Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

POLIS ISRAEIL MEMUKUL UMAT ISLAM SEDANG SOLAT

 

1 TUN M DAN PALESTIN1 TAATLAH KPD TUN
PEMBUKAAN Kedutaan Malaysia untuk Palestin di Jordan akan dibuat secepat mungkin, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedutaan yang akan ditempatkan di Jordan itu akan membolehkan Malaysia memberikan bantuan dan sokongan yang diperlukan rakyat Palestin.

“Kami tahu Israel tidak akan membenarkan Malaysia membuka kedutaan di wilayah yang diduduki. Oleh itu kami akan ​​​​​​​membuka kedutaan di Jordan,”

“Israel berterusan menjerut Palestin dan rakyatnya dengan merampas lebih banyak tanah tetapi masyarakat antarabangsa tidak berbuat apa-apa,” katanya.

3 Anugerah Tertinggi Luar Negara Buat Tun Dr. Mahathir Muhammad

Image may contain: 2 people, people standing

Image may contain: 1 person, standing

Image may contain: one or more people, people standing and suit

Yakinlah mereka yg selalu caci maki Tun Mahathir dgn macam2 gelaran, tidak akan mampu capai 1% of apa yang telah dicapai Tun.

6 Nov 2018:

Pemimpin Malaysia pertama menerima Kyokujitsu tōka daijushō (The Grand Cordon of the Order of the Paulownia Flowers) – anugerah awam TERTINGGI Jepun.

22 Mac 2019:

Pemimpin Malaysia pertama menerima Nishan-e-Pakistan (Order of Pakistan) – anugerah awam TERTINGGI Republik Pakistan.

25 Julai 2019:

Pemimpin Malaysia pertama menerima Türkiye Cumhuriyeti Cumhuriyet Nişanı (Order of the Republic) – anugerah awam TERTINGGI Republik Turki.

Adrian Lim Chee En

KERAJAAN PAKATAN HARAPAN MEMBELA AGAMA ISLAM

1 Tun Islam

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing and suit

PENANTIAN 35 TAHUN!

Alhamdulillah thumma alhamdulillah.

Tepat pada detik 3.45pm hari ini, 15 Julai 2019, maka Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang (RUU) Profesion Guaman Syarie (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 2019 yang bertujuan menubuhkan Lembaga Kelayakan Profesion Guaman Syarie, Badan Peguam Syarie dan Majlis Peguam Syarie untuk mengawal selia amalan profesion guaman syarie di Wilayah Persekutuan.

Tahniah dan terima kasih semua.

This is a historic moment for the country.

Abang Ahmad Kerdee

 

 

1 LAFAZ ZIKIR TERBAIK PILIHAN HADI1 HADI RASUAH

MENGAPA PAS LEBIH GELISAH DENGAN PERTUKARAN JAWATAN PM?

1 TUN M 365

BERSATU KERANA RASUAH AAA

MENGAPA PAS LEBIH GELISAH DENGAN PERTUKARAN JAWATAN PM?

 

Semua kita tahu, PAS dan UMNO adalah parti yang paling kuat menghentam cadangan PH untuk menabalkan Tun M sebagai PM sebelum PRU-14 yang lalu.Tiada satu pun tulisan atau kenyataan dari mana-mana pemimpin PAS dan UMNO yang merasa seronok dengan ketetapan yang dicapai oleh PH waktu itu.

 

Apa yang tidak dikata tentang keburukan Tun M oleh kedua-dua parti tersebut sebelum ini? Tun M dianggap pemimpin tua kitar semula, PH dituduh tiada kepimpinan baru, PH dituduh mengangkat kembali seorang diktator, kerajaan baru lebih teruk jika Tun M jadi PM, dan banyak lagi kata-kata mereka yang cuba mempengaruhi PH agar tidak memilih Tun M sebagai PM sekiranya PH berjaya membentuk kerajaan.

 

Paling celupar, mulut Hadi Awang, Presiden PAS yang ego dan sombong apabila menyatakan Tun M hanya layak jadi doktor di klinik 1Malaysia.Beliau lupa, Tun M telah pun menjadi PM lebih 20 tahun berbanding Hadi yang hanya jadi MB Terengganu sepenggal.

