Kes salah laku dan pengkhianatan Muhyiddin Yasin memajakkan tanah seluas 21,600 hektar(53,374 ekar) kepada Singapura

1 PENCURI

Veteran Umno Johor juga bekas pegawai kanan polis , Datuk Mat Zain Ibrahim, melalui Akuan Bersumpahnya wajar dipuji.

Mendedahkan kes salah laku dan pengkhianatan Muhyiddin Yasin sewaktu menjadi Menteri Besar Johor, beliau tlh memajakkan tanah seluas 21,600 hektar(53,374 ekar) kepada Singapura pada tahun 1988. Ia digunakan untuk membina Empangan Linggiu bagi membekalkan air kepada Singapura. Siap pada tahun 1994, jadi wilayah ‘autonomi’ yang dikawal ketat. Kalau empangan setinggi 193 meter itu pecah, daerah Kota Tinggi akan tenggelam.

Apa yg dimaklumlan, Singapura membayar pampasan kepada Johor atas tanah tersebut bernilai RM320 juta selama 60 tahun. Status cukai tahunan atas tanah dan hasil jualan kayu balak yang dikatakan bernilai BILION RINGGIT tidak diketahui apa ceritanya.

Kenpa Johor perlu anugerahkan tanah yg begitu luas kepada Singapura, walhal loji Public Utilities Board Singapura(PUB) telah wujud puluhan tahun di Skudai, Tebrau, Ulu Choh dan Gunung Pulai?

siri2 pendedahan mengenai petualang dan penderhaka sebenar negara akan dibongkar dari masa ke semasa. Mereka inilah Bughah yang seharusnya diperangi. Mereka jual negara, tali barut asing(singapura) dan bertanggungjawab menjahanamkan negara sendiri!

http://terkinipost.blogspot.com/2016/02/muhyiddin-gadai-tanah-johor-veteran.html?m=1

#BarangYangLepasUsahDikenang