Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Kerajaan perlu guna media rasmi ubah persepsi negatif

 

KUALA LUMPUR, 22 NOV: Kerajaan Persekutuan diterajui Pakatan Harapan (PAKATAN) disaran menggunakan media rasmi milik mereka dengan sebaiknya, kata pengamal media, Nazri Kahar.

Beliau yang juga editor di sebuah agensi media terkenal di negara ini berkata, seharusnya kerajaan yang sudah memerintah hampir dua tahun itu menggunakan sepenuhnya media dari Pertubuhan Berita Nasional (BERNAMA) dan Radio Televisyen Malaysia.

“Saya lihat media ini masih tidak membawa agenda kerajaan dan tidak menjawab salah faham rakyat terhadap Kerajaan PAKATAN.

“Ia termasuk isu kontroversi mengenai kononnya DAP mendominasi kerajaan, subsidi yang dipotong serta agenda nasional mengenai perumahan.

“Persepsi ini masih tidak dapat dijelaskan sehingga dilabelkan sebagai gagal,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika sesi pembentangan pada Seminar Pasca Pilihan Raya Kecil Tanjung Piai anjuran ILHAM Centre di Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, di sini, hari ini.

Turut sama membentangkan hasil kajian ialah Ketua Penyelidik ILHAM Centre, Dr Mohd Yusri Ibrahim; Felo ILHAM Centre, Prof Madya Dr Hamidin Abd Hamid; Pengarah Eksekutif SAUDARA, Lim Hong Siang dan Wartawan Malaysian Insight, Cham Kok Leong.

Pada 16 November lalu, Barisan Nasional (BN) berjaya merampas kembali kerusi Parlimen Tanjung Piai daripada PAKATAN dengan majoriti besar 15,086 undi.

Wee Jeck Seng (BN) mendapat 25,466 undi, menewaskan pencabar terdekat daripada PAKATAN, Karmaine Sardini (10,380 undi).

Nazri Kahar melontar pandangan ketika sesi pembentangan ketika Seminar PRK Tanjung Piai di Universiti Malaya, Petaling Jaya pada 22 November 2019. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI

Kerajaan perlu guna media rasmi ubah persepsi negatif

BMF : ANTARA BAJA KELUARAN NAFAS DAN MINYAK SAJI KELUARAN FELDA

1 MAKAN HARTA HARAM1 HADI SYAITAN1 NAJIB MENYUSAHKAN RAKYAT

BMF : ANTARA BAJA KELUARAN NAFAS DAN MINYAK SAJI KELUARAN FELDA..

Tadi aku baca hampir semua portal PAS.. FB Pemimpin PAS meletakkan tajuk Skandal 1.4 Billion NAFAS, Begitulah jahil dan jahatnya PAS, Wajarlah mereka ini digambarkan sebagai BMF (BARUA MCA FIRST)..

Kalau Wee Ka siong Bangkitkan tender NAFAS tu dia tak Bodoh, Sebab dia cuba bangkitkan sentimen kelompok Kapitalis Cina..Sokong Kilang2 Cina yang boleh berikan Harga yg lebih murah, Tapi ada Pemimpin PAS seperti Tuan Ibrahim, MP Pendang jadi Alat Wee Ka Siong.. Kononnya nak Jadi hero Ummat Islam.. akhirnya Jadi Alat dan barua MCA..

Kalau MP PAS nak berpolitik, Study Lah Dulu.. Kalau IQ tu terlalu rendah, mari aku fahamkan dalam bahasa yang mudah, Baja keluaran NAFAS tu Ibarat Minyak Masak Saji Keluaran FELDA.. Jika dalam FELDA itu ada kepentingan beratus ribu feneroka FELDA.. Begitu Juga Nafas ada Kepentingan 900 ribu Peladang, Boleh kata 99%nya adalah Melayu dan Bumiputera..

Kalau Diibaratkan Baja itu seperti Minyak Masak Saji, Salah ker Kalau Kerajaan beli minyak SAJI dengan Harga yang lebih tinggi berbanding Minyak Buruh keluaran tauke Cina ? Tujuan Kerajaan itu bagi melindungan beratus ribu Peneroka.. Begitulah dalam isu Baja.. Mana Pergi Hilangnya slogan BMF ( Buy Muslim First) PAS ?

