Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

SELEPAS PKR DIPECAHKAN, APAKAH PH JUGA AKAN PECAH ANGKARA MAHATHIR?

1 MAHATHIR DALAM TONG SAMPAH

SELEPAS PKR DIPECAHKAN, APAKAH PH JUGA AKAN PECAH ANGKARA MAHATHIR?
Shahbudin Husin
Bermulanya PKR pecah ialah apabila Azmin Ali yang sudah mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Selangor selepas PRU14 pada 2018, tiba-tiba dilantik sebagai Menteri Hal Ehwal Ekonomi oleh Tun Mahathir Mohamad.

Dengan memegang jawatan sebuah kementerian baru yang kanan itu, Azmin mula dilihat sebagai anak emas baru kepada Tun Mahathir.

Apa lagi, oleh kerana sudah memegang jawatan Menteri Besar Selangor, PKR tidak pernah menyenaraikan nama Azmin untuk dilantik sebagai menteri kabinet.

Apabila dijadikan menteri, gambarannya ialah Azmin dilantik itu bukan oleh syor PKR, tetapi melalui kuasa mutlak Tun Mahathir.

Selepas itu, Azmin bukan saja memperlihatkan mentor politik yang didewakannya ialah Tun Mahathir, malah mula bercakap dengan nada yang berbeza berkaitan peralihan kuasa Perdana Menteri kepada Anwar Ibrahim.

Seterusnya, itulah yang mendorong Rafizi Ramli mengambil keputusan mencabar Azmin bagi jawatan Timbalan Presiden PKR atas alasan laluan Anwar mengambil alih jawatan Perdana Menteri akan menjadi sukar jika Azmin terus kekal di jawatan itu.

Kemenangan Azmin mengekalkan jawatan Timbalan Presiden PKR, meskipun dengan undi tipis, bukan saja tambah meretakkan PKR dan menjauhkan lagi hubungannya dengan Anwar, malah Azmin mula secara terbuka mahukan Tun Mahathir kekal sehingga penggal, suatu hakikat benarnya jangkaan Rafizi.

Sehinggalah mesyuarat terakhir Majlis Presiden PH pada 21 Februari lalu, itulah pendirian keras Azmin, sebelum pada 23 Februari beliau menganjurkan Langkah Sheraton yang membuatkan kerajaan PH tumbang jadinya.

Harus difahami, gerakan Azmin bersama UMNO, Pas, GPS, Warisan, serpihan PKR dan kemudian disertai oleh Muhyiddin Yassin pada awal dan sepanjang masa perancangannya adalah untuk mewujudkan sebuah kerajaan baru yang mengenepikan PKR, DAP serta amanah.

Kerajaan baru itu masih mengekalkan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri dan oleh kerana Muhyiddin setuju menyertainya, beliau telah ditawarkan jawatan Timbalan Perdana Menteri, suatu jawatan yang sepatutnya diperuntukkan kepada Azmin sebelum itu.

Itulah sebabnya pada petang 23 Februari itu mereka mengadakan pertemuan di rumah Tun Mahathir yang mana gambar pertemuan itu telah tersebar luas baru-baru ini.

Hakikatnya, semua kecelaruan dalam PKR dan PH tidak akan berlaku jika Azmin tidak dijadikan menteri dan ketika ini beliau masih kekal sebagai Menteri Besar Selangor.

Semuanya adalah agenda Tun Mahathir untuk memecah-belahkan PKR dan memperlihatkan Anwar hilang kawalan terhadap partinya sendiri – suatu alasan paling mudah untuk berhujah bahawa beliau tidak layak untuk menjadi Perdana Menteri dan Tun Mahathir kekal selama-lamanya memegang kuasa.

Di waktu yang sama, Tun Mahathir pula terus melengah-lengahkan peralihan kuasa, sambil mengukuhkan kedudukan dengan menjalin hubungan di belakang tabir dengan Pas dan juga UMNO.

Hari ini, walaupun PH sudah tumbang dan Tun Mahathir turut jatuh daripada kerusi Perdana Menteri, perpecahan dalam PKR terus berlaku susulan racun yang ditaburnya melalui sikap memanja, memberi keselesaan serta memberi harapan masa depan kepada Azmin.

Adalah difahami, semuanya berpunca daripada Tun Mahathir yang memang tidak mahu melihat Anwar menjadi Perdana Menteri.

Hari ini juga, di sebalik sudah terjatuh, Tun Mahathir tetap berusaha menyekat kemaraan Anwar, walaupun beliau tiada apa-apa dan bukan sesiapa lagi dalam Bersatu dan juga PH.

Hanya dengan kedudukannya sebagai bekas Perdana Menteri dan bekas Pengerusi PH, Tun Mahathir secara berterusan masih mengikat DAP dan Amanah bersama-samanya dengan selalu memanggil pemimpin kedua-dua parti itu bertemu serta bermesyuarat dengannya.

Tidak tahulah apa yang dijanjikannya kepada mereka, tetapi pemimpin DAP dan Amanah seolah-olah begitu terpikat dengannya sekarang ini, walaupun sejarah masa lalu Tun Mahathir terhadap mereka tidaklah baik sangat sewaktu berkuasa di era BN dahulu.

Sebab itu, baik apabila Tun Mahathir mahu mencalonkan dirinya sekali lagi atau menonjolkan Shafie Apdal sebagai calon Perdana Menteri, kecenderungan DAP dan Amanah ialah menyokong beliau.

Malah, pemimpin DAP dan Amanah juga, tanpa perasaan hormat, sudah berani menyanggah Anwar dan membela Tun Mahathir melalui kenyataan media, walhal mereka adalah anggota rasmi PH bersama PKR yang secara logiknya segala permasalahan sepatutnya diselesaikan melalui mesyuarat atau saluran parti.

Malangnya, Tun Mahathir yang tiada apa-apa dan bukan sesiapa itu pula yang lebih mereka sanjungi.

Sekali lagi, sama seperti beliau memecah-belahkan PKR sebelum ini, Tun Mahathir sekali lagi ternampak mahu memperlihatkan PH yang dipimpin oleh Anwar sebagai tidak stabil dan berpecah akhirnya.

Kalau dulu Azmin adalah tempatnya menabur racun kepada PKR, kini DAP dan Amanah pula tapak semaian untuk memecah-belahkan PH.

Kepada DAP dan Amanah, lihatlah sejarah dan bukalah mata sementara PH pada ketika ini masih lagi belum terlambat untuk diselamatkan. (Shahbudindotcom 30/06/2020

TERBUKTI MAHAFIRAUN MALAYSIA AMATLAH JAHAT.

1 MAHA FIRAUN M1 MAHA FIRAUN PENGKHIANAT

1 MAHAFIRAUN DAN PAS1 KABINET TOLOL

Jadi yang manakah benar?

Pilihanraya Umum yang ke-14 sudah tiba dan peluang yang ditunggu-tunggu oleh rakyat untuk menjatuhkan rejim Najib Razak sudah terbuka.

Semua telah tahu akan kemasukan Mahafiraun ke dalam gabungan pakatan pembangkang yang diberi nama “Pakatan Harapan” selepas keluarnya PAS daripada blok ini. Adalah amat menghairankan mengapakah mereka sanggup menerima seorang tua yang terkenal dengan pelbagai kepincangan dan kezaliman sepanjang pemerintahannya dua dekad yang lalu.Selanjutnya…

Jadi yang manakah benar?

MAHAFIRAUN HENTAM PH DAN GENG ANWAR

1 maha firaun

SEKALI LAGI TUN MAHATHIR HENTAM PH DAN GENG ANWAR

Editor Mac 06, 2020

“Dulu depa mintak tolong saya lead Pakatan Harapan untuk hadapi Pilihanraya Umum… Depa nak saya jadi PM sekiranya PH menang pilihanraya… Katanya untuk meyakinkan rakyat bahawa PH sudah bersedia untuk memerintah negara, menggantikan UMNO yang korup… Ternyata strategi itu berjaya, PH menang PRU-14.

Bila saya jadi PM, depa tak sabar nak suruh saya berhenti, desak saya suruh serah jawatan kepada Anwar, duk tuduh saya, apa nama, gila kuasa dan sebagainya… Sedangkan saya fikir kalau saya resign dalam keadaan sekarang, Pakatan Harapan akan jatuh, sebab Anwar tidak punya sokongan yang cukup dari ahli dewan rakyat untuk jadi PM.

Satu lagi, depa tak faham… Saya tak boleh serahkan jawatan PM kepada sesiapa pun, itu bukan kuasa saya… Saya tidak ada hak untuk lantik PM selepas saya… ‘Serah jawatan’ itu hanya istilah saja, tapi perlantikan Perdana Menteri itu ada proses dan tatacaranya.

Dulu saya jadi PM ke-4, kemudian saya letak jawatan, lalu UMNO sebulat suara cadangkan kepada YDP Agong untuk lantik Pak Lah jadi PM, dan Agong pun setuju…. Bukan saya yang serah jawatan kepada Pak Lah dan bukan saya yang lantik Pak Lah jadi PM…. Dan selepas itu pun, bukan Pak Lah yang serah kuasa kepada Najib dan bukan Pak Lah yang lantik Najib jadi PM… Pak Lah letak jawatan, dan UMNO sebulat suara setuju lantik Najib, Agong pun perkenankan perlantikan itu.

Sekarang depa desak saya lepaskan jawatan untuk beri laluan kepada Anwar….. Tapi bila saya umumkan letak jawatan, depa gagal angkat Anwar jadi PM kerana tak cukup sokongan, depa tuduh saya telah mengkhianati Pakatan Harapan…. Depa tuduh saya.. apa nama… gulingkan kerajaan Pakatan Harapan.

Sumber FB

SURAT TERBUKA UNTUK MAHAFIRAUN

1 maha firaun

SURAT TERBUKA..

Assalamualaikum Tun Dr Mahathir Mohamad, YAB Perdana Menteri Ke-7 Malaysia.

Kemelut politik di negara ini seperti tidak berkesudahan. Rakyat semakin berpecah atas paksi kaum, kelas dan agama. Ini semua berpunca daripada Tun. Tun terlalu taksub dan tamakkan kuasa. Tun dan kuncu-kuncu politik sanggup menghalalkan apa juga cara termasuk menipu dan menfitnah demi matlamat politik iaitu kuasa. Apabila Tun dan kuncu-kuncu Tun di dalam Pakatan Harapan membentuk kerajaan, kesemuanya termasuk Tun sendiri tidak bersedia untuk mentadbir dan mengurus negara. Para menteri yang dilantik sekadar tangkap muat. Tun gagal to put the right person to the right job, lebih kepada pertimbangan dan kepentingan politik bukan kepentingan negara.

Ketika di bawah regim PH, kami rakyat marhaen tidak dapat melihat sebarang kebaikan. Segala yang keluar dari mulut para menteri termasuk Tun sendiri adalah lontaran kata-kata kebencian dan dendam terhadap kepimpinan terdahulu. Tun lupa orang yang Tun caci dan benci itulah, termasuk kami yang menyokong dan mendukung Tun ditampuk kuasa selama puluhan tahun.

Saya tak lupa ceramah Tun tentang nasionalisme Melayu dan Teori Domino di Tingkat 8, Wisma Persekutuan pada awal tahun 1975. Waktu itu Tun hanya seorang Menteri Pelajaran sahaja.

Bahawa ekonomi negara tidak terurus dan hutang negara semakin meningkat. Nilai Ringgit semakin merudum jatuh. Pelaburan asing menjauh dan pengangguran bertambah. Rakyat semakin melarat dan hidup tertekan. Dalam situasi sebegini, rakyat terus diapi-apikan dan dilaga-lagakan. Tun gagal mengawal tindak-tanduk menteri-menteri half-cooked yang menjadi batu api membakar semangat perkauman dan kebencian. Tun gagal menghentikan perilaku menteri yang sengaja mahu mengkucar-kacirkan negara.

Kami kini melihat Tun dibonekakan oleh DAP. Tun semakin tunduk kepada telunjuk mereka. Rakyat di luar bandar yang rata-ratanya orang Melayu semakin dipinggirkan. Rakyat yang berpendapatan rendah di bandar juga terhimpit perit. Kais pagi, kais petang makan malam. Lihat sahaja nasib pemandu teksi dan pekerja kilang, mereka hidup susah dan dihimpit kemiskinan.

Majoriti kaum Cina menyokong DAP. Jika dilihat dari keputusan PRK P.078 Cameron Highlands ialah sekitar 95%. Mereka menjadi semakin angkuh, tamak dan haloba. Mereka ingin terus menguasai ekonomi. Mereka juga telah mengambil-alih kerajaan melalui perlantikan di agensi. MARA pun sudah mereka kuasai. Namun ada lagi yang mereka mahukan. Mereka mahu supaya ICERD segera diraktifikasikan dan institusi pelaburan orang Melayu dan Islam dihancurka. Tetapi sedih, Tun bagaikan patung tanpa nyawa, membiarkan mereka bersuara dan bermaharajalela walaupun ianya ditolak oleh majoriti orang Melayu dan kaum Pribumi. Tun sudah tidak lagi mampu mengawal keadaan dan kuncu-kuncu politik Tun.

Peristiwa kekecuhan di kuil USJ menjelaskan segala-galanya. Kelemahan Tun mengawal puak-puak HINDRAF yang berpaksikan kebencian dan semangat perkauman kini ditangguk oleh mereka yang berkepentingan. Kaum Melayu dipergunakan untuk membuat kekecuhan di kuil Hindu. Ianya mudah sekali meletuskan ketegangan di antara kaum. Akhibatnya kakitangan bomba dan orang awam yang tidak berdosa menjadi mangsa.

Tun, zaman Tun sudah lama berlalu. Terimalah hakikat itu. Kuasa Tun terhad kerana Parti PPBM di bawah Tun adalah parti minoriti berbanding dengan DAP dan PKR. Matlamat perjuangan Tun tidak selari dan selaras dengan matlamat perjuangan DAP dan PKR. Kami melihat samada Tun diperbodohkan ataupun Tun sengaja memperbodohkan diri sendiri?

Halatuju Tun dan mereka amat jauh berbeza. DAP berjuang untuk kaum Cina, ideologi dan agama hanya alat. PKR pula hanya berjuang untuk Anwar, tetapi PPBM hanyalah sekadar tapak sementara yang tidak stabil dan tidak nampak arah tuju haluannya yang concrete. Mereka yang di bawah PPBM rata-rata terdiri daripada ahli politik gersang yang kecewa ataupun golongan opportunists, tak pedulikan masa depan negara.

Tun, sejak kemerdekaan sehingga sekarang pembangunan dan kestabilan negara telah diterajui oleh UMNO dan Barisan Nasional. Realitinya, Malaysia mampu berdiri kerana bertunjangkan UMNO. Benar, sekarang kerajaan di bawah kuasa regim PH, akan tetapi ketiadaan UMNO dalam kerajaan jelas sekali memperlihatkan kepincangan pentadbiran. Pengalaman yang ada pada UMNO tidak boleh disangkal dan dinafikan.

Sayangnya, Tun terlalu berdendam pada UMNO. Tun mahu melenyapkan UMNO dari bumi Melayu ini. Tun juga seia dan sekata dengan para pemimpin parti cauvanis DAP yang beria-ia mahu melemah dan menghancurkan UMNO serta bangsa Melayu. Lupakah Tun bahawa bertahun Tun dinaungi oleh UMNO? Lupakah Tun bahawa segala kekayaan dan kemewahan yang dinikmati oleh anak-anak dan cucu-cucu Tun datangnya dari perjuangan bersama UMNO. Nama Tun juga diangkat melalui parti UMNO. Dan kami pernah menyokong dan menjulang Tun kerana UMNO.

Satu lagi perkara yang kami tidak mengerti ialah tentang dendam kesumat Tun terhadap mantan Perdana Menteri Ke-6 Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak. Apakah Tun menyangka kami gembira dengan tindakan Tun yang beria-ia mahu menyumbat DSNR itu ke penjara?

Adalah sesuatu yang tidak masuk akal apabila seseorang itu dihadapkan dengan berpuluh-puluh pertuduhan serentah dan satu demi satu. Kenapa Tun begitu sekali mahu mengaibkan DSNR dan isterinya DSRM? Tidakkah Tun merasa malu pada rakyat Malaysia yang sentiasa memerhatikan gelagat dan niat jahat Tun itu? Atau setidak-tidaknya malu pada anak-anak dan cucu-cucu? DSNR dan arwah bapa beliau banyak berbakti kepada negara. Mereka turut membantu Tun berkuasa. Bangsa Melayu tidak pernah mengajar kita menjadi biadap dan kurang ajar. Kita diajar untuk menghargai jasa bukan kacang lupakan kulit. Tindakan Tun terhadap DSNR sudah keterlaluan dan melangkaui batas dan norma kemanusiaan.

Cukup-cukuplah Tun. Kami semua tahu bahawa Tun sebenarnya terjerat dengan kelicikan DAP yang Tun jadikan rakan kongsi politik untuk mengalahkan UMNO dan BN. Menjatuhkan dan mengaibkan DSNR dan orang Melayu adalah agenda jahat DAP. Mereka mahukan hasrat untuk berkuasa tidak diganggu-gugat. Mereka tahu DSNR begitu kuat pengaruhnya, jadi mereka tiada pilihan selain memenjarakannya. Dan Tun menjadi keldai tunggangan mereka untuk menjayakan kesemua niat jahat tersebut.

Nama Tun yang pernah satu ketika dahulu gah dan harum kini sudah jatuh ke lembah kehinaan. Maruah Tun dan keluarga teruk tercemar. Tun kini menjadi hamba kepada satu bangsa yang mengkhianati orang Melayu. Dulu DAP menghina Tun tapi kini mereka mempergunakan Tun. Adakah benar Melayu itu malas, mundur dan miskin kerana bertuankan Melayu dan menganuti agama suci Islam?

Tun mungkin merasa hebat kerana kembali menjawat jawatan Perdana Menteri. Tetapi dunia kini sudah jauh berubah. Teknologi Maklumat membenarkan kami bersuara, memerhati dan memantau setiap yang berlaku di depan mata. Kami tidak melihat Tun sebagai Perdana Menteri tetapi kami melihat Tun kini sebagai seorang insan yang tamak, haloba, pendendam serta orang suruhan parti chauvanis DAP. Tidakkah Tun merasa bersalah ketika melihat seorang anggota bomba yang punya niat suci dan murni berkhidmat untuk negara di perlakukan sedemikian rupa? Adib dibunuh kejam tanpa belas-kasihan dan pembelaan?

Maaf sekiranya ada kekasaran bahasa. Kami perlu menyuarakannya agar Tun sedar. Kami mahu melihat negara ini kembali pulih dari kemelut ekonomi dan politik yang tak berkesudahan. Kami mahu kembali ke suasana tenang, aman dan harmoni yang pernah kami rasai ketika di bawah teraju UMNO dan BN dahulu.

Pelanduk sudah lupakan jerat. Ego mengatasi segala-galanya..

Sumber: Pelbagai..

Naseron Ismail
Mantan Setiausaha 1 GPMS-ITM, Setiausaha Pilehanraya KSITM, Setiausa MASPA, Setiausaha 1 Badan Bertindak Melayu. Pengerusi #Benteng153, Setiausaha #AlumniUniversitiLuarNegara, Presiden #PERKAMI
31.01.2019

BOLEHKAH MAHAFIRAUN BERBANGGA KERANA BERJAYA MEMBUNUH PH ?

1 maha firaun

Malam tadi di KSS, Kg Bharu.

Yang bercakap dalam acara tertutup ini: Syed Saddiq, Mukhriz & Tun M

1. Watak utama projek kerajaan pintu belakang: i) Zahid Mat Arip (setiausaha sulit Tun M), ii) Azmin Ali (Si Kitul kepala Kartel), iii) Muhyiddin Yassin (PM8).

2. Keputusan untuk PPBM keluar dari PH dirancang oleh mereka tanpa persetujuan sebulat suara, malah oleh MPT.

3. Tun M kena game dengan namanya dijual kononnya dia bersetuju memimpin gabubgan baru bersama Umno dan PAS.

4. Angka-angka yang digunapakai oleh pihak pintu belakang tidak betul. Kerusi parlimen asal PPBM ada 12 bukan 13, kerana kematian MP Tanjung Piai dan kekalahan kepada MCA maka ada 12.. Lagi 13 adalah kerusi yang lompat masuk PPBM dari Umno pasca PRU14 dan 10 kerusi Azmin Ali yang dikatakan sudah jadi ahli PPBM pun disahkan setiausaha parti Marzuki Yahya bahawa tidak ada borang keahlian diisi.

5. Tun tidak bersetuju untuk keluar PH kerana tiada sebab perlu berbuat demikian. Muhyiddin kata kena tinggalkan DAP. Apa sebab? Cuma propaganda Umno saja mengatakan kerajaan dikawal oleh DAP dan sebagainya. Malah Tun M kata Guan Eng tidak pernah langgar dia, sedangkan apa-apa polisi yang nak dibentangkan di kabinet, Guan Eng akan brief dia dulu dan kalau tak setuju, dia tak buat. Dalam mesyuarat kabinet pun apa-apa keputusan atas cadangan DAP, perkara itu hanya dimuktamadkan jika PM setuju. Jadi propaganda ini dan macam-macam lagi memang dimainkan untuk menimbulkan kebencian terhadap DAP.

6. Apabila Tun tanya Muhyiddin kenapa perlu sampai keluar dari PH, jawapannya ialah “sebab kita cukup kerusi”.

7. Tun tahu sebalik semua ini dalam kes mahkamah melibatkan pemimpin Umno seperti Najib dan Zahid Hamidi, keputusannya tidak lama lagi dan berkemungkinan mereka akan dipenjarakan. Aturcara Langkah Sheraton yang tergesa-gesa ini Tun lihat lebih menjurus kepada kerajaan pintu belakang ini perlu disegerakan kerana mahu menyelamatkan Najib dan Zahid.

8. Ini Tun dapat sahkan apabila kumpulan pendesak melibatkan para pencatur utama menggesa Tun agar membuat keputusan segera, pada malam Langkah Sheraton itu juga. Tun kata tak boleh buat keputusan sekarang juga. Kena ambil masa.
Syed Saddiq pula kata perkara sebesar mahu membawa PPBM keluar dari PH perlu dibawa kepada akar umbi untuk mendapatkan pandangan seluruh warga parti, bukan oleh segelintir pimpinan sahaja.
Mukhriz pula kata, dalam yang dikatakan 36 MP PPBM itu termasuk

10 dari Kartel Azmin dan 13 ahli baru yang lompat dari Umno lepas kalah PRU14. Dari 12 org MP asal PPBM pula, Mukhriz sudah beritahu dia tidak sign apa2 SD, begitu juga Tun dan Saddiq, maka bagaimana mereka kata ada 36 SD dari PPBM?
Walaupun Mukhriz dan 5 lagi MP tidak setuju, mereka kata majoriti setuju, termasuk 10 MP kartel yabg baru masuk malah belum isi borang pun lagi.

9. Tun beritahu MPT bahawa dia tidak boleh bekerjasama dgn Umno en bloc, sebab melibatkan mereka yang telah merompak berbillion ringgit wang negara. Muhyiddin kata dia boleh. MPT mendesak. Tun kata jangan paksa dia langgar prinsip. Syed Saddiq sama.

10. Malam Langkah Sheraton Saddiq disuruh pergi ke Sheraton, tapi dia jumpa Tun dulu. Tun tak mahu pergi dan suruh Saddiq pergi.. Malam itu makan-makan bersama MP-MP Umno, PAS, kartel dan beberapa MP PPBM.

11. Saddiq kata tiada sebab untuk runtuhkan kerajaan PH. Walaupun ada sedikit masalah, boleh diperbetulkan tapi tidak sampai perlu untik meruntuhkan kerajaan itu. Dan meninggalkan pula rakan-rakan seperjuangan yang dahulunya bersama ditindas, diserang dan diperlaku macam-macam oleh kerajaan kleptokrat Umno-BN.

12. Tetapi para pencatur terus dengan tergesa-gesa melakukan rampasan kuasa dengan kononnya menyokong Tun M untuk melawan Anwar Ibrahim. Dan kerana itu PPBM dibawa keluar dari PH. Apabila dah dikatakan Tun akan memimpin pakatan baru dinamakan Perikatan Nasional itu, dia terus letak jawatan. Ini mengakibatkan kabinet PH secara automatik terbubar juga.

13. Tun kata sebenarnya mereka (pencatur) yang nakkan kuasa itu. Dia tahu apabila dalam satu lagi mesyuarat MPT yang diatur dengan tergesa-gesa, tiba-tiba Zahid Mat Arip melaungkan bahawa dia mencalonkan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri dan majoriti (PPBM Muhyiddin, Kartel dan Umno lompat) bersetuju.

14. Fast forward ke apabila PH sudah terkibur dengan pemecatan Kartel dari PKR kerana projek kerajaan pintu belakang dan PPBM telah keluar dari PH. Mukhriz bertanya kepada Muhyiddin apa akan jadi kepada MB Johor, apakah masih PPBM. Muhyiddin kata Dr Hasni Umno jumpa dia kata Umno nak dan dia kata ok. Perak pun Umno nak dan Muhyiddin kata ok.

15. Jadi Mukhriz sudah membayangkan kalau dah ikut telunjuk Umno sampai begitu, ia akan melingkupkan PPBM. Jadi dia menyeru Muhyiddin dan gang lebih baik semua masuk saja ke Umno, tinggalkan PPBM supaya boleh kembali bersama PH. Tidak perlu tertubuh lagi parti baru untuk memecahkan lagi Melayu.

16. Ahli-ahli dan ketua-ketua cabang yang memenuhi dewan di Kelab Sultan Sulaiman itu bersorak seolah–olah menyokong penuh aksi Tun M ini. Dan mereka diseru untuk menyampaikan dan menerangkan kepada akar umbi perkara-perkara berkaitan Langkah Sheraton itu.

Mungkin banyak lagi point-point yang tertinggal sebab lama juga dialog itu berjalan. Tapi ini lah sedikit-sebanyak pencerahan.

Antara ksilapan IPM (Tun M) trima kunjungan PASNO/MN menolak sokongan drp mereka utk dbentuk krajaan baru tanpa DAP sbgai prasyarat utk menyokongnya sbgai PM 8 di hdpn YDPA. Spatutnya Tun M trima jer syarat tu & slps diangkat mjadi PM 8, terserah ler kpd PM 8 gunakan kuasa prerogatif bliau utk bentuk smula krajaan baru dgn melantik bbrapa org pmimpin DAP ats kapasiti pribadi, bkn atas kapasiti DAP.

C&P.