Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Kubur Adalah Permulaan Taman Syurga dan Kawah Neraka

No automatic alt text available.

Tazkirah 6 – Kubur: Permulaan Taman Syurga dan Kawah Neraka

HATI yang keras umpama karat yang melekat pada besi, jika karat itu nipis memadailah hanya digosok dengan kertas pasir untuk menanggalkannya. Sebagaimana dijelaskan dalam tulisan yang terdahulu, bahawa dengan menghadiri majlis ilmu, mendekati ulama dan juga menziarahi orang sakit atau orang mati, ia akan melembutkan hati. Kerana mendekati majlis ilmu bererti seseorang itu berusaha mengikis kejahilan, sementara mendampingi ulama pula bererti berusaha mendapatkan kunci ilmu, dan ziarah orang sakit atau orang mati itu akan mendatangkan kesan kesedaran di dalam jiwa.
Jika dengan tiga cara itu itu tidak juga mendatangkan sebarang kesan, ini bererti karat yang melekat di dalam hati itu sudah terlalu menebal. Karat yang sudah terlalu tebal tidak mungkin dapat dikikis hanya dengan menggosok sahaja, mungkin perlu diketuk dengan kuat ataupun terpaksa dibakar dengan kepanasan api yang tinggi. Hanya dengan cara demikian segala karat yang tebal itu akan dapat ditanggalkan.
Cara yang dianggap lebih berkesan untuk menanggalkan karat di hati ialah dengan ziarah kubur, ia dilakukan bagi memberi peluang untuk berfikir secara serius, bahawa di sebalik alam kubur itu terdapat banyak peristiwa suka duka yang bakal ditempuh oleh setiap insan. Hanya ada dua kemungkinan di alam barzah itu, sama ada ia menjadi tempat istirehat atau tempat bermulanya siksaan sebelum siksaan sebenar di dalam neraka kelak.
Jika mampu, lakukan ziarah kubur itu pada malam hari, kerana suasana malam yang kelam dan hening akan menerbitkan berbagai perasaan takut, ngeri dan insaf. Andainya berkunjung di waktu siang, sebaiknya lakukan seorang diri supaya dapat memberi tumpuan dan merenung terhadap persoalan alam kubur yang sering dilupakan oleh manusia.
Apabila melihat batu nisan yang tercacak di atas persada, renunglah betapa tubuh manusia yang bersemadi di dalam tanah, terbujur tanpa teman, walaupun semasa hayatnya dia dikelilingi isteri dan anak-anak serta jiran tetangga dan sahabat handai. Biar setinggi mana penghargaan dan kasih sayang mereka, namun paling akrab mereka mendampingi sekadar menghantar ke tanah perkuburan. Sebaik saja mayat diturunkan ke dalam liang, tanah mulai menimbus jasad yang sudah tidak bernyawa itu, akhirnya semua yang meratapi kepergiannya akan melangkah pulang dan tinggallah dia seorang diri di dalam kubur itu.
Rumah besar yang ditinggalkannya, di sana para waris berhimpun sedang berbincang untuk membahagikan harta pusaka yang ditinggalkan, kekayaan miliknya yang dihimpun sejak sekian lama, kini ia telah berpindah tangan.
Dia yang sedang terbujur di dalam kubur, adakah mendapat manfaat dari harta yang ditinggalkannya? Jika dia pernah membelanjakan hartanya untuk kebajikan, membantu usaha memperjuangkan agama Islam, bersedekah jariah umpamanya berwakaf untuk pembinaan masjid dan pusat-pusat pengajian, membantu jiran tetangga yang memerlukan serta fakir miskin dan seumpamanya, mudah-mudahan semua itu merupakan simpanan tetap di dalam bank akhirat, yang Insya Allah keuntungan dari simpanan tetap itu (jika ikhlas) akan mula di terima sejak saat pertama dia menjadi penghuni alam barzah itu.
Namun bagaimana pula nasibnya jika harta itu diperolehi dengan cara yang batal, seperti menipu, rasuah, riba dan seumpamanya. Ataupun dia hanyalah seorang penghimpun harta, yang semakin asyik dengan jumlah harta yang kian bertambah. Dalam keseronokan menghimpun harta, tanpa menggunakan kekayaan yang dianugerahi oleh Allah Taala untuk tujuan akhirat, sehingga ajal pun datang dengan tiba-tiba. Maka kubur tempat dia berada itu sama ada menjadi tempat istirehat atau tempat menerima azab, hanya Allah Taala Yang Maha Tahu.
Penghuni kubur hanya bergantung kepada ganjaran pahala dari amalaan yang ikhlas, tetapi juga berharap rahmat dari Allah Taala, kerana segala usaha ikhtiar sudah berakhir, yang ada hanyalah tiga perkara. Jika mereka memiliki tiga perkara itu, atau sebahagian darinya, maka dapatlah dia menaruh harapan. Pertama ialah sedekah jariah, kedua ilmu yang memberi manfaat dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan ibu bapanya.
Persoalan harta telah disentuh di atas, selain itu jika dia memiliki ilmu yang memberi manfaat, terutama ilmu yang mendekatkan manusia dengan Allah Taala dan telah mengajarnya kepada orang lain, ganjarannya akan terus diterima selama ilmu itu diamalkan. Dan yang akhirnya ialah jika dia mempunyai anak-anak yang soleh, antara sifat anak yang soleh itu sentiasa mendoakan orang tuanya, maka doa dari anak yang soleh itu akan menjadi saham yang akan mendatangkan faedah untuk dirinya ketika dia berada di alam kubur.
Persoalan yang timbul ialah apabila anak-anak tidak soleh, sebaliknya berakhlak buruk dan sentiasa dilanda krisis moral, tercebur dalam kegiatan mungkar serta abai terhadap suruhan agama. Pulang dari menghantar jenazah ibu atau bapanya ke kubur, sudah gaduh sesama sendiri soal harta pusaka.
Setelah menerima harta pusaka yang banyak, masing-masing berpoya-poya dengan orang yang diperolehi secara mudah. Dengan suasana begitu, apakah yang akan diperolehi oleh ibu bapa yang sudah bersemadi di dalam kubur. Sungguh malang bagi ibu bapa yang memiliki anak-anak yang tidak bermoral itu, bukan saja putus segala amalan dan usaha ikhtiar seorang anak Adam, tetapi telah terputus segala harapan apabila tidak memiliki tiga perkara itu.
Kita tidak tahu bagaimana nasib para penghuni kubur yang sedang diziarahi itu, kerana ia kelihatan tenang damai. Tidak siapa yang tahu kedudukan nasib para penghuni kubur itu, sekalipun sanak saudara datang menziarahi kubur mereka, terutama pada hari-hari tertentu seperti dipagi hari-raya.
Walaupun mereka datang dengan manabur bunga-bungaan dan menyiram air mawar, namun semua itu tidak dapat menolong orang yang sedang terbujur di dalam perut bumi. Harum bunga-bungaan tidak akan dihidu oleh si mati, dan air yang disiram di atas pusara tidak akan menghilangkan dahaga atau mendinginkan penghuni kubur itu.
Yang dapat menolong mereka ialah makhluk yang dihantar oleh Allah SWT ke dalam kubur itu, mereka ialah para malaikat. Tetapi para malaikat itu hanya akan patuh kepada perintah Allah SWT semasa-mata, jika Allah Taala menghendaki agar dicucuri rahmat-Nya, maka malaikat itupun menghantarkan rahmat tersebut kepada penghuni kubur itu. Sebaliknya jika malaikat itu diperintahkan agar menimpakan azab kepada si mati, maka sudah pasti azablah yang diterima.
Allah SWT akan membalas setimpal dengan amalan yang telah mereka lakukan, “Jaza-an bima kanu ya’malun”. Jika amalan yang dilakukan berupa kebajikan, maka balasannya ialah kebaikan, rahmat dan pengampunan, sebaliknya jika maksiat dan perbuatan keji yang menjadi amalan, maka balasannya setimpal dengan kejahatan yang dilakukan iaitu azab yang amat pedih.
Rasulullah s.a.w. memberitahu, sesungguhnya kubur adalah permulaan kepada taman syurga atau kawah azab neraka. Bagi orang yang mendapat rahmat dan pengampunan Allah, iaitu mereka yang sentiasa ingat akan Allah semasa hidupnya, dengan melakukan ketaatan, maka kubur baginya adalah lorong sebuah taman yang dipenuhi kenikmatan dan kerehatan. Tetapi bagi mereka yang melupakan Allah Taala semasa hidupnya, hingga dipenuhi kelalaian dan kemaksiatan, maka kubur baginya adalah permulaan lokap azab sebelum azab sebenar di dalam neraka.
Justeru itu ziarah kubur mempunyai tujuan-tujuan tertentu, pertamanya ialah untuk mencari keredhaan Allah, Islam telah menetapkan bahawa ziarah kubur itu adalah di antara perkara yang disunatkan. Kedua ialah untuk memperbaiki hati kerana ziarah kubur itu bererti mengingati mati, bagi orang yang sentiasa mengingati mati semestinya dia akan berusaha melakukan taat dan menjauhi maksiat. Dan ketiga ialah untuk mendatangkan manfaat kepada ahli kubur melalui bacaan al-Quran dan doa-doa yang ditujukan kepada mereka.
Walau bagaimanapun ziarah kubur mesti dengan beradab, antaranya ialah berpakaian serba putih seolah-olah kain kapan, jangan berjalan atau duduk rehat di dada kubur, kerana kubur bukan tempat rehat. Beri salam dengan ucapan “salamun ‘alaika”, jika tidak menjadi kepayahan eloklah tanggalkan kasut. Selain itu sekiranya membaca al-Quran atau doa, hendaklah duduk bertenggong dengan menghadap ke arah matahari terbit, dengan itu seolah-olah sedang berdepan wajah dengan penghuni kubur itu.

Beberapa Petanda Ketika Menghadapi Ajal

Image may contain: text

TIDAK siapa dikalangan manusia yang masih hidup mengetahui keadaan sebenar orang yang menghadapi kematian, kerana kematian itu hanya dirasai oleh orang yang mati sahaja. Orang yang dalam keadaan nazak tidak terdaya untuk menceritakan perihal kematian, apabila seseorang itu sudah mendekati ajalnya maka matilah dia. Setakat manakah sakit yang dirasai ketika nyawa ditarik keluar dari jasad oleh malaikat maut, hanya Allah Taala yang Mengetahui.
Walau bagaimanapun Nabi s.a.w. telah menceritakan melalui hadith-hadithnya, tentang hakikat sebenar kematian. Hanya Nabi s.a.w. sahajalah yang dapat menceritakan keadaan sebenar apa yang dirasai oleh orang yang sedang menghadapi kematian, kerana Baginda diberitahu melalui wahyu Allah SWT mengenainya. Nabi s.a.w. memberitahu tentang kesakitan yang dialami ketika dicabut nyawa itu seperti ditetak saratus kali dengan pedang yang tajam, atau seperti dikoyak kulit dari daging ketika hidup-hidup. demikian bandingan kesakitan mati.
Kematian bukan sekadar garis pemisah antara kehidupan di dunia dan alam barzah, tetapi juga sebagai garis penentu sama ada kehidupan mereka diakhiri dengan kebaikan (husnul khatimah) atau sebaliknya (su-ul khatimah). Jika dia mendapat rahmat Allah Taala, maka akan menjadi ahli kebajikan yang akan menerima kelapangan di dalam kubur, sehingga kubur menjadi tempat rehat yang nyaman. Tetapi jika dia berada dalam su-ul khatimah, maka akan menerima nasib malang di dalam kubur yang dipenuhi azab yang pedih.
Ada tanda-tanda bagi orang yang akan menjadi ahli kebajikan atau sebaliknya, sebagaimana yang diceritakan oleh seorang sahabat bernama Salman Al-Parisi, bahawa aku dengar Nabi s.a.w. bersabda yang maksudnya: “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu terdapat tiga perkara, pertama sekiranya berpeluh pada pelipis pipinya, kedua sekiranya air mata nampak berlenang, dan ketiganya sekiranya lubang hidung kelihatan kembang kempis, itu adalah tanda bahawa rahmat Allah sedang turun dan dirasai oleh orang yang hampir mati itu.”
“Sebaliknya jika orang mengeruh seperti orang tercekik, serta kelihatan air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya keluar buih, ini menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” Hadith tersebut dikeluarkan oleh Abdullah, Al-Hakim dan At-Tirmidzi.
Terdapat di kalangan orang mukmin yang telah menghampiri ajalnya, masih lagi terdapat baki-baki dosa yang belum sempat dia bertaubat kepada Allah SWT. Bagaimanapun apabila Allah Taala hendak menjadikan orang itu sebagai ahli kebajikan, maka ketika hampir ajalnya Allah SWT ampunkan segala baki dosa itu.
Oleh kerana kematian itu akan berlaku kepada jasad manusia secara beransur, bermula dari hujung kaki dan beransur ke paha, maka apabila Allah SWT turunkan rahmat kepadanya, ketika itu dia terlalu gembira kalau boleh dia hendak melonjak kegembiraan. Tetapi tidak terdaya kerana sebahagian jasadnya sudah mati, justeru itu kerana terlalu gembira maka berpeluh pada pelipis serta berlenang air matanya kerana terlalu gembira bercampur malu kerana dia masih mempunyai baki dosa yang belum sempat bertaubat, tetapi Allah telah mengampunkannya.
Bagi orang mukmin apabila berhadapan dengan Allah Taala dengan baki dosa yang belum sempat dia bertaubat, maka sifat malu itu timbul. Jika ketika hendak mati pun dia masih ada perasaan malu, maka sudah tentu dia lebih pemalu lagi ketika dia masih hidup dahulu untuk melakukan sesuatu dosa terhadap Allah Taala.
Rasulullah s.a.w. menjelaskan di dalam hadithnya bahawa malu itu adalah sebahagian dari kesempumaan iman, tetapi oleh kerana manusia itu mempunyai sifat lalai dan leka, oleh itu mereka ada jugs dosa-dosa yang tidak disengaja. Sebab itulah ketika hampir mati dia berpeluh dan kembang kempis hidung kerana malu kepada Allah Taala.
Orang-orang yang bertaraf Siddiqin dan solihin adalah orang-orang yang sangat tebal sifat malunya terhadap Allah Taala, dia amat malu melakukan walau sekecil-kecil dosa. Sebab itu janganlah menganggap bahawa rahmat Allah Taala itu hanya apabila seseorang itu diberi rezeki yang banyak harta yang melimpah ruah, kerana jika itu yang menjadi ukuran rahmat maka tiada bezanya dengan orang-orang kafir yang diberi oleh Allah SWT rezeki, yang kadangkala lebih banyak diterimanya berbanding dengan orang yang beriman.
Sebaliknya rahmat yang paling besar dikurniakan Allah Taala ialah apabila dia dikumiakan sifat malu, sehingga dia merasa malu melakukan dosa sama ada di tempat terang atau tempat tersembunyi, kerana dia yakin bahawa Allah Taala sentiasa memerhatikan perbuatannya. Kerana sifat malu inilah akhirnya Allah Taala kurniakan rahmat pengampunan terhadap baki dosa yang belum sempat dia bertaubat. Sesungguhnya orang yang tinggi keimanan dan budi luhurnya akan sentiasa malu terhadap Allah SWT.
Berlainan dengan orang kafir yang tidak tahu dosa pahala, tidak kenal syurga neraka. Apabila ajal tiba dia tidak akan malu kepada Allah Taala, kerana semasa hidupnya dia tidak tahu malu. Justeru itu apabila malaikat maut datang mengambil nyawanya, ketika itu gelap dan keruh wajahnya serta mengeruh seperti binatang disembelih. Itu tandanya permulaan azab yang diterima sebagai balasan dari dosa kekufuran.
Seorang sahabat Nabi s.a.w. bernama ‘Alqamah bin Abdullah berkata bahawa dia mendengar Rasulullah s.a.w. bersada yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin itu akan ditarik oleh Izrael dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan, sementara roh orang kafir itu direntap oleh malaikat maut dengan kasar bagaikan mencabut nyawa seekor khimar. Ada juga orang mukmin yang melakukan dosa, lalu Allah Taala timpakan kekasaran dan bala petaka sebelum daripada ajalnya, ini kerana Allah Taala hendak mengkafarah segala dosanya, supaya apabila rohnya keluar dari jasad maka segala dosanya telah dihapuskan.
Ada juga orang kafir yang telah melakukan kebajikan, (menderma dan membantu kepada golongan yang memerlukan, memberi khidmat kepada masyarakat dalam perkara yang diperlukan oleh orang ramai). Adakalanya apabila dia menghadapi ajalnya lalu Allah Taala permudahkan rohnya keluar dari jasad, dia mati dalam keadaan tenang. Yang demikian itu sebagai balasan dari kebajikan yang dilakukan, tetapi dia akan menerima balasannya dosa dan kekufurannya hanya di akhirat kelak iaitu di azab dalam api neraka.”
Justeru itu apabila seseorang melihat orang mukmin menghadapi kematian dengan kesukaran yang amat sangat, maka janganlah menaruh sangka buruk terhadapnya, kerana keadaan itu mungkin sebagai suatu kekasaran Allah Taala terhadapnya sebagai mengkafarah segala dosanya, supaya ,apabila dia mati berada dalam keadaan mendapat keampunan Allah SWT kerana dosanya sudah dikafarah.
Tetapi sekalipun orang kafir menghadapi kematian dengan tenang, maka ketenangan itu hanyalah balasan Allah SWT terhadap kebajikan yang pernah dilakukannya. Kerana Allah SWT telah menjanjikan bahawa setiap kebajikan akan dibalas setimpal dengan perbuatannya, oleh yang demikian Allah Taala balas dengan memudahkan rohnya keluar dari jasad. Sayangnya kebajikan itu tidak menjadi pahala kerana dia tidak beriman, oleh itu Allah Taala akan membalas dosa yang dilakukannya itu setimpal dengan kejahatannya di akhirat kelak, iaitu dengan balasan azab sesuai dengan kekufurannya.
Oleh yang demikian janganlah tersalah anggap dan buruk sangka apabila melihat orang menghadapi mati dengan kesukaran, boleh jadi dia akan menghadapi keadaan yang senang di akhirat. orang yang menghadapi kematian dengan mudah, boleh jadi dia akan berhadapan dengan hari akhirat yang penuh dengan penderitaan. Segala tanda-tanda kematian yang diperlihatkan oleh Allah SWT itu, hanyalah untuk menjadi iktibar dan peringatan kepada mereka yang masih hidup.

Jangan Optimis Meskipun Dalam Ketaatan  

Image may contain: text

DI ANTARA hasrat dan cita-cita orang-orang yang beriman itu tidak lain ialah untuk menjadi hamba Allah yang taat, melaksanakan segala kewajiban dan kefardhuan, agar menjadi orang yang soleh dan bertaqwa. Menghindari segala yang dilarang oleh Allah SWT, serta menghindari sifat-sifat yang keji, seperti yang diajar oleh Rasul s.a.w. dan brusaha mencari keredhaan Allah Taala berpandukan wahyu-Nya.

Bagaimanapun untuk mencapai hasrat dan cita-cita tersebut amatlah sukar bagi manusia yang lemah ini, meskipun seseorang itu telah mendapat hidayah sehingga pada zahirnya dia menjadi orang yang taat, namun Allah mempunyai kuasa mutlak untuk merubah keadaan itu menjadi sebaliknya, kerana kehendak Allah SWT tidak siapa yang dapat memaksa Dia. Meskipun manusia berusaha untuk berdiri teguh di atas keimanannya, namun ia terserah kepada kemahuan Allah SWT, dan natijah kepada segala perbuatan manusia itu sesungguhnya masih ghaib dan hanya di dalam ilmu Allah Azza wa-jalla.

Justeru itu tidak boleh bagi seseorang yang telah melakukan ketaatan kepada Allah Taala, merasa senang hati di atas segala qirbah atau usaha mendamping diri kepadaNya, melalui ibadahnya, seperti solat, puasa, zakat, haji, jihad dan sebagainya. Walaupun segala usaha ketaatan telah dilakukan sekuat tenaga sedaya mungkin, tetapi oleh kerana ibarat cerita masih di pertengahan, belum diketahui apakah kesudahannya, maka atas alasan apakah seseorang itu boleh merasa senang hati?

Sejak mula kejadian manusia lagi, apabila Allah menciptakan Adam dan mengumumkan untuk menjadi khalifah Allah di muka bumi, sedangkan sebelum itu makhluk ciptaan Allah bernama Iblis yang telah beribadah kepada Allah sepuluh ribu tahun, merasa sangsi di atas kewibawaan manusia untuk menjadi khalifah di bumi.

Kesangsian Iblis menyebabkan dia tidak bersedia untuk sujud kepada Adam sekalipun Allah SWT menyuruh golongan Iblis dan malaikat berbuat demikian. Iblis bukan saja enggan malah berdendam kepada Adam a.s. dan keturunannya, apabila Allah Taala melaknat Iblis di atas keangkuhannya. Iblis yang tersisih kerana keingkarannya dan ditakdirkan bakal menjadi penghuni neraka, mereka berazam untuk terus memusuhi keturunan Adam, agar dia tidak keseorangan di dalam neraka, tetapi turut ditemani oleh anak cucu Adam yang dapat dipengaruhinya.

Bertarung dengan musuh secara berdepan ada kalanya manusia tertewas, tidakkah manusia akan lebih sulit apabila bertarung dengan musuh yang tidak dapat dilihat? Iblis yang menubuhkan pasukan tenteranya akan terus-menerus mengatur serangan terhadap keturunan Adam, tanpa mengenal penat lelah, tanpa tidur tanpa rehat dan tanpa lalai. Dengan demikian manusia pasti terdedah dengan ancaman Iblis, sebahagian manusia sudah menjadi tawanan Iblis dikenali sebagai golongan kuffar.

Iblis sebagai makhluk yang tidak dapat dilihat dengan indera penglihatan, pasti lebih mudah menyusup ke dalam diri dan hati manusia. Sehingga kadang kala berjaya membentuk rekrud baru di kalangan manusia, yang akhirnya menjadi pendukung ideologi Iblis, serta memusuhi golongan orang yang beriman yang mendokong aqidah Yang benar dan bertauhidkan Allah Taala.

Di kalangan orang yang beriman pun kadangkala tentera Iblis berjaya menyusup, sehingga golongan beriman turut bertelagah sesama sendiri, kerana sebahagian dari mereka sudah termakan hasutan iblis. Yang selamat hanyalah golongan yang mendapat pertolongan dan taufik dari Allah, iaitu mereka yang digelar sebagai hamba Allah yang mukminin, solihin dan muttaqin.

Manusia yang hidup di muka bumi ini adalah khalifah dan tentera Allah, yang sedang berperang dan bertarung dengan musuh tradisi dari luar iaitu Iblis, serta disokong pula oleh musuh dalaman iaitu nafsu yang sering mengajak kepada kegiatan yang buruk.

Merasa amankah setiap orang yang sedang berperang? Sedangkan musuh terus-menerus menghujani berbagai jenis peluru yang dahsyat. Musuh tradisi itu menggunakan peluru hasad, peluru dengki, peluru tamak, peluru khianat, peluru takbur, peluru ujub, peluru riyak, peluru sum’ah dan berbagai-bagai lagi. Justeru tidak ada kawasan aman dan selamat sehingga manusia tidak mungkin dapat rehat.

Dalam suasana begini mana mungkin manusia merasa optimis untuk mencapai kemenangan yang total terhadap Iblis itu, justeru sikap optimis akan menjadikan manusia lalai dan tidak waspada malah tidak berusaha untuk mengatasi musuhnya.

Sekalipun sudah dimaklumi bahawa segala Yang makruf itu disukai Allah Taala, malah dijanjikan pahala bagi mereka yang melakukan ketaatan, tetapi janganlah merasa bangga dengan semua ketaatan yang telah dilakukan itu. Kerana walaupun demikian namun segala usaha itu ibarat seorang usahawan yang menggunakan modal orang lain.

Jika seseorang melakukan solat, dia menggunakan anggota tubuh yang dipinjamkan. Jika menunaikan haji, pasti menggunakan kemudahan rezeki yang didatangkan oleh Allah. Berdakwah dan mengadakan kuliah pengaiian, tidak lain hanyalah menyampaikan ilmu yang didatangkan oleh Allah Taala melalui rasul-Nya. Jika dia banyak menderma untuk kebajikan, tidak lain hanyalah ibarat memulangkan wang yang dipinjam. Sesungguhnya semua itu adalah pemberian dan kurnia Tuhan yang Mencurah kepada hamba-Nya, maka yang manakah yang datang dari diri manusia sendiri?

Oleh kerana manusia melakukan segala ketaatan kepada Allah, tidak lain mereka menggunakan semua kurnia dari Allah, maka tiada suatupun ketaatan amalan yang bersifat mendampingkan diri kepada Allah SWT itu dapat dibanggakan dan dimegahkan oleh manusia itu, ibarat orang yang bermegah dengan baju yang dipinjam dari orang lain. Jika manusia hendak berbangga dengan ketaatan sedikit sebanyak yang telah dilakukan itu, hanyalah ibarat orang yang bermegah dengan harta orang lain.

Walaupun manusia melakukan berbagai ketaatan yang melibatkan fikiran tenaga dan wang ringgit, namun tiada tempat bagi manusia untuk berbangga, kerana andainya Allah tidak menerima kesemua jenis kebajikan dan ketaatan yang kamu banggakan itu, nescaya ia menjadi kosong ibarat perut unta, kerana sebenarnya perut unta itu jika dibedah, ia hanya dipenuhi dengan najis tetapi kosong dari kebaikan.
Dengan demikian maka tidak ada yang dapat untuk menjadi cagaran bagi manusia di akhirat, kerana sesungguhnya dia telah datang kepada Tuannya dengan bekalan yang kosong.

Janganlah menjadi manusia yang bangga dengan bunga-bunga di pohon serta putik-putik buah di dahan, apabila datang hujan ribut yang memusnahkan bunga dan putik buah-buah itu musnah hingga tiada apa yang tinggal.

Bunga-bunga dan putik buah-buahan itu ibarat amalan kebajikan yang belum ditimpa malapetaka, kerana sesungguhnya malapetaka kepada amal ibadah seseorang itu ialah umpamanya tidak ikhlas beramal, dengki kepada orang, dosa yang dilakukan kepada orang lain lebih banyak dari kebajikan yang dilakukan. Apabila bunga-bunga dan buah amal itu dilanda ribut dan taufan dosa kerana tidak ikhlas, riyak, dengki dan lain-lain lagi, maka gugur bertaburanlah bunga serta buah-buah amal itu.

Justeru itu tidak ada masa untuk manusia itu merasa senang dan lapang dada sekalipun berbagai qirbah atau usaha ikhtiar telah dilakukan bagi mendekatkan diri kepada Allah Taala, namun ibarat putik yang belum membesar dan masak sehingga dapat dipetik hasilnya, maka apa yang perlu dilakukan ialah tidak lalai dari mengawasi perkara-perkara yang boleh menghancurkan kebajikan itu.

Seorang yang pulang ketika petang dengan keimanan dan rajin beramal, tetapi pastikah keadaan itu berkekalan hingga esok harinya? Segala kemungkinan boleh terjadi, mungkin ketika malam hari hatinya mendengar bisikan iblis lalu melakukan maksiat, maka matahari yang terbit di pagi itu menyambut dia sebagai seorang yang zalim, bukan lagi sebagai hamba yang soleh dan bertaqwa.

Tazkirah kematian oleh:
Yang Bersara Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Beberapa Perutusan Daripada Malaikat

No automatic alt text available.

 

Berikut adalah petikan kitab “Persiapan Menghadapi Maut Siri 1” yang disunting daripada tazkirah Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat

ANDAINYA seseorang berfikir secara mendalam, maka mereka akan mendapati bahawa ajal itu bukanlah datang secara mengejut. Kerana mati itu sebagaimana kejadian yang lain, sebelum ketibaannya, terlebih dahulu dida­tangkan kepada mereka beberapa perutusan atau alamat dan tanda-tandanya. Umpama hari hendak hujan sudah pasti sudah kelihatan mendung hitam yang berarak terlebih dahulu, kemudiannya gerimis dan akhirnya hujan lebat.
Demikian juga tentang kematian juga mempunya simbol­simbol, tetapi simbol perutusan itu bukanlah berupa malaikat yang datang memberitahu bahawa kematian anda semakin hampir. Sebaliknya perutusan itu suatu yang simbolik, hanya kepada mereka yang prihatin serta sentiasa mengingati mati sahaja yang menyedari kehadiran perutusan itu. Ini lantaran apa yang dimaksudkan perutusan awal itu hanyalah beberapa tanda atau alamat yang membawa isyarat bahawa kematian semakin meng­hampirinya.
Sebagaimana peristiwa qiamat, sebelum terjadinya hari qiamat yang sebenar, Allah SWT terlebih dahulu mendatangkan tanda-tanda atau alamat qiamat. Tanda-tanda tersebut banyak, dan ada yang dikatakan alamat qiamatkecil dan alamat qiamat besar.
Di antara alamat qiamat yang kecil seperti meluasnya perzinaan, hilang sifat malu dari para wanita, sehingga apabila berpakaian namun auratnya masih terdedah, anak­anak yang memperhambakan ibunya, wanita menjadi golongan majoriti, sehingga imbangannya satu lelaki bagi lima puluh wanita dan lain-lain lagi. Menekala alamat qiamat yang besar seperti tumnya dajjal, matahari terbit dari barat dan seumpamanya.
Demikian juga halnya dengan kematian itu, malaikat maut sudah menghantar beberapa perutusannya. la terdiri dari beberapa perubahan fizikal, misalnya tumbuh uban, pandangan mulai kabur kerana rabun, kulit yang mulai beransur lisut, sengal-sengal pada sendi dan sebagainya. Kemunculan segala tanda-tanda itu seolah-olah is telah membisikan bahawa malaikat maut berkirim salam bahawa dia akan berkunjung tidak lama lagi.
Ada orang yang segera mengambil ingatan dari tanda­tanda itu, tetapi tidak kurang juga yang mensia-siakan kedatangan perutusan halus dan simbolik tersebut. Malah ada juga yang berusaha menghilangkan tanda-tanda kedatangan perutusan malaikat maut, misalnya apabila muncul uban di kepala, mereka mencabutnya, ataupun jika uban semakin lebat mereka sapu dengan pewarna hitam agar kelihatan sentiasa muda.
Apa lagi jika mata mulai rabun, akan di atasi dengan mudah kerana teknologi sudah lama dapat membantunya. Sudah sekian lama muncul kepakaran manusia mencipta cermin mata dan kanta lekap, untuk mereka yang rabun dekat atau rabun jauh. Dengan meletakkan dua kanta yang bersesuaian di depan bola matanya, pasti lenyaplahpersoalan rabun.
Tidak berbangkit soal memakai cermin mata, justeru ia suatu keperluan, kerana tanpanya pasti akan menyulitkan untuk membaca, mata juga berperanan melakukan ibadah. Persoalannya ialah apabila seseorang terpaksa memerlukan bantuan cermin mata untuk melihat, sewajarnya mereka insaf dan menyedari hakikat bahawa rabun itu adalah suatu peringatan atau perutusan dari malaikat maut. Sebelum mata manusia tertutup untuk selamanya, maka rabun adalah ibarat tanda qiamat bagi mata.
Orang yang prihatin, kadang kala mereka melakukan sesuatu yang boleti menyedarkan dirinya. Seperti yang dianjurkan oleh Islam bahawa memakai tongkat itu disunatkan, bukan kerana terpaksa kerana sendi-sendi lutut sudah diserang sengal-sengal, tetapi pada tongkat itu terdapat suatu peringatan, meskipun kepada orang-orang muda yang masih gagah dan kuat.
Justeru dengan bertongkat akan mengingatkan dirinya sebagai hamba yang lemah, dan menjadi simbol bahawa manusia yang lemah itu pasti amat memerlukan perto­longan pihak lain. Hanya Allah Taala yang dapat menolong sebagaimana ucapan di dalam solar mereka yang berulang kali menyebut: “Hanya Engkaulah (ya Allah) tempat kami memohon pertolongan.”
Malaikat maut menghantar beberapa perutusan awal kepada manusia, agar manusia tidak merasa bahawa kematian itu datang secara mengejut tanpa isyart dan semboyan awal. jika tanpa peringatan dan perutusan awal mungkin manusia akan mendakwa bahawa dirinya telah teraniaya kerana mati datang secara mengejut menyebabkan mereka hilang peluang untuk melakukan sesuatu.
Sesungguhnya malaikat maut tidak sekadar menghantar perutusan, malah saban ketika menyeru manusia dan mengingatkan manusia bahawa dia akan datang setelaii beberapa perutusan dihantar terlebih dahulu. Malaikat maut menyeru manusia dengan seruan yang tidak didengar oleh telinga, ia diketahui oleh hati-hati yang sentiasa waspada, tetapi tidak fahami oleh hati yang keras. Kesemua semboyan itu hanya memberi faedah kepada hati manusia yang lembut yang sentiasa ingat kepada Allah Taala.
Seruan malaikat maut itu seolah-olah berbunyi: “Wahai manusia yang berusia empat puluh tahun, inilah masanya untuk kamu mencari bekal akhirat, kerana tubuh badanmu tengah kuat dan gagah, hati dan fikiranmu waras dan tidak nyanyuk.”
Manusia pada umur dua puluh hingga tiga puluh tidak begitu menghiraukan seruan, kerana mereka mungkin sedang mabuk muda remaja, namun kepada golongan remaja itu malaikat maut tetap mengingatkan mereka bahawa banyak buah-buah yang masih muda juga gugur. Lantaran itu pada usia empat puluh seruan malaikat maut mengingatkannya hampir setiap hari, sesuai dengan beberapa perutusan yang telah dihantar kepada mereka, tubuh badan mereka menjangkau dewasa, lazimnya dalam usia itu uban sudah muncul.
Kemudian malaikat maut menyeru pula kepada kelurga lima puluhan, dengan ingatan yang agak keras bahawa dia sudah bersedia untuk datang kepada manusia golongan 50an itu. Bersedialah untuk menyambut kedatangannya.
‘Apabila manusia sudah menjangkau umur enam puluh tetapi masih tidak ada kesedaran, usia yang sudah hampir senja tetapi masih terus melupakan mati, lupa balasan Allah, tidak insaf usia sudah tua tetapi masih berperangai seperti orang muda. Malaikat sudah menyediakan kertas soalan di dalam kubur, malangnya situa bangka itu terus leka dan tidak menyediakan jawaban kepada soalan yang sudah disiapkan oleh malaikat, pada hal di alam barzah tidak siapa yang akan menolongnya menyediakan jawaban.
Jika usia sudah dipenghujung sedangkan kesempatan yang tinggal hanya sedikit itu terus diabaikan, pada hal ketika itu jika dia minta tolong, pasti ada yang sudi mem­beri pertolongan, jika dia bertanya pasti ada yang membe­ritahunya, maka apakah yang akan menjadi harapan apabila dia sudah terbaring seorang diri di dalam kubur, atau ketika dia dibangkitkan di Padang Mahsyar, manusia semua sudah nafsi-nafsi, masing-masing membawa nasib diri.
Dia telah dikurniakan umur dan tempoh yang mena­sabah untuk membuat persiapan, orang lain tidak menga­baikan peluang tersebut, mereka merebutnya dan meman­faatkan masa yang terbatas untuk membuat persiapan, sehingga Allah Taala perkenan segala usaha mereka. Tetapi situa yang lalai walaupun umur di dunia dahulu sama panjang seperti mereka yang menjadi ahli syurga, tubuh sama kuat seperti mereka, tetapi mengapa dia menderita sengsara?
Tidak lain kerena mereka tidak ambil peringatan dari perutusan malaikat maut yang telah dihantar kepadanya, sehingga apabila malaikat maut datang mengambil nyawanya, ketika itu mulut mereka ternganga dan terkejut besar, tetapi malang baginya kerana segala-galanya sudah terlambat dan tidak dapat berbuat apa-apa lagi.
Abi Hurairah r.a berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Apabila Allah menangguhkan usia seseorang hingga enam puluh tahun, tetapi dia tidak menggunakan umur itu sebaik-baiknya maka Allah sekali-kali tidak akan memaafkan orang itu.”    (Riwayat at-Bukhari).
Justeru umur sebanyak enam puluh tahun itu sudah memada bagi manusia untuk melakukan sesuatu ketaatan dan amal soleh bagi persiapan menghadapi akhirat. Seolah­olah Allah SWT telah menangguhkan kematiannya ketika usia muda, dengan memberi peluang bagi manusia itu untuk memperbaiki keadaan dirinya, sehingga akhirnya usianya menjangkau enam puluh, maka jelaslah jika dia terus mengabaikan usia sebanyak itu, sesungguhnya manusia telah mengabaikan peluang keemasan yang diberikan kepada mereka.

Setiap Insan dilanda Gelombang Sakaratul Maut

Image may contain: text

MATI bukanlah sekadar perpisahan roh dari jasad, tetapi orang yang menghadapi maut juga menghadapi keadaan sakaratul maut. Perkataan ‘sakarah’ itu ertinya ialah mabuk, ini bererti bahawa sebelum nyawa keluar dari jasad, ia akan didahului dengan suatu keadaan seperti orang yang mabuk. Suatu keadaan yang sukar hendak dibayangkan, bagaimanakah sebenar sakarah atau mabuk menghadapi maut itu. Tiada sesiapa yang dapat menceritakan pengalamannya menghadapi sakaratul maut, kerana sakaratul maut itu sendiri bererti saat manusia diambang ajal.
Bayangkan keadaan seorang yang mabuk semasa menaiki kenderaan, sama ada kenderaan di jalan raya, atau kapal laut dan pesawat udara. Kepala terasa amat pening, diikuti tekak meloya sehingga isi perut melonjak-lonjak ke pangkal tekak, iaitu suatu keadaan yang amat tidak menyenangkan. Cecair masam berbaur dengan bau hanyir mengalir dari tekak kemudiannya disusuli tumpahan membuak-buak campuran air dan makanan basi keluar dari mulut. Orang yang menyaksikan turut merasa loya tekak dan kemungkinan muntah bersama.
Sekadar mabuk pelayaran itupun sudah cukup menyiksakan, hingga lenyap segala keselesaan. Tidak terdaya hendak bertutur sekalipun ada perkara penting hendak diucapkan, hilang selera makan meskipun sedang dalam kelaparan. Berbaring tidak selesa dan dudukpun tidak upaya, walhal bagi orang yang sering mabuk pelayaran akan merasa takut untuk menaiki kenderaan, padahal bagi kebanyakan orang memang suka berjalan jauh mengembara menuju sebarang destinasi.
Namun mabuk dalam pelayaran bukan bandingan yang sesuai untuk menyatakan tentang hakikat sakaratul maut, ia adalah suatu pengalaman yang bakal dilalui oleh setiap makhluk yang bernafas terutamanya manusia. Meskipun sakarah itu ertinya ialah mabuk, tetapi itu hanya pada bahasa sahaja, pada hakikatnya hanya Allah Taala dan rasul-Nya yang mengetahui.
Justeru itu `sakaratul maut’ adalah diibaratkan suatu gelombang mabuk menghadapi kematian yang tidak siapa mengetahui hakikat sebenarnya. Orang yang sedang menghadapi sakaratul maut tidak dapat hendak menceritakan pengalamannya, kerana dia sedang dilambung gelombang maut. Maka segala pengetahuan mengenainya hanyalah dari apa yang dikhabarkan oleh sabda Nabi s.a.w. dan juga firman Allah SWT. Sesungguhnya Dia yang menjadikan kehidupan dan juga menciptakan kematian, maka Tuhanlah yang Maha Tahu apakah sebenarnya sakaratul maut itu.
Firman Allah:
جَآءَتۡ سَكۡرَةُ ٱلۡمَوۡتِ بِٱلۡحَقِّ‌ۖ ذَٲلِكَ مَا كُنتَ مِنۡهُ تَحِيدُ
Yang bermaksud:
“Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya.”
(Surah Qaf ayat 19).
Gelombang atau mabuk menghadapi maut adalah antara perkara yang hak yang pasti dirasai oleh setiap yang bernyawa, meskipun orang yang engkar cuba lari daripadanya dan melupakan detik-detik sakarah, namun ia pasti menjelang dan tidak mungkin dapat dielakkan.
Dan firman-Nya lagi:
وَمَنۡ أَظۡلَمُ مِمَّنِ ٱفۡتَرَىٰ عَلَى ٱللَّهِ كَذِبًا أَوۡ قَالَ أُوحِىَ إِلَىَّ وَلَمۡ يُوحَ إِلَيۡهِ شَىۡءٌ۬ وَمَن قَالَ سَأُنزِلُ مِثۡلَ مَآ أَنزَلَ ٱللَّهُ‌ۗ وَلَوۡ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلظَّـٰلِمُونَ فِى غَمَرَٲتِ ٱلۡمَوۡتِ وَٱلۡمَلَـٰٓٮِٕكَةُ بَاسِطُوٓاْ أَيۡدِيهِمۡ أَخۡرِجُوٓاْ أَنفُسَڪُمُ‌ۖ ٱلۡيَوۡمَ تُجۡزَوۡنَ عَذَابَ ٱلۡهُونِ بِمَا كُنتُمۡ تَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ غَيۡرَ ٱلۡحَقِّ وَكُنتُمۡ عَنۡ ءَايَـٰتِهِۦ تَسۡتَكۡبِرُونَ
Yang bermaksud:
“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakaratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): Keluarkanlah nyawamu. Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (kerana) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya. “
(Surah al-An’am ayat 93).
Surah al-An’am ayat 93 itu menyatakan dengan sejelas-jelasnya keadaan sakaratul maut yang dihadapi oleh orang-orang yang zalim, mereka menerima keadaan sakarah dengan begitu dahsyat. Disebabkan para malaikat bukan sekadar mencabut nyawanya tanpa belas kasihan, tetapi juga para malaikat tersebut memukul dengan tangannya yang perkasa, yang besarnya tidak dapat dibayangkan kerana jisim para malaikt itu ketinggiannya hingga mencecah ke langit.
Kematian orang yang zalim itu di dahului oleh sakaratul maut yang tidak tertanggung oleh jasad dan roh manusia, lantaran itu terbit dari rengkung mereka suara mengeruh, melambangkan kesakitan yang tidak terperi. Wajah mereka menjadi hitam akibat azab yang ditimpakan oleh para malaikat.
Fiman Allah:
وَوُجُوهٌ۬ يَوۡمَٮِٕذِۭ بَاسِرَةٌ۬ ((24)تَظُنُّ أَن يُفۡعَلَ بِہَا فَاقِرَةٌ۬ ((25)كَلَّآ إِذَا بَلَغَتِ ٱلتَّرَاقِىَ ((26)) وَقِيلَ مَنۡۜ رَاقٍ۬ ((27)وَظَنَّ أَنَّهُ ٱلۡفِرَاقُ((28))
Yang bermaksud:
“Dan wajah-wajah (orang kafir) pada hari itu muram, mereka yakin babawa akan ditimpakan malapetaka yang amat dahsyat. Sekali-kali jangan. Apabila nafas (seseorang) telah (mendesak) sampai ke kerongkong, dan dikatakan (kepadanya): Siapakah yang dapat menyembuhkannya? Dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan dengan dunia. “
(Surah al-Qiyamah ayat 24 hingga 28).
Wajah orang-orang kafir itu menjadi muram pada saat dia menghadapi kematian, ketika itu mereka sudah meyakini bahawa dirinya akan ditimpa malapetaka yang amat dahsyat, iaitu menghadapi sakaratul maut serta pukulan-pukulan dari tangan para malaikat yang datang mencabut nyawanya itu.
Lantaran itu Allah SWT telah memberi amaran, sekiranya manusia dapat melihat hakikat sebenar tekanan sakaratul maut yang ditimpakan terhadap orang-orang yang zalim itu, maka alangkah dahsyatnya kesengsaraan gelombang maut. Tetapi mata lahir manusia tidak mampu melihat rahsia dan hakikat sakaratul maut, kecuali apabila ia melihat dengan mata hati melalui jendela keimanan serta keyakinan yang berteraskan ilmu berhubung alam ghaib itu, khususnya mengenai sakaratul maut.
Saidatina ‘Aisyah r.a meriwayatkan saat Nabi s.a.w. hampir kepada wafatnya, maka kata Saidatina ‘Aisyah: Bahawa aku telah mengambil satu bejana berisi air dan aku letakkan di sisi Rasulullah, aku menyapukan air dari bejana itu ke wajah Rasulullah. Pada ketika itu Nabi s.a.w. turut meletakkan tangannya ke dalam bejana berisi air dan menyapu sendiri wajahnya dengan tangan yang dibasahi air dari bejana itu. Maka Nabi pun bersabda: “La Ilaha IllaLlah, sesungguhnya bagi suatu kematian itu ada sakarahnya (mabuknya).”
Kemudian, kata Saidatina ‘Aisyah, aku turut membantu mengangkatkan tangan Nabi s.a.w. yang dibasahi air itu menyapukan ke arah wajahnya yang mulia, lalu Nabi s.a.w. bersabda lagi “Fi Rafiqil A’la (bersama rakan karib yang Maha Tinggi).
Kemudian Saidatina ‘Aisyah berkata: Setelah aku melihat saat menjelang wafat Nabi s.a.w. yang menghadapi sakarah, maka sekiranya ada orang yang menghadapi kematiannya dengan mudah maka aku tidak mengulas panjang, sedang Nabi sendiri menghadapi keadaan sakarah sehingga turut menyapu air ke wajahnya sendiri.” Hadis riwayat Al-Bukhari.
Hadis dari Sahih Bukhari ini menjelaskan bahawa Nabi saw yang menjadi kekasih Allah Taala, yang mensifatkan kematian yang sedang dihadapinya itu sebagai suatu pertemuan dengan kekasihnya yang Maha Agung (Allah SWT), namun Baginda tetap berhadapan dengan sakaratul maut, gelombang mabuk menghadapi maut. Oleh kerana itu Nabi s.a.w. membasahkan tangannya dan menyapukannya kepada wajahnya, seolah-olah Nabi s.a.w. ingin mendapatkan keselesaan sedikit dari keadaan tekanan gelombang kematian atau mabuk menghadapi maut.
Sekiranya ada orang yang menghadapi saat sakaratul maut dengan tenang dan mudah mungkin Allah Taala hendak membalas amal kebajikan yang dilakukan olehnya. Namun ketenangan yang dihadapi bukan bererti dia tidak menghadapi sakaratul maut, kerana Nabi s.a.w. yang menjadi kekasih Allah SWT juga tidak terkecuali dari menerima keadaan sakarah atau mabuk menghadapi mati, dengan demikian sudah pasti orang yang dilihat mati dalam keadaan tenang itu juga merasai sakarah.

Disaat Setiap Sendi Mengucapkan Selamat Tinggal

No automatic alt text available.

TIADA nasihat atau pengajaran yang paling berkesan bagi mengubati penyakit hati, selain dari berfikir dan merenung soal kematian, ia pasti menimbulkan kesan ke dalam hati manusia. Justeru itu sekiranya berlaku suatu kematian di kalangan kaum keluarga atau sahabat terdekat, nescaya suasana muram akan menyelubungi keluarga itu, semua turut bersedih sekalipun di kalangan mereka terdapat orang-orang yang keras hati.
Ini adalah bukti bahawa suatu kematian itu boleh merubah suasana hati, dari keadaan biasa kepada situasi sedih pilu dan sebagainya. Kepada orang yang cepat mengambil iktibar dari peristiwa kematian, serta mengingatinya dan menyimpannya di dalam hati dan fikiran, ia akan membibitkan kesedaran yang berpanjangan. Tetapi kepada golongan yang lalai, kesan sedih dan pilu itu hanya sejenak, kemudian ia lenyap. Ini bukan bererti kematian itu tidak mengetuk pintu hatinya, tetapi dia telah mensia-siakan kesempatan yang baik dan melepaskannya dengan percuma.
Islam menggalakkan menziarahi orang yang sedang sakit tenat, terutama ketika sedang berada dalam sakaratul maut. Dituntut agar mentalkinkan (mengajarnya) dengan kalimah “Lailahaillallah”, sekiranya dia masih boleh mendengar dan bertutur, semoga dia akan turut menyebut kalimah toyyibah itu. Mudah-mudahan akhir kalamnya ialah kalimah La-ilaha illalLah, supaya dia mendapat kesudahan hidup yang baik.
Mengiring jenazah ke tanah perkuburan merupakan perjalanan terakhir bagi jenazah di atas muka bumi ini, ia juga merupakan ucapan selamat jalan dari kaum keluarga dan sahabat handai dengan kesedihan dan rasa pilu. Ketika dia dimasukkan ke liang lahad, dan tanah diturunkan dengan perlahan menimbusi tubuh yang kaku. Pilu setiap hati orang yang memandangnya.
Sesungguhnya bukan sekadar orang-orang yang mengiringi jenazah yang merasa rawan dan hiba, tetapi sebenarnya setiap sendi anggota orang yang menghadapi kematian juga turut bersedih. Sebelum kematian berlaku dengan sempurna, sebenarnya kematian telah berlaku kepada setiap sendi secara beransur-ansur. Kematian bermula dari sendi kaki yang terkebawah, segala sendi saling mengucapkan selamat tinggal kepada sendi yang telah mati.
Sendi buku lali mengucapkan salam perpisahan kepada sendi telapak kaki dan jejari, diikuti pula oleh ucapan perpisahan dari sendi betis kepada sendi buku lali. Mereka mengucapkan salam perpisahan itu saolah-olah berkata: “Sesungguhnya kita sudah lama berada dalam suatu keluarga anggota, yang sentiasa saling bantu membantu antara satu lama lain, yang merasai bersama susah dan sedang. Tetapi sekarang, aku terpaksa mengucapkan selamat jalan kepadamu, kerana Allah SWT menghendaki perpisahan ini, semoga kita akan bertemu semula diakhirat kelak.” Sesungguhnya sendi-sendi itu berpisah dengan penuh kesedihan, tetapi tidak di sedari oleh sesiapapun (kecuali Allah yang Maha Mengetahu perkara yang ghaib).
Kesedihan dirasai oleh sendi-sendi kaki ketika hendak berlaku perpisahan, kerana sekiranya mereka dipertemukan di akhirat kelak, di sana ada tugas berat yang akan dipikul, seperti yang dijelas oleh firman Allah Taala:
Yang bermaksud:
“Pada hari ini (hari dihitung segala amal) Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi saksilah kaki mereka terhadap apa yang dahulu mereka lakukan.”
(Surah Yaasin ayat 65).
Sesungguhnya pertemuan sendi-sendi kaki dan juga sendi-sendi tangan di akhirat kelak, bukanlah pertemuan untuk menghilang rasa rindu setelah berpisah sekian lama. Sebaliknya pertemuan untuk memikul satu beban tanggungjawab, di mana tangan akan bertutur bagi pihak mulut yang sudah terkunci, dan kaki menjadi saksi di hadapan Allah terhadap kerja-kerja yang telah dilakukan di dunia dahulu.
Alangkah bertuahnya sekiranya sendi-sendi tangan akan bertutur dan kaki pula akan menjadi saksi kepada perbuatan yang baik, tetapi betapa malangnya jika tangan dan kaki terpaksa bertutur dan menjadi saksi di atas perbuatan jahat dan maksiat, maka alangkah malunya dia di hadapan Allah Taala.
Selepas seluruh sendi saling mengucapkan salam perpisahan antara satu sama lain, akhirnya sampai pula giliran roh dipaksa keluar meninggalkan jasad. Bagi menggambarkan keadaan tersebut, telah diriwayatkan bahawa Allah SWT telah bertanya kepada Nabi Ibrahim Khalilullah, apakah pendapatnya tentang berpisahnya roh dari jasad. Maka Nabi Ibrahim a.s. pun menyatakan bahawa ketika roh ditarik keluar, seakan-akan daging dan tulang -tulang terikut sama.
Seorang Khalilullah merasakan begitu dahsyat tentang perpisahan roh itu, sekalipun Allah Taala telah memberikan layanan yang paling lunak terhadap Khalil-Nya, namun ternyata Nabi Ibrahim masih merasakan kesengsaraan yang amat dahsyat kerana dia merasakan seolah-olah daging dan tulang terheret bersama roh yang terpaksa keluar meninggalkan jasad atas kehendak Allah Taala melalui tangan Izrael. Jika untuk Khalil-Nya (rakan seiring) pun demikian hebatnya, betapa jika untuk manusia biasa, Allah jua yang Maha Mengetahui.
Diriwayatkan juga ketika roh Nabi Musa a.s. diangkat ke langit, lalu ditanya oleh Allah SWT bagaimanakah keadaan ketika beliau menghadapi kematiannya. Lalu Nabi Musa menjelaskan, bahawa kematian yang dialaminya itu laksana seekor burung merpati yang dimasukkan ke dalam periuk yang panas, menggelepar kesana kemari namun kesemua sudut yang ditujunya terlalu panas dan amat sengsara.
Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda yang maksudnya: Sesungguhnya para malaikat bertugas menjaga orang yang menghadapi maut itu supaya dia tidak menggelapar dan lari kerana terlalu takut dan tersangat sakit.”
Selain itu diriwayatkan pula tentang malaikat maut Izrail ketika menghadapi saat sakaratul maut, maka ketika merasai sakit kerana roh ditarik keluar meninggalkan tubuhnya yang sasa, lalu berkata: “Sekiranya aku tahu betapa dahsyatnya sakit menghadapi mati itu, nescaya aku tidak terdaya hendak mencabut nyawa manusia.”
Seorang sahabat Nabi bernama Amru bin al-‘Ash ketika hampir akan mati lalu anak perempuannya bertanya kepadanya, bahawa ‘Amru pernah berkata bahawa dia berhasrat mencari orang yang dapat menceritakan pengalamannya menghadapi saat kematian. Tetapi pada hari itu ketika beliau sendiri terlalu hampir saat matinya, lalu anaknya meminta agar ‘Amru menceritakannya, supaya menjadi pengajaran pula buat anaknya.
Lalu ‘Amru bin al-‘Ash berkata: Sesungguhnya di saat hampir kematianku, terasa olehku bahawa seolah-olah aku terbaring di atas sekeping kayu yang keras, dan aku dapati bahawa baki nafasku yang keluar masuk itu terlalu sukar, seolah-olah nafas itu tidak keluar dari rongga hidungku, sebaliknya keluar dari lubang jarum yang sempit. Serta aku merasai kesakitan bagaikan terdapat ranting berduri di dalam tubuhku, di mana ranting berduri itu ditarik dari kaki hingga ke kepala dan diulang berkali-kali.
Kemudian Amru bin al-‘Ash pula sempat memberitahu anaknya malaikat yang bertugas mencabut nyawa itu tapak kakinya berada di bumi tetapi kepala berada di langit, ketinggiannya tidak dapat diukur lagi, sebaliknya setinggi mana langit, maka setinggi itu malaikat maut itu. Oleh sebab itu, malaikat maut itu melihat dunia bagaikan sebesar nyiru, dan malaikat tersebut meneliti setiap penghuninya tersangat mudah.
Selain itu malaikat maut itu sentiasa menjenguk setiap manusia sebanyak 360 kali dalam sehari, sehingga malaikat maut itu sangat arif dan mengenali setiap insan. Kerana terlalu kenal itu menyebabkan tidak pernah berlaku kesilapan, seperti hendak mencabut nyawa seseorang tetapi tercabut nyawa orang lain pula.
Sayangnya manusia tidak menyedari bahawa wajahnya sentiasa diintai oleh malaikat maut sebanyak 360 kali dalam sehari, bererti hampir setiap tiga minit malaikat maut menjengah wajah setiap penghuni dunia ini. Masing-masing menunggu giliran untuk menemui kematian. Mati yang sering dilupakan akan datang pada bila-bila masa.

oleh:
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat

Mengenali Tanda-tanda Su’ul Khatimah

No automatic alt text available.

MATI adalah berakhirnya segala usaha ikhtiar bagi manusia; dan mati sebagai penutup tirai bagi sesuatu kehidupan duniawi, tetapi mati juga menjadi penentu kepada kehidupan abadi selepasnya. Jika mati yang dilalui itu dengan husnul khatimah atau penyudah yang baik, maka insya Allah dia akan menjalani kehidupan berikutnya dengan aman dan bahagia serta menjadi ahli kebajikan. Sebaliknya jika berakhir dengan su-ul khatimah atau penyudah yang buruk, maka ia adalah pertanda buruk yang akan menimpa nasibnya di akhirat kelak. (A’uzu billahi min zalik).
Kehidupan yang dilalui oleh manusia ibarat susunan angka dalam Carta ilmu matematik, setiap susunan angka tidak memberikan kesimpulan, kecuali pada angka yana terakhir merupakan jawaban yang sebenar. Pada angka penyudah itulah akan diketahui sama ada jawaban itu betul atau salah.
Demikian juga dengan amalan manusia merupakan suatu perhitungan yang belum pasti apakah natijahny, Rasulullah s.a.w. menyatakan di dalam hadithnya, bahawa ada orang yang sentiasa melakukan amal seperti amalan ahli syurga tetapi apabila telah hampir kepada ajalnya, tiba-tiba dia telah melakukan perbuatan ahli neraka, lantas kesudahan hidupnya sebagai kesudahan yang malang iaitu su-ul khatimah.
Sebaliknya ada pula orang sepanjang hayatnya beramal seperti amalan ahli neraka, apabila telah hampir kepada Ajalnya, lalu dia berubah dan beramal sebagai amal ahli syurga, menyebabkan dia mati sebagai husnul khatimah. Berdasarkan kepada keterangan dari sabda Nabi s.a.w. itu menunjukan bahawa penyudah kepada kehidupan manusia itu akan menjadi penentu nasib kepada kesudahan hidup yang abadi iaitu di alam akhirat.
Sabda Nabi s.a.w. itu menjadi peringatan bahawa tidak boIeh seseorang itu terlalu optimis, sekalipun dia dalam amalan hariannya terbukti sebagai hamba Allah yang taat, mengerjakan segala suruhan Allah, dan meninggalkan apa jua yang dilarang oleh-Nya. Tetapi segala ketaatan itu beIum teruji, ibarat emas belum dikenal keasliannya sebelum dilebur dan dibakar dengan api.
Firman Allah SWT:
أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَأۡتِكُم مَّثَلُ ٱلَّذِينَ خَلَوۡاْ مِن قَبۡلِكُم‌ۖ  
Yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana haInya orang-orang yang terdahulu sebelum kamu…?”
(Surah al-Baqarah ayat 214).
Dan firman-Nya lagi:
أَمۡ حَسِبۡتُمۡ أَن تَدۡخُلُواْ ٱلۡجَنَّةَ وَلَمَّا يَعۡلَمِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ جَـٰهَدُواْ مِنكُمۡ وَيَعۡلَمَ ٱلصَّـٰبِرِينَ
Yang bermaksud:
“Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga, padahal belum nyata bagi Allah orang-orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang-orang yang sabar. “
(Surah Ali Imran ayat 142)
Walau sebanyak mana sekalipun ketaatan dan kebajikan yang dilakukan oleh seseorang, namun setelah Allah SWT datangkan berbagai ujian, barulah akan terbukti kedudukan seseorang itu di sisi Allah Taala sama ada dia seorang yang benar-benar beriman serta ikhlas dalam setiap amalannya.
Orang-orang yang terdahulu iaitu para rasul Allah telah didatangkan berbagai ujian, ada yang diuji dengan dibakar hidup-hidup oleh kaumnya yang menentang, ada yang digergaji kepalanya, dan kebanyakan para rasul Allah telah ditentang dan diperangi oleh umat mereka sendiri yang engkar, dilakukan berbagai kekejaman dengan pemulauan dan sekatan ekonomi sehingga kebuluran berbulan-bulan lamanya.
Keimanan dan ketaqwaan yang sebenar tidak akan tergugat dengan segala ujian kerana para rasul Allah merupakan orang-orang yang terpilih, segala cubaan dan ujian akan menyuburkan lagi keimanan terhadap Allah Taala sekiranya mereka sabar dan redha menghadapinya. Sebaliknya ujian akan menjelaskan lagi kekufuran seseorang jika mereka tidak sabar menghadapinya, sebab itu sebelum seseorang itu lulus ujian mereka tidak boleh berpuas hati dengan amalan yang telah dilakukan.
Justeru itu jika ujian Allah ditimpakan kepada orang awam, jika Allah SWT datangkan ujian kemiskinan atau kefakiran nescaya keimanannya akan goncang, kemungkinan hilang perhitungan apabila dihimpit oleh kehidupan yang mendesak. Andainya diuji dengan kesenangan, kekayaan dan kekuasaan, tidak mustahil mereka akan lupa daratn.
Bagi orang yang hidupnya sering melakukan keengkaran dan maksiat, kepada mereka bukanlah tempat untuk seseorang menuding jari, lalu menganggapnya bahawa dia sebagai ahli neraka. Kehidupannya belum berakhir, siapapun tidak tahu kesudahan nasib hidup seseorang, dan siapakah yang boleh menduga jika akhirnya dia bertaubat serta memperbaiki amalannya.
Bukankah Rasulullah s.a.w. telah menyatakan bahawa ada orang yang beramal sebagai ahli neraka, tetapi tiba-tiba Allah kehendaki dia menjadi orang yang insaf dan sedar di atas kelalaiannya, lantas dia bertaubat dan memperbaiki amalnya sebagai amal ahli syurga, akhirnya apabila ajal datang lalu mendapat rahmat dari Allah Taala dengan kesudahan hidupnya dengan husnul khatimah.
Justeru itu kehidupan ini bererti kesempatan, setiap kesempatan yang berlalu tidak mungkin dapat diraih kembali, segala kesempatan sewajarnya dihargai. Oleh kerana seseorang itu tidak tahu apakah kesudahan hidupnya, maka sayugia dia sentiasa mengamati diri, waspadalah andainya terdapat tanda-tanda tumbuhnya bibit-bibit su-ul khatimah dalam diri. Jika kiamat itu diketahui melalui tanda-tandanya, maka bagi orang yang sentiasa menghitung diri, mungkin akan merasai adanya tanda-tanda keburukan yang bakal menimpa diri.
Al-Qurtubi ketika mengulas persoalan tersebut di dalam kitabnya At-Tazkirah menyatakan, bahawa terdapat manusia yang melakukan kewajiban agama seperti solat, puasa, zakat, haji dan sebagainya hanya disebabkan oleh dorongan keadaan sekeling, melakukan solat disebabkan ahli masyarakat kesemuanya mendirikan solat, maka tidak elok jika dia tidak turut melakukannya, nanti menerima anggapan buruk dari orang ramai, oleh yang demikian solat itu dilakukan.
Demikian juga dengan puasa dan haji yang dilakukannya , sebagai suatu kelaziman bila datang bulan Ramadhan, sekalian orang Islam melakukannya, tak manis jika dia tidak turut sama. Ibadah haji pun begitu semua orang sekampung sudah menunaikannya, diapun ikut berbuat demikin disebabkan malu jika tidak turut menunaikannya. Walhasil diapun tahu bahawa hatinya tidak gembira dengan perintah agama itu. Jika demikianlah kedudukan ibadah itu, maka Al-Qurtubi menjelaskan bahawa berkemungkinan orang itu apabila dia menghadapi mati tidak dapat mengucapkan kalimah toyyibah.
Menurut Al-Qurtubi lagi, bahawa kalimah toyyibah yang diucapkan oleh seseorang ketika hampir mati itu sebenarnya adalah sesuatu yang datang dari hati, tetapi bagaimana hati dapat mendorong lidah untuk mengucap jika hatinya tidak pernah bersungguh-sungguh ketika melakukan kewajipan ibadah, tidak atas keyakinan dan kesedaran bahawa segala kewajiban itu adalah kerana keimanan terhadap rasul yang telah membawa ajaran dan syariat tersebut dari wahyu Allah.
Jika dia sebenarnya beriman dengan Allah dan rasul-Nya, sewajarnya dia menyedari bahawa di antara ibadah fardhu itu ada yang diterima sendiri tanpa melalui malaikat fibril, iaitu ketika Nabi s.a.w. dimikrajkan ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha, iaitu solat fardhu yang asalnya difardhukan sebanyak 50 waktu sehari semalam, yang akhirnya tinggal hanya lima waktu sahaja dengan rahmat Allah SWT. Semasa mikraj juga Nabi diperlihatkan syurga dan neraka, melihat dengan keadaan jaga nikmat kehidupan syurga dan azab api neraka.
Nabi yang maksum dan dijamin sebagai orang pertama yang berjaya menyeberangi titian dan sampai ke syurga, namun seperti yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah bahawa Nabi s.a.w. sentiasa mengucapkan doa yang bermaksud: “Ya Allah Yang Maha Berkuasa membalik-balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agama-Mu.”
Di dalam solat dia berdoa seperti itu, ketika berjalan atau ketika duduk-duduk, seringkali dia bermohon kepada Allah Taala agar ditetapkan hatinya ke atas agama Allah. Padahal walaupun baginda tidak berdoa demikian pasti hatinya sentiasa ditetapkan oleh Allah, kerana Nabi s.a.w. adalah Rasul-Nya dan kekasih-Nya, tiada yang dapat menghalang dari pertemuan dua kekasih itu.
Saidatina Aisyah bertanya kepada Nabi s.a.w.: “Apakah yang menyebabkan engkau sering berdoa demikian wahai Nabi Allah? Adakah kerana sangat gerun kepada Allah?” Lalu Nabi pun menjawab: “Apakah yang dapat memberi jaminan kepada hati aku wahai Aisyah, sedangkan hati manusia itu sentiasa berada dalam genggaman Allah Taala yang sentiasa membalik-balikkannya. Sedangkan Allah bersifat Al-Jabbar iaitu gagah perkasa, maka siapakah yang boleh menahan-Nya dari membalik-balikan hati seseorang?”

Oleh:
Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat

Perjalanan 5 Alam Yang Kita Tempuhi

Ayo siapin bekal... #alamakhiratitupasti #matiitupasti #perjalananmanusia #bekalakhirat #taubat #kesurgasekeluarga #ayongaji #bacaalquran #lebihbaik #endoftheworld #deathisnear #islam

⚠️⚠️⚠️️BACA CAPTION+LIHAT GAMBAR⚠️⚠️⚠️
⚫
1 HARI DI AKHIRAT = 1000 TAHUN DI DUNIA
⚫
MAMPUKAH KITA MEMBAYANGKAN BETAPA LAMANYA MELEWATI SEHARI DI AKHIRAT?
⚫
ITUPUN BELUM TERMASUK LAMANYA KITA MENUNGGU DIBANGKITKAN DARI ALAM KUBUR
⚫
LALU MASIH BELUM MAU PERCAYA BAHWA ADA SIKSA KUBUR DAN PEMBALASAN DI ALAM AKHIRAT?
⚫
BERSENANG - SENANGLAH DI DUNIA SEMAUNYA, SESUNGGGUHNYA MAUT BISA MENJEMPUT KAPANPUN
⚫
"Dan takutlah pada hari (ketika) kamu semua dikembalikan kepada Allah. Kemudian setiap orang diberi balasan yang sempurna sesuai dengan apa yang telah dilakukannya, dan mereka tidak dizalimi (dirugikan)." QS. Al-Baqarah (281)
.
🔁 @bimbingan_islam .
Follow ⤵️
@mahda_ump 
@mahda_ump 
@mahda_ump .
#perjalanan #perjalananmanusia #dunia #alamkubur #kiamat #harikebangkitan #padangmahsyar #safaat #hisab #akhirat #surgatauneraka #surga #neraka #surgatidakmurah #surgatidakmudah #nerakadunia #nerakaakhirat

#perjalananmanusia

Image result for 5 alam

#Doa
#Doamalam
#hamba
#mawasdiri
#Hamba
#perjalanan
#perjalananhidup
#perjalananmanusia
#Dosa
#Dosamanusia
#Dosahamba
#hati
#jiwatenang

alam barzakh 1

Image result for 5 alam

Photo

Pernahkah kita mengajukan pertanyaan kepada diri kita masing-masing, Dimanakah kita sebelum dilahirkan? Apa dan bagaimana kita selama di alam kandungan yang gulita itu? Bagaimanakah proses perjalanan yang melelahkan itu sehingga kita sampai ke dunia ini? Lantas apa tujuan kita hidup di dunia? Apa yang terjadi dengan umur kita yang semakin bertambah dan kian hari usia kita semakin berkurang? Setelah tutup usia, kemanakah kaki kita melangkah? Sekilas pertanyaan-pertanyaan tersebut terlihat biasa, namun pada hakikatnya sungguh luar biasa. Sebab semua pertanyaan tersebut menyangkut proses perjalanan manusia, dari alam roh hingga alam yang kekal nan abadi yakni akhirat. Saat ini kita berada di alam Dunia, namun pernahkah kita sejenak merenungkan ini . . . .?

Berikut kami ingin mencoba menyebutkan 5 macam alam yang akan kita lalui dalam proses kehidupan manusia, yang semoga sedikit penjelasan ini akan membuat kita muhasabah (evaluasi diri) yang insyaallah semakin mendekatkan kita pada sang Khaliq. Adapun 5 macam Alam itu, yaitu :

1.Alam ROH

Manusia terdiri dari 2 kepribadian, yaitu pribadi spirit/roh dan pribadi duniawi/jasad, oleh karena itu secara teoritis dia bisa hidup dalam dua alam, yaitu alam roh dan alam duniawi. Pada awalnya sebelum kita terlahir di Dunia yang penuh dengan kisah, cerita susah atau senang dimana dunia penuh dengan hiasan, godaan dan ujian bagi setiap manusia.

2.Alam RAHIM

Alam rahim adalah masa perpindahan sejak pertama dalam tulang sulbi para ayah dan rahim para ibu sebelum dilahirkan dimana masa kehidupan manusia sejak dalam tulang sulbi ayah dan rahim ibu sebelum dilahirkan. Ketika Allah SWT menciptakan Adam a.s. Dia menyimpankan zurriyat di tulang punggungnya yaitu kaum “ahli kanan” (ahlulyamin) dan kaum ahli kiri (ahlul-syimal). Allah SWT pernah mengeluarkan semua zurriyat ini dari tulang punggung Adam a.s. pada hari mitsaaq (hari pengambilan janji manusia untuk mengakui keesaan dan ketuhanan Allah SWT di Na’man, sebuah lembah yang dekat padang Arafah). Mengenai hal ini Allah swt berfirman dalam surah al-A’raf ayat 172:

Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu mengeluarkan keturunan anak-anak Adam dari sulbi mereka dan Allah mengambil kesaksian terhadap jiwa mereka (seraya berfirman): “Bukankah Aku ini Tuhanmu?” Mereka menjawab: “Benar (Engkau adalah Tuhan kami), kami menjadi saksi”. (Kami lakukan yang demikian itu) agar di hari kiamat kamu tidak mengatakan: “Sesungguhnya kami (anak-anak Adam) adalah orang-orang yang lengah terhadap ini (keesaan Tuhan)”.

Dalam surah Al-Mursalaat, juz keduapuluh sembilan, ayat 20 hingga 23 Allah Ta’ala berfirman.

Yang bermaksud: Bukankah kami telah menciptakan kamu dari air (benih) yang sedikit (hina) dipandang orang. Lalu Kami jadikan air (benih) itu pada tempat penetapan yang kukuh (rahim ibu). Serta Kami tentukan keadaanya, maka Kamilah sebaik-baik yang berkuasa menentukan dan melakukan tiap-tiap sesuatu.

Dalam surah Al-Mu’minun,juz kelapan belas ayat 12, 13 & 14, Allah Ta’ala berfirman.

Yang bermaksud : Dan sesungguhnya kami telah menciptakan manusia dari pati yang berasal dari tanah. (Pati yang berasal dari tanah, ialah pati makanan yang berasal dari tumbuh-tumbuhan dan tanaman yang tumbuh di bumi).Kemudian Kami jadikan pati itu setitis air benih (air mani), pada tempat penetapan yang kukuh. Kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa ketul daging, kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang, kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu Kami bentuk ia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya (keadaannya yang asal serta ditiupkan roh padanya). Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik baik Pencipta.

