Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Bekas pegawai khas Najib terkejut ada US$884,996 dalam akaunnya

Bekas pegawai khas Najib terkejut ada US$884,996 dalam akaunnya

Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Tun Razak sangat terkejut apabila dimaklumkan sejumlah US$884,996.78 ada di dalam akaun BSI Switzerland miliknya awal 2016 tetapi beliau tidak pernah menggunakan wang itu dan tidak tahu apa status wang tersebut sehingga kini kerana ianya diuruskan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang dikenali sebagai Jho Low.

Datuk Amhari Efendi Nazaruddin, 43, ketika membacakan penyataan saksinya berkata beliau menerima panggilan daripada BSI Switzerland di mana seorang pegawai BSI bertanyakan sekiranya beliau mengetahui baki akaunnya.

“Saya memberitahu saya tidak tahu. Dia memberitahu saya bahawa terdapat US$884,996.78 di dalam akaun saya. Saya berasa sangat terkejut kerana tidak tahu apa-apa berkaitan wang ini. Saya meminta pegawai bank tersebut memberi pandangan mengenai kemasukan wang ke dalam akaun tersebut, namun pegawai bank itu hanya menyatakan akan menghubungi saya semula.

“Pada satu masa yang lain pula, saya dihubungi pegawai dari BSI dan memaklumkan bahawa hubungan saya dengan bank itu akan ditamatkan dan saya dikehendaki memindahkan wang itu sama ada kepada satu syarikat bawah nama saya atau akaun lain di bawah nama saya. Saya telah merujuk perkara ini kepada Jho Low kerana pada waktu itu memang ada arahan untuk berhubung dengan beliau (Jho Low) sekiranya terdapat apa-apa persoalan mengenai akaun itu,” katanya.

Saksi pendakwaan kelapan itu berkata demikian ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada hari keempat perbicaraan kes Najib yang didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Kata saksi itu, Jho Low kemudian mengarahkannya untuk membuka akaun bank di Shanghai memandangkan dalam tempoh itu memang ada urusan di China dan terdapat keperluan untuk ke sana.

Amhari Efendi menjelaskan bahawa Jho Low telah membantu secara peribadi untuk membuka akaun tetapi permohonan pembukaan akaun itu tidak berjaya.

“Dia (Jho Low) tidak memberitahu sebab apa akaun tersebut tidak berjaya dibuka. Kemudian beliau mengarahkan saya ke Bangkok bagi membuka akaun di Kasikorn Bank.

“Proses pembukaan akaun ini telah dibantu oleh seorang warga Thai bernama Oada yang merupakan kenalan Jho Low dan bukan pegawai bank tersebut dan namanya saya tidak ingat. Akaun bank di Bangkok itu telah berjaya dibuka pada masa itu juga.

“Apabila akaun bank di Bangkok ini berjaya dibuka, semasa satu lawatan kerja saya di Dubai, pada 28 September 2016, saya menghantar satu surat ke BSI Switzerland melalui faks Hotel Shagri-La Hotel, Dubai untuk memindahkan wang dalam akaun BSI ke akaun Kasikorn Bank dan menutup akaun BSI tersebut,” katanya sambil menambah Jho Low yang mengarahkannya untuk tidak menghantar melalui faks menggunakan nombor Malaysia.

Saksi itu berkata beliau berbuat demikian atas arahan yang diterimanya daripada BSI untuk memindahkan wang dalam akaun BSI atas namanya ke akaun miliknya yang lain.

“Namun saya dimaklumkan oleh BSI kemudiannya iaitu lebih kurang sehari atau dua hari selepas itu bahawa pemindahan wang tersebut tidak berjaya serta dimaklumkan ia ditangguhkan sementara dan pegawai bank akan menghubungi saya semula sekiranya ada apa-apa perkembangan.

“Saya ada maklumkan perkara ini kepada Jho Low dan beliau memberitahu saya beliau akan menyelesaikan masalah ini bagi pihak saya. Sehingga kini saya tidak tahu apa yang berlaku ke atas wang di dalam akaun tersebut,” katanya.

Amhari Efendi bagaimanapun berkata beliau tidak pernah mengeluarkan wang dari akaun berkenaan untuk kegunaan peribadi atau dipindahkan kepada mana-mana akaun miliknya mahupun akaun milik pihak lain kerana akaun itu diuruskan sepenuhnya oleh Jho Low.

“Saya juga tidak berani bertanya kepada Najib berkaitan wang yang terdapat di dalam akaun itu. Datuk Azlin (Datuk Azlin Alias Ketua Setiausaha Sulit Najib ketika itu) juga sebelum ini tidak berani tanya dan saya ingat pesanan beliau bahawa akaun ini bukan sahaja untuk tujuan dana politik tetapi sekiranya saya mempersoalkan sesuatu yang cukup rahsia seperti ini atau tidak bersetuju mengenainya, ia boleh membawa kepada ancaman kerja atau kedudukan saya,” katanya.

Beliau berkata, secara amnya, pegawai-pegawai di Pejabat Perdana Menteri tidak pernah dan tidak boleh mempersoalkan mengenai dari mana sesuatu dana itu diterima oleh Najib kerana ia akan dilihat sebagai tidak percaya kepada kredibiliti beliau.

“Saya percaya memang ada dana yang datang dari Jho Low kerana sebelum PRU13, Jho Low ada memberitahu saya dan Datuk Azlin mengenai dana yang hendak digunakan bagi pilihanraya bagi memenangi undi majoriti di Pulau Pinang.

“Bagaimanapun Jho Low tidak pernah menerangkan cara bagaimana dia mendapatkan wang tersebut. Sehingga kini, saya tidak tahu apa-apa berkenaan status wang yang ada di dalam akaun tersebut kerana ia masih dikawal oleh Jho Low,” katanya.

Najib, 66, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung.–BERNAMA

Bekas pegawai khas Najib terkejut ada US$884,996 dalam akaunnya

Berita penuh https://malaysiadateline.com/bekas-pegawai-khas-najib-terkejut-ada-us884996-dalam-akaunnya/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

Bekas pegawai khas tertekan, Najib arah ke China untuk ‘selamatkan’ hutang 1MDB

Bekas pegawai khas tertekan, Najib arah ke China untuk 'selamatkan' hutang 1MDB\

Amhari (tengah) yang merupakan saksi pendakwaan kelapan hadir bagi perbicaraan berhubung kes 1Malaysia Development Berhad di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. — fotoBERNAMA

2 CINA TIPU NAJIB11 tindakan zalim najib

 

KUALA LUMPUR: Bekas pegawai khas kepada Datuk Seri Najib Razak memberitahu Mahkamah Tinggi hari ini bahawa beliau amat tertekan ketika diarahkan untuk pergi ke China bagi menjalankan tugas sulit ‘menyelamatkan’ hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB), pada Jun 2016.

Datuk Amhari Efendi Nazarudin, 43, berkata beliau mula diarahkan sendiri oleh Najib setelah ketua setiausaha sulit Najib, Datuk Azlin Alias meninggal dunia dan ia bermula dengan arahan untuk pergi ke China bertujuan mengesahkan terdapat persefahaman untuk meningkatkan hubungan dan pelaburan Malaysia-China.

“Datuk Seri Najib sendiri telah meminta saya untuk datang ke kediamannya di Jalan Langgak Duta bagi membincangkan perkara ini dan memberitahu lawatan itu akan diuruskan ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low.

“Saya terpaksa akur walau pada masa itu saya cukup tertekan dan ada terlintas untuk berhenti kerja kerana arahan ini sangat membebankan saya, lebih-lebih lagi semenjak Datuk Azlin tiada. Namun saya terpaksa menurutinya kerana beliau adalah bos saya, apatah lagi beliau adalah Perdana Menteri Malaysia,” katanya dalam keadaan sebak.

Saksi penting pendakwaan itu yang membacakan penyataan saksinya berkata Jho Low dalam masa sama turut menghubunginya  bagi menyampaikan arahan mengenai agenda dan program lawatannya ke China.

Saksi pendakwaan kelapan itu berkata demikian pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada hari keempat perbicaraan Ahli Parlimen Pekan itu yang didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Beliau berkata, walaupun menghormati Ahli Parlimen Pekan itu, beliau bimbang sekiranya akan dilibatkan sama dalam percaturan antara Najib dan Jho Low sekiranya tujuan lawatan itu adalah bagi menutup isu kehilangan dana 1MDB, pembayaran hutang International Petroleum Investment Company (IPIC) atau penyediaan dana politik.

Beliau juga yang bimbang akan ancaman dan kesusahan yang akan dihadapinya sekiranya arahan Najib tidak dipatuhi ketika itu.

