Komen menarik seorg sahabat
Saya sebagai rakyat marhaen menjawab propaganda dan putarbelit Najib Razak yang disiarkan di FB nya sebentar tadi.
1. 84 syarikat dijual Khazanah yang bernilai RM46B.
Najib jawab: “Yang dijual dicover oleh yang dibeli. Oleh itu aset bersih naik kepada RM116B.
RAKYAT JAWAB:
Najib rupanya tiba-tiba lupa bahawa aset yang dijual oleh Khazanah dibawah kerajaan PH adalah juga untuk membeli aset-aset baru.
Mungkin Najib tidak tahu bahawa dalam urusniaga khazanah, diantara cara yang perlu dillakukan oleh khazanah untuk menambah dan mengembangkan portfolio serta keuntungan mereka adalah dengan menjual aset-aset yang telah mencapai sasaran yang ditetapkan supaya hasil jualannya boleh digunakan oleh Khazanah untuk mengurangkan hutang mereka dan membuat pelaburan-pelaburan baru.
Hairan kan, bila ditanya kepada Najib mengenai aset yang dijual pada zaman dia, dia bagitu dicover dengan pembelian aset baru…. tapi, semasa aset dijual oleh khazanah pada zaman PH, dia berzikir jual aset hari-hari….hehehe… Kenapa dia tak boleh fikir apa yang dibuat oleh Khazanah adalah untuk membuat pelaburan dan pembelian aset baru.
Untuk pengetahuan Najib, hasil dari pelupusan aset khazanah ini, Khazanah telah pun membuat pelaburan baru sebanyak RM6.4B, menyelesaikan hutang khazanah sebanyak RM8B, membayar dividen kepada kerajaan sebanyak RM1B dan selebihnya disimpan untuk pelaburan akan datang.
Jangan hipokrit ye Najib Razak.
2. Mana perginya duit GST 40B.
Najib jawab: duit GST itu dikembalikan kepada rakyat dalam pelbagai bantuan BR1M, bantuan buku dan lain-lain bantuan.
RAKYAT JAWAB:
DIbawah kerajaan sekarang dengan menghapuskan GST, kerajaan dah mengurangkan memeras dari rakyat sebanyak lebih kurang RM10 – RM15B (perbezaan hasil GST dan SST) dan pada masa yang sama bantuan-bantuan masih diberikan seperti BSH dan lain-lain. Subsidi minyak kenderaan yang sebelum ini ditarik oleh Najib diberikan kembali kepada rakyat. Tahun depan akan ada pula program sarapan percuma untuk semua pelajar sekolah. Tanpa memeras dari duit GST dari rakyat, kerajaan masih boleh beri bantuan dan memberi subsidi.
3. Duit refund GST dan refund LHDN sebanyak hampir RM38B lesap.
Najib jawab: Duit GST telah digunakan kerajaan PH untuk membiayai tempoh 3 bulan tax holiday.
RAKYAT JAWAB:
Mungkin najib tak baca laporan PAC. Kalau dia baca, takkan dia menipu dan putarbelit. Kalau dia baca laporan PAC, ianya jelas memberitahu bahawa duit GST itu telah digunakan oleh Kerajaan Najib untuk tujuan perbelanjaan mengurus yang lain. Ini adalah kerana, pada masa itu kerajaan najib tidak memasukkan hasil kutipan yang mencukupi kedalam tambung refund kerana mengaggarkan kutipan bersih adalah 65% dan hanya 35% untuk refund. Oleh kerana duit tak cukup dimasukkan dan dah digunakan oleh Najib untuk tujuan lain, maka refund yang merupakan hak rakyat tak dapat diberikan.
Dengan kata lain, Najib menjarah RM19.5B hak refund rakyat. Kerajaan PH telah meminta bantuan dividen khas dari Petronas sebanyak RM30B untuk memberi balik hak rakyat yang dijarah Najib.m RM19.5B untuk refund GST dan RM16B untuk refund LHDN.
Najib menjarah hak rakyat, kerajaan PH memulangkan balik kepada rakyat.
