Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

BANKER  VS PEGUAM NAJIB

1 3 PENYAMUN
*BANKER 🥋  VS  PEGUAM NAJIB*
APABILA WANG KERAJAAN DISELEWENG MASUK ke akaun peribadi Najib, Peguam Najib, Shafee Abdullah hanya mampu beri alasan awal, konon2 Najib jadi mangsa konspirasi Jho Low dan konco-konconya.
INI KERANA APA PUN TUJUAN WANG ITU DIBELANJAKAN, ia sudah menjadi kesalahan pengubahan wang haram, salahguna dan rasuah.
MACAI² NAJIB kini berusaha menggambarkan Najib seorang yang warak dan alim lagi pemurah dengan menjaja gambar² anak² yatim yang hadiri majlis baca Yaasin di kediaman Najib.
Sungguh terdesak hingga sanggup dagangkan video “elemen anak² yatim” bagi menghalalkan perbelanjaan renovasi rumah peribadi dari duit Kerajaan yang diseleweng itu.
BERIKUT INI pandangan seorang Corporate Banker yang berpengalaman luas dalam Sektor Corporate and Business Banking serta pernah menjadi Ketua Jabatan dalam semua jabatan² banking operation:-
Credit to tuan Matt Mikael
1.📍 Ini ‘private banking’ Najib. Pendakwaraya melalui pegawai Bank terlibat kena terangkan kpd Hakim apa itu ‘private banking’ dan apa keistimewaannya termasuk layanan dari Bank.
Tujuan membuktikan bahawa kerana akaun ini istimewa, tak mungkin Najib tidak dimaklumkan apa2 oleh pihak Bank yg memberi personal service kpd Najib melalui satu pegawai yg didedikasi khusus kpd beliau.
2.📍 Ini akaun Perdana Menteri. Layanan mesti tip top first class.
3.📍 Bila RM 42 juta masuk, kerana ia ‘Private Banking’, akan ada transaksi2 berikut diberi layanan secara personal service.
a.🔑 Makluman kpd Najib bahawa RM 42 juta dari SRC telah masuk ke dlm akaun Najib.
b.🔑 Credit Advice dgn butir lengkap kemasukan RM 42 juta melalui ke akaun Najib.
c.🔑 Pengesahan pegawai Bank dgn Najib tujuan duit dihantar bawah AMLA.
d.🔑 Najib wajib mengisi borang KPW “R” mengisytihar sb menerima wang masuk ke akaun.
e.🔑 Online Access oleh Najib ke account ‘private banking’nya menandakan beliau tahu kemasukan duit tersebut (kena bg rekod access Najib).
f.🔑 Bank2 Statement yg dihantar ke Najib.
4.📍 Atas faktor a-f, tidak mungkin Najib tidak tahu duit itu dari SRC.
5.📍 Najib juga tahu SRC adalah anak sykt milik MoF sb apa jua kommitment kewangan atau pelaburan 1MDB hanya beliau yg boleh  luluskan.
6.📍 Menyedari terang2 ia duit SRC, maka terang2 Najib menyalahgunakan duit sykt yg dia sendiri, Penasihat parent company nya, milik MoF yg beliau sendiri Menteri MoF.
7.📍 Jika dianalisa bank statement dan cek2 yg Najib dikeluarkan kpd pihak2 terlibat, sgt jelas tujuan penerimaan duit atau RM 42 juta itu dikirim kpd Najib. Ada keperluannya duit dikirim…
8.📍 Sbg PM, jika tiba2 duit RM 42 juta masuk akaunnya, beliau hanya perlu menasihati pegawai Bank tersebut untuk memblock akaun tersebut, minta pihak berkuasa menyiasat termasuk BNM. Beliau mempunyai penasihat yg sedia ambil tindakan segera.
9.📍 Sebaliknya, beliau tidak menganggap ia adalah penganiayaan Jho Low. Malah beliau menggunakan duit tersebut tanpa ragu2 dan membuat bayaran2 yg tertentu mengunakan duit SRC.
10.📍 Semasa beliau PM dan sgt berkuasa, tiada Najib melalak ada konspirasi RM 42 juta masuk akaun. Tiada sebarang arahan tangkap Jho Low. Malah cuba diubah lg laporan Ketua Audit Negara bahawa Jho Low yg berkonspirasi dtg meeting 1MDB.
🎤🎤🎤 Supaya berlaku adil, JIKA ADA BANKER² LAIN YANG INGIN SANGGAH ATAU BERI PANDANGAN YANG BERBEZA, amatlah dialu²kan.🥋🥋🥋
Bankers lah yang paling layak berhujah perihal transaksi² perbankan ini.

