MB PEJA : HARGA SEBUAH PENGKHIANATAN..

MB PEJA : HARGA SEBUAH PENGKHIANATAN..

Akhirnya hari ini Nasib MB Perak si Peja tumbang melalui Undi Percaya di dewan… Segalanya sudah diduga bila UMNO memiliki kuasa terbesar, iaitu Speaker.. Kejadian hari ini penuh hikmahnya sebagai satu pengajaran… Apa Pengajaran ?

2- Antara komen Peja, ” PH I Miss u..”… Mungkin Peja baru sedar selama ini di Perak dia keseorangan, Peja hanya satu satunya Adun Bersatu, dari 29 Adun.. 28 darinya adalah dari DAP, Amanah dan PKR.. Walaupun Bersatu hanya ada satu kerusi.. Tidak pernah ada Undi Percaya atau usaha menjatuhkan Peja…

3- Sebelum Kerajaan PH dijatuhkan.. Antara ungkapan dan alasan yg sering kita dengar, terutama kononnya Audio Aziz Bari, DAP akan menjatuhkan MB perak.. Lalu atas alasan itu dia bersama UMNO..sedangkan tidak pernah mana mana Adun PH buat Undi Percaya atau tidak Percaya.. Amanah dan Perjanjian betul betul dipegang…

4- Pengajaran kedua, UMNO tak boleh dipercayai… UMNO jauh lebih bijak dari Bersatu dan PN sebenarnya..Sebenarnya mereka hanya menunggu saat dan ketika.. Kuasa mereka sudah ada ditangan jauh lebih awal, Dimana kuasa Mereka ? jawapannya adalah Speaker..

5- Pengajaran ketiga.. Pemimpin Bahagian.. Pemimpin dibawah dikalangan UMNO, mereka akan tetap akan menentang UMNO.. Cuma depa bijak menantikan saat Dun atau parlimen di Bubarkan..Mereka akan bertanding di semua kerusi yang dipertandingkan PN.. dan jika bersama PAS..kerusi PAS juga akan ditandingi UMNO..

6- Itulah sebabnya Najib dan Zahid berusaha untuk mencari jalan agar Parlimen di bubarkan.. Sebab apa ? untuk selamatkan diri dari pintu Penjara…hari ini mereka tonjolkan mereka lah juara Rakyat terutama didalam isu KWSP… bukan niat mereka untuk menolong Rakyat.. Bila UMNO menang besar..itulah jalan sebenar depa mengatur segalanya..

7- UMNO masih belum menang.. Muhydiin tidak terlalu bodoh, Begitu juga Tun Mahathir.. Peja dikenali seorang pemuja Tun Mahathir..Pernah menjadi orang kanan Mukhriz di Kedah… Dan UMNO juga tidak bodoh.. Apa yang dilakukan Peja di Perak, akan jadi bahan ugutan UMNO…

8- Pengajaran ke empat.. Kita akan dapat lihat wajah sebenar PAS.. Apakah mereka mahu bersama UMNO atau PN.. sekarang ini ustaz2 sudah membuka Kitab bagi mencari dalil untuk menyokong UMNO..Sudah tentu PAS ada dalil besar sebab Dun dikuasai DAP…

9- Apapun Episodnya belum tamat.. Jika UMNO berkuasa.. Peja akan pasti akan diheret SPRM.. Sebab UMNO Perak ni lain sikit dia punya gelojoh sama seperti Pesidennya UMNO si Zahid.. Ianya bukan sejarah baru bagi Perak…

Kita masih ingat taktik dan tuduhan pada Paul Young sebelum kerajaan PH jatuh sebagaimana tuduhan LTTE sebelum Melaka jatuh… ?

Kita masih ingat bagaimana 2 Adun EXCO PKR diheret SPRM dan seorang Adun dikaitkan dengan tuduhan seks sebelum Kerajaan PR di Perak dan MB Nizar jatuh pada tahun 2009.. ? jadi ayahnda ayahnda dan abanglong semua dah boleh main peranan..dan disini kita akan faham akan Doa Doa Almarhum TG Nik Aziz kepada Zahid Hamidi dan Najib…

Disinilah kita akan lihat Kebijaksanaan PH berperanan.. Tetapi kita kena ingat, Di Perak Sultannya adalah seorang yang bijaksana.. InsyaAllah PH akan kembali sebagai kerajaan jika PH cukup sokongan.. 🙂