 

Tulisan Ustaz Zakaria di dalam Harakah bertarikh 28 Jun 2019, beliau memperlihatkan kegelisahan PAS sekiranya peralihan kuasa itu berlaku.Secara tiba-tiba segala bentuk pujian diberikan kepada Tun M selaku PM, tetapi beliau terlupa baru beberapa hari yang lalu Muktamar PAS menjatuhkan fatwa ‘wajib menjatuhkan kerajaan PH” di bawah Tun M. Kalau kepimpinan Tun M itu baik pada pandangan PAS, dari mana datangnya fatwa ‘wajib menjatuhkan kerajaan PH”?Itu dalil menunjukan parti ini menjual agama sesuka hati dan bila-bila masa sahaja.

 

Di dalam tulisannya, beliau mempersoalkan bagaimana mungkin Anwar boleh menjadi PM tanpa menjadi TPM terlebih dahulu?Beliau hanya melihat kepada amalan tradisi semata-mata tanpa melihat kepada aspek perundangan atau perlembagaan. Tradisinya memang begitu, sebelum ini PM adalah datangnya dari TPM. Itu di era UMNO, di mana tradisinya juga Presiden UMNO itu akan menjadi PM dan Timbalan Presidennya pula bakal menjadi PM selepas itu.

 

Tradisi bukan undang-undang yang wajib diikuti. PH memecah tradisi purba itu di mana PM dari parti lain dan Timbalannya dari parti lain di dalam PH. Ertikata, semangat perkongsian kuasa ini lebih terserlah di bawah PH. Tun M menjadi PM sekarang adalah dari parti Bersatu, Timbalannya adalah Kak Wan dari parti KEADILAN. Tiada siapa boleh dakwa kerajaan sekarang di bawah telunjuk Bersatu, jauh sekali untuk menuduh kerajaan sekarang di bawah telunjuk DAP.

 

Di dalam mempertahankan Tun M untuk terus menjadi PM lebih lama, penulis ini juga menyebut bahawa apa yang Tun lakukan sekarang sudah baik dan tidak ada keperluan untuk ditukarkan kepada PM yang baru. Pengakuan ini saya percaya datangnya secara ikhlas, dan kami di dalam PH juga turut yakin dengan kewibawaan Tun M, sebab itulah PH tidak silap menabalkan beliau sebagai PM selepas PH berjaya jatuhkan rejim kleptokrasi di dalam PRU-14 yang lalu, apatah lagi ketika itu Anwar di dalam penjara dan tidak boleh diangkat terus menjadi PM.

 

Sebagaimana yang sering diulang oleh Tun M sendiri, beliau akan menyerahkan jawatan PM kepaada Anwar Ibrahim kerana ini adalah perjanjian yang termaktub di dalam manifesto. Anwar juga turut berulangkali menyatakan sokongan padu beliau kepada Tun M sebagai PM untuk merealisasikan reformasi di dalam pentadbiran negara.Apa yang sering diperdebatkan dan diperkatakan hanyalah tempoh dan jangkamasa peralihan kuasa akan berlaku, itu saja.

 

Setakat ini, PH masih berpegang teguh kepada perjanjian iaitu Tun M akan menjadi PM sehingga masanya yang sudah tentu akan diincangkan oleh Majlis Presiden, bukannya oleh Tun M seorang diri atau oleh Anwar atau oleh sesiapa. Begitu juga dengan jawatan TPM, di mana Kak Wan sendiri telah menyatakan beliau akan berundur apabila Anwar menjadi PM. Pengganti Kak Wan sebagai TPM nanti mungkin Muhyiddin, mungkin Mat Sabu atau sesiapa sahaja dari pemimpin utama di dalam PH yang akan diputuskan oleh Majlis Presiden.

 

Penulis silap besar untuk mengheret PH mengikut tradisi purba di zaman UMNO. Hakikatnya, PAS amat takut kecemerlangan pentadbiran Tun M sekarang ini akan diwarisi pula oleh Anwar, seorang tokoh yang tidak kurang hebatnya dengan Tun M. Idea-idea islamik yang sering dibawa oleh Anwar sewaktu beliau menjadi TPM di era Tun M dahulu amat membimbangkan PAS.

 

Bayangkan seorang PM akan datang adalah bekas Menteri Kewangan terbaik Asia. PM akan datang adalah tokoh yang menubuhkan ABIM (angkatan Belia Islam Malaysia) satu pertubuhan yang terkenal di dalam membawa suara-suara Islam hingga sekarangdi mana beliau pernah menjadi Presiden ABIM dan Timbalannya adalah Almarhum Ustaz Fadzil Noor, Presiden PAS. Hadi juga pernah berada di bawah Anwar ketika itu di dalam ABIM. Sekiranya PM akan datang mempunyai roh Islam meski pun beliau bukan Ulamak seperti Mokhtar Senik atau Nik Amar, tidak hairanlah PAS bimbang Anwar menjadi PM kerana PAS akan kehilangan modal besarnya.

 

Bagi UMNO pula, sekiranya Anwar menjadi PM maka UMNO kehabisan modal untuk memainkan isu-isu perkauman Melayu. Anwar juga terkenal dengan prinsipnya mempertahankan maruah Melayu termasuk bahasa.Beliau pernah menjadi Presiden Persatuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan Presiden Kesatuan Kebangsaan Penuntut Muslim Malaysia.Anwar pernah dipilih sebagai Presiden Persidangan Agung UNESCO.

 

Universiti Islam Antarabangsa tidak boleh dipisahkan dari menyebut nama Anwar kerana beliau pernah menjadi Presiden universiti tersebut. Mana mungkin insan bernama Anwar Ibrahim ini akan memusnahkan Melayu. Itu yang dikhuatiri oleh UMNO walau pun sewaktu UMNO memerintah, segala hak Melayu tergadai dan terancam.

 

Untuk tahun 2018, nama Anwar disenaraikan dalam kategori “Top 50 + 25 Honorouble Mentions” (ahli politik / pemerintah), sebaris dengan Raja Salman bin Abdulaziz (Arab Saudi), Raja Abdullah II bin Al-Hussein (Jordan), Presiden Reccep Tayyip Erdogan (Turki), Raja Mohammed VI (Maghribi), Sayyid Qaboos bin Said Al Said (Oman), Putera Mahkota Muhammad Bin Salman (Arab Saudi), Presiden Joko Widodo (Indonesia), Presiden Mahmoud Abbas (Palestin), Presiden Abdel Fattah Saeed Hussein Khalil el-Sisi (Mesir), Abdul-Malik Badreddin al-Houthi (Yaman), Sadiq Khan (United Kingdom), Putera Zeid bin Ra’ad Zeid al-Hussein (Jordan) serta Khaled Mashal (Palestin). Inilah bakal PM ke-8.  Ertinya, Anwar bukan nama yang berlegar di Permatang Pauh atau di Malaysia sahaja.

 

Rakyat sekarang telah mulai merasa lega sedikit berbanding setahun yang lalu disaat kerajaan baru PH sedang bergelut untuk membaiki kerosakan yang ditinggalkan oleh rejim kleptokrasi yang kini berada di dalam kelambu PAS. Masih banyak lagi yang sedang dan akan diperbaiki, In Shaa Allah, apabila semuanya telah pulih, rakyat akan melihat wajah sebenar yang ingin dipamerkan oleh kerajaan PH.

 

Buat PAS, lebih baik kamu tumpukan kepada belajar menyanyi lagu UMNO dan UMNO pula cubalah belajar menyanyi lagu PAS.Bab peralihan kuasa PM, PH ada jawapannya.

 

#WFAUZDIN_NS

Tahniah Tun M Kerana Berjihad Demi Negara Malaysia TerCinta – Berusia 94 Tahun Tetap Menabur Jasa.

Image may contain: 1 person, standing

Dari London balik Malaysia..
Tak sampai 24 jam berada dlm negara ..letih penat tak hilang lagi..
Terus pula ke Thailand….😢

Kudrat insan istimewa berumur 94 tahun ini berkerja demi negara tercinta….

Apakah kita yg umur jauh muda dibawah usianya boleh serta mampu melakukan kerja SEPERTINYA…???

Walau penat mcm mana pun…tidak pernah mendengar rungutan….
.
– Sofea –

Tun Dr Mahathir Tanpa Mengira Siang Malam Tetap Bertugas Demi Memajukan Negara Malaysia TerCinta- Tahniah Tun M.