LANGSUNG: Saksi kata terima kontrak pertahanan RM2.5 juta

LANGSUNG: Saksi kata terima kontrak pertahanan RM2.5 juta

KES NAJIB | Perbicaraan ke atas bekas perdana menteri Najib Razak berhubung tuduhan penyalahgunaan dana SRC International Sdn Bhd masuk hari ketujuh di mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Seperti biasa Malaysiakini membawakan liputan secara langsung perbicaraan kes berprofil tinggi ini.


10.06am: Bekas pekerja CIMB sahkan cek RM2.5 juta

Saksi ke-19 Edward Innasi – yang merupakan timbalan pengurus CIMB pada 2015 – mengesahkan cek RM2.5 juta itu ditunaikan bank pada tahun itu.

Dia berkata demikian selepas DPP Saifuddin menunjukkan cek tersebut.

9.30am: Saksi kata terima kontrak RM2.5 juta

Saksi ke-18, peguam Ashraf Razak, dalam keterangannya berkata firma guaman tempatnya pernah berkhidmat dulu, Zulqarnain and Co, menerima kontrak pertahanan bernilai RM2.5 juta pada 2 Februari 2015.

Ashraf yang kini memiliki firma guaman sendiri memberitahu DPP Saifuddin bahawa dia mendapat cek daripada Habibur Rahman Kadir, seorang tokoh korporat yang dikenali.

Menurutnya, Habibur terlibat dalam syarikatnya Fuel Subs House Sdn Bhd.

“Ia untuk tender menguruskan subsidi petrol.

“Pada masa itu, Habibur beritahu saya bayaran untuk satu kontrak pertahanan,” katanya.

9.26am: Perbicaraan bermula

Perbicaraan hari ke-8 bermula dengan Najib memasuki kandang tertuduh.

8.45am: Najib tiba di Mahkamah Tinggi KL

Dengan bersut berwarna coklat pudar, bekas perdana menteri Najib Razak tampak tenang ketika melangkah masuk ke mahkamah.

Beliau mengambil tempat di barisan depan galeri awam, sementara menunggu perbicaraan bermula.

Beliau dilihat bersalam dengan pegawai polis di mahkamah.

Ringkasan kes Najib berhubung dana SRC RM42 juta

Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB

Perbicaraan kes bekas perdana menteri Najib Razak berkenaan dakwaan penyelewengan dana SRC International Sdn Bhd, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur masuk hari kelapan.

Najib dibicarakan tiga pertuduhan pecah amanah jenayah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan; tiga pertuduhan pengubahan wang haram mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Anti-Keganasan, dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFAPUAA) 2001; dan satu pertuduhan salah guna kuasa mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Jika disabit kesalahan, beliau boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara; sebat dan denda untuk pertuduhan pecah amanah jenayah; 20 tahun penjara dan denda tidak kurang lima kali nilai terlibat atau RM10,000 – mana-mana yang lebih tinggi – untuk pertuduhan salah guna kuasa; dan 15 tahun penjara dan denda sehingga RM15 juta atau lima kali nilai terlibat – mana-mana yang lebih tinggi – untuk pertuduhan pengubahan wang haram.

Perbicaraan dikendali hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali dan dijangka bermula pukul sembilan pagi hari ini, dengan keterangan saksi yang mungkin menyentuh penerimaan wang oleh beberapa entiti – berkaitan politik mahupun bukan – daripada akaun Ambank yang dikaitkan dengan kes SRC International.

Hari ini, pendakwaan mungkin memanggil saksi yang dikaitkan dengan entiti tersebut, antaranya Solar Shine Sdn Bhd, Zulqarnain & Co, ahli perniagaan Lim Soon Peng, firma undang-undang Hafarizam Wan & Aisha Mubarak, dan Ihsan Perdana Sdn Bhd yang merupakan syarikat berkaitan SRC.

Jumaat lalu, saksi kelima pendakwaan Badrul Hisham Mohamad, bekas pengurus di AmBank, dalam keterangannya berkata antara 17 bank AmIslamic yang ditunaikan pada 2015 termasuk RM1 juta kepada Upko, RM1 juta kepada unit komunikasi Umno Pulau Pinang, RM300,000 kepada Umno Johor Bahru, dan RM50,000 untuk ketua Umno Padang Serai Asmadi Abu Talib.

Badrul Hisham mengesakan perkara itu selepas ditunjukkan cek-cek tersebut, yang merupakan antara dokumen yang diambil ketika penggeledahan Bank Negara di Ambank cawangan Jalan Raja Chulan, pada 6 Julai 2015.

Semalam, mahkamah mendengar keterangan daripada empat saksi yang menyentuh sebahagian alirang wang daripada akaun Ambank.

Saksi ke-14, Centre for Strategic Engagement Sdn Bhd (Cense) Rita Sim Sai Hoon berkata dia menerima sejumlah RM300,000 daripada Najib untuk membuat pemantauan dan analisis harian terhadap laporan akhbar berbahasa Cina daripada Disember 2014 hingga Januari 2015.

Saksi ke-16, Adun Layang-layang Onn Hafiz Ghazi pula berkata dia dibayar RM240,000 oleh tertuduh melalui Vital Spire Sdn Bhd untuk mengendalikan laman berita Malaysian Digest yang kini tidak lagi beroperasi.

Peguam Negara Tommy Thomas dijangka mengetuai pasukan pendakwaan, dianggotai timbalan pendakwa raya (DPP) Sulaiman Abdullah, V Sithambaram, Manoj Kurup, Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Suhaimi Ibrahim, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Budiman Lutfi Mohamed, Mohd Ashraf Adrin Kamaril, Muhammad Izzat Fauzan, dan Mohd Ashraf Adrin Kamaril.

Najib pula diwakili pasukan peguam bela seramai 13 orang, diketuai Muhammad Shafee Abdullah.

Peguam lain ialah bekas peguam cara II Mohd Yusof Zainal Abiden, Harvinderjit Singh, Kamarul Hisham Kamaruddin, Chong Loong Men, Devanandan S Subramaniam, Farhan Read, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Shafee, Tiara Katrina Fuad, Nur Syahirah Hanapiah dan Zahria Eleena Redza.

https://www.malaysiakini.com/news/473484?fbclid=IwAR0ELEIa0G3MxpXCYY7G14E7xjVTKLmZRZmS1RvHGjFJkUlz5LpEonPhuUg

 

 

 

Najib memohon maaf kepada polis selepas menengkingnya.

Image result for najib tengking polis

https://web.facebook.com/PemudaAmanahKubangKerian/videos/431613750907069/?t=3

https://web.facebook.com/PemudaAmanahKubangKerian/videos/431613750907069/

Semalam masa tonton Awani laporan Perbicaraan Najib.. tengok visual Najib tiba di Mahkamah.. nampak mukanya macam orang bermasalah.. mesti ada masalah besar yg kita tak tahu..

Sekejap tadi aku baru berkesempatan tonton video Malaysiakini, Terkejut aku bila tengok Najib menjerit, tengking Anggota Polis.. memang sah lah Najib sekarang jiwanya kacau..

Anwar dulu pun tak sampai tahap tu walapun ketika dia dipenjara.. Susah kalau bekas bekas PM dn Pemimpin yang terlatih dalam Politik ni nak tengking anggota Polis ni, maknanya Najib betul betul tengah Stress..Tak lama lagi kalau Tak sakit jiwa, dia masuk Hospital lah tu..

Nasiblah Penyokong PH ni jenis tak pandai Troll Macam Najib.. kalau dapat kat geng depa pemimpin PH tengking Polis macam tu.. 7 hari 7 malam depa main isu pemimpin PH kurang ajar dengan anggota Polis.. ini baru penyokong PH periksa kereta anggota Polis pun depa dok jadikan isu mcm penyokong PH sembelih anggota Polis macam Kat memali..

Tu lah Najib.. suka sangat Troll orang.. Last last jiwa sendiri yang sakit..

Peguam Negara Tommy Thomas mendedahkan penyata Ambank Najib

Peguam Negara Tommy Thomas mendedahkan dalam pernyataan pembukaannya pada 3 April bahawa Najib mengeluarkan 15 cek peribadi dari akaun Perbankan AmPrivate miliknya.