Ipohmali

Nazri Aziz cadang UMNO, Amanah dan PKR tubuh kerajaan di Perak

Nazri Aziz cadang UMNO, Amanah dan PKR tubuh kerajaan di Perak


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Rengas, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan sebuah kerajaan baharu ditubuhkan di Perak susulan Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu hilang sokongan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) negeri itu.Nazri juga mencadangkan agar UMNO bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi membentuk kerajaan baharu di negeri itu.“UMNO Perak perlu bekerjasama dengan Amanah dan PKR bagi membentuk kerajaan baharu yang diterajui UMNO.“Apa yang berlaku di DUN Perak hari ini, Amanah dan PKR telah bersama UMNO menolak usul percaya terhadap Menteri Besar. Bersatu dan Pas tidak bersama UMNO,” katanya kepada Astro AWANI ketika dihubungi.

LAPOR LANGSUNG: Undi Percaya DUN Perak – Faizal gagal peroleh sokongan majoriti

Bagaimanapun, Nazri menjelaskan, apa yang berlaku di Perak tidak akan menjejaskan kerajaan Pusat.“Ini hanya berlaku di Perak, tidak ada kena mengena dengan Pusat… tidak semestinya bila di Perak berubah kerajaan maka di Pusat juga akan berubah. Ini norma baharu,” katanya lagi.Ahmad Faizal yang juga ADUN Chenderiang dilantik sebagai Menteri Besar semasa Pakatan Harapan (PH) mengambil alih tampuk kepimpinan negeri dalam pilihan raya umum lalu.Selepas penjajaran semula politik tanah air yang menyaksikan PH ditumbangkan Februari lalu, Ahmad Faizal kekal menjadi Menteri Besar dengan sokongan BN dan Pas.Pada Jumaat, Ahmad Faizal kalah dalam undi percaya yang dibawa oleh wakil rakyat UMNO, menyebabkan Timbalan Presiden Bersatu itu hilang majoriti sebagai Menteri Besar.Hanya 10 daripada 59 ADUN menyokong usul itu berbanding 48 yang menolak sementara satu undi rosak atau berkecuali.

HIKAYAT KERAJAAN BANI MELAYU PERAK..

HIKAYAT KERAJAAN BANI MELAYU PERAK..

MB Perak Melayu(Bersatu).. Semua Exco Perak Melayu.. Speaker Melayu(UMNO)… Timbalan Speaker Melayu(PAS)… Setiausaha Kerajaan Negeri(SUK) Melayu.. Datuk Bandar Melayu..Ketua Polis Perak Melayu.. Mufti juga Melayu..Tidak ada seroang pun Exco Cina atau India, Apalagi DAP.. Maksudnya Kerajaan PN di Perak 100% kalangan bani Melayu Islam…

Tapi Malangnya, Biarpun Kerajaan 100% Melayu Islam.. Yang usul Jatuhkan MB Melayu.. Tetap Melayu.. Yang Jatuhkan Kerajaan 100% Melayu Islam adalah Melayu.. Yang Khianat MB Melayu adalah bani Melayu UMNO sendiri..

Jadi Apa guna Melayu Bersatu, Jika Melayu sama Melayu Kerajaan tetap Jatuh..Melayu menjatuhkan sesama Melayu..
Apa Manfaat Kerajaan 100% bani Melayu, Hatta Kerajaan tanpa Exco CIna dan India…. Kedai arak , Pusat hiburan dan Judi tetap wujud… Hak dan Tanah orang melayu tetap tergadai…Gunung Ganang habis licin tergadai kepada bukan Melayu..

Jadi Slogan Melayu Bersatu itu hanya retorik parti Melayu UMNO dan PAS..apakah Melayu Sudah Faham.. ?

Ipohmali

Dengan Berkat Fitnah Dapat Jadi Exco Perak Darul Ridhuan

Image may contain: one or more people and people sitting

Alhamdulillah..hasil berkat juang tiup api perkauman & hari2 meratib dap dapp dappp..akhirnya Man Kastam dikurnia jawatan exco kerajaan lobang atapppp..dapat laa gaji + elaon tuk cover balik rm200k yg kene bayar kat Nizar sebab memfitnahhh..kah3..

1 WAJAH PAS SEBENAR.

 

1 ULAMAK JAHAT SATU2 tipu1 AZAB PEMBOHONG

* Malang rakyat Perak..orang yang terbukti kaki fitnah di mahkamah..diberi amanah untuk mmimpin negeri..sedihhhh.!

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan