Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Najib Menipu Seperti Hadi

Image may contain: one or more people and text

Penubuhan Bersatu bukan cadangan Kit Siang

ARAU 13 Julai – Ahli Majlis Pimpinan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Seri Mohd. Redzuan Yusof menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Datuk Seri Najib Tun Razak bahawa penubuhan Bersatu adalah hasil cadangan Penasihat DAP, Lim Kit Siang.

Sehubungan itu, Mohd. Redzuan mencabar bekas Perdana Menteri tersebut agar berhadapan dengan beliau bagi mendapat penerangan bagaimana Bersatu ditubuhkan.

Kata beliau, tindakan Najib yang meruntuhkan ekonomi negara menjadi antara sebab parti itu ditubuhkan dan ia langsung tidak ada kena mengena dengan Kit Siang.

“Sudah-sudahlah Najib dengan apa yang dilakukan terhadap rakyat dan negara.

Tidak perlu pusing cerita bangkitkan perkara yang langsung tidak benar.

“Ini satu lagi penipuan (Kit Siang cadangkan Bersatu ditubuhkan), kalau biasa menipu, asyik hendak menipu sahaja,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Seminar Didik Rakyat 2019 di sini, hari ini.

Sebelum ini laporan pendedahan Najib mengenai asal usul penubuhan Bersatu kononnya hasil cadangan Kit Siang.

Bekas Perdana Menteri itu mendedahkan perkara tersebut semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Pendang di sini malam tadi sekali gus sebagai reaksinya terhadap pelawaan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebelum ini yang mempelawa parti-parti politik Melayu menyertai Bersatu.

Dakwanya, cadangan Kit Siang itu dilontarkan dalam satu mesyuarat bersama Dr. Mahathir dan pemimpin-pemimpin lain sebelum tertubuhnya Bersatu yang kemudiannya menyertai Pakatan Harapan (PH) dalam pilihan raya lalu.