Jho Low Sudah Terlibat Awal Sejak Dengan Projek Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Image may contain: 1 person, text

Image may contain: 1 person

17 SEPT 2019
Kembali Kepada Berita Ketua Penyamun UMNO

Hari Kelapan
Perbicaraan Kes 1MDB Tanore Rm 2.6 billion masuk ke dalam akaun peribadi Bekas Presiden UMNO merangkap Penasihat UMNO 2019 Najib Razak
Saksi Bekas Pegawai Khas Najib Razak sendiri terus dedah dan pecahkan tembelang Najib Razak ketika sesi Soal balas dari Peguambela Najib Razak

KUALA LUMPUR 17 Sept. – Seorang bekas pegawai khas Datuk Seri Najib Tun Razak mengetahui bahawa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low terlibat sejak awal dalam projek Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA).

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Datuk Amhari Efendi Nazarudin, 43, ketika memberi keterangan di Mahmamah Tinggi di sini dalam perbicaraan hari kelapan hari ini melibatkan bekas Perdana Menteri yang didakwa atas 25 pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram.

Bagaimanapun, dalam pemeriksaan balas oleh peguam bela Datuk Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib, saksi memaklumkan beliau tidak mengetahui ‘punca’ idea penubuhan TIA.

Muhammad Shafee: Kamu tahu idea siapa untuk menubuhkan TIA atau 1MDB?

Amhari: Saya tidak tahu

Muhammad Shafee: Saya cadangkan ia adalah idea bekas Yang Di-pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin?

Amhari: Saya tidak tahu

Sementara itu, saksi kelapan itu berkata, TIA yang kemudiannya menjadi 1Malaysia Developement Berhad (1MDB) merupakan ‘baby’ kepada Ahli Parlimen Pekan itu.

Beliau berkata, ‘baby’ dalam konteks ini adalah sesuatu yang penting.

“Ketika itu, Najib dikatakan bakal menjadi Perdana Menteri dan ‘baby’ bermakna sesuatu yang beliau mahu bawa ketika memegang jawatan itu kelak.

“Bagi saya ‘baby’ dalam konteks ini tertumpu kepada perkara yang rapat dengannya (Najib) seperti 1MDB atau dasar…sesuatu yang penting,” katanya.

Pada 20 September 2018, Najib mengaku tidak bersalah atas 21 pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram iaitu menerima, memindahkan dan membayar jumlah sama hasil daripada aktiviti haram.

Beliau juga didakwa atas empat pertuduhan salah guna kedudukan sebagai Perdana Menteri, Menteri Kewangan dan Pengerusi Lembaga Penasihat 1MDB untuk mendapatkan rasuah berjumlah RM2.3 bilion.

Perbicaraan sesi soal balas terhadap Amhari Efendi masih berlangsung di hadapan Hakim Collin Lawrence Sequerah. – UTUSAN ONLINE.

https://www.utusan.com.my/…/jho-low-sudah-terlibat-awal-sej…

Sejarah Najib Dan Dong Zong

2 CINA TIPU NAJIB

PM pertama yg berjumpa Dong Zong- Najib Razak

PM pertama yg membawa Dong Zong ke Seri Perdana- Najib Razak

PM pertama yg mengiktiraf peranan Dong Zong- Najib Razak

PM pertama yg berjanji iktiraf UEC- Najib Razak

PM pertama yg bagi biasiswa kepada murid-murid UEC- Najib Razak

PM pertama yg hadir Rumah Terbuka Dong Zong- Najib Razak

UMNO tak perlulah bermuka-muka kononnya lawan Dong Zong, sedangkan masa berkuasa macam-macam dibuat untuk pikat Dong Zong.

Jho Low Bantah Keputusan Mahkamah Menyita Akaun Milik Ayahnya

Image may contain: 1 person, meme and text

Badak kesayangan PAS ni bagitau dari kejauhan (takut nak balik sebab memang salah), ‘undang2 Malaysia undang2 rimba’.

DOJ cari, dia lari. Swiss cari, dia lari. Malaysia cari, dia lari.
Kalau betul dan berani, balik Malaysia, lantik peguam dan cabarlah keputusan mahkamah!

Tapi pepatah menyebut, TAKUT KERANA SALAH.— with Nur Addah Aziz.

