Design a site like this with WordPress.com
Mulakan

Kerajaan Pakatan Harapan Melindungi Perompak Wang Zakat Dalam YAPEIM

KP Yapeim digantung tugas sehingga lepas raya

Ketua Pengarah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Abibullah Samsudin kini sedang menjalani penggantungan selama 14 hari bekerja bagi membolehkan siasatan dalaman terhadapnya.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Mohd Daud Abu Bakar, berkata pihaknya akan memaklumkan hasil siasatan apabila ia selesai.

Terdahulu, Abibullah digantung tugas bermula 21 Mei lalu bagi membolehkan siasatan menyeluruh berhubung dakwaan salah laku dalam yayasan itu yang dikaitkan dengannya.

“Pihak kami masih menjalankan siasatan dalaman dan kita akan membuat pemberitahuan (berkenaan) bahagian (melibatkan) ketua pengarah, bila ada laporan lengkap siasatan.

“(Ia akan dibuat) sama ada selepas tempoh atau dalam tempoh 14 hari bekerja,” katanya dalam sidang media di pejabat Yapeim di Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai status terkini Abibullah itu.

Abibullah didakwa mengancam kakitangan Yapeim agar tidak mengundi mengundi Pakatan Harapan (PH), menerusi satu video yang tular dua minggu lalu.

Bagaimanapun Mohd Daud sebelum ini menjelaskan Abibullah digantung bukan kerana video tersebut, tetapi bagi membolehkan siasatan dalaman dilakukan terhadap dakwaan salah laku dalam yayasan itu.

 

https://www.malaysiakini.com/news/477701?fbclid=IwAR1JX1YWIgO8rqprrwiXlPF2AdWC1SyS5Pop-06jFvN1Wg2Y8uyP8_W1kqo

HATI2 DENGAN CARA LAMA UMNO NAK SELAMATKAN PEROMPAK DALAM YAPEIM, PIMPINAN PAKATAN HARAPAN MASIH SAYANGKAN PEROMPAK DUIT ZAKAT. MASIH ADA LAGI KAH AMALAN RASUAH DALAM YAPEIM? SPRM & PDRM MESTI BERTINDAK TEGAS, PEMIMPIN PH YANG CENDERONG KEPADA AMALAN RASUAH DAN PECAH AMANAH.

PKR minta polis siasat video tular didakwa pengarah Yapeim

“kalau anda mengundi PH, anda tak layak duduk di Yapeim. Pergilah cari kerja dengan DAP ” – Pengarah Yapeim.

 

Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil membuat laporan polis terhadap video individu dipercayai pegawai kanan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) ‘mengugut’ kakitangannya supaya tidak mengundi Pakatan Harapan (PH).

Kata Fahmi, ramai warganet mendakwa individu dalam video tersebut ialah Ketua Pengarah (KP) Yapeim, Abibullah Samsudin.

“Saya membuat laporan ini untuk mengesahkan sama ada benar itu adalah KP Yapeim Dato Abibullah Samsudin atau tak.

“Sekiranya benar apa yang disebut dalam video itu saya meminta pihak polis menyiasat bawah Seksyen 503 Kanun Keseksaan berkaitan ugutan jenayah dan Seksyen 9 (1) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, kerana pengaruh tak wajar,” katanya di hadapan Balai Polis Pantai.

Dalam video yang tular kelmarin memaparkan ucapan seorang lelaki dipercayai pegawai kanan Yapeim ‘mengugut’ kakitangannya supaya ‘jangan undi Pakatan Harapan (PH).

Malah pegawai itu juga mengugut akan memeriksa satu persatu undi kakitangannya dan berkata “kalau anda mengundi PH, anda tak layak duduk di Yapeim. Pergilah cari kerja dengan DAP”.

Video berdurasi hampir dua minit itu dipercayai dirakam sebelum Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

Bukan untuk pecat’

Mengulas lanjut Fahmi berkata sekiranya terbukti individu dalam rakaman itu merupakan pengarah Yapeim, ia merupakan satu kesalahan besar kerana mengugut kakitangannya.

