https://web.facebook.com/sghazalihassan/videos/2464906583619610/
Dalam Ceramah Muafakat Nasional
Kampung Kota, Permatang Pasir
20 Disember 2019, seorang penceramah PAS, Ustaz Sharkawi telah buat satu kenyataan bahawa pemerintah PH adalah pemerintahan komunis. Dalam kenyataan beliau menyebut golongan komunis menyumbang pada kemenangan PH pada PRU 14. Dimainkan dengan isu DAP parti komunis, penindasan Uighur, Abu Chin Peng entah apa lagi untuk kuatkan tuduhan liar beliau. Perjumpaan memperingati ulang tahun ke-30 Perjanjian Damai Hatyai di sebuah dewan di Kajang disensasikan kononnya dihadiri serama 1,000 orang sedangkan mengikut laporan dari portal ISMAWEB hanya 300 ratus orang.
Jangan terlepas pandang yang PKM (Bintang Tiga) dan KMT@MCA (Bintang Satu) membalas dendam kepada Jookidam. Pada waktu pemerintahan Jepun, majoriti yang menganggotai Pasukan Polis Jepun yang dikenali sebagai ‘Jookidam’ adalah orang Melayu . Dendam ahli Bintang Tiga kepada Jepun adalah lanjutan daripada pembunuhan orang Cina di Nanjing. Untuk melepaskan amarah yang terbuku dihati setiap pengikut Bintang Tiga dan Bintan Satu maka dilempiaskan kepada bekas anggota Jookidam di Tanah Melayu.
Apabila tonton Sarjen Hassan, teringat watak Buang yang menjadi sebahagian dari polis Jepun.
Hebat betul tuduhan:
Dulu KOMUNIS lani DAP
Dulu Shamsiah Fakeh lani Wan Azizah
Dulu Rashid Maidin lani Hanipah Maidin
Dulu Mat Indera sekarang Mat Sabu
Yang pasti sehingga kini yang ada hubungan rapat dengan Parti Komunis China (CCP) adalah UMNO dan MCA.
Aku rasa perlu ada team khusus terutama dalam kalngan pemuda PH untuk buat report polis terhadap fitnah-fitnah yg disampaikan oleh ust pas dan penceramah umno di pentas-pentas ceramah.
Jangan dibiarkan fitnah ini melata disebabkan mulut² jahat org yg bertopengkan pakain sunah menjaja penipuan untuk mengaut kepentingan politik. Masyarakat dibawah gelisah, resah disebabkan orang² mcm Sharkawi ini padahal ianya fitnah, bohong dan dusta semata²..
Fitnah ini patut dihentikan kerana ia tuntutan agama. Sudahlah dengan memakai pakaian agama, membuat pula fitnah.. memang merosakkan agama. Bayangkan apa pandangan non muslim ketika melihat orang² agama pun berbohong, menipu… apakah ini cara utk menarik mereka merapati islam..?
Lepas tu bila mereka menjauh..kamu menuduh mereka harbi..padahal kamulah yg sebenarnya membuatkan mereka semakin jauh..
Tahniah anak muda Muhammad Nur Ismail kerana pantas membuat laporan polis..