Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Selamatkan masyarakat dari bahana arak – Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang

1 ARAK HALAL KN

1 ARAK KELANTAN

Selamatkan masyarakat dari bahana arak
May 27, 2020

DEWAN Muslimat PAS Negeri Pahang melahirkan rasa sedih dan merakamkan takziah buat ahli keluarga Allahyarham Irwan Herman yang terkorban dalam kemalangan dirempuh oleh pemandu mabuk di Jalan Pintasan Kuantan pada malam kelmarin semasa dalam perjalanan ke tempat kerja. Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman.

Gejala ‘alcoholism’ atau ketagihan arak sehingga memudaratkan diri dan orang lain akan terus merosakkan komuniti masyarakat negara ini jika tidak segera diambil tindakan drastik bagi menanganinya. Gejala ini bukan sahaja akan menyebabkan kemalangan akibat pemandu mabuk, malahan boeh menimbulkan pelbagai penyakit social yang lain seperti membunuh, membunuh diri, keruntuhan institusi keluarga, penderaan dan sebagainya.

Mengikut kajian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN Report 201), arak telah membunuh lebih daripada 3 juta manusia setahun di seluruh dunia melebihi kadar kematian yang disebabkan penyakit AIDS dan Tibi. Data ini juga merangkumi kematian yang disebabkan oleh pemabuk seperti kemalangan, penderaan, wabak peyakit dan lain-lain. Perkara ini cukup menggambarkan kepada kita betapa kritikalnya isu arak yang mampu untuk menghancurkan tamadun manusia moden hari ini jika tidak ditangani dengan sebaiknya.

Di samping itu juga, kami juga sangat prihatin dengan nasib keluarga kepada individu yang terpalit dengan gejala ketagihan arak dan juga keluarga kepada mangsa yang disebabkan oleh individu yang terlibat dengan arak yang membawa kepada kematian dan kecacatan. Perkara ini boleh menjerumuskan kepada kesan jangka masa panjang buat keluarga yang terlibat termasuklah kehancuran institusi keluarga, kehilangan kasih sayang, hilang mata pencarian, anak-anak terabai dan hilang tepat pergantungan untuk selama-lamanya.

Oleh itu, Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang mencadangkan agar semua pihak kembali kepada syariat Islam yang jelas mengharamkan arak sebagai minuman kerana langsung tidak mendatangkan kebaikan dan faedah kepada manusia. Besar harapan kami untuk melihat negara ini yang majoritinya beragama Islam tampil dengan imej sebuah negara yang bebas arak sepenuhya. Marilah kita bersatu untuk selamatkan masyarakat dan negara ini daripada kebatilan ini dengan bersama kembali kepada fitrah syariat agama Islam

“Islam Memimpin, Wanita Sejahtera’’
“Islam Memimpin Peraduan”

SALAMIAH MOHD NOR
Ketua Muslimat
Dewan Muslimat PAS Negeri Pahang – HARAKAHDAILY 27/5/2020

RAHSIA KERAJAAN PN – MELAYU, ISLAM DAN ISRAEL.

1 PN ISRAEIL

1 UMNO MENIPU

1 ARAK KELANTAN

1 RASUAH BAPA RASUAH MALAYSIA

RAHSIA KERAJAAN PN – MELAYU, ISLAM DAN ISRAEL.

1. Jalinan akrab sulit Israel dan Kerajaan Malaysia, yang sekarang dikenali sebagai Kerajaan Melayu- Islam oleh UMNO PAS, makin jelas terdedah.

2. Dokumen Mahkamah terkini melibatkan kes syarikat Israel – Senpai Technologies Limited, sebuah syarikat cybersecurity Yahudi dari Israel, mengesahkan hubungan tersebut.

3. Kes di mahkamah Israel berjalan di sebabkan masalah dalaman syarikat Senpai Technologies tersebut di mana rahsia dalaman syarikat terbongkar.

4. Sebelum PRU 14, Kerajaan Malaysia di bawah Dato Najib telah membeli sistem dari Syarikat Senpai tersebut dengan harga USD 1.5 juta ( Rm 6 juta) bagi tujuan intipan ke atas rakyat menjelang pilihanraya. Ini dinyatakan dalam perbicaraan mahkamah melibatkan syarikat Senpai.

5. Sistem intipan tersebut telah di gunakan ke atas rakyat Malaysia dengan bantuan syarikat dan kakitangan Israel. Kerana Israel dan Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik kebiasaannya ia memerlukan kelulusan Kerajaan Zionist Israel. Oleh itu dipercayai kedua dua kerajaan Israel dan Malaysia terlibat dalam hal ini.

6. Dalam dokumen emel di mahkamah pengarah jualan Senpai, Roy Shloman ada menyebut tentang lawatan ke Malaysia untuk mengemaskini sistem.

7. Mengikut dokumen mahkamah Syarikat Senpai ini juga membekal khidmat serta peralatan kepada negara Singapura yang UMNO dan PAS sudah lama sering menuduh menjadi ajen Zionist Yahudi-Israel di Asia untuk menjatuhkan kerajaan Islam Malaysia. Itulah ironisnya

8. Dengan kemasukan syarikat intipan kerahsiaan Senpai dari Israel ini terus kedalam negara atas jemputan kerajaan UMNO Malaysia, sistem negara Yahudi tersebut dapat laluan terus kedalam sistem intipan Negara. Kemungkinan besar data maklumat penting kita jatuh ke tangan Israel sekarang

9. Kami telah membantah dengan keras kebenaran masuk beberapa orang bekas pegawai Israel selama seminggu kononnya untuk menghadiri seminar di Kuala Lumpur sebelum PRU 14. Kerajaan Najib menggunakan alasan seminar tersebut penting. Tidak pernah kerajaan membenarkan kemasukan secara rasmi rakyat Israel untuk mesyuarat.

10. Adakah ini ada kaitan dengan usaha syarikat perisikan Senpai Israel keatas rakyat Malaysia?

11. Sebelum pada ini juga Dato Najib menggunakan syarikat Public Relation (PR) Yahudi di mana pengarah dan kakitangannya bermaustautin di Malaysia.

12. Soalan utama di sini kenapakah kerajaan PN Melayu Islam yang di terajui UMNO PAS merahsiakan dan merestui intipan sulit ke atas rakyat Malaysia dengan bantuan dan peralatan syarikat Israel ?

13. PAS sudah sedia tahu sebelum PRU 14 lagi kegunaan syarikat PR Yahudi olih Najib tetapi tetap menyokong dan berkerjasama dengan UMNO-BN.

14. PAS juga mengetahui kemasukan secara rasmi pegawai Israel begitu lama untuk menghadiri ‘seminar” kerana AMANAH telah menimbulkan isu ini di Parlimen tetapi PAS terus membisu.

15. PAS dan UMNO berkobar kobar membantah penindasan Palestin di kampung dan di himpunan awam tetapi dalam masa yang sama merestui kerjasama dengan pihak Israel secara sulit.

16. PAS terutamanya perlu membuat pendirian jelas kepada rakyat dan penyokong PAS apakah pendirian mereka yang kelihatan tindakan hipokrit. Lain pendirian di kampung dan lain pula didalam kerajaan yang kononnya kerajaan Melayu Islam.

17. Dahulu PAS nafi bersama berkerjasama dengan UMNO, tetapi hari ini jelas dan nyata mereka bersama.

18. Dahulu mengecam dan boikot barangan Israel-Amerika, hari ini bersekongkol serta restu dalam sulit tanpa bantahan dengan Israel.

19. Apakah wajah PAS sebenar hari ini? Orang kampung dan desa ingin lihat mirip apa wajah PAS di sebalik tabir sebenarnya hari ini?

20. Adakah untuk mengejar kuasa dan kedudukan dengan UMNO pemimpin PAS sanggup mengadai prinsip serta roh perjuangan membela umat Islam yang di tindas Israel?

21. Saya sangat bersimpati dan kasihan penyokong PAS yang setia kepada pemimpin yang tidak berterus terang kepada mereka. Di mana sebenarnya duduk kerajaan Melayu Islam oleh UMNO dan PAS?

22. Dahulu kata menentang UMNO habis habisan, hari ini PAS bersama UMNO. Dahulu melaknat Israel dan Zionist, hari ini diam membisu merestui kemasukan rakyat Israel ke Malaysia dan kerjasama dengan syarikat risikan rahsia Israel mengintip rakyat Malaysia sendiri.

23. Penyokong PAS perlu tanya pemimpin PAS tentang hukum terhadap Ulama bisu.

RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH
Timbalan Pengerusi Biro Antarabangsa
Parti Amanah Negara (AMANAH)
29 Mei 2020

PENGKHIANAT DAN PARTI LEBAI ITU ADA PELAJARAN – JAWAPAN UNTUK MOKHTAR SENIK

1 ULAR PAS

PENGKHIANAT DAN PARTI LEBAI ITU ADA PELAJARAN – JAWAPAN UNTUK MOKHTAR SENIK

Sebelum saya menjawab hujah Mokhtar anak Senik, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, maaf zahir batin.

Saya merujuk kepada status dan penulisan yang digelar Ketua Dewan Ulamak dari parti lebai. Saya salin semula apa yang lebai ini sebut, kemudian saya akan menjawabnya.

Mokhtar anak Senik berkata:-

1. Mokhtar anak Senik:-

Jgn mencari kemenangan melalui fitnah seperti kemenangan PH dlm PRU-14 yg lalu. Kerana kemenangan yg diraih melalui jalan yg hina akhirnya akan kecundang penuh hina pula.

Saya jawab:-

Sepanjang kempen PH sebelum PRU-14 yang lalu kami banyak dedahkan tentang rompakan wang rakyat melalui skandal 1MDB. Adakah ini cerita fitnah?

Bukankah wang rompakan ini sedikit demi sedikit telah dikembalikan kepada kerajaan oleh DOJ?

Duit apa yang DOJ itu kembalikan kalau bukan wang rakyat Malaysia?

Bodoh sangatkah Amerika mahu pulangkan duit kalau MO1 dan Jho Low tidak merompaknya?

Boleh Mokhtar anak Senik beritahu duit apa yang DOJ pulangkan itu? PH tidak menfitnah, sebab itu sebaik saja kita menjadi kerajaan, kita telah menyeret mereka yang terlibat ke mahkamah dan kini sedang dibicarakan.

Fitnahkah PH bila kita dedahkan skandal Tabung Haji dan penyelewengan FELDA. Kita tidak cakap kosong, kita dakwa mereka yang terlibat seperti Azeez Rahim dan Isa Samad. Zahid Hamidi pun kita bawa ke mahkamah.

Sebaliknya, lebai yang banyak buat fitnah terhadap kerajaan PH. Mereka tuduh DAP jual aset Tabung Haji.

PH jual aset khazanah dan macam-macam lagi, tetapi bila parti lebai ini berada dalam kerajaan pintu belakang sekarang, tiada seorang pun Menteri dari PH yang telah didakwa. Cakap saja berdegar-degar. Waktu kerajaan PH dulu, sepantas kilat kita heret mereka yang menyeleweng ke mahkamah. Di era kerajaan pintu belakang, mereka sekadar sembang dan buat fitnah sahaja.

Mokhtar anak Senik kata, kerajaan PH jatuh dengan hina. Kesihan, orang yang dikatakan ulamak ini tidak boleh bezakan mana satu lebih hina, kerajaan yang mendapat rakyat atau kerajaan yang terdiri hasil dari pengkhianatan.

Adakah kerajaan negeri Perak di bawah PAS di era MB Nizar yang dijatuhkan pada tahun 2009 dulu hasil pengkhianatan, boleh dianggap kerajaan PAS jatuh dengan hina?

Kerajaan PAS Terengganu pernah jatuh pada tahun 1961, adakah jatuhnya hina?

Paling hina adalah ulamak yang bersekongkol dengan pengkhianat demi kerana jawatan dunia. Mereka sanggup jual agama kerana kepentingan perut masing-masing.

2. Mokhtar anak Senik:-

Selepas memperolehi kemenangan, jgn sombong seperti PH. Jgn lupa diri seperti mereka. Sehingga keangkuhan dan kesombongan itu tidak terlindung lagi keluar dari mulut mereka saban hari. Allah tidak suka org yg sombong. Kesombongan adalah pakaian Allah.

Saya jawab:-

Mengapa Mokhtar anak Senik tidak beri satu contoh kesombongan kerajaan PH?

Apakah sombong kerajaan PH bila kita tidak melantik semua ahli politik pegang jawatan di dalam GLC seperti yang kerajaan pintu belakang lakukan sekarang?

Sombongkah kita bila kita jadikan media kerajaan yang bebas sehingga Muktamar PAS dan Perhimpunan Agung UMNO pun media kerajaan waktu itu beri liputan meluas?

Sombongkah kerajaan PH apabila hanyak melantik sekitar 50 jawatan Menteri berbanding 70 jawatan politik, tidak termasuk duta khas bertaraf Menteri di bawah kerajaan pintu belakang sekarang?

Sombongkah kerajaan PH apabila kita melantik Pengerusi PAC itu dari kalangan Pembangkang waktu itu yang tidak pernah berlaku di era kerajaan UMNO-BN. Bahkan, kerajaan pintu belakang sekarang pun tidak melantik Pembangkang sebagai Pengerusi PAC.

Di mana sombongnya?

Siapa yang sombong sebenarnya?

3. Mokhtar anak Senik:-

Jgn cenderung kepada keinginan kehendak org2 kafir hingga membelakangkan agama seperti PH. Jgn kerana nak jaga hati DAP, mereka sangup pula membiarkan Islam diganyang oleh musuh2 Allah. Ingat. Orang yg tidak menjaga agama Allah, maka Allah tidak akan memberi pertolongan kepadanya.

Saya jawab:-

Seperti biasa, lebai memang fobia dengan DAP, tetapi tidak dengan MCA. Lebai ini tuduh kerajaan PH ini ikut telunjuk DAP, tetapi satu buktikan lebai ini gagal kemukakan.

Adakah kerajaan PH menolak ICERD itu adalah kerana ikut telunjuk DAP?

Adakah kerajaan PH memberi tambahan peruntukan kepada perkembangan Islam seperti peruntukan kepada sekolah-sekolah agama dan pondok itu adalah kerana ikut arahan DAP?

Meningkatkan elaun guru KAFA dan bercadang untuk menjadikan guru KAFA sebagai guru tetap, adakah itu mengikut telunjuk DAP?

Menghapuskan kuota dan keistimewaan kepada Menteri-Menteri untuk menunaikan haji agar beri peluang kepada rakyat biasa mengikut giliran, adakah itu kehendak DAP juga?

Kerajaan PH memberikan royalti minyak kepada negeri lebai Kelantan dan Terengganu yang dinafikan oleh kerajaan UMNO-BN dahulu, adakah itu mengikut telunjuk DAP?

Kerajaan PH bertegas tidak memulangkan pendakwah Zakir Naik ke negara asalnya India, adakah itu membuktikan kerajaan PH ikut arahan DAP?

Sayang sekali, ramai ulamak lebai ini yang membutakan mata mereka. Apabila MCA bercakap, lebai ini terkedu kerana MCA itu pasangan ‘kelamin’nya.

4. Mokhtar anak Senik:-

Jgn abaikan rakyat seperti yg telah dilakukan oleh PH. Kebajikan rakyat adalah keutamaan. Jgn zalimi rakyat sendiri kerana doa org2 yg dizalimi itu adalah doa2 yg tidak dihijab oleh Allah. Sekali rakyat yg dizalimi menadah tangan kepada Allah, maka sekuat mana pun sebuah kerajaan itu pasti akan runtuh.

Saya jawab:-

Kezaliman? Sekali lagi lebai Al Maunah ini kemukakan satu saja bukti kezaliman kerajaan PH. Adakah dengan tindakan kerajaan mengadakan skim KWSP kepada suri rumah yang tidak bekerja itu satu kezaliman?

Skim MySalam, Peka40, untuk bekas tentera yang layak terima PJM juga dapat “one off” dan kerajaan PH bercadang untuk berikan elaun tetap kepada mereka, banyak lagi dasar yang diumumkan untuk kepentingan rakyat yang sengaja lebai butakan mata atau memang lebai tidak tahu.

Dasar subsidi minyak petrol yang mengikut harga pasaran dunia tetapi dihadkan agar tidak terlalu tinggi yang jauh murah berbanding di era kerajaan UMNO-BN sebelum itu, adakah itu satu kezaliman? Bahkan, dengan dasar itulah sekarang ini rakyat dapat harga minyak yang murah akibat kejatuhan harga minyak dunia.

Mana dasar subsidi minyak kerajaan pintu belakang sekarang? Tiada kan?

Tiada lagi protokol keterlaluan dan hadiah untuk Menteri di dalam mana-mana program jabatan atau Kementerian, kecuali Menteri boleh terima cenderahati seperti buah-buah atau cenderahati yang tidak bernilai tinggi, adakah itu satu kezaliman?

Guru-guru dilarang membuat tugas tambahan yang membebankan seperti membuat tugas kerani, adakah itu satu kezaliman? Tunjuk lah apa yang lebai maksudkan dengan kezaliman itu. Jangan guna air liur sahaja.

5. Mokhtar anak Senik:-

Jgn khianati Institusi Raja2 sebagai ulil amri, bangsa dan negara sendiri seperti yg telah dilakukan oleh PH. Kerana tonggak kekuatan ummat ini diperkukuhkan oleh ketiga2 elemen tersebut.

Saya jawab:-

Lebai Mokhtar anak Senik terus berhujah tanpa fakta. Sebutlah kes mana satu kerajaan PH khianati raja-raja. Adakah kerajaan PH pernah berguling depan istana seperti yang puak-puak lebai pernah lakukan sewaktu kerajaan negeri Perak bawah Nizar jatuh dahulu?

Siapa yang menderhaka kepada raja-raja Melayu sehingga tercetusnya peristiwa pembunuhan di Memali dulu?

Siapa yang menabalkan sultan di bawah pokok dahulu?

Bukankah mereka ini berada di dalam kerajaan pintu belakang bersama parti lebai sekarang?

Yang angkat banner di depan istana Terengganu dulu tertulis “Kami mahu Deris, Natang”, siapa orangnya?

Bukankah puak itu juga berada dalam kerajaan pintu belakang bersama lebai sekarang?

6. Mohtar anak Senik:-

Jangan berjanji itu dan ini kepada rakyat sedangkan sudah tahu tidak mampu melaksanakannya seperti yg telah dijanjikan oleh PH dlm manifesto mereka. Sengaja membohongi rakyat adalah jenayah moral yg sgt jijik. Akhirnya menimbulkan kemarahan rakyat.

Saya jawab:-

PH tidak pernah menarik balik janji-janji di dalam manifestonya. Apa yang dapat ditunaikan segera, seperti pemansuhan GST kita telah tunaikan. Banyak lagi yang kita telah janjikan telah kita tunaikan, cuma ada beberapa janji yang terpaksa ditangguhkan kerana kekangan kewangan di mana kerajaan PH perlu utamakan yang lebih penting lagi.

Ada janji yang tidak dapat dipenuhi sepenuhnya tetapi diusahakan secara berperingkat-peringkat seperti penghapusan tol, kita usahakan dahulu dengan mengurangkan kadar tol di samping menghapuskan beberapa tol untuk permulaan.

Hutang PTPTN juga kita belum dapat dilaksanakan janji sepenuhnya, namun ada usaha untuk melonggarkan sedikit bebanan peminjam. Di era kerajaan UMNO-BN peminjam yang gagal bayar pinjaman mereka disenarai hitamkan dari ke luar negara. Kerajaan PH hapuskan peraturan ini.

Kerajaan PH yakin manifesto yang gagal dilaksanakan sepenuhnya itu akan dapat dilaksanakan sebelum habis penggal. Pemberian royalti yang memberi manfaat kepada kerajaan negeri Kelantan Dan Terengganu adalah di antara janji-janji kita di dalam manifesto dan kita berjaya tunaikan. Yang ini lebai tak nampak?

Adakah semua manifesto kerajaan lebai di Kelantan dan Terengganu telah tertunai?

Jangan cuba sorokkan janji-janji kamu tetapi mencari silap orang lain. Kerajaan itu boleh dianggap tidak tunaikan janji apabila mereka gagal laksanakan setelah sepenggal mereka menjadi kerajaan. Tidak masuk akal untuk menuduh kerajaan PH gagal tunaikan janji hanya menilai tempoh tidak sampai dua tahun

Kerajaan PAS di Kelantan sudah banyak penggal menjadi kerajaan dan bermacam-macam janji diberikan kepada rakyat. Usahkan Hudud, masalah air paip yang seperti teh tarik itu pun masih gagal diatasi walau pun negeri itu tiada DAP.

Jelas di sini, kejatuhan kerajaan PH bukan kerana rakyat tolak akibat apa yang lebai Mokhtar anak Senik sebut di atas. Rakyat tolak hanya melalui Pilihanraya seperti rakyat tolak UMNO-BN dan PAS pada PRU-14 yang lalu.

Pengkhianat yang belot kepada parti dan mandat rakyat, sepatutnya malu untuk berkata inilah kerajaan yang rakyat kehendaki. Kalau satu ketika nanti pemimpin kita khianat kepada negara ini dan menjualnya kepada negara asing sehingga negara ini diperintah oleh negara asing, jangan pula waktu itu kita masih bercakap rakyat memberi mandat kepada kuasa asing untuk memerintah negara ini.

Jangan jual maruah rakyat semurah itu. Jika lebai mahu menjadi pelacur politik, silakan, tetapi jangan babitkan rakyat!

KENALI ULAMAK PAS YANG GILA SEKS ?

PAS PARTI GOLONGAN MUNAFIK

1 AGAMA GAGAL1 KELANTAN KOMUNIS 21 TSMY PAS SESAT1 BINATANG PELIHARAAN MCA1 Ikatan Beruk PN1 AKHLAK KEJI ORANG PAS1 PARTI SYAITAN

TALAM DUA MUKA PAS

Ahli bawahan parti itu telah berjaya dicandu dan dibius otak mereka dengan agama. Ini perjuangan agama, perjuangan untuk tegakkan hukum Islam, perjuangan lawan taghut.

Hasilnya, ahli bawahan taat, setia, wala’ sampai ke tahap taksub melulu kepada pemimpin parti itu demi perjuangan agama kononnya.

Ahli bawahan berkorban apa saja sehingga sanggup jual ayam mengeram demi membiayai pemimpin dan parti mereka yang kononnya berjuang untuk Islam.

Pemimpin mereka yang atas buat apa? Ya, menjadi golongan oportunis yang menyusup, menghidu dan menjilat di sana-sini mencari nafas politik dan habuan duniawi.

Kerjasama dengan Umno yang khianat Melayu sudah dibuat. Jumpa Tun yang dilabel layak jaga klinik sudah dibuat. Peluk Najib yang lingkupkan negara sudah dibuat.

Gadaikan prinsip perjuangan sehingga sanggup bersekongkol dengan MCA yang tolak hudud sudah dibuat. Menyuap Zahid yang terpalit kes seleweng duit yayasan sudah dibuat.

Sebelum itu, memuji-muja DAP sudah dibuat. Menjulang-julang Anwar Ibrahim sudah dibuat. Kini DAP dan Anwar dimusuhi pula kerana pemimpin parti itu sedang bermadu kasih dengan Umno dan Najib.

Pendek kata, pemimpin parti itu akan buat apa saja demi kelangsungan habuan duniawi untuk diri mereka sendiri. Dimana ada peluang, di situ mereka menyondol.

Ahli bawahan dibius dan dicandu otak dengan aryuyu sehingga sanggup kayuh basikal entah dari mana untuk berhimpun di Padang Merbuk.

Selepas dapat habuan dan jawatan, aryuyu kemana, hudud kemana, Adib kemana…?
[11:23 am, 30/05/2020] +60 13-865 4988: Tapi bergabung pulak bn yg dikatakan kalah sebab rasuah. Dasar lebai jual agama la dia ni.

Dakwa Ketua AWAN hipokrit, Pensyarah Kanan UUM mohon maaf

1 UUM SESAT SESAL1 Ikatan Beruk PN1 PAS KHADAM MCA

Dakwa Ketua AWAN hipokrit, Pensyarah Kanan UUM mohon maaf https://malaysiadateline.com/dakwa-ketua-awan-hipokrit-pensyarah-kanan-uum-mohon-maaf/#.Xs0T8LgYwik.whatsapp

*Dakwa Ketua AWAN hipokrit, Pensyarah Kanan UUM mohon maaf*

May 26, 2020 8:36 pm

Seorang pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini memohon maaf selepas didakwa menyiarkan satu tulisan yang tidak benar terhadap Ketua Angkatan Wanita AMANAH Nasional, Aiman Athirah Al Jundi.

Menurut kenyataan tuntutan Aiman petang tadi, Dr Kamarul Zaman Yusoff dikatakan memuatnaik tulisan melabel Aiman dengan ayat ‘Ketua Wanita AMANAH yang hipokrit’.

Malah, Aiman turut memberikan tempoh 48 jam untuk Kamarul memohon maaf secara terbuka dan menarik semula tuduhan terhadap senator Dewan Negara itu.

Walau bagaimanapun tulisan berkenaan telah dipadam dari akaun penganalisis politik terbabit.

Kamarul dalam satu posting di Facebooknya berkata, beliau sedar akan kekhilafannya menafsir ucapan Aiman dalam satu video yang didakwa hanya diambil dari sebahagian ucapan sahaja.

Difahamkan, dalam posting tersebut, Kamarul memuatnaik video rakaman Aiman Athirah menanyakan soalan kepada Presiden Pas mengenai isu tahaluf dalam satu majlis Pas pada awal tahun 2015.

“Keterkhilafan saya adalah kerana menganggap soalan yang ditanyakan oleh Aiman Athirah ini adalah berbentuk cadangan, iaitu supaya diwujudkan tahaluf antara Pas dan Umno.

“Atas keterkhilafan saya ini, saya memohon maaf kepada Aiman Athirah atas apa-apa masalah yang berbangkit daripadanya,” katanya.

Dalam posting permohonan maaf itu juga, Kamarul mendakwa beliau sedikit keliru dengan pendirian politik sebenar Aiman Athirah sewaktu krisis dalaman Pas pada tahun 2015.

Beliau berkata, seingatnya pada peringkat awal, Aiman pernah menafikan terlibat dengan kumpulan penentang Presiden Pas.

“Saya juga sebelum ini memandang agak positif Aiman Athirah kerana beliau pernah dilapor menegaskan di dalam Konvensyen PH pada 12 November 2016 bahawa PH perlu menyediakan dokumen agenda Melayu Islam.

“Saya tidak mempunyai sebarang niat tidak baik terhadap Aiman Athirah. Malah, jika saya berniat tidak baik pastilah saya tidak akan menyertakan sama video rakaman tersebut.

“Tetapi saya sedikit terkesan dengan posting Aiman Athirah pada hari raya pertama yang berbunyi ‘dosa tebuk atap adalah dosa kepada pengundi yang bagi mandat kepada PH tapi kau lari pi bentuk PN’ dan ‘dosa ini kekal sehingga mereka yang kau khianati itu maafkan kau’,” katanya.

Terdahulu, Ketua Penerangan Pakatan Harapan itu mendakwa Kamarul memuatnaik kandungan video yang diambil secara sebahagian dan mengelirukan.

Ulasannya yang disertakan juga dikatakan menyerang beliau terbuka secara tidak tepat dan tidak benar.

“Komen-komen di bawah status berkenaan sangat buruk dan jahat terhadap saya,” kata Aiman lagi.
[26/05 22:18] DatinSriRahmah: Pohon maaf bkn atas keinsafan tp skdr mau lari dari disaman.

Ucapan suntingan yg diambil serta x reti beza antara soalan n cdgn serta x reti beza bahasa sindiran adalah kbodohan yg nyata.

*Komen…… Quran jika dibaca skerat ayat pun bleh mnimbulkan kekeliruan juga spt dlm ayat yg bmksud, “Kecelakaan bagi org yg solat…..” tanpa dihabiskan sambungan ayat tu,mafhumnya, ….yg lalai dlm solatnya.”*

Malaysia Dateline (https://malaysiadateline.com/dakwa-ketua-awan-hipokrit-pensyarah-kanan-uum-mohon-maaf/)
Dakwa Ketua AWAN hipokrit, Pensyarah Kanan UUM mohon maaf
Seorang pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia (UUM) hari ini memohon maaf selepas didakwa menyiarkan satu tulisan yang tidak

PAS BERJAYA MEMPERBODOHKAN UMAT ISLAM

1 PARTI SYAITAN

1 PERISTIWA MEMALI BERDARAH

1 AZMIN SYAITAN1 MEMALI BERDARAH

_*A Kadir Jasin*_

1. Pas yang kalah kepada Pakatan Harapan di Kedah dalam PRU 2018 kembali berkuasa di negeri itu dengan izin dan ihsan Presiden Bersatu merangkap Perdana Menteri, Muhyiddin Mohd Yassin.

2. Maka dengan itu hilanglah sebuah lagi negeri yang diterajui oleh Menteri Besar dari Bersatu. Negeri pertama yang menyingkirkan MB Bersatu adalah Johor, negeri Muhyiddin sendiri.

3. Dengan penyingkiran Mukhriz Mahathir di Kedah itu maka makin jelaslah bahawa Muhyiddin telah memungkiri janji kepada Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) pada 23 Februari lalu untuk menjadikan Bersatu parti induk Perikatan Nasional (PN).

4. Dalam mesyuarat itu, Muhyiddin berjanji, “…keluar daripada PH dan berpindah kepada campuran tetapi masih dalam kerajaan…dipimpin oleh Bersatu.”

5. Kalau ketika pemerintahan PH, Menteri Besar dan Exco Bersatu dihormati dan berpengaruh, hari ini mereka tidak lebih daripada melukut di tepi gantang dibuli oleh Umno. Tengok sajalah apa yang berlaku di Perak dan Melaka. Perwakilan Bersatu hanyalah untuk ambil syarat saja.

6. Selepas dua bulan setengah menumbangkan kerajaan PH melalui proses yang tidak demokratik, apa tinggal daripada Bersatu hanyalah Muhyiddin sebagai Perdana Menteri.

7. Yang berkuasa dan menentukan agenda serta naratif kerajaan dan mengusai saluran komunikasi adalah panglima-panglima perang Umno dengan sekutu mereka dalam Muafakat Nasional iaitu Pas.

8. Kesimpulannya, manakala Muhyiddin berjaya memenuhi cita-cita terpendamnya untuk menjadi Perdana Menteri, Mohamed Azmin Ali berjaya menyekat Anwar Ibrahim daripada menjadi Perdana Menteri dan Hamzah Zainuddin berjaya menjadi “kingmaker”, Bersatu menjadi pemain biola nombor tiga dalam kerajaan PN yang tidak pun diiktiraf oleh Umno dan Pas.

Wallahuaklam. Terima kasih.

_#StayatHome_
_#KitamestiMenang_
_#TolakPengkhianat_
_#PHBangkit_