HAJI HADI SESAT ? – JAKIM

Pewartaan JAKIM – Amanat Hadi Sesat :

Ahli PAS mempertikaikan kerana masa diwartakan , dibawa ke majlis Muzakarah Fatwa Kebangsaan dan diperkenan oleh Majlis Raja Raja Melayu – sebanyak 2 kali Amanat Hadi digazetkan sebagai sesat pada tahun 1984 dan pada tahun 2002 kerana alasan serta dalil diberikan oleh ahli PAS adalah kerana PM pada waktu itu adalah Tun M.

Ok..sekarang PM adalah TSMY dan Hadi, Takiyuddin, TITM dan beberapa pemimpin PAS lagi adalah kerajaan campuran pada hari ini..

Batal ler pewartaan JAKIM tersebut, usulkan lah kpd Majlis Fatwa Kebangsaan dan Majlis Raja Raja Melayu..

Susah ker? Dulu bila pembangkang menyalak kata tak diberikan peluang untuk jelaskan Amanat Hadi.. sekarang?

Siswa Dakwa Program Hadi Ditangguh Kerana Tekanan KPM – PH Tidak Mampu Menyampaikan Kebenaran.

Universiti Putra Malaysia (UPM) didakwa mendapat tekanan daripada Kementerian Pendidikan selepas menangguhkan program yang sepatutnya dihadiri oleh Presiden PAS Abdul Awang di universiti itu.

Menurut ahli Majlis Perwakilan Pelajar UPM, Arman Usman, program yang sepatutnya berlangsung malam tadi ditangguhkan tanpa sebab yang kukuh.

“Perkara ni pun hasil daripada beberapa desakan dari pihak naib canselor sendiri, (yang) ditekan oleh pihak belakang.

“Jadi disebabkan NC (naib canselor) sendiri menyeru supaya kita menangguhkan program ini. Disebabkan sekatan-sekaran di belakang dari pihak kementerian sendiri,” katanya kepada Malaysiakini.

Beliau ditanya sama ada mereka telah mendapat penjelasan lanjut daripada naib canselor universiti itu berhubung penangguhan tersebut.

Arman berkata demikian selepas program “Solidariti Buat Kebebasan Akademik yang Telah Mati” di Dewan Kolej Pendeta Za’ba, UPM malam tadi.

Pada 18 November, setiausaha politik Abdul Hadi, Syahir Sulaiman memaklumkan penangguhan berkenaan dengan memuat naik sepucuk surat UPM menerusi laman Facebook presiden PAS.

Dalam surat itu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar (HEP) UPM meminta Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM) selaku penganjur Karnival Inspirasi Putra untuk menangguhkan program bertajuk Slot Bicara Eksklusif bersama Abdul Hadi.

HEP UPM berkata ia atas sebab yang tak dapat dielakkan dan slot itu akan diganti dengan sesi Wacana Intelek yang akan diadakan kelak.

‘Tekanan dari tangan-tangan ghaib’

Perkara sama turut disuarakan oleh Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UPM (PMIUPM), Muhammad Hakim Paimin yang percaya tekanan tersebut dilakukan atas kepentingan peribadi pihak tertentu.

“PMIUPM percaya surat penangguhan program tersebut dikeluarkan disebabkan tekanan daripada tangan-tangan ghaib yang memperalatkan universiti untuk kepentingan peribadi seperti yang terhad di Universiti Antarabangsa Islam Malaysia (UIAM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

“PMIUPM menzahirkan kekecewaan terhadap tindakan KPM yang dilihat tidak bertanggungjawab dalam mendukung aspirasi kebebasan akademik dan pemerkasaan autonomi universiti yang dibawa oleh Menteri Pendidikan Maszlee Malik,” katanya dalam satu majlis solidariti yang sama.

Selain Arman dan Muhammad Hakim, turut hadir menyuarakan ketidakpuasan hati mereka ialah presiden Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis), Muhammad Ikhwan Nasyriq Salahin dan pengerusi siswa PAS, Aiman Mohd Yusof.

Serah memorandum, tuntut penjelasan KPM

Menurut mereka, satu memorandum akan diserahkan pada Jumaat ini (22/11), jam 10 pagi di hadapan bangunan KPM, Putrajaya bagi menuntut penjelasan sekatan kehadiran Abdul Hadi.

Muhammad Ikhwan berkata Maszlee harus memberikan penjelasan mengenai pendirian KPM dan garis panduan yang sebenar untuk menjemput Abdul Hadi hadir sebagai tetamu sesebuah program di universiti.

“Kita mahukan kebebasan akademik sebenar seperti yang sering diucapkan oleh Maszlee, yang sepatutnya (universiti) bebas untuk berpolitik tanpa ada sekatan.

“Tapi malangnya ia didalangi oleh pihak kementerian,” katanya.

NOTA :

KERAJAAN PH AMAT LEMBAB DAN TIDAK PANDAI MENGGUNA KEMUDAHAN KERAJAAN YANG ADA UNTUK MENYEBARKAN KEBENARAN.

KERAJAAN PH TIDAK BERUSAHA MEMBETULKAN AQIDAH AHLU SUNNAH WALJAMAAH TETAPI SIBUK DENGAN AGENDA KOSONG RAHMATAN LIL ALAMIN.

 

 

DENGAN JELAS HADI TELAH SESAT TETAPI KERAJAAN PH MASIH TAKUT MEMPERBETULKAN KEADAAN DAN MENYAMPAIKAN KEBENARAN.

MCA Kapar keluar parti jika Umno bertanding Tg Piai

Ketua MCA Bahagian Kapar Song Kee Chai dan ahli-ahlinya berikrar untuk keluar dari parti jika Umno meletakkan calon dalam pilihan raya kecil Tanjung Piai.

Menegaskan bahawa kerusi itu secara tradisinya ‘dimiliki oleh MCA’, Song berkata bahawa jika Umno meletakkan calon, maka MCA harus meletakkan calon sendiri di kawasan itu.

“Biar mati berdiri dari hidup melutut. MCA perlu hidup dengan bermaruah!” katanya seperti dipetik oleh akhbar Cina Sinchew Daily.

Jelas Song, MCA Bahagian Kapar telah mengambil langkah drastik itu bukan untuk menjadi wira tapi kerana sayangkan parti.

Iklan

Song berharap dengan mengekpresikan perasaan mereka, pimpinan pusat parti dapat mendengar suara anggota akar umbi.

Kata Song, MCA harus bersatu dalam merampas kerusi parlimen Tanjung Piai.

Dalam satu sidang akhbar petang ini, Presiden MCA, Wee Ka Siong enggan mengulas kenyataan Song, dengan mengatakan bahawa MCA akan bersama parti komponen BN untuk memenangi pilihan raya kecil itu.

“Sasaran kita adalah bersedia PKR Tanjung Piai bersama dan parti-parti komponen BN.

“Saya akan memberitahu anda jikalau anda tersasar sebarang maklumat PRK,” katanya.

Kerusi Parlimen Tanjung Piai kosong susulan penyandangnya Dr Mohd Farid Md Rafik meninggal dunia pada 21 Sept lalu.

Pakatan Harapan merampas kerusi Tanjung Piai dari MCA menerusi Mohd Farid – yang merupakan ahli Bersatu – dalam pilihan raya umum tahun lalu.

Mohd Farid memenangi kerusi itu daripada penyandang Wee Jeck Seng dengan majoriti undi kecil sebanyak 524 undi.

Beliau meraih 21,255 undi.

 

https://www.malaysiakini.com/news/493455?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR3yTI-g2DB64NZC-2xAjPtrizczCM4figorW46vde-bBFwALJyvyor5MLU

Bukti Jelas Hadi Lidah Bercabang

1 KEJAYAAN SYAITAN1 TUN SAYANG1 A CERDIK1 MUJAHID1 A TERANCAMIngat Mati1 BANGSA KU 21 BANGSA KU A1 KERIS UMNO LAYU

Ahli hamPAS kini gelisah dengan kerajaan campuran bersama UMNOk.

kedua parti itu menjalankan TAAWUN SIYASI yang bermaksud kerjasama dan bukannya TAHALUF SIYASI yang bermaksud gabungan dua parti.

#TolakPas
#TolakUmno
#SayangiMalaysia

Pas semakin lemah, ahlinya pula keliru – penganalisis

Pas semakin lemah, ahlinya pula keliru - penganalisis

Sikap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengelirukan ahli-ahli parti itu. – Gambar Astro AWANI/Shahir Omar

KUALA LUMPUR: Pas, sebuah parti politik yang mendakwa mereka memperjuangkan Islam, kini dikatakan semakin terpinggir dari arus perdana politik negara, kata seorang penganalisis politik.

Portal Malaysia Dateline dalam laporannya mendakwa, ahli-ahli Pas juga keliru dengan kepimpinan mereka yang dilihat tidak dapat menjelaskan hala tuju parti menjelang pilihan raya umum akan datang.

Kekeliruan ahli-ahli Pas timbul ekoran sikap pemimpin mereka yang dilihat lebih mesra dengan UMNO dan Barisan Nasional (BN) yang selama ini merupakan musuh tradisi parti itu.

Hujah mengatakan Pas semakin terpinggir dari arus perdana politik tanah air dibuat hasil kajian lapangan yang dibuat oleh Ilham Centre yang menemui ahli-ahli Pas diseluruh negara.

Ketua Pegawai Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar mendakwa hasil kajian lapangan pihaknya mendapati ahli Pas dipeingkat akar umbi tidak setuju dengan pendekatan kepimpinan parti itu yang lebih mesra dengan UMNO berbanding bekerjasama dengan parti pembangkang yang lain.

“Ahli bawah yakin, suasana tidak akan memihak mereka jika berlaku pertandingan tiga penjuru dan mereka lebih setuju dielakkan perkara itu dengan memastikan berlakunya pertandingan dua penjuru pembangkang melawan BN,” katanya seperti dilaporkan Malaysia Dateline.

Hisomuddin mendakwa, pendekatan Pas yang enggan bekerjasama dengan Parti Amanah Negara (Amanah) dan Dap menyusahkan parti itu sendiri.

“Tindakan pimpinan Pas meletakkan dasar tidak akan sekali-kali bekerjasama dengan DAP dan Amanah dari awal-awal lagi bagi saya adalah satu kesilapan.

“Ini kerana, politik ini adalah serba mungkin. Apabila sudah dijadikan dasar tidak akan bekerjasama dengan DAP dan Amanah, ia menyebabkan pergerakan Pas akan terhad dan terkongkong dengan perkara ini.

“Jika tiba-tiba boleh pula bekerjasama dengan kedua-duanya, Pas akan dilihat tidak ada pendirian pula,” kata Hisomuddin.

Ujar beliau, keputusan kepimpinan Pas yang hanya menjalinkan hubungan dengan PKR dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) tetapi dalam masa sama tetap enggan bekerjasama dengan Amanah dan DAP menulitkan kedudukan parti itu sendiri.

“Ahli biasa Pas atau mana-mana pendokong parti politik lebih senang berfikiran mudah dan jelas bukan berliku-liku,” katanya.

Hisomuddin menjangka ahli-ahli Pas yang keliru ini berkemungkinan menyertai atau memberi undi kepada Amanah jika parti serpihan Pas itu lebih jelas halatuju dan tindakan mereka.

“Pas boleh kehilangan ahli yang kritikal semacam ini jika terus bersikap begini,” kata Hisomuddin.

Sikap Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man juga mengelirukan ahli-ahli parti itu.

Abdul Hadi dilihat mesra dengan UMNO manakala Tuan Ibrahim pula cenderung untuk bersama pakatan pembangkang.

“Ketika orang nombor satu Pas dan penyokong tegarnya dilihat mendekati pemimpin Umno, orang nombor dua pula dilihat menjauhi dari Umno dan mahu mendekati parti pembangkang yang lain.

“Namun mesej orang nombor dua juga dilihat terkongkong kerana dasar tidak mahu bekerjasama dengan DAP dan Amanah ini.

“Jadi dari hari ke hari Pas dilihat semakin terpinggir dari arus perdana politik tanah air dan ahlinya terus keliru,” katanya.

http://www.astroawani.com/berita-politik/pas-semakin-lemah-ahlinya-pula-keliru-penganalisis-127229

Kelantan Gedung Pil Kuda & Anak Haram

Image may contain: one or more people, people sleeping, baby and close-up

1 PIL KUDA A

Lagi di Kelantan..negeri pentadbiran parti Islam..

Kucing ‘tunjuk’ tempat bayi dibuang

BAYI perempuan masih bertali pusat ditemui di atas rumput di kawasan pembakaran sampah dekat Jalan Dusun Muda, Kota Bharu, hari ini.

Bayi yang ditemui penduduk kampung pada 8.10 pagi itu dipercayai baru dilahirkan kerana masih terdapat kesan darah di anggota badannya.

Menurut saksi, Mohd Norazam Che Wahab, 31, dia menyedari kewujudan bayi malang itu ketika melepaskan kucing peliharaannya di luar rumah.

“Tiba-tiba kucing saya berlari dan saya mengejarnya kerana bimbang ia hilang.

“Bagaimanapun, kucing saya berhenti di satu tempat dan ketika itu saya mendengar bunyi seperti tangisan bayi. Saya sangka bunyi anak kucing tetapi apabila mencari, tak jumpa apa-apa.

“Saya bertanya jiran sekiranya ada bayi menangis di dalam rumah tetapi katanya tiada, sehinggalah menemui bayi perempuan tanpa pakaian di atas rumput.

“Saya segera berlari dan memanggil jiran untuk mengambil dan mengangkat bayi itu dan seorang anak jiran pula menghubungi polis,” katanya.

Mohd Norazam mendakwa seorang jirannya ada memberitahu ternampak kereta berhenti dalam tempoh lama di kawasan penemuan bayi perempuan itu sebelum kejadian.

“Namun, jiran saya itu tidak mengesyaki apa-apa pelik sehingga bayi itu ditemui,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Asisten Komisioner Abdul Rahim Daud ketika dihubungi mengesahkan penemuan dan siasatan lanjut masih dijalankan.

– Mohd Aidiel

Design a site like this with WordPress.com
Mulakan