Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Pas sudah tidak boleh lagi diharap tegakkan Islam, luah bekas pemimpin akar umbi di Kelantan

Pas sudah tidak boleh lagi diharap tegakkan Islam, luah bekas pemimpin akar umbi di Kelantan

1 BERAPA NILAI MELAYU

1 ULAMAK JAHAT

1 NAJIB DAN PELACUR

1 NAJIB PUNCA MALAYSIA BANKRAP

1 RASUAH MAZA

1 PENIPU AAAA

1 PENIPU AA

1 PENIPU A

 

1 Makhluk Perosak

Sikap kasar dan keras pemimpin Pas terhadap Umno suatu waktu dahulu dan sekarang cuba menyelamatkan parti itu adalah penyebab pemimpin utama Pas cawangan Lundang meninggalkan parti itu dan kini menyertai AMANAH.

Guru agama Ustaz Wan Muhammad Wan Yusof berkata, pendekatan yang dibawa Pas sekarang seperti menjilat ludah sendiri apabila segala cemuhan dan tohmahan terhadap Umno dahulu dikutip untuk diamalkan oleh Pas pula.

“Memang benar saya bersama Pas dulu kerana yakin dengan keperibadian Tok Guru Nik Aziz.

“Tetapi Pas hari ini, terus terang saya katakan sudah tidak boleh lagi diharap untuk menegakkan Islam dan lebih sedih parti itu kini dipenuhi pemimpin yang terikut-ikut kaedah Umno yang selama ini ditentang mereka sendiri,” dipetik dari akhbar Mingguan Amanah.

Beliau merupakan murid almarhum bekas Menteri Besar Kelantan ketika belajar di Maahad Muhammadi Lelaki, Kota Bharu.

Menurut Ustaz Wan Muhammad, walaupun sentiasa mengikuti perkembangan Pas ketika bertugas sebagai guru agama di sekolah kerajaan, beliau hanya bergerak aktif selepas bersara.

“Saya menyertai Pas secara rasmi bersama Datuk Hamid (bekas pengarah penerangan Kelantan) dan menubuhkan cawangan di Kampung Lundang.

“Dengan usaha gigih jawatankuasa dan penyokong di sini, Pas di daerah mengundi Lundang ini menjadi terkuat bagi Dun Bunut Payong dan Parlimen Kota Bharu,” jelasnya.

Menurutnya, kemuncak kejayaan Pas cawangan yang diketuainya apabila berjaya membina sebuah bangunan yang menempatkan surau dan kelas Pusat Asuhan Kanak-kanak Islam (Pasti).

“Sebenarnya saya sudah faham apa yang berlaku kepada Pas sehingga tertubuhnya AMANAH tetapi agak lewat bertindak meninggalkan Pas kerana mahu projek pembinaan surau dan Pasti itu siap sepenuhnya.

“Saya tahu projek itu akan tergendala jika saya bertindak awal sedangkan keperluan anak-anak Pasti amat mendesak kerana sebelum ini terpaksa menyewa di sebuah bangunan yang sempit dan sesak di belakang masjid,” ujarnya.

Mesti ditolak

Setelah selesai urusan kepentingan orang ramai dan pelajar Pasti katanya, beliau mengambil keputusan untuk mengisytiharkan diri keluar Pas dan kini menubuhkan cawangan AMANAH.

Sejak awal menyertai Pas menurutnya sebagai seorang yang memahami Islam, Umno mesti ditolak kerana meletakkan perjuangan bangsa mengatasi agama.

“Malah seperti selalu diterangkan pemimpin Pas sejak dahulu, Umno menggunakan ketaksuban bangsa untuk melakukan kezaliman termasuk kepada usaha menyebarkan Islam kepada masyarakat.

“Guru-guru agama dan guru-guru pondok semasa zaman Umno BN memerintah terus-menerus ditekan dan ditindas dengan pelbagai jenis peraturan malah ada guru pondok didakwa di mahkamah, semata-mata mengajar agama yang tidak sama selera dengan Umno ketika itu,” katanya.

Satu lagi masalah Pas adalah pembawaan takfiri yang menjadi alat kepada sebahagian pemimpin-pemimpin Pas sejak dahulu.

“Tindakan mengkafirkan orang Islam lain kerana perbezaaan politik memang amat saya tidak boleh terima walaupun saya memegang jawatan agak penting dalam parti itu.

“Semasa saya menjadi guru agama di sekolah kerajaan, ada kelompok Pas yang memandang serong dengan menganggap saya penyokong Umno dan terdapat di kalangan mereka yang melayan saya secara kasar dan menimbulkan masalah dari segi akidah.

“Walaupun saya tidak bertindakbalas secara agresif namun saya amat tidak setuju pembawaan jenis itu ada dalam Pas,” katanya.

Sebagai murid bekas Mursyidul Am Pas, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, beliau mengetahui pendirian Tok Guru dalam perkara ini amat jelas.

“Tok Guru Nik Aziz amat jelas menolak kaedah kafir mengkafir ini.

“Dia selalu pesan bahawa kerja kita sebagai pendakwah adalah untuk menarik bukan menghalau, menerang bukan menyerang orang lain.

“Sebab itu bila parti AMANAH memilih untuk meletakkan ‘Rahmatan Lil Alamin’ sebagai asas pergerakannya, saya sudah nampak parti ini akan mewarisi dan meneruskan apa yang pernah diamal dan diperjuangkan oleh Tok Guru Nik Aziz dahulu,” katanya lagi.

Pas sudah tidak boleh lagi diharap tegakkan Islam, luah bekas pemimpin akar umbi di Kelantan

Gambar pemimpin Syiah Iran Ayatollah Ruhollah Khomeini tergantung di dalam Madrasah Ustaz Ibrahim Libya ?

3 HADI SYIAH

2 HADI MENIPU

2 DOSA SAHABAT DGN PEROMPAK

2 HADI ULAMAK PALSU

https://melakakini.my/melaka-berjaya-bantu-1070-asnaf-keluar-dari-garis-kemiskinan/?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook

https://web.facebook.com/suararakyatpage/videos/872002446311607/

KHOMEINI

Gambar pemimpin Syiah Iran Ayatollah Ruhollah Khomeini tergantung di dalam Madrasah Ustaz Ibrahim Libya ?

Kelihatan koleksi2 video (VHS) yg tertera perkataan ‘Iran Vol.1’ dan seterusnya ada di madarasah tersebut ?

‘AMANAT HADI’ juga ada tergantung di dalam Madrasah Ustaz Ibrahim Libya ?

Kami di SR setuju kes Memali ini dibangkit & disiasat (RCI). Konfrontasi adalah 2 pihak antara polis mewakili Kerajaan Malaysia vs ahli Pas Cawangan Kampung Memali. Jika berlaku RCI, bukan Mahathir saja yg kena…sdra Abdul Hadi Awang dari PAS lagi cepat kena tangkap akibat amanat dari dirinya menyebabkan kes Memali itu berlaku.

Yang nak dibawa, imej budak setahun anak warga pas Memali dikatakan sbg mangsa. Tapi usah pula dilupakan anak mangsa Polis yg juga berada dalam keadaan konfrontasi tersebut..

Apa yg nak kami kata di sini adalah tak bijak nak kluarkan kes Memali semula. Akhirnya semata2 nak lontarkan pukulan pada Tun M Mahathir, dgn sdra Abdul Hadi Awang sekali bakal kena angkut ke dalam yg mewakili PAS itu sendiri.

KENAPA SETELAH TUN MAHATHIR BERSAMA2 DALAM PAKATAN HARAPAN UNTUK MENENTANG UMNO/BN BARU SEKARANG NAK UNGKIT & NAK DIBUAT RCI MEMALI ITU?

KENAPA TIDAK DIBUAT SEMASA TUN M MASIH DALAM UMNO ?.. Nampak tak.

Wallalhualam~

https://web.facebook.com/search/top/?q=suara%20rakyat&epa=SEARCH_BOX

10 HABIB ATAU SHEIKH DI PANTAU ? PENYEBAR AJARAN SESAT DI BUMI MALAYSIA.

MUJAHID DAN SYIAH

BANTUAN JAKIM DIRAGUI MENGHIDUPKAN AJARAN SESAT, JAKIM SUDAHKAH MEMASTIKAN BATUAN YANG DIHULURKAN TIDAK DIGUNAKAN UNTUK PENGEMBANGAN AJARAN SESAT DI MALAYSIA ?

3 HADI SYIAH

Image may contain: one or more people and hat

Image may contain: 1 person

Image may contain: one or more people, text that says 'Dakwa Rasulullah SAW hadir dalam perhimpunan Keraguan 1 PETIKAN ucapan Sheikh Muham- mad ketika meng- sedang membaca SAW darisudutitu arah) tidak mengekalkan keadaan SHEIKH MUHAMMAD HISHAM KABBANI duduk kerana mendakwa kehadiran RasulullahSAW dalammajlis iran wali-wali Allah dihadiri Sheikh As-Segaf meman- keseluruhan diIndonesia. pemantauan kehadiran tersebut. Allah adakah selatan, Saidina Muham- Sudut apakah arahnya? ditarik menyebabkan mana? Apakah arahnya? wali-wali merupakan arah mampu bercakap Terdapatnya wali-wali Kaabah, Madinah mustahil bercakap lengan Allah dari sudut (menunjuk- Munawarah. Bahagian daripada ESOK berhubung tentangan dipaparkar pihak termasuk tarekat perbuatan rselawat menari.'

Image may contain: one or more people, text that says 'Petikan ucapan di makam Wali Songo ALHAMDULILLAH, petanda, petanda datang iba-tiba, isyarat daripada Maulana semoga memberkati hidupnya daripada menyatakan gembira dengan yang hadir digandakan rah Keraguan 2 SAW mengampunkan HISHAM KABBANI SAW berhadapan mengunjungimakam WaliSongo Indonesia. gan SWT dengan kita sini. seorang dan merupakan meminta kita membantu anaknya daripada Tarekat Naqsya- sentiasa sisinya bandi. mendalami banyak mewakili kepada tarekat utama SAW. jagaannya seorang malkannya hari-hari Dalam tempoh mulai tambahan mereka akhirnya merupakan tarekat sesiapa datangke menjaga nagsyabandi. mendapat gadilan insya-Allal selepas beredar insha- diizinkan Maulana semangat rohani panjangkandoa menjaga kita.'

Image may contain: text

Image may contain: 2 people, text that says 'Petikan baiah Habib Sheikh Segaf MUHAMMAD HISHAM Habib Sheikh, seperti mana yang diperintahkan Sheikh Muhammad Nazim Al-Haqgani untuk menyampaikan ijazah, dengan mengurniakan ijazah bagi memba'iahmu serta memegang tanganmu pihaknya, semoga hadrat menerima insya- SHEIKHMUHAMMADHISHAM KABBANI bergambar bersama Semoga kita berada di SheikhA sheikh yang mengijazahkan sebahagian daripada seperti mana telah kepadaku, menjadikan sebagai ijazah dengan sebahagian daripada Ahlul 100 kali illahaillallah sekadar Alhamdulillah kita adalah mampu dalam saudara juga saudara di setiap tiga bawah SAW Al- Fatihah. kamu Allah, juga sisi Al-Habib Mustofa SHEIKH memuliakan AS-SEGAF: menjadikan sebagai Kami terima ijazah'

Image may contain: text

Pembongkaran Hubungan Habib Syech Assegaf & Tarekat Naqsyabandi. Tarekat ini sudah pun difatwakan SESAT oleh JAKIM.

Mohon tindakan JAKIM dan Pihak Berkuasa supaya membenteras ajaran ini.

Laporan Utusan Malaysia, 24 Mei 2015, bahagian kedua.

Video berkaitan:

Habib Syech Assegaf Berbaiah Dengan Tarekat Naqsyabandi
https://youtu.be/E5gxqDjZmCE

Nabi Muhammad Hadir di Majlis Maulid di Indonesia
http://youtu.be/xXyQ8243WzA

Hisham Kabbani Menyembah Kubur
http://youtu.be/OdQ-9wdVzEY

Syirik Hisham Kabbani Di Kubur Wali Songo
https://youtu.be/sjYEM4TBNzk

Laporan 1: https://goo.gl/yZAcpx
Laporan 2: https://goo.gl/PhJcIL
Laporan 3: https://goo.gl/HZlnHA
Laporan 4: https://goo.gl/DQ1xUA
Laporan 5: https://goo.gl/xUSS6U
___________________________________
 Like Page DFB | facebook.com/drfathulbari

Ratapan Asyura Dalam Budaya Syiah Dunia

MUJAHID DAN SYIAH

Aktiviti Syiah menyambut Asyura. Senjata yang digunakan untuk meratap, perarakan, bergendang, ala-ala Thaipusam, drama syahidnya Husain, kenduri arwah dan banyak lagi.. Oleh: Dr. Hazman Hassan (UUM)

http://al-ahkam.net/home/membongkar-apa-aktiviti-syiah-sepanjang-menyambut-asyura

Rasulullah SAW Datang Bertemu Dengan Habib Syech Dalam Majlis Selawat

https://web.facebook.com/262002785338/videos/10153997858235339/

MUJAHID DAN SYIAH

Aqidah dan kepercayaan Nabi Muhamad s.a.w. hadir dalam majlis qasidah atau selawat

Hisham Kabbani tiba-tiba berdiri ketika mendendangkan nyanyian yang berisi selawat dan qasidah. Katanya; dia berdiri kerana melihat Nabi s.a.w. hadir dalam majlis berkenaan. Turut serta dalam majlis ini ialah penqasidah terkenal Habib Syech

https://web.facebook.com/262002785338/videos/10153997858235339/

Cuba Fikirkan! Kenapa AS dan Israel Beria-ia Kata Iran & Basyar Paling Hebat Bantu Palestine?

3 HADI SYIAH

Ramai di kalangan anak anak yg pro-Iran, pro-Bashar al-Asad dan Hizbullat telah PM kepada saya meletakkan apa yg mereka panggil fakta utk membuktikan bahawa Iran yang paling banyak membantu rakyat Palestin dan Hamas.

Pertamanya, mereka keliru antara Jihad Islami yang sememangnya pro-Iran, dengan HAMAS yang merupakan cawangan Ikhwanul Muslimin di Palestin. Malangnya kebodohan mereka ini cuba digunakan untuk menipu orang lain. Umum tahu yang Jihad Islami memang menerima bantuan Iran, malah pejuang mereka dilatih di Iran. Namun Jihad Islami BUKAN Hamas!

Keduanya, seperti juga negara-negara umat Islam yang lain, Iran juga ada membantu rakyat Palestin. Namun, bantuan mereka tidaklah layak hendak dibandingkan dengan apa yang telah Morsi lakukan sewaktu menjadi presiden Mesir utk tempoh yang singkat. Malangnya Iran dan Syiah membenci Morsi dan terlibat di dalam kempen menjatuhkan Morsi.

Bantuan dari Iran juga tidaklah sebesar bantuan dan juga usaha yang ditunjukkan oleh Turki di bawah PM Erdogan. Malangnya Iran dan Syiah juga anti-Erdogan dan mereka terlibat dalam usaha hendak menjatuhkan Erdogan.

Bantuan dan sokongan dari Qatar untuk pembangunan dan dana untuk Gaza juga tidak boleh hendak diremehkan. Begitu juga dengan Libya dan Tunisia.

Peliknya golongan pro-Iran, Hizbullat dan Bashar ini mengambil secara selektif ucapan terima kasih pemimpin Palestin kepada Iran dengan tidak melihat ucapan terima kasih pemimpin Palestin dan pemimpin Hamas kepada negara-negara lain, terutamanya Turki, Qatar dan Malaysia.

Bagi sesiapa yang pernah ke Gaza, mereka tidak terlalu pelik dengan penipuan golongan ini. Malangnya anak-anak pro-Iran, Bashar dan Hizbullat ini tidak pernah ke Gaza dan tidak pernah bertemu dengan kepimpinan Hamas. Mereka syok sendiri dengan laporan media US dan pro-Israel yang sedaya upaya mempamerkan bahawa Iranlah satu-satunya negara yang membantu Palestin dan Gaza.

Ketiganya, selepas kebangkitan rakyat di Syria, realitinya, Iran dan Hizbullat membantu Bashar membunuh rakyatnya yang majoriti Sunni. Iran juga terlibat merestui kezaliman Bashar dan Hizbullat ke atas para pelarian Palestin di kem pelarian Yarmouk.

Sikap Bashar inilah yang telah membuatkan kepimpinan Hamas di Syria terpaksa memindahkan HQ Hamas dari Damsyik ke Doha. Ini semua fakta yang umum tahu.

Mengapakah fakta ini pihak pro-Iran, pro-Bashar dan pro-Hizbullat di Malaysia cuba sembunyikan?

Kelima, apa yang pasti, Iran bukanlah satu-satunya negara Islam yang membantu Palestin seperti yang sering dicanangkan oleh US dan Israel…dan pengkagum Iran, Bashar dan Hizbullat di Malaysia.

Malah usaha rakyat Malaysia dan kerajaan Malaysia di dalam isu Paleatin da Gaza pun tidak boleh dipandang remeh. Kesemua NGO dari Malaysia yang terlibat membantu rakyat Palestin adalah NGO sunni dan tiada NGO Syiah atau pro-Iran….(jika ada, siapa ya?)

Cuma saya pelik mengapa rakyat Malaysia yang pro-Iran, pro-Bashar dan Pro-Hizbullah tidak mengiktiraf jasa rakyat dan kerajaan Malaysia di dalam isu Palestin?

Apakah kerana mereka Sunni?

Rasanya perlu diselidiki apakah kesetiaan pengkagum Iran di Malaysia ini kepada tanah airnya Malaysia kah, atau kepada Iran dan Bashar?

Amat jelek mendengar golongan ini mendewa-dewakan Iran, Bashar dan Hizbullat, tetapi memandang rendah negara sendiri, malah memburukkan nama Malaysia sendiri sebagai sebuah negara majoriti Sunni…

Kategori Berita:

MEMORANDUM Majlis Syiah Malaysia Kepada Yang DiPertuan Agong Malaysia

Syiah Melayu Mahu Agung Iktiraf Mereka.

MUJAHID DAN SYIAH

MEMORANDUM

MAJLIS SYIAH MALAYSIA

o 10-12, Jalan 4/4C, Desa Melawati, 53100 Kuala Lumpur.

 

Tarikh : 6 Jun 2011/ 5 Rejab 1432H

Kepada:-

DULI YANG MAHA MULIA,

YANG DI PERTUAN AGONG,

AL-WATHIQU BILLAH,

TUANKU MIZAN ZAINAL ABIDIN IBNI,

ALMARHUM AL-SULTAN MAHMUD AL-MUKTAFI BILLAH SHAH AL-HAJ

Melalui,

PERDANA MENTERI MALAYSIA

Y.A.B DATO’ SERI MOHD NAJIB BIN TUN ABDUL RAZAK

Pejabat Perdana Menteri,
Blok Utama, Bangunan Perdana Putra,

Kerajaan Persekutuan Pusat Pentadbiran,
62502 Putrajaya, MALAYSIA 

 

RAYUAN RAKYAT MALAYSIA BERMAZHAB SYIAH AGAR FATWA & PEWARTAAN PENGHARAMAN & KESESATAN SYIAH DIKAJI SEMULA & DIMANSUHKAN SAMADA DI PERINGKAT NEGERI & KEBANGSAAN

Dengan rasa hormatnya, seperti perkara di atas adalah dirujuk.

2. Berhubung dengan ini, patik sekalian rakyat Malaysia yang bermazhab Syiah menjunjung kasih kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri dapatlah kiranya meneliti dan menerima rayuan patik sekalian agar tidak diganggu serta ditangkap dan tidak dihapuskan. Kalau boleh patik sekalian dapat hidup dan bebas beramal seperti rakyat Malaysia yang lain. Patik sekalian bermazhab Syiah adalah minoriti umat Islam di Malaysia (200,000 – 300,000 orang), dari segi amalan tidak jauh berbeza dengan amalan umat Islam yang majoritinya bermazhab Syafie.

3. Rentetan peristiwa 15 / 12 / 2010 dimana Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) menyerbu dan menahan lebih kurang dua ratus (200) orang pengikut Syiah yang sedang berkabung mengingati kesyahidan cucunda Rasulullah s.a.w iaitu Imam Husein bin Ali a.s di salah sebuah rumah kedai di Taman Sri Gombak yang dikenali sebagai Hauzah Ar-Ridha. (Lampiran 1). Pengarah JAIS ketika itu Datuk Khusrin Munawi telah memfitnah kami pengikut Syiah kononnya, “Syiah tidak mewajibkan ibadah haji”, “Syiah mengkafirkan dan menghalalkan darah pengikut Islam yang bermazhab lain”, dan banyak lagi. Semua ini adalah tidak benar sama sekali.

4. Rentetan dari peristiwa di atas, kami telah bertemu dengan SUHAKAM (Suruhanjaya Hak Asasi Manusia) untuk mendapatkan pembelaan dan hak sebagai rakyat Malaysia mengikut Perlembagaan Persekutuan.

5. Mazhab Syiah juga telah dituduh sebagai “Bahaya” oleh JAKIM dan JAIS, dan perkara ini bertentangan dengan kenyataan Menteri di Kementerian Dalam Negeri (KDN) iaitu YB Dato` Seri Hishammuddin bin Tun Hussein bahawa, “Syiah tidak ancam negara” dan “gerakan Syiah tidak menjejaskan sama sekali keselamatan Negara” (Lampiran 2).

6. Kenyataan KDN ini benar-benar terbukti jika dinilai sejak dari tahun 1984 yang mana Syiah telah diterima sebagai mazhab Islam yang sah di Malaysia. Umat Islam Syiah di Malaysia belum pernah direkodkan membunuh atau menyerang masyarakat Islam Ahli Sunnah Wal Jamaah.1 Bahkan, Syiah sebuah mazhab yang mengutamakan kedamaian dan persaudaraan sesama Islam. Umat Islam Syiah sentiasa memandang positif dan menyambut seruan kerajaan Malaysia yang mahukan kemajuan dan perpaduan sesama rakyat (1Malaysia). Hidup 1Malaysia!! Umat Islam Syiah di Malaysia sentiasa mengimbangi dalam arena politik Malaysia. Dari sudut ekonomi, umat Islam Syiah di Malaysia tidak pernah ketinggalan ke belakang. Bahkan, mereka sentiasa berada di hadapan memacu ekonomi rakyat Malaysia tanpa mengira aliran pemikiran mazhab dan agama juga membantu Dasar Ekonomi Baru. Manakala dari sudut pendidikan, umat Islam Syiah di Malaysia juga telah bersama-sama mengambil bahagian memajukan diri mereka dan menaik-taraf pada setiap sudut bidang hingga mengatasi cendekiawan dunia antarabangsa, dan ini bertepatan dengan Dasar Pelajaran Kebangsaan yang diseru oleh pihak kerajaan Malaysia. Inilah juga ajaran dan petunjuk al-Quran, as-Sunnah dan Ahlul Bait yang dipegang dan diamalkan oleh masyarakat Islam Syiah di Malaysia dan di seluruh dunia sejak dulu sehingga kini. Seandainya ketulusan kami patik bermazhab Syiah di Malaysia ini diragui, kami, patik bermazhab Syiah rela dan sanggup untuk bersumpah laknat diri (mubahalah) sebagai bukti bahawa Kami sanggup berkorban demi kebenaran dan cinta kami kepada Agong kami, Sultan-sultan (Raja & Yam Tuan Besar) kami, Perdana Menteri kami, pemimpin-pemimpin kami, saudara-saudara kami dan negara kami Malaysia. Ini janji kami dan ini juga SUMPAH kami.

7. Demi keadilan seperti rakyat Malaysia yang lain dimana pada 9 / 3 / 2011 semasa Persidangan Parlimen telah berlaku perbahasan mengenai Syiah dimana telah berkata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Y.B Senator Mejar Jeneral Dato` Seri Jamil Khir bin Hj. Baharom, “Syiah boleh diamalkan tapi tidak boleh disebarkan” (Lampiran 3). Meskipun kenyataan menteri ini menjadi dinyatakan Di Palimen Malaysia, namun pihak JAIS tetap menyerbu kami patik sekalian bermazhab Syiah di tempat kami sendiri dan kemudian menuduh kami dengan tuduhan-tuduhan palsu dan dusta. Lebih teruk lagi, kami, patik rakyat malaysia bermazhab Syiah tidak dibenarkan atau tidak diberikan ruang untuk bersuara untuk menepis pendustaan tersebut ataupun sekurang-kurangnya mempertahankan kebenaran kami bermazhab Syiah yang berpegang kepada al-Quran dan as-Sunnah serta Ahlul Bait, samada menerusi media-massa dan cetak. Akhirnya, dusta yang disuarakan pihak JAIS menjadi hasutan, dan akhirnya kami, patik rakyat Malaysia bermazhab Syiah dicemuh dan disesatkan masyarakat kami sendiri yang termakan hasutan jahat tersebut.

8. Paling menyedihkan patik sekalian yang bermazhab Syiah sekali lagi JAIS bersama pengarah barunya iaitu Tuan Haji Marzuki bin Husin telah membuat penangkapan empat (4) orang pengikut Syiah pada 24 / 5 / 2011 semasa patik sekalian bermazhab Syiah sedang meraikan ulangtahun Puteri Rasulullah s.a.w, Fatimah Az-Zahra a.s (Lampiran 4), sedangkan rakyat Malaysia memiliki hak kebebasan meraikan Hari Ibu, Hari Bapa, Hari Kekasih (Valentine Day), Hari Wesak, Tahun Baru Cina, Hari Kkrismas dan berbagai lagi bentuk perayaan samada yang bertujuan menyanjung seseorang atau sempena kemuliaan sesebuah hari, apatah lagi hari memperingati puteri tercinta Rasul s.a.w yang digelar sebagai Penghulu Wanita di dunia dan di syurga. 2 Untuk makluman DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri bahawasanya pihak kami telah mendapat Permit dari Majlis Perbandaran Selayang dan sesalinan kepada telah dihantar oleh Majlis Perbandaran tersebut kepada pihak Polis DiRaja Malaysia (sebagaimana yang ditulis dalam Surat Permit kelulusan tersebut).

9. Demi keadilan dan kebenaran sebagai rakyat Malaysia, patik sekalian yang bermazhab Syiah menuntut kebebasan beragama menurut Perlembagaan Negara dan sebagai rakyat Malaysia yang cintakan keamanan dan perpaduan Negara – “ 1Malaysia”. Patik sekalian yang bermazhab Syiah mempunyai seramai 200,000 hingga 300,000 orang pengikut Syiah menjunjung kasih dan taat setia kepada negara yang sepertinya telah termaktub di dalam Perlembagaan dan Rukun Negara. Tiada sebarang niat untuk menderhaka kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dan Kerajaan Malaysia. Patik sekalian berharap agar kesetiaan dan kecintaan kami kekal ke anak cucu terhadap negara Malaysia.

10. Para ulama dan dunia Islam telah mengakui Syiah sebagai salah satu mazhab yang diakui sebagai Islam yang sah. Namun, ia amat berlainan sekali dengan apa yang telah berlaku di Malaysia terutamanya di Negeri Selangor diikuti JAKIM dan Majlis Fatwa kebangsaan (MFK/MKI). Penangkapan dan penyebaran fitnah dan hasutan yang menyatakan “Syiah Sesat” dan “Syiah perlu dihapuskan di Malaysia secepat mungkin” masih berlaku seperti 15 / 12 / 20103, 9 / 5 / 20114, 23 / 5 / 20115 dan 24 / 5 / 20116. Perkataan-perkataan sesat dan kafir masih kedengaran, Bukankah perkara ini telah menentang Perlembagaan Persekutuan yang telah memberikan hak kebebasan beragama kepada rakyat Malaysia dan KDN mengatakan “Syiah tidak mengancam keselamatan negara”.

11. Patik sekalian yang bermazhab Syiah ingin mendapat penjelasan kukuh dari pihak Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK/MKI) berkenaan fatwa MFK/MKI yang dikeluarkan pada tahun 1984 yang mengakui Syiah sebagai ajaran Islam yang sah di Malaysia, telah dimansuhkan oleh muzakarah MFK/MKI pada tahun 1996. Patik sekalian bermazhab Syiah bukan ingin mempertikaikan tetapi ingin penjelasan. Jika dinilai dari sudut keadilan dan hak, mengapa ajaran Salafi-Wahabi yang pada awalnya ditentang dan dinilai oleh MFK/MKI sebagai ajaran yang memecah-belah umat Islam khususnya di Malaysia yang telah diperbincangkan mengenainya sebanyak sembilan (9) kali dari tahun 1985 sehingga tahun 2003 oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan, namun telah diterima7 sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah? Jika ajaran Salafi-Wahabi diterima sebagai Islam di Malaysia, maka mengapa tidak bagi Islam Syiah? Isu ajaran dan fahaman Salafi-Wahabi diberi peluang membuat penjelasan tetapi berkenaan Syiah, tiada seorapun wakil kami mazhab Syiah yang dipanggil untuk memberikan penjelasan. Berkenaan ajaran dan fahaman Salafi-Wahabi telah diberikan penjelasannya oleh YM Sobibus Samahah Mufti Perlis ketika ituDato’ Haji Mat Jahya bin Haji Hussin (1980-2007) yang menyebabkan Salafi-Wahabi diterima sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah di Malaysia dan negeri Perlis terkecuali dari terikat pada mana-mana mazhab empat (4) Ahli Sunnah Wal Jamaah – Hanafi, Maliki, Syafi`ie dan Hanbali -. Demi keadilan seperti rakyat Malaysia yang lain, sepatutnya patik sekalian bermazhab Syiah juga harus diberi peluang yang sama seperti pihak Salafi-Wahabi, bukan menidakkan hak kami sebagai minoriti di dalam masyarakat Islam di Malaysia dan bukan menghapuskan etnik kami.

12. DYMM Yang Dipertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, ajaran Salafi-Wahabi merupakan ajaran yang benar-benar terpesong dari ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah yang empat (4) iaitu mazhab Hanafi, Maliki, Syafi`ie dan Hanbali. Mereka menentang sifat 20 yang telah ditetapkan oleh ijma` mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah. Bahkan ajaran Salafi-Wahabi juga tidak mentakwilkan ayat-ayat al-Quran dan as-Sunnah berkenaan sifat-sifat Allah s.w.t. Mereka meyakini bahawa Allah ada tangan, kaki, pinggang, muka dan anggota-anggota lainnya seperti makhluk. Mereka juga meyakini Allah berada di langit dan di atas Arasy. (Lampiran DVD). Semua ini bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah yang menolak pentajsiman dan pentasybihan (penyerupaan) Allah seperti makhluk.

Ajaran Salafi-Wahabi juga menuduh umat Islam yang menyambut maulud Nabi, kenduri arwah, zikir beramai-ramai, menggunakan tasbih, memanggil Nabi Muhammad sebagai Saidina (Tuan), sambutan isra` mikraj, membaca tahlil untuk si mati, membaca qunut, membaca bismillah, selawat dan berbagai lagi sebagai pelaku syirik dan pembuat bid`ah yang menyesatkan. Bahkan, ajaran Salafi-Wahabi juga menghalalkan umat Islam menternak babi. Tulang dan kulit babi halal untuk dipakai dan digunakan melainkan dagingnya diharamkan makan bukan untuk dipegang.8 Dengan ini semua, pihak Majlis Fatwa Kebangsaan masih menganggap ajaran Salafi-Wahabi sebagai Ahli Sunnah Wal Jamaah, sebaliknya menentang ajaran Islam Syiah yang diakui oleh ulama dan dunia Islam sebagai kelompok Islam yang sah sebagai sesat oleh pihak Majlis Fatwa Kebangsaan, JAKIM, JAIS dan jabatan-jabatan agama di setiap negeri di Malaysia. Bahkan ketua Pengarah JAKIM, Dato’ Othman Mustafa telah menyebut bahawa Syiah perlu dihapuskan dengan segera. (Lampiran 5 )

13. DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, walaupun Islam di Nusantara kini majoriti bermazhab Syafi`ie, tetapi pada awalnya ia dipengaruhi oleh fahaman Syiah. kedatangan Syiah ke Asia Tenggara bermula semasa gabenor bani Umayyah yang zalim bernama al-Hajjaj bin Yusuf ats-Tsaqafi (695-705M). Ketika itu ramai golongan Syiah telah melarikan diri dan ada yang datang ke nusantara dan mereka menuju ke Campa9 kemudian ke pulauan Sulu, Sulawesi dan Kalimantan. Semua ini terdapat pada batu-batu nisan di mana terdapatnya kubur-kubur orang Islam. Pada abad ke-9M dan ke-12M, golongan Syiah mencapai kekuatan politik di Timur Tengah, lalu kedatangan mereka ke Asia Tenggara bertukar corak dari pelarian kepada politik. Mereka menyebarkan dakwah Syiah di dunia Islam khususnya Nusantara. Pada abad ke-10M pula berlaku penghijrahan kaum muslimin Parsi ke Nusantara seperti antaranya keluarga Lor (dari wilayah Lor di Parsi) ke Jawa Timur. Mereka mendirikan perkampungan Lorin di Gresik dan keluarga Jawani di Pasai dan keluarga Syiah di Sumatera Timur. Maka boleh dikatakan bahawa sepanjang abad ke-11M dan 12-M, Indonesia dan Nusantara dipengaruhi oleh aliran Syiah. Ini bererti, sebelum kedatangan mazhab Ahli Sunnah – yang dominan di Nusantara ini – adalah mazhab Syiah dan ia telah mempengaruhi masyarakat dan kerajaan Islam di Nusantara ini.10 Pada tahun 878M, telah berlaku pemberontakan oleh Hwang Chao yang menyebabkan hampir 10,000 orang asing (kebanyakan Arab-Islam) terbunuh. Ramai yang melarikan diri ke Semenanjung khususnya ke Kedah.

Kesan dari itu, maka amalan Islam mazhab Syiah lalu menyerap masuk ke dalam budaya dan adat penduduk setempat, antaranya mendirikan kuburan, membesarkan orang-orang alim dan wali-wali yang sudah meninggal dunia, memperingati hari kematian atau “hari hol”. Begitu juga dengan berzanji, sambutan maulud, membaca talkin, bacaan surah Yassin secara berjemaah pada setiap malam Jumaat, tahlil, sambutan Isra’ Mikraj, Nisfu Sya’ban, hari Hol, bubur Merah, bubur Putih dan banyak lagi. Semua amalan-amalan yang berasal dari Syiah ini tetap diteruskan masyarakat Malaysia sebagai amalan agama yang tidak boleh ditinggalkan, jauh sekali ditentang.

Jika dilihat perkembangan Islam di Aceh serta Nusantara, peninggalan Syiah masih ada dan sejarahnya kekal seperti Sambutan Asyura masih disambut setiap tahun di Palembang. Universiti Syiah Kuala di Aceh, Makam Habib Noh di Singapura11 dan buku-buku seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Mohammad Ali Hanafiah. Bahkan adat pepatih – disamping adat temenggong – yang masih lagi diamalkan di negeri melaka dan negeri sembilan wujud pengaruh ajaran Syiah di dalamnya. Diikuti sejarah Hamzah Fansuri yang merupakan salah seorang ulama tamadun melayu Islam juga bermazhab Syiah. Sultanul Arifin yang menjadi mubaligh kepada keislaman Parameswara juga bermazhab Syiah. Parameswara telah mengubah namanya kepada Megat Iskandar Shah.12 Bahkan sebahagian besar alat muzik diraja di Istana Melayu dari dulu sehingga kini adalah berasal dari Parsi atau Iran. Salah satu yang paling terkenal ialah Naubat atau Nobat, Nafiri dan rubab (Rebab). Tidak ketinggalan songkok yang juga berasal dari Parsi (Iran). Satu masa dahulu songkok melambangkan keparsian (justeru, ke-Syiah-an). Hari ini songkok sebagai budaya Parsi telah menyerap dan sebati sebagai budaya Melayu. Meskipun kini masyarakat Parsi telah meninggalkan budaya bersongkok, namun songkok dalam kalangan Melayu menjadi lambang kehormatan. Kanun Melayu yang terkenal susunan Tun Sri Lanang ada menghantar satu hint yang penting tentang pencinta Ahlul Bait (Syiah) di alam Melayu. Tun Sri Lanang dalam buku Hikayat Silatu Salatin telah menulis dengan sejelas-jelasnya tentang asal usul Raja-raja Melayu. Mereka adalah berasal dari darah – daging Iskandar Zulkarnain (Alexander the Great) . Mereka dari darah Parsi Syiah dan sekarang ini dikenali sebagai Iran Syiah. Menurut Persatuan Silat Kalimah Malaysia dan tertera dalam Website mereka: http://www.silat-kalimah.com, pengasas mereka adalah bernama Syeikh Abdullah Rafaei Qibrari atau Syeikh Tajred. Beliau adalah seorang pedagang dan juga seorang mubaligh Islam. Beliau berasal dari Tanah Besar Parsi dan seorang Islam yang bermazhab Ahlul Bayt (Syiah). Sultan Kedah pada waktu iaitu yang bernama Phra Ong Mahawangsa telah memeluk Islam dan menggantikan nama Baginda kepada Sultan Muzaffar Shah.

Pengaruh Parsi (Syiah) telah mencorak kemasukan Islam di alam Melayu serta Benua Kecil Siam. Pengaruh Parsi dalam tamadun Melayu jelas dapat dilihat dalam lapangan bahasa, kebudayaan dan keagamaan umpamanya kitab Taj al-Salatin13 banyak merujuk daripada kitab-kitab Parsi.14 Betapa eratnya hubungan Melayu dan Parsi terjalin sehingga sejak awal-awal lagi kesultanan Melayu sudah memakai nama Syah dari bahasa Parsi yang melambangkan kedudukan mereka sebagai raja. Ketika itu pengaruh Parsi ini juga berkembang pesat di Shahr Nuwi Ayuthiya.15

Semua ini bukti bahawa Syiah sudah lama bertapak dan berakar umbi di Malaysia ini sebelum kemasukan mazhab-mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah yang lain, diikuti fahaman dan ajaran Salafi-Wahabi yang diasaskan oleh Ibnu Taimiyyah dan Muhammad bin Abdul Wahhab.

14.Gerakan Salafi-Wahabi telah memberi penerangan yang salah kepada pihak berkuasa16 terutamanya Jabatan Agama Islam dengan niat yang jahat dan telah menghasut, mengatakan Syiah itu sesat dan perlu dihapuskan dengan apa cara sekalipun meskipun dibunuh sebagaimana yang telah terjadi di Iraq, Sri Lanka, Afghanistan, Indonesia, Thailand, Pakistan dan Bahrain. Penghapusan etnik (Genocide) yang sedang dilakukan pihak Salafi-Wahabi di dunia luar dan di Malaysia ini benar-benar merupakan salah satu jenayah berat bagi bidangkuasa undang-undang no. 26 Mahkamah Jenayah Dunia (Jurisdiction International Criminal Court) yang diasaskan pada tahun 2000. Bahkan ia melanggar undang-undang yang ditemui di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu 1948 Konvensyen tentang Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid (CPPCG)17.Bagi patik sekalian bermazhab Syiah adalah satu peristiwa hitam dan pahit untuk kami terima. Kami, patik sekalian bermazhab Syiah di Malaysia memohon ampun jika menyebut bahawa tindakan pihak JAKIM yang benar-benar mahu menghapuskan Syiah di Malaysia ini telah mengancam rakyat bukan Islam di negara ini. Pasti mereka akan berfikir bahawa, jika kelompok Islam mahu menghapuskan kelompok Islam yang lain, maka pasti tidak ada jaminan bagi agama-agama lain selain Islam – seperti hindu, budha, kristian, sikh – juga bakal dihapuskan oleh pihak Jabatan Agama di Malaysia khususnya JAKIM dan MFK/MKI.

15. Apa yang berlaku di dalam dunia Islam, ianya amat bertentangan sekali dengan apa yang berlaku di Malaysia, diskriminasi dan hak sebagai rakyat Malaysia minoriti Islam telah dinafi bahkan etnik kami mahu dihapuskan. Jika dilihat, Dunia Islam telah menerima Syiah sebagai mazhab Islam yang sah dan boleh diamalkan dan bebas untuk disebar dan dipelajari. Fatwa Mufti-mufti Mesir (yang terbaharu fatwa Dr. Ali Jum`ah), Para Ulama’ Universiti Al-Azhar, Deklarasi Amman Message 2004,18 Deklarasi OIC 199619 serta Islam Hadari 2010. (Lampiran 6 ). Merujuk kepada 26 / 12 / 2010, Perjanjian Madinah diantara Syiah, Ahli Sunnah dan Salafi-Wahabi telah dimeterai dimana Syiah telah diterima oleh semua para ulama dan Dunia Islam.

16. Melihat akan kesungguhan tindakan-tindakan yang diambil oleh pihak Salafi-Wahabi ini yang berbagai cara dengan mengadakan berbagai seminar “Bahaya Syiah” dan menggunakan media-massa dan cetak untuk memfitnah Syiah dan menghasut masyarakat sekaligus memecah-belahkan rakyat 1Malaysia dan menjejaskan keselamatan negara, maka kami, patik mazhab Syiah ini ingin DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri dapat mengarahkan kepada pihak JAKIM dan JAIS agar menghentikan provokasi terhadap mazhab Syiah serta menitah kepada pihak yang terlibat mengkaji semula fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa kebangsaan 1984 yang membolehkan Syiah di 1Malaysia yang telah dibatalkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada tahun 1996.

Patik sekalian bermazhab Syiah mengetahui bahawa wujud pengaruh Salafi-Wahabi dalam perkara pengharaman dan penghapusan Syiah ini. Ini disebabkan terdapat beberapa orang pegawai JAKIM dan JAIS yang dilihat pro kepada fahaman Salafi-Wahabi, atau kalaupun mereka bukan berfahaman Salafi-Wahabi, namun tindakan mereka sedikit sebanyak berjaya merosak dan memecah-belahkan kesatuan dan perpaduan masyarakat Islam di 1Malaysia, atau tindakan mereka menguntungkan musuh-musuh Islam (Yahudi & Nasrani) yang sememangnya mencari peluang untuk memusnahkan Islam dan umatnya dari dalam. Mereka adalah seperti Dr. Juanda Jaya (mufti Perlis), Datuk Marzuki Husin (Pengarah JAIS), Datuk Othman Mustafa (Pengarah JAKIM) dan Datuk Abdul Shukor Husin (Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan) serta pegawai-pegawai JAKIM yang lain seperti Prof. Zakaria Stapa, Dato’ Dr. Johari Mat, Datuk Khusrin Munawi (mantan Pengarah JAIS), Dr. Asri bin Abu Thalib @ Zainal Abidin (mantan Mufti Perlis), Datuk Seri Shahidan Kasim (mantan Menteri Besar Perlis). Manakala penyokong-penyokong tindakan dan agenda Nawasib samada disedari atau tidak ataupun disengaja atau tidak sengaja adalah (Dr.) Uthman El-Muhammady20, Asri Yusuf21, Rasul Dahri, Fauzi (Abu Huzaifah), Latif (Harun Embong), Husin Yee, Mohd Aizam Mas`ud, Abdullah Yasin, Arif Nazri, Dr. Azwira Abdul Aziz, Mazlee Malek, Abdul Basit Abdul Rahman (Abu Anas Madani), Ahmad Najib Abdullah, Hasliza Hasan (Berita Harian), Haryati (Metro), Fathul Bari, Kapten Hafiz Firdauz, Abu Hasan Din (bekas imam masjid negara), Dr. Aziz Hanafi, Yusoff bin Abbas22, Dr. Muhamad Rahimi Osman (UiTM)23, Fadlan Mohd. Othman24, Ruwaifi Sulaimi25, Mohd. Yaakub Mohd. Yunus26, Salahuddin27 dan lain-lain (mohon pihak berkuasa menyiasat dan mengesahkan perkara ini). Bukan sekadar api perpecahan yang Salafi-Wahabi ini tiupkan ke dalam masyarakat kita. Tetapi mereka juga adalah golongan yang membawa nama buruk kepada Islam. Jika diperhatian dari gerakan mereka bermulanya dengan pengeboman World Trade Center di New York, pengeboman di Bali, pengeboman station keretapi api di Britain, pengeboman station kereta api di Portugal, pembunuhan umat Islam di Sri Lanka sewaktu mereka menyambut Mauludi Rasul, kewujudan Jemaah Islamiyyah di Indonesia, kewujudan gerakan Al Maunah di Malaysia adalah hasil dari gerakan Salfi-Wahabi ini. Mereka golongan yang mewujudkan Islamphobia di dalam dunia masa kini. Kesannya dapat dirasakan oleh hampir semua orang Islam yang ada hubungan negara Dunia Barat terutamanya dengan negara Amerika Syarikat dan Great Britan.

17. Tindakan mereka seakan menyahut deklarasi yang pernah ditandatangani oleh 38 orang ulama Saudi berfahaman Salafi-Wahabi yang bersetuju untuk menyebarkan kepada dunia bahawa “Syiah adalah musuh Ahli Sunnah” dan “Syiah penyebar ajaran sesat” dan berbagai lagi fitnah dan pembohongan liar yang disebarkan ke seluruh dunia. Kami, patik sekalian bermazhab Syiah khususnya bimbang nama-nama yang kami sebutkan di atas akan terpengaruh dengan dakyah dan penipuan Salafi-Wahabi tersebut. Seluruh Dunia Islam sedang melihat Kerajaan 1Malaysia yang dikenali sebagai Negara Islam contoh. Syiah yang ada di 1Malaysia seramai 200,000 – 300,000 orang dan di Dunia Islam seramai 700 juta orang sedang memerhati langkah kerajaan 1Malaysia mengambil tindakan yang bijaksana bagi mengatasi masalah dan ancaman serta penghapusan etnik yang sedang dihadapi oleh umat Islam Syiah di 1Malaysia. Tindakan mereka yang pro atau menyebelahi agenda Salafi Wahabi telah melemahkan kekuatan dan Ketuanan Melayu Islam di 1Malaysia.

Ia menjadi lebih rumit akan ketegangan ini apabila, Kerajaan Saudi telah memberi peruntukan yang begitu besar kepada penuntut-penuntut 1Malaysia yang mahu menuntut ilmu di universiti-universiti aliran Wahabi-Salafi. Patik sekelian memohon agar penghantaran penuntut ke sana di kaji dan diperhalusi sebaik mungkin.

18. Untuk pengetahun DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, Syiah adalah golongan mazhab yang menjadikan al-Quran dan as-Sunnah sebagai ikutan dan pegangan ajaran mazhab. Juga menerima kepimpinan Ahlul Bait yang mengikuti Al-Quran dan As-Sunnah 100%. Gerakan yang memusuhi pencinta Ahlul Bait ini disebut sebagai Nawasib. Kaum Nawasib pembunuh imam Ali sahabat dan menantu Nabi di medan Siffin. Nawasib pembunuh imam Husein cucu Nabi di Karbala. Nawasib adalah golongan yang menyakiti Ahlul Bait dengan perkataan dan perbuatan. Syiah adalah pencinta dan pengikut ajaran Ahlul Bait sebagaimana yang telah diperintahkan Allah (Al-Quran) dan Nabi (As-Sunnah). Syiah adalah Ahli Sunnah kerana mengakui dan mengikuti kepimpinan (wilayah/mawla) Allah dan Rasul. Setelah kewafatan Rasul, Syiah adalah Jamaah yang mengakui dan mengikuti kepimpinan (wilayah/mawla) Allah, Rasul dan Ahlul Bait. Syiahlah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

19. DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri dirayu agar menitah pihak-pihak berkuasa meneliti gerakan ini di 1Malaysia dan mereka (yang telah disebutkan nama-nama di atas) yang dilihat pro kepada fahaman Salafi-Wahabi. Mereka telah menggunakan berbagai cara untuk menuduh pencinta dan pengikut ajaran Ahlul Bait yang dikenali sebagai Syiah ini sebagai sesat dan bahaya serta perlu dihapuskan dengan segera meskipun dengan cara membunuh. Mereka telah menyalah-guna kuasa mereka di Jabatan-jabatan agama, JAKIM, JAIS dan pusat-pusat pengajian tinggi (IPT). Tidak mustahil juga mungkin mereka telah menerima rasuah (moral dan / atau material) dari pihak tertentu kerana mereka-lah yang menjadi sebab pembatalan Fatwa 1984 yang mengakui Syiah sebagai mazhab Islam yang diterima di 1Malaysia. (Mohon pihak SPRM dan Cawangan Khas menyiasat perkara ini untuk pengesahan). Di sini dengan izin, patik merakamkan Peristiwa Seminar Bahaya Syiah dari sudut Aqidah, Syariah dan Negara anjuran JAIS di Peringkat Kebangsaan yang di dijalankan di Intekma Resort UiTM pada 27 / 4 / 2011 dan kemudiannya satu Seminar sepatutnya di buat di D’Plama Hotel, Ampang terpaksa di batalkan; setelah beberapa pengikut Syiah telah membuat laporan polis ke atas Seminar yang dianjurkan oleh JAIS di Intekma Resort. Mengikut maklumat yang patik sekian yang bermazhab Syiah perolehi Seminar itu di biayai oleh KEDUTAAN SAUDI sebanyak RM160,000 (Ringgit Malaysia Ribu; Satu Ratus dan Enam puluh sahaja). (Minta disiasat).

20. Adakah tindakan JAKIM, JAIS dan Majlis Fatwa Kebangsaan (MFK/MKI) akan menjejaskan nama baik 1Malaysia sebagai negara Islam contoh? Bagi pihak kami, patik sekalian bermazhab Syiah tidak mahu sama sekali nama 1Malaysia terjejas, dan Dunia Islam akan mengatakan bahawa 1Malaysia sedang mendiskriminasi, menafikan hak dan mahu menghapuskan etnik kami mazhab Syiah dengan berselindung di sebalik fatwa mufti. Apatah lagi fatwa tersebut berlanggar dengan Perlembagaan Persekutuan dan fatwa-fatwa dunia Islam, yang jelas melanggar hak kebebasan beragama bagi semua negara bertamadun dan berperadaban. Bahkan, keputusan yang salah yang sedang dilakukan oleh pihak JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan di 1Malaysia ini berkenaan isu Syiah ini mungkin bakal merosakkan hubungan politik, sosial dan ekonomi antara 1Malaysia dan negara-negara yang majoriti berfahaman Islam Syiah khususnya Iran (98% Syiah), Iraq (60% Syiah), Syria (13% Syiah), Bahrain (80% Syiah), Lubnan (45% Syiah), Afghanistan (15-19% Syiah), Pakistan (28% Syiah), Yaman (46% Syiah), Arab Saudi (10-15% Syiah), Turki (9.9% Syiah), Kuwait (20-30% Syiah), Qatar (10% Syiah), Oman (17% Syiah), UAE (15% Syiah), Myanmar (4% Syiah), Indonesia (2-3% Syiah) dan negara-negara yang lain. Tidak dilupakan negara-negara yang telah menetapkan perlembagaan negara mereka bahawa Syiah adalah salah sebuah mazhab yang bebas diamal dan dipelajari seperti Indonesia, Sri Lanka, Pakistan, Brunei, Thailand, Kemboja, Vietnam, Singapura dan lain-lain. Cukup dinyatakan bahawa Perlembagaan negara republik Iran28 – disamping negara-negara yang telah disebutkan di atas – yang telah menjadikan Syiah sebagai mazhab rasmi negara mereka, namun perlembagaan mereka juga tidak pernah sekali-kali menghalang lain-lain mazhab seperti mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Hanafi, Maliki, Syafi`ie dan Hanbali, diikuti mazhab selain Ahli Sunnah seperti Zaidiyah, Ibadhiyah dan Zohiriyah untuk mengamalkan ajaran mereka. Bahkan mereka bebas untuk diadili mengikut mazhab masing-masing. Keputusan JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan benar-benar telah mencemarkan nama baik 1Malaysia yang terkenal dengan sebuah negara yang aman dan damai meskipun berbilang bangsa dan agama, namun dalam soal hak kebebasan rakyat untuk beragama yang telah ditetapkan oleh Perlembagaan Persekutuan telah dicemari oleh pihak-pihak berkenaan.

21. Atas keperihatinan DYMM DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, kami, patik sekalian bermazhab Syiah merayu agar keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1996 yang telah membatalkan keputusan muzakarah Majlis Fatwa Kebangsaan 1984 yang mengakui Syiah sebagai Islam yang sah dan bebas untuk diamal dan dipelajari di 1Malaysia dikaji dengan teliti dan dimuzakarahkan semula. Jika fatwa MFK/MKI 1984 boleh dibatalkan oleh MFK/MKI 1996, maka tidak mustahil ia juga boleh dimuzakarahkan dan dipinda semula kembali kepada pewartaan fatwa asal iaitu Syiah diterima sebagai mazhab Islam yang sah di 1Malaysia. Kami, patik sekalian bermazhab Syiah juga memohon agar wakil kami diizinkan hadir dan duduk bersama-sama berbincang dan memberikan penjelasan yang sewajarnya berkenaan Syiah agar tidak wujud lagi salah faham dan tuduhan yang tidak berasas sebagaimana pihak JAKIM, JAIS dan MFK/MKI pernah menggunakannya dari tahun 1996 (zaman pengharaman Syiah) hingga sekarang. Inilah rayuan kami, patik bermazhab Syiah. Bahkan rayuan ini tidak bertentangan dengan hak kami yang menjadi Orang Kena Tuduh (OKT) untuk membela diri kami sendiri demi kebenaran dan kesejahteraan Islam dan umatnya, khususnya di 1Malaysia.

22. Isu perbezaan pemikiran antara mazhab-mazhab bukanlah suatu perkara yang perlu diperbesarkan.29 Seharusnya, pihak JAKIM dan jabatan-jabatan agama negeri membantu pihak kerajaan 1Malaysia dan lebih memfokuskan teknik dan cara terbaik untuk menangani isu-isu sosial yang sedang melanda masyarakat Islam di 1Malaysia. Pelbagai kes keruntuhan akhlak dilaporkan seperti pembuangan bayi, pelacuran, penyalah-gunaan dadah, pembunuhan, rompakan dan berbagai lagi jenayah yang merupakan masalah besar kepada kemajuan rakyat dan negara 1Malaysia. Pihak JAKIM seharusnya memainkan peranan utama selaku badan agama yang diamanahkan dengan cari jalan penyelesaiannya sehingga ke akar umbi agar ia dapat dihapuskan atau setidak-tidaknya mengurangkannya hingga ke paras paling minimum. Pihak JAKIM diseru agar memandang serius perkara-perkara tersebut dengan mendidik masyarakat Islam 1Malaysia agar celik al-Quran dan as-Sunnah supaya 1Malaysia menjadi sebuah negara contoh terbaik dunia Islam dan bukan Islam. Anjakan paradigma dari berbagai sudut khususnya dari sudut ekonomi perlu diketengahkan kepada masyarakat Islam 1Malaysia agar kadar kemiskinan yang lebih sinonim dituju kepada masyarakat melayu Islam dihapuskan. Lebih dianjurkan kepada pihak JAKIM dan jabatan-jabatan agama negeri yang banyak membuang masa, tenaga dan wang ringgit rakyat 1Malaysia untuk menghapuskan pengikut-pengikut mazhab Islam Syiah di 1Malaysia lebih baik bekerjasama dengan komuniti Syiah di 1Malaysia ini bersama-sama menjayakan seruan kerajaan 1Malaysia yang mahukan rakyat 1Malaysia menjadi bangsa yang bersatu – padu, maju dari sudut ekonomi dan sosial mereka.

23. Akhir kalam, kami patik bermazhab Syiah tidak mahu 1Malaysia sebuah negara yang disanjung oleh Dunia Islam terjejas disebabkan tindakan yang diambil oleh JAKIM, JAIS dan MFK kepada pengikut Syiah. Sekali lagi, kami, patik sekalian bermazhab Syiah secara telus merayu DYMM Yang Dipertuan Agong dan YAB Perdana Menteri untuk meneliti dan mengkaji semula fatwa MFK 1984 yang mengakui keIslaman Syiah dan membolehkan Syiah diamalkan di 1Malaysia. Kami patik sekalian bermazhab Syiah amat berbesar hati sekiranya dipanggil untuk memberi penjelasan sama ada secara terbuka (dialog) atau tertutup. Demi keadilan, harapan kami agar permasalahan ini diberi perhatian oleh pihak Tuanku DYMM Yang Dipertuan Agong dan Datuk Seri YAB Perdana Menteri Malaysia agar kami sebagai rakyat 1Malaysia tidak dianiaya dan keselamatan kami terjamin. Dalam masa yang sama keselamatan negara dan juga hak ketuanan melayu Islam tidak tergugat dan kekal dipertahankan. Segala jasa baik dan keperihatinan serta tindakan DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri, kami patik rakyat 1Malaysia bermazhab Syiah mendahulukannya dengan ucapan jutaan terima kasih. Semoga Allah memberkati dan merahmati DYMM Yang DiPertuan Agong, sultan-sultan, YAB Perdana Menteri Malaysia, pemimpin-pemimpin dan saudara-saudara kami rakyat 1Malaysia, sekaligus memakmurkan bumi 1Malaysia ini dengan keamanan dan perpaduan umat Islam dan rakyat 1Malaysia seluruhnya. Hidup 1Malaysia!

Daulat Tuanku! Daulat Tuanku! Daulat Tuanku!

Salam 1Malaysia kepada DYMM Yang DiPertuan Agong dan YAB Perdana Menteri dan seluruh rakyat Malaysia.

Sekian.

Yang Ikhlas

………………………………………………………….….

(Setiausaha Agung Majlis Syiah Malaysia)

Mohd Haidar bin Mohd Hashim.

+6012-9357821

Melalui / Dengan Persetujuan Presiden Majlis Syiah Malaysia.

** Bersama memorandum ini disertakan 4 buah buku sebagai rujukan kajian YDMM Yang DiPertuan Agung & YAB Perdan Menteri Malaysia

Memorandum ini di sokong juga oleh NGO-NGO lain Seperti di bawah :-

  1. Majlis Pendekatan Mazhab – Mazhab Islam Malaysia.
  2. Majlis Pembebasan Al-quds Malaysia.
  3. Persatuan Insaf Malaysia.

s/k

  1. Duli Yang Maha Mulia Sultan selaku Ketua Agama Negeri
  2. YAB Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran

(Mohon jabatan YAB Datuk mengkaji semula buku-buku teks yang menjadi silibers (sukatan) pelajaran tingkatan 5 di Malaysia berkenaan mazhab Islam Syiah yang disebut sebagai ajaran sesat dibatalkan)

  1. YB Menteri Dalam Negeri
  2. YB Menteri Hal-Ehwal Agama Islam
  3. YAB Menteri-Menteri Besar
  4. YAB Ketua-Ketua Menteri
  5. YB Sohibul Samahah Para Mufti Negeri
  6. YB Pengerusi Majlis Fatwa Kebangsaan
  7. YB Pengarah JAKIM
  8. YB Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri
  9. YB Ketua Polis Negara
  10. YB Pengarah Cawangan Khas
  11. YB Ketua Polis Negeri-Negeri
  12. YB Ketua Cawangan Khas Bukit Aman
  13. YB Ketua Pengarah SPRM
  14. PAS
  15. SUHAKAM
  16. SUARAM
  17. SHURA
  18. PUM
  19. ABIM
  20. MAJLIS PENDEKATAN MAZHAB-MAZHAB ISLAM MALAYSIA
  21. MAJLIS PEMBEBASAN AL-QUDS MALAYSIA
  22. MAJLIS PEMIKIR, CENDEKIAWAN, INTERLEK & ULAMA MALAYSIA
  23. MAJLIS PERSAUDARAAN & PERPADUAN ISLAM MALAYSIA
  24. MAJLIS AHLUL BAIT MALAYSIA
  25. PERSATUAN INSAF MALAYSIA

Carbon copy in English

  1. PBB
  2. OIC
  3. ASEAN
  4. Republik Islam Iran – menerusi kedutaan
  5. Repubilk Arab Syria – menerusi kedutaan
  6. Republik Iraq – menerusi kedutaan
  7. Kerajaan Bahrain – menerusi kedutaan
  8. UNSCR (United Nations Security Council Resolution)
  9. Amnesty International Malaysia
  10. Darul Taqrib

1 Bahkan ia diharamkan oleh mazhab Islam Syiah, melainkan dengan haknya iaitu menerusi pengadilan menerusi undang-undang yang telah ditetapkan.

2 Pihak kami tidak melanggar undang-undang ketika mengadakan jamuan kenduri tersebut. Kami diberikan permit oleh pihak polis.

3 Utusan Malaysia (Muka Depan), Berita Harian (Muka Depan), TV1, TV3, nTV7 dan TV9.

4 Harian Metro, ms 16.

5 Beria Harian ms 24.

6 Ibid.

7KENYATAAN JAWATANKUASA MAJLIS FATWA KEBANGSAAN & JAKIM MENGENAI 
AJARAN SALAFI-WAHHABIKERAJAAN MALAYSIA MENOLAK DAN MENYEKAT AJARAN SALAFI-WAHHABI BERDASARKAN:

  1. MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-12 PADA TAHUN 1985.
  2. MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-14 PADA TAHUN 1985,
  3. MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-16 PADA TAHUN 1986,
  4. MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-40 PADA TAHUN 1996,
  5. MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-42 PADA TAHUN 1997,
  6. MUZAKARAH JAWATANKUASA FATWA KEBANGSAAN KALI KE-44 PADA TAHUN 1998,
  7. MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-14 PADA TAHUN 2000,
  8. MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-20 PADA TAHUN 2002,
  9. MESYUARAT PANEL KAJIAN AQIDAH JAKIM KALI KE-23 PADA TAHUN 2003.

KESEMUA KEPUTUSAN ADALAH MENYEKAT AJARAN SALAFI-WAHHABI KERANA MENGGUGAT PERPADUAN UMAT ISLAM DI MALAYSIA.

8 Pihak JAKIM yang dikhuatiri terpengaruh dengan ajaran Salafi-Wahabi yang menghalalkan penggunaan bahan-bahan bersumber dari babi telah menyebabkan banyak aduan masyarakat Islam kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkenaan makanan-makanan yang mengandungi lemak babi (gelatin) berserakan dijual di pasaran yang berlogo halal dari pihak JAKIM. Bahkan pakaian kulit yang diperbuat dari kulit babi telah banyak dikesan di seluruh Malaysia.

9 Yang merupakan penempatan awal orang-orang Parsi.

10 Sejarah dan Tamadun Asia Tenggara, Abdur Rahman Abdullah, Utusan Publication, 2000,

11 Di Makamnya tercatat bahawa beliau bemazhab Syiah Imamiyah.

12 Shah adalah berasal dari perkataan Parsi yang bermaksud Raja atau Sultan.

13 Tulisan Bukhari al-Jauhari (ulama dan sasterawan melayu pada abad 16-17M), tahun 1603. Naskah disalin oleh Muhhamd bin Umar Syeikh Farid di Pulau Pinang pada tanggal 4 zul hijjah 1239H (31 julai 1824). Ia merupakan kitab perrtama dalam sastera melayu islam yang membicarakan masalah etika, kepimpinan politik dan pentadbiran pemerintahan. Kitab ini selesai ditulis di Aceh Darussalam pada tahun 1603M. buku ini terutama berisi petunjuk dalam menjalankan pemerintahan dan memimpin rakyat yang majmuk secara etnik, agama dan latar belakang kebudayaan.

14 Prof. Amat Johari 2006, Prakata Kamus Farsi-Melayu-Ingeris, DBP.

15 Rujuk segalanya menerusi buku Sejarah Dan Tamaddun Asia Tenggara, Abdur Rahman Abdullah, Utusan Publication, 2000, hlm 220 – 224 & 252, Pakar-pakar Fiqh, Sepanjang Sejarah, Abdullah Mustofa Al-Maraghi,hlm. 140 & Napolean and Islam From French and Arab Documents, Christian Cherfils, terjemahan dari Bahasa Perancis oleh James Gibb-Stuart, Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd, 1999, hlm 279-280.

16 Jika diperhatikan, seluruh sumber rujukan utama JAKIM dan Majlis Fatwa Kebangsaan ketika menuduh dan memfitnah Syiah, mereka telah menggunakan sumber rujukan yang memusuhi Islam Syiah dan Islam Ahli Sunnah sendiri seperti tulisan-tulisan Ibnu Taimiyah, Muhammad bin Abdul Wahhab, Ehsan Ilahi Zohir, Aali Syeikh, Bin Baz, Albani, Ibnu Utsaimin, Utsman Khamis dan ramai lagi.

17 Genocide scholars, a legal definition is found in the 1948 United Nations Convention on the Prevention and Punishment of the Crime of Genocide (CPPCG).

20 Artikel dalam Majalah Al Islam, keluaran Februari 2011.

21 Artikel dalam Majalah I, Bil 100, Februari 2011 dan Artikel pada 27 / 4 / 2011 di Intekma Resort UiTM.

22 Artikel dalam Majalah Al Islam, keluaran Februari 2011.

23 Artikel dalam Majalah I, Bil 100, Februari 2011.

24 Ibid.

25 Ibid.

26 Ibid.

27 Ibid.

28 Iran negara Islam yang majoriti masyarakat mereka adalah Syiah.

29 Kerana masalah ini telahpun diselesaikan oleh para ulama dunia Islam yang diiktiraf seperti universiti al-Azhar, mesir, OIC dan amman message.

Kategori Berita:

Apakah pandangan Mujahid Tentang Syiah Dan Ajaran Sesat Di Malaysia ?

MUJAHID DAN SYIAH

Satu sumber memberitahu, apa yang membimbangkan mereka ‘menyusup’ masuk secara lembut dengan menyertai program-program keagamaan seperti qasidah dan zikir. Selain itu, mereka juga dijemput menghadiri majlis-majlis peribadi yang membuka ruang bagi membolehkan sesuatu tarekat bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) disebarkan.

Kredit screenshot Utusan: http://mfundamentalist.blogspot.com/

 

http://www.al-ahkam.net/home/pendakwah-luar-bawa-ajaran-songsang