Tengok ada orang share tadi…Kelompok pengkagum Zakir Naik yang sebelum ini bersungguh sungguh memainkan peranan depa mengaitkan DAP dengan LTTE.. hari ini sudah berubah nada bila laporan The Sunday mail memetik kunjungan Presiden dan Timbalan Presiden MIC bersolidariti dengan tahanan LTTE..
Kata depa tak salah jika mana mana orang hanya berkunjung kepada mana mana bekas tahanan atau suspek.. pulak dah.. nampak tak agenda depa selama ini… ?
Untuk pengetahuan penkagum Zakir Naik.. MIC bukan saja menyokong perjuangan LTTE dengan sekadar sokongan kepada keluarga tahanan, Hatta bantuan kewangan ke Sri Lanka yg didedahkan sebelum ini.. Bukan hanya dari ucapan..tetapi jelas sokongan kepada perjuangan LTTE itu dirakamkan dalam ucapan mereka di parlimen..wujud dalam Hansard dan Video di Parlimen..
Selepas suspek LTTE didakwa.. MIC bukan saja menyediakan bantuan guaman, hatta Timbalan Presiden MIC berulang alik ke Mahkamah bersolidariti.. bukan hanya bersolidariti…beberapa siri Candlelight vigil, Himpunan, DEMO di jalanan menyokong tahanan LTTE dianjurkan oleh MIC..
salah seorang tahanan, atau suspek itu sendiri yang video dia disebarkan penkagum Zaklr Naik mencabar anggota Polis..dengan kata kata, ” Salah kah saya sokong LTTE ? saya memang sokong LTTE..” dia adalah pengkagum tegar Najib razak dan penyokong kuat BN..tapi kenapa penkagum Zakir naik tidak dedah kaitan dia dgn Najib dan BN..?
Tapi apakah penkagum Zakir Naik tidak tahu semua ini ? selalunya mereka akan cari bukti sampai ke lubang cacing untuk mengaitkan DAP.. depa sebenarnya tahu..tapi menyerang MIC tidak menguntungkan agenda politik mereka..mereka itu sebenarnya hanya melengkapi plot plot mengaitkan LTTE dengan DAP..
Aku bukan lah penyokong LTTE..tapi aku faham,hampir seluruh masyarakat India di Malaysia adalah penyokong LTTE..mereka bukan menyokong keganasan LTTE.. tetapi mereka menyokong bangsa Tamil yang ditindas di Sri Lanka sebagaimana Ummat Islam yang menyokong kelompok Uighur dan kelompok Jihadist di Syria..
Tapi biasa lah.. Ada dikalangan mereka begitu taksub dengan pemimpin LTTE sebagaimana orang Islam dulu taksub seketika dengan perjuangan Osama Laden.. sampaikan masa tu ada yg namakan anak mereka dengan nama Osama.. begitu juga dikalangan pemimpin PAS dahulu yg taksub dengan Ayatullah Khomeini.. gambar Khomeini digantung dirumah rumah dan Markaz mereka..
aku sendiri sebenarnya tidak setuju tahanan LTTE yang hanya memiliki risalah,bahan bacaan ditahan dan didakwa dibawah SOSMA.. sebab itu bukan bukti jelas dengan kaitan keganasan..sama seperti kes Aishah.. Jadi aku antara yg menyokong tindakan Peguam negara Tommy Thomas membebaskan mereka..bagi aku, ini Prinsip Keadilan…bukan sebab depa tu LTTE..
aku menentang Akta Zalim yang menindas tahanan, tanpa mereka bebas mempertahankan diri… Esok lusa Undang2 seperti ini boleh menzalimi kelompok yang lain tanpa bukti kukuh mereka terlibat dalam aktiviti Keganasan…
Dan hari ini sudah ada peguam negara yg baru..seorang Muslim..Jadi PAS dan UMNO dah boleh desak tahanan LTTE yg dibebaskan untuk ditahan semula…
Jadi lepas ni.. kita nak lihat pulak reaksi penkagum Zakir Naik bila Presiden atau Timbalan Presiden MIC ini dilantik sebagai Menteri.. apakah masih agresif seperti dulu..atau tugas mereka sudah selesai.. 🙂
Ipohmali