Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Pengundi Gombak failkan saman terhadap Azmin Ali

KUALA LUMPUR: Sekumpulan pengundi Gombak memfailkan saman terhadap Ahli Parlimen mereka, Azmin Ali, atas dakwaan penipuan dan melanggar kewajipan fidusiari (amanah), sembilan bulan selepas Langkah Sheraton yang membawa kepada tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan.
Sepuluh plaintif mahu suatu pengisytiharan bahawa Azmin, selaku Ahli Parlimen, mempunyai tugas fidusiari dan/atau pemegang amanah dalam hubungannya dengan pengundi.

Dalam saman yang difailkan Tetuan Yohendra Nadaraja di Mahkamah Tinggi minggu lepas, plaintif juga mahu suatu pengisytiharan bahawa Azmin sudah melakukan tort penipuan terhadap mereka.

Mereka juga mahu suatu pengisytiharan bahwa Azmin sudah memungkiri sumpah perlembagaan mengikut Perkara 59(1) yang dibaca bersama Jadual Keenam Perlembagaan.
Plaintif juga meminta ganti rugi dan perintah lain yang dirasakan wajar oleh mahkamah.

Dalam penyata tuntutan yang dilihat FMT, plaintif berhujah Azmin membuat representasi bahawa beliau bertanding pilihan raya pada 2018 untuk menyingkir Barisan Nasional dan pegawai awam yang korup.

Selepas itu, kata mereka, Azmin menyebabkan dan/atau menyumbang kepada peletakan kerajaan Pakatan Harapan pada Februari, dan menyertai pentadbiran Perikatan Nasional yang turut mengandungi BN, termasuk orang yang Azmin sendiri akui dituduh terlibat dalam kegiatan rasuah.
Azmin dan beberapa Ahli Parlimen PKR antara watak penting yang dikaitkan dengan krisis politik yang menyusuli pertemuan melibatkan beberapa pemimpin BN, PAS, PPBM, dan PKR di Hotel Sheraton.
Dengan peletakan jawatan Dr Mahathir Mohamad, Presiden PPBM Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan perdana menteri pada 1 Mac, dengan sokongan gabungan yang dikenali sebagai Perikatan Nasional. -MalaysiaKini

https://www.tuncarlos.com/2020/12/pengundi-gombak-failkan-saman-terhadap.html

ANCAMAN ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA

1 MENTERI LGBT SEMALAYSIA1 AKHLAK BURUK EMOSI ROSAK

ANCAMAN ISLAM LIBERAL DI MALAYSIA

OLEH: DR RIDUAN MOHAMAD NOR

Normalisasi dosa adalah usaha terancang musuh Islam agar ummat Islam merasa remeh akan perlakuan maksiat dan mungkar. Muncul ilmuan palsu ,bahkan pemimpin yang membawa naratif baharu seputar dosa peribadi dan dosa awam. Penulis dan rombongan pemuda pernah diingatkan oleh almarhum Ust Husein Umar diawal milinea 2000..”awas kamu anak muda Malaysia,,serangan Islam Liberal akan menyergap kamu..kena hati-hati dengan gerakann licik mereka…”ujar sosok terkenal Indonesia itu. Beliau Ketua Umum Dewan Dakwah Islamiah Indonesia, panjang pertemuan kami dengan beberapa lagi figura dakwah dan gerakan Islam Indonesia. Kini semuanya telah kembali mengadap Tuhan, A.M Fatwa, Dr Sumargono, Husein Umar dan lain-lain tokoh. Penulis melihat fenomena yang menaufan Malaysia dan Inonesia ini tak jauh drp ingatan Pak Husein Umar, ancaman Islam liberal atau neo muktazilah yang sedang mencabar akal kita semua.

CIRI-CIRI FAHAMAN ISLAM LIBERAL

● Mereka menganut Fahaman Pluralisme

Iaitu fahaman yang menyatakan bahawa semua agama adalah sama yakni benar belaka. Orang Islam tidak boleh meyakini bahawa hanya agama Islam sahaja yang benar. Sebaliknya mereka hendaklah mengiktiraf agama lain juga benar dan betul. Urusetia Jaringan Islam Liberal, Ulil Abshar Abdalla dalam Majalah Gatra (Indonesia) keluaran 21 Disember 2002 menyatakan: “Semua agama sama. Semuanya menuju jalan kebenaran”.

Dengan fahaman inilah, maka lahirnya Ideologi Pancasila di Indonesia. Darinya juga, penganut Fahaman Islam Liberal menyeru agar dibenar perkahwinan campur antara agama kerana semua agama adalah benar dan betul dan perkahwinan sebegini sememangnya telah diamalkan di Indonesia menunjukkan kejayaan besar golongan Islam Liberal di sana. Di Malaysia, penularan Fahaman Pluralisme dapat dilihat dalam kes-kes berikut:

a. Sambutan Kongsi-Raya iaitu menyambut perayaan agama secara bersama-sama di antara agama-agama di Malaysia (Islam, Hindu, Cina dan Kristian). Sekalipun telah ditegur oleh Mufti dan Para Ulama dalam Muzakarah Ulamak 2006 (13 Jun) di Perak sebagai bertentangan dengan Islam, namun golongan Islam Liberal menolak pandangan Mufti dan Ulama-ulama tersebut dan menuduh mereka jumud, kolot atau berpemikiran tertutup; dan

b. Kerana terpengaruh dengan Fahaman Pluralisme inilah maka beberapa Menteri Muslim dan sebuah NGO Muslim (iaitu Sisters In Islam) telah turut menyokong penubuhan InterFaith Council (IFC) atau Majlis atau Suruhanjaya Antara Agama-agama. Suruhanjaya Antara Agama ini dicadangkan oleh MCCBCHS atau Majlis Kristian Buddha Hindu dan Sikh Malaysia melalui memorandum yang telah dihantar ke Majlis Peguam pada 21 Ogos 2001.

● Mendesak agar diberikan hak kebebasan murtad untuk penganut Islam di Malaysia

Dalam isu murtad – seperti kes Lina Joy (yang nama asalnya Azlina Jailani), golongan Islam Liberal di Malaysia antara yang mendesak agar penganut Islam diberi hak untuk murtad dari agama (Islam) tanpa sebarang tindakan undang-undang dan tanpa tertakluk dengan keputusan Mahkamah Syariah.

● Ayat-ayat al-Quran perlu ditafsir semula agar selari dengan peredaran zaman

Menurut golongan Islam Liberal, al-Quran perlu ditafsir semula tanpa terikat dengan tafsiran Ulama terdahulu. Tafsiran Ulama terdahulu telah jauh ketinggalan dan tidak sesuai lagi untuk zaman sekarang. Dalam mentafsir al-Quran tidak perlu terikat dengan ilmu Asbabun-Nuzul, Nasikh wal Mansukh, tafsiran Rasulullah, para Sahabat dan Ahli-ahli Tafsir terdahulu. Memadai menurut mereka tafsiran itu menepati logik akal dan rasional.

“Semua umat Islam perlu kembali kepada asas-asas Islam dengan menolak tafsiran klasik (lama) yang telah ketinggalan zaman. Kepada umat Islam, kita menyeru supaya digerakkan usaha-usaha membuat tafsiran al-Quran berdasarkan kaedah saintifik”.

(Kassim Ahmad, 12 Oktober 2000, News Straits Times)

Jelasnya, golongan Islam Liberal mengajak umat Islam kepada penafsiran ayat-ayat al-Quran berdasarkan ilmu akal semata-mata. Kerana itu mereka awal-awal lagi telah menolak Hadis Nabi yang bermaksud:

“Sesiapa yang mentafsir al-Quran dengan akal fikirannya semata-mata, maka sediakanlah tempat duduknya dari api neraka”

Dengan mendakwa Hadis tersebut bercanggah dengan al-Quran yang menyeru manusia supaya berfikir, merenung dan menggunakan akal.

● Mempertikai Syariat Allah dan hukum-hakam fiqh dengan hujah rasional

Pada pandangan mereka hukum Syariat Islam adalah ciptaan Ulama dan Fuqaha. Oleh itu, mereka menganggap Syariat Islam tidaklah suci secara sepenuhnya dan ia terdedah kepada penilaian semula dan kritikan termasuklah Hukum-hakam Syariat yang Qatie. Antara Hukum-hakam Syariat yang menurut pandangan mereka perlu dinilai semula ialah:

a. Hukum Faraid yang tidak sama rata antara lelaki dan wanita;

b. Keharusan poligami bagi lelaki;

c. Kewajipan bertudung kepala ke atas wanita;

d. Hukuman bunuh ke atas orang murtad;

e. Hukum jenayah Hudud yang menurut mereka adalah pengaruh budaya Arab Jahiliyah;

f. Larangan wanita daripada menjadi pemimpin termasuklah dalam solat;

g. Hak mutlak suami untuk mencerai isteri;

h. Larangan perkahwinan antara orang Islam dan bukan Islam; dan

i. Undang-undang moral agama yang dikatakan melanggar hak asasi dan kebebasan manusia.

Demi menjayakan hasrat mereka itu maka mereka menyeru kepada pembaharuan fiqh secara bebas tanpa perlu merujuk kepada Ulama dan disiplin ilmu Usul Fiqh. Golongan Islam Liberal menolak autoriti Ulama dalam bidang agama. Mereka amat menekankan kebebasan berpendapat bahawa sesiapa sahaja berhak bercakap tentang agama.

● Menolak penguatkuasaan undang-undang moral agama

Golongan Islam Liberal menentang penguatkuasaan undang-undang moral berteraskan agama kerana menurut mereka undang-undang tersebut melanggar kebebasan dan hak asasi manusia.

Sebagai contohnya, tindakan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) suatu ketika dulu menahan para pengunjung Islam di Pusat-pusat hiburan telah mendapat bantahan keras dari Sisters In Islam dan 50 NGO yang lain.

Mereka telah mengemukakan memorandum kepada pihak kerajaan supaya tidak menggunakan pendekatan undang-undang untuk mengawasi akhlak rakyat kerana tindakan itu dianggap bercanggah dengan hak asasi manusia.

Malah dalam satu kenyataannya SIS meminta pihak kerajaan agar membubarkan semua undang-undang agama yang menghalang rakyat daripada mengecapi hak asasi peribadi dan bersuara.

Malahan pertubuhan itu juga tidak bersetuju dengan apa cara dan usaha menggunakan undang-undang untuk memelihara iman seorang Muslim. Hal ini kerana persoalan yang berkaitan dengan moral dan agama dianggap sebagai hak peribadi dan kebebasan tersebut tidak seharusnya dikawal dengan menggunakan kuasa perundangan.

Pasca PRU14 ini akan menyaksikan banyak tuntutan kelompok pendukung Islam Liberal dan Pluralisme agama akan digemakan. Riak-riak kepongahan mereka semakin menyerlah, kerana turut merasakan mereka turut memberikan sumbangan kepada kemenangan PH baru-baru ini.

Umat Islam mestilah mengambil cakna perkembangan semasa yang berlaku, menularkan fahaman neo-Muktazilah yang akan mengganggu kelestarian agama Islam dan penganutnya. Ahzab moden sedang mengepung umat ini daripada segenap penjuru, dengan senjata fitnah mereka.

Bangkitlah wahai umat!

(Penulis ialah AJK PAS pusat, Pengerusi LESTARI)

Liberalisme, Kesesatan Yang Menyesatkan (BERSARANG DALAM KERAJAAN PINTU BELAKANG)

1 MENTERI LGBT SEMALAYSIA

Liberalisme, Kesesatan Yang Menyesatkan

https://t.me/FauziAsmuni

Liberalisme bukan kebebasan individu seperti yang sering didakwa, kerana pejuang liberalisme bermati-matian berkempen agar perempuan muslimah menanggalkan tudung dan tidak berkhatan.

Liberalisme juga bukan memberi ruang kepada orang ramai mengemukakan pandangannya, kerana pejuang liberalisme bertindak nekad menghalang Zakir Naik dari membentangkan kajiannya tentang perbandingan agama.

Liberalisme juga bukan bererti menghormati akal manusia, kerana pejuang liberalisme membenarkan dua lelaki beraksi seperti suami isteri walaupun akal yang waras tidak boleh menerimanya.

Liberalisme bukan juga kebebasan dalam aktiviti ekonomi, kerana pejuang liberalisme sentiasa menyuburkan amalan monopoli dan membunuh peniaga kecil.

Liberalisme juga bukan bererti meraikan kepelbagaian budaya dalam masyarakat, kerana golongan liberal pernah beberapa kali mempertikaikan azan dan budaya korban yang dilakukan oleh umat Islam di sini.

Liberalisme adalah penolakan wahyu (kehidupan berdasarkan kehendak Tuhan) dan menjadikan kehendak manusia sebagai tuhan.

Jika ada golongan liberal mengaku bahawa mereka tidak menolak akidah Islam dan masih solat lima waktu, sebenarnya mereka menerima sebahagian ajaran Islam dan menolak sebahagian yang lain. Yang diterima hanyalah apa-apa yang tidak bertentangan dengan liberalisme. Mereka mengucap dua kalimah syahadah tapi mereka juga membenarkan murtad. Mereka memakai atar di masjid, tetapi mereka juga senyum membiarkan diri diperasap dan dicalit nandek di kuil.

Jika mereka mengaku bahawa mereka cuma memberikan kebebasan bersuara kepada golongan lgbt dan golongan songsang yang lain, jangan percaya. Apabila mereka memerintah, mereka akan membiarkan lgbt diamalkan tanpa sekatan undang-undang dan bukan setakat membenarkan mereka bersuara sahaja.

Golongan liberal adalah penyokong kepada tuntutan Comango. Fahamilah cara fikir mereka melalui tuntutan mereka itu.
– untuk bacaan lanjut sila rujuk http://journalarticle.ukm.my/14023/1/IJIT-Vol-15-June-2019_4_35-43.pdf

Mereka petah berbicara tapi dalam setiap bicaranya terhidu bau yang amat busuk kerana lahir dari batin yang telah rosak. Penampilannya kemas, tapi tersembunyi di belakangnya moral yang rosak.

اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه
وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
“Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran sebagai kebenaran dan kurniakan kami agar menurutinya
Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan sebagai kebatilan dan kurniakan kami menjauhinya.”

 

Kekeliruan Liberal Tentang Hukum Murtad – Siti Kassim Dan Menteri LGBT Sudah Bersatu.

1 MENTERI LGBT SEMALAYSIA

 

Kekeliruan Liberal Tentang Hukum Murtad
===============
1. Kumpulan bekas penjawat awam kanan, G25 mengkritik undang-undang murtad, dengan mengatakan bahawa keputusan seorang Muslim untuk keluar agamanya adalah perkara antara individu itu dengan Tuhan. Menurut laporan FreeMalaysiaToday, mereka menyatakan bahawa tiada hukuman yang diperuntukkan di dalam al-Quran.

2. Ini adalah kekeliruan yang jelas oleh golongan yang berfikiran liberal yang memperjuangkan hak kebebasan individu. Hukuman murtad ini telah termaktub di dalam al-Quran dan hadith. Sarjana Muslim berhujah dengan ayat 74 dari Surah al-Taubah yang menjelaskan bahawa mereka yang kafir akan dikenakan azab di dunia. Menurut al-Imam Ibn Kathir, “azab di dunia” yang dimaksudkan ini adalah (mereka yang murtad) akan dihukum bunuh di dunia. Al-Imam al-Tabari dan al-Qurtubi turut memberikan makna yang sama seperti ini.

3. Di dalam hadith pula, hukuman terhadap murtad sangat jelas. Rasulullah bersabda:

مَنْ بَدَّلَ دِينَهُ فَاقْتُلُوهُ

“Barangsiapa yang menukar agamanya, maka bunuhlah dia.” (HR al-Bukhari)

4. Hukuman ini pernah dilaksanakan secara praktikal di zaman Rasulullah. Rasulullah mengutuskan Abu Musa al-Asy’ari dan Muaz bin Jabal sebagai pemerintah di Yaman. Apabila Muaz tiba di Yaman, dia diadukan tentang seorang Yahudi yang murtad. Mendengar perkara ini, Muaz lantas berkata:

لا أجلس حتى يقتل، قضاء الله ورسوله ـ ثلاث مرات ـ فأمر به فقتل

“Aku tidak akan duduk sehinggalah dia dibunuh atas hukuman yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul. Maka lelaki tersebut diperintahkan agar dibunuh. (HR al-Bukhari).

5. al-Imam al-Darqutni pula meriwayatkan kisah di mana seorang perempuan telah murtad di zaman Rasulullah. Perkara ini diceritakan oleh Jabir ibn Abdullah. Kata beliau:

أنَّ امرأة يُقال لها أُم مروان ارتدت فأمر النبي صلى الله عليه وسلَّم بأنْ يُعرَض عليها الإسلام فإنْ تابت وإلا قتلت، فأبت أنْ تُسلِم فقتلت

“Seorang wanita dikatakan Namanya Ummu Marwan telah murtad di zaman Rasulullah. Maka Rasulullah mengarahkan agar diajak (dan diterangkan kepadanya) tentang Islam. Sekiranya dia bertaubat (maka akan dilepaskan) dan sekiranya tidak maka dia akan dibunuh. (Apabila diajak kembali kepada Islam), perempuan tersebut engkar lalu dia dibunuh. (HR al-Darqutni dan al-Bayhaqi).

6. Hukuman bunuh ke atas murtad ini adalah hukum yang ditentukan di dalam al-Quran dan hadith. Rasulullah, para sahabat serta pemerintah Islam di zamannya turut mengamalkan perundangan yang sama.

7. Mempertikaikan sesuatu yang telah ditentukan oleh Allah dan Rasul adalah refleksi kepada keimanan kita terhadap Allah dan Rasul ini.

Semoga Allah membimbing kita semua.

“M4ti Akibat C0vid19 Syahid Akhirat,Kata Hadi Awang”- Tolong benarkan mereka ini m4tl, Saya ingin menggesa kerajaan untuk memenuhi hasrat Hadi Awang dan para pengikutnya – Siti Kassim

BERSAMA MENOLAK AMALAN LGBT-HAJI MAHFUZ OMAR

22 UMNOPAS57 PH45 PH46 PH52 PH50 PH

Kenyataan Media
*BERSAMA MENOLAK AMALAN LGBT*
1. Insiden himpunan menuntut hak bagi kumpulan LGBT di Kuala Lumpur kelmarin adalah satu tragedi yang sangat mengejutkan kita rakyat Malaysia.
2. Sepanjang kita merdeka hampir 62 tahun, tidak pernah terjadi tuntutan terbuka sedemikian.  Pelik tapi itulah hakikatnya apabila *tiada penegasan dibuat selama ini oleh pihak berwajib*.
3. *AMANAH menolak tuntutan kumpulan* ini untuk membenarkan pengamalan dan pengiktirafan budaya Lgbt dimana ianya bertentangan dengan agama Budaya Dan nilai diri.
4. Sesuatu yang amat malang bagi rakyat Malaysia apabila budaya ini cuba dicangkirkan atas nama hak asasi manusia. *Islam mengiktiraf hak asasi manusia namun ianya mesti selari dengan budaya dan tuntutan naluri sejagat*.
5. Perlembagaan Malaysia mengiktiraf hak rakyatnya. Namun *hak-hak rakyatnya mempunyai had mengikut kerangka budaya resam serta agama*.
6. LGBT bukan sahaja bertentangan dengan agama, bahkan ianya juga *bertentangan dengan budaya dan sistem nilai kemanusiaan samada di timur mahupun di barat*. Tidak ada satu agama pun di dunia ini yang mengiktiraf LGBT.
7. Saya menyeru kepada seluruh rakyat Malaysia untuk *menolak dan menangani isu dan budaya ini secara hikmah dan sihat tanpa mengorbankan keamanan dan perpaduan rakyat*.
8. Usaha Dan ikhtiar perlu dilaksanakan oleh kita semua dalam *mendidik dan membimbing rakyat akan kesan kerosakan daripada pengamalan budaya LGBT ini*. Sistem pendidikan perlu diperkasakan, masyarakat perlu *berganding bahu tanpa mengira agama bangsa dan status dalam bersama-sama mencorak negara Bangsa Malaysia yang bertamadun diukir dengan nilai akhlak dan jati diri yang luhur*.
9. Saya dan AMANAH *berdiri teguh dengan penegasan YAB Tun Mahathir Perdana Menteri Malaysia bahawa tiada tempat untuk menerima dan mengiktiraf budaya LGBT di Malaysia* dan kerajaan menolak pengamalan dan budaya LGBT dalam negara ini.
10. *Syabas kepada kerajaan Pakatan Harapan* kerana pendirian tegas tersebut menyebabkan pendokong dan penyokong LGBT membuat demonstrasi menuntut hak mereka dimana ianya tidak pernah berlaku sebelum ini *di zaman BN kerana tiada penegasan dibuat sebelum ini*.
11. Ayuh rakyat Malaysia kita dokong dan bersama-sama kerajaan Malaysia *mempertahankan KESOPANAN Dan KESUSILAAN rakyat melalui budaya hidup sihat dan normal*.
*HAJI MAHFUZ OMAR*
Naib Presiden AMANAH
Ahli Parlimen Malaysia Pokok Sena
3pm 10 Mac 2019/2 Rejab 1440H
Putrajaya.
Pautan berkaitan :

Cegah kemungkaran LGBT sebelum jadi fenomena

SALAH satu bab yang penting dalam tajuk Maqasid Syariah ialah Saddu Zaraik ( سد الذرائع ). Berdasarkan dalil spesifik dan analisis induktif keseluruhan al-Quran dan as-Sunnah, jelas sekali Syariah mempunyai tabiat dan sifat untuk membendung dan mencegah maksiat sebelum ianya terjadi.

Bukan sahaja Syariah menghendaki pintu-pintu kejahatan ditutup, malah pintu-pintu kebaikan hendaklah dibuka, atau disebut sebagai Fathu Zaraik ( فتح الذراىع ).

Sehubungan itu, Maqasid Syariah menghendaki kita mencegah kemungkaran LGBT sebelum menjadi fenomena.

Kawanan Gay dan Lesbian hendaklah dikumpulkan dan diberi rawatan. Bagi yang masih berdegil maka hendaklah dihukum, bertujuan supaya orientasi seks yang dilaknat Allah ini tidak merebak dan dianggap normal oleh umat Islam.

Saya tersangat yakin majoriti umat Islam masih lagi sejahtera keislamannya dan mengira Gay dan Lesbian itu songsang, perlu dirawat dan perlu dihukum jika berdegil.

Tetapi kerajaan hari ini, yang menang atas undi tonggak orang-orang bukan muslim -yang tidak kisah pasal hukum Islam dalam isu LGBT- serta puak liberal bersama anak-anak muda jahil tapi bersemangat untuk menjatuhkan kerajaan kleptokrasi Najib, (kerajaan seperti ini) adakah mampu berbuat sesuatu untuk mencegah maksiat dilaknat ini?

Pada hari ini, fenomena Gay semakin menyerlah, semakin berani, melalui media sosial, terutamanya twitter. Individu yang menganjurkan majlis untuk golongan Gay pun mahu diangkat sebagai pegawai menteri. Itu tidak termasuk pejuang LGBT yang diangkat sebagai ahli Parlimen. Bahkan banyak jika mahu disenaraikan.

Tidakkah semua itu sudah mencolok mata menteri? Tidakkah itu sudah cukup untuk dilakukan tindakan-tindakan pencegahan berdasarkan Maqasid Syariah?

Sesiapa sahaja boleh mengambil pendekatan liberal yang dengan sendirinya memangkinkan pejuang liberalisme (Syiah, LGBT, ajaran sesat pun tumpang dua tiga kaki) di negara ini, untuk menang pilihanraya, jika itulah keputusan mereka.

Tetapi mengangkat slogan Maqasid Syariah sambil membawa pendekatan liberal (yang memangkinkan pejuang liberalisme, syiah, LGBT, ajaran sesat dan sebagainya), adalah satu tindakan menjual agama.

Jelas terbuktilah bahawa NUNJI yang mengangkat slogan Maqasid Syariah hanyalah “political”, muslihat yang tiada kejujuran di sebaliknya, kempen politik yang tiada upaya melaksanakannya.

Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman

http://www.indahnyaislam.my

—-—

Sumbangan ikhlas untuk dakwah Indahnya Islam:

https://www.billplz.com/indahnyaislam

MYDAKWAH RESOURCES
5628 3464 5315 (Maybank Islamik)

 

Maqasid Syariah: Cegah kemungkaran LGBT sebelum jadi fenomena