Image may contain: 4 people, people standing and suit

Aku pun x tahulah masa bila org tua ni berehat. baru je balik dah nak terbang lagi.Semoga dipermudahkan segala urusan. Salute.

NOTA PENTING :

Umnopas mengguna nikmat masa untuk berfikir meruntuhkan negara Malaysia dengan cara menyebar fitnah dan memaksa kerajaan PH memberi semua perkhidmatan secara percuma.

Pas bersifat munafik kepada masyarakat Islam dan masyarakat bukan Islam di Malaysia, apabila tidak berusaha memaksa Najib & Umno Serta BN untuk mengembalikan harta yang dicuri secara sukarela kepada rakyat Malaysia, malah Pas berbangga turut sama dalam melindungi Pengkhianat kepada Tabung Haji, Felda, 1MDB, SRC, KWSP, KWAP dan sebagainya tanpa malu dan segan kepada Allah SWT dan Rasulullah SAW sedangkan mereka (PAS) mendakwa mereka beragama Islam dan mengharamkan amalan rasuah dan pecah amanah.

Umnopas berkongsi nikmat yang dicuri oleh pengkhianat negara kononya untuk berdakwah di jalan Allah.

Umnopas bersifat munafik apabila menjadikan agama Islam yang Allah SWT anugerahkan untuk semua bangsa sebagai milik persendirian mereka dan menghukum DAP sebagai Kafir harbi, sedangkan terdapat ramai Melayu/Muslim menjadi ahli DAP.

Umnopas bersifat munafik apabila bergabung untuk membela agama Islam dan bangsa melayu sedangkan bersama mereka terdapat MCA & MIC yang bukan berbangsa melayu dan tidak beragama Islam.

Pas bersifat munafik apabila menghukum mati syahid kepada al-marhum Ustaz Ibrahim Libya dan para sahabatnya kerana mati berjuang menentang umno sekular, sedangkan sekarang Pas amat mencintai Umno Sekular.

Pas bersifat munafik dengan rakyat Islam Malaysia, apabila menghalalkan sifat berbohong yang telah diharamkan oleh Allah SWT dan Rasulullah SAW secara jelas melalui Al-Quran Dan Al-Hadis. Percakapan Dan Amalan Umat Islam Kini Telah Diragui Oleh Masyarakat Bukan Islam Disebabakan Tindak Tandauk Pas yang Menyalahi Nilai-Nilai Murni Sebenar Agama Islam. Pas Telah Merosakkan Agama Islam dan Kemuliaan Institusi Agama Islam Di Malaysia. 

Pas adalah bersifat munafik apabila sudah menjadi syaitan bisu dalam perkara menentang amalan rasuah dan pecah amanah setelah mengambil rasuah RM90 juta dari umno. Kini Pas tidak lagi lantang dantidak  lagi menentang amalan pecah amanah dan amalan secara langsung, malah Pas berbangga kerana dapat mendampingi dan melindungi serta membela pengkhianat kepada agama, bangsa dan negara.

Semoga Malaysia Terus Maju Tanpa umnopas yang terbukti mengkhianati Amanah Rakyat Malaysia yang telah memberi  peluang melebihi 60 Tahun.

Kini Kerajaan Pakatan Harapan Dibawah Kepimpinan Tun Dr Mahathir Yang Beragama Islam, Berbangsa Melayu, Bermazhab Syafie Mampu Melaksanakan Tugas Dengan Baik Dan Beramanah Serta Berjaya, Walaupun Najib Dan Umnopas Tidak Mengembalikan Harta Yang Mereka Curi.

Walaupun Ribuan Fitnah Dan Halangan Telah Umnopas Usahakan Tetapi Allah SWT Tetap Memberi Pertolongan Kepada Kerajaan Pakatan Harapan Yang Berusaha Menangkap  Perompak Negara Dan Berjihad Memerangai Rasuah Serta Pecah Amanah Sebagaimana Yang Allah SWT Arahkan Dalam Al-Quran Al-Karim Dan Risalah Islam Yang Rasulullah SAW Telah Sebarkan Di Muka Bumi Ini.