Tambahnya, beliau juga akan menyemak dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berikutan kata-kata individu tersebut yang mendakwa ‘akan memeriksa satu persatu undi’ kakitangannya.

Ditanya sama ada PH akan mengambil tindakan memecat sekiranya terbukti pegawai itu ialah ketua pengarah Yapeim, Fahmi menolak cadangan tersebut.

Katanya, PH tidak berniat untuk mengekang kebebasan bersuara tetapi menggunakan saluran undang-undang sekiranya berlaku kes ugutan atau salah laku.

“Bukan (untuk pecat). Kenapa saya tekankan saluran perundangan dan mahkamah, kerana kita perlu hantar satu mesej jelas. PH sendiri tak berniat untuk mengekang kebebasan bersuara.

“Tapi undang-undang sedia ada menyatakan kita tak boleh mengugut sesiapa dan kita tak boleh mengenakan pengaruh tak wajar terhadap pengundi menggunakan kedudukan untuk mempengaruhi (mereka),” jelasnya.

https://www.malaysiakini.com/news/476620?utm_source=dlvr.it&utm_medium=facebook&fbclid=IwAR0yjL2XqYfwJqyXg6OBeJTFl9bJeKeizTVmtMys7cLGjiO-RP1d0KWvSAE

NIKMAT TERBESAR UMAT ISLAM DI MALAYSIA SEKARANG ADALAH ALLAH SWT YANG MAHA BERKUASA DAN MAMPU MENGUBAH WATAK SESEORANG ULAMAK KEPADA WATAK BUKAN ULAMAK, ALLAH SWT TELAH PAMERKAN KEPADA KITA SEMUA, RAKYAT MALAYSIA. WATAK SEORANG ULAMAK YANG MULANYA WARAK DAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH SWT TETAPI TELAH BERUBAH MENJADI  KHADAM KEPADA UMNO DAN JUGA KHADAM KEPADA NAJIB SERTA KHADAM KEPADA MCA DAN MIC. SETELAH MAKAN RASUAH,  SEGALA-GALA BERUBAH. HADI KINI TIDAK MALU BERBOHONG DAN TIDAK MALU BERKAWAN DENGAN PEROMPAK WANG NEGARA. DULU HADI  AMAT BENCI KEPADA NAJIB SEHINGGA MEGHUKUM ORANG UMNO SEKULAR DANKAFIR TETAPI SEKARANG HADI AMAT SAYANG KEPADA NAJIB. DULU UMNO AMAT JAHAT TETAPI SEKARANG UMNO AMAT BAIK DAN BERJUANG UNTUK ISLAM DAN BANGSA MELAYU. SEDANGKAN PADA HAKIKATNYA UMNO ADALAH PARTI PALING RASUAH DAN PALING BIJAK MENIPU RAKYAT SERTA UMAT ISLAM DI MALAYSIA TANPA ADA PERASAAN MALU KEPADA ALLAH SWT DAN KEPADA RAKYAT MALAYSIA.

 

 

HADI MASIH BUTA MATA ZAHIR DAN BUTA MATA HATI SETELAH MAKAN DEDAK HARAM YANG NAJIB HIDANGKAN SEHINGGA NASIH TIDAK DAPAT MELIHAT KEBENARAN, WALAUPUN SERIBU BUKTI KES JENAYAH NAJIB TELAH DIZAHIRKAN. ALLAH SWT TIDAK AKAN MEMBERI HIDAYAH KEPADA MEREKA YANG MAKAN DARI SUMBER YANG HARAM.

 

Hidup Islam Bersama KERAJAAN PAKATAN HARAPAN , Dibawah Pimpinan Tun M Beragama  Islam, Bermazhab Syafie  Dan Marilah Bersama-sama  Kita Berselawat  Kepada Rasulullah SAW Junjungan Kita Dengan Lafaz..

