendesak agar digubal satu akta agar Wakil Rakyat yang dipilih tidak memainkan pilihan dan kepercayaan mejoriti rakyat. Mohon dicadang satu peraturan agar kerusi wakil rakyat itu harus berdiri atas satu parti yang kukuh , barulah SPR membenarkan parti itu bertanding . Jika wakil itu khianat atau mati , kerusi itu kekal milik parti dan boleh diganti oleh individu berkelayakan yang lain . Ini lebih wajar dan waras bagi mengekang kegilaan ahli politik dulu dan kini.

ABDULLAH SUADY RAMADHAN

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=581739532546693&id=133802037340447

https://mobile.facebook.com/story.php?story_fbid=581739532546693&id=133802037340447&_rdc=1&_rdr

BUKTI UMNOPAS MENGGADAI TANAH REZAB MELAYU

1 RIZEB MELAYU1 KITA BUKAN HAIWAN1 GLC JADI ALI BABA1 HADI NIKMAT TUNGGANG AGAMA1 CINA CURI TANAH M,SIA1 CINA CURI HARTA TANAH MELAYU1 CINA CURI SENYAP21 MCA KHADAM

Kersna inilah saya marshkan UMNO. Penjusl maruah bangsa dan agama. Siapa penjual IC kpd pendatang asing. Siapa yg bawa masuk PATI( izin pintu belakang). Diapa memamah tanah rezab melayu. Siapa yg menganugerahkan tanah hutan kpd bangsa lain, hinggakan pemilikan tanah mereka jauh melebihi kita. Geran dan insentif petniagaan jgn dikira lagi. C&P.

KERAJAAN PINTU BELAKANG MENGHINA MANDAT RAKYAT.

1 TANGAN PENGKHIANAT1 JANGAN PERCAYA UMNO

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10222110426091709&id=1294492216

KAMU LEBIH HINA DARI RAJA KLEPTOKRASI

Bila kamu dicampak oleh Umno dgn hina, siapa yg membela kamu?

Kemudian kamu diekori oleh SB sebilang masa sehingga isteri kamu meluahkan rasa takut dgn keselamatan kamu, siapa yg hadir membantu kamu?

Apabila kamu mahu meletakkan parti kamu untuk menjadi MB di Johor walaupun parti kamu paling sedikit mendapat Kerusi di negeri tersebut, kepada siapa kamu merayu sokongan?

Apabila kamu terlantar sakit, siapa yang datang menziarahi kamu?

Tetapi..tergamak kamu belot dan khianat kepada parti kamu sendiri, curang kepada parti gabungan PH yang telah menyelamatkan kamu dari tekanan Umno. Bayangkan jika PH tidak menjadi kerajaan dahulu, apakah jaminan kamu tidak diburu oleh Najib kerana kamu telah mendedahkan banyak skandal 1MDB melibatkan raja kleptokrasi itu?

Sesungguhnya, kamu manusia paling hina kerana sanggup khianat parti kamu dan rakan2 kamu dan paling jijik apabila kamu sanggup khianati mandat rakyat. Usahlah kamu berpura2 baik seperti tidak bersalah dengan ucapan2 kamu dengan sepatah dua doa kononnya kamu pemimpin yang bermaruah. Dosa pengkhianatan tidak akan boleh dihapuskan dengan lakonan seperti itu.

Di bibirmu kamu ungkapkan kata2 seolah2 kamu pembela rakyat marhaen. Kamu berceloteh kononnya kamu mengambil berat para penjawat awam. Tetapi di dalam diam kamu mengagihkan ‘ghanimah’ jawatan kepada orang2 politik yang kamu rasa akan menyokong kamu untuk mengekalkan kuasa kamu sekarang.

Di era PH, orang awam di kalangan profesional dan teknokrat berpeluang memegang jawatan Pengerusi di dalam GLC atas kepakarannya, tetapi kini tidak lagi. Kesemuanya kamu faraidkan kepada geng2 politik kamu. Golongan awam dan profesional kini menjadi penambah kepada jumlah pengangguran yang semakin meningkat. Orang politik kini menjadi kaya raya, berjawatan MP dengan gaji dan elaun puluhan ribu sebulan, diberi pula jawatan besar di dalam GLC.

Percayalah, Allah akan menghukum kamu dan akan menghinakan kamu di dunia ini angkara perbuatan jijik kamu itu. Seteruk2 raja kleptokrasi yang hilang jawatan PM sdbelum ini pun tidak pernah khianat partinya sendiri. Kamu lebih hina dari raja kleptokrasi.

WFAUZDIN NS

Bertaubatlah Ulamak Pas Jahat

1 PARTI SYAITAN1 TANGAN PENGKHIANAT

1 KABINET SIKATAK1 PENCURI

1 UMNO ROSAK

Menonton sebahagian Sidang media Ds Mukhriz dalam laporan Malaysiakini tadi.. Ds Muhkriz berkata ” Najib protagonis sebenar kejatuhan PH Kedah.. “Dakwa Mukhriz walaupun arahan untuk menjatuhkannya sebagai menteri besar datang daripada Muhyiddin Yassin, namun di belakang Presiden Bersatu itu ialah Najib…

Sebenanrya aku amat bersetuju dengan pandangan ini..Itu sebab sejak awal.. gerak hati aku, bila berlaku peristiwa rampasan kuasa dan langkah Sheraton ini.. aku teringat balik apa yang dikatakan almarhum Tok Guru Nik aziz.. malah nama yang disebutkan dalam Doa adalah realiti.. iaitu watak Najib dan Zahid yg disebutkan dalam Doa Tok Guru..

.Aku pelik juga Kenapa Tok Guru hanya sebut nama Najib dan Zahid.. rupanya inilah jawapan kepada kita hari ini..antara peranan penting peristiwa langkah Sheraton ini.. Tu sebab kata kata Tok Guru itu aku cuba gambarkan di dalam Video..Kata Tok Guru :

” Dukacitanya..Pecah Amanah ini (Merujuk kepada rampasan kuasa), Akan Datang Ini, Akan Berlaku lagi Insya Allah..akan berlaku lagi,”

Ya , Memang Benar..Apa yang dikata Tok Guru Berulang Kembali.. dan ianya Benar benar terjadi..

Benarlah Firasat seorang Ulama’..

اتَّقوا فِراسةَ المؤمنِ ، فإنَّهُ ينظرُ بنورِ اللهِ

“Takutlah kamu firasat orang yang beriman kerana dia melihat berdasarkan cahaya Ilahi.”

Aku masih ingat dalam satu Majlis, Almarhum Tok Guru Nik Aziz berdoa juga berkenaan rampasan kuasa, pelik ketika kejadian itu PM nya adalah Paklah.. tapi Tok Guru Sebut jelas dalam Doa sebut nama dua orang ini.. ” Najib dan Zahid “..

Apa ungkapan Tok Guru Nik Aziz ?

” Ya Allah Ya Tuhan ku.. Jika Kamu tengok Dua orang Ini Ada bakat Jadi baik.. Maka buka lah hati mereka.. Untuk Islam dan Iman..

Kalau takda Bakat dah Jadi baik..Kacau Sokmo.. TURUNKANLAH BALA Supaya orang lain gerun nak tiru dia Apa semua sekali ”

Jadi aku tak tahu lah apa yang akan terjadi selepas ini kepada watak watak Jahat ini.. Apakah mereka ini sudah Insaf..jawapannya tidak.. Kita hanya menanti apa realiti yang akan berlaku selepas ini..

BERTAUBATLAH WAHAI ULAMA JAHAT !

Tapi ingatlah kelompok Ulama Jahat ! terutama kelompok salaf diketuai Mufti Utara dan kelompok Ahli Hadis selain Ulama dari kelompok Khawarij dan Ruwaibidhah dikalangan orang Politik..Kerosakan dan kejahatan yang berlaku hari ini atas Dosa jasa dari lisan dan tangan tangan jahat kamu menyebarkan fitnah dan kebencian,,..

Kejahatan Fitnah dari lisan para Ulama di zaman Al fitan ini mengingatkan aku tentang Khutbah Sheikh said ramadhan Albhuti ketika fitnah, kebencian Sunni-Syiah(ashabiyah) sedang memuncak di bumi Syria.. antaranya disebabkan kejahatan lisan dan fatwa para Ulama Jahat disana sebelum kehancuran bumi Syria..

Apa kata Sheikh Said Ramadhan ketika Fitnah memuncak.. Sheikh Said Ramadhan membacakan hadis ini di dalam khutbah..bila datangnya Fitnah..

أَمْسِكْ عَلَيْكَ لِسَانَكَ…
Tahankan lah Lisan mu..

Apa yang dinasihatkan Sheikh Said Ramadhan kepada kelompok2 Ulama ini.. Kesalkan lah dan tangisi akan Dosa Dosa kamu dirumah..

وَلْيَسَعْكَ بَيْتُكَ، وابْكِ عَلَى خَطِيئَتِكَ..

” dan jadikanlah rumahmu luas (dengan mengingati Allah dan ketaatan), dan tangisilah dosa Dosamu.”

Ia berdasarkan Hadis Nabi ﷺ ..

وعن عقبة بن عامرٍ رضي الله عنه – قَالَ: قُلْتُ: يَا رسولَ اللهِ مَا النَّجَاةُ؟ قَالَ: «أَمْسِكْ عَلَيْكَ لِسَانَكَ، وَلْيَسَعْكَ بَيْتُكَ، وابْكِ عَلَى خَطِيئَتِكَ

رواه الترمذي،

Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu, dia berkata: Aku berkata, “Wahai Rasulullah, apakah keselamatan?”

Baginda bersabda, “Tahanlah lisanmu, dan jadikanlah rumahmu luas (dengan mengingati Allah dan ketaatan), dan tangisilah dosamu.”

(Riwayat Al-Tirmizi)

Memang benar kehancuran Dunia Ummat Islam kebanyakannya datang dari fitnah dan lisan para Ulama Jahat..

Ipohmali

17 Mei 2020

Malaysia Bukan Lagi Negara Demokrasi ?

1 PARLIMEN MENJADI MUZIUM1 NAJIB BOLEH EJAH1 NAJIB BOLEH EJAH 21 HUKUMAN HUDUD PERTAMA1 PN NIAGA BODOH

Negara dalam krisis: Perikatan Nasional dianggap kerajaan autokratik

Negara dalam krisis: Perikatan Nasional dianggap kerajaan autokratik
Pemuda AMANAH Nasional mengkritik tindakan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dianggap menyalahgunakan kuasa serta bertindak secara autokratik apabila enggan mengadakan persidangan Parlimen seperti biasa.

Walhal, Timbalan Ketua Pemudanya, Shazni Munir Mohd Ithnin berkata, negara luar masih mampu mengadakan sidang Parlimen dengan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat bagi mengekang jangkitan Covid-19.

Beliau turut memetik beberapa buah negara seperti Maldives, Canada, Uganda, Scotland, Filipina dan banyak negara yang sudah mula menjalankan sidang secara atas talian.

“Maka tiada alasan sebenarnya untuk tidak mengadakan sidang Parlimen melebihi satu hari untuk membincangkan pandemik Covid-19.

“Dari meminda Perlembagaan Persekutuan, membentangkan Rang Undang-undang sehingga isu di ceruk kampung, semuanya dibawa ke dalam Dewan Rakyat oleh Ahli Parlimen.

“Namun hari ini, peranan Dewan yang mulia tidak lagi berjalan seperti amalan biasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pada masa sama beliau membangkitkan perkembangan kes berprofil tinggi terutamanya kes pembebasan anak tiri bekas Perdana Menteri Najib Razak, Riza Aziz yang dikaitkan dengan dana 1MDB.

Beliau berkata, inilah krisis kepimpinan negara yang dihadapi oleh rakyat di bawah pemerintahan kerajaan baharu.

“Sebuah kerajaan yang memerintah secara autokratik dan kuku besi, menyalahgunakan kuasa untuk kepentingan politik dan keluarga mereka.

“Kita juga tidak menolak sekiranya ‘tekanan-tekanan’ yang sebelum ini pernah dilakukan di bawah kerajaan kleptokrat Najib, akan diteruskan oleh Perikatan Nasional (PN),” ujarnya.

Muhyiddin Pengkhianat Takaut Dikhianati Orang Sekeliling ?

1 AZMIN SYAITAN1 TANGAN PENGKHIANAT1 JANGAN PERCAYA UMNO

Muhyiddin mungkin takut orang kelilingnya khianat

Perdana Menteri selaku Ketua Eksekutif, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilihat berada dalam keadaan tidak yakin dengan sejumlah Ahli Parlimen kerajaan yang konon menyokongnya.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad berkata, kelemahan kerajaan Perikatan Nasional (PN) dilihat faktor persidangan Dewan Rakyat esok hanya menyaksikan Titah Diraja sahaja.

“Ini bukan sidang Parlimen. Kerajaan PN terlalu lemah. Hakikatnya dia (Muhyiddin) dikelilingi orang yang tidak berfikir panjang tentang soal pengkhianatan antara satu sama lain.

“PN merupakan kerajaan tangkap muat yang terdiri daripada golongan yang mengkhianati mandat rakyat dan juga pihak yang ramai didakwa di mahkamah.

“Maka Muhyiddin mungkin merasakan takut-takut walaupun orang kata ya (sokong). Tapi bila datang usul undi tidak percaya maka ada yang akan khianat dan dia akan dijatuhkan juga,” bidasnya.

Bekas Menteri Wilayah Persekutuan itu berkata demikian dalam Ceramah Harapan atas talian bertajuk “Kembalikan Mandat Rakyat – Undi Tak Percaya” malam tadi.

Turut serta dalam ceramah FB Live yang dimoderatorkan Pengarah Komunikasi PKR, Fahmi Fadzil merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai itu adalah ahli strategi DAP, Liew Chin Tong (Kluang); Pengerusi Tetap Warisan, Datuk VK Liew (Batu Sapi) dan Naib Presiden PKR, Datuk Dr Xavier Jayakumar merangkap Ahli Parlimen Kuala Langat.

Pada 14 Mei lalu, lima pimpinan tertinggi parti komponen Pakatan Harapan (PH) dalam kenyataan bersama kesal kerana Majlis Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga, Parlimen ke-14 tidak diadakan secara persidangan penuh.

Kenyataan itu juga menyebut, mereka terkejut dengan pengumuman penukaran Setiausaha Dewan Rakyat berkuat kuasa 13 Mei, lima hari sebelum Parlimen mendengar Titah Diraja.