Dalam jawapan Najib juga dia menipu dan putarbelit bila menulis PH menjarah RM82B rizab (Petronas) utnuk bayar pada tahun 2019.
Sebenarnya, untuk pulangkan balik hak rakyat yang dijarah Najib ini, PH meminta dividen khas sebanyak RM30B dan memang digunakan RM30B ini untuk bayar refund GST dan LHDN.
Selain daripada dividen khas RM30B ini, dividen lain dari Petronas adalah dividen tahunan yang memang dibayar setiap tahun. Dalam angka RM82B itu, terdapat juga dividen yang dibayar oleh Petronas pada suku pertama 2018. Siapa ye PM pada suku pertama tu?
Kenapa Najib asyik menipu?
4. Najib pinjam melalui PFI sebanyak RM40B.
NAJIB JAWAB: Dana pinjaman ini adalah untuk projek-projek membina kemudahan awam seperti kampus universiti dan lain-lain. Lepas tu, dia jawab lagi bahawa projek-projek ini akan menjana keuntungan untuk bayar balik.
RAKYAT JAWAB:
Disini amat jelas putarbelit dan penipuan Najib. Mula-mula dia kata projek itu adalah kemudahan awam seperti kampus universiti, lepas tu dia boleh kata projek-projek ini boleh menjana keuntungan. Sejak bila pulak buat prasarana awam boleh jana keuntungan. Itu membongak namanya.
Untuk makluman pembaca sekalian, disinilah bagaimana helah dibuat supaya hutang negara kelihatan sedikit pada zaman Najib. Apabilan projek prasaranan awam dibuat secara PPP (Private Public Parternship), kerajaan perlu membayar secara pajakan. Prasarana awam ini tidak mendatangkan keuntungan tetapi perlu dibuat untuk kemudahan awam. Oleh kerana ianya dibuat secara PPP, beban kewangan ini tidak dikira secara official dalam hutang negara. Jadi bila dilihat hutang negara, nampak tak cecah RM 1 trillion lagi, tapi sebenaranya dah cecah sebab beban dari projek PPP ini tetap ditanggung oleh kerajaan.
Kemudian untuk cover lain, Najib jawab bahawa beban pinjaman PFI ini boleh diselesaikan dengan mengangkat RM40B dari RM83B aset khazanah.
Najib oiii, macamana kamu nak angkat RM40B dari Khazanah tu? cuba cerita. Ianya hanya boleh diangkat dengan cara menjaul aset Khazanah…kan? jadi disini, kamu pun kantoi kerana kamu akan jual aset khazanah untuk angkat RM40B. Jual aset, Najib? Jual jual jual…
5. Jual aset khazanah RM46B, duit GST, menjarah duit tabung refund GST, duit refund LHDN tapi hutang negara lebih RM1.086 trillion.
Najib Jawab: Ini adalah cerita dongeng. dia kata hutang hanyalah RM686 billion dan sehingga 26 Nov, hutang negara adalah RM820 billion.
RAKYAT JAWAB:
Disini Najib buat-buat tak tahu bahawa angka RM1.086 trillion itu bukan hutang semata-mata. Ianya adalah hutang dan tanggungan kerajaan (jaminan kerajaan dan beban PPP yang dijelaskan diatas). Mungkin dia tahu dari mana datangnnay RM1.086 trillion, tapi sebab dia nak putarbelit dai pun cakap itu cerita dongeng.
Untuk pengetahuan Najib, hutang rasmi terkini sehinggan Q3/2019 seperti yang dilaporkan BNM adalah RM805 billion. Mungkin angkat RM820 billion tu, Najib campur sekali dengan terbitan bon pada October dan November. Ianya tak rasmi lagi kerana akan ada redemption yang dibuat..
6. Duit dalam akaun kerajaan semasa diambil PH hanyalah RM450 juta
Najib Jawab: Ini adalah propaganda Guan Eng….
RAKYAT JAWAB:
Ini bukan propaganda sebab baki dalam akaun yang disatukan selepas PH ambil alih adalah RM450 juta sahaja. Mengikut laporan PAC, hasil dari GST dimasukan kesemuanya kedalam akaun hasil disatukan (yang menyalahi akta GST 2014) dan kemudian 35% (unjuran yang salah) dimasukan ke dalam akaun refund GST. Akibat dari unjuran yang lebih rendah dari sepatutnya, tabung refund tak cukup wang untuk bayar refund. Duit dalam akaun hasil disatukan pula telah digunakan untuk tujuan lain. Oleh itu, selepas peralihan kerajaan, bila tabung refund gst tak cukup, an kerajaan menyemak tabung hasil disatukan, ianya hanya tinggal RM450 juta. Kalau hasilnya masih ada disitu, maka duit boleh disalurkan ke tabung refund gst untuk pembayaran refund dan tak perlu minta dividen khas dari Petronas. Faham tak Najib?
Diakhir tulisan Najib, dia bertanya kemanakah perginya RM50B hasil jualan aset, RM120B hutang negara dan RM82B duit Petronas yang dijarah?
Kelakar soalan najib ni sebab soalan ni, ada yang dia sendiri dah Jawab….hehe takpe, saya sebagai rakyat marhaen jawab ye Najib…
1. Aset yang dijual adalah bertujuan untuk membayar hutang khazanah dan juga membuat pembelian asset baru. Alah yang macam kamu cakap diatas tu…. “yang dijual dicover oleh yang dibeli”. Takkan kamu lupa apa yang kamu tulis. Kalau dulu Khazanah baut begitu, sekarang pun Khazanah buat begitu. Sebab itu, Khazanah telah pun membeli asset-aset baru. Dan kat atas tadi, kamu tulis bahawa kamu dengan senang boleh angkat RM40B dari Khazanah. Macamana kamu nak angkat? Jawapannya adalah dengan menjual asset…hehehe. Kamu sendiri dah Jawab soalan kamu ni.
2. RM120B hutang negara ni adalah propaganda Najib. Pada satu masa, dia hanya kira hutang rasmi sahaja. Tapi ada kalanya dia ambil kira juga hutang dengan jaminan kerajaan… hehe… Kalau ikut data rasmi, dari Q2/2018 sehingga Q3/2019, hutang rasmi campur dengan jaminan kerajaan, naik sebanyak RM95B. Kalau dikira dari Q2/2018 (June 2018) sehingga Q2/2019 (June 2019) kenaikan hutang rasmi dan jaminan adalah RM89B. Kenaikan ini tiada banyak beza dengan zaman Najib dimana dari Q1/2017 (Mac 2017) sehingga Q1/2018 (Mac 2018), kenaikan hutang rasmi dan jaminan kerajaan adalah sebanyak RM94B…. ooops, kenaikan hutang rasmi dan jaminan kerajaan pada Q1/2017 ke Q1/2018 (zaman Najib) lebih tinggi lah pulak….. sorry Najib…hehe.
3. Duit Petronas tidak dijarah. Mungkin Najib tak tahu bahawa sebagai syarikat milik penuh kerajaan, Petronas perlu bayar dividen setiap tahun kepada kerajaan. Ohh ye lah, mungkin Najib tak tahu sebab 1MDB tak pernah bayar dividen kepada kerajaan….hmmm. Oleh itu, setiap tahun Petronas bayar dividen. Begitu juga pada zaman Najib, setiap tahun Petronas bayar dividen. Petronas hanya diminta untuk bayar dividen khas sebanyak RM30B kepada kerajaan PH. Kenapa kerajaan PH minta dividen khas RM30 Billion? Sebabnya adalah untuk bayar balik kepada rakyat duit yang dijarah oleh kerajaan Najib iaitu bayaran refund GST dan refund LHDN yang kedua-duanya berjumlah RM37 billion. Jadi inilah jawapan kepada soalan kemana perginya RM30B duit Petronas yang diminta…. Untuk bayar tunggakan yang ditinggalkan oleh Najib.
Okay ye Najib….. fahamkan. Jangan menipu dan putarbelit lagi ye….
-Dr. Fikir