 

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

 

SEMOGA KITA SEMUA MENJADI UMAT RASULULLAH SAW DI AKHIRAT NANTI.

 

 

RAKYAT MALAYSIA JANGAN SEKALI-KALI LUPA

72 Peristiwa Hitam Di Zaman Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/72-peristiwa-hitam-di-zaman-najib/

 

KERAJAAN ISLAM KELANTAN LELONG TANAH REZAB MELAYU (KOMERSIAL).

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/15/kelantan-lelong-tanah-komersial-dan-rezab-melayu/

 

 

Guna Duit YaPeim Untuk Bayar Bil Hotel, Tiket Penerbangan Jamil Khir & Isteri Serta Beberapa Individu Lain

No photo description available.

Guna duit YaPeim untuk bayar bil hotel, penerbangan Jamil Khir dan isteri serta beberapa individu lain?

Main golf, jamuan makan untuk menteri-menteri, cenderahati untuk menteri-menteri dan banyak lagi.

Hebat cara umno perjuangkan Melayu dan Islam.

Tu yang meroyan sakan bila kalah, tak dapat nak sakau dan bermewah macam dulu lagi.

Yapeim dituduh bayar tiga beranak RM81,700 sebulan

KUALA LUMPUR: National Oversight and Whistleblowers (NOW) mendakwa jumlah elaun untuk pemimpin Wanita UMNO Kelantan dan keluarganya di Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia, (Yapeim) mencecah hampir RM1 juta setahun.

Secara purata mereka dikatakan memperolehi pendapatan bulanan sekitar RM81,700 sebulan.

Dalam dakwaannya, Pengarah NOW, Akmal Nasir berkata wanita berkenaan yang juga merupakan timbalan presiden yayasan berkenaan secara langsung menyandang sebanyak tujuh jawatan dengan pendapatan bulanan sebanyak RM45,500.00 sebulan.

“Anak lelaki kepada pemimpin wanita UMNO Kelantan itu turut terlibat secara langsung dalam yayasan itu dan memperoleh pendapatan sebanyak RM31,200 sebulan.

“Selain, suaminya pula telah dilantik sebagai fellow dengan pendapatan RM5,000 sebulan bagi melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan,” ujarnya dalam sidang media di NOW Center pada Rabu.

Jelas Akmal lagi, pihaknya hairan bagaimana anggota tertinggi yayasan berkenaan yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan derma, pinjaman serta menjana pendapatan melalui perniagaan berteraskan Islam memperoleh pendapatan begitu tinggi.

Selain, yayasan itu juga dipantau oleh Perdana Menteri dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang menguruskan hal ehwal Islam, Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

“Mampukah Perdana Menteri dan Menteri tersebut bayangkan perasaan 588,930 orang penyumbang derma secara bulanan kepada yayasan itu apabila mengetahui mereka yang diamanahkan untuk memantau sumbangan gagal menjalankan tanggungjawab mereka,” ujarnya lagi.

Mengulas lanjut, Akmal juga mendedahkan presiden yayasan itu memperoleh pendapatan yang tinggi iaitu, RM73,000.00 sebulan.

“Presiden itu memegang sebanyak 12 jawatan di dalam yayasan berkenaan dengan salah satu pendapatan sebagai presiden dan pengerusi yayasan adalah sebanyak RM30,000.00,” katanya.

Rentetan dakwaannya, NOW menggesa agar Jamil Khir sebagai menteri yang bertanggungjawab tampil menjelaskan kepincangan yang berlaku di dalam yayasan berkenaan.

