Teras Perjuangan Gerakan Islam

1 BIAWAK PAS1 RAJA TIPU AAA1 DASUKI FITNAH1 SAJAT TERBAIK1 JAKIM HALALKAN RASUAH1 TH KUFFAR1 ORANG GILA1 PAS MINUM KELAPA SAWIT.1 ULAMAK SEKS 31 ULAMAK KONDOM1 PARTI PUTAR AYAT AL-QURAN

Teras Perjuangan Gerakan Islam

Selepas runtuhnya Daulah Khilafah Turki Uthmaniyyah di Turki pada 3 Mac 1924, telah muncul banyak gerakan Islam di seluruh dunia umat Islam yang berjuang bagi mengembalikan semula sistem politik/pemerintahan Islam. Mengembalikan/menegakkan semula sistem pemerintahan Islam berasaskan Al-Quran dan As-Sunnah dalam bentuk bernegara merupakan TERAS UTAMA perjuangan hampir keseluruhan gerakan Islam yang ditubuhkan. Teras perjuangan tersebut sudah tentunya lahir daripada kefahaman dan kesedaran tentang kewajipan perlunya kehidupan manusia diurus dan ditadbir berdasarkan hukum-hakam Allah SWT. Dan, tanpa adanya sistem pemerintahan atau Negara Islam, hukum-hakam Allah SWT tidak akan dapat diterapkan dan dilaksanakan secara kaffah seperti mana yang telah diterapkan dan dilaksanakan oleh baginda Nabi Muhammad SAW dan Khulafah ar-Rasyidun.
Walaupun terdapat banyak  gerakan Islam yang telah ditubuhkan, namun kesemuanya tetap berkongsi teras perjuangan yang sama iaitu mengembalikan semula sistem politik/pemerintahan Islam. Penubuhan gerakan TANPA menjadikan perjuangan mengembalikan semula sistem politik/pemerintahan Islam sebagai teras utama dalam perjuangan, maka, gerakan tersebut tidak layak untuk dipanggil sebagai gerakan Islam. Maka sebab itu, istilah Daulah Islam, Daulah Khilafah atau Negara Islam merupakan istilah yang sangat sinonim dengan mana-mana gerakan Islam, bahkan ianya merupakan identiti yang utama dan terpenting bagi gerakan Islam. Hilangnya identiti tersebut bermakna hilangnya teras utama perjuangan gerakan Islam tersebut.
Jika dilihat daripada sejarah, Ikhwanul Muslimin merupakan antara gerakan Islam yang terawal ditubuhkan selepas keruntuhan Pemerintahan Khilafah Turki Uthmaniyah. Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Hassan Al-Banna pada tahun 1928 di Mesir telah melakukan usaha-usaha awal untuk mengembalikan semula pemerintahan Islam dengan menegakkan semula Daulah Islam atau Daulah Khilafah. Pelbagai cabaran dan liku-liku perjuangan yang telah dilalui oleh Ikhwanul Muslimin dalam perjuangan mereka untuk menegakkan semula Daulah Islam atau Daulah Khilafah. Tidak dapat dinafikan juga bahawa gerakan  Islam yang ada di Malaysia pada hari ini seperti ISMA, IKRAM dan PAS mendapat suntikan perjuangan daripada idealisme Ikhwanul Muslimin.
Maka sebab itu, sebelum berlakunya KECELARUAN IDENTITI  dikalangan gerakan Islam, istilah  Negara Islam  atau Darul Islam merupakan istilah yang sering berkumandang di mana-mana sahaja gerakan Islam beraktiviti. Inilah yang menjadi perbezaan yang sangat menonjol diantara gerakan Islam dengan gerakan/parti sekuler yang berasaskan perjuangan mendapatkan kebebasan, keadilan sosial ataupun kepentingan bangsa. Namun, perbezaan tersebut kini nampaknya semakin lama semakin hilang, bahkan sudah seperti tidak nampak lagi perbezaannya. Apa yang lebih menyedihkan ialah apabila terdapat tokoh-tokoh utama dalam gerakan/parti politik Islam seperti sudah hilang keyakinan terhadap TERAS UTAMA yang diperjuangkan selama ini. Tokoh-tokoh ini lebih cenderung dan yakin dengan manhaj perjuangan yang ditempuhi oleh pejuang hak asasi manusia dan gerakan sosialis demokrat.