Memang Betul, pada Awalnya Menteri Pertanian nyatakan dalam Parlimen.. Dia akan Buat Tender Terbuka.. Tapi bila mendapat maklum balas dalam parlimen termasuk kenyataan Ahli Parlimen Sunga Petani dalam sidang parlimen 2018, Johari Abdul dari PKR.. Kalau NAFAS tidak diberikan Tender seperti Kebiasaan, Bukan hanya NAFAS, Puluhan ribu Pekerja, Industri hiliran, Logistik hatta Peladang yg ada Saham di dalamnya Mengalami Kerugian.. Ramai orang melayu Kehilangan Kerja..

Bila dapat maklum balas dari semua Ahli Parlimen, NAFAS.. Adalah perlu NAFAS terus diberi Kontrak sebelum mereka mampu keluar dari Kebergantungan Kepada Kerajaan.. Sebab Tender terus ini telah dilaksanakan berpuluh tahun.. Apakah Tuan Ibrahim Begitu Jahil ? PAS begitu Jahat ?

Bagi aku Pertimbangan Menteri Pertanian Itu Betul.. Ia bagi mengelakkan Mudharat yang lebih besar kepada Agensi seperti Peladang, Pekerja Bumiputera.. hatta Hasil Zakat yang mungkin hilang dari keuntungan NAFAS.. Jadi antara Tender Terbuka yang kita akui baik, dan kepentingan umum menepati Kaedah Fiqh..

ﺩﺭﺀ ﺍﻟﻤﻔﺎﺳﺪ ﻣﻘﺪﻡ ﻋﻠﻰ ﺟﻠﺐ ﺍﻟﻤﺼﺎﻟﺢ

(Menolak mafsadah (kerosakan) didahulukan daripada mengambil kemaslahatan) …

Dalam Muamalah, Imam Syafi’ di dalam kitabnya al-Umm, diantaranya menyebut satu kaedah kesan bagi kelompok besar seperti NAFAS..itu akan memberikan kesan yang kecil..

ﺍﻷﻋﻈﻢ ﺍﺫﺍ ﺳﻘﻂ ﻋﻦ ﺍﻟﻨﺎﺱ ﺳﻘﻂ ﻣﺎ ﻫﻮ ﺃﺻﻐﺮ ﻣﻨﻪ

(apabila yang besar gugur, yang kecilpun gugur)

Bagi PAS… Biar lah jadi Jahil(bodoh).. jangan leh terlalu Jahat sampai usaha menyelamatkan agensi dan GLC Bumiputera dipolitikkan.. Inilah watak Melayu dulu yang jadi barua Komunis dan Jepun , Demi Politik..Demi kuasa sanggup Khianat orang islam.. Inilah wajah sebenar pas. Jadi alat MCA.. seperti ISIS dan Al Qaeda jadi alat US dan Israel..

Keputusan kerajaan ini tak layak dipanggil Skandal.. yang Skandal tu Duit Tabung Amanah Pencen(KWAP) RM 2 Billion yang Najib Bagi kepada Cina Gemuk Jho Low.. Ini yang Tuan Ibrahim dan dan PAS puas hati dulu..

Jauhilah Kelompok Asahbiyah Kahwarij seperti PAS dan MCA…

Ipohmali

Jumaat 22 Nov 2019

Pemimpin DAP buat laporan polis terhadap Najib

GEORGE TOWN – Ahli Parlimen Jelutong R.S.N Rayer hari ini membuat laporan polis terhadap bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung pemecatan bekas Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail dan bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Julai 2015.

Rayer mendakwa selain pemecatan itu, Najib turut membuat rombakan besar-besaran terhadap beberapa agensi kerajaan seperti Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, Bank Negara Malaysia dan Jabatan Audit Negara.
“Saya ada membaca satu artikel oleh Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Lim Kit Siang yang menggesa polis menjalankan siasatan berhubung tindakan Najib memecat serta merombak pegawai-pegawai kerajaan pada Julai 2015.

“Berikutan gesaan dibuat beliau (Lim Kit Siang), saya terpanggil untuk membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan kerana jika tiada laporan polis, pihak berkuasa (polis) tidak boleh menjalankan siasatan,” katanya kepada pemberita selepas membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut, di sini.
Ketua Polis Daerah Timur Laut Asisten Komisioner Che Zaimani Che Awang ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan polis dibuat Anggota Parlimen Jelutong berkenaan. – Bernama
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/31027/BERITA/Nasional/Pemimpin-DAP-buat-laporan-polis-terhadap-Najib?utm_source=izooto&utm_medium=push_notifications&utm_campaign=Pemimpin DAP buat laporan polis terhadap Najib&utm_content=&utm_term=
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf