Menurutnya, sambutan hangat rakyat kepada bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam program itu tidak boleh diterjemahkan kepada undi.

“Program Bossku ini bukan parti politik, ini budak-budak, untuk seronok-seronok dan tak boleh diterjemahkan kepada undi.

“Tiga Pilihan Raya Kecil (PRK) yang UMNO menang bukan kerana Bossku sebagai faktor utama. Itu kerana rakyat bangkit dengan kepimpinan yang baharu,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas Mesyuarat Perwakilan UMNO Bahagian Padang Rengas di Kem PLKN Kota Lama, Sauk di sini hari ini.

Mesyuarat dirasmikan oleh Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin.

Mohamed Nazri yang tidak bersetuju dengan pelantikan Najib sebagai Pengerusi Lembaga Penasihat Barisan Nasional (BN) terus mempertikaikan pelantikan tersebut.

Menurutnya, pelantikan itu tidak dibincangkan dalam Majlis Tertinggi UMNO.

“Saya minta Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi bertindak sebagai seorang presiden parti. Kita tak mahu presiden jadi setiausaha politik kepada Najib,” katanya. – UTUSAN ONLINE

http://m.utusan.com.my/berita/politik/bossku-program-budak-budak-nazri-aziz-1.936605?fbclid=IwAR0TCTTZfwVsxi9ZAII_VKYsYXUJC6-j60pPgWZPjCcsm-fGAt1VFuU7A8g