Oleh itu, mereka melihat kemunduran dan  kelemahan yang menimpa umat Islam ketika ini bukan berpunca kerana hukum-hakam Allah SWT tidak diterapkan secara sempurna dalam bentuk bernegara. Tetapi dilihat berpunca daripada urustadbir negara dan ekonomi yang tidak betul dan cekap. Dengan kata lain, sistem sekuler yang diterapkan ketika ini bukanlah punca kepada kemunduran dan  kelemahan yang menimpa umat Islam, tetapi ianya berpunca daripada kelemahan manusia dalam melaksanakan sistem tersebut. Maka, yang perlu ditukar atau diganti menurut mereka adalah manusianya bukan sistemnya.
Inilah realiti yang sedang melanda kebanyakkan gerakan Islam di seluruh dunia ketika ini termasuklah di Malaysia. Seruan perjuangan dan pendirian mereka terhadap sesuatu isu sudah tidak ada bezanya dengan seruan dan pendirian yang lahir daripada gerakan/parti sekuler. Mereka sering kali mempunyai pendirian dan seruan yang sama dengan gerakan/parti sekuler. Mereka juga mempunyai ketakjuban yang sama terhadap ‘kemajuan’ dan ‘kemakmuran’ ekonomi yang dikecapi oleh negara-negara seperti Sweden, Denmark dan negara-negara Eropah yang lain.
Apa yang lebih dikesali ialah apabila kegagalan Parti Islam seperti Ennahda di Tunisia, Ikhwanul Muslimin di Mesir dan PAS di Malaysia  mencapai kemenangan seperti yang diharapkan dalam proses demokrasi, dilihat berpunca daripada sikap atau pendirian gerakan/parti Islam yang kurang inclusive dengan masyarakat yang berbilang latar belakang dan kepercayaan.  Parti Islam dikatakan gagal menarik sokongan daripada rakyat secara majoriti kerana Parti Islam masih lagi tidak terbuka sepenuhnya untuk menerima kepelbagaian fahaman dan pendirian dalam masyarakat. Bagi sesetengah ilmuan dan pemimpin gerakan Islam, keterbukaan sepenuhnya untuk menerima kepelbagaian fahaman dan pendirian dalam masyarakat merupakan pra syarat yang paling penting untuk mencapai kemenangan dalam demokrasi, tanpa pra syarat tersebut, maka tiada sama depan untuk gerakan/parti Islam untuk mencapai kemenangan.
Wahai pejuang-pejuang Islam yang ikhlas berjuang semata-mata kerana Allah! Jangan sesekali terpedaya dengan pandangan sedemikian kerana ianya merupakan racun yang sangat berbisa. Muhasabah dan ambillah pengajaran dengan apa yang telah kalian dan gerakan Islam telah lalui di negara-negara umat Islam yang lain. Ketahuilah demokrasi merupakan satu perangkap yang sangat halus untuk memesongkan matlamat perjuangan kalian. Bukti apa lagi yang kalian perlukan untuk menerima hakikat tersebut sedangkan kalian sendiri boleh merasakan dan melihatnya dengan jelas sekali???
Sesungguhnya baginda Muhammad SAW telah yang merupakan suri tauladan yang terbaik telah menunjukkan jalan bagaimana untuk menegakkan semula Daulah Islam atau Daulah Khilafah yang merupakan TERAS perjuangan kalian.
Ayuh! semua gerakan/jemaah/parti politik Islam yang ada di Malaysia kita sama-sama memperjuangkan untuk terterapnya hukum-hakam Allah secara kaffah dalam bentuk bernegara dengan menegakkan semula Daulah Islam atau Daulah Khilafah berdasarkan manhaj yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Allah SWT berfirman :
“Sesungguhnya telah ada  pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan dia banyak menyebut Allah” [TMQ   al-Ahzab (33): 21].