Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

PERLUKAH SEBUAH MAHKAMAH KHAS RASUAH DI NEGARA KITA?

1 NAJIB DALAM KANDANG1 1mdb1 2mdb1 CHINA5 CHINA1 MDB 222 UMNOPAS1 MDB 101 MDB 91 MDB 91 MDB 81 MDB 71 MDB 61 MDB 51 MDB 41 MDB 31 MDB 21 MDB2 TH4 UMNOPAS5 UMNOPAS1 bn

PERLUKAH SEBUAH MAHKAMAH KHAS RASUAH DI NEGARA KITA?
Shahbudin Husin
20 March 2019
Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad semalam mengumumkan rancangan kerajaan untuk mewujudkan sebuah mahkamah khas untuk kes-kes rasuah di negara ini.
Katanya, mahkamah khas itu diperlukan supaya kes-kes melibatkan rasuah dapat dibicarakan dengan cepat.
Tambah Tun Mahathir lagi, rancangan itu juga selaras dengan inisiatif pelan antirasuah nasional di mana mahkamah khas itu dapat menumpukan kepada kes-kes terdahulu melibatkan rasuah.
Dalam waktu yang sama, Tun Mahathir memberi contoh tentang penjualan tanah milik Kementerian Pertahanan untuk membina kem-kem tentera di mana ia dilakukan dengan menyalahi undang-undang sehingga kerajaan mengalami kerugian yang banyak daripadanya.
“Inilah sebabnya kita memerlukan sebuah mahkamah khas supaya kes-kes rasuah dapat didengari dengan cepat,” jelasnya.
Apakah mahkamah khas ini benar-benar perlu sebenarnya untuk negara kita?
Apakah kes rasuah di negara kita begitu tinggi atau terlampau tinggi sehingga sebuah mahkamah khas diperlukan untuk menanganinya?
Tidakkah dengan adanya mahkamah khas itu secara langsung memberi gambaran bahawa Malaysia adalah negara yang paling tinggi ke rasuahnya, sekaligus memberi gambaran tidak baik dari segi imej negara di mata dunia?
Adakah negara-negara lain ada mahkamah khas rasuah seperti itu?
Dalam konteks semasa, apa yang jauh lebih penting bagi negara ialah kita mesti mempunyai Peguam Negara yang jauh lebih cekap dan berwibawa.
Apa guna kita ada mahkamah khas mengenai rasuah jika Peguam Negaranya masih lembab sehingga kes melibatkan Najib Razak, Zahid Hamidi, Tengku Adnan Tengku Mansor dan ramai lagi masih juga belum lagi dibawa di mahkamah walaupun sudah hampir setahun pertuduhan dilakukan?
Mengapa Peguam Negara seolah-seolah hanya suka jumlah pertuduhan yang banyak berbanding membawa satu atau dua kes yang kuat terlebih dahulu untuk dibicarakan di mahkamah?
Kepada Tun Mahathir, selagi Peguam Negara tidak ditukar segera, berpuluh mahkamah khas yang diwujudkan pun tidak akan memberi makna apa-apa.
(Shahbudindotcom 20/03/2019)
1 IMAN MURNI

Undilah calon Pakatan Harapan di PRK Rantau

KITA SOKONG PH KERANA,  HANYA PH YANG MEMERANGI RASUAH DAN MEMBASMI AMALAN PECAH AMANAH.

UMNOPAS MEMPERJUANG PERKAUMAN MELAYU DAN MELINDUNGI PENGAMAL RASUAH SERTA  MENYOKONG PERBUATAN PECAH AMANAH.

Umno bersatu dengan Pas setelah merompak duit rakyat melalui 1MDB.

Pas bersatu dengan umno setelah mendapat dedak RM90 Juta daripada umno.

 

Jika mereka bersatu kerana Islam dan Melayu, mereka mesti bersatu sebelum kedua-dua parti melakukan jenayah rasuah dan pecah amanah. Umnopas menggunakan Islam sebagai topeng melindungi wajah mereka sebagai penjenayah agama dan negara.

Tanpa Umnopas Rakyat Hidup Dalam Keadaan Aman dan Damai.

Dimana ada umnopas di situ akan ada perbalahan kaum dan permusuhan agama.

Umnopas anggap bumi Malaysia milik mereka dan tidak boleh dikongsi bersama dengan lain-lain bangsa.

PH Memperjuangkan Kedaulatan Raja-Raja Berperlembagaan, melindungi hak-hak kemuliaan Islam dan mempertahankann hak-hak istimewa orang-orang Melayu serta meraikan keperluan lain-lain kaum.

Selamat Mengundi PH. Dengan Penuh Keyakinan.

Hanya PH Mampu Memerangi Rasuah Dan Pecah Amanah.

Rakyat Malaysia bakal hidup dalam keadaan Harmoni apabila Ketua segala pengamal rasuah dan pecah dipenjarakan tidak lama lagi.

Malaysia Maju Dan Aman Tanpa Umnopas.

Sila lihat wajah insan mulia yang pasti menyejukkan hati dalam video dibawah.

 

https://web.facebook.com/1184250164973202/videos/327216807930191/

 

Sekalung Fatihah Untuk Insan Mulia TGNA- Al-Fatihah-.

Semoga Roh Beliau Mendapat Rahmat Melimpah Di Sisi Allah SWT- Amiin Ya Rabbal Alamiiin.

 

RAKYAT MALAYSIA JANGAN SEKALI-KALI LUPA

72 Peristiwa Hitam Di Zaman Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/72-peristiwa-hitam-di-zaman-najib/

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/

7 Pesanan Neelofa Jika Mahu Bisnes Anda Cecah Juta-Juta!

 

Gadis yang tersenarai antara Forbes 30 Under 30 Asia 2017 ini adalah pemilik NH Prima International Sdn Bhd, iaitu syarikat pengeluar tudung utama Neelofa Hijab.

Pelantikan beliau sebagai Pengarah Bebas Bukan Eksekutif membuktikan kredibiliti pemilik nama Neelofa ini sangat ranum dengan pelbagai kejayaan yang ditempuhnya hasil kerja keras selama ini.

Hasilnya, beliau pernah memperoleh keuntungan yang mencecah 50 juta dan pernah mencipta rekod tersendiri dengan penjualan tudung Dalam Masa 3 Minit, Jualan Tudung Neelofa Raih RM1.3 Juta. Hebat ke hebat?

#1- Jangan Malu Bermula Dari Bawah

Ketika awal pembabitannya dalam dunia bisnes beliau hanya menjual kasut dan pakaian sahaja sebelum tercetusnya idea bisnes hijab yang melonjak keewangannya dan menjadikan beliau jutawan muda.

Asal sahaja ada peluang berniaga beliau pasti akan mengambil kesempatan itu terutama di bazar-bazar ketika musim perayaan menjelang. Tiada perasaan malu yang dibawa tetapi kesungguhan untuk melariskan barang jualannya yang diutamakan.

#2- Fokus, Fokus dan Fokus

Apabila bertekad membuat bisnes, beliau mahu fokus dan langsung tidak berlakon selama 3 tahun. Hanya memenuhi jemputan pengacaraan sahaja. Beliau bulatkan tekad untuk fokus satu bidang sahaja sehingga mendatangkan hasil.

Bukan mudah untuk fokus tetapi tidak payah untuk laksanakannya agar ianya seimbang dengan impian masa depan anda. Jangan ragu-ragu membuat keputusan kerana andalah penentu utama pelayaran bisnes anda sama ada ke timur, utara atau selatan.

Kebijaksaaan Neelofa ini beliau hanya target pada dua bentuk produk sahaja iaitu hanya menjual 2 jenis hijab iaitu Instant Hijab dan Semi Instant Hijab. Cukup untuk anda fokus satu atau dua produk sahaja. Jangan tamak dan nak cepat kaya!

#3- Jangan Lepaskan Kerja Yang Sedia Ada

Lihat bagaimana Neelofa mengatur ‘keewangan’ dari setiap sudut aspek yang mendatangkan hasil buatnya. Tidak pernah kenal erti penat walaupun bergelar jutawan beliau masih mencari sumber kewangan lain.

Masih bekerja sebagai pelakon dan pengacaraan, beliau menasihati usahawan di luar sana supaya tidak ‘terpedaya’ dengan wang banyak hasil daripada meniaga kerana dunia bisnes ini ada pasang surutnya.

Demi melengkapkan benteng keewangan yang kukuh agar anda tidak jatuh terduduk seandainya peniagaan anda dilanda ribut, anda perlu mempertahankan kerjaya yang sedia ada sekarang.

Tidak mengapa jika anda berasa terlalu penat kerana hasilnya anda juga yang akan dapat. Usah terlalu mengira keuntungan, tetapi bersiap sedialah menghadapi kerugian.

#4 – Mengenalpasti Identiti & ‘Target Market’

Beliau menggunakan Bahasa Inggeris di website sehingga dapat jualan dari 37 buah negara. Jualan dari luar negara pada tahun lepas ialah 6 juta.

Pintar mengenalpasti brand yang hendak diwujudkan. Beliau menggunakan platform lakonan sebagai tempat untuk bermarketing.

Lihat sahaja percaturannya dalam drama Suri Hati Mr Pilot. Selepas tahu sinopsis drama tersebut, beliau balik ke pejabat dan memanggil designer untuk mereka 3 jenis tudung yang mewakili

  1. a) Warda semasa bujang
    b) Warda selepas berkahwin
    c) Warda selepas dapat anak

Hasilnya kerana beliau tahu target marketnya beliau berjaya melonjak jualan tudung warda mendapat sambutan orang ramai sepanjang cerita Suri Hati Mr Pilot. Bukan sikit-skit keuntungan yang dikautnya.

#5 – Kaut Peluang Marketing Di FB dan IG

Nak kaya kenalah usaha luar biasa. Jangan duduk saja-saja. Jika anda adalah seorang yang 24 jam dengan telefon, masa inilah nak buat wang berjuta. Rajin-rajinlah post setiap masa ketika waktu puncak tiba.

Feed info yang valuable kepada pelanggan. Membuat pemasaran dengan cara yang berbeza (terlalu ramai orang buat tutorial, video dan sebagainya. Beliau buat marketing untuk koleksi hari raya secara drama ringkas bersiri dan gunakan media sosial untuk muat naik video begitu dan disebarkan secara meluas oleh penguna media sosial. Kreatif dan Inovatif.

Mulakan dengan low cost marketing. Teknik pemasaran yang betul sangat penting. Pergilah belajar dengan yang pakar dalam bidang marketing. Jangan hanya menunggu ilmu masuk sebab tanpa belajar ilmu tak akan datang begitu sahaja

#6 – Gambar Yang Berbeza

Pastikan produk kita berkualiti. Invest dalam photoshoot. Gambar mesti cantik.  Ambil gambar yang berbeza-beza walaupun hanya satu produk sahaja yang dihasilkan. Jangan malas. Nak cari gambar cantik pun boleh buat jiwa stress tapi kesudahannya pasti anda tersenyum sendiri lihat hasilnya.

Detailkan setiap collection dengan gambar yang berbeza-beza. Jangan sesekali cipta kekeriluan kepada pelanggan anda. Kerana itu detail yang jelas dan padat diperlukan pada setiap gambar.

#7 – Tonjolkan Diri Anda Sebagai ‘Brands Identiti’

Download Image

Seperti mana Neelofa menjual tudung yang diviralkan begitulah beliau menonjolkan dirinya dengan memakai jenamanya sendiri setiap masa. Sehabis ruang beliau cuba mengangkat jenamanya dengan menjadikan dirinya identiti kepada brands nya sendiri.

Jangan hanya sekadar menjual tetapi tidak mahu menjadikan diri anda sebagai identiti kepada brands anda sendiri. So, apa lagi jom check balik pesanan Neelofa ini adakah ada yang ada telah ikut atau ada yang tertinggal?

http://www.majalahniaga.com/7-pesanan-neelofa-jika-mahu-bisnes-anda-cecah-juta-juta.html