IMC idSUBSCRIBEDDr zakir naik menjawab presiden prancis emmanuel macron yang mengatakan, ” islam berada dalam krisis di seluruh dunia”.. Simak video berikut… ——————————————————————— Jika dirasa video ini bermanfaat, jangan lupa SHARE & LIKE. Dan bantu Channel ini untuk memberikan informasi-informasi bermanfaat lainnya dengan klik SUBSCRIBE Video link: https://youtu.be/h3jRs-pAZaY Link : https://www.youtube.com/c/iMuslimChan… ——————————————————————— #drzakirnaik#presidenprancis#emmanuelmacron#imcid#boikotprancis#boycottfrance#menghinaislam#penghinaislam#belaislam#menghinanabimuhammad
Kategori: Dr. Zakir Naik
Dr. Zakir Naik Menyampaikan Ceramah Dengan Aman dan Harmoni Kaum Jika Tanpa Percaturan Umnopas
Tiada bukti Zakir Naik pengganas: Musa Hassan
Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tegas menyangkal pendakwah terkenal, Dr Zakir Naik sebagai seorang pengganas seperti didakwa sesetengah pihak.
Menurutnya, Zakir hanya pakar dalam bidang perbandingan agama antara Islam dan agama-agama lain, tidak ada satu perkara yang membuktikan beliau seorang pengganas.
.
“Zakir hanya pakar tentang perbandingan agama, beliau hanya bercakap soal itu. Apa bukti yang beliau pengganas? Beliau (Zakir) hanya mengetahui tentang agama, itu bidangnya,” tegas beliau semasa Bicara Minda Sinar Harian semalam.
.
Kenyataan ini mengulang kembali apa yang pernah beliau tegaskan sebelum ini. Bekas Ketua Polis Negara menegaskan sebelum ini, di bawah undang-undang ekstradisi suatu permohonan boleh ditolak jika wujud keadaan seperti pendakwaan bersifat politik disebabkan ras, agama, kerakyatan dan fahaman politik.
.
“Jika perbicaraan akan terjejas kerana ras, agama, kerakyatan dan fahaman politik dan jika dihalang oleh masa,” katanya.
.
Musa berkata demikian apabila diminta mengulas berkenaan hantaran Twitter akaun ‘Harapan Malaysia Baharu’ yang menulis “Sebagai bekas Ketua Polis Negara, kenapa Tan Sri Musa (Hassan) sokong Zakir (Naik) yang diburu oleh Kerajaan India sebab menghadapi pelbagai tuduhan.”
.
Musa membalas, “Adakah Pertubuhan Polis Antarabangsa (Interpol) telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Zakir jika beliau seorang penjenayah antarabangsa yang dikehendaki.”
.
Sebelum ini, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad pernah menyatakan pendirian tegas untuk tidak melaksanakan proses ekstradisi terhadap Zakir. Malah terbaru PM menegaskan tidak akan menghantar pulang pendakwah terkenal yang telah dapat status permastautin tetap (PR) di Malaysia.
.
Doa kita semoga Allah melimpahkan yang terbaik buat Dr Zakir Naik dan berharap semua pihak akur dengan pendirian tegas PM Malaysia.
https://web.facebook.com/photo.php?fbid=2803271859701332&set=pcb.2803271893034662&type=3&theater
Zakir Naik Kini Menjadi Kuda Tunggangan Umnopas.
Dr. Zakir Naik puji ketegasan Dr M pada kuasa besar
Dalam pidato yang memberi fokus kepada tajuk ‘Islamophobia’, pendakwah kontroversi Dr Zakir Naik tampil memuji keberanian Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad yang disifatkannya tegas melontarkan bantahan terhadap kuasa besar dunia seperti AS.
Menurutnya, ia susulan kritikan berterusan perdana menteri ketujuh Malaysia itu terhadap AS dan United Kingdom (UK) yang mencetuskan perang dan konflik di Timur Tengah khususnya serangan ke atas Iraq.
“Dr Mahathir adalah satu-satunya pemimpin Islam yang mewujudkan Tribunal Jenayah Perang (Kuala Lumpur) pada 2011 yang memutuskan bahawa UK dan AS telah membuat bukti palsu bahawa Iraq mempunyai senjata pemusnah besar-besaran.
“Tidak ada negara Muslim lain yang mempunyai keberanian untuk melakukannya kecuali Malaysia,” katanya di hadapan lebih 30,000 hadirin yang membanjiri Stadium Sultan Muhammad IV, sempena acara terakhir program Jelajah Dr Zakir Naik ke Kelantan 2019 di Kota Baru, malam tadi.
Tambah Zakir, bekas presiden AS George W Bush dan bekas perdana menteri UK Tony Blair menggunakan bukti palsu sebagai alasan untuk menyerang Iraq pada tahun 2003.
Selepas lima tahun prosiding oleh tribunal yang diasaskan Dr Mahathir melalui Pertubuhan Keamanan Global Perdana itu, katanya, siasatan terperinci juga dilakukan di Britain dan mendapati tindakan AS dan UK menyerang Iraq dengan AS hanya bersandarkan maklumat yang tidak tepat.

“Beliau (Dr Mahathir) adalah salah seorang daripada beberapa pemimpin Islam yang mempunyai keberanian.
“(Dengan keputusan tribunal itu) jika Bush dan Blair menjejakkan kaki ke negara ini, kita akan menangkap mereka.
“Tidak ada negara Islam di dunia yang melakukannya, kecuali Malaysia. Alhamdulillah,” katanya disusuli tepukan gemuruh hadirin.
Sebelum ini Zakir turut memuji Dr Mahathir kerana membantah ekstradisi kerajaan India supaya pendakwah antarabangsa itu dihantar pulang kerana berdepan tuduhan jenayah.
Namun, Dr Mahathir menegaskan Malaysia tidak akan tunduk kepada desakan mana-mana pihak supaya Zakir dihantar pulang ke India, sekiranya pendakwah itu tidak dijamin mendapat perbicaraan yang adil di sana.
Kerajaan India pada 19 Januari 2018 mengemukakan permohonan rasmi untuk membawa pulang Zakir Naik.
Zakir yang kini bertaraf penduduk tetap Malaysia sedang berdepan dakwaan pengubahan wang haram bernilai lebih 1.93 bilion rupee (RM115.66 juta) “hasil jenayah di India dan di luar negara”.
Zakir sebelum ini pernah berkata bahawa beliau bersedia untuk kembali ke India dengan syarat Mahkamah Agung India dapat memberi jaminan dalam tulisan bahawa dirinya tidak akan ditangkap dan dipenjara sehingga dia dibuktikan bersalah.
Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yassin dalam jawapan bertulis parlimen pada 11 Julai lalu memaklumkan Zakir tiada dalam senarai notis merah (RCN) Interpol, mahupun disebut sebagai entiti pengganas dalam Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSCR).
Jauhi Umnopas yang suka melaga-lagakan manusia dengan membangkitkan isu perkauman dan menyalakan api peperangan diantara agama. Kini Umnopas amat aktif menyebarkan fitnah dalam negara Malaysia. Umat Islam akan hidup maju dan harmoni jika umnopas dapat dihapuskan dengan segera.
Sila layari
https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas
https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/?s=fitnah+jahat+umnopas+terhadap+kerajaan+ph
untuk melibat betapa dahsyatnya umnopas meyebarkan fitnah.
Gerakan Menolak Golongan Sesat di Malaysia
Semenjak akhir-akhir ni orang keliru dengan lelaki ini.
Tapi mereka yang berlajar asas-asas dalam Ugama pasti menolak lelaki ini.
Hanya orang jahil yang mengangkat lelaki ini sebagai Ulamak.
Sedangkan huraianya dalam menafsirkan ayat-ayat Al Quran bercanggah dengan syarak.
Bahkan ada fatwanya menyanggai jumhur Ulama.
Manusia hari ini disebabkan kejahilan maka bila seseorang memetik sepotong ayat Al Quran dan Hadith terus dia kata hebat Ulama ini.. auzubillaah…
Kita Ahlu Sunnah Waljamaah al Asyairah Wal Maturidiyah sudah lama menolak zakir naik ini.
Bahkan gerakan Wahabi yang dibawanya sangat radikal sehingga diburu polis india kerana dikatakan dia terlibat dengan gerakan pengganas.
Petah berkata-kata sehingga menarik si pemuja!!!
Ayuh Rakyat Malaysia kita tolak Zakir Naik Wahabiah!!!
………………….
ADAKAH ZAKIR NAIK BERFAHAMAN WAHHABI❓:
Jawapan: Untuk mengenali seseorang itu adalah berfahaman Wahhabi atau tidak, maka kita perlu tahu tentang aqidah dan manhajnya dengan bukti supaya kita tidak memfitnahnya. Ramai masyarakat sekarang bertanya soalan ini: BETUL KE ZAKIR NAIK WAHHABI?
Jika hendak menjawab soalan ini secara ilmiah dan bukan dengan sesuka hati, maka di sini kita bawakan beberapa perkara yang membuktikan bahawa Zakir Naik adalah seorang yang berfahaman Wahhabi dan dia cuba menyembunyikan fahamannya sendiri dengan berkata: “Tidak ada mazhab dalam Islam”, sedangkan dia sendiri mengikut fahaman Muhammad bin Abdul Wahab iaitu pengasas pergerakan Wahhabi.
Ini antara bukti-bukti bahawa dia adalah berfahaman Wahhabi dan manhajnya bercangah dengan manhaj ulama Melayu yang berfahaman Ahlus-Sunnah wal-Jama^ah👇
1⃣AQIDAH YANG DISEPAKATI OLEH AHLIS-SUNNAH WAL-JAMA^AH; ALLAH ADA TANPA TEMPAT:
✔Antara ulama Melayu yang masyhur ialah Syaikh Zainal-^Abidin ibn Muhammad al-Fatoni yang terkenal dengan “Tuan Minal Fatoni”, dia berkata dalam kitabnya yang berjudul Irsyadul-^Ibad ila Sabilir-Rasyad: “Jika berkata bagi engkau oleh yang berkata: di mana Allah? Maka jawapannya: TIADA IA PADA TEMPAT”.
✖Zakir Naik berkata: Allah ada di langit atas Arasy dan kerana itu kita mengangkat tangan ke langit apabila berdoa.
Lihat kenyataannya ini yang terdapat dalam dua pautan berikut:
Di Malaysia: https://m.youtube.com/watch?v=6Xv8pD69DTc
Di tempat lain:
https://youtu.be/xeZGwUm5_xI
2⃣BACAAN AL-QURAN UNTUK ORANG TELAH MENINGGAL DUNIA:
✔Al-Imam al-Suyuti menukilkan kesepakatan 4 mazhab tentang keharusan membaca Qur’an bagi yang mati dan bahawasanya si mati dapat manfaat dengan bacaan al-Quran.
✖Zakir Naik berkata: Membacakan Quran bagi orang yang telah mati adalah bidaah sesat dan tak ada dalil baginya.
Lihat kenyataannya pautan berikut:
https://m.youtube.com/watch?v=6Xv8pD69DTc
3⃣BERTAWASUL DENGAN NABI:
Setiap Jumaat di masjid-masjid di Selangor khatib berkata apabila berdoa;
اللهم إنا نتوسل إليك بنبيك الأمين
Maknanya: “Ya Allah, kami bertawassul dengan nabi kamu yang bersifat amanah”.
Ada hadith membuktikan Rasulullah mengajar tawassul kepada sahabatnya iaitu hadith yang diriwayatkan oleh al-Hafiz al-Tobaroni dan selainnya dan ada 16 orang ulama hadith yang bertaraf hafiz hadith berkata hadith itu sohih.
✖Zakir Naik berkata: Bertawasul dengan nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم adalah amalan syirik.
Lihat kenyataannya pada pautan berikut:
https://m.youtube.com/watch?v=jSReUdbb-0o
4⃣SAMBUTAN MAULIDUR-RASUL:
Di Malaysia Ahlis-Sunnah wal-Jama^ah yang terdiri daripada sultan-sultan, masyarakat dan kerajaan menyambut Maulidur-Rasul setiap tahun. Amalan ini adalah bidaah yang baik sepertimana yang dinaskan oleh al-Hafiz Ibn Dihyah, al-Hafiz al-Suyuti, al-Hafiz al-Sakhawi ulama al-Azhar dan lain-lain.
✖Zakir Naik berkata: Sambutan Maulidur-Rasul صلى الله عليه وسلم adalah bidaah yang membawa kepada neraka.
Lihat kenyataannya pada pautan berikut:
https://m.youtube.com/watch?v=wC90bc4m6gQ
5⃣TAUHID:
AhlisSunnah wal-Jama^ah termasuk ulama Melayu seperti Syaikh Daud al-Fatoni, Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatoni, Tok Kenali, Mufti Banjar di kurun 12 hijri Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari, Mufti Acheh di kurun 11 hijri Syaikh Nurud-Din al-Raniri dan lain-lain, mereka mengajar sifat 20.
✖Zakir Naik mengajar aqidah Wahhabi yang membahagikan Tauhid kepada tiga.
Lihat kenyataannya pada pautan berikut:
https://m.youtube.com/watch?v=x051J0q2b94
📌 Bagi seseorang yang tahu apakah itu wahhabi tidak syak lagi Zakir Naik itu Wahhabi.