Ia ditandatangani bersama Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad; Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Presiden AMANAH; Mohamad Sabu; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN), Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

Untuk rekod, Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri pada 1 Mac selepas tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada 24 Februari lalu menerusi gerakan yang digelar ‘Langkah Sheraton’.

Pemilihan Muhyiddin yang juga Presiden Bersatu sebagai Perdana Menteri disokong oleh Umno melalui Mufakat Nasional bersama Pas yang kemudiannya bekerjasama dengan Gabungan Parti Sarawak (GPS), MCA serta MIC bagi mewujudkan kerajaan PN.

C&P.

GLC DAN EKONOMI NEGARA SEDANG MENUJU KEHANCURAN.

1 AZMIN SYAITAN1 PARTI SYAITAN1 TANGAN PENGKHIANAT1 JANGAN PERCAYA UMNO

Perkara tak masuk akal (Wajib baca)
Pengkhianatan bos GLC terhadap orang Melayu miskin
KITA kerap mendengar ahli politik menipu rakyat, dan mencuri wang negara. Terdapat banyak contoh pada masa ini bagaimana ramai ahli Parlimen yang sedang menghadapi kes rasuah di mahkamah dilantik sebagai menteri mahupun sebagai pengerusi syarikat kerajaan. Mereka ini dapat diibaratkan seperti ular sawa menjaga reban ayam.

Namun ramai yang tidak sedar bahawa terdapat juga CEO GLC yang mengambil kesempatan di atas keringat rakyat. Mereka tanpa segan silu tidak mempedulikan kesengsaraan rakyat yang makin ditindih kesempitan.

Mereka ini bagaikan dewa-dewa di kayangan yang tidak mengendahkan nasib anak bangsa.

Semua maklumat yang saya kupas di bawah adalah dalam pengetahuan umum, dilaporkan dalam penyata kewangan tahunan syarikat berkenaan. Rakyat boleh semak penyata berkenaan.

Biar saya berikan contoh.

Pada tahun 2018 selepas PRU14, ahli lembaga pengarah Tabung Haji yang baharu terpaksa berhempas pulas membawa institusi keramat itu ke landasan yang betul. Institusi itu telah dirompak berkali-kali ketika zaman BN, kerugiannya berbilion ringgit.

Beberapa laporan kepada pihak polis dan SPRM juga sudah dibuat, hanya menunggu perbicaraan di mahkamah.

Akibat kerakusan perompak ketika itu, rakyat terpaksa menerima padah. Hasilnya, hibah untuk pencarum Tabung Haji untuk tahun 2018 hanyalah 1.25%, yakni terburuk dalam sejarah negara.

Rakyat Malaysia, baik Melayu, Cina, India, Kadazan mahupun Iban dan semuanya terpaksa “bail-out” Tabung Haji sebanyak RM19 bilion.

Tetapi, pada masa yang sama, gaji CEO anak syarikat Tabung Haji tidak terjejas, tidak sejajar dengan apa yang berlaku. Malah, CEO makin tamak dan rakus terutamanya syarikat milik Tabung Haji seperti Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad, dan Bank Islam Holdings Berhad.

Ketika seorang mak cik di kampung mendapat hibah 1.25% dan terpaksa menunggu berpuluh tahun untuk menabung RM10,000 untuk menunaikan haji, pendapatan CEO syarikat Takaful Malaysia iaitu Mohamed Hassan Kamil adalah bersamaan dengan RM903,000 sebulan ataupun RM10.84 juta setahun.

Kegilaan apakah ini? Bertahun-tahun beliau menerima imbuhan tak masuk akal ini?

Yang lebih menjijikkan, pendapatan beliau pada tahun 2019 naik hampir 17%, menjadikan purata pendapatan bulanan beliau tahun lepas adalah RM1.05 juta SEBULAN!

Ini menyamai pendapatan bersamaan RM30,000 sehari, manakala majoriti simpanan penabung haji yang menabung berpuluh tahun tidak pun sampai RM700! Gaji CEO ini untuk satu hari adalah bersamaan dengan tabungan seumur hidup penabung.

Kenapa ini dibiarkan berlaku?

Mari kita lihat pula sebuah lagi anak syarikat Tabung Haji iaitu BIMB Holdings Berhad. CEOnya adalah Mohd Muazzam Mohamed. Berapakah pendapatan beliau pada tahun 2018 ketika Tabung Haji membayar 1.25% hibah kepada orang Melayu yang miskin? RM3.12 juta setahun. Naik 2.7 kali ganda dari pendapatan beliau pada tahun 2017 iaitu RM855,000. Ketika Tabung Haji sudah hampir runtuh, CEO anak syarikat mendapat kenaikan gaji berganda-ganda!

Mereka ini mendapat gaji hasil dari titik peluh nelayan petani pesawah yang bersusah payah menyimpan sikit demi sedikit untuk menunaikah haji.

Harus diingatkan, untung Tabung Haji pada tahun 2018 jatuh 50% dari tahun sebelumnya, namun mereka ini tanpa segan silu masih menerima gaji yang amat tinggi. Adakah masuk akal pendapatan RM900,000 sebulan! Tidak bukan?

Tidakkah ini satu yang sepatutnya memalukan?

Kenapakah pihak ahli Lembaga Pengarah tidak bersuara? Melihat kepada laporan tahun BIMB, jawapannya jelas: mereka juga mendapat habuan yang menggiurkan. Jumlah imbuhan untuk ahli lembaga pengarah di Syarikat Takaful adalah hampir RM1.5 juta, manakala untuk BIMB Holdings mendapat RM4.1 juta.

Pengerusi BIMB Holdings mendapat RM375,000, manakala ahli Lembaga Pengarah yang lain masing-masing mendapat di antara RM375,000 hingga RM768,000 setahun. Mereka bersuka ria dengan habuan yang tidak masuk akal.

Bagaimanakah caranya untuk menaikkan hibah untuk makcik penoreh getah, pakcik pesawah padi yang begitu ciput sekali? Arghhh, persetankan! Yang penting aku sebagai CEO dapat habuan hampir RM1 juta sebulan.

Inilah barah yang sedang meresapi tubuh ahli profesional Melayu di GLC. Rata-rata mereka ini kluster di kayangan.

Lihat pula anak syarikat Perbadanan Nasional Berhad (PNB). Majoriti penyimpan di Amanah Saham Bumiputera (ASB) hanya mempunyai simpanan tidak sampai RM1,000 tetapi CEO anak syarikat mendapat habuan yang melampau. Contohnya, CEO Maybank, milik PNB.

CEO Maybank adalah Farid Alias, yakni CEO sejak 2013. Beliau ini juga adalah pengerusi Persatuan Bank-Bank Malaysia yang mengeluarkan kenyataan bahawa faedah ketika monotarium harus dikenakan. Pendapatan beliau tahun 2019? Hampir RM7.6 juta setahun ataupun RM630,000 sebulan!

Majoriti penyimpan di ASB hanya ada RM1,000 dalam simpanan, bermakna mereka harus menyimpan RM1,000 setahun selama 630 tahun baru bersamaan dengan gaji beliau sebulan.

Bagaimana pula dengan syarikat Sime Darby milik PNB? Laporan tahunan Sime Darby Plantation (SDP) ada menunjukkan imbuhan kepada CEOnya iaitu Mohd Bakke Salleh, bekas Pengerusi 1MDB, yang baru mendapat habuan menjadi Pengerusi Telekom.

Ketika beliau menjawat kedudukan sebagai CEO di Sime Darby Plantations (SDP) pendapatan tahunan beliau hampir RM8 juta setahun. Pendapatan beliau selama menjadi CEO di situ dari tahun 2011 hingga 2017 adalah RM64 juta!

Yang menghairankan, ketika beliau menjadi CEO pada tahun 2011, simpanan tunai di SDP adalah hampir RM5 bilion, tetapi ia merosot kepada 500 juta pada 2018, manakala hutang naik kepada RM15 bilion!

Tidakkah ini sesuatu yang memalukan? Tidakkah ini namanya tamak? Harus diingatkan, dividen ASB pada tahun lepas adalah yang terburuk dalam sejarah. Adakah CEO ini semua peduli? Argghh, persetankan saja.

Syarikat milik kerajaan iaitu Khazanah Nasional juga sama. Dua kali lima. CEO anak syarikat mereka mendapat habuan melimpah ruah. Akhbar The Star pernah melaporkan bahawa pada tahun 2018, pendapatan CEO syarikat IHH Berhad adalah RM33 juta setahun! https://www.thestar.com.my/business/business-news/2019/05/07/five-glcs-among-20-listed-firms-with-highestpaid-ceos/
Kegilaan apakah ini? Yang menariknya, CEO itu adalah warganegara Singapura. Harus diingatkan juga, Khazanah melaporkan kerugian RM6.27 bilion pada tahun 2018. Adakah CEO peduli? Argghh, persetankan sekali lagi!

Salah sebuah syarikat milik Khazanah ialah CIMB Bank. CEO pada tahun 2018 tidak lain dan tidak bukan adalah Menteri Kewangan kerajaan Perikatan Nasional iaitu Tengku Zafrul Aziz. Beliau bangga berkata di stesen TV Astro Awani bahawa Mak Cik Kiah tidak perlu membayar faedah (selepas itu beliau u-turn dan menyalahkan Bank Negara Malaysia). Pendapatan beliau pada tahun 2018 adalah RM8.6 juta setahun ataupun RM717,000 sebulan.

Adakah mereka ini faham apa yang dihadapi oleh rakyat marhaen seperti Mak Cik Kiah?

Apabila kita meneliti laporan tahunan yang lain, jelas yang kaya terus kaya atas keringat rakyat. Pendapatan CEO Khazanah sebelum ini dikatakan hampir RM650,000 sebulan. Pendapatan CEO syarikat milik Khazanah juga mengila, CEO Axiata Berhad mendapat hampir RM 7 juta setahun, sedangkan pada tahun yang sama Axiata Berhad melaporkan kerugian RM7.64 bilion.

Ramai lagi CEO yang rata-rata orang Melayu tidak mahu berkongsi kesusahan rakyat. Tiada seorang pun yang menawarkan potongan gaji mereka.

Ketika pekerja hilang mata pencarian, bergelut mencari nasi dan susu untuk keluarga, dan wang simpanan makin susut, CEO KWSP masih boleh senyum gembira setiap hujung bulan.

Berdasarkan laporan tahunan KWSP terkini, gaji CEO dan timbalannya mencecah RM6.1 juta tahun lepas, ataupun purata hampir RM130,000 seorang ataupun RM4,300 sehari. Bandingkan gaji mereka dengan fakta bahawa 1 dalam 5 penabung di KWSP mempunyai simpanan untuk hari tua hanya RM7,000 sahaja!

Ketika harga minyak jatuh dan keuntungan Petronas makin turun, pihak atasan di Petronas masih di kayangan. Gaji CEO Petronas juta hampir RM8 juta, malah dengan imbuhan yang menarik. Pernah dilaporkan bahawa antara imbuhan CEO adalah Petronas membayar setiap tahun kos percutian CEO dan keluarga ke mana sahaja di dalam dunia sebanyak RM300,000 setahun. Wow!

Ini berbeza dengan 10 tahun yang lalu. Dalam satu wawancara dengan Mingguan Malaysia pada Oktober 2004, bekas presiden Petronas berkata ketika zaman beliau, elaun ahli lembaga pengarah RM3,000 sebulan. Kini dikatakan keseluruhan secara purata mencecah RM40,000 sebulan!

KISAH HEBAT BEKAS PRESIDEN PETRONAS YANG MENGAKU ‘KEDEKUT’

Sebagai perbandingan, gaji CEO bank terbesar dunia iaitu Industrial and Commercial Bank of China Ltd (ICBC) hanyalah RM380,000 setahun, ataupun RM32,500 sebulan! Bandingkan dengan CEO Maybank, CIMB, Bank Islam dan yang lain.

Syarikat GLC Malaysia jauh lebih kecil dari ICBC, tetapi anehnya gaji mereka jauh lebih tinggi. Hairan bin ajaib.

Tiada seorang pun antara mereka yang dengan sukarela memotong gaji. Tidak ada langsung sifat menolong yang susah. Inikah sifat orang Islam?

Ada yang berkata, usahlah dengki. Mereka ini layak. Mereka ini Melayu Islam. Kau rakyat apa tahu?

Kalau kau tiada wang, pergi saja pajak gadai. Alhamdulilah, walaupun rakyat berbaris panjang berjela memajak emas perak untuk membeli makanan untuk anak isteri, menteri berkata ini benda positif kerana orang Islam celik fasal kewangan Islam. Aduh, beginikah, tuan mufti?

Difahamkan bahawa Dr Mahathir telah memotong elaun pengerusi dan ahli lembaga pengarah badan-badan berkanun pada hujung 2019, dan CEO GLC yang dilantik oleh Lim Guan Eng ketika itu menerima gaji dan imbuhan yang lebih kecil dari apa yang mantan-mantan CEO terdahulu terima.

Namun, usaha Kementerian Kewangan untuk memotong gaji dan elaun pengerusi, ahli lembaga pengarah dan CEO di GLC menerima tentangan hebat dari mereka yang dilantik oleh rejim Najib, terutamanya GLC yang tersenarai di Bursa Saham.

Mereka mahu imbuhan yang lebih besar. Jika dipotong, bagaimana mahu ke London ketika musim sejuk nanti? Mana ada “kelas” bercuti di Malaysia tanpa salji?

Ya, aku CEO, aku “chairman”, maka aku hebat.

Amat jijik apabila mendengar mereka ini bertempik bahawa mereka berkhidmat bersama GLC kerana niat murni “national service”, tetapi tidak mahu gaji dan imbuhan dipotong langsung. Hipokrit, bukan? Cakap tak serupa bikin.

Kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin, kesemua mereka ini haruslah diberi gaji yang lebih kecil, dan simpanan dari pengurangan gaji mereka boleh disalurkan kepada anggota polis, tentera, bomba, jururawat dan doktor yang bertungkus lumus menyelamatkan negara. Ini lebih baik.

Tetapi rakyat usah berhajat tinggi, sekarang ini, apabila ahli politik menjadi pengerusi lantikan dan menteri kewangan seperti lebih menjaga bank, usah mimpi gaji mereka ini semua akan dipotong.

Nasib kau lah rakyat sekalian. – 16 Mei, 2020.

* Megat Shahrizal Amir adalah pembaca The Malaysian Insight.

PENJENAYAH DAN PEROMPAK NEGARA AKAN MENGHURU-HARAKAN MALAYSIA?

1 AZMIN SYAITAN1 NAJIB BOLEH EJAH1 NAJIB BOLEH EJAH 21 PN NIAGA BODOH1 PARLIMEN MENJADI MUZIUM

1 PENCURI

PH tumbang akibat dari pengkhianatan.. Bukan kerana ditolak oleh rakyat seperti BN di PRU14..PAS pula hanya pelacur politik yang telanjang/terkangkang di tengah² langkah Sheraton..Itu yang kita kena pahang.. Kena sedorr..!

🤩Percayalah.. Ekonomi negara kita takkan menyebelahi mereka..faktor Ekonomi inilah yang akan jatuhkan mereka dengan sendirinya.. walaupun Menteri Kayangan CIMB begitu yakin dengan hasil negara yang tidak akan terjejas.. hakikatnya dalam titah Ucapan Sultan Nazrin hari ini mengambarkan..Kita akan berhadapan dengan situasi yang amat sukar…

😁😁♨️♨️😁😁♨️♨️♦️♦️🤩🤩♦️♦️

Banyak isu, yang dulunya menjadi mainan fitnah kelompok Asahbiyah akhirnya terjawab dengan sendirinya.. Isu Kilang Arak..Isu Mabuk.. Isu penaman Buluh sehinggalah kegagalan mereka memerintah terutama Menteri yang jadi bahan troll dari rakyat boleh lihat hanya tidak sampai 2 Bulan mereka memerintah..

🤓🤓👆🏽👆🏽🤓🤓👆🏽👆🏽

Bila jatuhnya Kerajaan Kedah.. bermulalah pertarungan sebenar… jelas ada pemisah antara kelompok Khainat dan bersama aspirasi Kerajaan PH hari ini..

🙆‍♀️🙆‍♀️☕☕🙆‍♀️🙆‍♀️☕☕

Pemimpin Pas jiratkan pemimpin PH.

Ada yang dipukul, dimaki dan dikafirkan padahal semua pemimpin PH tadi adalah Muslim.

Kafirkan orang Islam pun demi Islam?

🥵🥵🔳🔳🥵🥵🔳🔳

Tindakan Pas mengkafirkan sesama umat Islam atau takfiri serta bersekongkol dengan dalang kudeta politik yang dinamakan sebagai “Langkah Sheraton”

🤣🤣💡💡🤣🤣💡💡
Pas berhimpun di Padang Merbok untuk tuntut pindaan RUU 355.

Kini sudah senyap bahkan tidak disebut langsung seperti diratib sebelum ini.

Hal ini pun demi Islam?

😩😩💥💥😩😩💥💥
Pas sekarang sudah tidak bersuara tentang Rang Undang-Undang Persendirian bagi meminda Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU355 selain berkerjasama dengan Umno yang pernah dikafirkan melalui Amanat Haji Hadi pada 1981.

😊😊⭕⭕😊😊⭕⭕
Demi Islam juga?

Sehingga kini Pas diam apabila ketua MCA menyebut, pemandu mabuk naiklah Grab

🥶🥶👉🏽👉🏽🥶🥶👉🏽👉🏽
Apakah ini sifat dan perangai pemerintah Serambi Mekah yang menobatkan diri sebagai ulama.

Mereka mengutuskan petugas PBT untuk merentang Line Kuning supaya tiada penderma luar yang cuba menghampiri pondok buruk dan menyampaikan sumbangan atau pindahkan ke penempatan yang lebih baik di negeri Membangun Bersama Islam.

Ajaran kitab mana yang menghalang orang susah dibantu?
🤣😂🤣😂🤣😂🤣😂🤣😂

Muhyiddin masih dihantui dan diburu ketakutan tentang sokongan Ahli-Ahli Parlimen terhadapnya, meskipun mereka sudah diberi pelbagai jawatan serta kemewahan dalam kerajaan.

◼◼🥴🥴🥴◼◼
Kenapa Mahyuddin takut pada undi tidak percaya?

kerana dia sendiri tidak percaya pada kelompok PN itu sendiri..

Peluang VoNC dlm setiap Persidangan Parlimen dari 2020 sehingga 2023.

Takkan tak lekat SATU kot?

Tu yg PM Yiddin ketaq

👉🏽👉🏽😁😁😁👉🏽👉🏽

Sidang Dewan Rakyat sehari telan belanja besar.

MP Bandar Kuching memberitahu, tiket penerbangannya saja melebihi RM2,000 – utk klas ekonomi, elaun makan RM100 sehari, elaun mesyuarat RM300, manakala utk hotel pula, beliau boleh menuntut shingga RM400 semalam.

Ahli2 diarah duduk dan dengar Titah DiRaja,lepas tu bersurai no question asked…Sila duduk jangan lari!!!.. Kalu cam ni aku mau jadi MP……

👆🏽👆🏽💃💃💃👆🏽👆🏽
Tumbangnya PH melalui pengkhianatan daripada dalam dengan dibantu oleh penebuk-penebuk atap yang rakus serta ada kes mahkamah dan bukan melalui undi dalam pilihanraya.

Seolah-olah mereka yang khianat itu sanggup berbaik semula dengan kelompok yang sudah ditolak pengundi demi memenuhi kerakusan nafsu peribadi.

Tetapi, pengkhianatan sehingga tumbangnya PH itu mungkin dapat ditebus semula dalam usul undi tidak percaya yang akan dibawa oleh Tun Mahathir Mohamad di Parlimen nanti.

😂🤣😂🤣😂🤣😂🤣😂🤣😂🤣😂
Tidak kurang membuatkan ramai berasa pedih hati ialah dengan berita pihak pendakwa membebas tanpa melepaskan anak tiri Najib Razak, Riza Aziz daripada pertuduhan penggubahan wang haram yang dikaitkan sumbernya daripada wang curi 1MDB.

Pembebasan itu, lebih-lebih lagi kerana ia berlaku setelah PH tumbang dan UMNO kembali menjadi sebahagian daripada kerajaan, kebimbangan ramai ialah ianya merupakan permulaan kepada petanda bebasnya semua pemimpin UMNO yang sedang didakwa di mahkamah ketika ini.

😂🤣😂🤣😂🤣😂🤣😂🤣😂🤣

C&P.

PAS PERLU FAHAM ERTI BACUL

1 PARTI SYAITAN1 PERSIDANGAN 6 PENGKHIANAT JAHANAM1 KITA BUKAN HAIWAN

PAS PERLU FAHAM ERTI BACUL

1. Semalam Naib Presiden Pas, Ustaz Idris Ahmad, telah menuduh Tun Mahathir dan Pakatan Harapan (PH) bacul kerana bekerjasama dengan DAP.

2. Banyak ironis atas tuduhan tersebut dua hari sebelum Parlimen pertama di bawah Perikatan Nasional (PN) dipanggil tanpa persidangan perbahasan diadakan.

3. Kalau sekadar memanggil pertemuan, supaya Parlimen tidak terbubar, tanpa perbahasan dibenarkan bukankah itu suatu tindakan bacul yang memalukan parti-parti komponen PN termasuk parti Pas sendiri di mata negara-negara antarabangsa?

4. Bukankah cara tertubuhnya Kerajaan PN melalui pintu belakang juga satu tindakan tidak bermaruah dan bacul kerana mereka tidak bersedia memerintah dengan restu rakyat melalui pilihan raya umum terbuka.

5. Kerajaan PN ditubuh melalui pintu belakang yang menunjukkan kebaculan mereka tidak bersedia mendapat mandat rakyat melalui pintu depan biasa melalui pilihan raya. Pas juga menyatakan masuk melaui tebuk atap rumah pun diizinkan tanpa melalui pintu hadapan dengan tidak memberi salam. Ini tidak mengikut ajaran Islam dan adat Melayu.

6. Ini adalah sikap bacul yang memalukan semua parti komponen PN.

7. Apabila MCA menemplak PN kerana mengelar PN Kerajaan Melayu Islam, Pas dan Umno hanya membisu.

8. Pas dan Umno yang mempunyai 56 orang MP di Parlimen berbanding dengan MCA yang mempunyai hanya 2 MP, tetapi mereka terlalu bacul untuk berhujah kembali dengan rakan minoriti MCA walaupun mereka mempunyai majoriti besar.

9. Dalam PH kami boleh berhujah secara demokratik dengan rakan-rakan lain tidak mengira bangsa, agama dan status. Tetapi dalam PN bilangan yang begitu besar MP dari Pas dan Umno tidak berarti kalau sikap bacul mereka seperti di atas diteruskan.

10. Siapakah Pas untuk menuduh Tun Mahathir bacul? Tun Mahathir telah berhujah dengan lantang dan berani di pentas dunia antarabangsa puluhan tahun berhadapan dengan kuasa besar dunia Amerika Syarikat, China dan Israel.

11. Rakyat di negara Arab dan Afrika serta dunia ketiga menyanjung tinggi keberanian Tun Mahathir bersuara bagi golongan tertindas dunia.

12. Sejak menjadi Kerajaan dan menteri ehwal Parlimen juga dari Pas, Pas yang dahulunya mendesak untuk kelulussn RUU 355 dan hukum hudud terus membisu dalam isu ini. Apabila kilang arak dibenarkan beroperasi semasa PKP, tiada ulama Pas yang membantah isu tersebut

13. Sekarang ini Pas kelihatan jaguh di kampung dan di luar bandar. Tetapi kalau berhadapan dengan 2 orang wakil MCA pun tidak berani dan mampu bersuara bukankah itu bacul namanya?

14. Janganlah hendak menidakkan pihak lain yang terbukti jauh lagi berani serta berjaya dihormati di persada antarabangsa selama puluhan tahun lamanya.

15. Rumusanya, tindakan PN tidak membenarkan apa-apa perbahasan langsung di Parlimen pada 18 Mei 2020 adalah tindakan yang teramat bacul.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
16 Mei 2020