“Kalau nak tunggu Perdana Menteri jelaskan memang susah, oleh itu kita minta Jamil Khir jelaskan,” ujarnya lagi. – Free Malaysia Today

https://www.malaysiastylo.com/137975/yapeim-dituduh-bayar-tiga-beranak-rm81700-sebulan/?fbclid=IwAR0VHvFeQ0Dw1LU6k_Urx2luaULUU8cMOAD7Y-dJgR48cs_S4NSD9am2h84

Che Dah Che Dah

NIKMAT TERBESAR UMAT ISLAM DI MALAYSIA SEKARANG ADALAH ALLAH SWT YANG MAHA BERKUASA DAN MAMPU MENGUBAH WATAK SESEORANG ULAMAK KEPADA WATAK BUKAN ULAMAK, ALLAH SWT TELAH PAMERKAN KEPADA KITA SEMUA, RAKYAT MALAYSIA. WATAK SEORANG ULAMAK YANG MULANYA WARAK DAN BERJIHAD DI JALAN ALLAH SWT TETAPI TELAH BERUBAH MENJADI  KHADAM KEPADA UMNO DAN JUGA KHADAM KEPADA NAJIB SERTA KHADAM KEPADA MCA DAN MIC. SETELAH MAKAN RASUAH, SEGALA-GALA BERUBAH. HADI KINI TIDAK MALU BERBOHONG DAN TIDAK MALU BERKAWAN DENGAN PEROMPAK. DULUNYA  AMAT BENCI KEPADA NAJI TETAPI SEKARANG AMAT SAYANG PADA NAJIB. DULU UMNO AMAT JAHAT TETAPI SEKARANG UMNO AMAT BAIK DAN BERJUANG UNTUK ISLAM DAN BANGSA MELAYU. SEDANGKAN PADA HAKIKATNYA UMNO ADALAH PARTI PALING RASUAH DAN PALING BIJAK MENIPU RAKYAT SERTA UMAT ISLAM DI MALAYSIA TANPA ADA PERASAAN MALU KEPADA ALLAH SWT DAN RAKYAT MALAYSIA.

 

 

HADI MASIH BUTA MATA ZAHIR DAN BUTA MATA HATI SETELAH MAKAN DEDAK HARAM YANG NAJIB HIDANGKAN SEHINGGA NASIH TIDAK DAPAT MELIHAT KEBENARAN, WALAUPUN SERIBU BUKTI KES JENAYAH NAJIB TELAH DIZAHIRKAN. ALLAH SWT TIDAK AKAN MEMBERI HIDAYAH KEPADA MEREKA YANG MAKAN DARI SUMBER YANG HARAM.

 

Hidup Islam Bersama KERAJAAN PAKATAN HARAPAN , Dibawah Pimpinan Tun M Beragama  Islam, Bermazhab Syafie  Dan Marilah Bersama-sama  Kita Berselawat  Kepada Rasulullah SAW Junjungan Kita Dengan Lafaz..

 

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

 

SEMOGA KITA SEMUA MENJADI UMAT RASULULLAH SAW DI AKHIRAT NANTI.

 

 

RAKYAT MALAYSIA JANGAN SEKALI-KALI LUPA

72 Peristiwa Hitam Di Zaman Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/72-peristiwa-hitam-di-zaman-najib/

 

KERAJAAN ISLAM KELANTAN LELONG TANAH REZAB MELAYU (KOMERSIAL).

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/2019/05/15/kelantan-lelong-tanah-komersial-dan-rezab-melayu/

 

 

PENDAPATAN KETUA YAPEIM, RM85,000 SEBULAN, PENGARAH KANAN RM40,000 SEBULAN

Image may contain: 5 people, people smiling, text

Image may contain: 4 people, people standing and suit

RF8:PENDAPATAN KETUA YAPEIM, RM85,000 SEBULAN, PENGARAH KANAN RM40,000 SEBULAN

Sepatutnya, Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam YAPEIM memajukan ekonomi umat Islam melalui dana jariah kutipan potongan gaji orang ramai, seterusnya membantu anak-yatim dan fakir miskin.

Yang berlaku, pendapatan Ketua Pengarah dan Pengarah2 kanan yang lumayan. Gajinya dianggarkan hampir separuh elaun2 tetap dan elaun bulanan pengarah anak syarikatnya.

Menurut rekod sebaik dilantik sebagai Ketua Pengarah YaPEIM, dengan kuasa yang ada Dato’ Abibullah Haji Samsudin telah bertindak melantik dirinya sendiri sebagai Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif di semua agensi dan institut di bawah kawalan YaPEIM.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YaPEIM, Abibullah dibayar sebanyak RM43,000 sebulan manakala untuk jawatan-jawatan lain seperti Pengarah Eksekutif dia dibayar RM sebanyak RM3,500 sebulan.

Dalam erti kata mudah dia menerima elaun sebanyak RM42,000 sebulan (3,500 x 12 agensi di bawah YaPEIM) di tambah dengan gaji asas seperti yang dinyatakan tadi menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak RM 85,000 sebulan.

Bayangkan dengan kuasa sebagai Ketua Pengarah YaPEIM, Abibullah berjaya memperolehi pendapatan sekitar RM1,02 juta setahun (RM85 ribu x 12 bulan).

Namun itu hanya melibatkan pengiraan kasar kerana ia belum lagi dicampur dengan elaun-elaun tambahan yang lain seperti tuntutan perjalanan ke luar negara, bonus tahunan, elaun khas dan sebagainya.

Jika tidak betul data ini, YAPEIM perlu jelaskan balik jumlah pendapatan termasuk bonus sebenar Ketua Pengarah dan Pengarah Kanan.

Sumber: http://yapeim-rasuah.blogspot.com/2017/07/gaji-ketua-pengarah-yapeim-mencecah.html?m=1

https://web.facebook.com/photo.php?fbid=2152413701523111&set=a.307456909352142&type=3&theater

Kaki Tangan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) Sepatutnya Turut Dikenakan Tindakan Undang2.

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (Yapeim) mengakui wujud kemungkinan salah laku dan kecuaian terhadap pihak pengurusan yayasan itu sejak beberapa tahun yang lepas.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah (LPA) Yapeim yang baru Dr Mohd Daud Bakar berkata pandangan itu diperoleh selepas meneliti laporan audit luar oleh firma PwC.

“Berdasarkan laporan kepada firma PwC dan juga dapatan daripada inisiatif pihak LPA sendiri yang melakukan pemantauan dan interaksi dengan pihak pengurusan secara berterusan sejak Nov 2018.

“Pihak LPA Yapeim mengenal pasti beberapa kemungkinan salah laku dan kecuaian pentadbiran oleh pihak pengurusan Yapeim sejaka beberapa tahun yang lepas,” kata Mohd Daud dalam sidang media di pejabat Yapeim di Kuala Lumpur, hari ini.

Untuk rekod PwC juga sebelum ini pernah membuat audit untuk Lembaga Tabung Haji (TH) dan 1MDB.

Isnin lalu, portal The Malaysia Insight melaporkan Yapeim mengalami kerugian RM12 juta menerusi skim gadaian emasnya Ar-Rahnu yang melibatkan 1,000 pelanggan.

Selain itu, portal itu memetik dokumen sulit kerajaan yang menunjukkan kerugian berlaku apabila Yapeim gagal membuat lelongan ke atas barang kemas tidak ditebus sebanyak 300 kg dengan nilai RM80 juta, dari 2012 hingga 2014.

Laporan itu juga menyatakan beberapa kilogram emas hilang susulan transaksi meragukan.

Yapeim juga berhadapan dengan dakwaan penyalahgunaan RM1 juta daripada dana anak yatim yang diamanahkan bagi membayar yuran guaman peguam yang juga pembantu kepada bekas perdana menteri Najib Razak pada 2017.

Bagaimanapun, Yapeim menafikan dakwaan tersebut dan menjelaskan yuran guaman itu diambil daripada dana am dan bukannya dana amal jariah.

Mohd Daud yang dilantik ke jawatan LPA Yapeim November tahun lalu mengakui agak bimbang dengan semua dapatan daripada juruaudit berkenaan namun gembira kerana urusan itu dapat diselesaikan mengikut cara yang profesional.

“Langkah ini perlu memulakan fasa pemulihan Yapeim di atas landasan tadbir urus yang Iebih mampan dan berintegriti sesuai dengan peranan Yapeim sebagai pencetus social enterprise, aktiviti amal jariah dan kebajikan masyarakat Islam di Malaysia,” katanya.

Penstrukturan semula

Jelas Mohd Daud, pengurusan Yapeim sudah meneliti berhubung isu-isu dibangkitkan seperti bonus tinggi dinikmati pengurusan kanan, isu bayaran peguam, dan dakwaan kerugian Ar-Rahnu.

“Sejak November 2018, pihak lembaga yang baru sudah meneliti kesemua hal berkaitan dan pelbagai lagi isu dan sudah mengambil tindakan sewajarnya.

“Setiap salah laku dan ketirisan dilakukan oleh mana-mana pihak dalam Yapeim pada masa sekarang atau lepas akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya berdasarkan peraturan dalaman Yapeim dan undang-undang Malaysia,” katanya.

Menurutnya, satu sidang media khusus akan dilakukan pada Selasa depan, bagi menjawab isu-isu yang dibangkitkan media, mengaitkan Yapeim.

Dalam sidang media hari ini juga, Mohd Daud turut mengumumkan penstrukturan semula jawatankuasa khusus dibawah LPA Yapeim bagi menambah baik tadbir urus serta imbang dan semak yayasan itu.

https://www.malaysiakini.com/news/476235?fbclid=IwAR2UhNr7opdg7DgQ7OPw8foEHFhSH6ZkehHwOoO4__XMNEus8ZI_IpraYlw

Skandal PENGARAH TERIMA BONUS RM400,000, ANAK YATIM DIBERI RM120 SEORANG

ISU YAPEIM: PENGARAH TERIMA BONUS RM400,000, ANAK YATIM DIBERI RM120 SEORANG

Nampak luar biasa apabila malaysiainsight melaporkan prestasi kewangan Yayasan Pembangunan Islam merudum, kerana bayaran bonus dan pelbagai insentif kepada ketua pengarah dan pengarah kanan yapeim.

Ketua Bahagian Perundangan Yapeim Adawiyah Abdul Samad menyatakan bonus dan inisiatif tinggi sememang ditetapkan dalan skim perkhidmatan.

Ketua Pengarah menerima bonus RM400,000 manakal a pegawai kanannya menerima RM250,000, yang dianggarkan kira-kira 10 bulan gaji.

Bonus dan inisiatif tinggi tapi kedudukan kewangan yapeim merudum, bermakna sudah ada sesuatu yang seperti tidak kena.

Adakah betul telah dinyatakan dalam skim perkhidmatan bonus ketua pengarah dan pengarah kanan sehingga 10 bulan? Bukankah pemberian bonus atau insentif bergantung kepada kewangan yayasan?

Ada staf yapeim mengadu hanya menerima bonus setengah bulan gaji, ada yang menerima sebulan gaji sedangkan gaji bulanannya hanya RM1500.

Pengarah Kanan boleh pula mendapat 10 bulan yang gaji bulanannya RM25,000 – RM35,000.

Ketua Pengarah boleh pula dapat gaji dan elaun sehingga RM70,000 sebulan, dan bonus pula RM400,000 sebulan.

Adakah ini dasar Yayasan pembangunan ekonomi islam dan telah ditetapkan oleh yapeim?

Ironisnya apabila anak-anak yatim dalam bulan ramadan diberi sumbangan hanya RM120 seorang.

Tidak pelik kewangan yapeim merudum seperti dilaporkan malaysiainsight.

Dimanakah dan apakah peranan Lembaga Pengarah…? Hanya tunggu elaun lumayan sahaja?