15 penerima itu ialah Vital Spire Sdn Bhd (RM140,000), Zulkarnain & Co (RM2.5 juta), Centre for Strategic Engagement (RM300,000), Lim Soon Ping (RM238,914), ABX Transmasters Sdn Bhd (RM100, 000), parti politik berpusat di Sabah, Upko(RM1 juta), Yayasan Penyayang Tun Abdul Razak (RM400,000), Solar Shine (RM1 juta), Asmadi Abu Talip (RM50,000), Manisah Othman (RM13,800) Moz Malaysia Sdn Bhd (RM56,500), Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang (RM1 juta), Syadillah Enterprise (RM77,300), Umno bahagian Johor Bahru (RM300,000) dan firma guaman Wan Aishah Mubarak (RM3.5 juta).

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=2315007365489439&set=a.1439044606419057&type=3&theater

Saksi ke-6 bina stor rumah Najib berharga RM243,000

1 HADI ROSAK

KUALA LUMPUR – Saksi ke-6 pendakwaan dalam perbicaraan kes SRC International memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, syarikat pembinaan dan hiasan dalaman miliknya telah dilantik untuk menjalankan kerja untuk membina stor dan sebuah dapur kering di kediaman bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di No 11 Jalan Langgak Duta.

Pemilik Syarikat Abs Trendmaster Sdn bhd, Zulkarnain Mohamad, 46, ketika dalam sesi pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad, Saifuddin Hashim Musaimi memberitahu, dia mendapat tawaran membuat kerja tersebut daripada seorang pengurus kediaman rumah perdana menteri bernama Amirul Hadi antara Ogos hingga September 2015.

Menceritakan mengenai tawaran tersebut Zulkarnain memaklumkan, dia telah menerima satu panggilan telefon sebelum menemui Amirul Hadi di Shell selepas tol Jalan Duta dan dibawa ke lokasi kediaman ‘Orang No 1’ yang dimaksudkan.

“Pada mulanya saya menolak tawaran tersebut dan menyatakan tidak layak, namun diyakinkan oleh Amirul Hadi sebelum bersetuju untuk melakukan kerja tersebut,” katanya di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi, Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Menjelaskan mengenai kerja-kerja yang dilakukan, Zulkarnain berkata, dia membina sebuah stor di belakang kediaman itu dilengkapi pintu dan tingkap selain membina dua unit kabinet pakaian bersaiz 12 kaki setiap satu, selain besen cuci tangan dan tempat minuman di bahagian dapur kering.

“Selepas bersetuju, saya kemudian mengukur kawasan terlibat dan mula membuat draf sebelum menyerahkan kerja melukis pelan kepada pereka syarikat bernama Mohd Ikram dan memberikan lakaran dan sebut harga dalam tempoh seminggu selepas pertemuan itu,” katanya.

Ditanya mengenai harga yang ditawarkan bagi kerja-kerja tersebut, Zulkarnain menjawab ia antara RM243,000 atau RM234,000 dan memberitahu, Amirul Hadi bersetuju dengan lakaran dan sebut harga tersebut.

Zulkarnain berkata, kerja membina stor itu dimulakan selepas menerima deposit dalam bentuk cek berjumlah RM50,000 dan siap dalam tempoh dua hingga tiga bulan.

Dalam pada itu Zulkarnain berkata, selain kerja membina stor dan sebuah dapur kering, dia turut membuat kerja membaik pulih pondok kawalan polis di kediaman itu serta membaiki pagar di rumah sampah yang rosak.

Dia turut memaklumkan telah menerima cek baki bayaran sebanyak RM100,000 atas nama Abs Trendmaster Sdn Bhd cek itu ditunaikan ke akaun bernombor 562853100902.

Sementara itu, ketika sesi soal balas oleh peguam utama Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah, Zulkarnain berkata, dia tidak mengetahui tujuan stor dan kabinet pakaian tersebut dibina.

Zulkarnain juga memaklumkan dia ada beberapa kali melihat kelibat Ahli Parlimen Pekan itu namun tidak pernah menegurnya dan tidak akan melakukan kerja pembinaan sekiranya Najib berada di rumah kerana bimbang ia mengganggunya.

Beliau juga memaklumkan ada melihat majlis bacaan Yasin di rumah tersebut oleh anak-anak yatim sekurang-kurangnya dua kali seminggu.

Terdahulu pada sesi sebelah pagi mahkamah telah dirujuk dengan 17 keping cek termasuk salah satunya dikeluarkan atas nama syarikat Abs Trendmaster Sdn Bhd pada 12 Februari 2015.

https://www.sinarharian.com.my/article/24192/BERITA/Mahkamah/Saksi-ke-6-bina-stor-rumah-Najib-berharga-RM243000?fbclid=IwAR1TZf8-12Hizp8yeVYOhnsL-1PpLDfZjzG3IaNtzegMsKIRTxocNgQ8vxI

17 CEK AMBANK MEMBUKTIKAN NAJIB MELAKUKAN PENGGUBAHAN WANG HARAM

Image may contain: 1 person, indoor and close-up

1 PEROMPAK UMNO1 MELAYU TANPA AMANAH

Image may contain: 2 people

Image may contain: one or more people and people standing

Image may contain: 1 person

 

MACAI-MACAI PEMBANGANG UMNOPAS SELALU TANYA, MANA BUKTI NAJIB CURI/ROMPAK/SONGLAP DUIT?

(Ini buktinya. Baca tau? Jangan tanya lagi nanti, ‘mana buktinya’. Selepas baca, sebarkan supaya macai-macai Pembangang baca juga)

Senarai transaksi-transaksi di bawah adalah berdasarkan bukti gambar cek yang telah ditunjuk di mahkamah. Pegawai-pegawai Bank Negara Malaysia, AmBank, malah orang yang bikin paip & tangki di rumah Najib semuanya telah dipanggil memberi keterangan.

1. 12 Disember 2014
RM20 juta dari akaun SRC International (211-202-200973-6) disalurkan ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan program-program Yayasan 1MDB. Ihsan Perdana dipimpin oleh Shamsul Anwar Sulaiman, seorang bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput merangkap bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

2. 21 Januari 2015
RM3.5 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201189-8) disalurkan ke akaun firma guaman peguam UMNO Hafarizam Wan & Aisha Mubarak.

3. 30 Januari 2015:
RM240,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Vital Spire Sdn Bhd.
(Saya belum kenal pasti syarikat apa ini)

4. 2 Februari 2015:
RM2.5 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun firma guaman Zulqarnain & Co.

5. 8 Februari 2015
RM300,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Centre For Strategic Engagement Sdn Bhd, sebuah syarikat propaganda & analisis politik.

6. 12 Februari 2015
RM238,914 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Lim Soon Peng, seorang pemaju hartanah yang memiliki Titijaya Land Berhad.

7. 12 Februari 2015
RM100,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun syarikat ABS Trend Master Sdn Bhd, sebuah syarikat perabot dapur.

8. 12 Februari 2015
RM400,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Rumah Penyayang Tun Abdul Razak yang terletak di Pekan, Pahang.

9. 12 Februari 2015
RM50,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Asmadi Abu Talib, calon BN yang kalah dalam PRU14 di kerusi DUN Merbau Pulas, merangkap Ketua Bahagian UMNO Padang Serai

10. 12 Februari 2015
RM13,800 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun peribadi Manisah Othman.
(Saya belum kenal pasti siapa ini)

11. 13 Februari 2015
RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun UPKO, sebuah parti komponen BN pada ketika itu.

12. 17 Februari 2015
RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Solar Shine Sdn Bhd, sebuah syarikat yang mencetak payung, kemeja, topi, kalendar, cawan & ‘hadiah-hadiah’ 1 Malaysia yang diagihkan dalam musim PRU.

13. 24 Februari 2015
RM77,300 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Syadilah Enterprise.

14. 24 Februari 2015
RM56,500 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Moz Malaysia Sdn Bhd, sebuah syarikat paip air yang diupah menjalankan kerja-kerja pembaikpulihan paip-paip di rumah Najib di Langgak Duta.

15. 26 Februari 2015
RM1 juta dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun Jawatankuasa UMNO negeri Pulau Pinang.

16. 26 Februari 2015
RM300,000 dari akaun peribadi AmBank Najib (202-201190-6) disalurkan ke akaun UMNO Bahagian Johor Bharu

17. 9 Mac 2015
RM103,361.17 dari akaun syarikat (202-1160010-0) disalurkan ke akaun Ihsan Perdana Sdn Bhd, sebuah syarikat yang menjalankan program-program Yayasan 1MDB. Ihsan Perdana dipimpin Shamsul Anwar Sulaiman, seorang bekas Timbalan Ketua UMNO Bahagian Sungai Siput merangkap bekas EXCO Pemuda UMNO Malaysia.

JUMLAH AGIHAN: RM30.87 JUTA

———-

TAPI…… Peguam Najib kata pendakwaraya kene buktikan wang ini adalah haram, kemudian Najib pun kata dia tidak tahu apa-apa.

Najib & peguamnya TIDAK MENAFIKAN transaksi-transaksi ini. Maksudnya mereka setuju apa yang didedahkan peguam negara dan kerajaan.

Apa yang dipersoal peguam Najib adalah sama ada Najib tahu mengenai aktiviti-aktiviti yang berlaku dalam akaun banknya. Dalam erti kata lain, hujah pembelaan Najib adalah “akaun dia digunakan orang lain”.

Saya nak tanya para pembaca:
Ada ke org dalam dunia ini yang TIDAK TAHU apa sedang berlaku dalam akaun banknya?
Ada ke korang kenal siapa-siapa yang bagi akaun bank dorang kepada orang lain untuk dipakai?
Akaun tetiba muncul beratus-ratus juta pun tidak tau?
Bank tak pernah telefon, tak pernah emel, tak pernah tanya?

Mana logiknya?

SEMOGA ALLAH SWT PERMUDAHKAN TUGAS SPRM DAN MEMPERMUDAHKAN JUGA NAJIB SERTA KELUARGA MEMASUKI PENJARA.

Dua Cek Membuktikan Najib Melakukan Penggubahan Wang Haram

Image may contain: 6 people, people smiling, text

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=894174990925999&set=a.102923926717780&type=3&theater

Hari ni perbicaraan Najib bersambung,
Najib Razak berdepan 7 tuduhan berkaitan dana RM42 juta melibatkan SRC International, bekas anak syarikat 1MDB
DPP (Pendakwa) Muhammad Saifuddin mengemukakan kepada Badron sekeping cek AmIslamic berjumlah RM1 juta dengan nama penerima Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, bertarikh 26 Februari 2015.
Saksi mengesahkan cek berkenaan telah berjaya ditunaikan.
Satu lagi cek yang berjaya ditunaikan dan disahkan saksi adalah dengan nama penerima firma guaman Hafarizam & Aisha Mubarak, berjumlah RM3.5 juta bertarikh 21 Januari, 2015.
DPP Muhammad Saifuddin mengemukakan siri cek dari Ambank dan AmIslamic kepada Badron untuk mengesahkan sekiranya cek terbabit telah ditunaikan.
Antaranya sekeping cek berjumlah RM1 juta dengan nama penerima Solar Shine Sdn Bhd, bertarikh 17 Februari 2015.
DPP Muhammad Saifuddin mengemukakan kepada Badron sekeping cek AmIslamic berjumla RM20 juta dengan nama penerima Ihsan Perdana, bertarikh 12 Disember, 2014.
Saksi mengesahkan cek tersebut telah ditunaikan.
Menurut saksi juga, cek lain AmIslamic yang ditunaikan termasuk:
* RM1 juta untuk Upko, bertarikh 13 Feb 2015
* RM103,000 untuk Ihsan Perdana, bertarikh 9 Mac 2015
* RM400,000 untuk pemegang amanah Rumah Penyayang Tun Abdul Razak, bertarikh 12 Feb 2015
* RM300,000 untuk Centre for Strategic Engagement Sdn Bhd, bertarikh 8 Feb 2015
* RM300,000 untuk Umno Johor Baru Umno, bertarikh 26 Feb 2015
* RM2.5 juta untuk Zulqarnain & Co, bertarikh 2 Feb 2015
Kesemua cek ini hasil dari pindahan wang ke akaun Najib.
Takkan ada hantu pocong mana buh dalam akaun dia secara tiba2? Dia pulak siap buat cek asing untuk beri pada mereka yg berkaitan dgnnya.
Itu pun malaun penjilat Najib tak boleh faham ka? Takkan bodoh teruk sangat?

Empat transaksi RM94.7J Ke Akaun Najib

Image may contain: 5 people, people standing and outdoor

GOLONGAN FANATIK UMNOPAS MEMOHON PERTOLONGAN ALLAH SWT LALU ALLAH SWT ZAHIRKAN PERTOLONGAN DENGAN TERBUKANYA RAHSIA EMPAT TRANSAKSI BERNILAI RM94.7 JUTA KEDALAM AKAUN NAJIB- MAHA SUCI DAN MAHA KUASA ALLAH SWT DALAM MENTADBIR DAN MENGURUSKAN URUSAN MANUSIA DI MUKA BUMI INI.

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, diberitahu bahawa terdapat kemungkinan berlaku transaksi perbankan membabitkan SRC International Sdn Bhd (SRC International) kepada syarikat Gandingan Mentari Sdn Bhd membabitkan wang berjumlah RM94.7 juta

Perkara itu dibangkitkan peguam Harvinderjit Singh yang mewakili bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika menyoal balas saksi kedua iaitu Pengurus Jabatan Perisikan Kewangan dan Penguatkuasaan Bank Negara Malaysia (BNM), Azizul Adzani Abdul Ghafar, 41.

Transaksi itu adalah dokumen tambahan yang dikemukakan Pengurus Ambank Cawangan Raja Chulan, R Uma Devi kepada Azizul (ketika itu Pegawai Penggeledah) ketika rampasan dibuat pada 6 Julai 2015.

Harvinderjit merujuk kepada empat transaksi yang berlaku antara Disember 2014 hingga 13 Februari 2015, masing-masing berjumlah RM40 juta, RM5 juta, RM39.7 juta dan RM10 juta.

Bagaimanapun, Azizul Adzani ketika ditanya mengatakan bahawa beliau tidak ingat sama ada ia adalah dokumen yang sama direkodkan ketika membuat rampasan.

Terdahulu, Azizul Adzani memberitahu mahkamah bahawa beliau tidak menerima sebarang arahan khusus bagi mendapatkan dokumen membabitkan enam akaun milik Najib dan SRC International.

“Saya diarahkan untuk mendapatkan dokumen berkaitan bagi setiap akaun yang diberikan pegawai penyiasat, Ahmad Farhan Shahrudin. Uma memberi dokumen yang diminta pada jam 11 pagi dan beliau turut memaklumkan ada beberapa dokumen tidak dapat diserahkan ketika itu.

“Saya menunggu di lobi selepas membuat rampasan pada sebelah pagi. Dokumen yang lain diperoleh pada jam 9.15 malam dan 9.30 malam selepas Uma melihat pasukan saya masih berada di lobi bank,” katanya.

Menjawab soalan Harvinderjit, Azizul Adzani berkata, pasukannya berada di lobi sehingga malam menunggu pasukan kedua selesai membuat siasatan di lokasi yang sama untuk pulang bersama.

Bagaimanapun, ketika ditanya sama ada beliau tahu berhubung siasatan yang dilakukan pasukan kedua, Azizul Adzani mengatakan tidak tahu.

Sementara itu, merujuk kepada akaun bank Najib, saksi kedua itu mengesahkan bahawa dua daripada empat akaun di Ambank itu sudah ditutup.

Menurutnya, selepas meneliti dokumen, beliau menyedari bahawa dua akaun itu masing-masing ditutup pada 30 Ogos 2013 dan 26 Ogos 2013.

Pendakwaan diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas dan dibantu Datuk V Sithambaram.

Pasukan pendakwaan lain termasuk Ishak Mohd Yusoff, Donald Joseph Franklin, Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi, Budiman Lutfi Mohamed, Sulaiman Kho Kheng Fuei, Mohd Ashrof Adrin Kamarul dan Muhammad Izzat Fauzan.

Najib turut diwakili Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah serta dibantu Farhan Read, Wan Aizuddin Wan Mohammed, Rahmat Hazlan, Muhammad Farhan Muhammad Shafee, Tiara Katrina Fuad, Nur Syahirah Hanapiah dan Zahria Eleena Redza.

Najib yang mengaku tidak bersalah berdepan tujuh tuduhan merangkumi kesalahan pecah amanah, menyalahgunakan kedudukan dan pengubahan wang haram.

Ia sebahagian daripada 42 tuduhan dihadapi Najib yang sudah enam kali dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan yang sama, tetapi membabitkan dana berbeza.

Najib didakwa pada 4 Julai tahun lalu atas tiga tuduhan pecah amanah serta satu tuduhan salah guna kuasa membabitkan dana SRC International berjumlah RM42 juta.

Pada 8 Ogos tahun lalu, Najib didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas tiga tuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah dan dari dana sama.

 

https://www.hmetro.com.my/utama/2019/04/445502/empat-transaksi-rm947j?fbclid=IwAR3lWPUn02kfkNNW4wr8qmWk0RcXsirIIqTNt3ovCIsTqg9ySKrTHpfXRqs

Kes SRC Najib: Transaksi RM40 juta dan RM5 juta dikesan – Pegawai BNM

Menurut pegawai penyiasat Bank Negara Azizul Adzani Abdul Ghafar, transaksi tersebut antara Disember 2014 hingga Februari 2015, yang mana semua dokumen ini diperolehi ketika serbuan yang dibuat pada 6 Julai 2015. - Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

Menurut pegawai penyiasat Bank Negara Azizul Adzani Abdul Ghafar, transaksi tersebut antara Disember 2014 hingga Februari 2015, yang mana semua dokumen ini diperolehi ketika serbuan yang dibuat pada 6 Julai 2015. – Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: : Pegawai penyiasat Bank Negara Azizul Adzani Abdul Ghafar memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini, antara dokumen yang diserahkan oleh kakitangan AmBank cawangan Jalan Raja Chulan adalah berkaitan transaksi dana berjumlah RM40 juta dan RM5 juta.

Katanya, transaksi tersebut antara Disember 2014 hingga Februari 2015, yang mana semua dokumen ini diperolehi ketika serbuan yang dibuat pada 6 Julai 2015.

Beliau berkata demikian ketika soal balas oleh peguam bela Datuk Seri Najib Razak, Harvinderjit Singh, di sini, pada Selasa.

Bagaimanapun, setakat ini tidak dapat dipastikan akaun mana yang membabitkan transaksi tersebut.

Prosiding perbicaraan yang memasuki hari ketiga membabitkan bekas Perdana Menteri hari ini sedang berlangsung dengan pihak pendakwaan menyoal balas Azizul mengenai penglibatannya dalam operasi geledah pada 6 Julai 2015 di AmBank cawangan Raja Chulan.

BACA: Buktikan yang Najib sedar wang itu dari sumber haram – Peguam Shafee Abdullah

Azizul memaklumkan serbuan di premis terbabit dijalankan sekitar jam 9 pagi sehingga jam 9 malam.

Prosiding dijalankan di depan hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali.

Ketika disoal mengenai kenapa operasi tersebut berlarutan sehingga malam, Azizul memaklumkan beliau hanya menunggu pasukan penyiasat lain menyelesaikan serbuan tersebut untuk pulang bersama.

Kata saksi kedua itu, beliau tidak tahu secara terperinci serbuan itu dijalankan di tingkat mana.

Dalam pada itu, Azizul mengakui bahawa tiga daripada empat akaun yang diperolehi ketika serbuan pada 6 Julai 2015 di Ambank, telah ditutup.

Kesemua akaun itu masing-masing ditutup pada 26 dan 30 Ogos 2013.

Pada prosiding semalam, Azizul memberitahu sebanyak lapan dokumen termasuk empat akaun Ambank milik Ahli Parlimen Pekan itu telah diambil dari AmBank cawangan Raja Chulan bagi tujuan siasatan oleh Bank Negara Malaysia (BNM).

Najib berdepan tiga pertuduhan pecah amanah, satu pertuduhan menyalahgunakan kedudukannya dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan dana SRC International.

Pendakwaan dijalankan mengikut Seksyen 23 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 yang boleh dihukum mengikut Seksyen 24 akta sama.

Jika sabit kesalahan, Najib boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan denda yang boleh sampai lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000 atau mana-mana yang lebih tinggi.

Pada prosiding bicara 3 April lalu, pihak pendakwaan memanggil seorang saksi untuk memberi keterangan.

Pada prosiding itu juga, kesemua tujuh pertuduhan ke atas Najib dibacakan semula dan beliau kekal mengaku tidak bersalah terhadap setiap pertuduhan dikenakan.

Perbicaraan bermula Isnin sehingga 10 Mei.

PENAFIAN:
Astro AWANI tidak bertanggungjawab terhadap pendapat yang diutarakan melalui artikel ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri. Terima kasih.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/kes-src-najib-transaksi-rm40-juta-dan-rm50-juta-dikesan-pegawai-bnm-204778?amp=1&__twitter_impression=true&fbclid=IwAR1oLH1qoJjLC0Y5JEmDhg9gAhBakMS-TE7YfFTln77RxBn2Ew2DFVSPr1A