Membawa kapasiti sebagai wakil diplomatik Najib dalam lawatan sulit ke China pada 27 Jun 2016, saksi itu berkata beliau hanya mengetahui Jho Low akan turut hadir menyertai lawatan perbincangan sama setibanya beliau di negara itu.

“Terma-terma yang hendak dibincangkan juga saya terima daripada Jho Low pada saat-saat akhir dan ia kelihatan seperti sudah ada seseorang yang membincangkan terma-terma berhubung perkara ini (pelaburan Malaysia-China) lebih awal.

“Namun begitu, berdasarkan ‘talking points’ dan ‘action plan’ (nota maklumat dan pelan tindakan) Jho Low kepada saya, perjanjian dan usahasama ini merupakan satu pelaburan yang akan membantu membayar balik hutang 1MDB seperti bayaran hutang 1MDB ke IPIC,” katanya sambil menambah kesemuanya sudah dirancang oleh Najib dan Jho Low untuk menggunakan perjanjian dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) China bagi tujuan ini.

Saksi itu turut mengesahkan lawatannya ke China itu hanya diketahui oleh Najib dan Jho Low sahaja berdasarkan kesimpulan melalui perbincangan bersama syarikat dari China tersebut adalah bagi mendapatkan bantuan untuk membeli syer bagi menebus hutang 1MDB.

“Semasa di sana, saya telah menggunakan input daripada Jho Low untuk courtesy call (kunjungan hormat) bagi mengukuhkan lagi hubungan dua hala ini.

“Dia telah membawa saya untuk berjumpa pegawai kanan dari State-owned Assets Supervision and Administration Commission of the State Council (SASAC) yang merupakan badan pengelola semua GLC bagi China.

“Jho Low memainkan peranan aktif dengan hujahannya bagi membincangkan cadangan projek yang dikenal pasti tetapi saya tidak faham sesetengah perkara kerana dia bercakap dalam bahasa Mandarin, hanya sesekali butiran perbincangan itu diterjemahkan kepada saya,” katanya sambil menambah arahan-arahan sulit dari Najib hanya diterima beliau selepas isu penyelewengan dana 1MDB tersebar luas.

Bagaimanapun, berdasarkan isi kandungan ‘talking points’ yang disediakan Jho Low, saksi itu berkata jelas bahawa antara agenda yang dibawa dalam lawatan ke China itu adalah kehendak Najib untuk membawa pelabur GLC China ke Malaysia dengan cara pengambilalihan hutang-hutang 1MDB dan SRC International Sdn Bhd.

“Antara ‘talking points’ dalam perbincangan pada 28 Jun 2016 yang membawa mesej daripada Datuk Seri Najib adalah penawaran syarikat State owned Enterprise (SOE) untuk terlibat sama dalam projek infrastruktur dan sekali gus menyelesaikan masalah hutang yang dihadapi 1MDB dan SRC, selain akan menyokong dan mempromosikan kerjasama ekonomi yang lebih rapat dengan China.

“Ayat ‘while simultaneously completely resolving 1MDB and SRC debts’ jelas membawa maksud Datuk Seri Najib ingin menyampaikan mesej bahawa hubungan ini akan turut membantu 1MDB dan SRC melalui ‘bailout’ hutang-hutang 1MDB.

“Selain itu, ia turut menyatakan bahawa Malaysia berhajat untuk berbincang dengan SOE dalam tiga projek yang sedang dikaji kerajaan iaitu pembangunan Pulau Labuan sebagai pusat perbankan luar pesisir dan pusat pelancongan, pembangunan saluran paip petroleum dari Port Klang ke Kuala Kedah serta kajian dan pembangunan kereta api laju dari Kuala Lumpur ke Bangkok,” katanya.

Tambahnya lagi, ‘talking points’ yang disediakan Jho Low ini bagi mengesahkan bahawa Najib sendiri meluluskan kerjasama ini dan akan diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin oleh Jho Low kepada pihak China.

“Nota yang diberikan Jho Low turut mengandungi satu ayat yang berbunyi “I will now handover to Mr Liu to provide a detailed explanation of the economic program” (Saya kini akan menyerahkan kepada Encik Liu untuk memberikan butiran penjelasan mengenai program ekonomi itu) yang perlu dibaca oleh saya.

“Mr Liu itu merujuk kepada Jho Low yang mana sebutan ‘Liu’ adalah sebutan dalam bahasa Mandarin,” kata saksi itu.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah.

–BERNAMA

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bekas-pegawai-khas-tertekan-najib-arah-ke-china-untuk-selamatkan-hutang-1mdb-216670

Almarhum Datuk Azlin Terkejut Penyelewengan RM2.6 Bilion Daripada 1MDB.

 

Image may contain: 1 person, text

‘Duit 1MDB-lah bro!’ – Saksi imbas bekas pembantu Najib hilang sabar

KES 1MDB | Selepas pertemuan dengan Perdana Menteri Najib Razak ketika itu, bekas ketua setiausaha peribadinya Azlin Alias mencampakkan sekeping fail dan menjerit “Duit 1MDB-lah bro!”, kata seorang saksi ketika mengimbas kejadian berkenaan.

Amhari Efendi Nazaruddin memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini bahawa Allahyarham Azlin kelihatan tertekan selepas mesyuarat di Pejabat Perdana Menteri, antara Januari atau Februari 2015.

Amhari berkhidmat untuk bekas perdana menteri itu di bawah pengawasan Azlin.

Menurut Amhari, beliau masih ingat kejadian itu kerana sikap Azlin pada hari itu berbeza sama sekali dengan sikapnya yang penyabar.

“Saya tidak ingat tarikh sebenar, tetapi ia antara Januari atau Februari 2015. Kejadian berlaku kerana isu 1MDB tular pada masa itu.

“Pada hari itu, saya tiba di Pejabat Perdana Menteri dan menunggu Azlin di pejabatnya kerana beliau telah pergi ke tingkat lima untuk bertemu Najib.

“Sebaik sahaja dia kembali, saya dapat melihat dia berada dalam mood yang tertekan dan dia cuba untuk melepaskan kekecewaannya dengan menaikkan suaranya, menjerit ‘Duit 1MDB-Lah bro!. Pada masa yang sama, beliau menghempaskan fail yang dipegangnya.

“Saya masih ingat keadaan itu dengan jelas kerana setakat yang saya tahu dia, Azlin adalah kool, sopan dan tidak pernah bertindak sebegitu sebelum ini. Dia bukan jenis orang yang meninggikan suaranya,” katanya.

Amhari, yang bertugas sebagai pegawai khas kepada Najib sejak 2008 hingga tahun lepas, merupakan saksi kelapan pendakwaan dalam perbicaraan jenayah terhadap bekas perdana menteri itu berkaitan skandal 1MDB.

Saksi itu berkata beliau percaya reaksi Azlin itu mempunyai kaitan dengan liputan media mengenai isu 1MDB, termasuk Petrosaudi, perbelanjaan Jho Low menggunakan wang 1MDB, pembelian hartanah mewah oleh Riza Aziz (anak tiri Najib) dan pemindahan dana 1MDB ke akaun bank yang mencurigakan.

“Saya boleh faham tekanan dia alami kerana dia salah seorang daripada mereka yang paling tahu mengenai 1MDB.

“Dia adalah orang yang berurusan dengan perkara itu di bawah arahan Jho Low, dan setakat yang saya tahu, dia adalah salah seorang yang bertanggungjawab untuk merujuk isu-isu kepada Najib,” katanya.

Untuk makluman, Azlin berkhidmat sebagai ketua setiausaha sulit kepada Najib sehinggalah kematiannya dalam nahas helikopter di Semenyih, Selangor pada April 2015.

Turut terbunuh dalam kemalangan itu adalah penasihat Najib, Jamaluddin Jarjis.

Berita Mimpi – ΔNΔ GHOIB pic Ratu Naga

Jho Low Sediakan Surat Putera Saudi Untuk Tutup Kes 1MDB

Image may contain: 2 people, people smiling, text

BICARA 1MDB NAJIB:

Amhari Efendi Nazaruddin hari ini memberikan keterangan di mahkamah bahawa Jho Low telah berpakat dengan Najib untuk mengaburi mata rakyat berkenaan dengan 1MDB dan dana RM2.6 Bilion yg masuk ke akaun peribadi Najib Razak.

Bagi menutup siasatan dan menipu rakyat dan negara, Najib telah berbohong kononya RM2.6 bilion tersebut adalah DERMA daripada seorang Putera Arab. Jho Low adalah pihak yang terlibat dalam memalsukan surat tersebut dan 4 lagi surat lain.