1 HADI RASUAH1-MERUNTUHKAN NEGARA1 LAFAZ ZIKIR TERBAIK PILIHAN HADI1 DAP SALAH.1 dap1 B hadi1 HADI BOHONG
1 PUNCA ISLAM DIHINA

Petunjuk baru tempat persembunyian Jho Low

Image may contain: 1 person, smiling, text

Polis mempunyai petunjuk positif mengenai keberadaan ahli perniagaan yang diburu Low Taek Jho atau lebih dikenali sebagai Jho Low.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Abdul Hamid Bador berkata, polis akan cuba membawa pulang ahli perniagaan kontroversi yang terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) itu ke Malaysia dalam masa terdekat kerana ‘mempunyai beberapa petunjuk baharu’.

Putrajaya hina hak asasi manusia dengan notis sita harta, kata Jho Low

Peguam kepada Low Taek Jho berkata tindakan kerajaan mengeluarkan notis sita harta kepada ibu anak guamnya itu sebagai pelanggaran hak asasi individu. – Gambar fail AFP, 18 Mei, 2019.

Putrajaya hina hak asasi manusia dengan notis sita harta, kata Jho Low

TINDAKAN Pejabat Peguam Negara menyerahkan notis sita harta kepada ibu Low Taek Jho adalah pelanggaran terhadap “proses adil dan mengikut undang-undang” dan hak asasinya, kata peguam kepada ahli perniagaan dalam pelarian itu.

Semalam, peguam Evelyn Goh Gaik Ewe memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur beliau diberikan hak oleh anak guamnya untuk menerima notis sita hartaitu bagi pihak ibu Low.

https://www.themalaysianinsight.com/bahasa/s/155421?fbclid=IwAR0tpXEbq3kFsTWqzYCWoY4I9Q8uTuCwztjEFfhgtxNZJYN6HwyTlEtX2kM

SILA LAPOR DIRI DENGAN PDRM UNTUK MENDAPAT HAK ASASI MANUSIA. PDRM DAN SPRM AMAT MEMERLUKAN ANDA UNTUK MENEGAKKAN KEADILAN DI BUMI MALAYSIA.

Zulimran Nasution Abdullah Omar

POLIS JUMPA KAITAN – MAKIN MENGGELUPUR BOSSKURR

Polis dilaporkan telah menemukan hubungan antara ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dan barangan kemas yang dirampas di kediaman berkaitan bekas perdana menteri Najib Razak.

Menurut The Edge, para penyiasat telah menjejaki ratusan juta dolar AS yang masuk ke dalam empat akaun syarikat di Singapura datangnya dari 1MDB.

Syarikat-syarikat di Singapura itu didakwa membelanjakan USD247.59 juta (RM1.03 bilion) daripada dana 1MDB untuk membeli barangan kemas daripada 30 tukang emas dari seluruh dunia.

Kebanyakan barang kemas berkenaan, kata laporan itu ditemui di Pavilion Residencies yang diserbu polis tahun lalu.

Syarikat tersebut ialah Blackstone Real Estate Partners, Blackrock Commodities, Alsen Chance Holdings dan Brightstone Jewellery yang dimiliki oleh orang kepercayaan Low, Eric Tan Kim Loong.

Terdahulu, pihak berkuasa SIngapura telah mendedahkan Low menggunakan nama Eric sebagai proksi bagi membuka akaun korporat bank, termasuklah akaun Tanore yang dikaitkan dengan skandal RM2.6 bilion.

Jabatan Kehakiman (DOJ) AS pula menemukan jejak dana dari 1MDB yang dikutip pada fasa Aabar BVI di dalam akaun Blackstone dan Alsen Chance.

Riza Aziz, anak tiri Najib didakwa menggunakan USD1.2 juta daripada akaun Alsen Chance bagi membeli poster filem mahal.

Jun lalu, polis menyerbu beberapa unit hartanah yang dikaitkan dengan Najib. Pada serbuan tersebut, polis merampas hampir 12,000 barang kemas, 401 jam tangan dan wang tunai dalam pelbagai mata wang.

Turut dirampas ialah 567 beg tangan daripada 37 jenama yang berbeza yang memerlukan penjagaan khas oleh pihak polis.

The Edge melaporkan terdapat 212 beg tangan buatan Hermes dan bernilai RM47 juta.

Sebahagian besar barangan mewah yang dirampas polis dilaporkan dari pangsapuri yang dimiliki oleh Obyu Holdings Bhd.

Obyu Holdings dimiliki oleh Bustari Yusof, abang bekas menteri kerja raya, Fadillah Yusof yang kini ahli parlimen Petra Jaya.

Bustari merupakan orang kepercayaan Najib.

Kerajaan telah memfailkan notis pelucuthakan bagi barangan tersebut.

 

Polis dilaporkan telah menemukan hubungan antara ahli perniagaan dalam buruan Jho Low dan barangan kemas yang dirampas di kediaman berkaitan bekas perdana menteri Najib Razak.

Menurut The Edge, para penyiasat telah menjejaki ratusan juta dolar AS yang masuk ke dalam empat akaun syarikat di Singapura datangnya dari 1MDB.

Syarikat-syarikat di Singapura itu didakwa membelanjakan AS247.59 juta (RM1.03 bilion) daripada dana 1MDB untuk membeli barangan kemas daripada 30 tukang emas dari seluruh dunia.

Kebanyakan barang kemas berkenaan, kata laporan itu ditemui di Pavilion Residencies yang diserbu polis tahun lalu.

Syarikat tersebut ialah Blackstone Real Estate Partners, Blackrock Commodities, Alsen Chance Holdings dan Brightstone Jewellery yang dimiliki oleh orang kepercayaan Low, Eric Tan Kim Loong.

Terdahulu, pihak berkuasa SIngapura telah mendedahkan Low menggunakan nama Eric sebagai proksi bagi membuka akaun korporat bank, termasuklah akaun Tanore yang dikaitkan dengan skandal RM2.6 bilion.

212 beg tangan

Jabatan Keadilan (DOJ) AS pula menemukan jejak dana dari 1MDB yang dikutip pada fasa Aabar BVI di dalam akaun Blackstone dan Alsen Chance.

Riza Aziz, anak tiri Najib didakwa menggunakan AS1.2 juta daripada akaun Alsen Chance bagi membeli poster filem mahal.

Jun lalu, polis menyerbu beberapa unit hartanah yang dikaitkan dengan Najib. Pada serbuan tersebut, polis merampas hampir 12,000 barang kemas, 401 jam tangan dan wang tunai dalam pelbagai mata wang.

Turut dirampas ialah 567 beg tangan daripada 37 jenama yang berbeza yang memerlukan penjagaan khas oleh pihak polis.

The Edge melaporkan terdapat 212 beg tangan buatan Hermes dan bernilai RM47 juta.

Sebahagian besar barangan mewah yang dirampas polis dilaporkan dari pangsapuri yang dimiliki oleh Obyu Holdings Bhd.

Obyu Holdings dimiliki oleh Bustari Yusof, abang mantan menteri kerja raya Fadillah Yusof. Bustari merupakan orang kepercayaan Najib.

Kerajaan telah memfailkan notis pelucuthakan bagi barangan tersebut.

https://m.malaysiakini.com/news/476644?fbclid=IwAR2PwnieTnAP02JDD93CODHgEaLEOwbG63bB06A_b1aFjt_0Uwn8N75wtd4

Syarikat-syarikat di Singapura itu didakwa membelanjakan AS247.59 juta (RM1.03 bilion) daripada dana 1MDB untuk membeli barangan kemas daripada 30 tukang emas dari seluruh dunia.

Kebanyakan barang kemas berkenaan, kata laporan itu ditemui di Pavilion Residencies yang diserbu polis tahun lalu.

Kalau Jho Low merasa diri tidak bersalah kenapa sembunyi lari sana sini. Kalau Jho Low tidak bersalah kenapa takut datang ke Malaysia ke muka pangadilan tunjuk bukti diri tidak bersalah. Hanya menyalak dari jauh sembunyi.

 

Jho Low Didakwa Menggunakan Wang 1MDB biayai kempen Obama

Jho Low, bekas penyanyi Fugees didakwa biayai kempen Obama

Jho Low telah menghadapi pertuduhan tambahan yang dikemukakan Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat. – Gambar Fail

Jho Low, bekas penyanyi Fugees didakwa biayai kempen Obama

KUALA LUMPUR: Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) telah membuat pendakwaan tambahan terhadap Jho Low berhubung kes 1MDB pagi tadi.

Ia dibuat di sebuah mahkamah AS membabitkan isu menggunakan wang 1MDB untuk kempen pilihanraya Presiden Barack Obama pada 2012.

Menurut dakwaan yang telah difailkan di Washington semalam, Jho Low telah memindahkan kira-kira RM90 juta (AS$21.6 juta) kepada Pras Michel, bekas penyanyi rap kumpulan Fugees.

Pras Michel kemudiannya dituduh oleh DOJ menggunakan wang RM90 juta ini dan mengagihkan kira-kira RM3.5 juta (AS$865,000) kepada 20 individu lain.

Mereka, kemudiannya ‘menderma’ wang tunai tersebut kepada pihak penganjur pemilihan Presiden Barack Obama, tanpa memberitahu pihak berkuasa yang wang ini datang dari luar negara AS.

Undang-undang AS menghalang wang yang berasal dari luar negara untuk digunakan sebagai wang kempen pilihanraya presiden.

DOJ turut mendakwa bahawa Pras Michel telah menggunakan sebanyak RM4.1 juta (AS$1 juta) dan diberikan kepada jawatankuasa pilihan raya bebas.

Tuduhan terhadap kedua-dua lelaki itu menunjukkan usaha yang agresif oleh “pembiaya” Malaysia untuk mendapat pengaruh di Amerika Syarikat.

Nama Barack Obama tidak disebut dalam pertuduhan mahkamah semalam yang mana DOJ hanya menggunakan perkataan ‘Calon A’ di dalam dokumen rasmi itu.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/jho-low-bekas-penyanyi-fugees-didakwa-biayai-kempen-obama-207418?utm_source=insider&utm_medium=web_push&utm_campaign=11-5-29-jhow_low

 

HADI MASIH BUTA DAN TIDAK DAPAT MELIHAT KEBENARAN, WALAUPUN SERIBU BUKTI JENAYAH NAJIB TELAH DIZAHIRKAN.

Hidup Islam Bersama KERAJAAN PAKATAN HARAPAN , Dibawah Pimpinan Tun M Beragama  Islam, Bermazhab Syafie  Dan Marilah Bersama-sama  Kita Berselawat  Kepada Rasulullah SAW Junjungan Kita Dengan Lafaz..

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى ال سيدنا محمد

SEMOGA KITA SEMUA MENJADI UMAT RASULULLAH SAW DI AKHIRAT NANTI

RAKYAT MALAYSIA JANGAN SEKALI-KALI LUPA

72 Peristiwa Hitam Di Zaman Najib

 

https://partiamanahmalaysia.wordpress.com/category/72-peristiwa-hitam-di-zaman-najib/

Jho Low dipercayai bergerak bebas antara Hong Kong dan Macau – Hamid Bador

Jho Low dipercayai bergerak bebas antara Hong Kong dan Macau - Hamid Bador

Jho Low  Adalah Sahabat Karib Najib Dan Peribadi Kebanggaan Umnopas

Hamid berkata, pada masa ini PDRM masih aktif berhubung dengan Interpol dalam usaha memburu Jho Low – Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dipercayai masih sering bergerak bebas antara Macau dan Hong Kong, kata pemangku Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Abdul Hamid Bador.

BH Online melaporkan Abdul Hamid dipetik sebagai berkata, PDRM masih lagi berusaha mengesan Jho Low secara tidak rasmi.

“Tindakan itu dilakukan mengikut cara kepolisan dan berdasarkan maklumat perisikan, kita tahu kedudukannya.

“Selain itu, kita juga mendapatkan kerjasama pihak yang berkenaan untuk mengambil tindakan dan memenuhi tuntutan seperti yang digariskan dalam perjanjian Polis Antarabangsa (INTERPOL),” katanya selepas merasmikan Seminar Hentikan Keganasan Terhadap Wanita dan Kanak-Kanak serta Pelancaran Buku Pencegahan Jenayah, pada Khamis.

Jho Low yang dikehendaki kerana terbabit dalam skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dibatalkan pasportnya oleh kerajaan Malaysia pada 15 Jun tahun lalu sehingga menyukarkannya pergi ke negara lain.

Abdul Hamid juga berkata, PDRM berharap agar pihak negara berkenaan akur dengan perjanjian yang sudah ditetapkan sebelum ini.

“Kita minta pihak di Jho Low berada supaya akur dengan perjanjian bahawa kita saling bantu-membantu dalam mengesan, menjejak, menangkap dan mengusir penjenayah dalam sesebuah negara itu kembali ke negara asal,” katanya.

Hamid berkata, selain mengadakan pertemuan bersama pihak berkuasa China, PDRM masih aktif berhubung dengan Interpol dalam usaha memburu Jho Low.

Tindakan kerajaan membatalkan pasport Jho Low sebelum ini adalah mengikut peruntukan di bawah Akta Imigresen, untuk menghalang pergerakan Jho Low selepas beliau dikehendaki hadir ke Malaysia untuk disoal oleh pihak berkuasa.