Dalam surah Al-‘Imran, juz ketiga ayat 6, Allah Ta’ala berfirman.

Yang bermaksud: Dia lah yang membentuk rupa kamu dalam rahim (ibu kamu) sebagaimana yang dikehendakiNya. Tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

3.Alam DUNIA

Alam Dunia adalah Masa kehidupan di dunia sejak dilahirkan dan diwafatkan oleh Allah SWT, dimana proses perpindahan dari Alam Rahim ke Alam Dunia bukanlah hal yang gampang. Selama sembilan bulan di alam rahim itu, janin tumbuh dan membentuk diri sehingga menjadi bentuk yang sempurna. Dengan izin Allah SWT kita terlahir ke dunia ini dengan perjuangan ibu yang melahirkan kita antara hidup dan mati. Al-Quran menyebut perjuangan itu dengan istilah “wahnan ‘ala wahnin” (kelemahan di atas kelemahan), saking sakitnya proses melahirkan itu. Hanya karena izin Allah SWT kita bisa selamat terlahir ke dunia hingga hidup seperti sekarang ini.

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari (sari) tanah. Kemudian Kami jadikan (sari tanah) itu air mani yang tersimpan dalam tempat yang kukuh (rahim). Lalu Kami jadikan air mani itu segumpal darah, lalu gumpalan darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan Kami jadikan gumpalan daging itu tulang belulang, lalu Kami lapisi tulang belulang itu dengan daging. Kemudian Kami bentuk ia jadi mahluk yang lain. Maha Suci Allah, sebaik-baik Pencipta.” (QS: Al-Mu’minun: 12-14.)

Di alam dunia ini kita juga melalui proses pertumbuhan dari tahun ke tahun. Ibnu Jauzi telah membagikan umur manusia pada lima masa:

1. Masa kanak-kanak; dari sejak dilahirkan hingga mencapai umur lima belas tahun.

2. Masa muda; dari umur limabelas tahun hingga umur tigapuluh lima tahun.

3. Masa dewasa; dari umur tigapuluh lima tahun hingga umur limapuluh tahun.

4. Masa tua; dari umur limapuluh tahun hingga umur tujuh puluh tahun.

5. Masa usia lanjut; dari umur tujuhpuluh tahun hingga akhir umur yang ditentukan oleh Allah SWT.

Pada tahap masa kanak-kanak berlaku masa keringanan dari Allah SWT yaitu belum adanya taklif (beban kewajiban) untuk mengerjakan solat dan puasa ataupun ibadah lainnya. Orang-orang yang sudah baligh atau sudah dewasa diwajibkan menyuruh mereka mengerjakannya karena kebaikan dan amal soleh dari anak yang belum baligh selain menjadi amal kebaikannya juga akan menjadi catatan pahala bagi ibu-bapanya selama kedua orang tuanya memperhatikan pendidikan dan pengasuhannya. Jika anak telah mencapai masa baligh dan telah sempurna akalnya maka ia telah menjadi mukallaf. Saat itulah segala kewajiban agama telah berlaku atas dirinya.

Pada tahap masa muda terjadi banyak perubahan baik fisik maupun non-fisik. Pada masa ini akan dipenuhi dengan semangat dan kekuatan serta memuncaknya vitalitas. Masa muda ini merupakan kesempatan untuk memperbanyak amal dan serta kebaikan. Namun kecenderungan yang terjadi adalah sebagian besar memanfaatkannya untuk pemuasan nafsu keduniaan. Dalam hal ini Rasullullah saw telah mengingatkan: “Rebutlah lima perkara sebelum terjadi lima perkara: Masa mudamu sebelum tiba masa tuamu, masa sehatmu sebelum tiba masa sakitmu, masa lapangmu sebelum tiba masa sibukmu, masa kayamu sebelum masa miskinmu dan masa hidupmu sebelum tiba masa ajalmu.” (HR. Al-Hakim, Baihaqi, Ibnu Abi’ddunia, Ibnul-Mubarrak). “Takkan bergeser kedua kaki manusia pada hari kiamat sampai selesai ditanya tentang empat perkara:

1. Tentang nya, untuk apa dihabiskan

2. Tentang masa mudanya, untuk apa dipergunakan

3. Tentang hartanya, dari mana diperoleh dan untuk apa dibelanjakan.

4. Tentang ilmunya, apa yang sudah diperbuat dengannya. (HR. Tirmidzi).

4.Alam BARZAH

Alam kubur disebut juga dengan alam Barzakh. Ketika manusia meninggal, mereka akan menempati alam ini sampai hari kiamat tiba. Alam barzah adalah suatu dunia lain yang dimasuki seseorang setelah meninggal dunia untuk menunggu datangnya kebangkitan kembali pada hari kiamat. Pada alam kubur akan datang malaikat mungkar dan nakir untuk memberikan pertanyaan seputar keimanan dan amal perbuatan kita. Jika kita beriman dan termasuk orang baik, maka di dalam kubur akan mendapatkan nikmat kubur yang sangat menyenangkan daripada nikmat duniawi, sedangkan sebaliknya bagi orang yang tidak beriman kepada Allah SWT, siksa kubur praneraka yang pedih sudah menanti di depan mata.

Alam Barzah adalah kurun waktu (periode) di antara saat kematian manusia di dunia ini dengan saat pembangkitan (dihidupkannya kembali) manusia di Hari Pembalasan. Kita tidak mengetahui apa yang terjadi di dalam periode ini. Namun demikian, kita dapat menyimak dari berbagai ayat didalam kitab suci Al-Qur-an dan Hadits Nabi Muhammad SAW mengenai periode ini. Sebagai contoh, Allah SWT berfirman dalam Surat Al-An’aam Ayat 93

“Jika saja kamu dapat melihat betapa dahsyatnya saat orang-orang zalim didalam sakaratul maut, Para malaikat memukul dengan tangan mereka (seraya berkata), “Keluarkanlah nyawamu! Di hari ini kamu akan dibalas dengan siksa yang menghinakan; karena perkataan-perkataanmu yang selama ini kamu ucapkan perihal Allah yang tidak benar, dan kamu selalu sombong terhadap petunjuk (ayat-ayat)-Nya.”

Jelaslah dari ayat ini bahwa manusia bisa mendapatkan hukuman diwaktu kematian mereka. Dan dalam sebuah hadits Asma bin Abu Bakar RA meriwayatkan bahwa pada suatu hari Nabi Muhammad SAW menasehati umat dan menjelaskan perihal siksa kubur. Ketika beliau menjelaskan hal ini, semua orang beriman mulai menangis dengan kerasnya, sehingga terciptalah suasana seperti berbaurnya beraneka-ragam ratap-tangis. (Bukhari)

5.Alam AKHIRAT

Alam akhirat adalah Masa kehidupan di alam yang kekal dalam kenikmatan syurga atau dalam kepedihan neraka. Seseorang tidak mungkin memiliki pengetahuan yang sempurna mengenai persoalan-persoalan yang belum ia alami atau belum mengetahuinya secara hudhuri, atau belum ia sentuh dengan indranya. Berangkat dari kenyataan ini, kita tidak dapat meyakini hakikat alam akhirat dan keadaan-keadaannya secara detail dan sempurna, kita juga tidak dapat menyingkap hakikat-hakikatnya. Meski begitu, kita bisa mengetahui sifat-sifat akhirat melalui akal atau wahyu. Adapun sarana untuk mengetahui sifat-sifat tersebut kita dapat mengenalnya melalui ciri-ciri dari alam akhirat, yaitu :

1. Alam akhirat bersifat kekal dan abadi

2. Alam akhirat merupakan wadah yang pasti untuk terealisasinya kenikmatan dan kasih sayang yang seutuhnya, tanpa ada kesusahan dan kelelahan di dalamnya, sehingga orang-orang yang telah mencapai tingkat kesempurnaan insaninya dapat menikmati kebahagiaan itu. Alam tersebut tidak dicemari oleh maksiat dan penyelewengan apapun. Berbeda dengan dunia yang di dalamnya kebahagiaan yang seutuhnya tidak mungkin terwujud. Yang hanya terwujd di dunia adalah kebahagiaan semu dan bercampur dengan berbagai kesulitan dan kesengsaraan.

3. Alam akhirat setidaknya meliputi dua bagian yang terpisah, yang pertama adalah rahmat, dan yang kedua adalah siksa, sehingga dapat dibedakan orang-orang yang baik dari orang-orang yang jahat, dan masing-masing mendapatkan balasan perbuatannya.Kedua bagian ini biasa dikenal dalam syariat dengan istilah surga dan neraka.

4. Alam akhirat itu luas sehingga bisa menampung pahala dan siksa bagi seluruh umat manusia atas segala apa yang mereka lakukan, berupa amal baik dan amal buruk. Misalnya, ketika seseorang melakukan pembunuhan atas jutaan manusia yang tidak bersalah, hukuman siksa terhadapnya semestinya bisa terjadi di alam itu. Begitu pula sebaliknya, jika seseorang menyelamatkan nyawa jutaan umat manusia, ia dapat menerima pahala setimpal yang terdapat di alam tersebut.

5. Alam akhirat itu merupakan tempat pembalasan, bukan tempat pembebanan tugas dan tanggung jawab.

http://pa-nurulislam.blogspot.com/2012/04/5-alam-dalam-proses-kehidupan-manusia.html

 

 

Suasana Alam Barzakh

Photo

Photo

Photo

Akhirat destinasi yang akhir buat manusia. Tapi malangnya dia telah dilupakan oleh manusia. Persediaan untuk ke sana diabaikan. Tempat persinggahan sementara ke Akhirat ialah kubur atau Alam Barzakh. Border di antara dunia dan Akhirat. Di sana ada peperiksaan…

Adapun peristiwa di alam kubur atau di alam barzakh bermula apabila seseorang itu telah mati dan kemudiannya dimasukkan ke dalam kubur. Di alam kubur itulah seseorang itu dikatakan berada di alam barzakh. Barzakh ialah dinding pemisah di antara dua alam yang akan dialami oleh setiap manusia iaitu di antara alam dunia dengan alam akhirat. Setelah seseorang itu mati, dia akan kembali ke alam akhirat tetapi sebelum menempuh alam akhirat, dia akan berada di alam barzakh terlebih dahulu. Alam akhirat yang sebenarnya ialah alam Mahsyar iaitu setelah berlaku kiamat yang seterusnya manusia akan menuju ke syurga atau ke neraka. Jadi, alam barzakh ialah tempat seseorang itu akan menunggu setelah dia mati sebelum dia dibangkitkan semula oleh Allah SWT di hari kiamat nanti.

Apabila seseorang itu mati, dia akan ditanamkan. Ada setengah-setengahnya dibakar, namun hakikamya adalah ditanam juga dan tetap menuju ke alam barzakh juga. Bagi umat Islam, setiap yang telah mati adalah ditanam. Begitu juga sebahagian dari orang-orang kafir. Dan apabila seorang itu telah ditanam atau dikebuminkan, mana-mana yang mempercayai talqin akan membacakan talqin ke atasnya tetapi mana-mana yang tidak mempercayai talqin, mereka yang menghantarkan seseorang yang telah mati itu ke kubur akan pulang, tidak kira sama ada dia suaminya atau anaknya atau isterinya atau siapa saja. Tidak ada siapa yang mahu menunggu lama-lama di atas kubur tadi. Maka akan tinggallah seseorang yang telah mati itu tadi berseorang diri di dalam kubur yang sempit lagi gelap gulita itu.

Menurut satu riwayat hadis Rasulullah SAW, kibaran pakaian orang-orang yang hidup di atas kubur ketika meninggalkan kubur si mati setelah upacara pengkebumian selesai, dapat didengar oleh mayat yang terkujur di dalam tanah itu. Dan setelah beberapa langkah mereka meninggalkan mayat orang yang telah dikebumikan tadi, Allah SWT meniupkan semula roh si mati tadi ke dalam jasadnya. Ketika itu, mayat tadi pun terkejut dan bingkas bangun. Ada satu riwayat dari Syeikh Ibnu Hajar Haitami, roh yang dikembalikan oleh Allah SWT kepada mayat itu hanya kepada sebahagian badannya saja iaitu dari punggung ke atas.

Kemudian, setelah roh ditiupkan semula oleh Allah SWT kepada si mayat, dia pun hidup semula. Ketika itu datanglah dua orang malaikat yang bernama Mungkar dan Nakir untuk menyoal si mayat tadi. Adapun Mungkar dan Nakir ini akan hadir kepada setiap yang mati sama ada dia mukmin atau kafir, sama ada mukmin yang ahli syurga atau pun mukmin yang derhaka, yang munafik, yang musyrik dan sebagainya. Dan Mungkar dan Nakir ini ialah dua orang malaikat yang tidak siapa pun pernah melihat rupanya, walaupun Rasulullah SAW. Dengan sebab itu, tidak siapa pun kenal dan tahu akan kedua malaikat ini. Sebab itulah mereka berdua dinamakan Mungkar dan Nakir. Walau bagaimana pun keadaan kedua orang malaikat ini dapat digambarkan juga oleh ulama-ulama yang jiwa mereka siici dan bersih yang mana mereka itu sentiasa dalam pimpinan Allah SWT. Walau pun kedua malaikat malaikat Mungkar dan Nakir tidak pernah dilihat oleh sesiapa pun, tidak seperti malaikat- malaikat lain umpamanya Jibril dan Mikail yang mana kedua mereka itu pernah dilihat oleh Rasulullah malah Jibril adalah yang selalu bertemu dengan Rasulullah sama ada dalam rupanya yang asal mahupun dalam rupa menyamar, namun ada riwayat-riwayat hadis yang menggambarkan keadaan Mungkar dan Nakir itu.

Di dalam satu riwayat hadis menceritakan bahawa muka Mungkar dan Nakir ini adalah amat hitam dan legam lagi kebiru-biruan. Mukanya itu adalah terlalu besar dan lebar. Selain dari itu, jasadnya juga adalah hitam legam serta kebiru-biruan. Mata Mungkar dan Nangkir ini adalah merah menyala seperti sebiji periuk tembaga. Di dalam satu riwayat lain, mata Mungkar dan Nakir itu dikatakan seperti kilat yang menyambar, bersinar-sinar lagi tajam. Begitu juga keadaan matanya hinggakan tidak ada siapa pun yang boleh menatap matanya itu.

Suara kedua malaikat itu adalah seperti guruh halilintar yang membelah langit malah lebih dahsyat dari itu lagi. Kemudian, apabila malaikat ini bersuara ketika menyoal si mati dari golongan orang-orang yang mukin tetapi derhaka kepada Allah seperti orang yang mengaku mukmin tetapi tidak sembahyang, tidak puasa, tidak bersedekah, tidak naik haji bila cukup syarat, tidak mahu menunaikan perintah-perintah Tuhan malah melakukan larangan-larangan Tuhan seperti minum arak, main judi, bergaul bebas, berzina, mendedah aurat dan lain-lainnya dan juga bersuara kepada orang-orang munafik, orang kafir serta orang-orang musyrik, keluar dai mulut kedua malaikal itu suatu api yang menyambar dan membakar mayat-mayat tadi.

Cuba kita bayangkan keadaan mayat yang keseorangan diri di dalam alam kubur atau alam barzakh tadi, tiada teman dan taulan, tiada sanak saudara, tiada pangkat dan darjat dan sebagainya. Semua itu sudah tinggal di dunia dan yang akan mengiring mayat ke dalam kubur hanyalah amal soleh yang akan menjadi pembela di dalam segala perbicaraan. Kalau ada amal soleh, maka akan terselamatlah kita di dalam persoalan-persoalan kedua malaikat tadi tetapi kalaulah amal tholeh saja yang mengiring atau amal jahat, maka akan musnahlah si mayat. Dalam keadaan demikian terpekik terlolonglah si mayat seorang diri, tidak ada siapa yang tahu dan tidak ada siapa yang mendengarnya.

Dalam kita membayangkan keadaan mayat di dalam kubur tadi, janganlah kita bayangkan keadaan seperti lubang kubur yang kita korek pada ketika hendak menanamkan mayat. Alam barzakh atau alam kubur, bukanlah seperti liang lahad yang kita korek untuk kita tanamkan si mayat. Ia adalah satu alam yang lain, yang terpisah dari alam nyata ini. Lubang kubur yang kita korek tadi hanya tempat kita hendak menyimpan mayat. Ia masih di alam nyata iaitu di muka bumi. Pendek
kata, kalau kita korek semula lubang kubur tadi, kita tetap dapat melihat mayat yang kita tanamkan, terbujur baring dengan dibaham oleh ulat-ulat dan cacing hingga seluruh tulang dan daging reput menjadi tanah. Oleh yang demikian, bukan itu yang sebenarnya berlaku kepada si mayat di alam kubur. Yang sebenarnya berlaku ialah, mereka sudah berpindah ke alam barzakh sambil menunggu hari Pembicaraan di padang Yaumal Mahsyar nanti. Jadi, di alam barzakh tempat setiap orang yang sudah mati itu menunggu itulah, mereka masing-masing akan bertemu dengan malaikat Mungkar dan Nakir yang keadaan mereka berdua itu seperti yang digambarkan di atas tadi. Seterusnya, di tangan mereka terdapat pemukul daripada besi atau cemeti besi yang mana pemukul mereka itu kalau digunakan untuk memukul bukit-bukit dan gunung di dunia ini, akan hancur luluh semuanya. Kalaulah gunung-ganang dan bukit bukau yang begitu kuat boleh hancur berderai, bayangkanlah pemukul yang sama itu digunakan kepada jasad si mati yang lemah longlai itu. Apakah daya upaya si mayat tadi untuk mempertahankan dirinya. Tidak ada daya upaya. Cemeti besi yang begitu dahsyat yang menurut satu riwayat lain, kalau berhimpun seluruh umat yang melontar Jumrah di Mina sekali pun cemeti itu tidak terdaya untuk dipikul, tetap akan menghempap ke jasad si mayat yang lemah dan kerdil tadi.

Cubalah kita bayangkan azabnya penderitaan si mayat bila dilibas oleh cemeti besi yang dibawa oleh Mungkar dan Nakir. Kalau kita mati dengan membawa amal tholeh, amal jahat, amal perbuatan yang sentiasa derhaka kepada Allah SWT, kita tidak akan dapat lepas daripada berhadapan dengan kedua malaikat Mungkar dan Nakir. Setiap mukallaf iaitu yang akil lagi baligh, kalau tidak melaksanakan segala suruhan Tuhan dan menjauhkan segala laranganNya, azab yang didatangkan oleh kedua Mungkar dan Nakir akan menimpa dirinya. Orang-orang yang derhaka kepada Allah SWT, tidak mengerjakan suruhanNya dan tidak menjauhkan laranganNya, dia tidak boleh menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh kedua malaikat tadi. Setiap persoalan yang tidak boleh dijawab, kedua malaikat tadi akan menjalankan penyeksaannya tanpa belas kasihan. Sekali pukul, akan hancur seluruh jasad si mayat dan sakitnya terasa hingga ke hati. Kemudian, jasad itu akan bercantum semula kerana di alam akhirat seseorang tidak akan mati lagi. Apabila bercantum semula jasad si mati, pemukul besi Mungkar dan Nakir akan melibas lagi ke dirinya. Dan begitulah seterusnya penyeksaan ini berlaku hingga ke hari kiamat iaitu ketika semua manusia dibangkitkan kembali oleh Allah SWT dengan tiupan sangkakala yang kedua. Sebab itulah, kita hendaklah memikirkan dan menghayati kebenaran ini dengan sungguh-sungguhnya hingga terasa gerun dan gentar untuk berhadapan dengan peristiwa di alam kubur kelak. Persoalan-persoalan yang dihadapkan oleh Mungkar dan Nakir kepada kita adalah merupakan persoalan Ketuhanan, Keimanan dan Keyakinan. Hal-hal yang demikian, termasuk yang kita pelajari ini, hendaklah kita fahami dan kita hayati sungguh-sungguh serta kita laksanakan di dalam kehidupan kita semasa kita boleh lagi menyedut udara Allah di dunia ini, semasa kita masih lagi boleh makan sup ayam, makan sate dan sebagainya. Kalau hala-hala yang bersangkutan dengan Ketuhanan dan Keimanan dapat kiga hayati dan kita amalkan sungguh-sungguh dan dapat menjadi pegangan dan keyakinan kita hingga di saat kita berhadapan dengan sakaiatul maut, kita akan terlepas dari azab Mungkar dan Nakir, walaupun kita akan berhadapan dengan keduanya, dengan menyaksikan tongkat besi mereka, suara mereka yang begitu hebat dan dahsyat dan sebagainya. Namun, kita tetap tenang tanpa takut dan gentar.

Malah bagi mukmin yang sejati, mukmin yang taat menjalankan setiap perintah Tuhan, mukmin yang ketika di dunia mengerjakan amal-amal soieh serta amal- amal yang akan dinilai Tuhan sebagai amal yang layak diberi ganjaran pahala, ketika kedua Mungkar dan Nangkir datang bertanyakan diri, mereka akan berkata-kata dengan suara yang lemah lembut walaupun rupanya begitu hebat dan gagah tadi. Walau pun rupa mereka begitu mengerikan, tetapi kerana mereka bersuara dengan lemah lembut, sedikit pun tidak mendatangkan gentar dan khuatir kepada mayat mukmin yang soleh tadi. Bila kedua Mungkir dan Nakir bertanya kepada mayat mukmin yang soleh tadi, setiap soalannya dapat dijawab. Semua persoalan yang di- kemukakan seperti yang kita dengar melalui pembacaan talqin seperti, “Siapa Tuhan kamu?” “Siapa penghulu kamu?” “Apa agama kamu?” “Siapa imam kamu?” dan sebagainya, semua itu dapat kita jawab dengan lancar dan dengan lidah yang fasih. Inilah yang berlaku kepada orang mukmin yang sejati.

Sebaliknya, orang mukmin yang derhaka, mukmin yang mati membawa amal-amal jahat, mukmin yang mati membawa hati yang kotor yang berselaput dengan sifat riak, sombong, takabur, hasad dengki, gila dunia, kedekut, bakhil, pemarah, pembengis dan lain-lain sifat keji, dia tidak akan dapat menjawab persoalan-persoalan yang walaupun nampaknya mudah saja. Persoalan seperti “Siapa Tuhan kamu?” tentu nampaknya mudah saja dijawab kerana mungkin di dunia kita telah menyebut nama Tuhan di dalam wirid zikir jutaan kali. Tetapi oleh kerana kita mati dengan ntembawa amal jahat, amal yang derhaka kepada Tuhan, amal yang dilarang dan diharamkan oleh Allah SWT sama ada yang Iahir mahupun yang batin, persoalan yang mudah seperti “Siapa Tuhan kamu?” tidak akan dapat dijawab. Allah SWT tidak mengizinkan orang-orang yang derhaka, ingkar dan mungkar menyebut namaNya ketika di akhirat nanti. Allah tidak akan mengizinkan orang yang mengaku dirinya Islam tetapi tidak taat kepada suruhan yang terkandung di dalam ajaran Islam menyebut namaNya ketika di akhirat nanti Allah akan kunci mati mulutnya.

Begitu juga. dia tidak akan dapat menjawab penanyaan. “Siapa penghulu kamu?” dengan mengatakan “Muhammad nabi aku” kerana di dunia dia tidak menjalankan disunnahkan oleh Rasul. Walaupun di dunia dia menyambut hari keputeraan Rasul, telah membaca sejarah Rasul dan sebagainya, tetapi kerana dia tidak ikut sunnah Rasul. tindak tanduknya setiap hari tidak sesuai dengan apa yang Rasul suruh dan apa yang Rasul larang, maka di akhirat nanti dia tidak boleh menyebut Muhammad itu pesuruh Allah nabi yang menjadi ikutan kita.

Begitu juga, orang mukmin yang derhaka kepada Allah, dia tidak boleh menjawab soaian “Siapa imam kamu?” Soalan ini nampaknya rnudah tetapi bukan mudah bagi mukmin yang derhaka kerana dia tidak faham maksud imam di sini. Imam yang dimaksudkan ialah Al Quran. Dia nanti tidak boleh menyebut Al Quran kerana di dunia dia hanya tahu apa itu Al Quran tetapi hidupnya tidak disuluh dengan Al Quran. Kehendak Al Quran tidak diikuti sepenuhnya. Boleh jadi kita ikul setengah darinya tetapi yang setengah lagi kita tidak ikut. Kerana ini, orang yang demikian tidak akan dapat menjawab “Al Quran itu imamku”. Malah orang yang demikian, Allah sebut di dalam Al Quran, maksudnya: Apakah kamu beriman dengan sebahagian daripada kitab (iaitu Al-Quran) dan kufur dengan sebahagian yang lain (iaitu engkar). Tidaklah ada balasannya bagi orang yang berbuat demikian melainkan hina hidupnya di dunia dan di akhirat dia akan dikembalikan kepada azab yang amat dahsyat. Allah tidak sekali-kali lalai daripada apa yang kamu buat”

Dan bagitu jugalah dengan soalan-soalan yang lain, walaupun nampaknya mudah tetapi bagi orang-orang yang durhaka kepada Allah, lidahnya kelu dan Allah kunci mati mulutnya hingga tidak boleh berkata apa-apa lagi. Mungkar dan nangkir akan mengazabnya dengan azab yang amat dahsyat.

Sebaliknya, bagi orang mukmin yang soleh, yang taat kepada perintah Allah dan Rasul yang mengatur setiap aspek kehidupannya mengikut Al-Quran dan Sunnah dari aspek yang sekecil-kecilnya hinggalah ke aspek yang sebesar-besamya, mereka-mereka ini dapat menjawab dengan mudah setiap soalan yang ditanya oleh Mungkar dan Nakir. Apabila semua soalan itu telah dijawab, maka malaikat Mungkar dan Nakir pun mempersilakan mayat tadi berehat di satu kawasan yang sangat luas. Kemudian malaikal pun berkala, “Tidurlah kamu di sini sebagai tidur pengantin”. Yang dimaksudkan ialah tidur yang penuh dengan keindahan dan keseronokan yang dinikmati di alam barzakh bagi orang mukmin soleh adalah lebih dari keindahan malam pengantin. Nikmat-nikmat kehidupan di dalam Syurga Allah hantarkan melalui malaikat-malaikat untuk mereka.

Bagi orang-orang munafik dan orang kafir serta mukmin yang derhaka pula, malaikat-malaikat Mungkar dan Nakir akan berkata dengan mereka dengan muka yang menggerunkan serta dengan suara yang kasar hingga si mayat terketar-ketar dan takut. Kehidupan mereka ini di alam barzakh sentiasa penuh dengan ketakutan yang tidak terhingga. Kepada siapa pun dia tidak boleh meminta pertolongan sama ada kepada sanak-saudara, sahabat handai ataupun kepada anak isteri. Masing-masing tidak boleh mendengar jerit-pekik si mayat tadi. Yang mendengar hanyalah binatang-binatang seperti ayam itik, kambing, lembu dan sebagainya.

Adapun azab dan derita yang diberikan kepada orang-orang kafir, orang munafik dan orang-orang mukmin yang derhaka akan berterusan hingga ke hari Qiamat. Cuma bagi orang mukmin yang derhaka kerana dia mati membawa iman, azab yang diterimanya sekali-sekala Allah rehatkan juga. Walaupun azabnya berlaku hingga ke hari Qiamat, tetapi ada ketika-ketikanya orang-orang mukmin yang derhaka itu direhatkan iaitu bila datang malam Jumaat dan bila datang bulan Ramadhan. Selain dari itu, mukmin yang derhaka ini akan juga mendapat keringanan azab apabila kaum keluarga atau sanak-saudara serta anak isteri di dunia yang masih hidup ingat kepada si mati dan mengirimkan doa serta sedekah jariah yang pahalanya dikasadkan atau disedekahkan kepada si mati. Malah, kalau kiriman yang sepenuhnya diperolehi oleh si mati daripada mereka-mereka yang masih hidup terutamanya dari anak-anak yang soleh, kemungkinan azab atau siksa yang diterima akan diberhentikan terus. Inilah peluang yang diberikan oleh Allah SWT kepada orang-orang yang mati sebelum hari Qiamat iaitu peluang untuk mereka singgah dan berihat di alam barzakh di samping boleh menerima kiriman-kiriman pahala dari mereka-mereka yang masih hidup terutamanya dari waris-waris si mati.

Doa, wirid zikir, baca Al Quran, sedekah tahlil, Yasin dan sebagainya, kecuali amal-amal yang fardhu, semuanya itu boleh dikirimkan kepada mereka-mereka yang telah mati lebih dahulu dengan mengkasadkan atau meniatkan pahalanya disedekahkan kepada mereka. Mereka akan dilonggarkan daripada azab yang diterima dan kalau pahala yang sepenuh diterima, boleh jadi azab yang diterima itu dihentikan langsung. Jadi, sebagai anak atau sebagai isteri atau sebagai suami yang sanak saudara masing-masing telah kembali ke alam barzakh terlebih dahulu, eloklah meniatkan amal-amal bakti yang bukan fardhu agar pahalanya disedekahkan kepada mereka. Malah bukan saja kita sedekahkan pahalanya kepada sanak saudara kita yang lelah meninggal lebih dahulu, kita juga meniatkan sedekahnya kepada seluruh orang mukmin lelaki dan perempuan.

