Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

UMNOPAS JANGAN JADI BATU API DALAM ISU PM KE-8 KERANA PERJANJIAN BERTULIS ADA- ANWAR IBRAHIM

Image may contain: 1 person, smiling, text

KUALA LUMPUR: Presiden PKR Anwar Ibrahim mendakwa ada perjanjian bertulis menyatakan beliau akan dilantik sebagai perdana menteri selepas Dr Mahathir Mohamad meletakkan jawatan.

Anwar berkata, perjanjian bertulis membabitkan peralihan kuasa itu bukan lagi perkara rahsia, sebaliknya turut diketahui dalam kalangan pemimpin Pakatan Harapan (PH).

Terdahulu, Anwar berkata pimpinan PH bersetuju tarikh untuk Mahathir menyerahkan kepimpinan tidak akan dimaklumkan kepada umum memandangkan ia dilihat akan menganggu tugas Mahathir sebagai perdana menteri.

Anwar berkata, Mahathir sendiri sudah memaklumkan kepadanya bahawa perdana menteri itu tidak suka apabila sering diajukan soalan oleh media dan pihak-pihak lain bila beliau akan meletakkan jawatannya.

“Itu yang dikatakan kepada saya, dan saya hargai tindakannya. Dia beritahu saya bahawa beliau sudah membuat janji dan akan memegang janji berkenaan.

“Dia tidak suka orang memaksa. Bilakah tarikh sebenar beliau akan meletakkan jawatan, beliau tidak mahu jadi pemimpin tidak berfungsi. Beliau mahu berkhidmat,” katanya.

“Apa yang saya ingin katakan adalah, isu ini sudah selesai. Saya tidak rasa ia tindakan adil buat Mahathir, juga kepada saya serta negara sekiranya rakyat terus melakukan spekulasi,” katanya.

-FMT

Mengenali Dato Seri Anwar Ibrahim

Image may contain: 4 people, people smiling, people standing

Mengenali Dato Seri Anwar Ibrahim.Bahagian I

1. Dato Seri Anwar Ibrahim lahir pada tanggal 10hb Ogost 1947 di Sungai Bakap,Nibong Tebal,Pulau Pinang.

2. Bapa Anwar Ibrahim ia itu Datuk Hj.Ibrahim Bin Abdul Rahman bekas pegawai Kesihatan,Ahli Parlimen Sebrang Perai Tengah,Pulau Pinang dan Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan Malaysia dizaman Tuanku Abdul Rahman.

Ibu Anwar Ibrahim Che Yan Bt Hussein adalah Wakli PEMIDATO bagi Pergerakan Wanita Umno Malaysia.

Anwar Ibrahim dibesarkan dikalangan keluarga yang taat dan mempraktikan ISLAM dengan ketat.

Orang yang bertanggungjawab mendidik dan melatih Anwar Ibrahim mengenai Islam adalah Datuknya ia itu Abdul Rahman.

Pada tahun 1978 Anwar Ibrahim berkhawin dengan Dr.Wan Azizah Wan Ismail seorang Doktor Mata,Graduan dari Royal College Of Surgeons,Dublin,Ireland.

Sehingga hari ini mereka dikurniakan 6 orang anak,Nurul Izzah,Nurul Nuha,,Muhammad Ehsan , nurul ilham, Nurul Iman dan nurul hana.

3. Pendidikan awal Sk.Sungai Bakap Sebrang Perai,Sk.Cherok Tokun dan Sk.Stowell Bukit Mertajam,Pulau Pinang.

Belajar di Indonesia,MTSN Kanigoro dan MAN KEDIRI II Kota Kediri,Jawa Barat Indonesia.

Anwar Ibrahim mendapat keputusan yang CEMERLANG di peringkat sekolah rendah dan akhirnya Anwar Ibrahim diterima masuk ke MCKK.

4. Sekolah Menengah Maktab Melayu Kuala Kangsar ( MCKK ) 1960-1966.

Semasa di MCKK Anwar adalah wakil Pemidato,Ketua Pelajar,Ketua Pengawas dan aktif dalam persatuan Bahasa Melayu.

5. Anwar Ibrahim memasuki University Malaya pada tahun 1967.

Ketika belajar di University Malaya Anwar aktif dalam gerakan mahasiswa diakhir tahun 1960an dan awal tahun 1970an.

Anwar menjadi presiden Persatuan Bahasa Melayu UM ( PBMUM ) 1968-1971.

Anwar menubuhkan dan menjadi Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Islam Malaysia ( PKPIM ) 1968-1971.

Anwar Ibrahim bersama Dr.Razali dan kawan-kawannya yang lain menubuhkan ANGKATAN BELIA ISLAM MALAYSIA ( ABIM ) pada tahun 1971.

Anwar Ibrahim menjadi Presiden ABIM pada tahun 1974.

Ketika Anwar Ibrahim menjadi Presiden ABIM, ABIM dianggotai oleh JEMAAH seramai 40,000 orang satu NGO yang kedua terbesar di Malaysia selepas pemuda Umno.

6. Anwar Ibrahim BERDEBAT dengan penganut fahaman Marxis dan Komunis.

Ketika Anwar belajar di University Malaya fahaman Marxis dan Komunis mulai menular dan meyusup ke kempus-kempus ketika itu, dengan kebijaksanaan Anwar yang mempunyai pengatahuan dalam hal agama Islam telah mematahkan hujah-hujah fahaman Marxis dan Komunis dengan cara BERDEBAT.