#1MDB #NajibPencuri — with Adnan Ismail.

Sejak2 parti bodoh nie KALAH :
1. Isu perkauman timbul
2. Boikot produk Cine
3. Melayu islam terancam
4. Berbagai2 fitnah timbul
5. Komunis dh lame xde,timbul kembali
6. Isu agama timbul..
7. Memperlagakan bangsa2
Hakikatnye adelah..

kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun Najib Tun Razak kemungkinan merujuk kepada duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

'Duit 1MDB lah bro'...

Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hadir pada hari pertama perbicaraan kes 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini. – fotoBERNAMA

 

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini diberitahu bahawa kemasukan wang RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Tun Razak kemungkinan merujuk kepada duit 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Bekas pegawai khas Najib, Datuk Amhari Efendi Nazarudin, 43 tahun, berkata beliau berpendapat sedemikian berdasarkan satu insiden melibatkan bekas setiausaha sulit Najib, Allahyarham Datuk Seri Azlin Alias sekitar Januari atau Februari 2015, selepas Azlin berjumpa Najib.

Saksi pendakwaan kelapan itu mengingati insiden tersebut sepanjang 10 tahun bekerja di bawah Najib kerana Datuk Seri Azlin yang dikenalinya tidak pernah meninggikan suaranya.

“Salah satu kejadian yang paling diingati saya ketika tularnya isu 1MDB sekitar Januari atau Februari 2015. Ketika itu, saya sedang menunggu Datuk Seri Azlin di dalam pejabat beliau selepas pertemuannya dengan Najib. Sesudah pertemuan itu, saya nampak beliau begitu tertekan dan telah meninggikan suaranya dengan mengatakan “Duit 1MDB lah bro!” kepada saya sambil menghempaskan fail yang ada di tangan beliau ke atas meja.

“Situasi tersebut sangat saya ingati kerana sepanjang saya mengenali beliau, Datuk Seri Azlin merupakan seorang yang sentiasa tenang, sopan dan tidak pernah bertindak sebegitu di hadapan saya. Beliau bukanlah individu yang suka meninggikan suara,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membacakan penyataan saksinya pada pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Ahmad Akram Gharib pada hari ketiga perbicaraan Najib yang didakwa atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang sama.

Beliau berkata, duit yang dimaksudkan Datuk Seri Azlin ketika beliau sedang tertekan itu berkemungkinan besar merujuk kepada kemasukan wang US$680 juta atau RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib dan bukan sahaja terhad kepada isu melibatkan anak tiri Najib yang dikenali sebagai Riza Aziz.

Katanya, beliau percaya reaksi Datuk Seri Azlin tersebut adalah berpunca daripada pendedahan-pendedahan media mengenai 1MDB pada masa itu seperti isu usahasama PetroSaudi (syarikat perkhidmatan minyak dan gas) perbelanjaan mewah oleh ahli perniagaaan Low Taek Jho atau Jho Low menggunakan dana 1MDB, pembelian hartanah mewah dan sumber dana filem oleh Riza dari sumber sama dan kemasukan dana 1MDB ke dalam akaun-akaun yang meragukan.

“Pada awal 2015, berikutan penularan isu 1MDB, PMO (Pejabat Perdana Menteri) melalui Datuk Seri Azlin, perlu banyak menangani isu yang melibatkan Datuk Seri Najib kerana beliau paling mahir dan tahu banyak berhubung 1MDB.

“Penularan isu ini semakin meruncing kerana pendedahan itu disertakan dengan bukti-bukti sokongan seperti gambar, dokumen emel, transaksi bank dan pindahan wang berhubung penyelewengan dana 1MDB melalui usahasama Petrosaudi dengan 1MDB yang telah dipindahkan ke akaun peribadi Jho Low,” katanya.

Saksi itu berkata, sepanjang pengalamannya berhubung dengan Jho Low, lelaki itu adalah “master manipulator” (pakar manipulasi) dalam urusannya dengan pegawai-pegawai di pelbagai peringkat dan pangkat sama ada di dalam Malaysia atau di luar negara di mana kebanyakannya adalah di dalam pengetahuan Najib.

“Jho Low melalui nota-nota maklumatnya telah mengarahkan saya dan Datuk Seri Azlin untuk memaklumkan kepada semua orang di PMO dan bagi menjawab tuduhan bahawa ini hanyalah manipulasi pihak pembangkang yang ingin menjatuhkan Najib.

“Ahli perniagaan itu juga ada beberapa kali menghantar emel dan berjumpa dengan saya dan Datuk Seri Azlin untuk membincangkan dan menyediakan senarai jawapan kepada soalan-soalan lazim yang perlu dijawab PMO sekiranya isu-isu 1MDB dipersoalkan mana-mana pihak.

“Selain itu, ada perjumpaan di mana Jho Low telah menyediakan data-data atau maklumat yang meminta saya dan Datuk Seri Azlin sedia maklum berkaitan isu yang timbul seperti isu 1MDB agar kami sentiasa bersedia sekiranya ada orang mempersoalkannya atau sekiranya ada kerjasama-kerjasama berhubung isu-isu ini,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau agak terkejut baru-baru ini apabila membaca sebuah artikel yang mengatakan Datuk Seri Azlin adalah orang yang telah mengaturkan pertemuan pihak Ambank dengan Najib di kediamannya di Jalan Langgak Duta kerana ia tidak menggambarkan keseluruhan kejadian yang berlaku dengan tepat.

“Setiap pertemuan sulit atau perjumpaan-perjumpaan tidak formal yang berlaku di rumah Datuk Seri Najib di Jalan Langgak Duta memerlukan kelulusan Najib sendiri kerana ia melibatkan masa, jadual dan akses ke kediaman peribadinya.

“Adalah mustahil dan tidak logik untuk beliau (Datuk Seri Azlin) memandai-mandai mengaturkan pertemuan antara Datuk Seri Najib dengan pihak Ambank di kediaman peribadinya atas inisiatif sendiri tanpa terlebih dahulu mendapatkan persetujuan bekas perdana menteri itu.

“Saya percaya Datuk Seri Azlin telah merujuk perkara ini kepada Datuk Seri Najib bagi mendapatkan persetujuan beliau,” tegasnya.

Katanya, Datuk Seri Azlin meninggal dunia pada 4 April 2015, tidak lama selepas isu-isu penyelewengan dana 1MDB tular di media massa.

Najib, 66 tahun, menghadapi empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk memperoleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram membabitkan jumlah wang yang sama.

Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan empat kesalahan rasuah di Cawangan AmIslamic Bank Berhad, Jalan Raja Chulan, Bukit Ceylon di sini antara 24 Feb 2011 dan 19 Dis 2014 manakala bagi semua pertuduhan pengubahan haram antara 22 Mac 2013 dan 30 Ogos 2013, di tempat sama.

Perbicaraan di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah bersambung esok.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/duit-1mdb-lah-bro-216599?utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=4-9-19-duit_1mdb_lah_bro…

Zeti Mendedahkan Bukti Rompakan Najib Dalam Skandal 1MDB

Image may contain: 1 person, smiling, text

HEBOH SATU NEGARA macaiUmno pertahankan Najib.. kononnya bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Zeti Akhtar Aziz menipu kerana menafikan dakwaan Datuk Seri Najib Razak bahawa beliau menyedari kewujudan dana derma Pak Arab RM2.6 bilion dalam akaun Najib itu setelah mahkamah ditunjukkan dua salinan surat rasmi dari Riyadh yang membuktikan Najib menerima derma sebanyak AS$100 juta dan AS$375 juta pada 2011 semasa perbicaraan kes SRC.

KANTOI LAGI NAJIB:
Tahu ka tak yang Tan Sri Zeti nafikan itu adalah derma skandal Pak Arab RM2.6 bilion yg masuk ke akaun Najib pada tahun 2013.

BUKANNYA derma Arab pada tahun 2011 !!!

DERMA ARAB pada tahun 2011 dgn derma RM2.6 bilion pada tahun 2013 adalah derma yang berbeza.

1) FAKTA derma 2011 (AS$475 juta / RM1.47 bilion) pada 1 Feb 2011 & 1 Nov 2011.

2) FAKTA derma 2013, sebelum PRU13 (AS$681 juta / RM2.6 bilion) pada 21 Mac 2013 & 25 Mac 2013.

SEKALI LAGI NAJIB TOLONG BUKA PEKUNGNYA SENDIRI !!!

Kebodohan @Najibrazak https://web.facebook.com/najibrazak/posts/10156249944010952