Allah SWT Juga Telah Menghancurkan Pakatan Ahzab Yang Terdiri Daripada Umno, Pas, MCA, MIC Dan BN Dengan Kekuasaan Allah SWT Yang Maha Berkuasa Melalui PRU 14 Yang Lalu. Allah SWT Telah Menghancurkan Mereka Dan Memalukan Mereka, Diatas Kejahatan Yang Telah Mereka Lakukan, Allah SWT Membuka Segala Kejahatan Yang Mereka Simpan Dalam Akta Rahsia Negara Daripada Pengatahuan Rakyat , Sebagaimana Kita Ketahui Bahawa Mereka Adalah Gabungan Munafik Kepada Rakyat Malaysia. Mereka  Terbukti Mengamalakan Amalan Yang Amat Keji Disisi Allah SWT dan Undang-Undang Negara Iaitu Merompak Dan Menipu Rakyat Malaysia Melalui Amalan Rasuan dan Pecah Amanah Secara Berjemaah.

Malaysia Baru Terus Aman Dan Maju Tanpa Umnopas BN Yang Munafik.

Negarawan Pertama Dari Asean Berucap Di Cambridge Union – Tahniah Tun M

Image may contain: 1 person, text

Tahniah Tun M Yang Amat Berani Membela Agama Islam Di Peringkat Dunia

Image may contain: 3 people, people sitting

Tahniah Tun M Yang Amat Berani Membela Agama Islam Di Peringkat Dunia, Semoga Malaysia  Baru Terus Maju Dan Harmoni Dibawah Pemerintahan  Tun M, sedangkan umnopas terus menjadi khadam kepada MCA & MIC selama-lamanya.

Tun M Cabar AG, Buktikan Wang 1MDB Masih Ada.

Image may contain: 1 person, smiling, text

2 Jun 2017

Oleh keranaa rasuah bekas peguam negara jadi tali barut najib.

Belajar tinggi-tinggi pun tunjuk bodoh pasal rasuah.

Tun M Bagi Pekerjaan Agar Kehidupan Rakyat Lebih Terjamin, Tun M Tidak Bagi Wang Percuma

Dr Mahathir menegaskan bahawa PH tidak begitu disukai oleh sesetengah rakyat Malaysia pada masa kini kerana ia tidak meneruskan amalan pentadbiran sebelum ini yang memberi “wang percuma”.

“Kerajaan sebelum ini gemar memberi wang percuma kepada orang ramai. Semua orang mendapat wang percuma. Jika anda seorang bujang, anda mendapat RM450, nelayan, RM300. Mereka diberi wang tanpa berbuat sesuatu.

Kini kita mengambil alih dan menanggung beban hutang yang banyak ini. Kita tidak ada wang dan kita tidak boleh memberi wang percuma kepada orang ramai. Disebabkan itu, mereka tidak suka kita. Tetapi ia terpaksa dilakukan,” katanya.

Beliau berkata, tidak ada cara kerajaan boleh membetulkan masalah kewangan tanpa perlu berhati-hati dan berhemat dalam pengurusannya.

“Kami mahu mereka (orang ramai) mempunyai pekerjaan dan mendapatkan wang. Kerajaan juga akan mempunyai cukup kekayaan dan kita boleh membayar hutang dan wujudkan lebih banyak pekerjaan,” katanya.

Dr Mahathir berkata, sebuah negara dengan rakyatnya bergantung kepada kerajaan untuk wang percuma tidak akan berkembang, manakala sebuah negara di mana rakyatnya bekerja keras untuk mewujudkan kekayaan akan sejahtera.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/30757/BERITA/Politik/Tun-M-sahkan-semula-janji-serah-kepimpinan-kepada-Anwar

KUNJUNGI MEDIA-MEDIA  DIBAWAH YANG DIPENUHI DENGAN KHAZANAH ILMU DAN MUTIARA NASIHAT AGAMA :

 

https://chat.whatsapp.com/9CL0r2m0FFII8a9VcOSb6i

 

https://peribadirasulullah.wordpress.com/

 

https://twitter.com/Ihyaassunnah1?s=09

 

https://muslimcambodiablog.wordpress.com/

 

ihyaassunnah68@gmail.com

 

https://t.me/ihyaassunnah