7. Berikut adalah soalan Majalah SARINA tahun 1976 kepada Anwar Ibrahim berhubung dengan ancaman Komunis.

Ancaman Komunis makin kuat sekarang ini.Bagai mana mematahkanya,pada pendapat saudara?.

Anwar Ibrahim,saya telah mengupas persoalan ini dalam perutusan Muktamar ABIM 1975.

Telah berulangkali disebut bahawa fahaman Komunis adalah REDUCTIO AD ABSURDUM,akibat terakhir dari kebudayaan barat yang sensate,mengganas,kebendaan sarta tanpa perhitungan nilai akhlak dan dari situ faham yang merupakan kemuncak pemberontakan manusia terhadap fitrah dan sifat semulajadi sendiri.

8. Berikut adalah pergerakan Anwar Ibrahim ketika aktif sebagai Mahasiswa di University Malaya.

1. Demonstrasi anti Amerika Syarikat – Hanoi – Haiphong ( Perang Vietnam ) 1968.

2. Demonstrasi Anti Russia – Penalukan Czehoslovakia 1968.

3. Demonstrasi Anti Tengku Abdul Rahman 1969.

4. Demonstrasi membantah pemecatan Abdul Rahman Yakub,Menteri Pelajaran 1970.

5. Demonstrasi Anti Penubuhan Akta University dan Kolej University ( AUKU ) pada tahun 1971.

6. Anwar Ibrahim menghalang ‘ Gerakan Fahaman Marxis dan Komunis ‘ yang mula menyusup dan menular ke Kampus-Kampus dengan cara BERDEBAT secara ‘ ILMIAH ‘ pada tahun 1971.

7. Memperjuangkan ‘ DASAR BAHASA MELAYU ‘ University Malaya 1970-1971.

8. Menyokong perjuangan minoriti ISLAM di Salatan Thailand dan melakukan demonstrasi menentang lawatan Perdana Menteri Thailand,Thanom Kittikachorn ke Malaysia tahun 1971.

9. Penantangan terhadap keganasan kerajaan Singapura yang dilakukan kepada 3 pemuda Malaysia ia itu seorang Melayu,seorang China dan seorang India pada tahun 1971.

10. Kegiatan membantah bantuan Amerika Syarikat terhadap Zionis Israel dalam keganasan dan perompakan yang dilakukan ke atas rakyat Palestins,perang Arab dan Israel 1973.

11. Mendesak kerajaan menubuhkan Bank Islam dan University Islam pada tahun 1974.

12. Demonstrasi mendesak kerajaan menolong petani-petani miskin di Baling pada tahun 1974.

9. Tawaran masuk UMNO dan tanding di Parlimen tahun1974 oleh Tun Razak.

Melihat sepak tarajang Anwar Ibrahim di dalam dan luar negara,Tun Razak mempelawa Anwar menyertai Umno dan bertanding di Parlimen pada tahun 1974.

Tun Razak juga tawarkan Anwar sebagai Ketua Pemuda Malaysia dalam badan Dunia ia itu ‘ The United Nations Council for Youth ‘ yang berpusat di Bengkok,tetapi Anwar menolak kerana tidak setuju dengan beberapa dasar kerajaan ketika itu.Bermakna Anwar tidak boleh dipujuk rayu dan tidak tamak pada jawatan dan pangkat.

Ketika Dato Mohd Asri Muda,memagang portfolio Menteri Pembangunan Luar Bandar Malaysia,menawarkan Anwar Ibrahim jawatan di Kementeriannya tetapi Anwar Ibrahim menolaknya.

10. Anwar Ibrahim ditahan dibawa ISA tahun 1974.

Peristiwa Baling Kedah pada tahun 1974 menyebabkan Anwar Ibrahim ditahan dibawa ISA pada 3 December 1974,adalah kerana perasaan kemanusiaan yang tidak rela melihat rakyat ‘ MISKIN dan DAIF ‘ yang terlepas pandang oleh kerajaan ketika itu.

Peristiwa tersebut menyemarakan lagi pengaruh Anwar Ibrahim dikalangan masyarakat,desakan membebaskan Anwar bukan sahaja datang dari Majlis Belia Malaysia ( MBM ),malah dari ABIM,Belia 4B,Persatuan Pelajar dan sebagainya.

Dan lebih menarik lagi usul Dewan Pemuda Pas dan juga Pergerakan Pemuda Umno semua mendesak agar Anwar Ibrahim dibebaskan.

11. Penubuhan Malaysian Islamic Study Group ( MISG ) Amerika Syarikat pada tahun 1976.

Anwar Ibrahim adalah penaung dan penasihat kepada penubuhan MISG ketika Anwar Ibrahim belajar di University of Wisconsin Madison, Amerika Syarikat pada tahun 1976.Presiden pertama MISG adalah Dr.Muhammad Nur Manuty.

Anwar Ibrahim dilantik menjadi ‘ AHLI LAMBAGA PENGARAH ‘ The International Islamic University Islamabad,Pakistan pada tahun 1976.

12. Penubuhan ‘ The International Institute of Islamic Thought ( IIIT )’ pada tahun 1981 sebuah pertubuhan Intelektual Islam.

Anwar Ibrahim bersama Dr.Ismail Farouki menubuhkan The International Institute of Islamic Thought ( IIIT ) ‘ pada tahun 1981 yang berpusat di Herdon,Virginia Amerika Syarikat.

Anwar Ibrahim adalah pengerusi The International Institute Of Islamic Thought ( IIIT ) sebuah pertubuhan Intelektual Islam diperingkat antarabangsa.

Abdul Rauf Hj Jainullah