Sebenarnya, dengan kita mengkasadkan atau meniatkan pahala amal soleh kita kepada orang-orang mukimun yang telah mati lebih dahulu, kita masih lagi mendapat pahalanya. Janganlah kita khuatirkan yang kalau kita sedekahkan pahala amal kita itu kepada sanak saudara serta seluruh orang mukmin yang telah mati, kita tidak mendapal apa-apa pahala lagi. Sebenar, kita tetap juga menerima pahalanya disamping kita dinilai oleh Allah sebagai orang yang tidak kedekut dengan pahala dan kedekut dengan amal. Kita boleh bersikap tamakkan pahala atau mengaut sebanyak pahala yang boleh tetapi kita tidak boleh kedekut dengannya. Hendaklah kita dedahkan kepada siapa saja yang sudah mati sama ada mereka orang soleh ataupun orang yang derhaka.

Seterusnya, selain dari siksa-siksa yang diterima oleh seseorang yang telah mati dalam keadaan derhaka kepada Allah SWT seperti yang kita sebutkan tadi, ada lagi siksa-siksa yang berbagai-bagai jenis yang juga akan diterima oleh si mati. Di antaranya ialah sepertimana kata Rasulullah di dalam sebuah hadisnya yang diriwayatkan oleh Abi Said AL Qudri, katanya, “Aku dengar Rasulullah SAW bersabda, (maksudnya). Terjemahan : Allah SWT telah mengirimkan kepada orang-orang kafir (termasuk juga orang-orang munafik dan orang mukmin derhaka) 99 ekor ular yang besar-besar dan ular-ular itu akan menggigit dan mengetit dengan amat bisanya ke atas mayat itu hingga ke hari Qiamat. Jika sesekor dari ular itu datang ke atas muka bumi lalu menghembuskan nafasnya yang bisa itu ke muka bumi ini, nescaya tidak ada satupun yang akan tumbuh di muka bumi ini.

Begitulah dahsyatnya siksa yang akan diterima oleh orang-orang munafik, orang-orang kafir serta orang-orang mukmin yang derhaka ketika berada di alam kubur. Bukan saja ular-ular itu besar dan meng- gerunkan, malah ia akan mengetit dan menggigit dengan gigitan yang berbisa sekali. Diibaratkan bahawa kalau hembusan nafasnya yang bisa itu ditiup ke muka bumi, nescaya tidak ada satu tumbuhan pun yang dapat hidup di muka bumi ini.

Lagi satu siksa yang diterima oleh mayat yang derhaka kepada Allah di dalam kubur ialah siksa himpitan kubur. Kubur yang sempit itu akan menghimpit mayat hingga berselisih tulang-tulang rusuk. Kubur akan menghimpit si mayat apabila dia tidak dapat menjawab soalan- soalan yang ditanya oleh malaikat Mungkar dan Nakir. Selain dari itu, azab yang akan diterima oleh si mayat di alam kubur ialah azab yang didatangkan oleh malaikat ketika salah satu dari pintu neraka dibukakan. Api dari pintu neraka itu akan menyembur dan menuju ke alam bareah tempat mayat itu disiksa. Jadi, di alam barzakh lagi, manusia sudah menerima sebahagian kecil daripada azab api neraka. Sepertimana yang telah kita sebutkan, bagi orang-orang mukmin yang sejati atau orang-orang mukmin yang soleh, dia terlepas dari sebarang siksa kubur hatta malaikat Mungkar dan Nakir yang begitu ganas dan garang pun menjadi lemah lembut dengan mereka. Bagi mereka, alam barzakh ialah tempat mereka berehat dengan penuh keindahan dan kenikmatan. Allah datangkan untuk mereka nikmat-nikmat yang banyak sepertimana nikmat di dalam Syurga. Setengah daripada nikmat untuk mereka ialah Allah perluaskan kubur mereka hingga 70 hasta lebar. Dan kemudian Allah panjangkan kubur itu sehingga 70 hasta panjang. Maka berehatlah si mayat di dalam rumahnya yang begitu lebar dan luas sehingga ke hari qiamat.

Setelah Allah perluas dan Allah perpanjangkan kubur orang soleh, Allah bukakan salah satu daripada pintu Syurga. Maka mengalirlah sebahagian daripada nikmat Syurga termasuk makanan yang ]azat-lazat, rasa keseronokan dan keindahan yang tidak terkira dan lain-lain nikmat Syurga. Cuma ulama-ulama tidak pernah menyebut tentang nikmat bidadari Syurga bagi mereka yang berehat di alam barzakh. Begitu juga, di alam barzakh tidak ada pelayan-pelayan sepertimana yang terdapat di dalam Syurga. Ertinya, di alam barzakh, masing-masing adalah bersendiri sahaja. Walau pun bersendirian, tetapi dia masih seronok dan gembira. Hidupnya di alam barzakh penuh bergemerlapan, diterangi oleh cahaya-cahaya dan suasana Syurga. Cahaya yang meneranginya di alam kubur adalah dari lampur yang cantik dan mdah, memberikan dia rasa yang nyaman tidak panas dan tidak juga sejuk.

Kemudian Allah datangkan kepadanya salah satu daripada pohon syurga. Maka adalah baginya buah-buahan yang lazat-lazat di samping ada air yang mengalir. Yang demikian, kata ulamak, jadilah suasana di alam barzakh bagi orang-orang mukmin yang soleh seperti suasana malam bulan pumama setiap saat dan ketika sehinggalah dia dihimpunkan di padang Yauma Mahsyar kelak.

Demikianlah serba sedikit gambaran terhadap peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada manusia di alam barzakh atau di dalam kubur sama ada yang telah berlaku iaitu bagi mereka-mereka yang telah mati lebih dahulu dari kita ataupun yang akan berlaku ke atas kita-kita semua apabila kita mati kelak. Dan pada masa ini, peristiwa-peristiwa itu sedang menimpa mereka-mereka yang berada di alam barzakh. Khususnya bagi orang-orang munafik dan orang-orang kafir, mereka ini sedang menerima siksa dan az.ab yang tidak henti-hentinya.

Begitu juga bagi bagi orang-orang mukmin yang derhaka, irigkar dan mungkar terhadap perintah-perintah Allah yang ketika di dunia dulu mengakui Islam tidak mahu hidup menurut yang dikehendaki oleh Islam tetapi sebaliknya lebih suka hidup menurut cara-cara yang lain dari Islam seperti cara orang Yahudi, cara orang Nasrani, cara orang barat, cara orang timur dan sebagainya, maka bagi mereka ini juga kini sedang menerima azab siksa kubur yang keadaannya adalah seperti azab di dalam neraka Allah.

Cuma, bagi orang mukmin yang sebenar-benarnya iaitu orang mukmin yang taat mengerjakan perintah Allah, membuat perkara yang disuruh sama ada yang fardhu mahupun yang sunat dan meninggalkan perkara yang dilarang dan yang diharamkan oleh Allah SWT, sama ada yang haram ataupun mereka yang makruh, bagi mereka ini alam barzakh ataupun alam kubur adalah tempat mereka berehat dan tempat mereka menenangkan hati. Kini mereka sedang menikmati sebahagian daripada nikmat-nikmat Syurga yang Allah anugerahkan kepada mereka.

Kita yang masih hidup ini hendaklah menjadikan cerita-cerita yang diriwayatkan dari hadis-hadis sahih Rasulullah SAW ini mengenai peristiwa alam kubur sebagai satu pengajaran yang wajib kita pegang dan kita yakini supaya kita dapat mengatur langkah-langkah yang wajar bagi mengelakkan diri kita daripada siksa dan azab di alam barzakh. Caranya ialah dengan benar-benar menyusun dan mengatur setiap aspek kehidupan ini mengikut yang dikehendaki oleh ajaran Islam, ajaran Allah dan Rasul serta ajaran Al Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Sama ada dalam kita mengatur diri kita, dalam kita mengatur rumah-tangga kita, dalam kita mengatur anak isteri kita,”dalam kita mengatur usaha ikhtiar kita, dalam kita mencari rezki, mencari ilmu pengetahuan dan lain-lainnya, semuanya itu hendaklah mengikut yang dikehendaki oleh Al Quran dan sunnah. Setiap aspek kehidupan kita itu mestilah menurut ajaran Islam, barulah kita akan terselamat di akhirat nanti.

Kemudian, satu peristiwa lagi yang berlaku kepada semua manusia di alam barzakh ialah ketika telah tamat riwayat alam zahir ini ataupun alam dunia ini. Ketika itu, Allah akan perintahkan kepada malaikat bernama Israfil untuk meniup Sangkakala yang pertama yang akan mematikan seluruh isi langit dan isi bumi dengan kematian yang amat mengejut. Datangnya tiupan Sangkakala yang pertama mi amat menakutkan setiap yang masih hidup hingga ke saat itu kerana bunyinya yang amat dahsyat yang tidak pemah didengar oleh setiap makhluk selama itu. Tidak satu pun makhluk yang bernyawa dapat terselamat. Semuanya akan mati termasuklah iblis dan syaitan yang sentiasa mengajak dan menarik manusia melakukan maksiat.

Jadi, riwayat iblis yang engkar dan derhaka kepada Allah SWT, yang bersumpah untuk memusnahkan manusia dan meminta agar dipanjangkan umurnya, berakhir dcngan tiupan Sangkakala yang pertama ini. Riwayat kejahalan iblis sepertimana yang kita ketahui bermula dari nenek moyang kila Nabi Adam AS dan isterinya Siti Hawa. Iblis dapat masuk ke dalam Syurga dan menghasut isteri Nabi Adam melakukan satu kesalahan hingga menyebabkan mercka disingkir keluar dari Syurga ke alam dunia yang hina dina ini. Perbuatan iblis telah menyebabkan Nabi Adam dan isterinya terpisah selama lebih kurang 40 tahun di atas bumi yang tandus dan gersang sehinggalah mereka bertemua kembali di Padang Aralah. Cuma, apa yang berlaku kepada Nabi Adam dan isterinya adalah hikmah besar kepada umat-umat yang akan terjadi sclepas dari itu. Perlakuan Nabi Adam dan isterinya yang bertemua di Padang Arafah telah menjadi syariat kepada setiap umat Islam selepas itu supaya berhimpun di Padang Arafah pada hari 9 zulhijjah.

Daripada penipuan iblis buat pertama kali yang berlaku kepada Nabi Adam dan isterinya itu, seterusnya berlakulah penipuan-penipuan yang lain kepada umat manusia hinggalah ke saat tiupan Sangkakala yang pertama tadi. Telah ramailah manusia yang tertipu dan terjebak ke dalam perangkap jahat iblis dan syaitan. Terlalu ramailah manusia yang berjaya ditipu dan dihasut oleh iblis serta anak-anak buahnya yang begitu ramai sekali. Buktinya, lebih dari 3/ 4 umat manusia adalah yang kafir, yang munafik dan yang derhaka kepada Allah SWT kerana telah berjaya dipesongkan akidah mereka oleh iblis dan syaitan. Jadi, iblis dan syaitan begitu panjang sekali umurnya yang hidup di kalangan umat manusia. Ketika hidupnya, setiap manusia telah dihasut dan digoda hingga jatuh ke dalam perangkapnya. Hatta isteri para Rasul dan para Nabi yang kemudian dari Nabi Adam pun, banyak yang tertipu daya oleh iblis dan syaitan. Malah isteri Rasulullah pun, cemas-cemas juga terperangkap dengan hasutan iblis dan syaitan. Sebab itulah, isteri-isteri kita hendaklah berhati-hati kerana hasutan iblis dan syaitan adalah terlalu halus dan bijak. Kalau isteri Rasul-rasul pun boleh terperangkap, apa lagilah dcngan isteri-isteri kila yang imannya lemah dan longgar. Mudah sekalilah lblis dan syaitan menggoda mereka.

Malah, bukan saja para isteri dan para kaum perempuan saja yang perlu berhati-hati terhadap godaan iblis dan syaitan ini, para-para suami dan kaum lelaki juga wajib ber- hati-hati dan hendaklah sungguh-sungguh berusaha melawan kehendak iblis dan syaitan, melawan nafsu dan ikhlas beribadah kepada Allah SWT. Yang demikian sahajalah syaitan akan takut dan akan lari daripada kita. Hendaklah kita faham dan perhatikan sungguh-sungguh tipu daya syaitan ini ialah dengan hati kita sentiasa menyebut nama Allah, hati kita sentiasa mengingati Allah SWT. Iblis dan syaitan adalah makhluk Allah juga dan kalau kita sentiasa mengingati Allah, Dialah yang akan menolong kita menjauhkan iblis dan syaitan itu.

Jadi, iblis dan syaitan yang jahat dan yang panjang umur itu akan mati juga apabila bertiup Sangkakala yang pertama. Malah malaikat-malaikat juga mati semuanya, kecuali mereka-mereka yang masih dikehendaki hidup oleh Allah SWT seperti Bidadari-bidadari Syurga, pelayan-pelayan Syurga dan setengah-setengah malaikat. Jadi, tidak ada siapa yang boleh terlepas daripada mati. Ini telah ditegaskan oleh Allah SWT di dalam Al Quran, maksudnya; Terjemahan : Setiap yang bernyawa pasli akan menemui mati – Al Imran: 185

Ertinya, setiap makhluk yang hidup sama ada yang di bumi, di lautan, di langit dan di mana saja, semuanya akan mati. Manusia, jin, iblis, syaitan, malaikat, binatang-binatang dan lain-lain makhluk yang bernyawa, semuanya akan mati. Dan setelah semuanya mati, maka tenanglah segala-galanya. Semuanya sudah tidak ada Iagi melainkan Syurga, Neraka, Arasy, Kursi, Luhmafudz dan juzuk-juzuk yang Allah kekalkan secara kekal Aradhi. Cuma, Zat Allah SWT adalah kekal abadi dengan kekal yang wajib dan kekal yang tiada kesudahan kerana wujudnya Allah adalah wujudnya yang tiada permulaan. Dan keadaan yang tenang ini akan berlalu selama kira-kira 40 tahun. Dalam masa 40 tahun inilah, seluruh manusia yang berada di alam kubur juga tenang dan tidur, sama ada yang mukmin mahupun yang kafir.

http://www.usahataqwa.com/kematian/alam-barzakh.html